Friday 13 September 2013

Dia Seadanya Bab 12


Nightmare saya bakal jadi nyata nih! At the rate I am putting up DS here, rasanya soon I will have 2 manuscripts to finish, hai la!! Ini semua stress punya pasal!!


Bab 12



Honda Accord bapa Tareq diparkir jauh. Jalan menghala ke rumah bapa mertua Husna dipenuhi dengan kereta-kereta para tetamu. Hadiah untuk baby Zayd, Tareq yang tolong bawakan. Sambil berjalan berdua dengan Emmalyn ke rumah kenduri, mata Tareq memerhatikan kereta-kereta yang diparkir di kiri kanan jalan, hampir kesemuanya kereta mewah buatan luar negara. Tiba di pintu pagar, tersergam rumah agam Tan Sri Zainal yang tersenarai sebagai antara ahli perniagaan paling berjaya di Malaysia.

“Kawan awak ni anak somebodykah?” tanya Tareq. Biasalah Emmalyn, bukan banyak bercerita.

“Eh, tentulah anak somebody, ada mak bapakan,” sengaja Emmalyn berjenaka.

“Maksud saya anak orang kaya ternama,” terbit sedikit rasa tidak selesa di dada Tareq, Emmalyn ini jenis yang memilih bulu ke? Ini kali pertama berjumpa dengan rakan-rakannya.

“Yang kaya bapa mertuanya. Mak bapa Una biasa-biasa saja,” Emmalyn menerangkan.

“Yang lain? Pet? Atai?”

“Ha, Pet, bapanya memanglah kaya sangat, orang kaya Sabah. Atai pun biasa-biasa saja, emaknya ibu tunggal, menoreh getah,” jawab Emmalyn, di kepalanya terfikir pentingkah kaya atau miskin seseorang?

“Awak?” kilas Emmalyn, sengaja hendak memulang paku serpih, juga nak bagi tahu Tareq yang harta itu bukan perkara utama dalam hidup.

“Saya apa?”
“Awak tu kayakah?” Sudah keluar soalan straight-to-the-point Emmalyn.

“Ishh, kaaaaya sangat, awak tak tahukah?” dah terpancar sinar nakal di mata Tareq.

Emmalyn mencebik bibir. Ish, mamat ni perasan rupanya, mentang-mentanglah kerja di tanah Arab kaya minyak. Kasutnya dibuka, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah bapa mertua Husna.

Kelam kabut Tareq membuka kasutnya dan mengikut Emmalyn. Tiba di sebelah gadis itu, bisik si Alpha Male ke telinga Emmalyn, “Kaya sebab saya ada awak.”

Dalam sesaat merah menyala muka Emmalyn, tidak tahu mana hendak disorokkan. Toleh sana, toleh sini hendak elakkan dari renungan mata Tareq. Tup-tup ternampak pula Una dan Pet yang terlopong memandang ke arah dia dan Tareq. Oh! No…..bala! bala! Susahlah ada BFF yang kecoh macam minah dua orang ini!!

Kaki melangkah menghampiri Una dan Pet, Tareq patuh mengikut di sebelah. Hatinya berdebar-debar, ini kali pertama Una dan Pet bertemu Tareq, harap-harap minah berdua itu dapat bertenang. Janganlah derang kata apa-apa depan Tareq yang boleh bikin malu!!

Sebelum Una dan Pet kata apa-apa, Emmalyn memeluk Una dahulu, “Hmm, mana boy friend aku, Zayd?”

“Eh! Berapa banyak boy friend kau ada? Ni yang sebelah ni bukan boy friend?” Buka mulut sahaja sudah nak mengenakan kawan si Pet nih.

Merah padam muka Em, “Korang, ini Tareq, saudara aku dari Ipoh.”
Dek sebab gubra, dek sebab segan Tareq disebut boyfriend, itu yang tersembul di mulut Emmalyn. Berubah air muka Tareq. Mata tajam Una cepat menangkap, ini mesti ada sesuatu ni. Baru saja dia hendak membuka mulut untuk bertanya.....

“Una, Auntie Mai panggil, kumpulan marhaban dan sampai, majlis dah nak mula. Eh! Anak kamu mana? Rileks pula kamu melepak, anak entah dah ke mana,” membebel si Nawrah.

Una mengambil anaknya dari dakapan abang iparnya dan majlis berendui bermula. Kumpulan marhaban wanita memulakan selawat dan puji-pujian kepada Rasullullah. Di penghujung marhaban, sambil ditemani suami, Una mendukung Zayd dan dibawa ke semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang bergilir-gilir memotong cebisan rambut Zayd. Selepas rambut Zayd digunting, anaknya dicium dengan penuh kasih sayang.

