Monday, 24 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 10 (siap)

Lega dah siap Bab 10 ini, biarlah walaupun ada kelemahan. Minggu ini minggu yang mencabar bagi saya. Menulis cerita ini 
menjadi terapi pula.

Bab ini khusus buat Syarp yg suruh Khaalish cepat2 ngorat Naz dan, Zue yg suruh Khaalish cepat2 siasat destinasi Naz

(maaf dgn font yg berubah-ubah)


Bab 10

Tiba di Putrajaya, mereka makan angin sambil memandu-mandu ke sekeliling. Sekali-sekali kereta diberhentikan kerana Reham mahu bergambar. Melihat pasar malam di Presint 2, mereka berhenti lagi. Entah berapa ratus keping gambar yang diambil Reham, gambar sayur, gambar kuih, semuanya menarik baginya. Mulutnya tak berhenti-henti bertanyakan itu ini dengan Naz. Khaalish hanya mengikut dari belakang. Melihat makanan yang dijual, kalau boleh semuanya hendak dibeli. Akhirnya, Naz membeli sebungkus nasi dagang, sebungkus nasi kerabu, sebungkus nasi lemak dan sedikit kuih muih.

Is this dinner?” tanya Khaalish dalam hati. Tak ditanyakan kepada Naz kerana tahu tentu dia akan disindir jika bertanya.

Usai membeli makanan, mereka bergerak ke Masjid Putrajaya untuk bersolat maghrib. Meraya-merayau juga, solat tetap tak tinggal. Insaf juga Khaalish dibuatnya. Dia sendiri kalau ada business trip atau bercuti, jarang bersolat dalam perjalanan.

Keluar dari masjid, makanan yang dibeli tadi diambil dari kereta dan dibawa ke tengah-tengah dataran masjid. Surat khabar dibentangkan dan makanan di letakkan di tengah-tengah. Duuk bersila. Tangan dibasuh dengan air mineral. Doa makan dibaca. Naz makan nasi lemak, Reham makan nasi dagang. “Tuna rice” katanya.

Khaalish masih lagi memandang nasi dagang di hadapannya. Tidak selesa makan duduk bersila open air begini. Tiada selera dengan makanan pasar malam. Naz pura-pura buat tidak nampak. Ikut tidak diajak, nak makan, makan, tak nak makan sudah.

“Yummy!” kata Reham, “Hairan juga saya lihat orang-orang Malaysia tidak gemuk. Kalau saya tinggal di Malaysia, tentu berat saya naik sepuluh kilo!”

Mahu tak mahu, terpaksa juga Khaalish menyuapkan makanan. Baru sahaja hendak mengunyah, Reham menjerit kecil, “Swap! Clock-wise.”

Bungkusan nasi Reham dihulurkan kepada Naz. Bungkusan nasi Naz dihulurkan kepada Khaalish. Bungkusan nasi Khaalish ditarik oleh Reham. Sudu masih di tangan masing-masing.

Musical chair dinner,” kata Naz kepada Khaalish sambil menjungkit-jungkitkan kening. “Cepat makan, nanti swap lagi.”

“This is the weirdest dinner I have ever had,” fikir Khaalish sambil menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulut.

Habis ketiga-tiga bungkus nasi, mereka makan kuih muih pula sambil melepak-lepak. Azan Isya sudah kedengaran, Naz dan Reham tadi sudah solat jamaq. Khaalish yang masih tidak bergerak ke masjid hanya dibiarkan Naz. “Sah, bukan stok untuk dibuat suami,” bisik hatinya.

“Saya rasa idea Malaysia membina kawasan lepak di hadapan masjid perlu ditiru oleh semua negara-negara Islam di dunia,” ulas Reham, “Seronok melepak di sinikan, melihat keluarga dan kawan-kawan bersantai bersama-sama. Baguskan, boleh luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan, solat pun terjaga. Hablul minnas dan Hablul minAllah, seiring.”

Mendengar kata-kata Reham, Naz memandang-mandang ke sekelilingnya. Cemburu melihat ibu bapa yang rajin melayan kerenah anak-anak mereka. Ada yang berbasikal, ada yang bermain bola. Dia teringat waktu kecilnya, Papa sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk membawa mereka ke mana-mana.

