Thursday, 6 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 8


serius tak boleh tidur, weh! walhal esok mtg pkl 8.30!! arrghh!

dah mati kutu tatau nak buat apa, saya naikkan KNK Bab 8

wish me luck for tomorrow



Bab 8

Pagi esoknya, walau pun rasa letih, mana dengan baru sampai dari Melbourne, dengan kenduri semalam, Naz gagahkan diri untuk bangun awal. Inilah satu hari yang ada untuk bawa Reham jalan-jalan tengok Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. Siapa suruh dia melencong ke Melbourne? Kalau tidak ke Melbourne, tentu ada banyak hari untuk jalan-jalan di Malaysia. Humph! Ini kes love above all!

Usai dia dan Reham bersiap, mereka turun ke tingkat bawah. Sampai di ruang makan, hampir terjojol mata Naz! Encik Zaim Khaalish sedang elok sahaja bersarapan dengan keluarganya. Wah! Lagaknya bagai bakal menantu mithali!

Morning, Naz, Reham,” ucap jejaka kacak itu dengan senyum manis.

Morning, Khaal. You are becoming like a jack-in-the-box,” usik Reham.

“Haah, you keep popping out everywhere,” selamba badak Naz mengutuk Khaalish. Dato' Nazari sudah membeliakkan matanya, amaran pertamalah tu.

Bukannya marah, malah semakin lebar senyuman jejaka idaman Malaya itu.

“Eeeeee! Manisnya senyuman dia! Ini yang aku tak tahan ni” fikir Naz. Dari ekor matanya Naz memandang jejaka yang masih lagi tersenyum meleret itu. Berseluar jeans dan berkemeja putih sudah cukup buat Zaim Khaalish Kamaruzzaman kelihatan bagai seorang model.

“Tak kerja hari ni?” tanya Naz, nada suaranya sengaja dibuat-buat serius.

“Saya ambil cuti sebab nak bawa awak dan Reham jalan-jalan,” jawab si jejaka kacak.

“Susah-susah saja Khaalish ni,” Dato' Nazari sudah mula berbasa-basi sambil tersenyum meleret-leret.

“Oh oh! Papa sudah mula hendak bodek anak jutawan ni, baik aku belah!” fikir Naz.

“Mama, Papa, kami pergi dulu,” cepat-cepat dia minta diri.

“Eh, tak sarapan? Khaalish tak habis sarapan pun lagi,” Mamanya menyanggah.

Go ahead and enjoy your breakfast, Encik Khaalish. Let's go, Reham,” Naz melangkah pergi tanpa bersalam dengan ibu bapanya.

“Dora tu, tak habis-habis perangai macam budak-budak,” komplen Dato' Nazari, sedikit termalu di hadapan Khaalish.

Sarapan pagi yang belum habis ditinggalkan, Khaalish bangun dan cepat-cepat meminta diri.
Melihat pemuda itu terkocoh-kocoh mengejar anak daranya, Dato' Nazari tersenyum lebar.

Tiba di pintu depan rumah Dato' Nazari, Khaalish lihat Naz dan Reham sedang memasukkan barang-barang mereka ke dalam sebuah kereta Proton Wira.

“Naz, tunggu!”

Gadis itu berpaling seketika ke arah Khaalish dan dengan selamba terus masuk ke dalam kereta itu. Tergesa-gesa Khaalish memakai kasut dan berjalan laju ke arah kereta Proton Wira itu.

“Naz, Reham, let me drive you around today,” kata Khaalish sedikit merayu, tangannya memegang pintu kereta yang masih terbuka.

Sambil menghidupkan enjin kereta, Naz memuncungkan bibirnya ke arah kereta mewah Khaalish, “Naik kereta tu? It's too fancy for our destination.”

“Biar saya drivekan kereta ini untuk awak,” Khaalish mencuba lagi.

“Hmm, seronok juga tengok anak jutawan naik kereta Wira buruk,” fikir Naz nakal.

“Nak naik, kat belakang,” jawabnya.

“Huh?” Khaalish menggaru-garu kepalanya.

“Tak nak naik, suuuuudah,” Naz sudah jual mahal. Gear Wira dimasukkan ke gear undur.

Tiada masa lagi untuk berfikir, Khaalish terjerit kecil, “Kejap, kejap.”

