Monday, 3 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 7


yoo hoo Norana & Kak Fadz!

Ini ha Bab 7 a.k.a bab cincin masuk cawan kopi. Panjang juga tahu bab ini, so kalau ada juga yg kata pendek, tunggulah Bab 8 & 9.

Minggu depan rasanya lambat saya naikkan bab baru, sebab untuk bab ini saya perlu buat research sikit di Putrajaya, kena pergi kira berapa jambatan ada di sana he he, serious though. Dan lepas 13hb baru saya boleh ke sana. So sabar ye..

Bab 7

Seronok betul Naz malam itu. Selepas dua tahun tidak bertemu saudara maranya, malam ini mereka semua berkumpul di rumah ibu bapanya. Nasib baik dia sempat pulang sehari sebelum kenduri kesyukuran bapanya. Kalau ikutkan Reham, dia masih hendak lepak lagi di Melbourne. Dia dan Hamza bagai sudah kena lekat dengan gam gajah.

“Dora, apasallah kau ni tak balik-balik? Perkara yang lepas tu biarlah lepas. Dah empat tahun pun,” leter Mak Longnya, separa berbisik.

“Ish, Mak Long, benda dah lama, Dora pun dah tak fikir lagi dah.”

“Habis tu yang kau tak balik-balik, kenapa? Takkan tak ada kerja yang kau boleh cari di Malaysia? Kerja dengan Papa kau pun boleh.”

“Eeeee, bagi gaji tiga puluh ribu pun aku tak nak kerja dengan Papa!” getus Naz dalam hati.

“Seronok tengok dunia, Mak Long,” itu yang dijawabnya.

“Dora, tak baiklah anak dara merayau-rayau serata dunia. Dalam Islam pun kena ada muhrim, atau dalam kumpulan wanita yang solehah, kan?'

“Mak Long, jangan risau, pandailah Dora jaga diri. Siang Dora pergi kerja, malam Dora duduk kat rumah saja,” jawab Naz, lembut.

Sikit pun dia tidak berkecil hati dengan leteran Mak Longnya sebab dia tahu Mak Longnya berleter sebab sayangkan dia. Mak bapa dia sendiri pula yang tak pernah kisah, dia pergi belajar ke, dia pergi bekerja ke. Ada, tak apa, tak ada pun tak kisah!

“Ni, berapa hari pula kau balik Dora?”

“Lusa Dora bertolak, Mak Long.”

“Ya Allah, bertuah punya anak sedara. Habis tu sempat tak nak pergi rumah Mak Long?”

“InsyaAllah, Mak Long, sampailah Dora nanti.”

“Kau, jangan insyaAllah, insyaAllah saja Dora. Kalau kau tak datang, jagalah engkau,” gertak Mak Longnya.

Terburai ketawa Dora, sambil mencium pipi ibu saudaranya kiri, kanan, dia berjanji, “Yelah, Mak Long, Dora janji, esok Dora pergi. Mak Long nak masak apa?”

“Memang kau ni bertuah betul, Dora. Bukan kau nak masakkan untuk Mak Long, buli Mak Long yang tua ni pula, suruh masak untuk kau.”

“Kalau Mak Long nak Dora masak, Dora masak couscous. Mak Long makan?”

“Masak kukus? Kukus apa?”

Terburai tawa Dora, tangan Mak Longnya dicium. Abang sepupunya, Mahdi sudah lama menunggu ibunya, sudah mahu pulang.

“Nutter,” panggil Reham, “your brother said that your parents are looking for you.

Naz yang sedang melambai Mak Long menoleh ke arah Reham.

They are under the canopy,” jelas Reham.

“Kenapa pula cari aku?” tertanya-tanya Naz dibuatnya.

Sambil melangkah ke arah khemah dengan Reham, Naz tertawa kecil. Orang lain kalau mak bapa cari, sikit pun tak hairan. Aku ni, kalau mak bapa cari, bukan kata hairan, terkejut lagi ada.

“Ha! Tu pun Dora,” kedengaran suara ibunya.

