Tuesday 24 July 2012

Naz & Khaalish Bab 2 Part Akhir

Yikes, ramai yg kata cepatlah tak sabar nak tau apa history antara Naz & Khaalish. Dears... ini baru bab 2, baru warm up. Bab 3 baru ada a tiny weeny conflict. Sian u all, tapi kan cerita ni bukan saya yg control, entah mana2 dtg idea. Kira macam cerita ni kan ada will of its own. (Merepek ni sebab makan doyan sahur tadi he he)

Buat masa ini, saya panggil novel ini Naz & Khaalish, okey

Bab 3 akan dinaikkan minggu depan, tgh minggu, awal minggu macam penuh je dgn mtg.

Enjoyz!

_ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


“Saya jalan dulu,” dengus Naz, laptopnya dikemaskan.

            “Tunggu, jom lunch bersama, perut saya dah laparlah.”

            “Saya kenyang lagi,” bohong Naz.

            “Okey, jom jalan-jalan dulu kalau awak masih kenyang. Takkan dah sampai Ubud, awak nak terperap dalam bilik hotel saja.”

            “Haah, Naz, kau nak menyorok dalam bilik? Kalau kau menyorok dalam bilik, itu maknanya kau takutkan dia,” Naz berkira-kira dalam hati, “bukankah kau kata kau sudah bebas dari kisah lalu?”

            “Kejap, saya pergi simpan laptop di bilik.”

            Si jejaka yang masih berbaring, tersenyum lebar.

Apabila dia tahu yang Naz belum sempat ke mana-mana di Ubud dek kerana sibuk dengan aktiviti-aktiviti Ubud Writers Festival, Khaalish terus mengarahkan pemandunya ke sebuah galeri lukisan.

            “Galeri lukisan?” tanya Naz, bagai mencabar.

            “Penuliskan berjiwa seni, tentu awak sukakan lukisan.”

            “Kan aku kata dia ni patut jadi loyar,” cemuh Naz dalam hati.

            Tetapi memang Naz terpikat pun dengan lukisan-lukisan indah di galeri lukisan tersohor di Ubud itu. Pelbagai gaya lukisan yang dipamerkan dari gaya tradisional Ubud, gaya yang dikenali sebagai “young artists' style” dan gaya moden. Sebuah lukisan kanak-kanak bermain layang-layang di sebuah sawah padi paling menarik perhatian Naz. Lukisan gaya “young artists' style” itu menggunakan warna-warna yang terang dan ceria.

            “Suka?”

            “Haah. Saya tak pandai tentang lukisan, tak tahu apa-apa mengenai gaya ke, pilihan warna ke. Tapi yang saya tahu, bila saya tengok lukisan ini, saya rasa happy!”

            Khaalish turut berdiri di sebelah Naz dan merenung lukisan itu.

            “Bila saya tengok lukisan ini, saya teringat zaman kanak-kanak. Gembira, bebas, tiada masalah langsung dalam hidup!”

            “Sekarang ni pun saya tengok awak gembira, bebas, tiada masalah dalam hidup.”

            “Mana orang tiada masalah dalam hidup. Masalah tu perencah kehidupan kan. Macam cili, buat hidup kita lebih ada bite,” Naz berfalsafah sambil tertawa kecil.

            “Teringin nak tahu apa masalah dia,” terus terlintas di benak Khaalish.

            Dia sendiri tidak faham kenapa wanita bernama Naz ini begitu menarik perhatiannya. Kalau boleh dia mahu tahu segala-galanya tentang Naz. Tapi dia tahu Naz keberatan mahu berkongsi kisah hidup dengannya. Iyalah, siapa aku? Berjumpa pun baru dua kali. Lantas dia terus memanggil petugas galeri itu, dimintanya menurunkan lukisan yang diminati Naz tanpa bertanya dahulu berapa harganya.

            “Kenapa awak nak beli lukisan itu?” tanya Naz kehairanan.

            “Kenapa awak tanya?”

            “Sebab saya rasa awak tak beli lukisan tu untuk awak sendiri.”

            Why do you say that?

            “Saya rasa lukisan itu tak 'masuk' dengan hiasan rumah awak”

            “Awak tahu bagaimana hiasan rumah saya?”

