Tuesday 23 July 2013

Dia Seadanya Bab 5


Hello all, minggu yang macam2 bagi saya. Bottom line tak produktif langsung. Siap bab 5 ni rasa macam achieve sesuatu juga.

Aomori Sakura, you nak I tukar tajuk DS, how about Projek Ketiga? LOL

What do you all think of this chap? Moga terhibur!




Bab 5



Esoknya, seharian Emmalyn sibuk di pejabat bapa saudaranya, kerja hingga tak panggung kepala kata orang. Makan tengahari pun cuma makan nasi bungkus di meja sambil menyemak akaun syarikat. Syarikat kontraktor bersaiz sederhana, kerjanya memang kurang mencabar, hanya tugasan rutin yang tidak mencabar minda. Tapi bagi Emmalyn, itu yang sesuai baginya sekarang. Sementara ibu bapanya masih ada, dia mahu bersama mereka sementelah dari usia 13 tahun dia pergi jauh nun ke selatan tanah air untuk belajar.

Yang seronok tentang kerjanya, tepat jam lima petang, dia sudah boleh pulang. Kerja memang tidak pernah habis tetapi dia masih mampu mengejar deadline. Ipoh pun tidak sebegitu sibuk seperti Kuala Lumpur. Dalam tempoh lime belas minit, dia sudah tiba di Senses Gym & Spa, yang sudah menjadi rumah keduanya di Ipoh. Emmalyn sukakan gym ini, terleta di kawasan yang kurang sesak, tempat perkir yang luas, kelas-kelas senaman yang pelbagai dan peralatan yang terkini. Memang selesa!

Laju Emmalyn menukar pakaian, baju kerjanya disimpan ke dalam beg yang dimasukkan ke dalam lokar berkunci. Kunci digantung di leher, di dalam baju T. Sedang elok sahaja dia masuk ke dalam bilik senaman dan muzik pun bermula. Senaman yang dipanggil zumba, memang menjadi kegemarannya. Dengan muzik, yang dipasang kuat, Emmalyn melupakan segala stres kerja dan stres keluarga yang sibuk mencarikannya jodoh. Kaki dan tangan dihayun mengikut arahan instruktor. Jika dia bergerak seperti orang sedang bersenam, memang dia cepat pancit. Tetapi jika gerakannya ditambah dengan lenggok tarian, kurang pula rasa letih. Itu yang menyebabkan zumba menjadi pilihannya.

Selepas fasa warm up, senaman zumba masuk fasa kedua, muzik yang dimainkan semakin rancak, lagu yang dimainkan adalah Hips Don’t Lie nyanyian penyanyi Amerika Latin, Shakira. Asyik melayan muzik dengan gerakan-gerakan yang meliang liuk serta goyangan pinggul, langsung Emmalyn tidak sedar sepasang mata yang tidak berkelip-kelip memandangnya dari luar tingkap cermin. Sang jejaka, tuan punya mata pula, hampir luruh dagu ke lantai melihat gerakan-gerakan seksi si gadis.

“My…. she can move….. she can definitely move…” hanya itu yang tersembul di mulut sang jejaka. Walau pun ralit menonton tarian si gadis, sempat juga terlintas di hatinya, “Kalau bini aku, mati hidup balik aku tak bagi masuk kelas senaman macam ini.”

Sejam masa berlalu terasa bagai sepuluh minit. Selepas fasa cooling down dengan pergerakan-pergerakan stretching, sesi zumba tamat. Instruktor yang cekap mantap diberikan tepukan penghargaan oleh mereka yang mengikuti senaman itu. Semasa Emmalyn meneguk air dari botol minumannya untuk menghilangkan dahaga, seorang jejaka kacak berbadan tegap menghampirinya. Bukan main mesra mereka berbual-bual. Jejaka di luar yang memandang melalui tingkap kaca tertanya-tanya siapa teman si gadis itu, berbual bagai teman rapat!

Emmalyn dan teman gymnya, Rizairil bersama-sama melangkah keluar dari bilik senaman. Terkejut besar melihat jejaka peneman naik bukit semalam, berdiri terpacak di luar. Macam pak guard!

“Eh! Awak datang hari ini? Awak tak call, saya ingat awak tak jadi datang,” terkejut betul Emmalyn, bukan dibuat-buat.