Tadi baru saja sebut pasal terkejut, sekarang melihat lelaki yang sedang duduk di meja bersama-sama ibu bapa serta kakaknya, terkejut besar Naz!! Terdiam dia, tak terkata apa. Kakinya pun kaku, tidak lagi boleh melangkah.

Hey, Khaalish! Fancy meeting you here. Nuts didn't tell me that she invited you,” Reham seperti biasa, dengan sifat mesra-alamnya, menyapa Khaalish.

Giliran ibu, bapa dan kakak Naz pula jadi terkejut, “Sejak bila pula Dora berkawan dengan bekas tunang olok-oloknya? Balik Malaysia pun baru dua kali dalam empat tahun. Di mana pula mereka berjumpa? Dahlah anak Tan Sri ni datang makan kenduri pun orang semua terkejut.”

Melihat muka ahli keluarga Naz yang terlopong, terkejut; melihat muka Naz yang macam toreh tak berdarah; melihat muka Khaalish yang tidak selesa, Reham tersedar yang something is going on. Something big! Dia tak tahu apa something ini, tapi tak apa, kejap lagi boleh korek dari Naz.

You know what, Nutter? I think I will go get myself some laksa. Couldn't get enough of that yummy stuff,” reti pula Reham kelentong, biarlah something big ini diselesaikan oleh Naz sekeluarga. Berdesup dia menghilangkan diri.

“Dora tak bagi tau Papa yang Dora jemput Khaalish,” lembut suara Dato' Nazari, mula mengorek.

“Bukan Naz ...err Dora yang menjemput saya, Uncle. Daddy yang minta saya wakilkan dia,” Khaalish tolong jawabkan. Gadis misterinya sudah kaku macam patung cendana.

“Ha, Dora, apasal tercegat di situ? Mari sini, duduk dengan Khaalish. Dah lama tak berjumpakan?” arah Dato' Nazari.

Dalam hatinya, kalau boleh Naz nak lari ke KLIA jam-jam ini juga. Geram dia dengan Papanya, boleh dia tak kisah maruah anak perempuannya diinjak-injak orang begitu saja. Geram juga dengan Khaalish, sebab dialah orang yang menginjak-injak maruahnya.

“Derang ingat apa? Aku masih bodoh dan takut macam dulu?” selepas terkejut, tercetus rasa marah di dada Naz.

Perlahan-lahan dia mendekati meja itu dan melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Khaalish.

“Uncle dan Auntie tak sangka Khaalish sudi datang ke kenduri kami, kenduri kecil saja,” Dato' Nazari mula berbasa-basi. Di bawah meja, kakinya menguis kaki Naz, sebagai isyarat supaya Naz ikut sama berbual.

“Terima kasih jemput keluarga kami, Uncle,” pendek jawapan Khaalish.

Kemudian bapa Naz sibuk bertanyakan khabar ibu bapa Khaalish, khabar perniagaan mereka dan segala macam khabar lagi ditanya. Semuanya dijawab Khaalish penuh sopan tapi pendek. Ibu dan kakak Naz, Yani, hanya tumpang mendengar. Apa yang boleh disembangkan dengan bekas tunang Dora? Bukan pernah berjumpa dengannya pun sebelum ini.

Akhirnya, Dato' Nazari pun sudah kehabisan modal. Takkan nak ditanya khabar pemandu dan pembantu rumah Tan Sri Kamaruzzaman pula.

“Khaalish duduklah berbual dengan Dora ye. Uncle dan Auntie nak tengokkan tetamu-tetamu lain. Yani, bawakan sehidang nasi untuk Khaalish.”

Apabila ahli keluarga Naz bangun untuk beredar, Khaalish dengan penuh hormat bangun juga. Berderau darah Naz melihat pakaian Khaalish. Berbaju Melayu ungu cair, bersampin songket benang emas ungu sedikit pekat. Macam nak pergi bernikah! Berdegup-degup jantung Naz! Dulu dia pernah berangan-angan mamat ini berjabat tangan dengan Tok Kadhi untuk menikahinya.