            “Manhattan inspired, perabut moden, warna-warna maskulin yang gelap.”

            Terlopong jugalah mulut Khaalish, “Macam mana awak tahu?”

            “Saya ni penulis. Kami banyak mengkaji manusia, kalau tidak bagaimana hendak menulis.”

            “Awak mengkaji saya?”

            “Saya mengkaji semua orang yang saya jumpa, no hard feelings, okay.”

            Wajah Naz direnung dalam-dalam, perempuan muda ini bijak dan unik.

            “So, awak nak beli lukisan itu untuk siapa?”

            Terkejut Khaalish dari lamunannya, “Untuk awak,” lurus sahaja jawapannya.

            “Hmmm, thanks but no thanks.”

            “Alah, terima sajalah, buat kenangan kita di Ubud. Awak gantung di rumah awak dan setiap kali awak pandang, tentu awak akan happy.” Dan jika awak happy, saya pun happy, terlintas di minda Khaalish. Eh! Kenapa pula penting bagi aku jika dia happy? Perempuan ni ada impak yang pelik padaku...soalannya kenapa?

            “Saya ni hidup macam nomad. Jarang saya duduk di satu tempat lebih dari setahun. Ini nak pindah lagi ni. Macam mana saya nak angkut lukisan yang besar ni.”

            “Mak bapa awak tak kisah ke dengan hidup awak yang macam ni?”

            “Derang dah biasa agaknya,” jawab Naz dengan senyum tawar.

            Betullah dia ini misterius! detik hati Khaalish. Lukisan itu dibelinya juga, digulung oleh petugas galeri dan dimasukkan ke dalam sebuah tiub. Hari ini dia tidak mahu terima, esok-esok entah berubah hatinya. Esok-esok?

            “Dah lapar?” tanya Khaalish.

            Jam tangan dijeling, wah, sudah pukul satu rupanya, patutlah perut dah mula berbunyi. Kepalanya diangguk.

            Mereka patah balik ke pekan Ubud dan makan di sebuah restoran di Jalan Monkey Forrest. Selepas makan, Naz meminta diri untuk solat. Khaalish menelefon pemandunya yang segera datang menjemput mereka untuk dihantar ke hotel Naz. Semasa Naz melangkah turun dari kereta sewa mewah itu, Khaalish hanya berkata, “Saya tunggu di sini.”

            Hampeh! fikir Naz. Dah tua-tua pun masih tak solat!

            Usai Naz bersolat, mereka meneruskan perjalanan, menyusuri jalan raya Ubud yang sempit. Entah ke mana, Naz malas hendak bertanya destinasinya. Dia anak jutawan, takkan dia hendak jual aku ke Lombok!

            Asyik Naz menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Ada petani-petani yang mengerjakan sawah, ada wanita-wanita yang mengkelek anak, entah hendak dibawa ke mana, ada warung-warung kecil tempat melepak. Semuanya dipandang oleh Naz dengan penuh minat. Travelling baginya banyak memberikan ilham untuk menulis.

            “Teman awak yang makan malam bersama awak tu mana?” tiba-tiba keluar soalan dari mulut Naz, matanya masih memandang pemandangan di luar.

            “Kami tak travel bersama-sama. Kebetulan terserempak dengan dia di sini,” tipu Khaalish, profesional sungguh sebab sudah terbiasa menipu bab-bab perempuan ini. Walhal sudah berpuluh-puluh missed call dan sms dari Kassandra yang dia tidak layan. Kassandra is history!

            “Oh! Saya ingatkan awak tinggalkan dia macam tu sahaja,” komen Naz. Khaalish tetap dengan muka keringnya.

            “Ha! Ha!” Naz tertawa kecil, “tengok Atuk tu, rileks saja dia mandi bogel di tepi jalan. Comelnya.”

            “Comel? Lelaki tua mandi bogel di tepi jalan comel awak kata?”

            “Comel dari segi sikapnya. Aku nak mandi, perigi tepi jalan, mandi jelah, orang tengok, ada aku kisah?”

