Monday, 22 October 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 16


Kita tiba di bab yang paling somber! Tiada balasan kata2 sinis antara Naz & Khaalish. Selepas ini harapan cik writer ini, KNK akan menjadi tender, lepas tu ....... tunggu!

Bab 17 saya harap dapat disiapkan masa Raya Haji ini. Orang sembelih lembu, saya menaip u alls. Siap 1 bab, sup tulang pun dah siap.... baik punya menantu! he he (Bukan menantu nih, tapi hantu!)

Alhamdulillah, KNK sudah dapat tawaran untuk diterbitkan (berjanji mulut gitu, belum sign apa2). Maka saya perlu taip laju2! Bulan depan out stn lagi.... lama pulak tu.


Bab 16

Pintu dibuka, mulut terngaga!

            “Assalamualaikum. Ini rumah Puan Azalea?”

            “Assalamualaikum....”

            “Assalamualaikum. Puan?” Sudah tiga kali salam diberi, wanita berusia akhir tiga puluhan yang membuka pintu tadi masih merenung wajahnya tanpa berkata apa-apa.

            “Azi, siapa yang datang?” tanya seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di pintu depan itu.

            “Eh! Ini tunang Naz......,” kata lelaki itu dengan wajah yang terkejut, sama seperti wanita yang membuka pintu itu.

            Sedarlah Khaalish yang pasangan suami isteri yang dikunjunginya ini bukan sekadar mengenalinya tetapi tahu yang dia adalah tunang Naz.

            “Abang ni, bekas tunanglah!” laju si isteri membetulkan kenyataan sang suami sambil menyiku perutnya.

            “Adoi! Azi...,” protes lembut sang suami.

            Tersedar yang tetamu masih lagi tercongok berdiri di luar, sang suami cepat-cepat menjemputnya masuk, “Jemput masuk, jemput masuk.”

            “Terima kasih,” balas Khaalish.

            Kasut dibuka, kaki melangkah masuk ke dalam rumah kembar dua tingkat di selatan Seberang Perai itu. Sempat juga dia mengerling ke arah wajah tuan rumah yang membuka pintu tadi. Tiada senyuman.....  bagai tidak ikhlas menerima kedatangannya.

            “Jemputlah duduk,” sekali lagi sang suami yang menjemput sambil sibuk mengutip beberapa buah permainan dari atas sofa di ruang tamu yang kelihatan sungguh selesa.

            Si isteri masih lagi merenung dalam wajah Khaalish tanpa sebarang senyuman. Khaalish melabuhkan punggungnya di sofa, diikuti oleh pasangan suami isteri tersebut.

            “Maaflah saya mengganggu lewat petang sebegini,” Khaalsih memulakan bicara.

            “Tak adalah ganggu apa-apa. Kami pun baru balik dari kerja,” sang suami juga yang membalas.

            “Saya datang ni membawa barang kiriman dari Naz,” dengan sopan Khaalsih menghulurkan sebuah beg kertas besar kepada sang suami.

            Baru sang suami menghulurkan tangan untuk  menyambut beg kertas itu, laju terkeluar suara si isteri, “Naz kirim barang?!”

            “Ya, Naz minta tolong saya hantarkan,” jawab Khaalish ringkas.

            “Naz.......minta awak....... kirimkan barang....... kepada kami?” Pelan-pelan soalan ditanya dengan wajah yang sangat terkejut.

            “Ya.”

            “Awak berjumpa dengan Naz?”

            “Ya.”

            “Di mana?”

            “Luang Prabang, Laos.”

            “Luang Prabang..... ya..... Naz ada emel..... kerja baru di sana,” kata wanita itu, bagai sedang mengingat-ingat sesuatu.

            “Macam mana awak boleh berjumpa dengan Naz?” soalan yang tiada tapis-tapis.

            “Sebenarnya saya terjumpa dengan dia di Bali, April lepas,” keluar jawapan yang bukan menjelaskan tetapi lebih mengelirukan.

            “He, he, si Naz ni memanglah kaki merayau. Sekejap ke Bali, sekejap ke Laos. Tak sempat nak jejak budak sekor nih,”  komen sang suami, dek kerana segan dengan sikap si isteri yang menyoal siasat tetamu mereka bagaikan pesalah dalam lokap.

            “Tak ada pula si Naz bercerita dengan saya yang dia berjumpa dengan awak,” komen si isteri dengan muka yang kehairanan.

            “Kenapa pula Naz perlu beritahu perempuan ini. Siapa sebenarnya perempuan ini?” tertanya-tanya Khaalish dibuatnya.

            “Awak jumpa dia di Bali April lepas, kemudian jumpa lagi di Laos baru-baru ini. Couldn't be a coincidence,” si isteri membuat kesimpulan.

            “Jumpa di Bali secara kebetulan. Di Laos, memang saya pergi cari dia,” Khaalish membuat penerangan. Hairan juga dia, kenapa dia berasa bagai seorang tertuduh dalam mahkamah pula.

            “Awak cari Naz?!! Buat apa?!!”  suara si isteri naik tiba-tiba.

            “Azalea, cuba cakap elok-elok,” tegur sang suami.

            “Abang, ….... dia....,” jari ditunjuk ke arah tetamu, “pergi.... cari...... Naz.”

            “Abang pun dengar Azi,” tenang balasan suami.