“Astaga, Nazrahani! Bukan dia datang nak bernikah dengan kau. Yang kau perasan lebih tu mengapa,” Naz mengingatkan dirinya. Cukuplah sekali dia pernah hilang akal dek kerana jejaka ini.

“Zaim Khaalish berbaju kasual aku boleh tahan lagi, tapi dengan baju Melayu, fuuhhh, habis aku .... habis! Habis! Siapalah suruh dia datang pakai baju Melayu siap bersampin songket bagai.....Ini yang aku lemah ni!” Terimbau kembali semua angan-angannya dahulu hendak naik pelamin dengan Zaim Khaalish, berkasih sayang dengan Zaim Khaalish, menimang anak dengan Zaim Khaalish. Zaim Khaalish! Zaim Khaalish! Zaim Khaalish!

“Calm down, Naz! Take a deep breath. He's your past, he's your past, he's your past,” berulang-ulang Naz mengucapkan kalimah itu. Bimbang jika muncul pula angan baru, angan agar Zaim Khaalish menjadi “future”nya!

Selepas ahli keluarga Naz beredar, Khaalish duduk semula. Kedua-duanya diam membisu. Tiada lagi sembang panjang macam di Ubud. Naz sendiri tak ada hati hendak berbual apa-apa dengan Khaalish. Sangkanya, perpisahan di lapangan terbang Ngurah Rai adalah kali terakhir mereka bertemu. Malam ini dia datang nak cari apa?

Pelayan datang membawa sedulang hidangan. Khaalish makan, Naz pandang ke lain. Sedikit sahaja nasi yang dijamah Khaalish, jamah buat ambil syarat. Makan bukan agenda utama dia ke sini.

Usai makan nasi, pinggan mangkuk dikemaskan oleh pelayan-pelayan. Kakak Naz, Yani, datang menghantar dua cawan kopi dan sepinggan kuih muih. Naz dan Khaalish masih lagi belum membuka mulut. Sambil meletakkan cawan-cawan dan pinggan kuih ke atas meja, direnung Yani muka mereka berdua bergilir-gilir. Pelik! Takkan nak duduk saja di meja ni tak kata apa-apa? Perlahan-lahan Yani beredar dari meja itu.

Kopi yang terhidang dihirup Khaalish. Tidak seenak kopi di Ubud. Suasananya pun tidak sesantai seperti di Ubud. Kali ini mereka berjumpa bukan sebagai teman yang bertemu dalam perjalanan tapi sebagai bekas tunang olok-olok. Khaalish sedar dia sepatutnya meminta maaf daripada Naz. Tapi mahukah Naz menerima maafnya? Dia teringat novel-novel Naz yang dibaca, terutamanya novel pertama Naz yang penuh dengan duka. Dia pasti novel pertama Naz ditulis berdasarkan pengalamannya empat tahun dulu. Dikeluarkannya cincin tunang mereka dari poket baju Melayunya, berhati-hati diletakkannya di hadapan Naz.

Buat seketika Naz merenung cincin itu, cincin yang sudah empat tahun diusungnya ke mana-mana dia pergi. Dihulurkan tangannya, diambil cincin itu dan diletakkan di hadapan bekas tunang olok-oloknya.

We can do this all night,” cubaan Khaalish untuk meredakan susana tegang di antara mereka.

Naz masih lagi diam membatu.

Khaalish mengambil cincin itu dan diletakkan semula di hadapan Naz, tanpa menyedari aksi mereka tolak menolak cincin diperhatikan dengan penuh minat oleh seisi keluarga Naz serta Reham. Mereka semua berdebar-debar, apa yang akan berlaku? Nasib baik tetamu-tetamu sudah ramai yang pulang. Jika tidak tentu mereka hairan kenapa keluarga Dato' Nazari memerhatikan pasangan di bawah khemah itu macam rakyat Malaysia menyaksikan pertandingan badminton antara Malaysia dan Indonesia.

“Dora?”

“Ya, Dora the Explorer. Sesuai sangatkan?” Sambil menjawab, cincin diletakkan di hadapan Khaalish.

Lega hati Khaalish mendengar suara Naz, sekurang-kurangnya masih ada harapan. Harapan apa?