            Memang gadis ini unik, kalau perempuan Melayu lain tentu sudah tersipu-sipu malu melihat adegan menjolok mata sedemikian. Hendak dikatakan dia tidak Islamik, sembahyang tidak tinggal.  Sikap lelaki tua itu yang menarik perhatiannya. She is not your typical Malay lady.

            Tidak lama kemudian, kenderaan pacuan empat roda mereka tiba di Tegallalang, sebuah kawasan sawah padi bukit berteres.

            “Wow!” itu saja yang dapat Naz kata bila pertama kali melihat sawah padi bukit yang berlapis-lapis. Unik! Indah!

            Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan sawah padi itu, Naz dan Khaalish turun lalu mengambil beberapa keping gambar. Apabila Khaalish mengambil beberapa keping gambarnya dengan menggunakan telefon pintar, Naz terasa was-was juga. Tapi difikirnya, peristiwa itu pun sudah empat tahun berlalu, Khaalish sendiri tidak ingat siapa dia. Nak kisah apa? Tetapi bila Khaalish berdiri di sebelahnya, kepala dilentok sehingga bertemu dengan kepala Naz untuk mengambil gambar berdua, berdebar-debar juga jantung dibuatnya.

            “Kenapa Naz, kau takut dia guna-gunakan kau pakai gambar tu? Jangan perasanlah, empat tahun dulu pun dia tak kebulur kat kau,” Naz mengingatkan dirinya supaya jangan perasan.

            “Layan dia macam kenalan dalam travel sajalah, Naz.”

            Mereka menaiki semula kenderaan pacuan empat roda sewaan Khaalish dan berhenti di sebuah kafe yang terletak betul-betul sebelah sawah padi berteres yang indah itu.

            “Jom minum kopi,” ajak Khaalish.

            Mereka memilih meja di hujung kafe. Selepas memesan kopi dan bakwan, Naz menongkat dagu menikmati pemandangan sawah padi.

            “Hmmm, ini yang dikatakan tak jemu mata memandang,” ucap Naz dalam nada yang sungguh dreamy.

            I agree.”

            “Apa yang you agree?” tanya Naz sambil mengerling ke arah Khaalish.

            “Betul-betul tak jemu mata memandang,” jawab Khaalish sambil merenung Naz dalam-dalam.

            “Yelah tu,” getus Naz dalam hati, “dasar player!” Tapi bohonglah kalau dia kata sedikit pun dia tidak terkesan, kenderang perang Ahmad Dhani sudah datang balik!

            “Breep, breep! Breep, breep!” bunyi telefon Naz. Cepat-cepat dia menyelongkar begnya. Bila terjumpa telefonnya, dia membelek skrin.

            “Reham!” Naz beritahu Khaalish.

            Hello, habibti! Where are you, dear? Khaalish and I, we are at this lovely paddy terrace.......... We're having coffee........ How's your day, so far?

           Lebar senyuman Naz bila dia bercakap dengan Reham, saling berkongsi cerita tentang aktiviti mereka hari itu. Jelas kelihatan kemesraan mereka.

            Habis bersembang dengan Reham, Khaalish terus bertanya, “Sudah berapa tahun kenal dia?”

            “Empat.”

            Nampak gayanya macam dia ada mood untuk berkongsi cerita, “Kenal di mana?”

            “Universiti.”

            “Universiti.....?”

            “Washington State.”

            “Seattle?”

            “Hmm, hmm.”

            “Belajar apa?”

            “Sastera.”

            Of course!........Masters?”

            “Hmm, hmm.”

            “Berapa tahun?”

            “Dua.”

            “Lepas tu, kerja?”

            “Hmm, hmm.”

            “Di mana?”

            Middle east.

            Middle east sahaja jawabnya. Memang dia mengelak nak bagi tahu negara mana, fikir Khaalish.

            “Tak balik Malaysia?”

            “Tak.”

            “Kenapa?”

            “Nak tengok dunia,” jawapan separa benar.

            “Masih di middle east?”

            “Tak.”

            “Di mana?”

            “Dalam transisi.”

            “Ke mana?”

            “Hmm..........”

            Berahsia lagi. Kenapa, ya? Dia fikir aku nak stalk dia ke?

            “Saya teka?”

            “Okey.”

