Thursday 19 July 2012

This is not a good idea Chap 2 Part 1


Ramadhan Kareem saya ucapkan kepada rakan2 semua. Moga Allah beri kelapangan dan kesihatan untuk kita menjalani ibadah di bulan mulia ini.

Kisah Naz dan Khaalish bersambung, tapi tajuknya belum ada. Malas nak fikirkan saya nak minta kawan2 punya cadangan boleh?

Enjoyz!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

Bab 2

Keesokannya, selepas solat subuh Naz dan Reham tumbang semula ke atas katil, penangan bersembang sehingga larut malam semalam. Pukul lapan pagi bila terjaga semula, mereka bermalas-malasan di atas katil. Namanya pun cuti! Kalau tidak cuti sudah berdesup macam lipas kudung, bersiap untuk pergi kerja.

Sambil bermalasan mereka berbual tentang jejaka-jejaka teman bersembang mereka semalam. Di mulut Reham, tidak putus-putus, “Hamza, Hamza, Hamza!” Hamza yang baik, Hamza yang manis, Hamza yang periang, Hamza yang macho!!

Naz sudah menjeling ke langit, “Nampak gayanya ini bukan hanya holiday fling! Ini sudah fling, fleng, flong!” fikir Naz sambil ketawa dalam hati.

“Silap-silap, aku terbang ke KL sorang-sorang ni,” Naz sudah menebak-nebak.

Reham di katil sebelah sibuk berbalas-balas sms dengan buah hati barunya. Baik aku mandi dulu, getus hati Naz. Keluar dari bilik air, dengan muka yang bersalah, Reham memberitahu Naz yang Hamza mengajaknya bersiar-siar di Bali pada hari terakhir mereka di sini.

Maklum yang merpati dua sejoli tu mahukan privacy, cepat-cepat Naz berkata, “Eloklah dia temankan awak bersiar-siar, boleh saya lepak di hotel dan menulis.”

“Thanks, Nutter! I can't ask for a more understanding friend!” Reham bersorak kecil.

“Humph, bodeklah tu!” cemuh Naz dalam hati.

Usai bersiap, mereka melangkah ke balai makan di hotel itu, sebuah ruang yang hanya berbumbung dan dikelilingi oleh lanskap Bali yang mendamaikan. Tiba di balai itu, terlopong Naz melihat teman bersembangnya semalam santai-santai duduk di meja sarapan sambil membelek telefon pintarnya.

Well, well, well, it looks like it's not just me who's having a holiday romance,” bisik Reham kepada Naz.

Agaknya menyedari kehadiran mereka, teman bersembangnya semalam mendongakkan kepala. Bila matanya bertembung dengan mata Naz, tiada senyuman di bibir, cuma pandangan tajam yang menusuk kalbu. Jantung Naz sudah berdegup kencang. Apa kata Ahmad Dhani? Berdetak lebih kencang, bagai kenderang mahu perang!

“Buat apa dia di sini? Last night was a coincidence. Hari ini pula? Apa yag dia mahu? Dia sudah ingat siapa aku? So what kalau dia ingat, lantaklah, bukannya kami ada apa-apa lagi,” berputar-putar kepala Naz bertazkirah kepada diri sendiri. Bibirnya dipaksa senyum seperti biasa.

“Eh! Bukan hotel you di Kutakah?” Naz membuka bicara, biar straight-to-the-point.

“Ya, saya datang cari awak,” tenang sahaja jawab Khaalish, berterus-terang.

“Ambik kau, Naz! Mamat ni memang tak gentarkan apa-apa. Kau pula? Kenapa jantung kau berdebar-debar? Ah, tenang sajalah. Bukan dia boleh buat apa-apa kat kau.”

“Ada apa?” tanya Naz, mengikut rentak Khaalish, biar heads-on. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi.

“Nak sambung bersembang dengan awak,” ringkas jawapan jejaka itu.

“Pelik,” komen Naz.

“Kan awak kata perkara-perkara yang pelik mendatang ideakan untuk awak menulis,” kilas si jejaka.

“Ada saja jawapannya, macam loyar. Bercakap dengannya takkan menang, lain kali ingat tak perlu bertekak dengannya,” Naz mengingatkan dirinya, “Eh, ada “lain kali” ke? Apa? Kau nak jadi buddy-buddy dengan dia? Hmm, kau sendiri yang hati-hati, Naz.”

Reham menghampiri meja mereka dengan dua pinggan sarapan, satu untuk Naz dan satu untuknya, “Breakfast is served, my lady.

Aik, dia pula jadi pelayan di sini? Ini mesti nak bodek sebab dia nak tinggalkan aku sorang-sorang hari ni, fikir Naz. Dia sudah masak dengan perangai kawan baiknya itu.

What's the rush?” tanya Naz, bila dilihatnya Reham makan terkocoh-kocoh.

Hamza is already on the way,” nampak sangat Reham sudah tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan buah hati barunya, si jejaka berketurunan Lubnan dari Australia.

What have you got planned today?” tanya Khaalish.

Reham kalau sudah teruja, cakapnya macam machine gun. Laju sahaja mulutnya menyebut satu-satu destinasi di Bali yang sudah dirancang mahu dijelajahi dengan Hamza.

“Awak ikut?” soalan Khaalish ditujukan kepada Naz.

Berdebar-debar dada Naz, “Apa yang dia hendak buat ni?” Kepalanya digeleng-gelengkan.

“Duduk hotel sahaja?” tanya Khaalish lagi.

“Oh, mamat ini memang tak reti nak give-up!” getus hati Naz.

Kepala diangguk-angguk.

“Menulis?”

Angguk lagi.

“Saya temankan,” pandai-pandai dia buat keputusan.

“Ish, buat apa? Nanti awak bosan,” Naz cuba mengelak.

I don't think so. Semalam bersembang dengan awak, sekali pun saya tidak rasa bosan.”

“Semalam bersembang, hari ini saya hendak menulis,” sekali lagi Naz cuba mengelak.

“Awak menulis tak bersembang langsung?”

“Tak, perlu fokus seratus peratus kepada penulisan,” Naz jual mahal.

“Okey, tak apa, saya duduk diam-diam temankan awak,” dalam lembut Khaalish berkeras.

“Perangai dia sama dengan perangai Papa, mau menang saja,” bosan Naz dengan tingkah laku Khaalish, maka didiamkan sahaja.

So? Done with your discussion? Khaalish, you're gonna be with Nutter right? That's gonna make me feel so much better about leaving her behind to go gallivanting around with Hamza,” macam bertih jagung mulut Reham, pandai-pandai mengatur hidup temannya.

“Dua kali lima, lima kali dua. Semua nak ikut kepala derang sahaja. Aku pula yang jadi Pak Turut. Ah, lantaklah, mamat ni nak buat apa.”

Reham tak habiskan pun sarapannya. Muncul saja Hamza, tergedik-gedik dia pergi mengikut jejaka kacak anak tuan punya restoran di Melbourne itu.

Make sure your cell phone is on!” jerit Naz, mengingatkan kawan baiknya. Reham yang sudah sampai ke pintu gerbang hotel mereka menegakkan ibu jarinya ke arah Naz.

Itu memang amalan mereka semasa travelling, telefon bimbit mesti sentiasa boleh dihubungi. Kalau ada apa-apa musibah, senang berhubung. Tapi naluri hati Naz positif saja tentang Hamza, jejaka itu nampak ikhlas berminat dengan Reham. Nalurinya tentang Khaalish yang tidak jelas, apa sebenarnya yang dia mahu?

Usai bersarapan, tanpa berkata apa-apa kepada Khaalish, Naz bergerak ke arah sebuah waqaf yang terletak bersebelahan sawah padi. Di Bali, waqaf disebut 'bale.' Hotel mereka memang dikelilingi sawah padi. Naz duduk bersila, laptopnya dibuka dan dia mula menaip. Khaalish yang mengekorinya, turut duduk bersila di atas waqaf sambil tidak jemu merenung ke arah Naz. Bukan tidak Naz sedari tetapi sengaja dia buat tidak tahu. Penat duduk bersila, Khaalish mengambil kusyen yang diletakkan di atas waqaf dan berbaring. Matanya tidak lepas-lepas merenung Naz. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dari sawah padi, dengan kusyen yang empuk, ditambah lewat tidur semalam, kelopak mata Khaalish menjadi semakin berat dan terus dia nyenyak terlena.

Lega hati Naz melihat Khaalish sudah terlena. Peluang diambil untuk menatap wajah jejaka kacak itu puas-puas. Siapa sangka terserempak semula dengan mamat sombong ini? Di Bali pula tu! Memang dia sangat kacak, fikir Naz. Ada harta, dari keluarga ternama. Total package! But totally not for me.

Nafas ditarik dalam-dalam dan Naz rasa ketenangan meresap masuk ke seluruh dadanya. Selepas apa yang telah berlaku selama ini, Naz berasa dia mampu untuk menghadapi apa-apa kemungkinan di masa hadapan. Percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahNya!

Selepas sejam dua menaip, matanya pun semakin berat. Huruf-huruf yang dipandang sudah kabur terang-kabur terang. Diambilnya kusyen, konon-kononnya hendak baring barang seminit dua. Bila kepala sudah cecah ke bantal, belayar pula dia ke Pulau Lena.

Khaalish yang sudah hampir dua jam melayan mata, perlahan-lahan terjaga. Fuh! Sedapnya tidur di atas waqaf di tepi sawah, nyaman dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Mengeliat-ngeliat dia menghilangkan lenguh-lenguh badan. Di carinya Naz. Lah! Sudah tumbang dia. Timbul segarit senyum kecil di bibir Khaalish bila melihat betapa nyenyak Naz tidur. Letih bersembang sehingga lewat malam lah tu. Wajah comel si gadis direnung lama-lama. Sungguh dia tidak ingat di mana dia pernah bertemu Naz. Entah-entah gadis comel ini hanya mengakal dia.

Matanya berpindah pula ke laptop Naz, seperti tuannya sudah “lena” tetapi tidak bertutup. Tanpa rasa bersalah, diambilnya laptop itu dan ditekannya space bar. Laptop menyala dan mata Khaalish laju meniti perkataan-perkataan di skrin.

Si gadis menulis tentang pengalamannya mengikuti Ubud Writers Festival yang tamat semalam. Betapa dia teruja bertemu penulis-penulis tersohor dari seluruh dunia yang sekali gus membuat dia terasa kerdil. Banyak yang ditulis mengenai Andrea Hirata, penulis popular Indonesia dari Pulau Belitung. Nampaknya Naz begitu meminati penulis ini yang katanya mempunyai bakat menulis tentang orang biasa-biasa yang mengalami peristiwa biasa-biasa secara luar biasa sekali. Oh! How I wish I have his talent! tulis Naz.

Ayat terakhir tulisan Naz membuatkan Khaalish membacanya berkali-kali:
And to meet him again...here, of all places...is....what? Karma? Serendipity? I can't find a word to describe it because I don't know what it is....

Gerak hati Khaalish menyatakan 'him' yang dimaksudkan di sini adalah dia sendiri. Kenapa Naz terkejut bertemu dengannya? Kenapa Naz begitu terkesan bertemu dengannya? Bertambah misterius gadis ini.

Laptop diletakkan semula dan Khaalish merebahkan badannya ke lantai waqaf. Berbaring disebelah Naz dalam gaya yang jika di Malaysia memang sudah kena tangkap basah. Apatah lagi berbaring rapat-rapat di tengah hari rembang di tempat yang terbuka pada pandangan mata orang di sekeliling. Tapi ini Bali, tumpuan pasangan berbulan madu, aksi-aksi romantik di pulau ini sudah menjadi perkara biasa.

Dalam tidurnya pun Naz terasa seperti diperhatikan orang. Lalu dibuka matanya perlahan-lahan. Dalam terpisat-pisat itu dia melihat sepasang mata yang sedang merenungnya dalam.

“Aku ni mimpikah? Apa mamat ni buat di sini?” otaknya masih tidak boleh berfungsi dengan betul

What the....!!!!” Naz terjerit kecil sambil bingkas bangun bila mindanya sudah jelas.

Si jejaka temannya berbaring tertawa kecil melihat aksi si gadis comel.

“Kalau di Malaysia, pasti kita sudah kena tangkap basahkan?” selamba sahaja komennya.

“Choi!! Minta simpang malaikat empat puluh empat. Tangkap basah, tangkap basah ni jangan sebutlah,” kata Naz sambil mengurut dada. Cukuplah aku pernah terlepas dari dia sekali!

“Hmmm....berlambak-lambak perempuan yang sanggup kena tangkap basah dengan aku. Kenapa, aku ni tak cukup hensem ke di mata dia?” fikir Khaalish sambil masih merenung Naz.

35 comments:

  1. hmmm maybe perasaan sya je kot, tpi ayat kali ni mcm agak skema, hahhaha kalo skali baca mcm ayat org dulu2 kot... cumel jer. suspen sungguh, n mcm misteri nusantara.. nice.. aii like. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sy concious tak nak dkatakan citer ni sama je dgn pms. Pms mmg lite2 gitu. Citer ni kunun2nya darker (tak tau la menjadi ke tidak) bnyk2 elemen2 yg sama dgn pms..strong heroines n travelling he he

      Delete
  2. weweewee..still x bleh predict hbngan antra naz ngan khaalish.. kak nina apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kat ujung bab 3...full exposure kat bab 4.....tungguuuuuuuu :)

      Delete
    2. Tunggu tu mmg tunggu nina, tp tlglah jgn lama sgt.. sesak nafas tau nak tau cite strusnya...

      Delete
  3. just can't wait for the next one :D update as soon as possible ya sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X brani janji dear..so far bab 2 pong tak siap lg

      Delete
  4. Replies
    1. Citer ni slo2 dear... Ade ke plak ms bc doa after solat tarawikh dtg idea he he

      Delete
  5. salam membaca E3 ni..akak teruja pula nak tahu..mereka pernah kena tangkap basah ke..dan bagaimana pula boleh telepas? Persoalan yg bermain diminda akak ..kenapa ek mamat tu boleh lupa..atau mamat tu kini hilang ingatan..kerana wajah tidak boleh menipu seseorg utk mengingati pristiwa pahit yg pernah berlaku dalam hidup..seseorg? Atau disebabkan dia banyak kali kena tangkap tetapi disebabkan papanya org yg ternama ..kes nya dapat ditutup?..Betul betul nak tahu kesinambungan citer ni..By d way selamat menyambut ramadhan..dan muga bulan ini memberi rahmat pada adik dan uolz yg membaca blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan kareem to u too dear ida. Rs mcm nak ckp plak apsal khaal x ingat naz tp nnt spoil d saspen...so tunggu ye :)

      Delete
    2. kak Ida.....hamoi3 banyak tol soklannye yeh....agak2 kalo kak Ida yang tulis cite nih mesti lagi banyak miterseri kan kak ahahahhaha....ehem2 jangan marah nina yeh gurau je

      Delete
    3. misterseri? aik perkataan baru ye?

      Delete
    4. ayark!!!!!jgn la nina...ni yang nak nyorok bawah selimut nih huhuhuhu...blushing3!!!!

      Delete
  6. Witty n 'notoriously-skema' hehehe mcm bace buku cinta zmn auntyku dulu2 kehkehkeh salam ramadhan from purrr city!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seh... Skema ke??? I want sexyyyyyyy....nnt diusahakan

      Delete
  7. x sangka hari ni ada n3 baru... seronok sgt... yup agree memang ada kelainan sikit cara u tulis cite ni nina. BUT still sama je impact dgn PMS, mesti tersenyum2 sendiri sambil baca cite u... good job sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum2 is good. Awet muda...welcome dear. Tq for rdg n lvg a comment

      Delete
  8. Oh my, mesti ada something bad happen between them before. Kalau dah kutuk Khaalish sombong tu mesti Khaalish pernah menyombong agaknya dgn Naz ni. Hehe.

    Setuju dgn zm, gaya bahasa macam agak skema sikit. Hihi. Tataula, mungkin awal lagi nk judge pun. Anyway, thanks Hanina. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Something bad, yes. Sombong, yes. Skema, aiseh!

      Delete
  9. kak nina.. mati-mati la kite igt tajuk cite ni "This is not a good idea" heheh..

    ReplyDelete
  10. Hurmmmm suspen betul,,,,,best2..... Byk tanda tny and agak lain dr lain gk arr citer ni...like3...

    ReplyDelete
  11. Nina sayang, I followwwwww.....

    Banyak suspen dlm cite ni. Tajuk? masih question mark ke...

    Salam Ramadhan to you dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadhan Kareem, has! tlg arr pk kan tajuk. bab 4 semua suspense settled :)

      Delete
  12. mulamula wonders ubud tu apakah. tak prna dngar. rupanya over the sea rpanya.indonesia lokasi mereka kan.hehe

    ReplyDelete
  13. boleh x beli novel PMS direct from you. coz nak dptkan tanda tangan you ;)

    ReplyDelete
  14. oh..persoalan mana Naz jmpe khaalish ni masih x terjawab rs nyer..hehehe..
    suke2...biarkan pembaca tertanya2

    ReplyDelete