Pintu belakang Wira dibuka dan dia melompat masuk. Belum sampai sesaat bontotnya mencecah kerusi belakang Wira itu, laju kereta itu mengundur ke belakang.

Wheeeee!” jerit Reham, “fasten your seltbelt Khaalish, the demon is driving!

Laju siot Naz memandu, Khaalish di belakang sudah kecut perut. Dora the Explorer ni ada lesen memandu ke tidak?

Tidak sampai lima belas minit, Wira itu dihentikan di hadapan sebuah kedai mamak.

“Alamak, mamak! Aku tak makan di kedai mamak,” keluh Khaalish.

Come on, Reham. Welcome to the mamak's. It's a truly Malaysian experience.”

Bring it on!” sorak Reham.

Naz memesan roti canai, roti canai telur, tose bawang, tose cheese, dan dua gelas teh tarik kurang manis. What the fungus! makan macam jin, fikir Khaalish.

“Awak nak apa?” Khaalish ditanya.

“Hm, kopi kurang manis.”

Naz dan Reham makan macam sepuluh tahun tak jumpa makanan.

“Yummeh!” kata Reham.

“Yum, yum,” sahut Naz.

Khaalish hanya memandang kedua orang gadis di hadapannya sambil sekali sekala menghirup kopi. Tak pernah dia lihat perempuan makan begitu bersemangat sekali. Perempuan-perempuan yang keluar makan dengannya makan macam burung mematuk. Anak jutawan itu tidak sedar lagak itu hanya sebahagian dari strategi control cun untuk memikat sahaja.

“Nuts, roti canai ni buat saya teringatkan roti Lebanon yang kita makan di restoran bapa Hamza,” kata Reham sambil menguis-nguis roti canai di dalam pinggannya.

Buat sesaat, Naz membeliakkan matanya kepada Khaalish. Pemuda itu yang belum faham bahasa isyarat Naz mengangkat kening. Naz membalas dengan meletakkan kedua belah tangannya ke atas dadanya dan membuat mimik muka orang dilamun cinta. Hampir tersembul ketawa kecil Khaalish. Ditelannya, bimbang jika Reham terasa hati.

“Nutter! I miss him already!” ucap Reham lirih sambil membuat muka sayu.

“Reham, kahwin sajalah. Bukannya dia tidak melamar awak,” saja Naz mengapi-apikan kawannya. Kejam juga aku ni, fikirnya.

“Nuts! Habis bagaimana dengan PhD saya, dengan biasiswa saya, dengan cita-cita saya?”

“Hmm, aku kena catatlah berapa kali aku dan Reham asyik bincang benda yang sama ini,” Naz berkira-kira dalam hati.

“Habibti, jom kita fikir secara rasional okey. Satu, awak kahwin dengan Hamza, pindah ke Melbourne dan sambung PhD awak di sana, biasiswa burn. Dua, awak kahwin dengan Hamza, dia pindah ke Seattle, dia cari kerja kat sana, tapi dia kena tinggalkan tanggung jawab dia di restoran keluarganya. Tiga, awak bersabar, habiskan PhD, kemudian baru fikir tentang kahwin.”

“Nuts, awak cakap senanglah! I want to be with him now!!!!” Reham, the drama queen sudah mula beraksi.

Dah mula meroyan dia. Ish-ish, awek Jordan ni, aku luku kepala kang, getus Naz dalam hati.

“Tentulah saya cakap yang senang, buat apa saya nak cakap yang susah-susah dengan awak.”

“Tunggulah awak jatuh cinta nanti, baru awak tahu apa rasanya,” balas Reham.

Mata Naz dan mata Khaalish bertembung. Erk! Awkward moment!

“Reham, cepatlah makan, banyak tempat lagi kita nak pergi ni,” dalih Naz.

Usai makan, mereka bergerak lagi. Khaalish sekali lagi meminta untuk memandu, tidak dipedulikan Naz. Mereka singgah di Jalan Tunku Abdul Rahman. Naz hendak tunjukkan kepada Reham gerai-gerai menjual tudung.

“Nutter! This is scarf paradise! Hijabis die and pray that they get here,” Reham sudah mula dengan sastera hiperbolanya.

Sambil mengekek, sempat juga Naz beristighfar, apa hukum orang Islam cakap macam ni? fikir Naz. Itulah Reham, entah apa-apa keluar dari mulutnya.

