Sunday, 14 July 2013

Dia Seadanya Bab 4


Salam Ramadhan....

1) tak pendek (ha ha defend dulu sebelum kena tembak) hampir 5ms ye.

2) baca betul2 ada jalan cerita yg akan muncul semula di pertengahan cerita nanti...

Seteguh Fayqa? belum ada majlis perkahwinan lagi setakat ini, he he...


Bab 4



Berduyun-duyun tu sebenarnya hanya keluarga Emmalyn, Hajjah Khadijah dan mak bapa Tareq. Tapi bagi Emmalyn kalau ada Hajjah Khadijah a.k.a Uda Jah tu, maknanya seisi kaum kerabat Ngah Balom bagaikan hadir kerana apa yang berlaku dalam split second sahaja satu clan Ngah Balom boleh tahu. Uda Jah pakai Samsung Note II, senang saja dia boleh akses Facebook, Twitter dan Instagram. Kepada orang, Uda Jah cakap dia guna telefon canggih itu sebab skrinnya besar, senang matanya yang semakin rabun hendak membaca. Alasan!!

            “Eh! Andak Mah, Andak Aziz pun ada? Bila sampai?” sambil bersalam dengan Hajjah Asmah, Emmalyn cuba beriak selamba.

Sebenarnya turun sahaja dari kereta, dia sudah rasa semacam. Mama dan Papa bimbang dia naik bukit dalam hujan lebat, itu dia faham. Tapi ini…. tak tahu apa, but there’s something not quite right.

Hajjah Asmah dan Haji Abdul Aziz cuba membalas senyumannya tapi nampak jelas senyum terpaksa. Mama dan Papa pun nampak tak selesa. Hailer Uda Jah pun tak berbunyi. Apa kes ni? tanya Emmalyn dalam hati. Susah hati sangatkah keluarga dia dan Tareq? Hanya pasal naik bukit dalam hujan?

Nasib baik Puan Suhaila pandai menyelamatkan keadaan, “Melin dengan Tareq mandi hujan ke? Dah, pergi naik atas, mandi, tukar baju. Emil, tunjukkan bilik air kat Tareq. Pinjamkan baju kamu.”

“Kami naik atas dulu, ye. Nak solat asar sekali,” balas Emmalyn, lega boleh escape dari suasana yang terasa pelik itu. Kemudian laju dia mengikut abangnya, Emil, naik ke tingkat atas. Tareq yang diam tidak berkata apa, menurut naik ke atas.

Masuk ke dalam bilik, sepantas kilat Emmalyn mandi dan solat. Rimas hendak duduk lama-lama di atas bila dia tahu ada tetamu di bawah. Tentu Mama sibuk melayan mereka di bawah. Usai solat, dia memakai baju kurung kain kapas berbunga kecil berwarna hijau dan tudung rona sedondon. Pada mukanya disapu bedak nipis-nipis dan bibir pula lip gloss berwarna nude. Turun ke tingkat bawah, rupanya tetamu sudah selesai menjamu selera dengan Mee Siam dan teh panas.

“Duduk makan, Melin,” Uda Jah dah buat macam rumah sendiri, dia pula yang mempelawa Emmalyn. Sepinggan mee dicedok dan diletakkan di hadapan Emmalyn, “kami dah makan. Kamu tentu lapar, hujan-hujan kerabat bukit.”

“Masa kami naik tu, cuaca elok je, Uda,” Emmalyn cuba mempertahankan diri. Mana mamat Alpha Male tu? Tak siap bersolek lagi? Aku sorang saja kena tembak ni.

“Kamu ni, Melin, kami tahulah kamu tu belajar luar negara. Tapi tak bolehkah buat perangai macam anak-anak dara Melayu lain. Deme berdating pergi shopping complex. Yang kamu ni kerabat bukit,” haaa…. Uda Jah sudah mula berleter.

Selalunya Melin sengih sahaja, tak sampai hati nak melawan leteran Uda Jah. Dia hidup sebatang kara sejak suaminya meninggal lapan tahun lalu. Kalau tak berleter dengan anak buah, takkan nak berleter dengan dinding di rumah.

Mee dalam mulut ditelan, rasa malu ditahan, Emmalyn menjawab juga, “Alah tu baru bukit, Uda, bukan gunung pun.”

“Amboi! Anak dara zaman sekarang, menjawab! Menjawab! Habis lepas ni kamu nak kerabat gunung pulak ke?” wah… nampak gayanya hailer Uda Jah sudah mahu keluar.

“Kalau nak naik gunung, kena jadi isteri dulu, Uda,” tiba-tiba ada yang menjawab dari tangga.

Eee… mamat Alpha Male ni, pandai-pandai sahaja menjawab yang bukan-bukan, gerutu Emmalyn dalam hati. Tapi geli hati pun ya melihat si Alpha Male memakai kain pelikat dan T-shirt Emil. Comel pun ya juga. Ish, Emmalyn, mamat badan setegap ini kau kata comel? Kalau kucing, iyalah comel.

“Kalau dah jadi bini kamu, ikut suka kamulah nak angkut ke mana, Tareq. Ini hujan-hujan, gelap-gelap, kamu angkut anak dara orang naik ke bukit, ke tempat jin bertendang,” dah si Alpha Male itu pula menjadi sasaran Uda Jah.

Mereka sepupu sepapat memang sudah terbiasa dengan leteran Uda Jah, tapi Emmalyn perasan riak muka Hajjah Asmah dan Haji Aziz  sudah berubah.

“Melin yang ajak Tareq ke sana, Uda. Susah nak cari kawan naik bukit tu. Bukan selalu pun Melin dapat naik,” cubaan Emmalyn untuk meredakan keadaan. Kepada Tareq dia mempelawa, “Jemputlah duduk,” sepinggan mee siam dicedokkan untuk teman naik bukitnya.

Penuh meja makan berkerusi lapan di rumah Puan Suhaila dengan suaminya, Hajjah Asmah suami isteri, Hajjah Khadijah dan Emil. Tareq dan Emmalyn makan, mereka menonton.

“Andak, Melin ni memang kaki merayau. Kami di sini ni, kejap-kejap dapat poskad dari Peranchis, kejap dari Turki. Gunung-ganang kat England dan Scotland tu habis dia dah panjat,” panjang lebar Puan Suhaila bercerita. Kalau betul nak dibuat menantu biar diberitahu baik buruknya.