“Khaalish, nak air?” tanya Reham sambil menghulurkan sebotol air mineral.

“Saya suka dengar Reham sebut nama awak. Makhraj sebutannya elok saja,” puji Naz.

“Oh, saya lebih suka bila awak sebut nama saya,” balas Khaalish.

“Hah?” Hairan Naz.

“Sebutan awak lebih romantik,” bisik jejaka kacak di sebelahnya, sudah mula menjual minyak.

Merah padam muka Naz, bukan pernah ada mana-mana jejaka flirting dengannya, dia tiada pengalaman. Sebenarnya selama ini kalau ada yang flirting pun, bukannya dia sedar, oblivious sahaja Naz dengan spesis berlainan jantina.

“Reham, do you know what's missing?” tanya Naz cepat-cepat untuk mengubah topik.

Coffee!” sebut Naz dan Reham serentak, sambil menyeringai tersengih. Mengopi sambil berborak kan lagi terangkat!

Tak ada kopi pun berjam-jam mereka berborak. Khaalish yang mendengar pun hairan, tak lenguh-lenguh ke mulut awek berdua ni? Tapi perbualan mereka memang menarik, tentang penulisan mereka, tentang keluarga Reham di Jordan, tentang Hamza Ayach si jantung hati Reham sudah tentunya, tentang pengajian Reham yang belum siap. Macam-macam topiknya tapi tentang kerja baru Naz langsung tidak disentuh.

“Awak bosankah?” tanya Naz kepada Khaalish.

Khaalish menggelengkan kepala.

“Dah dua tahun kami tak berjumpa, esok dah nak berpisah. Entah bila pula boleh melepak-lepak macam ini lagi,” keluh Naz.

“Reham balik esok?” tanya Khaalish.

Naz mengangguk.

“Awak pula bila terbang?” tanya si jejaka dengan penuh harapan.

“Lusa.”

Lega hati Khaalish mendengar jawapan Naz, masih ada masa untuk dia menyiasat destinasi Naz selepas ini.

Sudah berjam-jam berbual, habis kebas bontot dibuatnya.

“Jom pusing-pusing, cari kopi,” ajak Reham.

Sesiapa yang pernah tinggal di Seattle pasti akan jadi kaki kopi sebab Seattle adalah bandar asal usul Starbucks, kopi terkenal di seluruh dunia. Waktu Naz mula-mula menjejakkan kaki ke Seattle, hampir terkejut dia melihat kedai kopi di setiap jalan di sana.

Jenuh juga mencari restoran yang masih buka lewat-lewat malam sebegitu. Akhirnya, apa lagi, mamaklah jawabnya. Sambil mengopi, berborak lagi. Mak aih! Memang kaki borak awek berdua ni, fikir Khaalsih. Ada-ada saja topik yang nak dibualkan. Asyik dia menumpang dengar.

Habis dua gelas kopi diminum, Khaalish terfikir, “Hei, takkan nak minum hingga tiga gelas?”

“Naz, jom pusing-pusing,” ajak Reham.

“Tak reti nak tidurkah derang ni?” dengus Khaalish, esok dia perlu ke pejabat. Mana boleh ponteng hingga dua hari.

Naik kereta mereka berpusing-pusing sekitar Putrajaya. Tiba di sebuah jambatan berhampiran Putra International Convention Center, Reham minta Naz memberhentikan kereta.

“Apalah pula awek ni?” tertanya-tanya Naz dan Khaalish dalam hati.

“Reham, janji jangan terjun okey. Kalau awak terjun, seronoklah awek-awek di Melbourne sebab Hamza single semula,” usik Naz.

Excuse me!” balas Reham sambil membuntangkan mata.

“Nuts, kita di atas sebuah jambatan....” Reham membuka kata.
Naz meletakkan tangannya ke dahi Reham.

“Apa?” tanya Reham, sakit hati.

Just to make sure that you are okay. Ini memang jambatan, habibti. Awak ingat piring terbang ke?” senda Naz. 


