Saturday 7 September 2013

Dia Seadanya Bab 10


Happy Birthday, Aziera Yusof! Terima kasih kerana membaca nukilan saya.


Hampir 5 ms. Yup pendek pun pendeklah dari tak ada kan. Ha ha tahu nnt ada yg kata pendek sangat, baru nak tangkap feel dah habis...


Cuba teka siapa ye jejaka kurus tinggi tu?


:)



Bab 10



Selain dari kenduri-kendara, Ngah Balom clan juga berkumpul apabila ada yang sakit demam. Dua hari lalu, Olong Besah rebah di dalam bilik air dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Sejak dia masuk wad, tidak putus-putus kunjungan dari ahli keluarga besarnya.

            Tareq yang sedang bercuti, tanpa perlantikan rasmi menjadi pemandu untuk ibu bapanya. Sambil memandu kereta ke hospital untuk menziarahi Olong Besah, teringat dia kepada si pemandu Peugeot merah. Selepas bernasib baik sempat membrek sebelum Peugeot itu untuk mengelak dari mencium bontot kereta hadapan, gabra sungguh Emmalyn sepanjang jalanan. Nasib baiklah tiba juga ke rumah Acu Jijahnya. Dua tiga kali juga tersilap masuk simpang. Melihat Emmalyn yang begitu gementar, tidak jadi pula Tareq untuk melanjutkan bicara tentang “berkahwin dengan projek ketiga.” Cutinya masih berbaki dua bulan, masih banyak masa untuk explore hala tuju perhubungan mereka. Jika tidak cukup dua bulan, tidak payah sambung kontrak kerja dengan majikan di Qatar. Cari sahaja kerja di Malaysia, jurutera Oil & Gas berpengalaman seperti dia tentu mudah sahaja mencari kerja di sini.

            Menetap di Malaysia? Hmm, sudah lama tidak terlintas di minda mahu bermastautin di tanah air sendiri. Kahwin? Dengan Emmalyn? Memang tidak dijangka, tetapi terasa macam satu keputusan yang melapangkan dada. Mindanya terbayang bahagia. Sudah lima malam dia menunaikan solat istikharah. Walaupun tiada mimpi sebagai tanda, namun hatinya semakin damai memikirkan tentang berkongsi hidup dengan Emmalyn Mohd. Ehsan. Subhanallah!!

            Tiba di wad tempat Olong Besah menerima rawatan, orang pertama yang dia lihat adalah Encik Ehsan, bapa Emmalyn. Mesra senyuman Tareq bila bersalaman dengan lelaki yang sangat peramah itu. Dikerlingnya sekeliling, kelihatan Puan Suhaila sedang duduk di birai katil sambil berbual dengan Olong Besah.

            “Emil tak datang, Ayah Cik?” si abang yang ditanya, wal hal hati digaru-garu mahu bertanyakan Emmalyn.

            “Emil katanya mahu singgah bila balik dari pejabat petang ini,” jawab Encik Ehsan, sengaja tidak mahu menyebut tentang Emmalyn.

            Segan pula Tareq mahu bertanya tentang Emmalyn. Dalam sembang keluarga nanti tentulah muncul nama Emmalyn atau tuan punya badannya sendiri. Takkanlah dia tidak menziarahi Olong Besah, ibu saudara sendiri. Bersabar dia menanti, hampir sejam juga keluarga besar mereka bersembang, tidak juga muncul gadis itu.

            Ibu bapanya dan ibu bapa Emmalyn sama-sama meminta diri untuk pulang. Tangan Olong Besah disalam dan dicium. Wanita tua itu diingatkan supaya jangan bangus sendiri untuk ke bilik air, perlu berteman, bimbang jika rebah lagi di bilik air.

            Tiba di kereta bapa Emmalyn, Tareq sedang berkira-kira untuk membuka mulut untuk bertanya. Baru hendak membuka mulut, ibu Emmalyn pula membuka cerita, “Si Melin tu pergi merayau lagi. Apalah hendak jadi dengan anak dara kami tu.”

            Dia merayau? Ke mana? Tegak telinga Tareq hendak mendengar.

            “Melin ke mana?” 

Terima kasih Mama tolong tanyakan, bisik hati Tareq.

            “Pergi ke Chieng Mai dengan kawan-kawan.” Maklumat yang dinanti dari ibu Emmalyn.

            “Eh, biarlah dia berjalan, Lila. Penat-penat bekerja, sekali sekala pergi bercuti,” komen ibu Tareq. Sudah berkenan sangat dengan Emmalyn, apa yang dibuat pun tidak nampak salah.

            “Kalau pergi makan angin tu, tak apalah Andak Mah. Ini pergi terjun pokok!” bagi Puan Suhaila, cacat cela anaknya biar diceritakan semua. Bimbang nanti kemudian hari sudah jadi menantu baru tidak berkenan.