“Kerabat bukit, kerabat gunung, memang handal anak kami ni. Tapi masak nasi, masak lauk, tak berani nak jamin,” Encik Ehsan berseloroh, pecah ketawa di sekeliling meja. Keadaan yang agak tegang tadi terus jadi santai selesa.

…. kecuali pada Emmalyn. Mukanya merah, lebih merah dari sos tomato dalam botol di atas meja. Mama dan Papa ni rupanya lagi teruk dari Uda Jah!! Sibuk nak suruh orang kahwin, tapi habis semua diceritakan. Sempat juga dia menjeling si Alpha Male, tunduk tekun dia menjamah mee tapi Emmalyn nampak juga senyum simpulnya.

“Alah, kalau segala ilmu akaun boleh belajar sampai lulus, apa susahnya nak belajar masak nasi, masak lauk. Berguru dengan mak mertua pun boleh,” Hajjah Asmah turut berjenaka.

Wah! Lebar senyuman Hajjah Khadijah. Memang betul firasatnya, Hajjah Asmah suami isteri memang sesuai berbesan dengan Suhaila suami isteri. Si Emmalyn pula memang sesuai dengan Tareq. Kalaulah nanti sejarah lama Tareq ni muncul semula, rasanya Emmalyn takkan melatah menghadapinya. Antara anak-anak buah perempuannya, Emmalynlah yang paling tenang orangnya.

Emmalyn sudah tidak tahu mahu ke mana nak disorokkan mukanya. Si mamat Alpha Male pula selamba makan bagai tidak faham apa yang dibualkan.Usai minum petang, jenuh Puan Suhaila sekeluarga mengajak Hajjah Asmah suami isteri untuk makan malam di rumahnya. Lain kali sajalah, itu jawapan Hajjah Asmah yang sebenarnya terasa malu kerana menerjah rumah orang yang diharap bakal menjadi besannya hanya kerana bimbang anak terunanya membawa anak dara mereka naik bukit ketika ribut taufan di luar.

Hajjah Asmah sekeluarga diiringi hingga ke anjung depan. Emmalyn berbelah-bagi, nak hulur ke tidak, nak hulur ke tidak? Kalau dihulur nanti jenuh kena usik. Tapi kalau tak dihulurkan, nanti teringat-ingatlah pula.

Akhirnya, dihulurkan juga, “Tareq, nah, in case kalau tak sedap badan.” Panadol sepapan.

Lebar senyuman semua orang yang memandang, sudah boleh bau nasi minyak. Hajjah Khadijah tidak mahu kalah, “Ha! Macam tulah orang, dah kamu heret dia naik bukit tengah-tengah hujan, pandai pula bagi ubat.”

“Thanks,” ubat disambut dengan senyuman. Good, she’s caring. “Gym esok, on?”

Ha?! Dah gym pula? Ada janji ke? Tak perasanlah pula. Jawab je, “Oh! Okay.”

“Leeee….. deme ni, ape-ke-hei? Pergi dating, naik bukit, masuk gym. Tareq, ini kau belajar cara dating dengan orang Arab sanun ke?” hailer sudah keluar….

“Apa pulak dating, Uda. Pergi gym sajalah,” bantah Emmalyn.

Gym pun gymlah, fikir Hajjah Asmah. Asalkan budak berdua ni mahu berkenal-kenal. Bimbang hatinya bila Tareq tak kahwin-kahwin. Macam cerita lama dulu masih lagi menghantuinya. Kahwinkan dia, pujuk suruh balik kerja di Malaysia. Biar beranak pinak di depan mata. Sampai bila nak bawa diri ke tanah Arab sana nun?

Honda Accord dan Toyota buruk keluar meninggalkan halaman rumah Encik Ehsan. Mak si teruna sempat berdoa moga ditemukan jodoh anaknya dengan gadis baik pendiam bernama Emmalyn itu.

Masuk sahaja ke dalam rumah, baru Emmalyn hendak mengemas meja makan, Uda Jah bertanya, “Apa seronok pergi ke gym tu Melin?”

Sudah! Wartawan-tak-berbayar Ngah Balom clan ini nak ikut ke gym ke esok? Parah! Fikir  Emmalyn.

Thursday, 4 July 2013

Dia Seadanya Bab 3 b... siap!

(akhirnya siap...enjoy!! dan komen ya!)

Toyota....itu jenama kereta 'antik' yang dibawa oleh Tareq. Kereta yang usianya lebih tua dari usia tuan yang memandunya itu bagaikan ketuhar, alat penghawa dinginnya sudah rosak. Nasib baik cermin tingkapnya boleh diturunkan, masuklah angin meredakan kepanasan melampau ketuhar bergerak itu.

Tuan pemandu mengerling seketika ke arah penumpangnya yang diam sedari tadi. Tak banyak cakap, tak kompelin langsung. Kalau perempuan lain entah malu nak naik kereta buruk datuknya itu.

"Tunjukkan saya jalan? Saya tak biasa," pinta Tareq.

"Okey."

Memang dia ini pendiam atau sombong atau jual mahal? Well, we'll see. Semalam dia menghantar sms kepada si dara di sebelahnya itu. Nak ke mana kita esok? Tiada salam, tiada tanya khabar. Dan jawapan yang diterima pun tiada bersalam, "Bukit Kledang."

Dan Tareq yang sudah begitu lama tidak pulang ke kampung halaman terpaksa bertanyakan Encik Google apa yang ada di Bukit Kledang. Tempat riadah rupanya, naik bukit. Wouldn't guess she's the type who climbs. Dari rupa nampak macam awek yang suka memerap di rumah, memasak dan mengemas. Stok baik-baik, itu yang Mama berkenan sangat-sangat. Dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke tanah air, nama Emmalyn sudah disebut. Sedar dan tahu yang mencarikan jodoh buatnya adalah agenda utama Mama, Tareq ikutkan sahaja. Tapi rasanya dia akan pulang ke Qatar dengan tangan kosong. Perasaannya tetap sama, hambar....tiada keinginan langsung hendak berkenalan dengan mana-mana gadis.

Tapi kenapa pula aku ajak awek ni keluar hari ini? Sebab sunyi agaknya, sudah dua minggu dia hanya berkepit dengan ahli-ahli keluarganya. Sudah jemu mendengar cerita yang sama. Tapi keluar dengan awek ini, tiada cerita apa pun yang dia dengar.

Gadis di sebelah dikerling lagi.... memang dia minat aktiviti lasak atau pilih Bukit Kledang hanya untuk menduga? Well, we'll see.