Terkekek ketawa Khaalish. Awek berdua ni memang sengal, fikirnya.

“Nutter, dengar dulu boleh tak? Don't spoil the mood,” marah Reham. 


Naz pun sudah mula mengekek, sedar Reham sudah masuk mood sastera hiperbolanya. Dah berkawan dengan orang sastera, tadah telinga sajalah!

“Boleh saya sambung?” sindir Reham.

“Sila oh sila!” jawab Naz sambil mengetap bibir.

“Jambatan ini simbolik untuk saya dan Hamza. Dia di Melbourne, saya di Seattle, terpisah berpuluh-puluh ribu kilometer. Jambatan yang menghubungkan kami hanyalah hati dan perasaan kami. Perasaan yang tak boleh dilihat tetapi tetap utuh, seutuh jambatan konkrit ini. Datanglah badai, ribut taufan, jambatan ini tidak akan bergoyang. Begitulah perasaan kami berdua!”

Sudah biasa melayan kerenah Reham, Naz menadah tangan, memejam mata dan dengan sepenuh perasaan berkata, “Amin!”

Mata dibuka, Khaalish dijelingnya sambil kening dijungkit.

“Amin! Amin!” sahut Khaalish. 

Naz menyembunyikan senyumannya. Comel sungguh! Bisik hati Khaalish.

“Jadi, Nuts, malam ini, malam yang penuh berkat. Lihatlah Putrajaya! Penuh dengan jambatan-jambatan. Bagai memberi isyarat kepada saya untuk melafazkan ikrar cinta saya buat lelaki bernama Hamza Ayach!”

“Jambatan yang indah! Seindah perasaan saya dan Hamza! Jadilah saksi ikrar cinta kami!”

Suara Reham sudah semakin kuat, matanya dipejamkan, kepalanya didongakkan ke langit, kedua belah tangannya didepangkan ke atas. Mata Khaalish pula sudah hampir terjojol, “Awek Arab ini hendak buat apa?”

Naz pula sudah sibuk memandang ke kiri dan kanan. Nasib baik sudah lewat malam, hanya mereka sahaja yang berada di atas jambatan itu. Dalam hatinya dia berdoa jangan pula ada polis yang meronda. Kalau ada polis pun, harap-harap anak Tan Sri ini boleh membantu.

“Hamza, my love!!How do I love thee? Let me count the ways. I love thee to the depth and breadth and height My soul can reach....”

“Oooh....Elizabeth Barrett Browning, kelas kau Joyah,” bisik Naz perlahan bila mendengar Reham mula mendeklamasikan sajak terkenal itu.

Khaalish pula memandang Reham dengan mulut terngaga.

“Tutup mulut, nanti lalat masuk,” bisik Naz kepadanya.

“Hamza!! Te quiero con todo mi alma. Soy feliz de compartir cada instante de mi vida a tu lado.....”

Khaalish menggangkat kening ke arah Naz.

“Spanish,” bisik Naz.

“Hamza!! Je voulais que tu saches que tu es toujours dans mon cœur …..”

Terangkat sekali lagi kening si jejaka.

“French,” bisik Naz sekali lagi, matanya tak berkelip-kelip memandang rakannya yang sedang jiwang habis-habisan di atas jambatan.

“Hamza! Hamza! Hamza! Il mio cuore batte solo per te. Non posso immaginare vivere senza di te!”

“Italian?” teka Khaalish, dibalas dengan anggukan kepala Naz.

“Hamza Ayach, ani ohevet otcha....”

Kali ini kening terjungkit lagi.

“Hebrew,” bisik Naz.

“Hah?!!”

“Iya...Hebrew.”

“Reham tahu cakap Bahasa Yahudi?”

Kepalanya diangguk-anggukkan, bibirnya sudah lebar tersenyum sebab ….

“Tamally ma'ak! Tamally ma'ak!.....” Gadis Jordan itu sudah mula menyanyi!

“Woo hoo! Amr Diab!!”