            “Terjun pokok?!!” Hajjah Asmah bertanya tetapi ketiga-tiga beranak terjungkit kening.

            “Apa yang Emmalyn sebut, Abang?” Puan Suhaila bertanya kepada suaminya.

            “Zip-line, kalau tak salah saya,” sahut sang suami, bukan arif sangat tentang aktiviti-aktiviti lasak prang-orang muda.

            “Zip-line?” ualng Haji Abdul Aziz kehairanan.

            “Pasang tali, bergayut dari pokok ke pokok, Papa,” si anak memberikan penjelasan.

            “Bergayut dari pokok ke pokok?” tanya Hajjah Asmah, bukan hairan lagi dah, terkejut!

            Dah jadi macam Tarzanlah pula anak dara aku ni, keluh Puan Suhaila. Dalam hati sahajalah. Nak disebut malu, anak dara sendiri.

            “Selamatkah zip line ini, Ehsan?” tanya bapa Tareq kepada bapa Emmalyn.

            “Selamat Papa,” Tareq pula yang tolong jawabkan. Dia tidak pernah berzip-line tetapi dia pernah terbaca mengenainya di internet. “Peralatannya memang terjamin selamat dan petugasnya terlatih.”

            “Orang muda sekarang pelik-pelik ye, belajar tinggi-tinggi, pergi bergayut kat pokok pula ye,” terlepas juga komen dari mulut Hajjah Asmah.

            “Itulah anak dara kami, Andak,” balas Puan Suhaila lemah.

            “Tak apa tu, lepas kahwin nanti, pandai-pandailah suaminya jaga,” komen Haji Abdul Aziz pula, hendak menyedapkan pasangan yang diharap akan menjadi besannya.

            Habis sahaja Haji Abdul Aziz bercakap, empat pasang mata memandang ke arah Tareq. Terasa segan, terus sang jejaka bertanya, “Bila dia balik, Achik Lila?”

            “Esok petang di LCCT.”

            “Biar saya pergi jemput dia. Nanti Achik bagi tahu waktu tiba dan nombor flight dia ya,” tanpa dirancang meluncur tawaran dari Tareq.

            Lebar senyuman Puan Suhaila dan Encik Ehsan. Satu, tidak perlu lagi bimbang Emmalyn mengambil bas dari LCCT yang hanya akan tiba di Ipoh pada waktu malam. Dua, lelaki muda kacak bersopan santun ini sanggup memandu lebih dari 500 kilometer pergi balik untuk menjemput anak dara mereka? Hmm, dah nak sampaikah jodoh mereka?

Esoknya Tareq tidak terasa jauh perjalanan ke LCCT. Memang selesa memandu Honda Accord bapanya. Tapi tidak terasa jauh kerana sudah tidak sabar hendak bertemu dengan Emmalyn, gadis yang gabra bila ‘projek ketiganya’ mengajak kahwin. Tersenyum Tareq mengingat tingkah Emmalyn pada hujung minggu yang lalu. Selepas balik dari menjemput Acu Jijah, mencicit dia menyorok di dalam rumah Ayah Chor Razak. Agaknya malu… dan malu gadis Melayu inilah antara ciri-ciri Emmalyn yang dia suka.

            Tiba di LCCT, kereta bapanya diparkir lalu dengan santai Tareq berjalan ke terminal ketibaan. Pesawat Emmalyn dari Chieng Mai dijangka baru mendarat, sementara hendak melalui pemeriksaan imigresen, mengambil bagasi dan melepasi pemeriksaan kastam, Tareq pasti dia mempunyai banyak masa lagi.

            Hampir setengah jam juga dia menanti betul-betul di luar pintu balai ketibaan. Supaya senang nampak Emmalyn, supaya tidak terlepas.

            Tidak terlepas? Tidak terlepaskah?

Itu dia gadis Melayu jati yang dinanti, berjalan keluar dari balai perlepasan… berjalan beriringan dengan seorang jejaka Melayu kurus tinggi yang menolak troli berisi dua beg kecil. Beg mereka berdua, fikir Tareq.

Berjalan beriringan menolak sebuah troli berisi beg mereka berdua, sambil leka berbual, bergelak tawa.  Persis bagai pasangan yang baru pulang dari percutian bersama, atau seperti baru pulang dari berbulan madu?

Bibir seksi Tareq yang tidak putus mengulum senyuman sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Sepang menjadi kejung. Hilang sinaran gemilang cahaya bintang yang disebut Emmalyn.

 Aku terpedaya sekali lagi?

38 comments:

  1. Ala mesti si atai tu

    ReplyDelete
  2. Hahaha...tareq belum jumpe atai lg... Hihihi... Relax braderr... Tu baru atai...

    ReplyDelete
  3. Atailah tu...pet balik terus ke Malaysia timur....hehehehehe...jeles tareq tu huk huk huk...

