Saturday 2 November 2013

Dia Seadanya Bab 16 (full)


Ha ha ha lps post Bab 16 bhg i baru sy teringat yg sy nak upkan DS hingga Bab 15 shj di blog. Lerrr plan simple cenggini pun terlupa.

Ate, dah naik bhg i, kena lah naik bhg ii...


here its is.... cer cek, tareq lari naik belon ke idak... :)





Bab 16 bhg 1



“Saya pernah tidur dengan dia. Beberapa kali.”


Jantung Emmalyn bagai mahu luruh. Sesak dada, oksigen bagai tak masuk. Hah!! Tahanlah kau, Emmalyn. Tahan telinga, tahan sabar. Sudah ada perempuan datang bawa anak, mengaku anak dia, kau nak juga si Alpha Male ini.


“Saya dulu…. jahil,” jeda seketika dan nafas ditarik dalam-dalam, bukan mudah mahu membuka pekung kepada gadis yang berjaya menawan hatinya, “Allah Ta’ala bagi otak yang cerdas, saya tak bersyukur, saya take it for granted. Belajar di U.K. dulu semuanya mudah. Tak perlu nak pulun belajar macam orang lain, waktu lapang saya hanya nak seronok. Malam-malam hu-ha hu-ha di club, di bar, di pub. Hujung minggu merayau ke sana sini. Setiap ketika nak seronok saja. Muda hanya sekali, fikir saya.”


Emmalyn dikerling sesaat. She’s still here. Ingatkan lepas mukadimah tentang hidup lepas bebasnya di U.K. dulu, gadis ini akan lari, tidak tunggu lagi. Tapi, Emmalyn Mohd Ehsan masih di sini, di hadapannya. Masih mahu jadi isterinya? Hairan.


“Emmalyn, awak dan keluarga awak, orang baik-baik. Seeloknya carilah lelaki yang baik juga sebagai suami awak,” nasihat dari orang yang mengaku kejahilannya dahulu.


“Keluarga saya, keluarga awak jugakan. Kan awak EMPAT PUPU saya,” Emmalyn mengingatkan Tareq.


Tersenyum kecil mereka berdua mendengar istilah ‘EMPAT PUPU’ yang sentiasa boleh bikin telinga Tareq berbulu. Terlintas di minda Tareq, Emmalyn ini gadis istimewa, dalam keadaan begini pun masih mahu menceriakan aku. Kalaulah aku boleh memiliki gadis istimewa ini… tapi sebaiknya…biarkan dia dapat jodoh yang lebih baik.


“Keluarga kita orang baik-baik. Awak pun orang baik-baik,” puji Emmalyn. Bila dilihatnya Tareq mahu memotong cakapnya, cepat-cepat dia menyambung, “Awak orang baik, ……solat tak tinggal, sopan santun, hormat mak bapa.”


“Pasal Inessa, itukan sejarah lama. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Manusia tentu ada pernah khilaf, yang penting awak sudah berubah,” tenang tutur Emmalyn, sambil merenung lembut jejaka yang duduk semeja dengannya.


Tareq hanya merenung cawan kopi di hadapannya yang masih tidak bersentuh. Malu hendak panggung kepala untuk menatap wajah Emmalyn. Bagaimana hendak jadi ketua keluarga jika dengan isteri sendiri pun dia terasa hina.


“Dosa saya itu… besar sangat. Lepas Inessa mengandung, mak bapa dia buat laporan kepada penaja biasiswa saya. Teruk mak bapa saya, turun naik pejabat penaja biasiswa saya, buat rayuan supaya jangan tarik biasiswa saya,” Tareq jeda seketika sambil mengacau kopinya perlahan-lahan, 