Naz terjerit kecil dan terus sama-sama menyanyi dan menari-nari bersama rakannya yang sedang mabuk cinta. Tangannya didepa, bahunya digoyang-goyang lembut, begitu juga punggungnya. Peduli apa kalau anak Tan Sri itu memandangnya. Dia itu bukan siapa-siapa, cuma tunang olok-olok. Malam ini malam untuk bersama Reham. Mereka berjumpa selepas terpisah selama dua tahun. Dan mengikut janji mereka, mereka akan bertemu dalam tempoh dua tahun lagi, insyaAllah. Dua tahun, tentulah jenuh rindukan Reham, teman baik yang banyak membantu, yang banyak menyokongnya semasa di bumi Uncle Sam. Kalau kena tangkap polis kerana berkelakuan tidak senonoh pun, it's worth it! Definitely!

Jika Naz berfikir si tunang olok-oloknya akan terkejut dengan perangai gila-gilanya malam itu, dia sudah tersilap! Zaim Khaalish bersandar pada kereta buruk Pak Din, kedua-dua belah tangan di dalam poket seluar, dengan matanya tidak berkelip langsung memandang gadis Melayu yang tersenyum lebar menyanyikan lagu cinta Arab itu dengan badan yang digerak-gerakkan lembut. Terpesona! Lantas bibirnya juga menguntumkan senyuman.


“Tamally habibi bashtaklak 

 Tamally alaya men badlak 

 We law hawalaya kol el doon 

 Bardo ya habibi bahtaglak”


Tamat sahaja lagu itu, kedua-dua orang penyanyinya berpeluk-pelukan sambil tertawa-tawa. Lalu mereka melangkah ke arah kereta yang terparkir di atas jambatan.

Masuk ke dalam kereta, Naz menghidupkan enjinnya, “Home?”

“What?!! Nutter! Saya nak baca sajak, saya nak menyanyi, saya nak menari di atas semua jambatan di Putrajaya ini! Supaya nanti bila saya sudah pulang ke Seattle, saya akan ada memori indah tanda cinta saya di bumi ini.”

“Reham! Semua jambatan?!!” terjerit Naz.

Mak aih! Satu jambatan ini pun aku dah bimbang takut disergah Abang Polis, fikir Naz. Inikan pula semua jambatan!!

“Nutter! Saya rindukan Hamza sangat-sangat. Nanti bila sampai di Seattle, awak pun saya akan rindu. Malam ini kita cipta sebuah memori yang kita akan ingat sampai bila-bila. Lain kali bila saya ingatkan malam ini, saya akan teringat betapa kuatnya cinta saya kepada Hamza dan betapa sayangnya awak kepada saya, hingga sanggup buat kerja gila sebegini di Putrajaya!”

“Arrghh!! Reham, saya sayangkan awak, sayang sangat-sangat. Jom kita cari jambatan!!” balas Naz.

“Woo hoo!” jerit Reham.

Mamat yang duduk di belakang pula terfikir, “Sah! Awek sengal dua orang ni mesti tidur di balai malam ini.”

Salah telahan Zaim Khaalish! Tiada seorang polis pun yang kelihatan malam itu. Awek Jordan dan awek Melayu itu puas menyanyi, menari, mendeklamasikan sajak di atas jambatan-jambatan di Putrajaya.

Di atas jambatan terakhir, dengan penuh perasaan Reham menyanyikan lagu klasik Umm Kalthum, “Enta Omri” - “Kau hidupku.” Berlinangan air mata Naz dibuatnya. Teringat dia kisah Reham patah hati dengan Zubayr, berbulan-bulan melayan perasaan ke sana sini. Bakar gambar-gambar Zubayr dan abunya ditaburkan ke Lautan Pasifik; duduk melihat mentari senja di tepi pantai sambil berikrar tidak akan patah hati lagi; menulis surat memaki hamun Zubayr kemudian surat itu dimasukkan ke dalam botol dan dicampak ke dalam sungai. Naz yang sudah dewasa ini tersedar, melayan Reham melayan hati yang patah sebenarnya menjadi terapi kepada patah hatinya sendiri.

“Terima kasih teman. Patah hatimu, mabuk cintamu, bikin temanmu ini semakin dewasa,” bisik Naz dalam hati.