            “Itu yang saya nak tahu, buat apa dia pergi cari Naz!” suaranya meninggi semula.

            “Adalah hal tu,” sang suami cuba menenangkan si isteri.

            “Apa hal awak pergi cari Naz? Sampai ke Luang Prabang pulak tu?” tanpa segan silu wanita itu menyoal Khaalish.

            Kelat juga rasa hati Khaalish, “siapa perempuan ini nak soal aku macam-macam?”

            Namun muka dimaniskan kerana dia pasti wanita ini seseorang yang penting bagi Naz. Jika tidak, masakan buah tangan dikirimkan kepada wanita ini dan bukannya kepada ibu sendiri.

            “Saya pergi melawat dia. Nak pastikan dia okey,”

            “Hairan saya, sejak bila awak mula ambil berat tentang Naz?” soalan atau sindiran?

            “Encik....,” celah sang suami cepat-cepat.

            “Khaalish, panggil saya Khaalish sahaja. Tak perlu Encik-encik.”

            “Khaalish, minta maaflah, isteri saya ini asyik bertanya itu ini. Azi ni bukan apa, dia dengan Naz tu dah macam kakak dengan adik,” terang sang suami, tidak selesa dengan nada suara isteri.

            “Oh... tak apa, tak apa. Saya tak kisah,” balas Khaalish, namun dalam kepala masih tertanya-tanya tentang hubungan Azalea dengan Naz. Kakak angkat? Sejak bila? Rapat sangatkah?

            “Kalau tak kisah, cakaplah kenapa awak pergi cari Naz?” nada suara Azalea bagai mencabar.

            “Saya bimbangkan dia, jauh di negeri orang.”

            “Awak bimbangkan dia?..... I think I am missing something here. Apa hubungan awak dengan Naz sekarang?”      

            “Aziiiiii.....,” nama isteri diseru bagaikan menegur.

            “Abang, dia datang ke rumah kita. Bukan kita yang pergi cari dia. Biarlah saya nak bertanya. The fact that he went to look for Naz worries me,” terang si isteri tanpa berselindung dari sang tetamu.

            “Puan Azalea, saya tak faham. Kenapa Puan perlu bimbang bila saya pergi berjumpa dengan Naz. Saya tunangnya. Takkan saya nak apa-apakan dia,” lembut tutur Khaalish, cuba mengelakkan dari amarah.

            “Tunang? Bukan bekas tunang?” sergah Azalea.

            “Saya tak pasti apa yang Naz ceritakan kepada Puan. Tapi kami tidak pernah putus tunang,” tenang sahaja jawapan Khaalish.

            “Tak pernah putus tunang?!! Kalau tak pernah putus tunang, kenapa awak tidak pernah ambil tahu tentang dia? Semasa dia kena seksa dengan bapanya? Semasa dia hidup susah di Amerika?” bertubi-tubi serangan kakak angkat Naz.

            “Azi, yang awak nak marah-marah ni kenapa? Dia kan tetamu kita. Datang pula bawa buah tangan dari adik angkat awak,” sang suami cuba menyabarkan si isteri.

            Khaalish pula sibuk memproses maklumat yang baru dia dengar, “Kena seksa dengan bapanya? Hidup susah di Amerika?”

            “Puan Azalea, apa berlaku kepada Naz sebenarnya? Saya tak tahu....” cubaan Khaalish  untuk menyiasat.

            “Macam mana nak tahu, dah awak tak pernah ambil tahu!” suara Azalea sudah hampir terjerit.

            “Azi, yang awak terjerit-jerit ini kenapa? Perangai tu biar sesuai dengan tahap pendidikan awak,” suara sang suami sudah mula berbunyi tegas.

            “Abang, bukannya awak sendiri tak tengok betapa teruknya hidup Naz sejak dia bertunang dengan lelaki yang....., yang....... Eeeeee! Bila saya teringat saya rasa marah sangat-sangat tahu!!” marah Azalea bersambung, tangannya memicit lututnya, menahan geram.

            “Azi, marah-marah pun apa guna? Naz kan dah okey sekarang,” pujuk suaminya.

            “Alhamdulillah, dia dah okey.  Itu yang saya bimbang tu, lelaki ini muncul kembali. Dia nak huru harakan hidup Naz lagikah?” jari telunjuk dihalakan ke arah Zaim Khaalish.

            “Saya minta maaf atas apa yang berlaku empat tahun dulu. Keluarga saya dan saya sendiri mempergunakan Naz. Saya akui saya memang mementingkan diri sendiri. Kalau saya tidak terjumpa dengan Naz April lalu, boleh jadi sehingga sekarang saya tidak sedar apa yang dia lalui. Saya kesal dengan apa yang telah berlaku. Saya ingin menebus kesalahan saya kepadanya.....” panjang lebar ucapan mohon maaf Khaalish.

            “Kalau awak hendak menebus kesalahan, saya nasihatkan awah jauhi diri awak dari Naz. Biar dia teruskan hidupnya dengan aman. Sekarang ini emosinya dah stabil, dia enjoy dengan kerjanya, harap-harap dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. She deserves it after what she has gone through,” nasihat Azalea, suaranya sudah tenang kembali.

            “Bertemu jodoh? Macam mana tu? Saya kan tunangnya?” soal Khaalish, sedikit rasa tergugat dengan apa yang dikatakan Azalea.