“Saya anak yang teruk. Abang sulung saya, Abang Sohair jauh lebih baik dari saya. Tak belajar ke luar negara pun tapi masih membahagiakan Ummi dan Ayah. Habis belajar, pinang girl friendnya, sekarang sudah beranak. Dia anak penyejuk hati Ummi dan Ayah. Saya ni anak yang hanya menyeksa mereka. Jenuh emak bapa saya menanggung malu. Sengaja mereka minta tukar kerja ke Terengganu, nak sorokkan muka dari saudara mara dan kawan-kawan. Cerita saya buntingkan anak dara orang, menjadi topik hangat di mana-mana. Ummi dan Ayah yang mula-mulanya bangga, anak tengah mereka bijak, dapat biasiswa belajar ke luar negara. Tapi akhirnya, apa yang mereka dapat? Ya, saya tamat juga belajar tapi lumpur yang terpalit di muka mereka tu, adalah ‘hadiah’ yang mereka takkan pernah lupakan.”


Emmalyn tidak putus merenung Tareq yang masih tidak memanggung kepala. Cubaannya untuk mengutip klu tentang perasaan hati jejaka yang begitu istimewa di hatinya.


Nafas ditarik, hati sang jejaka yang lara, cuba dipujuk, “Tareq, saya tak pernah kenal emak bapa awak dulu. Yang saya kenal hanya mereka sekarang. Dan apa yang saya nampak, mereka sayang sangat dengan awak. Tak nampak pun mereka marah dengan awak, tak nampak pun mereka kecewa dengan awak.”


Sekali lagi nafas dihela, mengumpul kekuatan untuk menyatakan sesuatu yang mungkin semakin melukakan hati sang jejaka. “Sebenarnya…. Awak yang kecewa dengan diri awak……. Awak yang marah dengan diri awak….. Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan….”


Kepala dipanggung, wajah Emmalyn ditenung dalam-dalam, “Yes, I am disappointed with myself. Yes, I am angry with myself.”


Sudah, Emmalyn!! Bukan kau nak pujuk dia, kau kutuk dia, buat dia makin negatif! Sebakul marah dihadiahkan kepada diri sendiri.


Payah! Tapikan ini lelaki yang aku mahu kongsi hidup bersama-sama, grow old together. Don’t give up, Emmalyn!


Renungan tajam Tareq dibalas dengan renungan yang lembut. “Dah enam tahun awak kecewa dan marah dengan diri sendiri. Dah tibanya masa awak cari kemaafan dalam diri awak untuk seorang lelaki istimewa bernama Tareq Abdul Aziz.”


Renungannya ditalakan ke atas, nafas ditarik kasar, matanya berkaca, “Saya tak berani, Emmalyn.”


Wallahi! Aku cintakan lelaki ini!! Jerit hati Emmalyn. Melihat kesengsaraan Tareq, dia rasa bagai mahu memeluk lelaki itu. Peluk erat, rapat-rapat dan usap belakangnya lembut-lembut. Namun batasan iman masih menjadi benteng kuat buat Emmalyn, hujung meja dipaut kuat-kuat agar tangannya tidak terbang hinggap ke tubuh Tareq.


Sekali lagi mata Tareq hinggap ke wajah Emmalyn, “Saya tak berani kerana saya takut saya akan jadi Tareq yang dulu…. Tareq yang jahil.”


Butiran-butiran jernih berguguran di pipi Tareq, di pipi Emmalyn.


Fuh! Better end this now! fikir Tareq, dengan perasaan tipikal orang lelaki, malu menangis di hadapan orang. Tisu yang datang bersama kopinya dihulurkan kepada Emmalyn, arahan untuk mengelap air matanya tidak perlu diucap.

“I’m not worth your tears,” kenyataan keluar tanpa perasaan, tetapi Emmalyn yang mendengar berasa semakin sayu. Kasihannya cinta hati aku ini!

Tisu diambil tetapi bukan air matanya yang dilap. Tisu disapu-sapu lembut di atas pipi Tareq. Sambil menyapu air mata, Emmalyn berazam akan membahagiakan lelaki ini, agar tidak perlu lagi air mata berderai di pipinya.