“Tak, lebih sesuai nama Naz. Dora nama gadis muda yang comel. Naz nama seorang wanita yang sophisticated and educated,” cincin diletakkan kembali di hadapan Naz.

“Waaaah! Smooth talker sudah mariiiii,” dengus Naz dalam hati. Rasa macam nak diambil cincin yang entah berapa puluh ribu harganya dan disumbat ke dalam mulut smooth talker di hadapannya.

Dengan kepalanya yang sudah tidak boleh berfikir, diambilnya cincin mahal itu dan dicampakkan ke dalam cawan kopi Khaalish. Plop! bunyinya.

Terburai ketawa Khaalish, terbahak-bahak dia ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahunya. Makinlah memuncak rasa ingin tahu penonton-penonton pertandingan badmintan Malaysia lawan Indonesia di laman rumah Dato' Nazari. Apa yang diketawakan si anak jutawan tu? Tanpa disedari, mereka semua mengambil satu langkah ke hadapan.

“Marah saya sampai begitu sekali? Nak saya mati tercekik minum kopi yang ada cincin berlian?” tanya Khaalish dengan ketawa yang bersisa. Bila kali terakhir ada perempuan yang buat aku ketawa kuat sebegini? Naz, kau comel sangatlah!

Marah? Naz mula bermuhasabah diri. Bukankah aku kata aku sudah lepaskan perasaan marah, duka, kecewa ini. Tidak mahu lagi mengusung perasaan-perasaan negatif itu sepanjang hidup. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan bertemu Zaim Khaalish Kamaruzzaman lagi. Maka, dia tidak pernah terfikir apakah yang patut dia buat jika dia berjumpa dengan lelaki ini. Tapi kalau betul aku nak mulakan hidup yang baru, hidup yang bermakna, hidup yang positif dan penuh dengan perkara-perkara yang indah belaka, aku tak patut ada rasa marah kat dia! Tak patut! Tapi rasa marah tu tetap ada, Naz akui. So, macam mana?

“Awak nak apa datang ke rumah bapa saya?”

“Awak fikir?”

“Baru saja tadi kata tak mau marah, tapi dengan jawapan macam puaka ni, mana tak membara hati aku. Elok-elok aku tanya, dia tak jawab. Habis apa yang kau naaaaak?!!” bisik hati Naz, sudah mula menggelegak.

“Takkanlah saya datang cari bapa atau mak awak.”

“Oh! Awak datang cari nenek saya ye?” perli Naz, walhal neneknya sudah lama meninggal dunia.

Reda tawa kecil Khaalish, dia berterus terang, “Saya cari awak.”

“Buat apa?”

“Saya hendak minta maaf.”

“Sebab.....?”

Oh, she's not making this easy for me. Well, dia pun ada hak, teruk sungguh apa yang dia lalui. Nasib baik dia campak cincin ke dalam cawan kopi, kalau perempuan lain, agaknya aku kena simbah dengan kopi panas ni.

“Apa yang berlaku empat tahun dulu,” pendek saja jawapan Khaalish.

Okay, you're forgiven,” laju sahaja kata-kata maaf keluar dari mulut Naz.

Aik! Macam tu saja? Bunyi pun macam tak ikhlas! Habis aku nak kata apa, fikir Khaalish.

Can we be friends?

Saat itu jugalah, Naz buat keputusan yang dia nak tulis novel yang ada kisah putus tunang dan dia nak tulis terang-terang dalam novel itu bahawa lelaki yang memutuskan tali pertunangan dengan seorang perempuan tidak boleh “be friends” dengan perempuan tersebut. Walawei! Apa kejadahnya nak “be friends”?

“Saya rasa tak perlulah. Saya pun bukan nak duduk di Malaysia. Habis, takkan kita nak jadi sahabat pena pula?”

Sekali lagi Khaalish ketawa terbahak-bahak. How did I let this gem of a lady slip through my fingers?

“Naz, awak ni comel, lucu, menghiburkan hati. Rugi kalau saya tak jadi kawan awak.”

“Oh, tak jadi kawan, rugi. Tak jadi tunang?!!” gerutu Naz dalam hati.