Lagu Umm Kalthum diakhiri dengan linangan air mata, kedua teman sejati itu berpeluk-pelukan lagi.

“Reham, saya doakan supaya kamu dan Hamza akan bersatu juga suatu hari nanti,” ucap Naz.

“You know what, Naz? Kali ini saya rasa yakin dia cinta sejati saya. Saya pun tidak tahu mana datangnya keyakinan ini. But he's the one!”

Kedua teman tersenyum lebar, dalam linangan air mata, berpeluk-pelukan.

“And she's the one!” bisik hati jejaka yang setia menemani gadis berdua itu menjejaki jambatan-jambatan di Putrajaya.

Semasa kereta buruk Pak Din tiba di perkarangan rumah ibu bapa Naz, jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mendengar enjin kereta Pak Din, Dato' Nazari dan Datin Asriah keluar menyambut tetamu mereka di beranda depan rumah.

“Tak pernah-pernah derang tunggu aku balik, malam ini pula derang menunggu,” rajuk Naz dalam hati. Menunggu si anak jutawan sebenarnya, Naz sedar diri.

Berseri-seri wajah bapanya melihat Khaalish turun dari kereta buruk Pak Din. Beria-ia dia menjemput jejaka itu masuk dulu ke rumah, walau pun ditolak lembut oleh Khaalish atas alasan sudah lewat malam.

Reham awal-awal sudah surrender, penat! Dia meminta diri naik ke atas, mahu ke bilik, mandi dan tidur.

“Alah, masuklah dulu Khaalish ke teratak buruk kami,” pujuk Dato' Nazari.

“Teratak buruk?” cemuh Naz dalam hati, bosan dengan sifat kaki bodek bapanya.

Khaalish fikir buat beberapa saat dan kemudian mengubah fikiran untuk menerima pelawaan Dato' Nazari.

“Uncle tak tahu Khaalish sekarang berkawan dengan Dora,” Dato' Nazari bermuqadimah, sebaik sahaja Khaalish melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu rumah bapa Naz.

Naz dan Khaalish hanya saling berpandangan, sepi tanpa jawapan.

“Terlanjur saya berjumpa Uncle dan Auntie, saya nak beritahu yang sehari dua ini saya akan minta Mummy dan Daddy datang berjumpa Uncle dan Auntie,” Khaalish membuat keputusan untuk berterus terang sahaja. Baik buka mulut sekarang, si gadis misteri pun sudah hendak ke luar negeri lagi.

Tersentak Naz dibuatnya, dalam hati, “Untuk apa?!!”

Ibu dan bapa Naz saling berpandangan, sebelum bapa Naz membuka mulut, “Untuk.....?”

“Untuk tentukan tarikh.”

Dahi Naz sudah berkerut, dalam hati, “Tarikh apa?!!”

Sekali lagi ibu bapa Naz saling berpandangan, dan sekali lagi juga bapa Naz juga yang membuka mulut, “Tarikh .....?”

“Tarikh hendak langsungkan majlis saya dan Naz.”

Dagu jatuh ke lantai, dalam tak sedar, laju sahaja keluar soalan dari mulut Naz, “Majlis apa?!!”

Kali ini mata ibu bapa Naz tertancap ke arahnya, fikir mereka “Sudah! Si Dora ni nak naik minyak ke apa?”

“Perkahwinan kita,” jawapan yang pendek, tenang dan yakin.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Naz memahami apa yang dilalui oleh orang yang diserang penyakit sawan.

73 comments:

  1. Woohhoooo....jeng jeng jeng. Tu dia!!!Khaalish dah ajak Naz kahwin dah...eh, silap. Itu paksa tu. But I loikeee lah Cik Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u loike...bimbang kalau syok sendiri :)

      Delete
  2. alahai..cutenyer Reham ni..and selamba badak jer Khaalish ni cakap pasal majlis kahwin ngan parents Naz. Adakah nanti Naz akan melarikan diri daripada Khaalish dan membuatkan Khaalish nanti terkejar2 and tercari2 dimanakah Naz?? Adakah ini permulaan next entry nanti dimana Khaalish menjelajah seluruh Asia Tengara mencari Naz?? Jangan lama2 next entry yer Nina.. hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, khamis atau jumaat, i naikkan new entry sebab wiken out stn lagi!

      Delete
  3. Wah khaalish wat keputusan nak kahwin mcm bussiness deal la plak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, dia bimbang burung dah nak terbang :)

      Delete
  4. alahai... bukan naz je nak kena sawan.. akk pun sekali hmpir terkena sawan ni.. mr khaalish, gelojoh sgt nmpk... hihihihi.. but i likeeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia gelojoh and he's gonna learn a lesson. eh eh sian u kena sawan :)

      Delete
  5. Kejutan yg menyawankan hik hik hik
    Aku suker aku suker...

    ReplyDelete
  6. Terjah semua jambatan kat putrajaya ke? Dasyat tu. Ada satu jambatan terputus kat putrajaya singgah tak? Ramai x tau tang jambatan tu tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo kat mana tu? bagi tau lah nnt boleh cari.... utk next story he he

      Delete
  7. Bestnya...cepat2 sambung ye :)

    ReplyDelete
  8. Noooo..... tak cukup lagi upacara men"torture" Khaalish..... He always gets what he wants, so let him work hard a little bit longer, so that he'll appreciates Naz more....

    Best.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala auntie... nina kan ckp si khaal akan cari si naz smpi ke lubang.. mesti kene reject la tu smpi kena jelajah asia tenggara.. hihihi..

      Delete
    2. Auntie, will sort of "torture" him but not the typical mengamuk novel2 style. will try to do it differently tapi tak tau lah menjadi ke tak...we'll see.

      Delete
    3. Norana, mmg dia kena g cari, tapi kena main game dulu :)

      Delete
  9. Nina....
    best best best sgt....x sabar nk tau Naz nk bt ape dgn Khaalish......teruja nye....
    thanks Nina....terubat rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. most of the time Naz ignore je, but Khaal berusaha kuat you, then mak dia masuk, then bapa Naz masuk, then ada somebody else masuk...so...cenggitulah :)

      Delete
    2. hahaaa...Naz should do dat...biar padan muka Khaalish...x sabar nk tau disebalik kisah tunang olok2 dorg...

      anyway keep it up ur good work...luv it so much...thanks 4 ur hard work...;)

      Delete
  10. hahahaha..terkejut naz dengar khaalish cakap nak buat majlis kahwin..ngehhhh..abisla naz..nak tak nak kene stay malaysia la nampak gayanya..ekekeke..good job nina :))

    cepat-cepat sambung ok..tak sabar nak tgk reaksi naz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lusa, insyaallah i upkan new entry :) kita tengok apa naz buat ye he he

      Delete
  11. Dear Nina,

    - Hhhhhmmm....kenapa Naz terkejut ni ? Dah la si Khalish tu punya la gentleman bagi tau kat parent Naz..pukul 2 pagi lagi..
    - Nina, akak harap next entry Naz accept yea proposed Khalish ni...
    - And to Khalish...sabar la..nampak sangat tergesa2...
    - Nina, cepat-cepat yea update for nex entry.....


    -kak fadz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fadz, nnt bab2 ke depan br ada citer what happened 4 yrs ago

      Delete
  12. x mudah untuk naz terima khalish....mungkin esok naz ikut reham sekali....lari, tenangkan hati

    ReplyDelete
  13. hehe.. tak sabar nak tunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he, nnt kang after baca bab 11, u kt tak sabar nak tunggu gak sbb ada unsur suspen kat situ (jungkit2 kening)

      Delete
  14. Wow, what a surprise!!!! khalish nak kawin dgn naz!!!! Akak cpt la sambung tak sabar nie!! Next Entry Please...

    ReplyDelete
  15. bestnya! best man win! khalish kena ikat Naz cepat2 sblm dia terbang ! ehemmm

    ReplyDelete
  16. whoa whoa whoa!!! gayat tol khalish nih....

    gotcha!! kehkehkeh bleh bayang muke blur lg innesen naz time kene lamar ngan khal....

    gile gempak dowh...hahahaaaaa so sweeet but sour for naz perhaps..

    good job nina...i like it very much...muahahhahaaa...nk NEXT!!!heheheeeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn Ana? kn? kn??? ekekeekeeee

      Delete
    2. insyaallah next entry kamis ni, sebelah mlm kut sebab siangnya penuh dgn apts. glad that u both like this chap :)

      Delete
  17. wahhhh...awesome!!!ai lagi suka kalau naz mengamuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm lagi 4 atau 5 bab, naz akan cakap ttg her anger management so dia ni jenis tak mengamuk but after wedding something happeen and dia mcm nak meletup jg...anyway part ni i blum tulis lagi he he he

      Delete
  18. what a surprise... hahhahaha.. best kalau dpt buat mcm Naz and Reham. Distress. & i agree with Alya... lagi suke kalau Naz mengamuk and run so that Khaalish will have to work hard and earn her trust back. :) Run Naz run. Chase Khaalish chase. Go kak Nina go. hehehehehe.... da mcm Tom & Jerry. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha abt tom n jerry tu. btw i dah baca yr blog abt running to bangok tu, what agreat family u have, mak bapa so sporting n yr mom is gorgeous...errr anaknya pun :)

      Delete
  19. wahhh......nina this story is really superb...sorry i dah lama x singgah blog u...bz sgt...keje bertimbun-timbun, macam x nak abis...so i baru je baca dari bab 6 sampai bab 10 nie...best sgt2...i suka watak reham,mmg selamba abis...
    will naz accept khalish's proposal?can't wait to know what will happen next...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lama dah tak nampak btg hidung u kat sini. wa ka ka boleh ke kata cam ni, mana nampak btg hidung pun, but the presence is real nevertheless :)

      eh eh bila nak baca bab 1 till 5, nak juga dengar yr opinion

      Delete
    2. kejap lagi i baca ye,ari ni free sikit keje x banyak so i akan baca dari bab 1...tu la xcited sgt sampai baca dari tengah...huhu...once i finish reading i will give my opinion.

      Delete
  20. wahh..syok2..
    menyanyi dkat smua jmbtan putrajaya mmg keja gila lah...
    blh buat org bhenti nk tgk atau pdg 2 kali..apa aweks-aweks 2 buat..

    I like Khaalish propose Naz...
    Khaalish klu nk pujuk Naz kasi gentelman ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha citer ni psl Khaal ngejar Naz je kan? sampai satu tahap tu Naz tanya why am i running? and from what? he he

      Delete
    2. Ya lah Nina...why is Naz running away from Khaal kalau betul dia takde apa2 perasaan dekat that guys kan? Sure Naz masih cintan cintun nih.....what a sweet potato. :-)

      Delete
  21. wahhhh...sgt seronok, hilang stress i keje bila baca part Khaalish tetiba straight forward je tentukn tarikh utk majlis nikah...Naz msti terkebil2 + blur2 dgn perangai stok mamat xnk mengalah tu kn.. teruskn usaha nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan fiya, tulis dan baca citer ni boleh hilangkan stress. sebab tu sy mnulis, esp minggu ni mmg stress btul kat tmpat kerja...

      Delete
  22. arghhhh! now saya pulak yang saya macam sawan meroyan semacam! oh my noo! this is wayyy too sweeet and cooooooll! nina! sambung lagi, sambung lagi! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan saya meroyan tunggu cerita nada hanan yg dah naik keter arch enemy nya tu. bila nak sambung dear? tak baik la torture reader cam sy ni lama2

      Delete
  23. oh My God Khaalish... what r u doing~ LoL...

    thanks kak Nina..

    p/s:Starbucks punya green tea cream chip frap lagiiii tebaeeeekkkk kak nina.. LoL

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he tulis je pasala stabak, tp sy tak suka stabak. suka kopi kg esp dari kuala selangor, best!

      Delete
  24. owh... kopi kapal api? compom ke kalau minum dia terbang sampai bulan? LoL... i see.. sebab saya tak leh minumm kopi/nescafe... tea je ok... hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope, kopi beli timbang kati kat pasar :) i got kakis who go buy for me, beeesst

      Delete
  25. Hahahaha... Khaalish dah meroyan. Sbb itu dia straight forward aje meminang Naz depan ibubapa gadis itu.