“Air mata pun anugerah Allah, maka tentulah ada nilainya. Untuk menyihatkan mata agar tidak kering dan sakit. Untuk membersihkan hati dan menyegarkan jiwa. Dan saya menangis kerana berkongsi duka Abang,” bibir mengucapkan kata-kata tetapi mata tidak bertentang kerana malu.

Mana pernah Emmalyn berkata-kata puitis sebegini. Tetapi demi memujuk seorang Tareq Abdul Aziz, digagahkan juga.

Tisu dirampas dari tangan si dara, dengan jiwa yang masih tersiksa Tareq mengeluh, “Emmalyn, you don’t have to do this.”

Mata dipejamkan seketika mencari kekuatan, kemudian dibuka dan mata Tareq direnung tajam, 

“Abang, I want to do this.”

“Emmalyn, ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari saya….,” menolak kerana sayang, kerana mahukan si gadis bahagia.

“Abang…. Abang yang terbaik bagi saya,” yakin ucapan Emmalyn.

“Emmalyn, you don’t know what you are doing…”  

Kesabaran Emmalyn semakin menipis. Aku kata nak, kau kata aku tak tahu apa yang aku mahu? Alpha Male, kau tak tahukah tidak satu malam pun aku tidak tidur tanpa mimpikan kamu?!!

Nafas ditarik dalam-dalam, diri diingatkan supaya memilih kata-kata yang paling sesuai. Dengan nada suara selembut mungkin, “Abang, it’s time to move on. Dah enam tahun.”

“It’s not easy.”

Degil Alpha Male ni!

“Let’s do it together. We’ll move on together,” bertahan Emmalyn!

“Awak sanggup hendak bersemuka dengan Inessa? Bila dia datang menuduh suami awak adalah bapa anaknya,” cabar Tareq yang pasti Emmalyn tidak akan tahan dengan isu sensasi yang ‘mewarnai’ hidupnya.

“Menuduh?” tanya Emmalyn, dahi sudah berkerut.

Tareq melemparkan pandangan mata ke sisi, nafas ditarik dalam-dalam, “Itulah saya kata, lupakan saja semua ini.” Back pack dicapai bagai mahu berlalu pergi.

“Wait a minute!” Back pack Tareq digenggam Emmalyn untuk menahan tuannya dari pergi.

“Abang tanya saya samada saya sanggup bersemuka dengan Inessa. Sebelum saya jawap, saya mahu tahu apa yang Abang maksudkan dengan ‘menuduh’?” Back pack yang digenggam tidak dilepaskan.

Merah muka Tareq. Bercakap tentang Inessa tidak pernah tidak stres. Berat lidah hendak menjawab soalan Emmalyn.

“Abang, menuduh?” Jawapan masih lagi dinantikan.
Aib! Bukan lagi hanya malu! Mata Emmalyn yang tajam merenungnya dielak.

“Abang….”

Dengan nada perlahan antara dengar dengan tidak, akhirnya terbit jawapan, “Saya rasa budak itu bukan anak saya.”


Rasa? Benda-benda macam ini boleh rasakah?

Melihat dahi Emmalyn yang semakin berkerut, Tareq menyambung, “Kan saya kata tak ada guna…”

“Explain,” potong Emmalyn, “please.”

Berombak-ombak dada Tareq, nak bercerita tentang zaman jahiliyahnya dengan terperinci?

“Abang… samada Aeril tu anak Abang atau tidak, saya terima Abang seadanya. Sama seperti saya berharap Abang akan menerima saya seadanya. Saya terima Abang yang sekarang, Abang yang baik di mata dan hati saya,” tidak berkelip mata Emmalyn merenung wajah Tareq.

“Cuma jika masa lampau Abang datang menerjah, saya rasa saya perlu tahu apa yang saya hadapi sebenarnya.”

Pergi dari sini atau berkongsi duka dan aib dengannya? Hidup tanpa Emmalyn atau hidup dengan Emmalyn? Sambil berfikir cawan putih berisi kopi diputar-putarkan di atas piring.