“Eleh, kalau nak benda yang comel, lucu dan menghiburkan, pergilah bela ikan lumba-lumba seekor,” tembak Naz, disambut dengan tawa terburai Khaalish.

Reda ketawa Khaalish, Naz menyambung, “Bukan kes rugi tak rugi, cuma saya rasa peluang untuk kita berjumpa lagi tu tak ada.”

“Awak cakaplah awak kerja di mana, nanti saya pergi jenguk. Asia Tenggara sajakan?” tidak jerih-jerih Khaalish cuba memancing maklumat.

Eh, tak hingin aku nak kau datang melawat-lawat aku. Biarlah aku hidup aman-aman, dengus Naz dalam hati.

Seriously, Khaalish, macam mana kita tak serasi sebagai tunang, macam tulah kita tak serasi sebagai kawan,” Naz cuba bertegas.

“Siapa kata kita tak serasi sebagai kawan?” Khaalish mencabar.

“Siapa kata kita tak serasi sebagai tunang?” yang ini cuma dalam hatinya.

“Saya kata,” Naz bertegas.

“Awak belum kenal saya lagi.”

“Oho ho, believe me, Encik Zaim Khaalish. Dalam empat tahun ni, saya cukup “kenal” dengan awak,” kilas Naz sambil melempar pandangan yang sinis kepada bekas tunang olok-oloknya.

Ouch! Straight forwardnya dia. Memang aku yang bersalah, Khaalish akui.

“Tak boleh beri saya peluang lagi?” lembut permintaan Khaalish.

Apabila Naz diam tidak menjawab, dia menjawab soalannya sendiri, “Awak nak kata I missed the boat four years ago, kan? Awak tak terfikir ke Naz? Empat tahun dulu, kita bukan macam diri kita sekarang. Kita yang masa itu memang tak serasi. Tapi kita sekarang lebih dari serasi, kan?”

“Serasi sebagai apa?” fikir Naz, “sebagai kawan ke, sebagai tunang? Ha! Inilah masalahnya. Aku ni senang perasan. Dia fikir kawan, aku fikir tunang!”

70 comments:

  1. Wah wah! Bestnya.... NAZ & KHAAL gaduh2 manja. So sweet. Dari gaya gaduhnya ni macam serasi bersama je. Ewah... Suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serashi bersama, bak kata radio hot fm, fifi suker, fifi suker :)

      Delete
  2. tq tq nina... comment dulu bru nak bca ni... teruja sungguh... sygggg nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best la nina.. suka sgt n3 ni... smpi t'ikut2 khall ketawa.. haha.. & at the same time dlm perut rasa ada rama2 terbang... ermmm..

      Delete
    2. ooo rama2 terbang dlm perut. Ini yr copyright ke or may i use it in this book LOL!

      Delete
    3. silalah guna lau sudi... hihi

      Delete
  3. Wah... Cute nyer gaduh...lama tu nak tgu next n3... takpe2 sabor menanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan, waaah lamanya saya tak gaduh cute2 cenggini dgn en suami. Gaduh kaw-kaw adalah! wa ka ka

      Delete
  4. Marah betul Naz pada Khaalish...#^_^
    Marah-marah sayang.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la kita tengok apa khaalish buat sampai naz nak balik kat dia jeng jeng jeng

      Delete
  5. Hmmm.... run Naz run.... or else u'll be haunted by Khaalish forever.....

    If u can't run, I would suggest that you torture him for the next 4 years b4 letting yourself fall head over heels for him.... Hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie Agony, I like your idea very much :)

      Delete
    2. wah Auntie, suma org like yr idea, ha ha. seksa sampai 4 thn hu hu hu, sadis, sadis :) Tapi Auntie, Khaalish is a go-getter!! He will really go after her!! He will not let Naz make him wait for 4 yrs, so how? And Naz? Yep, run, she did!

      Delete
    3. pls proceed with the original idea ye puan nina... sound thrill & sweet.