    ReplyDelete
  4. Atai la tu..siapa lg geng emm?

    ReplyDelete
  5. Dengan atai..le tapi dorangkan bbf...masa tu..pet afa ke x ekkk

    ReplyDelete
  6. Alolo mamat ni...ngan si atai yg kurus tu pun nak jeles...relex ar. Tp klu dh pndai jeles tu kan tandanya dh jatuh sayang la kan ?

    P/s: eventho x knal boss awk ttp rasa geram bila dia suh Nina dtg keje weekend cam ni

    ReplyDelete
  7. Nina sila samb cepat...cepat utk kegumbiraan bersama yeee

    ReplyDelete
  8. Oh.. pg ngan atai... pet ada kat washroom.. lambat lagi nak kluar.. hahaha kesian tareq yg jadi nujum pak belalang...

    ReplyDelete
  9. Oh.. pg ngan atai... pet ada kat washroom.. lambat lagi nak kluar.. hahaha kesian tareq yg jadi nujum pak belalang...

    ReplyDelete
  10. Ye ke ni 5ms *garu dagu* hahaha. Atai eh tu..ptt la masa majlis anak una si atai tu cool je part em nk dtg dgn kawan..atai tau dah eh...aaiikk pulak tu tak kan tareq pn sama mcm suami nye una tu hehe nak jeles kat atai jg?? Jgn risau lah tareq..em mmg kau yg punye..kompom!!..ceewaahh. Suka.

    (pssttt...nina tq tq tq besday wishes kat atas tu hahaha *blushing* best!!!! Slmt berusaha nina!!)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. atai la tuh..... mcm zahrain mula2 nmpak atai.... dia jealous kejap ap.. tpi lpas tau atai tu best friend dgn diorg baru dia lega..... klau tnya mna pet.. mayb pet tgh pregnant ke? tu yg x ikot diorg....<<< hahahhaah tetiba :D

    ReplyDelete
  13. hah..atai..hehe tareq jeles..

    ReplyDelete
  14. Oh dear...eeeeee...minta-mintalah tu atai....blum ade lelaki baru kan....mungkin in the next chapter "tetiba terdengar suara pat memanggil lelaki kurus itu"....

    ReplyDelete
  15. adakah lelaki itu atai??atai kan...suspen tol..

    ReplyDelete
  16. Wo ho ho..siapa itu jejaka yg bisa mengkejungkan senyuman si Tareq?.
    Ish ish ish Melin gemor benor buat org tu terkezut.

    ReplyDelete
  17. Ahaks, kalau atai kesianla. Dengan una pun terkena hahaha. The green eyed monster reveals itself

    ReplyDelete
  18. kehkehkeh... gabra jugak si tareq ni yaaa.. releks brader brader releks...

    ReplyDelete
  19. atai kn? dlm scene ni pet x de kn?first time una n pet jumpa tareq masa majlis ank una tu....suka tareq jeles...cemburu tanda sayang..hehe

    ReplyDelete
  20. adeh.....nanti jadi cam zahrain jugak ke tareq ni? jeles ngan atai...hehehe..itulah, masih belum kenalkan?

    ReplyDelete
  21. adeh.....nanti jadi cam zahrain jugak ke tareq ni? jeles ngan atai...hehehe..itulah, masih belum kenalkan?

    ReplyDelete
  22. ala.....nie mesti si atai ni.... mana pergi si pet......tak kan pet tak ikut pergi zip-line.....aduss.......mesti rasa frust gila sialpha-male nie....

    ReplyDelete
  23. ohohoho....atai mmg seorang yg berjaya teramat....dalam membuatkan lelaki2 dalam hidup kengkawan nya jeles....hehehe..........pet balik sabah ye....kesian tareq ye puan nina...ingat nak surpriseeeeeeeeee tapi sendiri yang kene...hehehe....agak2nya tareq majuk bape lama ngan emm yer....kui3

    ReplyDelete
  24. Nina suspen sgt nie....next n3 cpt2 yer....x sabar sbr dah nie...hihihihi...

    ReplyDelete
  25. cam kompem je semua ni atai kan? ish2 dah boleh baca fikiran kak nina dah ni.

    ReplyDelete
  26. Haila..itu atai la..si pet tu terus balik sabah..mr tareq tolonglah..beliau xsame la..

    ReplyDelete
  27. alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. tolong la kahwinkan tareq dan em.. uhuk

    ReplyDelete
  28. menanti jemputan...ahaakkksss!!!!!

    ReplyDelete
  29. uikkkksssss....mana pulak komen i neh...rasanya dah drop komen tp ilang muahahhaha....dia pon pening cam tuan dia jugak...seme dah ting tong..pc, lappy n tuan dia jugak hahaha....ape3 pon x yah nak jeles sgt tareq oihh....tgk je ape yng jadi pas ni

    ReplyDelete