Akhirnya Tareq memanggung kepalanya, bertentang mata dengan Emmalyn. Redup mata Emmalyn seperti biasa mendamaikan. Terasa bagai bertemu oasis di tengah padang pasir.

Cuba, Tareq! She is worth it!

Perlahan-lahan kata-kata disusun, “Saya rasa …. saya tidak pernah ada … physical relationship dengan dia….”

Tak ada physical relationship…  sex? Tapi pernah tidur beberapa kali dengan dia? Tak faham! Terasa bagai budak ingusan pun ada juga.

“Maksudnya?”

Kening berkait, kalau boleh hal ini tidak mahu dibincangkan dengan sesiapa pun. Aib! Namun renungan mata Emmalyn, bukan renungan menghina atau jijik, tetapi renungan orang yang cuba memahami.

“Saya pernah tidur dengannya beberapa kali. Selepas penat clubbing, hantar dia balik ke apartment dan tidur di biliknya Berkongsi katil tapi tiada physical relationship. Suatu malam tu, kepala saya pening-pening lalat. Saya tidur di biliknya, esoknya… bila saya sedar…. dah tak ..berbaju…”

Aib! Aib! Menderu-deru rasanya darah menyerbu mukanya.

“Saya fikir tentang hubungan kami, saya betul-betul sukakan dia. Baru saya bercadang mahu mengajak dia bertunang, dia cakap dia mengandung. Saya terkejut tapi gerak hati saya kata itu bukan anak saya. Dia baru transfer ke universiti saya semester itu. Kami keluar bersama-sama baru sebulan. Everything happened so fast. Bila saya kata bukan anak saya, terus dia contact ibu bapanya yang terus menyerang ibu bapa saya dan laporkan hal ini kepada pihak penaja pengajian saya.”

Sambil berterus terang, mata Emmalyn direnung. Jika Emmalyn kelihatan jijik dengan ceritanya, Tareq akan angkat kaki. Namun gadis itu terus kelihatan tenang.

“Dalam kekalutan tu, saya baru teringat, setiap kali bercerita tentang universiti lamanya, dia kelihatan sedih dan cepat-cepat tukar topik. Bagaikan ada sesuatu yang pernah berlaku di sana.”

“Kenapa tak buat DNA test?” laju Emmalyn bertanya. Spekulasi buat apa?

Soalan yang mudah. Jawapannya lama juga kena tunggu…berkerut-kerut dahi Tareq cuba menyusun ayat untuk menjawab soalan itu.

Akhirnya, “Mak bapa saya tuntut supaya kami buat DNA test sebab pihak penaja mahu tarik biasiswa saya. Dia tak mahu, selepas disahkan mengandung, dia terus pulang ke Malaysia. Saya pula sudah tak teringin nak tengok muka dia. Bila tiada ujian DNA, tiada bukti untuk menuduh saya. Pihak penaja teruskan biasiswa saya. Saya rasa lega, saya fokus kepada pelajaran, graduate dan cari kerja jauh dari Malaysia.”

Serius tapi tenang, Emmalyn membuat keputusan, 
“Selepas kita kahwin, kita cari peguam, tuntut Aeril buat DNA test.”


Wajah Emmalyn direnung tajam, “Kalau saya bapanya?”

“Abang perlu jalankan tanggung jawab Abang. Kalau Abang tak sara dia, tak didik dia, kena jawab di akhirat nanti.”

“Awak sanggup jadi isteri saya kalau sah budak itu anak saya?”

“Kan saya kata buat DNA test selepas kahwin.”
“Emmalyn, awak sedar tak apa yang awak katakan ini?

“Abang…saya terima Abang seadanya.”

Mata Emmalyn direnung dalam-dalam, bagai mahu memastikan hati tuannya. Emmalyn membalas renungan Tareq tanpa berkelip.

Tiba-tiba terdengar pengumuman, “Calling for passenger Tareq Abdul Aziz, passenger Tareq Abdul Aziz, flying QR0012 to Doha. Please proceed to gate A17 immediately for boarding.”