      Delete
  6. hmmm jap nak pk nak terima khal ke nak jauhi ?? tak tau cerita yg menjadi tunang olok2 atas sbb apa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kat bab 10 ada citer sikit kenapa, then thru out the story, citernya become clearer and clearer, kununnya berlapis2 la citernya nih :)
      terima atau jauhi? not Naz's decision to make, Khaalish has made his mind!

      Delete
  7. Ada 8 jambatan kat putrajaya tak termasuk jambatan Tak termasuk jambatan gantung utk landasan monorail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info ni kat internet eh? Ha ha you write it as if you work with Perbadanan Putrajaya! Or perhaps you have done the crazy things that Reham and Naz are about to do :)

      Delete
    2. Oh, Triana, lupa nak kata thanks :)

      Delete
  8. haha jambatan gantung yg tunggu penduduk putrajaya jadi mcm KL.lol. Cant wait for next ! Naz tu nak lg tu kat Khaalish. and Khaalish loves to play mouse and cat lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam i cakap kat Norana, Khaalish cari Naz sampai ke Lubang...he he

      Delete
    2. KNK buat kita bljr geografi semula... hihi..

      Delete
  9. rasa comel pulak bila minah dan mamat ni berjumpa ..akak suka part cincin ..mmg kelakar giler..dan d word coming out from both of them mmg best.. giler..ada unsur sinis dan sindiran yg cukup tajam anatara mereka..tanpa disedari oleh keluarga NaZ..
    Akak like idea Auntie Agony to..oh..why not..make him suffer d way he made you suffer all this while.. ignore him..for sure he will try his very best to lure you back..as he never been turn down or ignored by any girls before..so you hurts his ego..girl..
    Thanks for d E3 Hanina..mmg kami tertunggu citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg Naz tak nak sungguh2 kat dia, so now mmg Khaal kena work hard and work smart to get her....PMS, jenuh Una kejar Mr Z, KNK ni pula terbalik the guy y g kejar the girl :)

      Delete
    2. like d idea 'kejar mengejar' sweettt...

      Delete
  10. Nina - make Khaal globe-trotting chasing Naz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...Nina,bagi la Naz menghindar jauh jauh dari Khaal, pastu biar Khaal buat overtime sikit mencari cari di mana Naz.Biar Khaal betul-betul terhegeh-hegeh tahap cipan,baru Naz layan.

      Delete
    2. cik puteh, main kejar2 kat asia tenggara je :)

      eh! puan hamidahmawar...lama tak nampak! Khaal sampai kena buat research ttg pergolakan politik asia tenggara untuk cari Naz he he

      Delete
    3. Ya la Nina, akak sibuk sb anak2 nak exam,UPSR dan PMR, tak sempat nak bukak blog, apatah lagi nak komen, sekali bukak dah bab 7.bestnya.

      Delete
  11. jual mahal lagi Naz... benci tp suka hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm lagu dolu2, benci tp rindu keh keh keh

      Delete
  12. dear nina,

    - ha..ha..ha..si khalish ni memang muka tembok..tebalnya muka dia..selamba aje...(akak suka laaa)
    - alaaa si naz jangan la jual mahal...karang terlepas pulak..
    - kasih yang pudar akan terjalin semula....
    - to nina, thank you sooo much ...up date lagi yea...
    - hari-hari akak buka, nina punya blog ni...
    - terus kan berkarya.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak, kak fadz, muka tembok pun muka tembok lah....
      Auntie Agony suruh torture 4 tahun, u pulak kata jgn jual mahal....hmmm...
      ekceli, derang tak sempat berkasih apa pun kak fadz...

      Delete
    2. o'oo.. apakah makna 'x sempat berkasih'?

      Delete
  13. Waaaaaaaa best giler......suka Sangat!!! Ohsem! Nk lagiiii

    ReplyDelete
  14. Nina dear,

    Suka sgt dgn badminton match Khaal dgn Naz sampai cincin masuk dlm cawan kopi.