Mata Reham sudah buntang, kepalanya mendongak-dongak merenung tudung-tudung yang bergantungan di gerai-gerai. Satu kerja pula bagi Naz, memastikan Reham tidak berdiri di tengah jalan kerana terlalu asyik memandang tudung-tudung. Kena langgar kereta, naiya. Rugi je baru dapat pak we major hunk.

“Nuts, we need to get pictures of these scarves hanging in these shops,” kata Reham sambil meraba-raba kamera dalam beg sandangnya, “Saya nak tulis artikel tentang interpretasi Muslimah Malaysia tentang hukum menutup aurat dalam Islam.”

“Lihat warna tudungnya, vibrant! Colourful! Lihat stailnya, ada ringkas, ada beropol, ada berlace, ada bertingkat. Muslimah di Arab Saudi dan Pakistan berpurdah hitam, Muslimah di Malaysia.... wahhhh.... viva la hijabis!”

Kemudian Reham membebel-bebel dalam Bahasa Arab, agaknya sudah mula mengarang artikelnya.

Naz bukan lagi memandang Reham yang kalau bercakapnya itu siap bergerak-gerak tangan macam orang sedang mendeklamasi sajak. Arabs are very expressive like that, and Reham is as always over expressive!

Tapi dia sibuk memandang wajah terkejut Khaalish yang memandang telatah Reham macam orang berjumpa makhluk dari planet lain!! Bibir Naz getap tapi bahunya terhinggut-hinggut menahan ketawa. Dalam hatinya dia terfikir, “Biarlah dia fikir aku berkawan dengan perempuan tak betul, biar dia takut aku ni pun tak betul!”

“Dia selalu macam nikah ?” Khaalish berbisik di telinga Naz dalam Bahasa Melayu. Reham pula sibuk mengambil gambar.

“Awak bernasib baik dia hanya menggunakan dua bahasa setakat ini,” Naz membalas.

“Berapa bahasa dia tahu?” bisik Khaalish rapat ke telinga Naz.

“Waaaah! Berbisik macam lovers,” fikir Naz, bulu roma di tengkoknya sudah meremang.

“Enam,” jawabnya di mulut.

“Enam?!!” Terbuntang mata Khaalish dan bahu Naz terhinggut-hinggut menahan ketawa.

Kidding?”

Not.

You have an interesting friend.

Interesting? Wa ka ka! Lu tunggulah sampai petang ini, wa nak tengok, lu masih waras ke tidak!!” kata Naz, dalam hati sajalah.

p/s: watak Reham ini is based on my dearest friend, sorang awek Arab yg serius boleh bercakap 6 bahasa. Lepak kat bilik dia bikin saya mereng, sana setumpuk buku2 puisi bahasa sepanyol, sini setumpuk novel2 bhs peranchis, situ setumpuk makalah2 bhs arab. Dia mengajar saya untuk drive dengan tingkap terbuka, lagu gedebam gedeboom nak pecah gegendang telinga. Kami berdua gila road trips and our best road trip was on Highway 101! Sekarang ni sesapa naik kereta dgn saya for sure complain, kuat sangatlah musiknya! pelan sikit boleh tak LOL miss her! (nota kaki nostalgik org yg tak boleh tido)



75 comments:

  1. Am i d 1st reader? Yeahh..tp awat pendek huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarp, 1st commentor! Awat tak tidoq lagi chek? :)
      Bab 9 super gedabas panjang!

      Delete
  2. Wah x sia2 jengok sokmo... X sabar nak tengok usaha khaal lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...ada juga geng burung hantu nih! temankan saya yg masih tak boleh tido ye. Rabbiyassir wala tuassir!

      Delete
  3. Marvelous Nina! Suka3x. Can't wait for the next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. feeling tulis KNK tak sama dgn masa tulis pms, dono y. glad that u like it

      Delete
  4. mmg best ah...jelez kat Reham sbb pandai banyak bhs...Naz hang kasi Khal lagi pening....bior dia mereng sat ngan hang hahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah teringat kat kawan baik saya tu...makin lama makin mereng dia

      Delete
  5. Confirm mereng mamat tu sat g.. Dah bangun ke cik hanina? Gud luck for ur meetin arr..

    ReplyDelete
  6. Yeay.... best..... Khaalish dah start nak meng"ayat"kan Naz..... Naz, torture sikit si Khaalish tu, just for fun.... Hahahaha.....

    ReplyDelete
  7. Nina - awesome as always and good luck for your meeting this am, understand your feeling, same here.....could be ridiculously long and boring at times...

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u like it...yes, im kinda allergic to mtgs but thats what i do most of the time :(

      Delete
  8. best la nina... kita 'terikut' dlm exploration diaorg ni.. msti seronok dpt tgk muka khaal yg blur2, pelik2, bengang2 & sweet2 masa ni kan.... hahaha... usaha tangga jaya khaal.. go khaalish! go khaalish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norana, peringkat awal dia mengenali Naz... tapi masih suka juga

      Delete
  9. Nina, n3 yg best sgt. Khaal dah start nak mengorat Naz pula.
    Harap-2 Naz kenakan Khaal kaw, kaw supaya Khaal insaf sikit apa yg dia dh buat kat Naz 4 tahun yg lalu. Hehheeeee...

    ReplyDelete
  10. dear nina,

    - this entry macam pendek aje, akak baca tak puas lagi...
    - si naz tu saja la tu, nak buat si khaal tu tak siuman, tapi dia tak tahu yang si khaal tu pakar dalam bab-bab tackle ni..
    tunggu la kau naz....
    - khaal, hoping bersabar dan buat kan bagus punya strategi
    tackle si naz tu...biar tidur tak lena , makan tak kenyang..
    ha..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..i kena masukkan lagi elemen si player Khaal ni

      Delete
  11. Best...#^_^
    Tak sangka watak Reham ni boleh bertukar2...
    Lepas ni gerenti Khaal serik nak berjalan dengan diorang lagi disebabkan perangai gila Reham... #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reham ni impulsif, loud dan dia tak kisah orang nak kata apa...CArpe Diem!

      Delete
  12. want more!!! next chap plsss...hehe

    ReplyDelete
  13. wa ka ka ka kahhh, i wanna c whethr i waras lagi tak pas bace bab strusnye, dan strusnye, dan strusnye etcetera.....tesingkap sikit mendung i!!!!thks dear...d word 'abysmal' kept playing in my head...dat para u wrote of anak jutawan comparing 'his ladies' makan mcm burung mematuk..aduhai, m still wondering to myself sapa yg abysmal...anak jutawan ke his ladies? or both hahahahahaha thks again, dear!! appreciate u r there wherever u r:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah dah 2 org kata stuck with the word abysmal. my fave word nak ngata org tanpa mereka sedari he he he

      Delete
  14. Aku pon ikut jd mereng lps bc entry ni hehe
    Seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereng tp seronok? yes dear, dont take life so seriously

      Delete
  15. Eeee..ingat i jer yg fikir psl word "abysmal" tu...
    ok nak crita sikit eh, masa baca novel pms tu and terbaca dat word kan,i automatically stop reading and thinking for awhile.....
    "am i that stupid until i nvr heard this word?" then of course kelam kabut cari kamus, teda kamus d rumah then call huby but huby sdg cycling, then call my friend, then he said to me 'u're stupid' i pun ternganga lama...eee smpai hati dia ckp kita mcm tu (dlm hati) and he explain pjg2 baru lah i fhm....learn new word dear.....

    -I like Reham character in this chapter, so cute...comel2 aja and mulut murai sikit...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Renn...new word coming for u to learn...its' brah.....haaa kasi suspen sikit...bab 12 nnt baru kuwar

      Delete
  16. i love reham's character. very interesting character :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey...i'm glad. reham has a really overpowering personality (macam kawan saya tu) but i love her to bits sebab she is who she is...tak de plastik langsung!

      Delete
  17. apa juga yg mamat poyo tuterkejarkan Naz..pagi pagi nun dah lepak rumah org... tragis sungguh kalo minah Naz tu buat nakal kat dia..kan..
    peliks ..bila mereka bersama..macam ada chemistry pulak..kan kan..
    Teruja nak tahu..apa pandangan Khaalish kat Naz ..bila malam berlabuh dan mereka kembali kerumah Naz balik..
    Sanggup mamat tu tak berkerja..kerana mengikut minah Naz dan mengejar cintanya yg semakin meluap luap pada Naz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ida.. ayat dah dah sama standard dgn nina nampak... hihihi..

      Delete
    2. oh oh ida....bila malam berlabuh...memang u dah agak something is going to happen kan? bab 9 is super duper long then ending dia....kaba boom! seriyes!

      Delete
  18. Hi Nina....kasi mereng sama itu Khaal dulu... :-D
    Nice entry.

    ReplyDelete
  19. babe, sah i mereng heheeee...kalu laa all 'us' lovely (ahem,ahem) bunch of (PMS hahaha)ladies buat car-konvoi, drive up-down malaya or sbh-swak mcm yg u tulis kat atas tu-gedebak-gedeboom-apa reaksi populasi normal msia??????jeles tau u dah up-down highway 101, solana beach, golden gate bridge??bukan tak pernah drive-giler cam tu, up alice springs,geraldton,monkey mia puas..tapi x pernah lagi di negara sendiri..msh tetanya lagi, Y, issh buat projek lah ni blink,blink,blink loony tul laa ari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan zoora... la ni lau nak car-konvoi up-down melaya mesti kena angkut semua ahli kluarga... iskh2 rugi x g round byk2 dulu masa muda belia... x pe, nak pakat2 dgn hubby lps ank2 bsr sikit nak backpacking round melaya... hahaha dah tua2 baru nak wat..

      Delete
    2. zoora, ekceli dah lama i angan2 nak tour round sabah in a mini van ke apa. pergi mana? tip of Borneo tu, then highlands yg ada keretaapi tu. tapi realitinya bz memanjang...Borneo overland best tak? dari kuching drive up to KK ada apa?

      Delete
    3. yelah Norana, skrg dah ada trailer paaaaanjaaaaaang, pastu kerja yg tak surut2. but once in a while kena gak gi tripping. am driving to thailand end of this yr

      Delete
    4. dearies, i believe its never too late to learn and do anything & everything...cik nina kite dah tulis kat atas, carpe diem...seize the day (perhaps if anyone is a lil'bit more adventurous-may b like naz&reham???- "putting as little trust as possible in the future")...something to ponder about!!!que sera, sera, anyone cares to smbng??!!

      Delete
    5. woohoho last long drive frm kch 2 brunei(in 1996
      babe!!!)dat time new highway baru siap to bsb but not to kk yet.its completed but so far the opportunity to do another road trip msh tebengkalai!kenapa kite ladies je bz memanjang????but i hve 2 crazy-married-grlfrens who managed to climb kinabalu(twice)!!buat ku geram aje...hmmm driving up u get to explore lil towns with surprising culture dat make u smile but now these towns hve xpanded!dulu2 1 will encounter wildlife crossing d rd (sebiji mcm kangaroo melintas la tu)...lots of trees,mountainous yes, here n there,kekadang dpt c wild orkids bloomg, ada laut cina selatan....hmmmmmmm:)

      Delete
    6. waaah! so enticing. tahun ni rasanya tak boleh kut. my jalan2 kalendar dah penuh sampai bulan april tahun depan. but driving around Sabah and Trans Borneo trip, InsayAllah, akan diusahakan. I also want to take train trips around Jawa. Dah nak gi jauh2 macam Silk Route or Macchu Picchu tu out lah. Agaknya panjang umur, pencen nnt baru berkesempatan. But I did Trans Siberian once, half way je, jadilah!!

      Delete
    7. also I promised my 70 yr old aunt to travel with her to Jordan. he he he. should be wonderful as she is so fun!

      Delete
    8. Oh My God Kak Nina... i thought i sorang je yang kepoh nak g Macchu Picchu.. sampai kawan i naik muak.. ahhahahhahaha.. start tahun lepas saya mula falling in love in backpackers traveling... LoL..

      btw, sorry ternyampuk kat sini... saya suka baca karya akak... heeee... da lama jadik silent reader, baru rini terpanggil untuk komen.. sowwiii~

      Delete
    9. ha ha mmg susah nak cari kaki ke macchu picchu. for me sbb kerja tak leh jln jauh2. actually skrg ni i jln pun sebab kerja, sib baik my job involves travelling once in a while. ahh...my dream spots tu entah bila boleh pergi...as i said may be masa pencen kut :)

      Delete
    10. Tu la.. saya start travel pun sebab join study trip and mostly attend conference. tu yang kadang2 travel sensorang... memang fun..LoL.. going to make it my honeymoon spot then.. tapi kena kawen ngan org gile travel jugak la.. LoL...

      Delete
    11. yup..kalau kawen dgn org yg tak suka travel, haiyo end of the story lorr. me, i try to take a girlfriends only trip once a year, fun...spa and shopping :)

      Delete
  20. Huaaaaa bestlah citer ni.ohsemmmmmm

    ReplyDelete
  21. betul-betul!! citer ni sangat ohsemmm nina! smabung lagi! tak sabar nak baca bab 9! thanks girl! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss, i like yr Nada Hanan punya story tu, serius suka :)

      Delete
  22. dear hanina...wahhhh memang awesome...i can feel that emotion... excited and geram kat si fiance olok2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k, nnt after baca bab 9, tell me what u think ye :)

      Delete
    2. Nina I already hv a title for KNK but it's in English. Donno what is the best in BM. Maybe becoz I'm in the mode of reading Jude Deveraux's novels! Will try to think some titles in BM.

      Delete
    3. Aomori, you said you emailed me, how come tak dapat pun? Jude Deveraux...waaa...dah lama tak baca! Skrg ni entah selera beralih arah ke novel2 melayu

      Delete
    4. I wondered too, normally you will reply my e-mail. Hairan bin ajaib bila i checked sent items pun mmg tak der...diambil org bunian ke? dont worry i will resend that email. Before this I duduk Putrajaya n worked there too. Coinsidently I kept an article abt bridges in Putrajaya. Sbb bila kwn2/relatives sesat nk pi rumah i selalu ckp ada kt jambatan tp x tau jambatan apa. So I simpan article tu...

      Delete
    5. serious memang tak sabar nak tunggu next part..admiring dgn watak naz..kalau boleh buat naz tu jual mahal sangat2 kat khal tu..biar dia rasa...hihihihi

      Delete
    6. nadya kay sikit lagi next chapter dah nak siap :)

      Delete
  23. A fren like reham makes ur life exciting...u're lucky to know sum1 like that

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, I have lots of intersting and really loving friends! Including those made thru writing PMS!

      Delete
  24. Nina,

    Kenapa Dato' Nazari ni cam nak jual anak je,dulu pun dia dah gunakan Naz utk dptkan projek dr Tan Sri kan, itu pasal Naz mcm tak close ngan family dia, ye.Kes kecil hati.Isyhhh...geram pulak la kat Dato ni, dah la Puan Sri pun semacam je. Macam ni, susah la hubungan Khaal dgn Naz nak baik, walaupun Khaal jenis yg tak mudah give up, tp... tak nak la, Naz diuji lagi. Cukuplah 4 thn mengulit derita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pn hamidah, kalau Una tu family dia bahagia, Naz ni kurang bernasib baik :( Geram dengan Puan Sri, nnt I will try to make you laugh when Puan Sri keluar dalam bab2 akan dtg LOL. Mengulit derita? Nanti itu pun Naz akan explain kpd Khaal.

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unknown, kenapa delete komen u? sy dah baca di emel :)

      Delete
  26. Ha..ha..bagus juga ya jika orang spt cik adik ni tk bleh tidor,buat sokmo adikku...yg best jika dia sudi up date teser baru yeea suka...suka.
    mencabar sungguh ceter ni apapun just wait n c
    PS: kena kan cukup-cukup En.Kalish tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha cabaran terkini adalah sy akan mula out stn, so update akan bertambah slow....sorry!

      Delete
  27. Wah best la. Tak sabar nk tunggu bab 9 ni. ;) kak buku PMS tu is it available at MPH now? Cause I went there recently but I can't seems to locate the book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear sunflowerella, dengar katanya dah habis dan penerbit akan hantar stok baru. Kalau nak order dari saya, emel hanina1311@yahoo.com

      Delete
  28. dekat sabah langsung tak nampak... baru2 ni ada pesta buku d KK. ada banyak buku2 kluaran penulisn2u tapi PMS tak kelihatan pula. mungkin belum sampai??? atau, dah habis???

    suka dengan teknik penceritaan kisah N & K ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stok cetaan pertama dah habis. sudah dicetak kali kedua, should be available soon.

      Delete
  29. untung klau tau byk bahasa ni...

    ReplyDelete