Masuk ke pekan Menglembu, teringin pula dia hendak mencari Restoran Salim. Dia yang kebosanan bercuti di Ipoh, bandar yang dia langsung tiada kawan melainkan saudara maranya. Maka Pak Cik Google sudah menjadi teman baiknya. Dicarinya restoran-restoran yang direbiu sebagai bagus di internet dan apabila kebosanan, dia akan pergi menjamu selera bersama Mama dan Papa  dan adik beradiknya. Sekurang-kurangnya tercapai juga objektif utama dia balik bercuti di Malaysia, makan puas-puas! Objektif mencari jodoh tu, itu objektif Mama, bukan objektif dia sendiri.

Berbalik kepada Restoran Salim, ada dia terbaca ini antara restoran terbaik untuk kari kepala ikan. Belum apa-apa, air liurnya sudah meleleh. Bila dia membelok ke sana sini, si dara di sebelah hanya mengerling kehairanan. Bertanya pun tidak, pendiam sungguh ke dia ini?

Akhirnya jumpa juga Restoran Salim, rezeki pagi Ahad!! Kereta tua diparkirkan. Parkir pun banyak, belum ramai pelanggan pagi itu.

"Jom, makan dulu," dia mengajak tanpa bertanya samada okey ke tidak restoran itu.

Emmalyn sebenarnya tidak berkenan. Nak naik bukit di Malaysia ini, seeloknya awal-awal pagi supaya dapat mengelak bahang panas tengahari. Sudahlah, datang pun lambat mamat ini, sekarang nak singgah makan pula. Jenis mat redah ni. Ah, lantaklah, lepas ini memang takkan jumpa lagi dah, fikir Emmalyn.

Budak itu diam menurut. Turun kereta, masuk restoran dan duduk semeja. Memang yang jenis tidak banyak songeh ke? tanya Tareq dalam hati. Bagus juga tak banyak songeh, aman hidup. Tapi kalau pendiam sangat, boring pun iye juga.

Datang pelayan restoran, Tareq memesan kari kepala ikan dan tiga keping capati. Teh tarik kurang manis untuknya dan si gadis? Air kosong jawab Emmalyn.

Sementara menunggu pesanan tiba, kedua-duanya tidak teringin hendak berbual-bual. Tareq kononnya hendak menjual mahal dan Emmalyn pula memang semula jadi pendiam. Telefon di tangan dibelek-belek. Ada sms dari BFFnya, Una, Pet dan Atai. Tersenyum Emmalyn sambil membaca dan membalas.

"Boy friend?" tanya Tareq.

"Ha?"

"Awak sms dengan siapa? Boy friend ke?" soalan yang sama dihuraikan lebih panjang.

Boy friend? Kalau aku ada boy friend, tak adalah aku keluar dengan kau. Apa punya soalan ni! Er...ooo....soalan yang bukan soalan, tetapi lebih kepada cabaran? Entah! How would I know about games people play during their dates? I don't know and I don't want to know.

"Kawan-kawan baik saya. Saya tak ada boy friend," jawab Emmalyn. Tak nak main games, nak berterus terang sahaja. Biar tak pening kepala.

"Duduk di U.K. tiga, empat tahun tak ada boy friend?"

Aik! Dia ni tak percaya ke apa? Ada ke pula?

"Ya, tak ada." Dah memang aku ni plain jane, apa nak heran.

Selamba sahaja dia menjawab tak ada boy friend...

"Kenapa?"

"Ha?" Tanya soalan pendek-pendek, dia ingat aku boleh baca minda dia ke, getus Emmalyn dalam hati.

"Kenapa tak ada boy friend?"

"Sebab tak ada yang minat kat saya dan saya pun tak ada yang minat kat sesiapa." 

Hmm, yang bahagian awal tu memang 100% benar, yang bahagian akhir tu...er....kurang kebenarannya..... Sebenarnya sewaktu tahun pertama di Southampton, Emmalyn minat sangat-sangat dengan seorang senior tahun akhir...Zulfahmi. Abang senior yang sentiasa imamkan solat berjemaah mereka, yang sentiasa bacakan doa dalam semua kenduri kendara di sana. Tapi takat minat sajalah sebab umum sudah tahu yang Zulfahmi bakal bertunang dengan seorang senior tahun akhir undang-undang di Newcastle. 

Sepatutnya, bila dia sudah tanya aku pasal boyfriend aku, aku boleh tanya dia pasal girl friend dia. Tapi nak tanya buat apa... apasal pula nak kisah dia ada girl friend atau tak. Nampak gaya macam lelaki yang banyak girlfriend saja. Dia ini samada player atau.... atau.... gay! Kalau tak, kenapa masih membujang tua-tua begini?

Pesanan capati dan kari kepala ikan tiba. Sekeping capati diletakkan ke atas sebiji pinggan dan diletakkan di hadapan Emmalyn. Ish, getus Emmalyn lagi, aku tak kata pun aku nak makan. Kan tadi dah makan nasi lemak Uda Jah.

Tareq pula makan bagai tak ingat dunia. Fuh! Memang sedap betul kari kepala ikan di sini. Balik Qatar, boleh teringat-ingat ni kari kepala ikan ni. Gadis kat depan ni? Dengan pendiamnya, tiada apa yang outstanding tentangnya....sheesh....definitely forgetable!

"Makanlah, rezeki dah di depan mata," jemput makan pun tanpa perasaan. Kau nak makan, makan. Tak nak makan, sudah.

Betul juga, dah di depan mata, rasa sajalah. Entah bila nak datang ke restoran ini lagi. Bangun, cuci tangan di sinki. Balik ke meja capati di pinggannya dikoyak dua, sebelah dicampakkan ke dalam pinggan Tareq. Kuah kari dicedok, dan isi ikan dikaut sedikit.

"Hmm...sedap sungguh," puji Emmalyn. Tareq menjungkitkan keningnya.

Habis isi ikan di dalam pinggannya, Emmalyn mencedok tambah. Habis capati di separuh dalam pinggannya.

"Nak balik?" tanya Tareq sambil memuncungkan mulut ke arah capati separuh yang dicampakkan Emmalyn ke dalam pinggannya tadi.

"Tak nak. Nak ratah ikan."