Sekali lagi Emmalyn!

“Abang, will you marry me?”

Matanya mendamaikan. Sikapnya yang tenang. I need this woman! I deserve this woman!!

I. Love. Her.

“Yes.”

Dan mata yang mendamaikan itu menghamburkan air mata. Sekali lagi tisu dicapai, tetapi kali ini giliran Tareq yang menyapu butiran air jernih di mata Emmalyn.

72 comments:

  1. auwwww! so sweet. thank you kak nina. this is the bestttt!!

    ReplyDelete
  2. Ohmai..d answer is YES...
    Hooray it is Yes

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ...hore hore...pas ni msk part 18sx....hanimun u!! ada scene kain batik terapung dlm air he he he, brutal tu

      Delete
  3. I love you sis..... Best sgt chapter nehh... So sweet you emm n tareq... Sob..sob..sob..semoga jodoh korg kuat...always support u tareq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. support Tareq w/pun dulu dia teruk? amboi... :)

      Delete
  4. oh yesssss.....tq puan writer...

    ReplyDelete
  5. oh yesssss.....tq puan writer...

    ReplyDelete
  6. Seadanya dia.
    Baik dia.
    Kurang dia.
    Tareq, she is worth it.

    ReplyDelete
  7. Finally...terjawab sudah segala speku...10q Nina!

    ReplyDelete
  8. mula2 tgk tajuk n baca bab awal2 ingatkan tareq yg kena trima emmalyn seadanya, rupanya emmalyn yg kena terima tareq seadanya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. im happy that u figure this out. actually in a marriage both kena terima pasangan seadanya

      Delete
  9. Yeah.....consistent with Em's characteristics from chapter 1....bravo....

    ReplyDelete
  10. Yes, wah bestnya akhirnya jadi projek ketiga Emmalyn. Alhamdulillah. Kalau Irnessa buat hal geng Emmalyn ada, hehehe... Terima kasih Nina

    ReplyDelete
  11. tudiaaa...melin yg ty ye...huhuhu...caya lah melin...u get what u want...luv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun tak brani nak propose kat a guy, tulis je boleh la

      Delete
  12. Hari hari masuk blog g fb..akhirnya...kedebum...tq nina....saya lak yg terperah santan...huk huk

    ReplyDelete
  13. Thanx 4 this new n3! Best!

    ReplyDelete
  14. aduhai, aduhai, cik nina...beralun-alun,,,berombak-ombak kecil perasaan bace bab ni...pas tu damai & menyejukkan hati...so, sik jadi la abang tareq nait belon tek??? hhmmm seadanya...rite now there's so many scenarios...wat if's situation in my head...mendera perasan btl la cik nina ni...abis nya,,,,tak sabar la nak peluk...DWI-NOVEL YA, CIK NINAAAAAA,,,,,babai waaahahahaha (wicked witch laugh LOL:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks dwi-novel nya tak gerak2...writer paralysed with stress n fatigue

      Delete
  15. Wahhh part2 nangeh ni yg x tahan

    ReplyDelete
  16. yeaaaaaaa!!!he say yes!!yes!yes!!haha..sis..cukop smpi disini..xnak ternanati-nanti..haha..nak menanti yg versi cetak boleh pelok je t..hehee..tQ..em memg awesome!tareq double awesome!hehe

    ReplyDelete
  17. cpttttttttttttttttt.....up n3 yg sweet lg

    ReplyDelete
  18. Yes.... Yes... Sangat sweet dan mendebarkan.. Hehehe...

    ReplyDelete
  19. Yes!!! Inilah yg kuharapkan. Thanks Nina

    ReplyDelete
  20. Tq for good news... hr2 belek blog nina... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  21. osem nina.. tk sabar tunggu versi cetak

    ReplyDelete
  22. I like it. Bukan senang nak jadi penulis kan?Sebab tu kak Reen tk suka kritik penulisan orang.Kritikan sometimes boleh menyebabkan patah hati.Teruskan menulis...