            “Eropah?”

            Nope.

            “Amerika Utara?”

            Nope, dah bosan.”

            “Amerika Selatan?”

            “Ha, ha, ha, awak nak teka kesemua tujuh benua di dunia ke?”

            “Haah, seronok main teka-teka ni.”

            “Asia Tenggara.”

            Perasaan pertama yang muncul di otak Khaalish adalah lega. Lega sebab Asia Tenggara sahaja, tidak jauh sangat. Kenapa lega bila tau dia tidak jauh sangat, Khaalish?

            “Sekarang teka negara pula boleh?”

            “Ha, ha, ha, sudahlah. Kenapa nak tahu sampai ke benda kecik-kecik?”

            “Kenapa awak nak berahsia?”

            “Tak adalah. Awak tak tahu ke, salah satu tip utama bagi wanita yang mengembara di dunia adalah jangan terlalu percaya dengan orang yang kita jumpa dalam perjalanan.”

            “Eh, awak kata kita dah pernah jumpa sebelum ini?” bunyinya lembut tetapi tetap mencabar.

            “Ha, ha, ha, sebab dah pernah jumpalah, perlu lebih waspada.”

            Di bibir senyum, tapi hati Khaalish semakin geram, “Apalah misterinya ni? Don't worry, aku akan bongkar.”

            Lama juga mereka berbual di disitu. Bila hari sudah lewat petang, Khaalish mengajak Naz pulang ke Ubud.

            “Malam ini saya nak bawa awak ke satu tempat yang unik.”

            “Malam ni keluar lagi?” Naz kurang berkenan keluar malam-malam, berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. History or no history.

            “Saya akan pastikan awak selamat. Tempat yang kita nak pergi tu di Ubud sahaja, ada ramai orang dan saya gerenti awak akan dapat banyak ilham dari tempat ni,” hujah-hujah dibentang.

            Dalam perjalanan balik ke Ubud, Khaalish bertanya, “Awak nak ke Sukawati?”
            “Pasar tu?”

            “Hmm hmm.”

            “Tak payahlah, dah shopping sikit-sikit di Pasar Ubud.

            How refreshing to meet a woman who declined the chance to go shopping,” fikir Khaalish , jarang jumpa perempuan yang menolak peluang untuk shopping.
           
            Tiba di hotel Naz, Khaalish turut turun membawa sebuah beg overnight. Melihat Khaalish berjalan ke arah foyer hotel bersamanya, Naz menjungkit kening.

            “Saya sewa bilik di sini sajalah untuk mandi. Buang masa balik ke Kuta.”

            “Hmph, jenis orang yang ada perancangan rapi,” fikir Naz.

            Usai mandi dan menukar pakaian, mereka bertolak dengan kenderaan pacuan empat roda sewaan Khaalish. Naz tidak sempat solat Maghrib kerana kata Khaalish acara yang akan mereka hadiri bermula sebelum senja. Solat jamaq sahaja fikir Naz.

            Rupanya Khaalish hendak bawa dia menonton persembahan tarian kecak. Belum apa-apa lagi sudah meremang bulu roma Naz kerana persembahan itu diadakan di dalam sebuah taman yang diterangi dengan unggun api dan obor. Semakin lama persembahan itu berjalan, semakin seram Naz rasa.

            Bila penari-penarinya berjalan di atas api dalam keadaan separuh sedar, Naz hanya berdoa,  “Eeee, janganlah aku nightmare pula malam ini.”

            Tanpa disedarinya dia sudah duduk rapat benar dengan Khaalish, lengan mereka sudah bersentuhan. Nasib baik Naz memakai blaus berlengan panjang. Tersenyum lebar Khaalish, berbaloi sungguh bawa gadis misteri ini ke sini.

            Usai persembahan, semasa berjalan ke kereta sewa, Naz berjalan rapat dengan Khaalish, rasa seram sejuk itu masih ada.

            “Takut?”

            “Seram.”

            “Tarian saja.”

            “Macam puja semangat, gitu.”

            “Banyak dapat ilham?”

            “Hm?”

            “Ilham untuk menulis.”