“Semalam saya ada cakap, jumpa di gym hari ini kan?” mulut menjawab, mata sempat mengerling ke arah jejaka di sebelah Emmalyn.

“Oh..ler…. minta maaf. Hmm…. Saya dah habis bersenam, awak nak saya tolong awak daftar masuk sebagai tetamu saya ke hari ini?” Sebenarnya Emmalyn sendiri tidak tahu apa yang Tareq mahukan.

“Tak apa, saya dah daftar sebagai ahli untuk tiga bulan.”

“Tiga bulan? Awak bercuti tiga bulankah?” Lamanya cuti… adakah kerja yang cuti tiga bulan, hairan juga Emmalyn.

“Saya pun tak pasti saya cuti berapa bulan.”

Kriptiknya jawapan, lantaklah dia nak cuti berapa bulan pun, apa aku gaduh? Tiba-tiba Emmalyn tersedar Rizairil masih lagi berdiri di sebelahnya. “Eh, lupa pula. Tareq, ini Rizairil. Riz, ini Tareq, sepupu saya.”

Kedua-dua jejaka berbadan tegap itu bersalaman.

“Kerja di mana?” tanya Rizairil, sekadar berbasa-basi.

“Qatar,” jawab Tareq sepatah.

“Jauhnya…. Balik bercuti?” Rizairil cuba menjadi kawan.

“Ya,” sepatah lagi, nampak benar Tareq tidak berminat untuk berkawan.

Emmalyn menarik nafas dalam, kasihan pada Rizairil, “Riz, jumpa esok ye?”

“Kick boxing class?” ajak Rizairil.

“No, thanks,” jawab Emmalyn sambil sama-sama tertawa kecil dengan Rizairil. Jejaka itu tak henti-henti mengajaknya mengikuti kelas kick boxing, walau pun sudah berkali-kali Emmalyn menolak. Dia langsung tidak berminat dengan senaman yang menggunakan gerakan-gerakan menumbuk dan menendang.

“Okeylah, zumba lagi Rabu ini?” Rizairil mengalah.

Sambil tersenyum, Emmalyn bersetuju, “Insyaallah. See you.”

Rizairil berlalu ke bilik menukar pakaian. Emmalyn dan Tareq yang masih tegak berdiri di koridor saling berpandangan. Timbul rasa janggal.

“So, awak nak pergi bersenam sekarang?” usaha untuk hilangkan rsa janggal.

“Esok sajalah. Awak dah nak balik?”

“Haah. Mandi, lepas tu baliklah.”

“Jom dinner.”

Ajak dating ke ni? Err … nak jawab apa? Dinner? Makan je pun.

“Bila?”

“Pick you up malam ni?”

“Lepas maghrib?”

“Okey.”

Balik ke rumah, bila Emmalyn memberitahu ibunya yang dia akan keluar makan malam dengan Tareq malam itu, lebar senyuman Puan Suhaila. Emmalyn pula tidak sedap hati. Tareq sekadar mengajak keluar makan, ibunya sudah menaruh harapan? Kalau tak keluar makan, nanti Uda Jah dengar, tentu kena bebel. Keluar dengan Tareq, salah. Tak keluar, salah. Semuanya serba salah.

Emmalyn menarik nafas dalam-dalam. Bayangannya di cermin direnung. Seluar jeans, baju T tangan panjang dan tudung bawal bercorak. Ringkas, itulah dirinya.
Melangkah turun ke tingkat bawah, Emmalyn mengingatkan dirinya… apa yang dia sendiri katakan kepada Tareq. Berkenalan, kalau tidak serasi, jadi kawan sahaja. Siapa suruh buat semuanya jadi complicated? Jodoh Tuhan yang tentukan, bersangka baik dengan Tuhan, akan ada jodoh yang baik untuknya.

Sesi kaunseling diri sambil turun tangga membuatkan Emmalyn tersenyum senang hati. Tiba di tingkat bawah, rupanya si Alpha Male sudah menunggu, sedang bersembang dengan bapa Emmalyn.

Tareq memanggung kepala memandang si gadis. Ringkas, ceria ….. menenangkan.
Emmalyn memandang Tareq. Kacak, hebat ….. misterius.

“Ah, Melin dah siap?” Bapanya bertanya benda yang terang.

“Dah, Papa. Kami jalan dulu ye,” tangan Papa disalam.

“Eh, tak tunggu Mama ke? Dia di atas tu.”