    ReplyDelete
  23. Nak tisu, nak tisu. Tareq tolong lap airmata I!

    ReplyDelete
  24. syahdu gilaaaa.. rasanya x pernah baca part mcm gini dalam mana2 karya kak nina... well done kak.... well done..

    rasa emosi diletakkan di tmpat y sebenar.. =)

    ReplyDelete
  25. wah! seems that the alpha male is less dominant. GoTareq! She is the one for you.

    ReplyDelete
  26. wah! seems that the alpha male is less dominant. GoTareq! She is the one for you.

    ReplyDelete
  27. Ya Allah kak NINA!!!!!!!! do you know that I love u more???? ahahhahahhahha.. duk meloncat dalam bilik lagak yes yes yes... macam saya plak yang Emmalyn.. ahahhahahhahahaha.. i like this climax... chooihhhhh~~~ cium2 pipi akak laju2.. ahhahahaaha... thank you for made my day~~~ hilang terus period pain .. ahahhahahhaa

    ReplyDelete
  28. btw, maaf over excited... hormon tak stabil.. memang macam ni. kehkehkeh...

    ReplyDelete
  29. So sweet..baik nyer emmalyn..

    ReplyDelete
  30. YYYYYYYYYYESSSSSSS.....SWEET SSSOOOOOOO SWEET......

    ReplyDelete
  31. I heart u too la HA...he3..
    Tq for tis n3..
    Go Malin...Go Tareq..!!

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Cik Nina. 1 je. Tak sabar dah ni nak tunggu versi cetak..sbb hati dah berbunga baca bab ni..eh tapi mesti SF dulu kot eh...? xpe xpe..dua2 karya Cik Nina ni mmg dah di tunggu sangat2 dah. selamat bertungkus lumus :)

    ReplyDelete
  34. aduh....x sabar dah nie nak tunggu versi cetak....

    ReplyDelete
  35. tetiba~ lepas habis baca ini, sy angkat tangan dan~~GOLLLL!!!
    ps: Pahang menang 1-0. ooyeah~

    ReplyDelete
  36. Dan saya berharap moga moga Nina terlupa lagi, upkan sampai bab 20??! hehehe.....

    ReplyDelete
  37. aww..sweet gilerr..manisnya terasa jauuuhhh ke lubuk hati.. dup dap..dup dap.. next entry mak n ayah tareq senyum lebar tengok bebudak tu balik berdua..yess!

    ReplyDelete
  38. Asyik dok teringatkan Tareq ngan Em saja ni...so, here I am again. Nina....lama lagi ke kami dapat peluk kesayangans kami ni????? hahaha.....tambah stress Nina sikit...

    ReplyDelete
  39. So no physical relationship dgn Inessa = Tareq is suci lah ya.
    Cepat2lah kawinkan drg tu Nina....

    ReplyDelete
  40. ini sgt2 best.. cepat2 sambung... hehehe

    ReplyDelete
  41. This Bab is the sweetest!!! Bukan selalu perempuan propose and the words used..GAHH. "Wallahi! Aku cintakan lelaki ini!" HEHEH

    ReplyDelete
  42. ish x sabar nk baca episod seterusnya...

    ReplyDelete
  43. naper x sambung2 lg ni. tiap2 hari jengok takde gak n3 baru. aduhai...

    ReplyDelete
  44. Cik Nina ... harap maklumkan sekiranya cerita ni dah masuk versi cetak. I like to read all your stories... penuh dengan exitement ..... gosh! I like I like I like...keep it up!

    ReplyDelete
  45. tak payah versi cetakla..bg ktorg read kat sini je.blh komen2

    ReplyDelete
  46. Oh no...blk msia dh ade 2 novel kn beli huhuhu....cepat2lh cik writer ni mengarang...hopefully bu d time sampai msia dh ade kt book store

    ReplyDelete
  47. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete
  48. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete