Monday 9 July 2012

PMS....Teaser


especially untuk kawan2 yg minta teaser. namanya pun teaser kan, so ini untuk usik-mengusik ye. ha! jgn kata pendek, ini 4 ms ni (sambil cekak pinggang he he). also sy ni copy paste sambil ber mesyuarat ni, so apa yg sempat je lah. 

 so get ready to read abt Una menggoda Mr Z lagi!!~

__________________________________________________________________

Next, beli ikan.........untuk pancing suami, he he he, dan kali ini takkan ku lepas ikan ni, nasiblah kau ikan...”

Petang itu untuk pertama kali dalam tempoh hampir dua minggu, Zahrain pulang awal. Dia naik ke atas untuk mandi dan bersiap-siap ke rumah Mama dan Papanya. Masuk ke dalam bilik, budak itu sudah siap berbaju kebaya nyonya. Humph, nak dilarang pakai, bukankah aku ni tak mahu bertegur sapa dengannya. Maka, dibiarkan sahaja isterinya berkebaya nyonya yang seksi di pandangan matanya.

Husna mencium tangan suami dan berkata, “Saya tunggu di bawah, nak siapkan bahan-bahan yang nak dibawa ke rumah Mama.”

Banyak juga bahan-bahan yang dibawa ke sana, ikan beberapa ekor di dalam kotak ais, sebekas air asam, sebekas sambal belacan, sebekas sambal kicap dan ulam-ulaman.

Tiba di rumah mertuanya, mereka bersolat maghrib berjemaah. Selepas itu, Husna menyanggul rambutnya tinggi. Boleh guna alasan panas sebab membakar ikan. Keluar ke laman, Papa dan Zahrain terkial-kial hendak menyalakan api di dalam set barbeku.

“Kesian, Papa, letih baru balik dari pejabat. Biarlah Una buatkan. Papa pergilah duduk.”

Bila Tan Sri Zainal duduk berehat, dapatlah Husna berdua-duaan dengan suaminya. Senyum nakalnya disembunyikan.

Hm, I am stuck with her here,” getus Zahrain dalam hati, tidak sedar dia sedang diprojekkan oleh si isteri.

Takkan nak ditinggalkan isterinya membakar ikan seorang-orang, tak gentleman la pulak. Budak itu menyusun semula ketulan-ketulan arang, di bawahnya diletakkan beberapa ketul fire starter. Maka, mudah sahaja api menyala. Bini aku ini semuanya dia siapkan, sehinggalah ke fire starter, puji Zahrain, mahu tidak mahu di dalam hati.

Api yang menyala dipadamkan sehingga arang tinggal membara. Ikan yang sudah dibersihkan dan dilumur dengan ramuan-ramuan di letakkan di atas api. Cekap sahaja budak itu bekerja, ralit Zahrain memandangnya. Lama kelamaan, dia mula sedar, bukan api atau ikan yang dipandangnya, tapi si isteri yang seksi berkebaya. Hmmm........pinggangnya....so small.....ringan sahaja tangan Zahrain mahu menyinggah ke sana. Jenuh ditahan diri sendiri sehingga perlu dia mengingatkan diri kenapa dia berperang dingin dengan isterinya. Kenapa ya? Errr....emm.....sebab teman-tapi-mesranya itulah!

Setia Husna menjaga api, berpeluh-peluh dahinya sehingga menitik-nitik. Kasihan pula Zahrain melihatnya.

“Panasnya, Abang,” komen Husna, dagunya didongak ke atas sambil mengipas-ngipas lehernya, “Fuuuuuh. Abang tak panas?”

“Panas?” fikir Zahrain, berdegup-degup jantungnya.

Kecur air liur Zahrain. Bukan disebabkan oleh enak bau ikan yang sedang dibakar tapi dek leher jinjang gebu isterinya. Matanya melekat ke leher gebu budak itu. Bibirnya rasa bagai hendak melayang-layang hinggap di sana, menurunkan cop-cop mohor seperti dulu. Zahrain menelan air liur.

“Ish, Abang pun dah berpeluh-peluh. Kesian Abang. Meh, Una lapkan peluh Abang,” pelawa budak itu.

Belum sempat dia mengelak, Husna sudah merapatinya dan mengelap dahi dan lehernya dengan tisu. Dekat sungguh badan Husna sehingga Zahrain dapat mencium bau haruman badan yang dipakainya. Hmm....sudah lama tidak tercium bau ini, ingatannya segera melayang kepada memori-memori indah mereka berdua. Kedua belah tangannya hinggap juga ke pinggang budak itu.

Tan Sri Zainal yang melihat aksi suami isteri itu mencuit bahu isterinya yang sibuk menghidangkan nasi di atas meja. Bila terjungkit kening Puan Sri Maimun, Tan Sri Zainal memuncungkan mulutnya ke arah anak dan menantu mereka.

“Macam dah okey saja, Bang,” komen Puan Sri Mai.

“Harap-harap macam tulah, Mai,” jawab Tan Sri Zainal, sedikit lega. Sejak peristiwa Hong Kong yang lalu, anak lelakinya masam sahaja di pejabat. Sehingga habis menikus semua staf, takut kena libas dengan Boss.

Husna masih berhempas pulas memikat suaminya. Macam mana aku cekap membakar ikan-ikan ni, macam tu jugalah aku perlu cekap memancing ikan besar di sebelah aku ini.

“Abang, cuba Abang tengok, ikan salmon untuk Abang ni Una ingat dah masaklah,” katanya sambil membuka bungkusan kepingan tipis aluminium yang mengandungi ketulan ikan salmon. Berkepul-kepul asap keluar dari bungkusan itu. Diambilnya garfu, sedikit isi ikan salmon dicucuk, ditiup-tiup, lalu dihulurkan ke bibir suami. Zahrain bagaikan sudah dipukau, automatik sahaja membuka mulutnya.

“Sedap tak Abang?” tanya Husna sambil menjilat garfu yang digunakan untuk menyuap suaminya itu. Mencerun mata Zahrain melihat aksi isterinya.

“Tawar,” itu sahaja yang dapat Zahrain jawab.

“Tak apa, nanti kita tambah perisanya,” bisik Husna sambil tersenyum seksi. Zahrain menelan cebisan salmon di dalam mulut bersama liurnya.

“Fuuuh, so hot! What? The night? Me? Or her?” fikir Zahrain. Matanya tidak berkelip-kelip memandang budak itu.

“Abang, ikan-ikan ni sudah masak. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti hangus pula. Una pegang pinggan besar ni, Abang tolong angkatkan ikan ye.”

Berhati-hati Zahrain mengangkat ikan-ikan yang sudah masak dengan penyepit besi. Bila tiba masa hendak mengangkat ikan terubok yang besar itu, dia terpaksa menggunakan kedua belah tangan, sebelah kanan menyepit dengan penyepit besi, sebelah lagi tangannya untuk memegang ikan.

“Aduh!” terjerit kecil Zahrain dibuatnya, ikan itu masih lagi panas!

“Sakit, Bang?” tanya Husna, cepat-cepat dia meletakkan pinggan yang dipegangnya.

Tangan kiri Zahrain dipegangnya lembut dan dihembus-hembus untuk meredakan sakit. Kemudian dimasukkan jari Zahrain ke dalam mulutnya dan dihisap-hisap lembut. Satu demi satu jari suaminya dibuat begitu. Zahrain yang sudah lama menjauhkan dirinya dari si isteri mula berdebar-debar. Lama dia terpaku memandang tingkah laku isterinya.

“Dah okey, Abang?” tanya si isteri lembut.

“Jari okey, tapi aku ni okey ke?” tanya Zahrain dalam hati.

“Kalau tak okey, Una ambilkan minyak angin,” cadang Husna.

“Okey, okey.....ehem I'm okay,” cepat-cepat Zahrain menjawab. Alah, kena ikan panas sikit, apalah sakitnya. Sakit hati dengan isteri yang susah nak diubat, getus dia dalam hati.

“Jom makan, Abang. Una laaapar sangat,” Husna memberikan sebuah lagi senyuman seksi.

“Lapar. Lapar? Haah, lapar nak makan,” jawab Zahrain.

Ish, apa yang aku merepek ni? Pinggan besar berisi ikan dibawa oleh Zahrain dan mereka melangkah ke meja makan di beranda di sisi rumah.

“Tan Sri, Puan Sri, dinner is served,” Husna membuat pengumuman ala-ala pelayan di restoran mewah.

“Baguslah, Papa dah tak tahan lapar ni. Bau ikan bakar kamu Una menggoda sungguh, kan Mai?” puji Tan Sri Zainal.

“Menggoda. Memang, memang menggoda sungguh,” bisik Zahrain dalam hati tapi bukan ikan yang difikirkannya.