    Cik Nina syg, sy pun gemar lepak kat strabuck dulu-2. Tp sekarang dh kureng sbb dh jaih dr Mid Valley. One Latte please....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...dulu sy ingat kalau citer hero sombong, br best citer tp khaalish ni terhegeeh2 nakkan Naz, ok juga ke?

      Delete
  26. Nina - enjoy reading last few chaps....i am also a coffee drinker!! local coffee only, try coffee brand 434 (originated from Muar: best coffee i ever tasted)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love coffee, drank gallons when i was a student. skrg ni kena kurangkan sebab dah mula sakit kepala bila minum. u mention muar, baru i teringat, somebody gave me kopi cap televisyen when i was in that area. and punyalah sibuk, tak sempat rasa pun...have to dig it out

      Delete
  27. salam Nina..

    Seronok membaca E3 ni..melihat kedua dua minah yg sengal 1 jejaka poyo yg terikut ikut kesengalannya.. akak suka part yg mana mereka makan nasi kat putrajaya ..tak dapat nak bayangkan apa yg ada dimind khaalis tu ek.. mungkin satu pengalaman indah yg menjadikan diri dia melihat another part of Naz yg dia tidak pernah lihat dan tahu.. apatah lagi melihat kesengalan dirinya yg melihat kedua dua minah tu menjejaki jambatan diputrajaya dan melakukan perkara yg tidak pernah khaalish impikan untuk melihat..walaupun masanya terbuang dan menyia yiakan hidupnya..tetapi peliks..kan..dia yg selalu dikejar oleh perempuan perempuan yg hig profile dan gediks sanggup mengejar naz yg sempoi.. mmg betui kata org..bila hati dah tersuka..kat seorg..apa apa pun cantik dan jelita dipandangan mata..kan..

    Terusik juga akak dengan perangai khaalis..bila dia menyatakan bahawa dia ingin mempercepatkan lagi tarikh perkawenannya dengan Naz..sedangkan dia tahu Naz tidak mahu dirinya.. peliks kan..dulu dia terkejar kejar kat mamat yg rasa dia budget bagus..tapi sekarang ni mcm lain pulak citernya..

    Terasa tak sabar nak nantikan E3 baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ida dgn komen yang sentiasa memberikan sy semangat. enjoy bab 11 ye!

      Delete
  28. Aha..complete chapter...like2...bz sket br sempat bukak ur blog...and i'm like...what...beraninya khal trus nk set date pompuan ada hati dan perasaan tau..skali trguris it takes time to heal...hope naz won't easily give in...teach him a lesson

    ReplyDelete
    Replies
    1. regarding teaching him a lesson tu, i am trying to stay away from the typical mengamuk, menjerit2, merajuk kind. hope it will work :)

      Delete
    2. Best of luck on that hihihi....

      Delete
  29. Replies
    1. yay yay, then ooops a runaway bride! :)

      Delete
  30. ohhh nina, saya jatuh cinta dgn watak naz n reham (bukan khaalish jer yang rasa terlopong...me too).
    both of them are very unique.
    lagu amar diab tu...alamak suka sungguh n i have d cd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh so gld that u like naz n reham (then u will like me in real life too, ha ha prasan sungguh saya ni) lagu2 amr diab, dengar memang nak goyang2 badan kan?
      saya ingatkan malaysian readers takkan suka perangai gedik awek berdua ni but so far i hv been proven wrong, am glad :)

      Delete
  31. alahaiiii cik nina, jiwang karat tul laarrr...den u bagi lagi 'si julio iglesias of middle east' kat sini...my all-time-fav 'we malo'...nangis lam bahgia, why do i feel dat frm now on d chap will stir up a lot of nostalgia? as u komentd b4 dis, the yester-years...hmmmm let me absorb bab by bab ye

    ReplyDelete
  32. hambik ko naz...tindakan drastik si khalish...

    ReplyDelete