            “Saya menulis novel cinta bukan cerita seram,” jawab Naz sambil disambut Khaalish dengan ketawa.

            Dalam perjalanan balik ke hotel, Naz menerima sms dari Reham.

            “Reham ajak ke Cafe Luna.”

            Melangkah masuk ke Cafe Luna, dari jauh Naz sudah nampak wajah Reham yang berseri-seri.

            “Oh oh,” bisik Naz.

            “Kenapa?” tanya Khaalish yang berada di sisi.

            I know that face,” jawab Naz, matanya mencerun merenung Reham yang sedang melambai-lambai ke arah mereka.

58 comments:

  1. yessss dah ada! kejap gi bace hahahaha

    ReplyDelete
  2. wah x sangka dah ada n3 baru... best. rasa mcm ikut travel sama dgn diaorg... tp hati still x puas coz still tertanya2 apa kisah silam diaorg.. cpt2 la nina update smpi bab 5... iskh..iskh.. x sabar nak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. norana, cepat2 naikkan entry baru sebab u all semua kata nak cepatttttt. bab 3 minggu depan ye, sebab still in a rough draft

      Delete
  3. hmm hmm,btl,citer ni msh mysterious..like the fact dat khal tinks naz is 'not the typical malay lady'! like the fact dat khal is hangin'round just to find out who naz is...witty and intelligent conversation again...like the fact dat naz is 'toying' khal at her fingertips...like,like,like, wats nxt???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab toying tu Naz tak sedar, dia cuma nak buktikan that she is oh-so-over with the Khaal episode. dia tak tau yg this causes the khaal episode to berlarutan (ayo! oh my malay!)

      Delete
  4. Cik Nina, semakin rancak Naz dgn Khaalish. Tp betul-2 ke si Khaalish tu x ingat sape Naz?? pelik and makin suspen beb.

    Suka sgt sbb Naz spt main tarik-tarik tali dgn Khaalish..I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarik-tarik tali pastu khaal dah tertarik sibuk pulak Naz nak nyorok. tapi main2 ni (tarik tali, nyorok2) tu yg best kan he he

      Delete
  5. Norana Said, kdg2 yr comments keluar kat my email tapi tak keluar kat sini. Regarding yr question, kata penerbit, PMS akan keluar sebelum Raya sebab derang target supaya readers boleh baca masa time raya (jangna hangit rendang dah lerr he he). Niway, once penerbit confirm, I will announce here ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha? sebelum raya?? bestnye kalau betul...hihih

      Delete
    2. ha ha Fidd, kata derang. tapi till now belum sign apa2 lagi. so kita tunggu je lah

      Delete
    3. ha..ha..suka..suka....lagi baik klu sblm hari buat ketupat.
      eish sabarlah duhai hati...

      Delete
    4. haah sy yg menulisnya pun tak sabar LOL

      Delete
    5. Oh my god!! PMS finally here!
      ....Can't wait..really & truely

      Delete
    6. tq 4 update... b4 raya??? bestnye... mesti masa raya dok sibuk cite2 dgn cousin2 & adik2 yg layan novel... jgn smpi umah x bekemas & ketupat x beranyam sudah lah... hihihi.. nina make sure cover PMS ada gambar cupcake tau ;)

      Delete
    7. oh yeahhh! before raya! after raya terus trial.. heaven! xD

      Delete
    8. aku, cinta dan dia, trial apa? spm? aiseh, study hard ye.

      Delete
    9. dear frens, doakan PMS cepat kuwar ye, nnt kalau publisher ada new information, i will update here ye

      Delete
  6. aduh berdebar-debar nak tau cerita selanjutnya. siapa naz ni? saya kat sini pun dok berteka-teki cam khalish dahnyer..huhu

    ReplyDelete
  7. Mungkin derang ni nak dijodohkan kot 4 thn lepas.. Tp khalish terus tolak tak mau kenal2 dulu... Hahaha.. Speku jgn tak speku.. Tunggu next n3 next week.. Selamat menjalankan ibadah puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina, apa kata saya buat peraduan, pas tu sapa teka betul dapat hadiah PMS free (klu PMS jadi publish lerr)