82 comments:

  1. yeayyyy!!! suka..suka..suka...anyway tahniah sebab akhirnya awak dah siapkan manuskrip PMS. so lepas ni boleh la berehat dan pegi bercuti ke moscow ye.. :D

    ReplyDelete
  2. Hahahahhaahhaa... Good job una!
    Adehhh cemburu gilak xhbs2! Mulut ada xmo tanya..herm!
    Kak, thanks... Next teaser mr z lak goda una ek ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi mana ada lagi teaser!!! tunggu PMS terbit. (he he he) korang ni dah bagi teaser, nak teaser lagi, mentang2 i ni jenis cant say no (bab ni i mmg macam Una) :)

      Delete
    2. ha.. ni teaser kat sini, bila mr z menggoda...ada ais krim...yum yum

      Delete
    3. Itu bkn teaser.. Tu ayatt penyata jer!

      Alaaa..bln 8 tu lmbt lg.. Sempat la satu teaser lagik. Kehkehkeh...

      Bolehh la penulis yg chummell ;) pls *wink*

      Delete
    4. kwang kwang kwang kwang....

      Delete
    5. ais krim????? o_O wowwwwwww
      *gelak gatai*

      Delete
    6. Nina... Kasi lg la sayang bucuk intan payung.... Baca teaser ni tetiba rasa mcm gatai jgk nk bakar2 ikan ehhh....
      Eskremmm? Wooohooooooo.... X sabarnyeeeeee.... Cik nina comeiiiii, kasi la teaser bab tuuuuu....

      Delete
    7. Tema di sini adalah.....gatai! Teaser nnt lah i pk2

      Delete
    8. boleh la cik writer.....bg la teaser lg...

      Delete
  3. haah, kalau laku lah novel ni, duitnya buat bercuti ke moscow ha ha ha. sy terkilan dulu ke sana tak sempat nak bergambar depan st basil's cathedral tsk tsk tsk

    ReplyDelete
  4. makin x sabar nak tunggu PMS keluar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah... bila seorang penulis komen mcm ni besar hati saya (blush blush)

      Delete
    2. kak hanina..........
      kat kedai, novel pms dah start jual ke??
      kalo dah boleh saya tahu berapa harganya?/
      hehe

      Delete
  5. Refresh yg Ada hasil Kali ni :)
    Thnx for the teaser ya!
    Nnt exact date PMS kuar heboh2 kan la ye
    Bolh pegi bkampung kat bookstore awal2

    ReplyDelete
  6. huahuahua. so hotttt! haha. pandai una menggoda ye? mr z yg ego tu pun mcm dh nk tewas dh tu.

    thanks Hanina! =)

    ReplyDelete
  7. sempat jugak ku landing kat sini...sexy and desirable...hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Nina, u melt my heart with this entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he but the ending of this chap is...not...so....well, nnt u bacalah (he he ni betul2 teasing nih)

      Delete
  9. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...x baca lagik nie tapi nak express my feeling....yabedabeduuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit nak jadi bini flinstone ke? har de har har

      Delete
  10. wah, thanks cik penulis coz post teaser PMS . sy xsbr mnunggu PMS keluar. dh keluar info eh ? :)

    ReplyDelete
  11. Bilalah nak dapat intai2 part zahrain plak menggoda una nih...
    Sian una, asyik dia jer yang ekna mengalah dan berusaha...
    Zahrain nih senang2 jer dia dok makan umpan yang disuap...

    Bagi lagi teaser bab zahrain plak memasang umpan yer...
    Nak tengok una nih senang nak termakan umpan yang disediakan...

    ~w.t~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit! tak bley, tak bley...sebab part ni la yg besh... he he he. resipinya ada ikan mackarel, ada cili, ada ice cream...macam2 ada!

      Delete
    2. Alamak! itulah part yg x tahan nk dengar tuh. agak-agaknya bila boleh kluar last teaser yg part Mr Z pikat hati una pula..