Emmalyn yang memerhatikan majlis itu tumpang bergembira untuk kawan baiknya. Dugaan dalam perkahwinan Una selama ini boleh tahan juga. Alhamdulillah perkahwinan mereka kekal bahagia. Di dalam hati, Emmalyn memanjatkan doa agar suatu hari nanti dia juga dapat menikmati kebahagiaan sebagai seorang isteri dan ibu.

“Baby kita nanti nak buat majlis macam ni jugakah?” bisik jejaka yang sedari tadi tidak lekang dari sisi Emmalyn.

Serius, tak tahu nak jawab apa. Ish, belum masuk meminang, belum minta izin dengan mak bapa kita dah nak cakap pasal baby. Hmph! Tak boleh dibiarkan ni.

“Aren’t you jumping the gun, mister?” balas Emmalyn, cuba bersuara tegas tetapi gagal dek sebab tersipu-sipu.

“Gun apa?” Tareq pura-pura bodoh.

Malas hendak melayan perangai sengal si Alpha Male, Emmalyn bangun lalu mengajak Pet makan.

“Eh, saya awak tak nak ajak makan sama?” si Alpha Male berpura-pura merajuk, wal hal faham Emmalyn malu dengan usikannya tadi. Hmm, dah jadi hobi baru pula menyakat gadis pemalu itu.

Selesai majlis dan bila sudah surut tetamu, Una suami isteri, kakak Una suami isteri dan geng kutu rayau melepak di beranda rumah Tan Sri Zainal. Fahamlah Tareq kenapa mereka dipanggil kutu rayau, modal utama perbualan mereka adalah hendak merayau ke mana. Kronik juga ketagihan Emmalyn ini. Kahwin nanti pun nak terus merayau? Habis, aku ni macam mana, ikut sama atau kena tinggal kat rumah?

“Abang Tareq, kami sedang mengundi ni. Tahun ni nak ke Beijing atau ke Jepun. Abang tak nak mengundi sama?” Gadis Sabah yang peramah itu bertanya.

“Abang pun boleh mengundi ke?”

“Abang kan nak jadi ahli bersekutu geng kutu rayau?”

“Ahli bersekutu tu macam mana?”

“Boy friend, tunang, suami ahli geng kutu rayau, automatik jadi ahli bersekutu.”

“Okey, kalau macam tu, Abang pun nak mengundilah” jawab Tareq dengan senyuman meleret-leret. Dengan ketawa besar, Una dan Pet membuat ‘high five.’

Nakal betul minah kecoh dua orang ni! Si Una tu dah jadi mak pun otak gila-gila lagi, mebebel-bebel Emmalyn dalam hati. Mukanya berpijar buat kesekian kali pada hari itu.

Geng kutu rayau mengundi, undian untuk Beijing yang paling banyak. Kecewa betul Emmalyn yang teringin hendak bercuti ke Jepun.

“Iman, air oren dah habis. Dahagalah, ambilkan saya segelas,” minta Atai, manja menjadi-jadi sejak merancang hendak bertunang. Pet yang boleh tahan garang itu, dengan senyum manis bangun mengambil air oren untuk si buah hati.

“Abang pun dahaga jugalah, Sayang. Tolong ambilkan,” kering sahaja muka Tareq meminta air kepada Emmalyn.

Whoa… permintaan air segelas bukan main sensasi jadinya. Buntang mata Una, mulut ternganga. Atai sudah terjungkit kening. Pet yang sedang melangkah ke meja, berputar laju memandang Emmalyn.

Merah muka tak payah nak cerita, Emmalyn pura-pura beriak selamba, “Ish, abang EMPAT pupu saya ni bukan main malas ye hari ini,” punggung diangkat, kaki melangkah ke arah meja untuk mengambil air yang diminta.

Giliran Tareq pula menjungkitkan kening, hmph masih dengan “Abang EMPAT pupu” ya? Okey, balik nanti kita tengok berapa banyak pupu ye, Cik Emmalyn.

Lewat petang baru mereka beransur pulang. Pelawaan Una untuk mereka menumpang tidur di rumah bapa mertuanya ditolak. Esok Emmalyn kan kerja. Ambil cuti sakit sahaja, ajar Una, si suri rumahtangga sepenuh masa. Emmalyn hanya menjuling ke langit. Bini orang kaya, apa perlu kerja!

Masuk ke dalam kereta, Tareq merenung tajam si gadis di sebelah yang sedang memasang tali pinggang keledar.