Kata nak ratah ikan, dia ratah sungguh. Sampai terpegun Tareq tengok Emmalyn makan. Rasa macam nak kata, eh! simpan sikitlah untuk saya. Akhirnya berebut-rebut meratah isi kepala ikan. Sedap... timbul rasa kesedaran di kepala Tareq, sedap kari kepala ikan, lebih sedap bila makan berebut. Hm...sebab inilah agaknya manusia ini dijadikan berpasang-pasangan.

Habis licin kari dalam pinggan, Tareq bangun untuk membayar. Kemudia masuk ke dalam kereta, senyap sunyi macam biasa. Lepas Tareq hidupkan enjin kereta, Emmalyn hulurkan bekas kecil berisi gula-gula getah. Diambil Tareq dan dimasukkan ke dalam mulut.

Tiba di kaki Bukit Kledang, kereta diparkir dan dikunci. Emmalyn mengeluarkan krim sun block dan menyapunya ke muka dan tangan. Kemudian dihulurkannya kepada Tareq. Tareq yang nakal dahulu mungkin akan meminta si gadis yang tolong sapukan ke muka. Tetapi Tareq versi sudah-insaf ini hanya menyapu krim sun block ke muka tanpa apa kata.

Emmalyn pula mengeluarkan cermin mata sportsnya dan cermin mata biasanya disimpan ke dalam bekas cerin mata dan dimasukkan ke dalam back pack. 

Berubah habis wajah si gadis seorang ini, dari wishy washy wallflower bercermin mata boring kepada gadis yang ranggi. Hanya kerana cermin mata hitam outdoor Oakley bertaraf professional. Tareq mula memandang dengan minat.

Dikeluarkan pula, topi floppy trekker kegemarannya. Ke mana-mana merayau, memang sangat selesa memakai topi trekker. Tidak panas berkuap macam kebanyakan topi dan yang penting melindungi dari panahan terik matahari.

"You are well-equipped," komen si Alpha Male.

"Protection is important. So is comfort," balas Emmalyn sambil melangkah naik bukit.

Bukit Kledang tidaklah begitu mencabar sangat jika dibandingkan dengan puncak-puncak lain di Malaysia. Bagi yang mahu jalan mudah, ikut sahaja jalan berturap tar naik ke atas. Tapi bagi Emmalyn yang sukakan alam semulajadi, dia memilih denai hutan. Lebih redup dan ebih hijau, nyaman mata.

Selepas setengah jam mendaki, Tareq perhatikan gadis yang mendaki bersamanya langsung tidak tercungap. Steady sahaja langkahnya.

"Boleh tahan fit awak ni. Selalu panjat bukit?" terbit juga soalan kepada gadis yang sebelum ini disangkanya membosankan.

"Sekali sekala."

"Bukit mana?"

"Bukit inilah."

"Tak naik bukit, gunung lain?"

"Belum explore, baru dua bulan balik." Sejak balik memang emak dan bapa Emmalyn sebolehnya anak mereka berkepit di celah ketiak sahaja.

"Then how come you are so fit?"

"Gym." Jawapan sepatah yang agak memeranjatkan.

"Awak pergi gym?" soalan bagai tak percaya, gadis bertubuh kecil ni seorang gym rat? Eh, tak percayalah!

"Hm hm, apa lagi nak dibuat di Ipoh ni. Seperti bandar-bandar Malaysia yang lain, aktiviti utama adalah makan dan shopping. Pergi gym lagi best."

Wah, tak sangka minat kami sama! "Buat routine apa kat gym?"

"Weight training sikit. Untuk cardiovascular, treadmill."

Bersembang tentang gym, baru terasa bagai boleh jadi kawan. Tak sangka Tareq yang Emmalyn ini tahu serba serbi tentang senaman.

"Bila-bila saya nak ikut awak ke gym. Dah hampir dua minggu saya tak exercise, cuma jogging saja."

"No problem, di gym saya, member boleh bawa tetamu."

Naik bukit disambung tanpa rasa canggung. Tak ada jodoh, boleh jadi kawan fikir Emmalyn. Lepak kat gym sama-sama.

Di pertengahan jalan, ada anak sungai kecil, Emmalyn mengangkat wudhu. Tiba di atas bukit, dicarinya sudut terpencil, ditebarkan tikar plastik, lalu dia menunaikan solat.

Usai solat, dia menawarkan tikar plastik kepada Tareq, "Nak pinjam?"

Lalu jejaka berbadan tegap itu menunaikan solat. Usai solat dilihatnya Emmalyn duduk di atas seketul batu sambil makan. Tareq melabuhkan punggungnya di batu sebelah. Emmalyn menghulurkan sebungkus plastik berisi kurma, kismis dan kacang. Kemudian dihulurkan juga sekeping high protein bar.

Duduk di atas batu yang keras, mengunyah makanan ringkas untuk mengganti tenaga yang hilang. Penat mendaki hilang bila mata disajikan dengan pemandang yang indah.

Habis makan, Emmalyn bertanya, "Awak ada air?"

"Ada."

Maka tak jadi dia hendak menawarkan air kosong yang dibawanya dari rumah.

Selepas dua tiga teguk, terbit soalan yang tidak disangka dari mulut si Alpha Male, "Emmalyn, apa rancangan masa depan awak?"

Aik? Apa hal nak tanya tentang rancangan masa depan aku pula?

"Macam orang lain juga. Kerja, jaga mak bapa, kahwin kalau ada jodoh, beranak-pinak"

Macam orang lain juga.... aku ni boleh ke nak merancang macam orang lain? Kahwin...beranak pinak? Duduk jauh di Qatar... jaga mak bapa pun tidak.... nasib baik ada Sohail, abang sulung, dialah yang boleh diharap untuk menjaga mak bapa.

"Awak?" dah dia tanya aku, aku pun nak tanya dia....fikir Emmalyn.

Tak berjawab, tapi muka macam orang yang sedang memikirkan jawapan. Apa susah sangat ke nak fikir? Kerja, kawin, beranak, balas jasa mak bapa. What's so complicated?

Malas hendak menunggu jawapan si Alpha Male, Emmalyn menyambung, "Satu lagi.... saya nak merantau seluruh dunia. Ini rancangan kami."

"Seluruh dunia?" terkejut juga Tareq mendengar, "Rancangan dengan siapa?"

"Dengan BFF saya. Kami merancang setiap tahun, wajib ke luar negara. Tahun ini nak berjalan ke belah-belah Asia sahaja."