“Tak apalah, Papa. Cepat pergi, cepat balik,” jawab Emmalyn sambil melangkah ke pintu depan. Laju sahaja memakai sneakers merahnya.

Tiada pilihan, Tareq bersalam dengan Encik Ehsan dan meminta diri. Emmalyn sudah berdiri di tepi kereta Toyota antik datuknya. Pintu dibukakan untuk si gadis. Masuk ke dalam kereta, tanpa apa kata-kata, kereta bergerak meninggalkan rumah keluarga Emmalyn.

Ini boleh dikira datingkah? Apa takrif dating pun bukannya aku tahu. Mana aku pernah dating. Di Southampton, ke mana-mana pun, dengan kawan-kawan. Tak pernah berdua dengan lelaki begini. Hentam sajalah, Labu. Habis cuti dia balik Qatar, aku ke Beijing ke, Kyoto ke dengan BFF. Hidup tidak perlu complicated.

“Cepat pergi, cepat balik?” Dia ni keluar dengan aku sebab terpaksakah? Hmph, Tareq… dulu hotsuff, enam tahun tak pernah keluar dating, sekarang perempuan dating dengan aku kerana terpaksa? Hmm, skill sudah berkaratkah?

Kereta berhenti di hadapan deretan kedai. Keluar dari kereta, Tareq bertanya, “David’s Diner okey?”

“American? Saya ingat awak nak qadha makan masakan Melayu?”

“Teringin juga nak cuba makanan American. Di Qatar susah nak jumpa makanan American yang autentik.”

Melangkah ke David’s Diner, mereka memilih meja di luar. Makanan di pesan. Tareq memilih Mexican Burritos dan Emmalyn yang masih libang-libu walaupun sudah membuat keputusan untuk tidak membuat hidupnya complicated, memilih Grilled Salmon.

Berlalu sahaja pelayan, Tareq membuka mulut, “Kita ni sepupukah?”

“Hah?” Itu pula yang dia tanya?

“Kita ini sepupukah?”

“Ermmm, Uda Jah cakap moyang kita dulu sepupu. So datuk kita dulu, dua pupu. Bapa kita tiga pupu. Makanya, kita empat pupu,” panjang lebar Emmalyn bersogheh.

“Habis, kenapa awak cakap dekat Rizairil kita ini sepupu?” aik macam naik separuh oktaf pula suara si Alpha Male ini?

“Saya cakap kita sepupukah?” Mana aku nak ingat?

“Yes,” offensive saja bunyinya.

“Well, technically, kita empat pupu. Tapi boleh jelah kata sepupu tak?” selamba Emmalyn menjawab. Apa masalah si Alpha Male ini pun dia tak faham.

“Sepupu tu macam kita ni rapat sangat.”

Apa punya statement ni? “Okay, if you object, lain kali saya akan kenalkan awak sebagai EMPAT pupu saya.”

“Emmalyn…. Saya tak maksud macam tu…” baru nak perbetulkan salah faham si gadis, ada mamat-entah-dari-mana berdiri di tepi meja mereka.

“Melin!! Lamnya tak jumpa.”

“Eh! Abang Rudy!”
‘Abang Rudy’ memandang sekilas ke arah ke arah jejaka berbadan tegap di sebelah Emmalyn, “Dating ke? Kalau dating, Abang tak mau kacau.”

“Eh! Tak adalah, Abang. Mehlah, join kami. Ini Tareq, EMPAT pupu Melin.”

Rudy tertawa kecil, tanganya dihulurkan kepada Tareq, yang menyambut dengan tidak begitu mesra. Sambil menarik kerusi untuk duduk, terlintas di kepala Rudy …. Emmalyn ni memang tidak banyak cakap tetapi bila buka mulut, banyak yang lucu yang keluar. “EMPAT pupu?”

“Haah, Bang. Moyang kami dulu sepupu.”

“Terror family Melin, boleh trace balik sampai ke moyang-moyang.”

“Dah kalau berkumpul tu, aktiviti utama, makan dan bersogheh. Eh, kami dah order, Abang orderlah.”

Rudy memesan makanan. Makanan yang dipesan sampai. Sambil makan, Rudy yang banyak bercakap. Bercerita tentang pengembaraannya terbarunya ….. Trans-Borneo Big Bike Challenge, menaiki motorsikal besar beramai-ramai dari Kuching, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah.