“Miss Emmalyn, when can we drop the “Abang EMPAT pupu” stuff?”

“Mr Tareq, when can we drop the Abang, Sayang stuff?” mulut menjawab, mata konon-konon mencari tisu di dalam beg tangan, malu hendak bertentang mata.

“Why should we drop it?” si Alpha Male mencabar.

“Why should we maintain it?” konon hendak membalas cabaran, tetapi mata masih lagi tertinjau-tinjau isi beg tangan.

Jari jemari Tareq singgah ke dagu Emmalyn, didongakkan supaya mata si gadis bertentang dengan matanya, dengan suara yang lembut dia berkata, “Because I mean it.”

Jantung Emmalyn terasa melompat ke tekaknya, dadanya berombak-ombak. Oh ini rasanya orang bercinta ya?

“If you mean it, prove it,” bisik Emmalyn, nafas sudah mahu putus.

Terjungkit kening si Alpha Male.

“Jumpa Mama, Papa,” dagunya ditarik dari pautan jari jemari Tareq. Malu tak tertahan.

Alpha Male di sebelah tersenyum lebar.

89 comments:

  1. wohoooo... saya kaya sebab ada awak... berderai jantung x mampu nak kutp.. kehkeh... nway selamat maju jaya menulis kak nina...

    bila tang una... automatik terbayang ema maembong... wehh..lawanya unaaa..kehkeh

    ReplyDelete
  2. Jantung saya pun dah ke mana-mana dah ni. Haha. Haish, jangan ttba cerita ni yang siap dulu drp SF sudahla.. Hihi.. Anyway, good luck Mrs. Writer. Lama tak drop by sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. till now tatau nak siapkan yg mana dulu.kje ofis mkin bz. penerbit dah minta mss SF

      Delete
  3. Pengsan baca! Haha ya Allah x tau la sape yg lg berani n outspoken ni. Tareq ke emm.. Cepat tareq org tu dah bg green light tu.

    ReplyDelete
  4. 'Bcos I mean it' ....owhh...romantik sungguh ayat itu...
    Jatuh cinta berkali-kali...

    ReplyDelete
  5. Alololo..sweetnya 'abang EMPAT PUPU' heheehe.

    ReplyDelete
  6. Wohoooo.. mintak nyawa mintak nyawa. Org lain yang dilamar orang lain yang nak pengsan. Gile2.
    Pastu bole pulak terbayang una tu emma maembong. Gara2 drama PMS la ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he minta nyawa, minta nyawa, writer bz bila nak sambung....

      Delete
  7. ya tuhannnnnnnnnnnnnnn.

    berapa puluh kali aku nak cair nehhhh!!

    kahkah

    ReplyDelete
  8. wow...so sweet............like it...

    ReplyDelete
  9. because i meant it... eee best nya..

    ReplyDelete
  10. oksigen...oksigen....oksigen.....:P...awesome!

    ReplyDelete
  11. Arghhhhhhhh !!!! *menjerit sekuat hati sampai bergegar satu bilik*

    ReplyDelete
  12. Yeay... bersorak sambil melompat ke bintang.... Sheer exaggeration.... Hahahaha... Thanks Hanina.... Am loving every word of this chapter...

    ReplyDelete
  13. oh my !! xmau jd silent reader lg kali nie, bab nie buat sy sengih dr awl smpai abes...sgt2 suwettt + bla ade part una..really2 love it ! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) alah napa jd silent reader? sy suka noisy reader

      Delete
  14. Whoaa. Manisnya. Cepat la Tareq gi minang Melin.

    Nina... x sabar tunggu 2 manuskrip tu siap.

    ReplyDelete
  15. Senyum tak abis baca n3 ni...OMG! I really hope the drama will be as good as the book. Gedik sgt nak tgk tp takut disappointed...hu hu hu

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. every single entry yang akak buat memang drive we all as reader ni 'crazy'...like meroyan2 atas kerusi ke, tikar ke...congrats kak ;-)

    ReplyDelete
  18. Walaweiiii finally.. ni lah saat dinantikan...

    ReplyDelete
  19. Omnomnomnom... boleh bikin angau ni...

    ReplyDelete
  20. Yeay pantang Di sabar... Haruslah action kan alpha male...Hehe love it Nina...

    ReplyDelete
  21. Yeahh..!! Jom kawin..!! Hehhe.. Saya suka.. Saya suka..

    ReplyDelete
  22. Yeahh..!! Jom kawin..!! Hehhe.. Saya suka.. Saya suka..