Sembang-sembang disambung dengan cerita geng Emmalyn merayau ke sana-sini. Rupanya bila kena dengan topiknya, baru dia banyak cakap. Dan merantau ini memang satu passion baginya.
Seronok mendengar cerita orang yang passionate tentang sesuatu. 

What am I passionate about? tanya Tareq kepada diri sendiri? Seluruh masanya dihabiskan dengan bekerja. Bukan kerana dia passionate sangat tentang kerjanya, tetapi ..... itu saja yang dia adakan?

Baru tersedar dia... gadis ini, dia fikir seorang yang membosankan kerana rupa dan perwatakannya yang sederhana tetapi gadis ini, hidupnya jauh lebih menarik dari hidup aku. Apa yang aku ada? hanya kerja, kerja, kerja. Bosan bekerja dia ke gym.

"Jom turun, gelap pula langit tu," ajak Emmalyn sambil mengemas. Bungkusan yang masih berisi makanan ringan dimasukkan ke dalam back pack. Bungkusan kosong dimasukkan ke dalam poket sisi back pack. Jumpa tong sampah nanti boleh dibuang.

Semakin lama semakin gelap langit. Emmalyn tidak bimbang basah kena hujan, kerana semasa rambling di Sutherland  dan Inverness di Scotland, memang kerap kena hujan. Tapi dia tahu keluarganya mesti bimbang jika hujan lebat dan dia masih belum pulang dari mendaki bukit.

Langkahnya dilajukan tetapi baru turun separuh jalan, hujan turun selebat-lebatnya. Kelam-kabut, Emmalyn mengeluarkan baju hujannya. Baju hujan dipakai, hood ditarik menutup kepala. Siap! Dengan baju hujan rambling jenama Columbia itu, setitis hujan pun tak akan mengenainya. Kasut hikingnya pula waterproof. Cuma silapnya dia tidak memakai seluar waterproof.

Puas hati dia tidak akan basah, Emmalyn mendongak memandang ke arah teman daki bukitnya. Way....lah! Apa kena si Alpha Male ini? Hilang waras ke apa? Mata terpejam, kepalanya didongakkan ke langit dengan tangan menadah air hujan. Senyum lebar di bibir.

Dia waras tak waras satu hal. Tapi aku yang melihat dia begini pula yang boleh hilang waras! Mana tidaknya, kemeja T nipis berwarna putihnya sudah basah lencun, melekap ke tubuhnya sehingga jelas kelihatan otot-otot kekar di dada dan bahu. Dagu Emmalyn terasa berat, dadanya terasa perlukan oksigen. Bernafas melalui hidung sahaja sudah tidak mencukupi, maka dia bernafas melalui mulut.

Selepas beberapa ketika, si Alpha Male tersedar dan membuka mata. Si gadis rupanya melopong memandangnya. Sah dia fikir aku ini gila, sengih di bibir semakin melebar.

"Sedap kena hujan... dah bertahun saya tak tengok hujan. Apatah merasa mandi hujan," kepada gadis diberi penerangan, bimbang jika dia berlari memonong turun bukit kerana memikirkan teman mendaki bukit sudah hilang waras.

"Enjoylah puas-puas. Jangan jatuh sakit sudah," aku pula sudah-sudahlah enjoy memandang tubuh dia, ingat-ingatlah dosa, Emmalyn!

Sudahnya mereka turun bukit, seorang memakai baju hujan, seorang lagi sengaja membiarkan tubuhnya basah ditimpa hujan. Hujan lebat pula tu. Tiba di kereta, selamba Tareq masuk dengan tubuhnya yang menitik-nitik dengan air hujan. 

Melihat wajah prihatin Emmalyn, dia jelaskan, "Kereta Atok tak ada siapa yang pakai. Balik nanti saya lap."

Belum sempat Emmalyn menjawab, Tareq membuka baju T-nya yang basah. Mulut Emmalyn melopong besar, lebih besar dari tadi. Duduk dalam kereta yang sempit, hujan lebat di luar dan mamat di sebelah buka baju. Huuu, boleh kena heart attack!

Selamba si Alpha Male membuka tingkap separuh, baju T-nya diperah di luar tingkap. Beketul-ketul otot lengannya bila dia memerah baju. Jantung Emmalyn bagai mahu melompat keluar.

Baju T separa kering, dilap keseluruh badan rambut. Rambut Tareq yang basah lokos, kering dan mencacak. What is he doing? fikir Emmalyn, mulut ditutup, liur ditelan. Nak goda aku? Ish...nak goda aku buat apa? Jangan perasanlah Emmalyn.

Baju T dicampak ke belakang. Enjin kereta dihidupkan dan kereta buruk itu dipandu ke arah rumah Emmalyn. Makan setengah jam, naik turun bukit tujuh setengah jam, rehat di atas setengah jam. Hari sudah hampir pukul enam tetapi disebabkan hujan yang lebat, di luar kelihatan bagai sudah malam.

Sepanjang perjalanan, Emmalyn memandang terus ke hadapan. Sesaat pun dia tidak menjeling ke sebelah. Jaga pendangan mata wei.... ingat dosa....

Lima ratus meter dari rumah Emmalyn, dia meminta Tareq menghentikan kereta di tepi jalan. Kereta dihentikan dengan kerutan di dahi.

Kereta berhenti, Emmalyn membuka baju hujannya dan dihulurkan kepada Tareq.

"Pakai," gesa Emmalyn bila Tareq hanya memandangnya kehairanan.

"It's not raining in the car, Emmalyn," si gadis diperli tapi baju hujannya dipakai juga.

Kemudian kereta disambung pandu ke rumah Emmalyn. Masuk sahaja kereta ke dalam halaman rumah, belum sempat enjin dimatikan, berduyun-duyun kerabat Ngah Balom keluar ke beranda rumah, termasuklah mak bapa Tareq.

"Get ready, ribut taufan kat dalam tu nanti," bisik Emmalyn kepada si Alpha Male.










Monday, 1 July 2013

Dia Seadanya Bab 3

(sorry tadi gi dinner...k, kita sambung)


Esoknya, Ahad. Tentulah free, terutamanya bagi Emmalyn yang baru sahaja pulang ke Ipoh, belum ramai kawan lagi dan belum ada kawan yang rapat. Pergi kerja atau lepak dengan ahli keluarga, itu sahaja aktivitinya.

Lagi pula, nak jawab tak free, bagai menelan balik apa yang dia kata tentang memudahkan jodoh. Jodoh? Did I actually say jodoh? Him? The Alpha Male?