Emmalyn yang gila merayau, mendengar cerita Rudy dengan penuh minat. Tentu best gila kalau boleh merayau dari satu hujung Borneo ke hujung yang lain. Tapi nak menonggek atas motor besar tu, err… sorrylah!

Tareq dengar dengan hati yang mendongkol, aku ajak dia keluar, dia pergi ajak mamat-entah-datang-dari-mana duduk semeja pula! Apa katanya? Berkenalan dulu? Kalau tak serasi, jadi kawan.

“Hang on a minute…. Is this what I am doing? Berkenalan dengan dia? Hm? Betulkah? Berkenalan?” Wajah Emmalyn direnung. A simple girl. 180 darjah jika dibandingkan dengan Inessa. Stop! Kenapa perlu banding dengan Inessa? Stop it, Tareq!
Habis makanan di pinggan, Rudy mula bercerita tentang rancangannya untuk mengembara menaiki motor sikal besar di Mongolia pula.

“Mongolia, Bang? Wow!”

That’s it! “Rudy, kami minta diri dulu ye,” Tareq meinta diri

“Hah?” terkejut Emmaly

“Haah, tadi awak yang janji dengan Papa awak kan? Cepat pergi, cepat balik,” Tareq bangun, cukup-cukuplah mendengar cerita hebat si Rudy.

Emmalyn tiada pilihan, terpaksa turut bangun, “Bang, lain kali kita cerita pasal Mongolia ye, Bang.”

“Sure, sure. Melin, kalau nak ikut, ekspedisi ini ada 4 wheel drive juga.”

“4 wheel drive?” wah…teruja Emmalyn!

“Emmalyn, saya pergi bayar bil,” Tareq sudah tidak sabar, tidak sempat lagi hendak menunggu pelayan datang membawa bil.

“It’s okay, it’s okay. Dinner is on me. Bukan senang nak jumpa Melin,” celah Rudy.

Malas hendak mengadap muka Rudy lagi, Tareq membalas, “Thanks, see you.”

“Bang, terima kasih ye,” eh, mamat tu sudah sampai ke kereta? Panjangnya kaki dia! Laju-laju Emmalyn mengejar si Alpha Male.

Masuk ke dalam kereta, kereta bergerak, macam perjalanan datang tadi, diam sahaja. Emmalyn tidak kisah, kepalanya berangan-angan tentang Mongolia. Tak pernah terlintas nak ke sana. Tapi kalau dia, Pet dan Atai sewa sebiji 4 wheel drive, ikut Abang Rudy, tentu gempaq!

Tareq pula memang kisah, lalu membuka mulut, “Rudy tu siapa? Pupu-pupu awak juga ke?”

“Hah?” dari Mongoli ke pupu-pupu?

“Rudy?”

“Oh, Abang Rudy….” Ish, macam mana nak cerita?

“Macam dalam Facebook, it’s complicated ke?” Tareq menembak.

Entah kenapa Emmalyn cukup alergik dengan perkataan complicated. Falsafah hidupnya nak hidup seringkas yang mungkin.

“Rudy tu projek pertama Uda Jah.”

“Projek pertama?”

“Uda Jah nak match-make saya dengan dia dulu,” berterus-terang, tak complicatedkan?

Projek pertama? Habis aku ni projek kedua? Errr… keduakah?

73 comments:

  1. projek ketiga, nina? siapa yang kedua? misterius... macam si alpha male juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. projek 1, mamat motor besar. projek 2, mummy's boy. projek 3, si Alpha Male he he

      Delete
    2. Nina, tang bab u kata Projek Ketiga tu, it's so hilarious! Now I understand why u wanna put the tajuk as Projek Ketiga!!! Well done Nina tho u claimed the week as not productive as before I think this chapter is good. Cukup rasa gitu. Re the tajuk Akan dipertimbangkan. Heheh (kata ardent reader yg perasan nk jadi advisor)

      Delete
  2. Haha alpha male da mula jeles la tu hehehege

    ReplyDelete
  3. best!! :) Tareq dh mula cemburu...Melin yg slumber...seronok!

    ReplyDelete
  4. haahaha. tareq tak senang duduk. there's always 'something' bout kak nina's hero.. hurm.. menggoda i guess. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lerr ingatkan husna razali mana...rupanya dekna kita he he. ooo hero yg menggoda...wajib!!

      Delete
  5. Patut la terasa nak ziarah blog ni...ada n3 baru rupanye....baru tau Melin tu menarik ??? Tu la Tareq...cpt bebeno buat conclusion

    ReplyDelete
    Replies
    1. melin tu outside nampak boring...mousy wallflower la katankan, but her mind and her personality...vavoom!

      Delete
  6. Patut la terasa nak ziarah blog ni...ada n3 baru rupanye....baru tau Melin tu menarik ??? Tu la Tareq...cpt bebeno buat conclusion

    ReplyDelete
  7. em...tajuk projek ketiga pon cam best gak kak nina...hehe~ bunyi die lebih menarik... ahh~ automatically teringat kat PMS. rindu kat una n abang zack...huuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau taruk tajuk projek ke3, nnt kang citer em kena overshadow by citer una pula...kita tengok dulu ek...citer em ni as strong as citer una tak...

      Delete
  8. Nice nina.... Hahaha... Terhibur I... Sangat lurus Dan specific mellyn nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR, ist time dengar heroine being described as specific, he he. em just wants to lead a simple life

      Delete
  9. Ha..nk tnye sgt tareq...skali dpt jwpn sakit..padan muke

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he kawn dgn em kena tahu la dia tu lurus....straight je to the point

      Delete
  10. Ada aura2 tercabar n cemburu ....
    Tareq, hang tu projek ketiga...pertama, motor..kedua anak omak....
    P.s: tareq nie playboy ke dulu?

    ReplyDelete
  11. aik..dh ada bunga2 cemburu ker..haha lucu la tereq ni..dh tu apa lg tareq..say ok to uda jah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish jue baru bab 5...err...bab berapa ye tareq nak kata dia interested?

      Delete
  12. haha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe

    ReplyDelete
  13. haha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wwaaa mentang2 ckp ttg 4 pupu...awak pun respon 4 kali wa ka ka

      Delete
  14. haha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seghiyau nnt klu taruk tajuk projek ke 3 nnt kang citer ni overshadow by pms...

      Delete
  15. haha. EMPAT PUPU... PUPU-PUPU. ha ha hadoii la kak nina. Memg cte2 akak ni wat sy thibur,gelak bdekah2 smbil baring2 neh! =D nmpk gaya c alpha male da ada angen2 cemburu gtu.. hehe. aah kak, tjuk projek ketiga pn best kak. npk catchy mcm PMS, KNK. Projek ketiga... hew hew, memg trus bygkan PMS. Hehe

    ReplyDelete
  16. errrrrrrkkkkkkkkkk projek pertama???? aduhhhhaiii bukan si tareq jer yg terkujat....saya pun dah nak pengsan nie puan nina.....huhuhu....kesiannya melin.....rajin pulak uda jah nie ye match make tuk melin........

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup moto uda jag, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya...tu yg melin lemas tu..

      Delete
    2. hehehehe.....bagus nya uda jah nie....nak tgk sgt melin kawin.....harap2 berjaya lah kali nie....

      Delete
  17. Hikhimhik.. Boleh la kak nina projek ketiga.. "Projek pertama ko tolak.. Projek kedua ko tepis.. Projek ketiga ni uda jah gerenti ko naik pelamin.." kata uda jah dlm hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. FR, nak naik pelamin pun ada cabaran nya...teka hanimun kat mana? mwa ha ha ha

      Delete
    2. haa.. bukit tinggi pn ok.. kehkehkeh.. (ke ade hati nk panjat gunung kinabalu?)

      Delete
  18. Hikhimhik.. Boleh la kak nina projek ketiga.. "Projek pertama ko tolak.. Projek kedua ko tepis.. Projek ketiga ni uda jah gerenti ko naik pelamin.." kata uda jah dlm hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha FR pun tertekan 2 kali

      Delete
    2. aik.. hari tu nmpak kuar satu je.. (tp takpe la.. wat semak skit.. hahah)

      Delete
  19. haha..mr alpha male jangan pandang melin xad mate ye..anda projek ketiga tau.!haha..mendapat la ko!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah si homely girl ni dah 2 kali reject org....

      Delete
  20. hahah projek kedua?

    alpha male da rasa tercabar kan ! hahha
    makin best ?

    kakNinan, Zumba tu best ke? macam nak join la ....

    ReplyDelete
  21. Nina,
    Projek Kedua??? Apa agaknya reaksi Si Alpha Male kalau tahu dia 'Projek Ketiga'.hihihi...