      Delete
    2. BTW, fazy tak boleh masuk peraduan ni sbb sy dah bg tau dia. btw, ina speku awak salah mwa ha ha ha

      Delete
  8. salam dik..E3 kali ni ..nampaknya majoritinya berkisar lebih pada Naz ..adik membuat wataknya teramatlah misteri sehingga akak pun tertanya tanya sape kah gadis ini... terlalu misteri hingga khaalish seperti ingin menyingkap auara misteri yg menyelubungi sigadis ini...
    Nampaknya Naz seperti membuat kita tertanya tanya dan teruja nak tahu..what happens back then between both of them..adakah khaalish pernah memperlakukan sesuatu keatas gadis ini dan menodai gadis ini dan ditinggalkan nya sebagai kain buruk?
    Banyaknya spekulasikan dik..plz harap ada E3 yg baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida.....minggu depan ye sebab bab 3 masih lagi dalam rough draft

      Delete
  9. Speku awal tu salah... Apa ya, study sama.. Naz suka khalish dlm diam.. Naz langsung tak pandang Naz sbb stock khalish semua cm model belaka, naz lari belaja kat luar negara.. Naz berubah imej tp cam pelik la pula tak kan imej berubah sampai khalish langsung tak kenal.... Hehe tak pa la cik nina sy tunggu cik nina punya episod 5 kan... Semua akan terbongkar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he komen u so funny. betul Naz lari blajar luar negara pasal Khaalish

      Delete
  10. Ok la ada juga yang betul, walaupun banyak yg salah...;p

    ReplyDelete
  11. aduuussssss ni yang x sabar nak tunggu next n3 nih...minggu depan cepat la ko muncul setelah daku buka mate huhuhuhu.....kalo terus pling!!!!!karang kute jugak yang caboooottttt....ahahhahahahsyok3....tambah la lagi....lambatnye nak sampai bab 6 2 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish2 jgn la doakan minggu depan cepat muncul sbb sy ni banyak deadline ni, kang tak sempat siap keje

      Delete
  12. Hmm, saya mcm nk setuju dgn speku ina kat atas ni. Mungkin sbb Naz dah berubah imej drp dulu so that Khaalish tak kenal dia. Ke Naz pernah buat kerja part time, say jadi part time maid kat rumah Khaalish? Tapi Khaalish mmg tak pernah pandang his maid. Haha. Ceh, ttba nk speku lebih2 lak.

    Takpe, saya tunggu next entry :)

    ReplyDelete
  13. hajar, saya plan lepas upload bab 3 atau 4, saya nak buat competition speku, sapa betul dapat free PMS with auto (kalau PMS jadi published lerr) :)

    ReplyDelete
  14. Cik Nina,
    Akak pun nak speku juga. N & K memang pernah jumpa sebelum ni,tp N bkn taste K,mungkin tak pandang sebelah mata pun, tu pasal N kecewa, bawa diri belajar kat luar negara, then tukar imej dan menutup aurat sb dah insaf. Sebelum ni dia tak pakai tudung, tu pasal, K tak kenal tu.cewah....dah macam akak pulak yg tulis cerita ni ye...macam kata ina, speku jangan tak speku!lol.

    Novel PMS nak keluar b4 raya ye? Lagi best kalau keluar awal lagi sikit, so cuti sekolah b4 raya tu boleh la baca, takda la rendang hangit, kek bantat, ketupat tak sempat anyam, atau tetamu tak dan nak layan.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL! LOL!
      main speku2 ni funny betul. serius la i nak buat competition, mebe after bab 3 or 4.

      yr last sentence tu ROTFLOL!!
      doakan PMS kuwar sebelum raya ye, desas desus bunyi gitu, minta2 jgn ada aral melintang

      Delete
  15. Nina : what say you if you name this novel as "Qalisha & Khaalish : Pertemuan Ini"

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik puteh: saya suka perkataan pertemuan..
      heee pilih tajuk ni susah la. u know PMS was a second choice for a title, mula2 i ingat nak taruk Kerana Kasih (so boring huh?)

      Delete
    2. Nina : agreed with you, title got to be catchy else nobody wants to read!