Jodoh tak jodoh, Emmalyn terpaksa jawab, "Free."

Dan si Alpha Male itu dengan sinar mata yang nakal, sebelum melangkah ke kereta bapanya, selamba berkata kepada Emmalyn, "Jumpa esok."

Hanya dua perkataan, tetapi bagai membuat pengumuman kepada seluruh kerabat Ngah Balom yang esok, dia dan Emmalyn akan 'keluar' bersama. Elok sahaja, Honda Accord bapa si Alpha Male mengaum meninggalkan perkarangan rumah bapa saudara Emmalyn, seluruh anak cucu cicit Ngah Balom riuh mengomen....

"Wah....jumpa esok.... kata orang tu!"

"Yay yay Angah Melin ada date esok!"

"Wei....Fahrin Ahmad ajak Melin dating wei!"

"Met... kome kena jadi bodyguard esok Met!"

.... dan komen yang mendapat sorak sorai yang paling bingit adalah dari Acha': "Syabas bette!"


Tak larat Emmalyn hendak menjuling mata ke langit, sabar je lah dengan kaum kerabat aku ni!! Dan yang paling tak tahan adalah senyuman meleret-leret Uda Jah, eee confident benar dia berjaya kali ini...

Nafas ditarik dan dilepaskan..... Duduk jauh-jauh di Southampton, rindukan saudara-mara. Sudah balik ke kampung, rasa rimas dan nak lari pulak....nasiiiiiiib badan!!


Esoknya.... d day!

Pagi-pagi lagi, suboh sapi'e bak kata arwah Opah, Uda Jah sudah sampai ke rumah mak bapa Emmalyn. Bawa nasi lemak.... ah itu cover saja. Sebenarnya nak buat siaran secara langsung. Siaran acara apa? Acara si Melin keluar dating dengan anak bujang Hajjah Asma'. Emmalyn pasti setiap apa yang berlaku akan naik ke Facebook Ngah Balom clan. Itu Facebook kaum kerabat dia. Jangan terkejut Olong Besah yang sudah berusia 72 tahun pun ada akaun Facebook.

Uda Jah yang sudah bersedia untuk menjalankan tugas bagai Abang Rambut Ketak-ketak, tapi lama juga dia terpaksa menunggu. Pukul lapan pagi tak nampak pun batang hidung si Alpha Male. Uda Jah sudah dua kali bertambah nasi lemak. Emmalyn buat selamba, basuh baju, sidai baju, kemas dapur, sapu sampah. Makinlah Uda Jah tak senang duduk.

"Melin, kamu ni bila nak bersiap?" akhirnya tersembul juga soalan.

"Bersiap nak ke mana, Uda?" he he soalan sengaja hendak mendera emak saudara.

"Kan si Tareq tu nak ajak kamu keluar?" Uda Jah pun sudah malas nak cover-cover, tanya straight-to-the-point sahaja.

"Eh, petang ni lah, Uda," kering jawapan si anak saudara.

"Kamu ni usah nak gelembom, emaknya kata nak keluar pagi ni!"

Haaaa...kan dahsyat sumber maklumat Uda Jah, terus dari sumber utama.

Sepuluh minit pukul lapan, sebuah kereta bergerak perlahan memasuki laman rumah keluarga Emmalyn. Uda Jah dan Mama Emmalyn menerpa ke pintu depan.

Siapa yang nak pergi date sebenarnya ni? keluh Emmalyn dalam hati.

Bukan main mesra sambutan Uda Jah dan Puan Suhaila. Sekali lagi Emmalyn terasa bagai nak menjuling ke langit. Tapi segera dia mengintakan diri, beginilah keluarganya... walau siapa pun tetamu yang datang ke rumah, sambutannya memang ramah mesra.

Cubalah lebih positif, Em. Ingatan untuk diri sendiri....

"Moh ler minum dulu, Tareq. Uda Jah masak nasi lemak pagi ni..." Menjamu tetamu itu wajib bagi anak cucu cicit Ngah Balom.

"Tak apalah, Achik Lila. Dah minum tadi di rumah," sopan jawapan Tareq.

"Eleh, kamu ni Lila, orang nak pegi dating. Apa seronok makan nasi lemak aku?" waaaaah, makin ganas usikan Uda Jah ni, baiklah chow dulu sebelum keluar kenyataan-kenyataan yang tak mampu didengar!

"Ma... Uda... Melin jalan dulu ye," backpack dicapai, tangan ibu dan ibu saudaranya disalam.

"Eh, Melin, kamu ni... nak keluar rupa ini aja ke?" yaaaa...sudah keluar hailer semula jadi Uda Jah.

"Yelah, Uda, nak naik bukit, takkan nak pakai kebaya pula," jawapan yang bikin si Alpha Male tersenyum simpul.

"Haaaaa!!! Naik bukit? Apa ke halnya naik bukit, Melin? Astaghafirullah.... orang dating pergi ke Kinta City ke, makan-makan ke... yang kamu ni nak kerabat bukit pula? Lila, cuba kamu tegur anak kamu ni!"

Puan Suhaila yang understanding cuma tersenyum... dia sudah biasa melihat gambar-gambar Emmalyn pergi hiking dan rambling di Eropah. Nasib baik dia tidak konservatif macam Uda Jah.

"Jalan dulu Ma, Uda...." cepat-cepat kasut sukan disarung dan melangkah ke arah kereta Tareq. Si Alpha Male akur mengikut dari belakang.

Semasa enjin kereta dihidupkan, Emmalyn melihat Uda Jah berdiri di pintu depan rumah dengan telefon bimbit di telinga. Hmm, laporan penuh kepada Hajjah Asma' lah tu.








Tuesday, 25 June 2013

Teaser seciput SF


Teaser seciput, sebab tulisnya pun seciput sahaja. Bila SF nak siap, jawapannya... saya pun tak tahu. Harap-harap bulan Ramadhan ini, ofis saya tak sibuk sangat...



Yun masuk lagi ke ruang tamu, kali ini menatang dulang berisi kek dan bihun. Sekali lagi Dzalia bingkas membantu. Tanpa dirancang mata Fayqa bertembung dengan mata Dzureen, terbit senyuman sinis di bibir mereka. Secara automatik mata mereka bergerak ke arah Khairul Izwan yang matanya tidak lepas merenung si gadis yang tekun menyendukkan bihun ke dalam pinggan. Serentak pecah tawa kecil di bibir Fayqa dan Dzureen. Terpinga-pinga semua orang dibuatnya. Hai, tadi bukan main marah si Fayqa, sekarang bergelak ketawa pula dengan si Dzureen. Apa yang melucukan? Budak-budak perempuan ni, entah apa-apalah dalam kepala mereka!

Sunday, 23 June 2013

Dia Seadanya Bab 2


Minta maaf bagi yang menanti Fayqa. Manuskripnya sedang diusahakan. (Rasa cam nak ambik cuti dan tulis Fayqa sampai habis). 

Ini citer Em dan Tareq. Terus bab 2, tak de bab 1b. Kan saya kt sy weng these days, LOL!



Bab 2



Matanya tidak dapat mengelak dari mengerling ke arah si gadis yang sibuk menghidangkan makanan. Tekun sekali dia bekerja. Tergarit lagi senyuman di bibir Tareq. Tahu si gadis tekun bekerja sambil tekun menyekolahkan mata agar mengelak bertembung dengan mata Tareq. Belum habis hilang lagi merah di pipi. Bukan merah dek kerana palitan alat solek. Tapi merah dek kerana malu terlajak cakap tadi. Semakin lebar senyuman sang teruna mengingatkan tingkah Emmalyn pabila tersedar yang tuan punya badan terdengar tuduhan sumbangnya.

            Masih ada gadis yang tersipu-sipu malu di Tanah Melayu ini ye? Tareq sendiri sudah tidak ingat bagaimana biasanya tingkah laku gadis Melayu. Maklumlah sudah hampir sembilan tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air. Kalau disebut gadis Melayu, yang terakhir sekali pernah dia rapat adalah Inessa. Dan kerana Inessalah dia tidak pulang ke kampong halaman sejak tamat belajar di U.K. enam tahun dulu.

            “Sampai bila kau nak ingatkan Inessa, Tareq? She is hostory, why not focus on this blushing one?”

            “Mana si Melin ni?” tanya Uda Jah yang sudah mengambil tempat duduk semeja dengan keluarganya, “Melin! Melin! Sini!”

            Semua mata tertumpu ke arah Emmalyn, semua bibir tersenyum simpul. Tersedar Tareq yang seisi keluarga besar Emmalyn sudah tahu usaha “murni” Uda Jah untuk memadankan Emmalyn dengannya. Semakin merah pipi gadis itu. Terbit pula rasa simpati Tareq kepada Emmalyn, juga rasa bersalah. Dek kerana ibu sudah tidak tahan berjauhan dengannya, gadis ini dijadikan ‘denak’ untuk menjinakkannya pulang ke kandang.

            Malu namanya dijerit berkali-kali oleh Uda Jah yang bersuara lantang tanpa perlu menggunakan hailer, mahu tak mahu, Emmalyn melangkah ke meja keluarga Tareq. Matanya teguh mengelak bertembung dengan mata Tareq.

            “Melin, ini meja Anjang Asmah ni belum ada nasi. Tolong ambilkan,” arah Uda Jah. Patuh tanpa kata Emmalyn mendapatkan semangkuk besar nasi, lalu disendukkan ke dalam pinggan Anjang Asmah suami isteri, Tareq dan Uda Jah.

            “Sendukkan pinggan kamu sekali, Melin,” Uda Jah mengarah lagi, “duduk sekali di sini. Kamu ni, bukan selalu Anjang Asmah datang, cubalah duduk bersogheh-sogheh dengan dia. Onyang Anjang ni sepancaran dengan onyang bapa kamu tahu.”

            Disuruh sendukkan nasi, Emmalyn sendukkan. Disuruh duduk, dia duduk. Sebab dia tahu kalau dia tak ikut, ‘hailer’ Uda Jah akan keluar. Tapi bab-bab bersogheh tentang susur galur keluarga besarnya, Emmalyn awal-awal surrender. Selepas sekolah rendah, dia menyambung pelajaran ke sekolah menengah berasrama di Johor Baharu. Selepas  SPM, sambung buat A-Levels di Rawang. Maka sejak berusia 12 tahun, dia cuma pulang ke Ipoh untuk bercuti.

            “Melin kerja dengan Andak Usop ke?” tanya Hajjah Asmah.

            Oh! Sesi interview menantu sudah bermula, Emmalyn. Pay attention! Satu demi satu soalan dilontarkan kepada Emmalyn. Satu demi satu jugalah yang dijawabnya, tak kurang, tak lebih. Sekali sekala Hajjah Asmah menyelitkan maklumat mengenai Tareq, sekolah di mana, sambung belajar di mana dan sekarang bekerja di mana. Kiranya sesi berkenal-kenallah, tanpa Emmalyn atau Tareq yang bertanyakan soalan.

            Sambil menjawap soalan-soalan Hajjah Asmah, Emmalyn berkira-kira apa strategi yang patut dia ambil. Fikir punya fikir, dia buat keputusan tak perlu strategi apa-apa. Bukannya Tareq berminat dengan dia pun. Macam bapanya, Haji Sulaiman, Tareq hanya diam seribu bahasa, sekali sekala menjawab bila ditanya ibunya. So, Emmalyn, jawab sahaja soalan-soalan dengan hormat dan senyum. Lepas ini Hajjah Asmah sekeluarga balik ke rumah, selesailah sesi telangkai Uda Jah ini. The end.

            Usai makan, Emmalyn bersama-sama sepupu sepapatnya membantu mengemaskan meja. Nanti selepas zohor, pihak sebelah lelaki akan datang dan akan dihidangkan makan tengahari selepas upacara pertunangan. Bila terdengar azan zohor, ahli keluarga lelaki terus mendirikan solat berjemaah di ruang tamu rumah bapa saudaranya. Kemudian, orang dapur sibuk menyiapkan pinggan mangkuk untuk tetamu, sementara ibu-ibu saudara termasuk Uda Jah dan Hajjah Asmah sibuk membantu dengan persediaan hantaran.

Elok siap sahaja persediaan, rombongan pihak lelaki tiba dan disambut oleh ahli keluarga Emmalyn. Mereka dijemput masuk untuk upacara peminangan. Malas Emmalyn untuk turut masuk ke dalam. Nak buat apa? Nak buat sibuk-sibuk dengan barang hantaran? Dengan si anak dara? Sudah cukup ramai ‘pakar’ di dalam. Tambahan pula kalau nampak batang hidungnya, tentulah nanti ada komen-komen ‘bernas’…. Haa… hujung tahun giliran kamu pula, Melin! Hmph! Baik duduk di luar ini sahaja.

Punggungnya dilabuhkan dan telefon pintarnya dibelek. Kawan baiknya, Nawwal Husna, sejak berkahwin ni banyak berubah. Risau dia dan Faith, kawan baik mereka seorang lagi yang lebih dikenali dengan nama mesra Pet. Jadinya dia dan Pet asyik berbincang tentang Nawwal Husna. Pet di Kuala Lumpur setia memberikan perkembangan terkini pengantin baru itu.

Sedang asyik membelek telefon, ada pula yang menegur, “Tak masuk ke dalam?”

Kepala dipanggungkan. Oh! Jejaka Alpha Male dari Tanah Arab. “Tak,” jawapan pendek seperti kebiasaan Emmalyn.

Kerusi berdekatan Emmalyn ditarik Tareq dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Aik! Nak beramah mesra pula ke? Hairan Emmalyn.

“Kenapa tak masuk?”

“Dah cukup ramai kat dalam tu.”
“Maaflah, kalau soalan-soalan Ibu saya merimaskan awak,” perlu juga Tareq membuka mulut tentang hal ini kerana memang panjang lebar sesi soal jawab Hajjah Asmah tadi. Kagum juga Tareq melihat Emmalyn melayan soalan-soalan ibunya dengan penuh hormat dan sabar.

“Tak apa.”

“Betul tak apa?” soal Tareq sekali lagi.

“No harm done,” jawab Emmalyn ringkas. Tapi itu yang sebetulnya kan? Orang tanya jawab sahajalah, habis cerita. Tak perlu emo-emo.

“Panjang lebar ibu saya bertanya tadi,” balas Tareq bagai belum puas meminta maaf.

“Saudara mara kita memang macam tu, kan? Itulah bersogheh namanya,” jawab Emmalyn dengan senyuman kecil.

Terpesona Tareq seketika. Gadis di sebelahnya ini memang terlalu sederhana, tiada apa-apa yang istimewa tentangnya. Tetapi personalitinya agak menarik, humor pun ada.

“Bersogheh… itu perkataan orang Perak ke? Saya tak pernah dengar sebelum ini,” bertanya soalan untuk memanjangkan sembang.

“For sure bukan perkataan orang Arab kan?” balas si gadis dengan senyuman kecil.

Ha! Tu ha! She has wit! Gadis ini buka mulut hanya untuk menjawab yang wajib tapi dengan ayat yang pendek pun terserlah kecerdasannya. Menghiburkan.

“That’s for sure,” jawab Tareq, senyuman sudah lebar di bibir dan dibalas Emmalyn dengan senyuman yang semakin mesra.

“Tak cari kerja di KL?” Hmm, ini sambungan sesi interview pilih menantu ke?

“Tak.”

Jawapannya sentiasa pendek, terpaksalah ditanya lagi, “Kenapa?”

“Nak duduk celah ketiak emak puas-puas.”

Jawapan pendek itu disambut dengan ketawa kecil Tareq.

“Iyalah, orang baru balik dari luar negara, tentulah nak berkepit dengan emakkan, nak melepaskan rindu,” komen mengusik dari Tareq.

“Awak habis belajar kat U.K. dulu terus bekerja di Qatar?”

Soalannya mudah sahaja, tapi sesak juga dada Tareq untuk menjawab. Chilllah, bro. Dia Tanya soalan biasa saja. Bukan ada makna tersirat apa-apa. “Hmm hmm.”

“No wonderlah Anjang Asmah nak suruh awak balik. Nak suruh awak duduk celah ketiak dia.” Senyuman dikongsi lagi.

“Ibu bimbang nanti saya jadi bujang terlajak.”

Kali ini senyuman Tareq tidak disambut Emmalyn. Hanya renungan dengan kerutan kecil di dahi. Tareq menjungkitkan kedua belah keningnya. Dibalas Emmalyn dengan mengangkat kedua belah bahunya, membikin Tareq ingin tahu apa dalam minda gadis di sebelahnya ini.

“Apa?”

“Itukan pilihan sendiri?” Nak kahwin cari sajalah calon, awak lelaki, apa susah?

“Yup, susah nak jumpa calon yang sesuai.” Sekali lagi jawapan Tareq disambut dengan kerutan kecil di dahi Emmalyn.

“Apa?” sekali lagi.

“Hard to believe.”

“Apa yang hard to believe?” Hailah awek ni, cakap sekerat-sekerat, cubalah cakap habis satu-satu ayat.

“Dengan rupa awak, susahkah nak cari calon?” ha! Ambik kau, tanya lagi!

Wah! Dia ni direct habis. Timbul pula keinginan di hati Tareq untuk sama direct seperti Emmalyn.

“Entah, saya tak berkenan dengan wanita Arab.”  Berkerut lagi kening Emmalyn.

“Emmalyn, cakap sajalah apa awak nak cakap. Awak berkerut kening bukan saya faham” sambung Tareq.

“Pilihan awak terhad dengan wanita Arab sahajakah?”

Tersembur ketawa Tareq. Padan muka aku, dah suruh dia cakap sahaja, sekarang terima sajalah.

“Lebih mudah bagi orang lelaki. Kalau nak kahwin cari sahaja calonnya,” itulah Emmalyn, tiada berselindung-selindung, tiada berbelit-belit. Nak kahwin carilah calon, settled!

“Kalau orang perempuan?” Ayat mencabar kerana terasa diri tercabar.

“Masyarakat kita juga yang cipta pepatah perigi mencari timba.”

“Sekarang kan dah ada pili air, pulas buka sajakan?” Gotcha, bisik sang teruna.

“Pulas buka? Tak semudah itu….,” balas Emmalyn perlahan. Jawapan yang lemah, tapi itulah sebetulnya.

“Kan? Tak semudah itu,” suka juga hati Tareq bila dia berjaya membuat Emmalyn mengalah.

“Tapi tak juga susah, melainkan kalau diri sendiri yang buat jadi susah.” Oh tak mahu mengalah dia.

“Macam mana nak buat supaya tidak jadi susah?” cabar Tareq. Cakap senanglah, cik adik oi!

“Berkenal dulu, kalau sesuai, take the next step. Kalau tak sesuai, stay as friends.”

Amboi, cik adik? Ye ke senang macam tu? Belum puas mencabar, soalan ditanya, “Emmalyn, esok awak free?”

Oh my! Terkedu cik-adik-buat-bagi-senang.