    Awak buat cerita apapun best je.Selalu ada istilah yang agak luar biasa.

    Akak suka sangat baca novel-novel yang watak-watak di dalamnya ada hubungan. Buat melepaskan rindu,pada hero n heroin dlm novel sebelumnya.hihihi.

    Pasni,buat cerita Zayd Alimin pulak ye,rindu ngan Una dan Z. Bila baca SF, akak suka juga bayangkan Ummi dgn Babah tu, Una dan Z, dan Si Jeneral sengal tu, Zayd Alimin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pn mawar,, nnt di bab depan2 una and the gang including zahrain n kak nora akan kuar...bestkan?

      Delete
  22. Hanina, thanks for the new updates. Suka sgt. I just adore the new tagline => empat pupu..... Hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha AA, nnt i will be known as the writer with tag lines :)

      Delete
  23. Selamber badaknya si Melin nih. Kan dah keluar aura jeles EMPAT PUPU dia tu! Nice....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he dari si Alpha Male jadi mamat empat pupu, asal jgn mamat kupu-kupu dah... :)

      Delete
  24. wah.....tareq dah naik cemburu dah.......
    projek ketiga ????? tareq ni projek ketiga uda jah ke nina ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, no 1 mamat motor...abg rudy tu. no 2 hafizi ke nama eh, mummy's boy

      Delete
  25. heheheh...menarik2 tajuk 2...projel ketiga...sah2 la sangkut kat si tarik mangsa projek ketiga hahahaha...tareq hang x yah nak jeles meles sgt la...buang karan je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah buang karan jg sbb melin ni bukannya perasan pun

      Delete
    2. hahhahah tau xpe...sendiri majuk sendiri pujuk la muahhaha

      Delete
  26. heh, bab ni buat saya ketawa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yr comment is so refreshing...sbb saya pk bab ni boring...

      Delete
  27. Zumba tuh...seriusly diorang akan dok jumpa dalam gym yang sama selalu ke? segannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa lah tp tareq tak berzumba...tu yg dia jeles riz tu dok berzumba dgn em

      Delete
  28. memang misterius tareq ni..ntah ape la dlm fikiran mamat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm dia sendir pun kekadang tak tau apa dlm kepala hotak dia...LOL

      Delete
  29. Projects ketiga... by the way akak nak tariq ye x nak projects petama dan kedua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, ok, tp nnt projek 1 dan 2 akan kuar jg dlm citer ni...sj nakkasi torture si tareq

      Delete
    2. Wah x sabarnya menunggu.penampilan istimewa pelakon2 tersebut
      Hik3

      Delete
  30. Best. Tersengih2 teman bacernya. Abg Rudy kacau
    daun ler.
    (Tang Zumba tu mcm boleh nampak lenggok
    Melin n mulut ternganga Tareq)










    ReplyDelete
  31. Omg! Mcm cite PMS sikit tang menari ala shakira tu.. Hahaa suka! Suka! Tak sabar nak baca seterusnya.. Sambung lagi hanina dear.. Esuk? Kekeke

    ReplyDelete
  32. Em belajar kat selatan tanah air? STF ke nina hehe

    ReplyDelete
  33. tareq pjk ke 3??tau tareq dia pjk ke 3 uda jah...mau hangin dia...jgn xpcaye dh kali 2 melin rejct udah jah punya pjk...

    ReplyDelete
  34. Nina, kak suka je membayangkan gaya rupa Tareq spjg episode ni yg asyik "terkena" saja dgn Emlyn ( Emlyn relax je.. ) cepat2 la sambung...tak sabor teman nk bace lagi...tima kaseh.
    ~ Aminah AR

    ReplyDelete
  35. salam...saya ada jual produk shaklee..jemput la tgk kt sini

    http://intan-mohamad.blogspot.com/2013/07/shaklees-product-prices.html

    ReplyDelete
  36. klu tajuk nye Projek Uda Jah bole? ekeke.. kak nina cpt la sambung.. da x sabar nk tgk kecemburuan so Tareq tu.. hahah over tau.. jealous2 manje gitu.. hahaha

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Aduhai, bertuahnya jd emmalyn. 3 projek at one go
    N still continue. Nina, pilihan saya Tareq dgn Emmalyn.
    Boleh gitu? : D :D

    ReplyDelete
  39. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete