Saturday, 29 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 12


sementelah di sini internetnya ok dan aktiviti formal belum bermula, saya naikkan Bab 11. Pendek ke? 5, 6 muka surat juga.

mid week, saya bergerak ke destinasi lain pula, yg belum pasti ok ke tidak internetnya. Plan saya nak naikkan separuh Bab 12 sebelum bergerak tu.

Kita tengok macam mana ye. Almaklumlah part time writer-on-the-run :)

Bab 11

Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.

“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish memasang azam.

Setiap hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan, jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya, dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada dengan dua puluh soalan, habislah!

Maka pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan dada yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham: “Thailand?”

Jenuh dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan kakitangan yang lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya dicapai untuk melihat samada Reham sudah membalas emelnya.

“Yes! Ada emel dari Reham!”

Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(

Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.

Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.

Hari kedua: “Phillipines?”

Reham: :(

Hari ketiga, “Vietnam?”

Reham: :(

“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.

Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”

Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”

Gedegang! Bunyi meja ditumbuk. Terpinga-pinga kakitangan KZ Industries yang berada di bilik mesyuarat, hairan kenapa bos marah. Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke dokumen di atas meja. Minggu ini mood bos bagai puting beliung.

“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!” gerutu Khaalish dalam hati.

Hari keempat: “Indonesia?”

Reham: :(

Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya melegakan hati Khaalish. Lega kerana dengan Indonesia yang sebegitu besar, dia tidak pasti samada dia mampu meneka di bandar mana Reham berada dengan lima belas soalan.

“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.

“Kecil? Hmmm...”

Hari kelima, “Singapore?”

Reham: :(

“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”

“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya kepada diri sendiri.

Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.

“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”

Untuk memastikan hal ini, diselidik juga keadaan pergolakan politik di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan untuk memasuki Myanmar.

“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”

Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(

Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas soalan lagi, negara pun belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama bandarnya!

“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”

Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah “BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:

“Laos.”

Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)

Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam, “Yes! Yes! Finally! I am going to find her!”

Jawapan yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Khusyuk Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia Tenggara.

Typical her! Negara termiskinlah yang ditujunya. Apa yang orang tak buat, itu yang dia buat,” dengus Khaalish.

Strategi dirancang. Nampak gayanya, strategi terbaik adalah untuk meneka ibu negara dahulu, kemudian diikuti dengan bandar terbesar dan kemudian bandar kecil. Sambil itu, dia berdoa agar Naz tidak berada di pelosok terpencil negara termiskin Asia Tenggara.

“Kalau ya, masak juga aku dibuatnya hendak ke sana,” keluh Khaalish.

Baru sahaja dia hendak menaip soalan berikutnya, kedengaran ketukan di pintu pejabatnya.

“Yes!” jawab Khaalish kuat dan berbunyi kurang sabar.

“Khaal? Lunch. Lupakah?” tanya si bapa, menunggu di pintu.

“Alamak! Dah janji dengan Daddylah!” getus Khaalish dalam hati.

“One minute, please Daddy. Just...one...minute,” terburu-buru dia menjawab Daddynya.

Laju-laju Khaalish menaip, “Vientiane?” dan menekan butang send.

Sewaktu makan tengahari nampak sangat minda Khaalish berada di tempat lain. Lain yang ditanya Daddynya, lain yang dijawab, sehingga Tan Sri Kamaruzzaman menggeleng-geleng kepala. Kali terakhir dia melihat Khaalish sebegini adalah empat tahun dulu, sewaktu dia berpisah dengan girlfriendnya, Ilsa. Kali ini dengan siapa pula? Tertanya-tanya Tan Sri Kamaruzzaman. Penulis novel itu? Apa ke namanya?

Sambil makan, berkali-kali Khaalish memeriksa telefon pintarnya.

“Tunggu panggilan penting ke Khaal?” tanya Daddynya, sengaja menduga.

“Ya, tunggu Elias emelkan senarai nama pembekal yang hantar tender,” bohong Khaalish.

“Waktu makan, rehatlah Khaal. Tak payah nak fikir pasal kerja. Minda pun kena rehat juga. Cakap tentang hal lainlah. Ha! Apa cerita penulis novel pujaan Khaal tu?” tanya si bapa yang boleh tahan nakalnya.

Tersedak Khaalish yang sedang makan. Sambil tersenyum penuh makna, Tan Sri Kamaruzzaman menepuk-nepuk belakang anaknya.

“Eh! Makan jangan gelojoh Khaal. Take your time. Memikat pun sama juga, jangan gelojoh, take your time. Kalau sabar tu, burung yang terbang pun akan datang makan dalam tangan kita,” nasihat si bapa dengan makna berganda.

Muka Daddynya direnung tajam, kepalanya berfikir, “Daddy dah tahu ke aku sudah buka mulut dengan Papa dan Mama Naz? Ish, Daddy ni, semuanya dia tahu. Papa Naz bagi tau dia ke? Tak ada privacy langsung jadi anak Tan Sri Kamaruzzaman ni.”

Tiada komen untuk nasihat bapanya. Dalam keadaan yang terasa genting bagi Khaalish, dia tidak ada mood untuk berbincang tentang Naz dengan bapanya. Terus dia menukar topik perbualan.

Balik ke pejabar, hampir sejam juga dia menunggu balasan Reham, akhirnya, “Oooo Khalish, so near but yet so far, sorry, :( ”

“Dang! Dang! Dang!” jerit Khaalish geram. Jari jemarinya meraup rambut dengan kasar.

Nafas ditarik, “time to study Geography again!” getus hatinya.

Itulah yang dibuat oleh anak tunggal Tan Sri Kamaruzzaman malamnya. Peta Laos ditelaah dengan tekun. Segala macam maklumat dikajinya, senarai bandar terbesar, senarai bandar yang mempunyai paling ramai penduduk, bandar-bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi yang pesat. Tentu Naz pergi ke tempat yang ada peluang pekerjaan. Dia pernah mengajar Bahasa Inggeris di universiti. Nah! Dicari pula senarai nama bandar-bandar yang ada universiti dan kolej. Bukan banyak pun universiti dan kolej di Laos. Penat mengkaji mengenai Laos, Zaim Khaalish tidur dengan azam untuk menemui juga buah hatinya sebelum tamat 20 soalan.

Pagi esok, masuk sahaja ke pejabat, Khaalish membuka komputer ribanya. Terpampang sebuah peta Laos. Ada dua bandar yang bertanda bintang merah, satu adalah Vientiane, satu lagi adalah ….

“Tembak sajalah,” getus Khaalish.

Dengan ucap Bismillahirahmanirahim, jari-jarinya lincah menaip nama bandar itu dan butang send ditekan. Sekarang perlu tunggu. Tak boleh buat kerja, tak boleh fokus! Untuk memujuk hatinya, Khaalish mengingatkan dirinya dengan sebuah madah, “Good things come to those who wait.

Dia tidak perlu tunggu lama. Selepas sepuluh minit emel Reham masuk.

:)

Treat her well or I will personally kill you,” ganas betul pesanan Minah Jiwang Karat jauh di Seattle sana.

Senyuman di bibir Khaalish selebar senyuman ikon Mr. Smiley, “Gotcha!”

59 comments:

  1. Yeahhhhh!!!! Sia org pertama baca....wohoooo....super duper happy
    Hi Nina, how r u? U outstation lg ker? Cian u kan....
    I miss this blog so much, too busy until tak sempat nak singgah ur blog
    Luckily today i stop by here...:)
    Congrats Mr Stalker aka Khalish finally u dpt teka tmpt persembunyian
    Bunga pujaan...masa utk kejar mengejar....heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, the daddy said jgn gelojoh, so Khaal will try to apply this. but renn, chap 12 is sooooo long coz derang dah jumpa kan, dono bila boleh habis. rasanya lepas ni KNK updates on blog will be slooooow. Khaal will try to make Naz fall for him, so its gonna be sweet (not sexy cam PMS, nnt ramai yg komplen ha ha) tapi bak kata siapa ye? hajar kut, jgn terlebih gula.

      Delete
  2. Best..best...bestnya...nak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear, next entry Rabu...kalau internet ok, coz Rabu duduk kat hotel lain pula

      Delete
  3. salam nina..

    E3 yg sungguh menghiburkan..terasa kerseronokannya bila membaca kisah jejak hero Malaya yg hampir kecundang ..mencari sicinta hati yg menghilangkan diri tanpa dapat dijejak ..kehadirannya..seakan akan hidupnya tidak ada warna pelanginya dan hala tuju hidupnya hanya satu..mencari intan yg telah hilang dalam gengaman satu waktu dulu..

    Akak seperti dapat merasakan apa yg Khaalish rasakan every minute of it ...Permaianan yg betul betul menguji minda..dan emosi ...mmg games ini ..very very exciting dan keterujaan bila jawapannya adalah betul..dan betapa rasa tidak puas hati ..patah hati .. rasa kekosongan dan kehilangan bila jawapan nya salah..seperti main hide and seek pulak..antara Khaalish and Naz..tanpa minah Naz mengetahui yg Khaalish bergigih mencarinya...

    Akak just wonder ..apa ek minah itu akan buat bila dia telah ditemui oleh mamat stone aka kasanova yg berperasaan bagus tu..sedangkan hatinya telah menolak sungguh sungguh untuk menjauhi dirinya dan hatinya daripada disakiti lagi..adakah Naz akan terpikat kembali dengan Khaalish..kerana dedikasi dan usaha yg tidak pernah lelah mengejar cintanya sehingga ketempat yg tersorok dapat dijejaki oleh lelaki itu..

    Teruja pulak nak tahu ..bagaimana kasanova yg "bertauliah" ini mahu memikat gadis yg dianggap terlalu sukar untuk dijinakkan kerana akak rasa telah byk skill kasanova yg telah dicubanya tapi hampa..tak berbekas pada minah poyo Naz ..Telah dicuba mengunakan kata kata ala ala romeo nya memikat pada gadis gadis lain yg mana telah jatuh ditangannya tetapi telah direject selamba saja oleh Naz tanpa rasa berdosa ...

    Adakah dia akan meminta pertolongan reham atau mencari digoogle..atau membeli buku " For Dummies..how to make .a Women ...fall in love with U" untuk mencari cara cara utk memikat gadis yg seselamba Naz..

    Akak harap Nina ada E3 lagi dimasa yg terdekat ini ek..teruja akak nak tahu..what happens next..alahai terasa lama pulak nak tunggu hari Rabu ni..so wherever u are Nina..Enjoy yrself..and have fun..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha Ida, I always love yr loooong comments, sungguh berjiwa! hmmm sedih juga, kerja menimbun, working weekends berderet, nampaknya lepas bab 12, KNK updates will be slow. dia kejar habis2an, then mak dia plak kacau daun, oh....

      Delete
  4. Wah xsabar nak tunggu en3 sterusnya.
    Dub dab dub dab bace en3 ni.
    Ouh nina, terasa lame nak tunggu hari rabu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat PMS? hari rabu ni pun rasanya boleh naikkan separuh saja dari bab 12....urgh sibuk!

      Delete
  5. sian u buzy...nak buat camne kan...enjoy ur work/vac...sbb stay tukar2 hotel...hehehe

    bijak sgh si Khaal...nak mesti beriya2 kan...

    so till. ..Wed..cepatler Wed...beriya2 juga nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hope it is more vac than work, but wishful thinking larr he he. ni konon2 nya nak buat kerja tapi internet punya la laju asyik dok baca e-novels ish ish ish. will try to work on KNK Bab 12 for wed (ni yg singa kat ofis tu marah tu...)

      Delete
    2. Nina...lupa nak bagitahu u....

      Somebody mentioned to me that reading PMS is like watching TV...yes..definately I agree with him..especially when Puan Sri Mai kita kantoi ngan hubby nye when she and husna peeping Zahrain and his sis...hehehe

      Delete
  6. Hi Nina. Thanks for this new entry. X sbar nak tahu macam mana Naz ber reaksi bila Khaal jumpa dia nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab reaksi Naz tu, i am trying to make her different from most heroines yg mengamuk cam dtg bulan. i wanna make her be a cool babe :)

      Delete
    2. yup.. suka watak prmpn yg cool & jiwa besi.. hiihi

      Delete
  7. wah...x sabar nak bace bab yg seterusnye...
    buat sye ternanti2 je novel ni..
    but I like this way...
    hahaha...hope penulis dapat cepat sambung...
    ape2 pun..this gonna be fun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so glad that u like it. after pms, sy pun jadi uncertain gitu... cabaran penulis :)

      Delete
  8. Wah...mcm nk belajar geography jugak la. So I can imagine the settings of the next entry. Google here I come...Hehehehe...kesian akak kan..must deal with singa tu. Hope u'll manage to tame the 'singa'. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. abt the singa, seriously i dah give up, lantaklah dia! abt the town, nnt when i put up the next chap, i will try to paste some pics ok, its a cool place :)

      Delete
  9. wonder what is the other city yg bertanda bintang merah itu....and tengah try to pict khaalish's face and his subordinates action masa dia tumbuk meja tu hehe.. how frustrating.. huhu.. kak nina btw.. mcm mana nk beli PMS eh.. sy da bca tp a friend of mine yg punya.. wish to hv a copy with ur signature on it.. hehe.. let me know how can i get it.. thanks kak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. abt the other town tu, its my fave town in laos. bab 12 i bg tau namanya. PMS: i have a few copies, can sign one and pos laju to you. just that wont be back till minggu sekali lagi. then the following wiken pun kerja. ada bbrp readers yg nak pms pun sy blum sempat pos lajukan. email your add to hanina1311@yahoo.com

      Delete
    2. hi sis.. i dah email.. takpe kalau lambat buku tu.. just take ur time.. :)

      Delete
  10. Mcm mana ku boleh miss this entry yesterday? tak boleh jadi camni? hihihi....

    Khaalish dah mcm cicak berak kapur (eh, compatible ker peribahasa ni dgn ayat ni...)... Termangu2 dan terkedu2 sbb tak dpt cari ex-tunang yg kini menjadi pojaan-ati.... Padan muka!

    Sanggup main 20 questions dgn Reham yg separa-sewel-separa-penyair.... Khikhikhi....

    Ok... hari Rabu yg akan ku nanti2kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari rabu boleh naikkan setengah je bab 12 sebab bab ni panjang tak sempat rasanya nak siapkan. btw, syok juga ye tulis citer yg "torture hero" :)

      Delete
  11. hahaha..
    dh jd gila meroyan dh si khaalish ni..
    nasib baik jawab betul klu x...terdera la si khaalish ni...
    buah hati punya pasal..keja tolak tepi..adoii lah
    btl ckp ayah si khaalish ni jgn gelojoh..take ur time khaalish..
    apa reaksi Naz nt agaknya???
    kasi cool..jgn marah2..kasi Khaalish pujuk sweet punya style lh..
    hehe

    smoga outstion bjalan lancar...cayok2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, can u believe it, kali ni dia tak mau gelojoh dan dgn confidentnya dia target nak dapatkan Naz dalam 3 bulan, walawei konfiden giler

      Delete
  12. Best baru rasa thrill hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. am glad u like it. KNK is not like PMS, coming up with a second story is kinda nerve wrecking :)

      Delete
  13. So Sweet Reham but obviously scary!!!!ngeeeee:D
    Khaalis harus takut ngan ancaman Reham tu yer...
    Sape x sayang kawan beb?
    What is going to be NEXT Nina???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo mamat itu pergi carilah apa lagi. terkejut minah tu tp dia maintain cool :)

      Delete
    2. kehkehkeh....
      misti thrill n fun kn....
      x sabar nk tau imaginasi luar alam cik nina nih...
      hahahahahaaa
      Think Out of The Box!!! go! go! Khaalis!!!
      nasib baik die bijak...
      x sia2 jd CEO kn????hihihihi

      Delete
  14. kak, I can feel how khaalish study geography... hahahaha... kesian dekat dia, but this game is full of enjoyment and challenging.. best man always win right.. itu yg khaalish buat. berusaha mendapatkan cinta dia balik... but kak, I miss Naz.. hope she is doing well in laos... awat lh jauh sgt die tu... but Reham punye style sy sgt suka, paling best bila khaalish tanya "Clues, please?” and she reply... “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”.. nk gelak je time ni, fortunately he able to get the answer... TQVM kak for thi nice story...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u like it dear. hmmm KNK is turning out to be sweet huh. seh, bila nak sexy ni....he he mmg la sy penulis terlampau!

      Delete
  15. suka usaha khaal yg bersungguh2. syg kat reham, kawan yg protective & sewel. admire kat naz yg cool... but paling syg nina la coz write this story.. hihii lupa nak tanya, en hubby dah baca PMS? dah tuntut ke? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya tak norana, reham ni betul2 wujud, BFF saya ni! after baca komen u ni, i tanya inche suami dah baca pms ke blum? dia kata dah. saya tanya bila, dia kt baca gitu2. so i asked how? dia jwb teori ok la, tapi praktikalnya tak tau lagi. wa ka ka!! bininya sibuk menyukat tanah sana, sini....sian dia.

      Delete
    2. hahaha.. sian hubby u. tp sure dia understanding habis punya kan, x beriya tuntut lagi & x kisah wifey g sana sini.. nak wat camne, dah nama pun keje... soon become fulltime writer leh dok umah 24jam ye.... kita x de kawan yg sewel coz selalu kita yg kena kata sewel.. hihihi..

      Delete
  16. hehehehe... masak la khaal nak study semua!!! next entry please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rabu dear, surprisingly, tadi siap bab 12, masa tengah ada discussion, sy sibuk menaip citer, org lain ingat ambil nota, wa ka ka

      Delete
    2. i like... 2 in 1, apasalahnye.. hihihihi

      Delete
    3. Wah .. i loike too... superb. Multi tasking gitu.. Singa tak marah ker?

      Delete
  17. xsabau tgu next en3,.hopfuly by the time,brodband sy x expired lg. sng nk on9 keke.
    pe la Naz akn buat kt Reham klu dia tau Reham bg chance kt Khaal tuk cri dia keke,.
    nk tau gk taktik ngorat Khaal keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh broadband expire kena renew. sy punya broadband selalu masuk ayaq (tak bayaq, he he he). Now rumah ada wi fi, lega!

      Delete
  18. he needs to do some serious groveling! lepas tu baru boleh dpt Naz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yes grovelling, thats it. but Naz is going to play it cool so this mamat stalker naik geram and asyik nak provoke dia

      Delete
  19. GOTCHA!!!hahaha!!!! cpt2 nx n3 plz....hehehe...bestt!!!

    ReplyDelete
  20. Kah..kah..kah... akhirnya si Khaalish dapat juga teka dimana si kekasih hati berada. So, Khaalish go and get her before you too late.

    Peluang yg datang haruslah dicapai sebelum ia terlambat, nanti menyesal tak sudah. Go..go.. go.. Khaalish, I fully support you.
    heheheeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaahhh, ada penyokong kuat Khaalish nampaknya! kita tengok nnt lepas Khaal tackle Naz, ada tak reader yg wish that they were in her shoes he he

      Delete
  21. Salam nina...susah juga nak teka dimana dora d explorer tu berada ya. allow me to try to guess of her whereabouts....maybe not too far from Vientianne.
    Maybe Naz ada di Phou Kao Khouay National Bio-Diversity Conservation Area. (haha merapu meraban merepek jer nih).

    ( Khaal will try to make Naz fall for him, so its gonna be sweet (not sexy cam PMS, nnt ramai yg komplen ha ha)
    Nina... I wont complain about it my dear. In fact it will be fun if Naz can be a little bit playful like Una.(i mean lepas kawinlah)shy shy. Ha ha.

    Anyway ... u urself dah mcm Naz juga ya...moved from one place to anor. Best jugak kan. :D :D :D


    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha where did u get the name of the place? tulah i wanna make KNK sexy too but i suppose my sexy creative juice has dried up. kdg2 rasa cam KNK ni somber, kdg2 rasa cam sweet. but seteguh fayqa will be strong and sexy he he. ya, it has been tiring this travelling tp seronok tengok tempat org. next wed, u will know where Naz is and I will put up pics too, its a surprisingly charming place in the middle of nowhere

      Delete
  22. dear Hanina pleaseeeeeee publish dis story soonest possible.. :) btw akak suka banget sama PMS.. :):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rabu ok dear? TQ for liking my writing

      Delete
  23. Wow i like this entry so much! Suspens! Mcm main puzzle hmmm hehe Khaalish is fall in love with Naz damn much haha NINAAAA cepat sambunggggg purhleaseee hehe

    ReplyDelete
  24. Akhirnya dapat jugak Khal teka tempat yang Naz pergi setelah berpenat lelah sakit otak menjelajah peta dunia...hehehehe XD

    ReplyDelete
  25. Terbaek! PMS koleksi novel ke 2 yg plg i suka dn bole bc berulang Kali :-)

    ReplyDelete
  26. Nina,

    I nak booked buku ni awal2....

    ReplyDelete
  27. I LURRRVVVVE DIS BAB PUNYA KOMENS!!!!!menceriakan mlm i...kahkahkah KNK is 'bitter-sweet' cik nina. s i read on...i culd actually feel the bitterness dat naz had to go thru (whatever it is u hve in store 4 us readers) d torment (ye ke?? waakaakaakaa) dat khal has 2 go thru to find and finally get his naz, mcm pembalasan tuk die ler buat naz cam tu...sweet comes in side-kick2 reham, mak long, tan sri daddy, etcetra, etcetra n of course the ending kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  28. pergh...berjaya dia cari lokasi Naz..tp bila dia g sna blm tentu naz nak layan

    ReplyDelete