      Delete
  12. zahrain ni dah macam alpha heroes.... arrogant n ego..... i wonder if mr z ni betul2 cintakan una or maybe nafsu dia jer. husna aii tetap sokong u wlupun aii rimas tgk hubby u... u go girl

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah alpha male! yum yum! tunggulah bila una dah snap... kalut plak mr z tu buat investigation

      cinta vs nafsu, itu ada nnt kang derang bincang! dan mr z tak dapat bagi una jawapan yg memuaskan, so he was made to work hard ehem ehem

      Delete
  13. pergh..nak pitam sekejap...rasanya mamat poyo tu kan..bini punyalah xomel giler dan akak tabik kat Una yg pandai memikat dan memasang jerat utk suami..part yg akak tak tahantu..dia tau yg suami dia akan tergoda kalo dia pakai kebaya..dan part yg mmg akak tabik bila dia sengaja mendongakkan lehernya utk tease suaminya..kelakar juga bila una ngan sengajanya merapatkan diri dan menyuruh asben dia merasa ikan dan selepas tu menjilat garpu yg digunakan..apatah lagi bila dia menjilat jari jari asben dia tu..dengan tak sengaja dia telah betui betui menaikkan perasaan keinginan suaminya yg tahap beku tu kat dirinya..teruja nak tahu..babak babak yg U cakap tu Hanina..sabar ja la akak ngan teaser ni..sbb dia betui betui membuat kita tak sabar nak membaca novel ini.

    ReplyDelete
  14. Ha'ih Una ni pandai betul goda si Zahrain...#^_^

    ReplyDelete
  15. oooooo...dok baca teaser ni buatkan lagi rasa tak sabar nak tunggu bukunyer. :-)

    ReplyDelete
  16. Kak Hanina! Bila keluar buku nih? Nak simpan duettt :DDD

    ReplyDelete
  17. Wohoooooo the best!!!!!!! Sweet giler..dh senyum smpai ke langit baca n3 ni...nk lagiiiiii

    ReplyDelete
  18. bila buku ni akan keluar dipasaran Nina dh tak sabar dh nk baca.
    Harap jgnlah terpaksa menunggu lama sgt baru buku ni keluar dipasarankan?.

    ReplyDelete
  19. mengancan habis!!!!!!!!! mmg mengancam dan terancam cite ni!!!! confirm beli!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  20. ooh cter ni sangatlah x sesuai dibaca oleh kanak2 bwah 18 thun..
    alert yee adik2.. ble dah beli buku nie mmg kne smpan je dalam bilik.. tkot adek amek bce.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan3...x seswai gitu untuk bacaan umum hahahhahahaha

      Delete
    2. Ish takkan sy nak buat citer utk kanak2 ribena plak. Tak thrill la

      Delete
    3. To me x teruk pun bab 18SX nyer... I'm ok with it & pembaca haruslah menilai sendiri. Yang paling penting pengajaran & knowledge yg boleh diambil dr novel PMS ni. Great job Nina! Ichi-ban suki!

      Delete
  21. wakaka pndai sungguh una ni psg taktik keke
    mr Z punya kubu xkuat mne kot bila una dh stat jadi ala2 ulat bulu pnjat daun keke

    ReplyDelete
  22. Thank you dear writer :) Tak sabo nak beli :D

    ReplyDelete
  23. ekekkeke..notty eh una.. kasi goda sama zahrain cukup2.
    bestt!!

    tq nina :)

    ReplyDelete
  24. kalo daku kucing dah lama kene ngap si Una nih hahahhahahhahaha.....blushing3!!!!!

    ReplyDelete
  25. Mr Z dah kemaruk sbb 2 mggu lancarkan perang. Sekarang nih biar Una goda tp in between main tarik tali. I like it! suka tgk nnt bila Mr Z pulak nak goda Una balik, masa tu baru dia tahu betapa berharganya Una dimatanya. X sabar nk tggu Mr Z goda Una pula, Mr Z a.k.a si ais ketul pula pasang perangkap. Kita tengok sama ada si kucing atau si ikan yang mengalah... tggu dan tggu itulah yg sy rasakan sekarang ini. PMS by Hanina is the best and different from other novel..

    ReplyDelete
  26. Sy pun setuju dgn awk Has. Memang tak sabar menunggu Mr. Z pulak lancarkan 'projek memikat isterinya' tu. Cik Nina,nak la teaser bab ni,ya..ya...ya. Lambat lagi tu bulan Ogos. Menunggu sehari pun dah rasa mcm sebulan dek penangan PMS ni. So....,sementara menunggu versi cetak, harap sangat2 ada lagi teaser buat pengubat rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk pun fikir begitu ke Hamidahmawar. Sy mmg dh teruja sgt dgn PMS. X sabar-sbr nk tggu bln Ogos ni, Macam dah melambai-lambai pula PMS diruang mata.

      Harap-2 sgt Nina boleh bagi teaser bab Mr Z pikat Husna pula... bolehla ye nina (dgn muka ala-2 kucing puss in the boot lar pulak)hehheeee

      Delete
    2. Puss in the boot??hehehe...dah terbayang-bayang muka comel awk tuh. Memang ye, kalau boleh nak je pergi merayu kat penerbit PMS suh cepat publish buku ni.

      Delete
    3. Amboi derang ber2 ni lancar kempen nak teaser lg ye. Honest, i x pandai nak buat teaser. Bab mr z goda una ni banyakkkkk so i tatau nak ambik yg mana. Haip! But ekceli sy tak plan nak buat teaser lagi tau :p

      Delete
    4. Jgnlah mcm tu cik writer, cian kt kita org brdua nih. Dh nk meroyan lagaknya, sumer gara-2 PMS.

      Oh my PMS bila nak kuar nih, dh nazak kita org yg kt luar menantinya.. bagilah kita org treaser yg akhir pon xpe, please Cik Nina laling, I luv u tau (23 juta x tau)...

      Delete
  27. betul2... best lh citer ni... n x sbr nk baca mcm mana mamat tu pikat una plak... biar una plak jadi ais ketul.. hehehhe.... best! Two thumbs up for you Nina...

    ReplyDelete
  28. hahaha...memang mengoda betul la..tak sabar plak tnggu ogos nih.. im still curios, napa una tak cari husband dia yg time kat hongkong tu? sbr jelah, nanti baca prntd versn? klau tak terjawab nanti stdby answer, kite tagih kat nina. hehe. oh btw, nak pngil nina; akak, adik, or nama je? umur nina brapa ye? dah kawin ke? nak interview author kjp ;) thanks a lot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan husband dia kt sijil nikah doesnt mean una boleh minta hourly report

      Delete
    2. He he jgn la interbiu author sbb author ni shy shy cat. ...meow

      Delete
  29. can't wait fr the novel. Una is sooooooo cute. Good job. :))))

    ReplyDelete
  30. Oh My!!! (terbeliak mata hehehe..:)
    bestnyerrrr....chomel sgt
    tp apasal lmbt sgt nak kluar novel dier,
    iskk..publisher ni,patutnya kluarkan cpt2
    sementara tgh HOT ni, jiwa sdg berkobar-kobar hehehe
    tak tahan sungguh menunggu
    penantian satu penyeksaan adusss...
    btw thanks Nina for this N3..
    besssssttttttt....terubat rinduku pada Una n Mr Z

    ReplyDelete
  31. x sbr nak beli bku,,, best ^_^

    ReplyDelete
  32. lambatya......kesianlah....tak sabar sanngat ni rasa mace nak demam ni menunggu PMS ogos ni

    ReplyDelete
  33. ha...boleh pakai gak idea Una pikat MrZ.nk trylah to mu hubby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt reportla kat sini menjadi ke tak...he he

      Delete
  34. Nina, u ada praktik x taktik una ni? Menjadi x? Rase nk pegi beli lingerie dah ni... Nk beli seluar yg ketat, sgt ketat x sesuai lak ank2 tgk apa ke hal nye mama ni kannn... Kikikikikiiii...

    ReplyDelete
  35. bile nak kuar pms ni??huhuh..next teaser la...yang da baik2 jek...y romantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar kabarnya ogos. teaser...tak tau nak pilih part mana. sib baik part bakar ikan tu ok juga kan?

      Delete
    2. alah....bagi la cikit teaser nina...plz..lama woo nak nunggu ogos tu..ntah2 masa tu ai tgh dlm pantang...dosa taw u buatkan preegy woman mcm ai ni tertunggu2....huhuk..plz...at least ptg ni 1 teasar yer...plz!!

      Delete
  36. akak, PMS under publication apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebumbung dgn karya seni tapi bukan karya seni, nnt kalau confirm i will announce here, ok?

      Delete
  37. I book PMS ni ngan u trus leh x cik writer? siap ade signature u....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, agaknya boleh kut (tak sure sebab tak pernah buat). sah saya kena minta tlg sapa2 handlekan sebab sy ni bab ke pej pos, bank in bank in, ni amat blur

      Delete
  38. x sabonya nk tggu novel nih

    ReplyDelete
  39. comelnya cover..okey, simpan duit utk beli PMS...

    ReplyDelete