    Khaal nak jd kawan but Naz nak lebih dari kawan a.k.a tunang. So, Khaal straight foward cakap kat Naz you nak bertunang betul-2 dgn dia. Habis cite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. has! kalau habis cite tak de lah e-novel. mana boleh citer pendek cenggitu. citer ni kena ada kelok sana kelok sini, bagi berdebar2 sikit. he he you ni... :)
      tapi naz kenalah berhati2 sebab 4 tahun dulu camna khaal buat dono je kat dia kan, nnt accept dibuatnya khaal buat hal lagi? she has to protect her heart

      Delete
  15. Best x sbr nak tunggu apa khaal nak buat utk tawan hati naz balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu yg thrillnya, pas tu dah dapat dtg pulak....

      Delete
  16. this is why i hate to read e-novel from my fav author! can't wait patiently for the next entry...and the next...and the next. huwaaa! good luck dalam mission nak kira bridges tu ya. ai ni dah berpuluh kali ke putrajaya tu masih selalu sesat. pfttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seh i part time writer maahhh, tulis pun curi2 :) hmmm menjadi tak scenes kat bridges tu nanti? kena cuba dulu...

      Delete
    2. Tumpang lalu........heeee...iklan kejap yer Nina
      Ehh Cik Farah lah....hoho i loike ur boook tau esp The untold story.....
      Ok...iklan habis.........
      ///////////////////////
      Hmmm best la tgk writer follow the other writer.....
      If i jd writer u ols follow me ehhhh....hmmm berangan kijap......
      I will follow u.......cam Digi punya song tu....heeeee
      Sory yer all frend i merapu tak tentu psl....tgh borink tahap Incredible Hulk ni....

      Delete
    3. I know Cik Farah is a writer too but the genre is different, non? Edgy gitu

      Delete
  17. Replies
    1. klu siap, i upload chap 8 dulu but its short, chap 9 plak terlebih2 panjang, bukan pandai menulis sangat

      Delete
  18. wow!!! can't wait for the next entry... cpt la kak nina kira the brigdes tu... huwaaa... lama nak tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nak tunggu idea psl bridge tu he he

      Delete
  19. Hi Nina!

    Again, I was imagining Jordan Addison Matthew Townsende in Judith Mcnaught's Something Wonderful -- his cunning way of getting Alexandra to fall in love with him only to find out that he was the one who fell head over heels for her - when I read Khaalish & Naz conversation *hehe.. if you ever read her book, that's it. I bet you did :)*

    Another good writing, I'm counting on it :)

    Happy writing wonderful stories, wonderfully; wonderful lady! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nowadays cume baca novel melayu je, patriotik kan...entah skrg br rasa relevan :) dulu2 baca julia quinn (do try her) dolu3 baca jude deveraux. McNaught ada baca satu kut. wah tq for the wonderful lady wish :)

      Delete
  20. ahahahhaha...syok3!!!!tapi terpaksa lah bersabar tunggu n3 baru lagi kan sbb nina sibuk kan huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk tp buat2 tak sibuk. pastu asyik nyorok dar bos, inilah strategi sy LOL

      Delete
  21. yada-yadaaaaaaaa! bestnyaaa ninaa! ihik! sambung lagi yopp! :D debaboom entry kali ni!

    nota kaki : biar je si naz tu jual mahal lama-lama. muahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia lari patu khaal kejar, abis dia dah tak boleh lari... x lama sangatlah naz jual mahal.. x sampai setahun pun, ok tak? :)

      Delete
  22. aiii?!dah ada...alahai lama jugak nak tunggu 13hb, pastu kira bridge lagi hmmm tebal jugak muka si khal ye, jenguk kenduri dato' naz...hmm rase nye dora nak lari lah ni...hmmm do i sound down to you???? mcm nak lari je mcm dora.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoora i tried to email u to lend u my shoulders but it bounced...sooo sorry

      Delete
  23. nina... lama nye lg nak n3 baru.. kawan2 sapa2 yg kat putrajaya tu tlg la kirakan bridge tu... cpt sikit nina leh update n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada triana kata ada lapan. esok ada big mtg, rerama dalam perut. ptg esok baru boleh nulis kut.

      Delete
    2. Nina, I dh emailed to u siap dgn Nama lg. dpt x?