      Delete
    3. Cik puteh, saya fikir biar readers baca dulu sampai bab 5 dan 6, faham history mereka then boleh tolong fikirkan tajuk. saya baca tajuk novel2 di pasaran, tajuknya berulang2 sampaikan kita pun tak ingat

      Delete
  16. Cik nina dulu ada 1 lagu kalau tak silap elyana ka nama penyanyi dia.. Lebih kurang macm ni la lirik dia... Main tarik tali, siapa yang memulakannya dulu.. Kau atau aku yg memulanya dulu.. Ha lebih kurang mcm tu la..
    Mcm citer cik nina ni la.. Sapa yg mula dulu.. Sapa tarik perhatian sapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, si naz ni, bila khaal kejar dia baru dia sibuk nak nyorok

      Delete
  17. Nina cite nie lagi hebat dr PMS, tu yg sy rasa la...mgkn nina x rush utk create cite ni...teruja tul setiap kali baca walaupn separuh2...sy nk suggest tajuk novel itupn lau nina suka la...MELAKAR CINTA..ini pun tajuk lagu xceli.

    ReplyDelete
  18. iya zura, 2, 3 org penulis yg saya tengok novel ke2 tak setanding novel pertama. Walau apa pun kayu pengukur saya adalah saya perlu enjoy menulis. Saya rasa kalau saya tak enjoy menulis, fun itu tak sampai ke readers kan. saya makin perasan kelemahan saya bila menulis, saya susah dan tak reti nak menulis bhg2 yg sedih, haru tu. Saya free Ramadhan ni je, Lepas Raya, rock and roll semula, out stn ke 3, 4 tempat. Boleh jadi lepas Bab 6 atau Bab 7, citer ni akan slow juga diupload ke internet.

    Hmmm, melakar cinta....nnt sy consider ye. Katanya publisher terlalu banyak novel yg ada perkataan cinta kasih rindu, suami, isteri. Seh habis apa yg tinggalkan :)

    ReplyDelete
  19. Cik Nina,
    Walaupun tajuk PMS tu pilihan kedua, tapi akak suka sangat, ada kelainan daripada tajuk-tajuk novel yg dah ada di pasaran. Sesuatu yg baru dan fresh,hehehe. Sb itu jugaklah akak dan mungkin pembaca2 yg lain tertarik utk membaca kat P2U dulu. Akak pun puas jugak dok tolong fikir apa tajuk yg tidak klise, tapi ilham tak datang2, lol. (tak daya nak nolong ni) Tapi, akak harap bagi novel kedua ni,selagi Nina tak jumpa tajuk yg betul2 sesuai, biar je macam tu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cam biarkan saja Kisah Naz & Khaalish for the moment ye. tulah ilham tak datang2.... sama dgn saya

      Delete
  20. cik nina,

    klu tajuk "Main Tarik Tali" ok x? hee hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...tqvm for helping me to think of a title. saya siarkan sampai bab 5 atau 6, nanti irene decide "Main Tarik Tali" sesuai ke tak. @nd half of the story citer tu tukar gear tu yg susah tu

      Delete
    2. whoopaa..xblh nk agk lg la, jln crita ni mcm mn..
      interesting laa crita naz+khalish..nina buat saya trtunggu2 ap akn jd..dusshh

      p/s:actually khalish+alisha 2 nama 4 my angan2 bby..
      duk brangan la ni,ap jd kt dorg
      padahal i ni kawen pn xlg.. :p

      Delete
    3. Khaalish tu maknanya bersih.
      zaim tu maknanya pemimpin.
      sy doakan irene cepat2 kahwen, pastu baca PMS ye! wink wink

      Delete
  21. nina... dah masuk minggu baru.. jgn lupa janji.. "janji ditepati". hahahaha.. dah x sabar ni...

    ReplyDelete
  22. misterimisteri.. lagilagi lpas bca teaser bab 6 tuuuhh. traveler rupanya cik naz kitaa. mesti hanina pun pna travel ke indoon snaa.. nmpak mcm sronokk. nak search laa tarian tuuh. hehe

    ReplyDelete
  23. 1st time nk follow cite ni..
    x jmpe n3 sblm2 ni...
    but so far n3 ni mengujakan..

    ReplyDelete