    ReplyDelete
  23. hahahhahahhaha...adakah the Abang Sayang ' stuff kill the "Abang EMPAT PUPU" stuff????? Nina...jgn gatai nak benti sampai sini je....at leat bior la panjang skit tau hahha

    ReplyDelete
  24. Rasanya bila cerita ni siap I would end up being a puddle of liquid on the floor. Cair tak bleh tahan punyaaaa

    ReplyDelete
  25. ohohohoho... i am melting like nobody business! yg si em pun dlm malu2 tu ada gak strengh dia mencabar tareq masuk meminang.. ohoho.. camne la agaknye klu da jadi bini nnt.. adakah dia lg daring dr si Una yg memikat zahrain masa diorg baru kawin dlu? owhh cant imagine!

    ReplyDelete
  26. wehhoooo!!!!!!!!!!cepat2 kaweennnn!!!!hahaha x menyabor..... =P

    ReplyDelete
  27. Aduh !! Gue jatuh cinta lagi dengan pakwe baru !! kuengg. Naughty nye die tu... Tareq !!

    ReplyDelete
  28. cayya la nina!!! sy plk yg rase debar2...ececewaaahhh.....:D

    ReplyDelete
  29. Suke sikap si gadis yg malu2. So cute. :)

    ReplyDelete
  30. Nina. Serious. Nak cakap apa ni eh sbb sgt sgt best dah ni. Ada 1 je soalan. KENAPA SWEET SGT EM&TAREQ NI????!!! Nina, rasanya makin hari dah makin angau,sawan segala penyakit la kot n dah mcm org giler pun ada kot kami ni kalau baca entry2 baru ni.kalau DS ni yg keluar dulu mmg BESTSELLER juga la ni. PASTI!!! Hehe

    ReplyDelete
  31. Walaweiiii finally.. ni lah saat dinantikan...

    ReplyDelete
  32. YA ALLAH!!! kenapa romantik sangat part ni???

    \(^_^)/

    ReplyDelete
  33. yes..prove it.. esok jgk masuk minang

    ReplyDelete
  34. Ohh. This one ada sket yg dlm PMS tu kan? The last part.. Sweet la alpha male ni.. Em ni malu tp mahu lettew...

    ReplyDelete
  35. Walaweiiii finally.. ni lah saat dinantikan...

    ReplyDelete
  36. Saya pun tersenyum lebar reading your entry! Can't wait for more !!!

    ReplyDelete
  37. Walawey..!speechless....
    Nasib jantung x trkeluar dgn knyataan yg disebut..

    -senyum berguling-guling atas katil-

    ReplyDelete
  38. Walawey..!speechless....
    Nasib jantung x trkeluar dgn knyataan yg disebut..

    -senyum berguling-guling atas katil-

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar berguling2 atas katil tu uploadlah kat FB, boleh tumpang tengok he he he

      Delete
    2. hehehe...mana boleh la kak...segan..haha..!

      Delete
    3. hehehe...mana boleh la kak...segan..haha..!

      Delete
  39. Makin best....oh my...cepat la sambung.....:))

    ReplyDelete
  40. owh...hyperventilating.... :D
    thanks nina...cepat2 sambung yer...

    ReplyDelete
  41. Hish...dah nak mereng dah ni...tak sabaq dah nak beli buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he sy yg nak siapkan buku ni pun dah separuh mereng.... LOL

      Delete
  42. serious sweet smapi nak pengsan dah....
    “Why should we maintain it?”
    “Because I mean it.” <<<<<<<< pengsan sminit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza... siap buku ni nnt nak suruh inche suami saya baca!! Dia janji nak kasi sy bunga esok...kita tengok!

      Delete
    2. wah..bes nye dpt bunga dr inche suami ye

      Delete
  43. No komen....no komen... No komen... Sbb terlalu best

    ReplyDelete
  44. lah...bila nak konflik? hahaha..sweet sangat nanti kena kencing manis. Siapa nak tanggung? hihi

    HM@Miss_AirMata

    ReplyDelete
  45. huaaaaah! so sweett lahh! suka-suka nakk lagii!! tak sabar nak tgu dibukukann . argghhhh (;

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuuaaaaaah! saya tak de masa lagi nak siapkannnnnn arrrrghhh :(

      Delete
  46. Kali kedua sy baca entri ni.. masih tersenyum lebar..

    ReplyDelete
  47. Kali kedua sy baca entri ni.. masih tersenyum lebar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali kedua balas komen...masih tersenyum lebar..

      Delete
  48. Oh! My word! Suap-suapan gitu yg ku tak tahan ni, Hanina... ;-)

    ReplyDelete