      Delete
    3. eh! tak dapat pun! check dalam spam pun tak de

      Delete
  24. Hai...hai.....
    Sia jerr yg terlmbt baca dis new n3...sigh...
    Wah papun mmg terbaik la c Naz...sokong Naz! Kasi keras hati tau jgn mudah terima
    C smooth talker...rasakan pemblsan, ceh over pulak!!!
    Samalah i sma c Naz ni aka Dora2, cpt jer perasan tp skrg not anymore yerrr...
    Ego dah melambung tinggi..heeeee...jia you! jia you! Naz....
    Errkkk mdm writer kena kira bridge ehhhh??? Hmm cian u kan,klu i kat KL jam2 ni (pinjam ayat) jg
    I pigi Putrajaya kira jmbtn utk u, so cpt dpt N3 baru heeee....tgh semangat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, trying to finish this story in less than 6 months boleh ke? skrg dah nak dekat sampai 100 ms, so dah 1/4 tu, bila sampai kat 3/4 tu yg mencabar! oh oh Renn, sy nak cuba tulis sesuatu yg tak cliche jg (ramai yg kata pms tak cliche) so Naz ni dia embrace forgiveness, meaning cepat ke dia maafkan Khaal. Then Khaal ni pun macam bawang ada lapis2 nya. Apa yg dia sorok? he he he

      Delete
  25. You can do it Nina!!!!! Jia you! jia you! hmmm....
    but to finish this in less than 6 months not easy to do i guess...unless ur idea melimpah ruah utk ditulis than it easy lorr kan...hmm but if i'm the writer mayb i struggle jg nak tulis ni, mana nak puaskan hati pembaca and mana nak ikut idea cerita sendiri ....tp klu soal cliche,KNK pun tak Kot sma la cam Pms....so dun worry la eh...
    Ok back to Knk story,klu i la tak pyh kasi forgiveness c Khaal tu cpt2, biar Naz main tarik tali dgn dia dlu baru c smooth talker rasa penangan c Dora2...lgpun masih bnyk rahsia yg terselindung ni..but its good so taklah cerita habis cpt...biar reader rasa thrilll membaca smpai last page story..the end ... eh dah ada title ker nina or u want to keep this Knk as a title?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bab tulis novel me, believe me when i say nak pilih tajuk yg paling susah. ada readers yg suruh pakai je KNK, ada yg kata tak commercial. So the option is still open.
      ha ha nak kata melimpah ruah tidak lerr...dah la masa tak da nak taip2 lagi. but will try lorr. jia yu! jia yu! dalam pada tu syaitan pula berbisik suruh buat citer baru, yg tajuk seteguh fayqa tu, kita asyik fikir pasal KNK, idea untuk Seteguh Fayqa pula yg mencurah2 seh!! Hero (or anti heronya Dzariff yg square ala-ala Ketua Pengawas tu asyik nak marahkan Fayqa tapi dalam pada tu dia pulak nak naughty2 dgn the gal. Talk about sending mixed signals wa ka ka!

      Delete
    2. tak bley tdo mlm ni so nak reply Renn banyak2 :) Naz ni kununnya tak nak dibelenggu amarah, sedia nak maafkan Khaal (Bab 7 pun dia dah maafkan kan?) Tapi Khaal lebih suka the fiery Naz drpd Naz yg neutral cool kat dier. So Khaal ni tak habis2 la provoke Naz yg kunun2 nya nak move on to :)

      Delete
  26. tq so much Nina cos spent a time to reply my comment.
    wah u hv new idea for coming novel oledi? can't wait read that story, sound really interesting ...Tulis jer selagi idea tu dtg nnt klu dah idea tu hilang nnt susah nak rangka cerita lg...
    Apapun jenis crita yg Nina tulis we all will always support u..
    So Gud Luck for the new story yerr!!!

    ReplyDelete
  27. awwwwwwwwwwwwwwww~~~

    dora the explorerrr~
    they're so darn cute together~!!!!

    can't wait for the next chapter~!!
    *golek..golek..golekk

    ReplyDelete
  28. time Naz plak nk jual mahal...

    ReplyDelete