            “Selepas apa yang berlaku, awak rasa Naz boleh terima awakkah? Saya rasa lebih baik kalau awak dan Naz lupakan sahaja apa yang berlaku, putuskan pertunangan, cari pasangan lain, move on with your life,” nasihat Azalea bersambung.

            “Saya tak boleh nak move on, saya dah jatuh cinta dengan Naz....”

            “What the ….. huh!!! Astagafirullahilaziiiiiiiim,” terkejut Azalea, siap berdiri dia, tangan kiri di pinggang, tangan kanan di dahi.

            “Azi....calm down....” pujuk sang suami.

            “Saya nak kahwin dengan dia,” kenyataan Khaalish berbunyi muktamad.

            Hening seketika ruang tamu itu. Azalea sudah duduk semula, suaminya mengusap-ngusap belakangnya dengan lembut.

            Akhirnya Azalea bersuara lagi, perlahan nada suaranya, “Boleh tak saya minta dengan awak jangan seksa Naz lagi? Naz akan hidup terseksa jika dia berkahwin dengan awak. Sudahlah, jangan cari dia lagi.”

            “Puan Azalea, saya berjanji saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk bahagiakan Naz. Saya betul-betul sayangkan dia...” sesungguh hati Khaalish cuba menyakinkan Azalea.

            “Abang... saya nak skype Naz. I need to talk to her, saya bimbangkan dia,” kata Azalea sambil bingkas bangun dan bergerak ke arah tangga ke tingkat atas tanpa mengendahkan tetamunya.

            Suaminya hanya mampu memandang. Mungkin elok jika Azalea bercakap dengan Naz, berhadapan dengan tunang Naz pun asyik membaran sahaja.

            “Encik, saya minta maaf, datang ke rumah Encik dan buat kecoh macam ini,” kata Khaalish setelah Azalea berlalu pergi.

            Suami Azalea merenung dalam wajah pemuda di hadapannya. Kacak dan nampak macam orang baik-baik.

            “Tak adalah nampak macam gaya orang yang tak berperasaan saja menganiaya anak dara orang...” fikirnya.

            “Saya Naim,” walau terlambat, masih elok jika berkenalan.

            “Saya pun nak minta maaf bagi pihak isteri saya. Dia itu sayangkan Naz sangat-sangat. Dah lama juga mereka berkenalan. Dari masa Naz belajar di USM. Isteri saya pada masa tu, tutor Naz,” dengan tenang Naim memulakan cerita.

            “Encik Naim...”

            “Naim saja, tak perlu berencik-encik.”

            “Naim, boleh ceritakan apa yang berlaku empat tahun dahulu,” tanya Khaalish.

            “Eh, awak yang bertunang, macam mana pula awak tak tahu apa-apa?” Naim pula yang bertanya.

            Maka terpaksalah Khaalish bercerita tentang kisah lama yang dia cuba padam dari sejarah hidupnya, “Mak saya tidak bersetuju dengan pilihan hati saya. Untuk memutuskan hubungan kami, dia tunangkan saya dengan Naz. Selepas bertunang itu, memang saya tidak pernah dan tidak berminat untuk ambil tahu tentang Naz. Pada masa itu, saya masih lagi berusaha untuk memujuk mak saya untuk menerima pilihan hati saya. Tapi..... tapi.... gagal.”

            Jeda seketika, cuba menyusun kata…..

            “Apa sebenarnya yang berlaku pada Naz? Sehingga sekarang saya tidak tahu, Naz tak mahu buka mulut.”

            “Nak buka mulut apa, sedaya upaya dia cuba lupakan apa yang berlaku. Susah macam mana pun, dia berusaha kuat untuk teruskan hidup,” kata Naim, membuatkan Khaalish makin ingin tahu apa yang berlaku.

            “Naim, saya nak minta  awak tolong ceritakan kepada saya, boleh? Saya ikhlas nak kahwini Naz. Kalau saya tahu apa yang dia lalui, bolehlah saya tahu bagaimana nak bahagiakannya,” walau malu, Khaalish merayu.

            Terdiam Naim seketika, menimbang-nimbang apa yang harus dibuat, “apa kata Azalea? Seboleh-bolehnya Azalea mahu Khaalish jangan ganggu Naz lagi. Tapi si Khaalish ni nampak boleh tahan degil orangnya.”

            Nafas ditarik dalam-dalam dan Naim bermula dengan sebuah pesanan, “Saya ceritakan ini sebab saya rasa, macam mana pun awak akan kejar Naz juga. Kalau awak betul-betul ikhlas macam yang awak kata, saya ceritakan. Jangan buat saya menyesal ceritakan hal ini kepada awak.”

            Cepat-cepat Khaalish mengangguk-anggukkan kepala.

            “Naz di tahun akhir di USM. Tiba-tiba disuruh pulang ke rumah, disuruh bertunang, tiada peluang untuk menolak. Selepas bertunang, dia balik ke USM, sambung pengajian. Bingung dia masa itu. Bertunang tapi macam tak bertunang. Kenal pun tidak, tunang pun macam tak kisah. Azi pada masa tu, nasihatkan dia supaya banyak buat solat hajat supaya pertunangannya berjalan lancar.”

            “Lepas habis pengajian, Naz tertunggu-tunggu. Tiada khabar berita bila nak kahwin, tunang pun terus berdiam diri. Keluarganya sendiri pun tak buka mulut apa-apa. Dia tertanya-tanya tentang status dirinya. Nak cari kerja, dilarang bapa. Nak sambung belajar hanya boleh di sekitar KL sahaja. Naz dapat tawaran sambung belajar di UMS Kota Kinabalu, bapanya koyakkan surat tawaran.”

            Khaalish tekun mendengar cerita Naim, sedar yang inilah peluangnya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

            “Satu hari Naz terdengar Mak Longnya berbincang dengan Maknya.  Rupanya keluarga Naz sendiri tidak tahu samada ibu bapa tunangnya mahu betul-betul kahwinkan anak mereka dengan Naz atau hanya sekadar menggunakan Naz untuk pisahkan anak mereka dengan girlfriendnya. Kata Mak Naz, Bapa Naz mahu tunggu sampai bila-bila. Kalau ibu bapa tunang Naz mahu ambil Naz buat menantu, dia suka benar sebab mereka orang berharta.”

            “Lepas dengar cerita sebenar, Naz terkejut besar, hampir nak break down dia. Tak sangka bapa sendiri sanggup buat begitu kepada anak. Barulah dia faham kenapa bapanya tak benarkan dia bekerja atau sambung belajar jauh-jauh. Hari-hari dia telefon Azi, kami pada masa tu sudah berada di Washington State, sambung belajar.”

            “Nak tunggu kahwin, kata Naz....kalau tunangnya tak nak, sampai bila dia nak tunggu? Kalau kahwin pula, apa jenis perkahwinan tu, boleh bahagiakah? Selepas hampir setengah tahun menunggu, tak ada berita apa-apa, Naz buat keputusan untuk belajar di Washington, dia ke sana senyap-senyap. Langsung tak bagi tahu mak bapanya. Kami di sanalah yang jadi keluarganya.” 

            Agak lama Khaalish terdiam, menghadamkan maklumat yang dia baru dapat. Ketat rasanya dada, memikirkan apa yang dilalui oleh Naz.

            “Naim, Naz dapat biasiswa apa  belajar di sana?” tanya Khaalish, kan mak bapa sendiri tidak tahu dia sambung belajar di luar negara.

            Meledak ketawa Naim, bikin Khaalish terpinga-pinga.

            “Naz kata dia dapat biasiswa Puan Sri Freida,” kata Naim dengan tawa yang bersisa.

            “Biasiswa Puan Sri Freida?” ulang Khaalish dengan kening berkait. Apa kena mengena pula dengan Mummynya?

            “Naz jual segala barang hantaran yang dia terima masa bertunang. Jam Rolex, beg tangan, kasut yang entah jenama apa, kain mahal, entah apa-apa lagi..... Duit hasil jualan itu dia gunakan untuk beli tiket kapal terbang, bayar yuran semester pertama, dan duit belanja.”

            “Tapi dia tak jual cincin tunang. Katanya satu hari nanti, dia nak pulangkan kepada keluarga tunangnya, sebagai tanda putus tunang.”

            “Bukan sahaja Naz tertekan secara mental, sudahlah kecewa dipergunakan oleh Bapa, Maknya pun tak buat apa-apa. Jumpa dengan kawan-kawan dan saudara mara, mereka asyik bertanya bila hendak kahwin. Malu, dirinya diperkotak-katikkan oleh sebuah keluarga ternama.....Tapi Naz juga merana hidup susah di Amerika. Duit hasil jualan barang-barang hantaran tunangnya tak bertahan lama. Walhal hidup di sana mahal, yuran pengajian pun tinggi. Naz bekerja siang malam, cari duit untuk hidup. Macam-macam kerja dia buat. Kesian sungguh, musim panas, kerja di ladang, kerja di taska. Waktu semester berjalan, kerja jadi pelayan restoran, hujung minggu kerja pencuci di panggung wayang. Kami ajak dia duduk dengan kami sahaja, boleh jimat duit tapi dia tak mahu menyusahkan siapa-siapa. Rumah sewa kami di sana pun kecil sahaja.”

            “Tapi Naz cekal orangnya. Untuk berjimat, dia ikat perut. Kain baju beli di kedai second-hand sahaja. Dapat zakat dari masjid. Akhirnya tamat juga pengajian, dapat kerja mengajar di Qatar. Lumayan juga gajinya. Hairan juga kenapa sekarang dia bekerja di Laos. Gajinya tentu tak setanding dengan gaji di Qatar.”

            Usai mendengar cerita Naim, Khaalish diam tidak terkata. Sejak dari saat dia bertunang dengan Dora, dia tidak pernah ambil tahu. Fikirannya ketika itu hanya pada Ilsa, buah hatinya, yang cuba disingkirkan oleh Mummy. Mummy kejam terhadap Ilsa atas alasan mahu melindungi anak tunggal. Puas dia cuba mempertahankan Ilsa, tapi di penghujung kisahnya ……. impian untuk hidup bersama Ilsa musnah juga. Dan mulalah dia keluar dengan entah berapa orang perempuan. Seorang demi seorang..... selama empat tahun!

            Dia tidak pernah terfikirkan tentang Dora, tunangnya. Sangkanya Dora seorang gadis materialistik, sanggup bertunang dengan anak orang kaya kerana tamakkan harta. Dia tidak pernah terfikir Dora dipaksa keluarga.....Itulah! Dia tidak pernah terfikir tentang Dora!

            Dan sekarang dia tidak dapat berhenti berfikir tentang Naz!! Bagaimana dia hendak dapatkan kemaafan dari gadis yang terseret dalam duka hanya kerananya?

79 comments:

  1. ohh cik writer lme ny sy tgu en3 ni keke
    sadis idop Naz kt Amerika,.msk la ko Khaal nk pikir cemane nk pujuk Naz ngeh3,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bz la cik wan. tp bab 17 sy harap dapat naikkan wiken ry hj ni, insyaallah.

      hmmm rasa2nya cemana ek khaal pujuk Naz?

      Delete
  2. Kesiannya dkt Dora.....nak salahkan Khaalish pun tak boleh jugak sbb parents yg punya arrangement. Tapi itulah...lelaki bukan luak apa pum. Perempuan jugak yang seksanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm bukan salah Khaalish, i suppose so, mummy dia lah kannnn

      Delete
  3. Replies
    1. tq....Yuhaniza ni ke yg berbalas2 emel pasal hingga skrg belum tau ending pms?

      Delete
  4. wah.. best la tak sabar nak tunggu cite selanjutnya

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tq ER, good luck this nov for yr coming book!

      Delete
  6. Nice entry! sedihnya hidup naz..and i like how strong she is to survive without help from her family

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan i suka strong heroines. Una is strong in her own way, Naz pun and Fayqa is gonna be super strong!

      Delete
    2. Fayqa? (lost sekejap... Errkkk )

      Delete
    3. Rhyz....fayqa is the heroine of third story, he he he. citer no 2 tak siap lagi dah berangan nak tulis citer no. 2

      Delete
  7. Yess ada entry baru... Patut la naz marah sgt sian betul ngan naz lbh kurang macam gantung x bertali jgk bezanya dorang ni lum kahwin jerk huhuhu sian betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha gantung tak bertali tapi tak nikah! insteresting way of putting it

      Delete
  8. Oooo begitu ceritanya,.... Laaa cian deh loe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah ceritanya....pastu cerita ke depan plak....cabaran lain plak

      Delete
  9. Okay siapkan manuskrip cpt..cpt dpt bc full...bc tesekat2,nafas pun jd tsekat2 haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemana syarp, dah tulisnya pun tersekat2 :)

      Delete
  10. tabahnya naz..abislah awak cik khalish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont be seprais, they are not going to fight cam tipikal couple2 melayu nih he he

      Delete
  11. ohhhh naz, i knw how it feels just trying to make ends-meet, lbh2 lagi kat tmpt org, kalau tak cekal & pnjg akal blh lari iman di dada!!! syg sgt kak azi...mcm 'big momma' gitu...en khal blh 'di dera' slow2 ya cik nina...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. based on own experience ke babe? i pun cenggitu dulu, tu yg tulis naz cam ni

      Delete
  12. saya suka bab ni! tabah betul naz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm sy nak tulis ttg wanita2 yg kuat! tanak yg berendam rendam air mata gitu. btw dear am so bz that i hv not posted yr book, sigh! mmg tgh bz giler, then mlm pengsan jer. stres2 tulis knk

      Delete
    2. x pe kak.. i'll wait until u tak bz.. bila2 je.. dah.. dah.. jgn stress2.. hehe

      Delete
  13. Nina, I've found the word. INSPIRING! :D

    Anyway, congratulation sbb KNK dah dapat offer. (wpun secara verbal but I'll keep on praying it will be official, soon! heheh)

    As for Khaalish, you really need to work hard to win Naz's heart back. Really, really hard. All the best to you, bro! *dear miss writer, silalah 'dera' dia cukup2 sebelum he gets the girl ye. Kesian kot tengok apa yang Naz lalui. Haishhh... I know how she felt. Study and working at the same time. Mujur saja I dalam negara. Kalau oversea like her, mahu meraung nak balik! hehehe.

    p/s: Azi reminds me a lot of my bestfriend. Overprotective but I love her anyway. Unfortunately she's not into novel. Kalau tak, mmg I dah drag dia ke blog you ni. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo i like INSPIRING!! wow, what an honour to link this adjective to my tulisan picisan :) (berangan nak jadi andrea hirata!)

      dera cukup2? ada gak reader yg suruh bagi derang kawin cepat2. so dera lepas kawin gitu he he

      nnt la tunggu masuk Mummy Khaal baru ada thrill he he

      Delete
  14. So sad....memang patut lah Naz susah nak terima Khaalish dalam hidup dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm yg org kata tu...Tuhan beri ribut dan kilat sebab lepas tu ada pelangi :)

      Delete
  15. :( sian naz... good luck khal, smoga dpt la tawan hati naz. betullah naz kata awal2 jumpa, "bercinta x pernah tapi dah kecewa". khal.. pls make sure ur monster mummy x dera naz pulak lepas dah couple... congrats nina, x sabar nak beli ur 2nd novel.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm norana, u mmg reader yg teliti. ada lagi klu2 kat bab2 dpn tu. nnt when the story unfold, we can join the dots

      Delete
  16. alahai!nape lah sukar nye perjalanan hidup naz,pas bertunang ngan khaalish!!!no wonder lah naz try to get lost,tunang nye from her life....please writer give lesson to khaalish b4 nas leh terima nye as a fiance...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he ini geng yg kempen suruh dera khaal ye :)

      Delete
  17. Ahh...kesiannya kat Naz, tp lagi kesian ngan Khaalish sb jalan yg berliku utk memenangi hati seorang Naz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa pn mawar plak penyokong Khaal :)

      Delete
  18. Heheeee.. Cik Nina,

    Bab kejar-mengejar dah bermula. Khaalish kena cepat-2 kejar Naz sebelum terlambat. Lepas ini Khaalish kena ganti balik apa yg dh dia buat kat Naz kalu nak bersama dgnnya. Harap-2 hati Naz cair. tak banyak sikit pun jadilah..

    Khaalish, aja-aja fighting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang lagi penyokong Khaal!! waa kena kira ni berapa penyokong khaal, brp penyokong naz

      Delete
  19. Tabahnya naz...khalish u have 2 work harder ehemm try your strongest charm 2 win her !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes he will :)

      "mulai dari hari ini, saya janji saya tidak akan pernah perlu minta maaf dengan awak lagi"

      ok tak? jeng jeng jeng

      Delete
    2. wow... khal, akak pun leh cair lau dia ckp kat akak mcm tu.. sweet.. khal pls prove it.

      Delete
  20. oh3.....sungguh tabah gadis yang bernama Naz itu....
    tahniah3 Nina walau x secara bertulis lagi...tp kite ucap tahniah in advance hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu tengkiu cik stroberi.... tu lah kena taip laju2...dan curi2 masa... kat airport pun menaip. org ingat taip report kebende, rupa2nya taip citer cinta wa ka ka

      Delete
  21. aiseyman nina...awk berjaya buat sy menangis dgn chapter nih...sampai mcm tu skali bapa naz buat kat dia...so no wonder lah bla naz tk layan bapa die ...sampai org lain yang dianggap keluarga...sy sedih!!!!! ...tp sy harap naz tk marah lama kat bapa die...kita org islam...sbg anak naz kna hormat mereka...sebak dada sy pk kan nasib naz...tgh2 chapter sy pun berdiri skali letak tangan kat dahi...satu kat pinggang....terkejut mcm azalea jugak....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sampai nangis? saya ni baba tulis scene2 sedih mmg la tak pandai, so surprised jg bila zoey kata sampai nangis ...
      nnt kan ada part yg fokus on naz and bapa dia...

      Delete
    2. ohh...sy alahan when it comes to family relationship sbb sy ngan mak and abah are close...kalo yg lain2 sy ok jers...hopefully the feud can be resolved soon...

      Delete
  22. Salam Sis..

    E3 yg membawa kita ke memory lane kehidupan Naz dan juga E3 yg merungkaikan kisah silam Naz 4 tahun yang lalu..kenapa Naz kini tidak boleh berkompromi dengannya bila bercakap pasal soal hati dan perasaan..apatah lagi bila dia mempersoalkan mengenai hubungan mereka yg masih lagi valid bergelar “tunangan”..boleh meroyan sigadis pujaan hatinya itu...!!!

    Misi pencarian Khaalish utk menyelongkar misteri kebencian yg tidak bertepi Naz terhadapnya bermula bila dia bersusah payah menjejak keluarga angkat Naz yg bermastautin di Seberang Perai..dengan berbekalkan keyakinan dan perasaan ingin tahu untuk mengupas penolakan Naz dan kenapa Naz tidak dapat memberikan peluang kedua kepada nya. Dia mengambil flight dari Luang Prabang ke Seberang Prai dan hari yg sama menapak kerumah Azalea dan Naim yg merupakan sepasang suami isteri. Kedatangan yg disambut dengan dingin dan penuh dengan kata kata cynical oleh kak angkat Naz tanpa memberi peluang dan ruang untuk dirinya membela diri tetapi telah dijatuhkan hukuman mandatori bersalah keatas apa yg berlaku kepada Naz 4 tahun yang lalu.

    Bagi akak untuk meletakkan kesemua kesalahan dibahu Khaalish dan familynya mmg lah tidak masuk akal dan amatlah berat sebelah..it's make 2 to tango and it makes ...2 hands to claps to make a sound..right?
    Melihatkan kesungguhan Khaalish untuk memikat kembali Naz dan sedar akan kesalahan diri dan familinya membuat akak dan mungkin juga yr die hard fan tertanya tanya..siapakah yg bersalah..dan siapakah yg patut dikasihankan..dalam isu ini...

    Dimanakah rasionalnya si gadis yg bernama Naz ini kan..dari permulaan lagi bila mengetahui yg pertunangannya adalah hanya satu percaturan permainan yg dimainkan oleh keluarga Khaalish untuk memisahkan anaknya dengan gadis yg tidak disukai oleh ibunya mmglah kejamkan.. Nampaknya semua jari menuding kearah diri Khaalish dan familinya sahaja..kan..sedangkan kesalahan juga berpihak kepada keluarga Naz...kalau kita lihat dari mata kasar.. kita..seakan akan melihat yang maruah Naz diinjak injak dan diletakkan dibawah tapak kasut Pn Sri Freida dan keluarganya...tapi dari mata Khaalish dan keluarganya..kesalahan sepatutnya diletakkan dibahu famili Naz..kerana sifat materialistik ..kerakusan dan ketamakan ayahnya mengejar harta..wang dan juga kedudukan dimata masyarakat sehingga sanggup ayahnya menolak tepi maruah dirinya dan isu menjual maruah dan diri Naz diperkotak katikan tidak timbul..betul tak...sebab famili Khaalish telah merewardkan tender berjutaan ringgit pada ayah Naz utk dicompensate the losses yg ditanggung oleh famili Naz untuk pertunangan decoy ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan dik..

      Perjalanan hidup Naz yg sukar selama 4 tahun yg lalu adalah pilihannya kerana dia sendiri yg mahu mencorakkan kehidupannya begitu..melarikan diri kerana rajuk dan sakit hatinya tanpa pengetahuan dan kebenaran familinya..bagi pandangan akak..tiada ibubapa yg kejam dan jahat kan bila mereka melahirkan..membesarkan ..memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak anak..mungkin Naz kurang matang waktu itu untuk melihat kesemuanya...dan kini dia sendiri yg meminggirkan dirinya dan menutup mata hatinya ....untuk melihat kebenaran..

      Sepatutnya kita bersimpati dengan Khaalish ...dan familinya..kerana sayangkan anaknya Pn Sri Freida sanggup meletakkan juga maruahnya ketepi bila Khaalish mahu berkawen dengan gadis pilihannya yg mungkin telah diselediki oleh Pn Sri dan Tan Sri hanya seorg gadis yg materialistik dan curang orangnya..dan pada masa yg sama tidak mahu hati anaknya terluka ..dia sanggup meminta pertolongan ayah Naz yg merupakan kawan karib Tan Sri ..dengan ganjaran tender sebagai galang gantinya untuk pertunangan olok oloknya antara khaalish dan Naz..sebab itu agaknya bila soalan mengenai Naz dilontarkan kepada mamanya ..sikap acuh dan tidak acuh sahaja yg dipamerkan.. dan Khaalish sendiri tahu bahawa pertunangan antara dia dengan Naz hanyalah untuk memisahkan perhubungannya dengan kekasihnya..apatah lagi bila dia mendapat tahu bahawa keluarga gadis itu telah dibayar dan ganjarannya mmg tinggi..sudah tentu persepsi Khaalish pun akan sama seperti kita..kita akan judge juga yg sigadis ini bagaimana sikap dan orangnya kan.. kerana itu sikap dan persepsinya berubah terhadap semua gadis yg ingin mendekatinya..kenapa sikapnya begini..dia digelar buaya tembaga..yg hot..kassanova..playboy ..smooth talker dan macam macam lagi yg telah diwarnakan oleh kawan kawan dan gadis gadis yg dikenalinya..sedangkan dia hanya mahu memprotes tindakan ibu dan ayahnya dan sekaligus ingin menjaga hatinya dari dilukai lagi..

      Pergh dik ..membaca E3 ini ..ia mencuit hati akak ..rasa .. marah dan geram yg tak dapat diluahkan pada watak Naz yg dicipatakan oleh adik..bagi akak si Naz ini ..tidak mengukur baju dibadannya sendiri ..meludah kelangit tetapi jatuh kemukanya sendiri.. menyalahkan Khaalish kerana hidup nya sebegitu..sedangkan pilihan ada ditangannya..yr life is yr choise..what it’s gonna be..right..dia yg menghukum dirinya sendiri..kan.. so..khaalish ..with this info..you should give yr piece of mind to her..made her..realize ..that you are not wrong..kan..

      Macam pepatah selalu cakap cinta itu buta..dan segala kekurangan pasangan.. tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana hati tidak mendengar logiknya akal..itulah Khaalish..once he fall in love..he falls hard..and there is no turning back..kan.. alahai Nina..you are really a good writer..and i’m like khaalish..fall very hard with yr writing ...it’s like i’m addicted...

      Delete
    2. sowri..nina..if akak terover byk dalam meluahkan rasa hati..ek..ampun..

      Delete
    3. betul-betul betul (cam upin n ipin) famili khaal salah, famili naz pun salah, dan pasangan ni yg jadi korban. so by right cam ok sajalah kalau mereka jadi kan...tapi kelat rasa dari apa yg berlaku tu susah nak dilupakan....

      Delete
    4. reply to komen ida ke 2:

      perenggan pertama ...no komen. nanti kan ada lagi cerita ttg bapa Naz.

      perenggan ke2:
      "smooth talker dan macam macam lagi yg telah diwarnakan oleh kawan kawan dan gadis gadis yg dikenalinya..sedangkan dia hanya mahu memprotes tindakan ibu dan ayahnya dan sekaligus ingin menjaga hatinya dari dilukai lagi.."

      haaa yg ni pun kemudian akan terungkai....jeng jeng jeng

      perenggan ke3:
      wow! cenggitu ye? perspektif yg berbeza...tp kan kalau dia tunggu cemana? nak tunggu sampai tua? kalau kawin pula? hmmm nak jadi macam Una?

      perenggan ke4:
      he falls hard... tepat sekali, Khaal mmg cenggitu, dulu dgn Ilsa pastu dgn Naz.... suka kan lelaki yg falls hard ni :)

      waaah... ida buat saya perasan bila ida kata addicted to my writing (big smile....saya menulis sebab saya suka perasan) LOL

      Delete
    5. ida... tak perlu minta sorri, i lurve yr loooong comments :)

      Delete
  23. Dear Nina,

    Kesiannya kat khaalish, kena marah dah la penat bawa barang tup-tup kena serang....ha..ha..ha(dah akak suka kat khaalish so kena tulis macam ni laa)
    kesian jugak kat naz...tabah rupanya si naz ni...tapi tak apa jangan risau your super hero is coming to save your life..
    nina next entry please, tak sabar nak tau next entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha kak fadz mmg penyokong khaal dari awal

      later kan, i am sure youre gonna love him more....amboi!

      entah naz ni kan, kawin jer lah habis citer.... but then kalau saya evil writer, kasi derang cepat2 kawin, pastu buat rumah tangga derang cam teruuuuuk sanhat

      dont worry its not gonna be like that...am hoping to make the story a lil bit different

      Delete
  24. Alamak..termasuk dalam alam Naz yg hidup bersusah payah di US...terus hiba. Khalish, please..please..please..jangan sakiti Naz lagi.. uhukkk (ter"emo")...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he's gonna make her his princess....(all together now.....awwww...so sweet) :)

      Delete
  25. br khalish tau mcm mn susah nyer naz a.k.a dora survive....
    sian tau naz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kesiannnn, kalau dah nasib cam tu, kenalah berjuang...tak suka lah heroin yg berendam air mata kan?

      Delete
  26. Salam Eid Adha Nina...

    Ohh begitu kisah Naz rupanya. So sad n yet she's so strong n full of will power. Tak sangka ibubapa sendiri boleh buat mcm tu pada anak sendiri.

    Hope Khaal will redeem himself (work hard Khaal) to win Naz's heart . Apa pun to Naz...dont make it easy for Khaal. Jual Mahal skit eh.

    Thanx Nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm jual mahal...Naz is trying to find ketenangan dirikan, dia tak mau marah2 so dia civil sajalah dengan Naz..

      Delete
  27. Dear Nina...

    Bergenang gak la ayor mato den nih bc n3 nih....T_T
    t'bayang2 kepayahan Naz tuh...
    susah tol nk belajo..tp syukur la b'jaya juga akhirnya..

    Khaal mmg laki2 yg x b'salah at the 1st place actually(perhaps!!)
    hopefully khaal x sia2kn hidup naz nnt....(tersyahdu plk!!)

    k Nina, Salam Aidil Adha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. khaal x bersalah...families derang yg bersalah...derang dua mangsa keadaan. pastu dua2 mangsa tu pulak cam nak jadi sesuatuh....waaa itu yg harapnya buat citer ni interesting :)

      Delete
  28. ape ek nama penuh Naz? bace tgh2 pun nak tau gak what happen actually? penin sebenarnya...Jap tunang dgn naz, jap dgn Dora...hai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazrahani Idora. Family calls her Dora. Friends call her Naz.

      Delete
    2. oh... thanks atas pencerahan....

      Delete
  29. ade lagi soalan nih...tapi bukan sal KNK... sal manuskrip... kalau nak buat satu bab panjang cenggini brape page eh klu dlm bentuk manuskrip 1.5 spacing?

    ReplyDelete
  30. Between 5 to 11 pages. This one is 9 pages

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok thanks...kena belajar lagi nih dari penulis berpengalaman... :D

      Delete
    2. no lah, tak de pengalaman, baru 1 buku terbit. my advice on writing is just write, pour out all the ideas, later boleh edit, good luck! :)

      Delete
  31. What's life without ups and downs, turbulence and calm, tears and joy..

    Anticipating a long journey of discoveries of truth, bitterness and grudge to be pulled and thrown aside, love and happiness unfold (read: I super hope that this 'kau sempurnakan aku' to be doubled in length of PMS. Haha! )

    Bonne chance, dear Nina ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahh such wise words :)
      yes, thats life, whats important is our belief in Allah that good times are coming.

      double the length of pms, tak kut...my stamina is limited, he he

      ni pun penerbit dah kasi deadline. and i am only at chap 16. dgn out stn and new projects coming in at the office...i can only say ayoyo! :)

      Delete
  32. Salam Aidil Adha to Cik Nina and All...masak sup tulang tu jgn lupa we all....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Aidil Adha to you too dear! waaa...tak jadi pun tulis KNK bab 17 hari ni, asyik dok qadha tidur je. cam demam urat pun ada....

      Delete
  33. Go Kak Hanina! Go Kak Hanina! Tak sangka cerita disebaliknya sedih begini. Keep on surprising us ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? ke dpn nnt ada surprise lagi tak? hmmm actually ada! i hope :)

      Delete
  34. nina ku syg.. bila nak up bab 17??? dah x berapa lena tido ni dok teringat naz & khal je memanjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear, cuti raya tu, Ahad kerja juga. Jumaat and Sabtu balas dendam tido. Bab 17 sudah bermula, harap2 hujung minggu ni siap, Khamis or Jumaat.

      Delete
  35. Oh my... Just read it.. Nina ... I cant wait to read the whole book... Love it so much.. If possible nak yg ada tt you :)

    ReplyDelete