Wednesday, 31 October 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 17 (lengkap)


Salam dears, haaa ni Bab 17 lengkap, sorry tersekat2 naikkan. 12 muka surat, ok! Kalau boleh saya nak naikkan KNK 2 bab seminggu (hah berangan!). Penerbit kata nak full manuscript by Dec, urrrghh!!

BTW, saya baru perasan PMS masih dalam carta Popular, TQVM for yr support. Bagi yang minta saya poskan PMS, saya minta maaf sangat2 sebab lewat melayan anda. Kerja saya ni bila disuruh attend meeting sana, sini, kena lah ikut arahan. Dah tu bila balik ofis macam kapal karam!! Tapi InsyaAllah, saya usahakan sehari dua ini. Special apologies to Adik Manis and a reader in the UK!

Bab 17

Pagi Sabtu itu, seperti pagi-pagi hujung minggu yang lain, Naz bangun lewat. Seperti biasa dia berjaga sehingga dini hari. Cuba menulis tetapi tidak berjaya. Ayat-ayat yang dikarang kejung kaku,  tiada ruh, tiada nyawa.

            “Oooooh, Ilham, ke mana kau pergi?” keluh Naz, mindanya kering kontang bagai Sahara.

            “Ilham tiada, mood pun tiada. Habis nak meringkuk di atas katil sepanjang hujung minggu? Eeee, buat buang masa!”

            Dulu semasa di Amerika dan Qatar, jika tiada ilham, dia melepak dengan Reham atau dengan Ozgur. Ada sahaja aktiviti spontan yang akan mereka buat. Berkereta ke pantai, menonton wayang, tengok TV bersama-sama, menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku. Tinggal di Luang Prabhang ini dia mati kutu. Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek, aktiviti mereka cuma tiga: membaca, menulis, beribadat!

            Hendak merayau-rayau ke pusat-pusat tarikan pelancong di sekitar Luang Prabang pun malas rasanya kerana Naz memang tidak gemar melancong bersendirian. Hendak membaca buku, stok buku bacaannya sudah habis, entah bila berpeluang membeli buku-buku baru. Hendak melayar internet, aduh takkan 24 jam nak mengadap internet?

            Usai bersarapan roti bakar dua keping disapu mentaga dan secawan kopi, Naz memaksa dirinya keluar. Dari termenung di rumah, baik termenung di tepi Sg. Mekong. Komputer ribanya disumbat ke dalam beg sandangnya, kasut disarung dan dia melangkah keluar.

            Berselisih pula dengan Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek di depan pintu pagar rumah. Mereka baru pulang dari bersedekah kepada sami-sami.

“Sabai de, Ahjan, Dr.,” ucap Naz, kedua belah tangan yang bertekap dirapatkan ke dada sebagai tanda hormat kepada kedua orang cendiakawan merangkap bos-bosnya.

“Sabai de, Naz. Tunang awak tak datang hujung minggu ini?” santai Ahjan Wayuppa bertanya. 

“Err, tak, Ahjan,” terkejut juga Naz dengan soalan bosnya.

“Kesiannya awak tertunggu-tunggukan dia dua minggu ini. Agaknya dia sibuk dengan kerja. Mungkin minggu depan dia datang,” kata Ahjan Wayuppa bagai memujuk.

“Errr, agaknya lah, Ahjan…… Errr, saya jalan dulu ye,” Naz meminta diri.

“Muka aku ni macam muka orang tertunggu-tunggu tunangkah?” tertanya-tanya Naz pada diri sendiri sambil kaki dihayun ke arah Sg. Mekong, “tapi kalau dia datang bagus juga, ada lawan bergaduh. Tak adalah aku mati kutu sorang-sorang di Luang Prabhang ini, he he.”

Belum habis Naz ketawa kecil dengan lawak bodohnya, nah itu dia! Tunang teknikalnya sudah terconggok di meja kegemaran Naz di café terbuka di tebing Sg. Mekong.

“Dia datang lagi?” terlintas soalan di kepala Naz. Mulut cepat-cepat ditutup, rasa terkejutnya cuba disorokkan.

“Assalamualaikum,” ucap Naz, sambil mengambil tempat duduk di meja kegemarannya yang mengadap Sg. Mekong. Nak lari? Dari lelaki degil macam Zaim Khaalish ni?

“Waalaikumsalam,” balas Khaalish, sedikit terkejut yang Naz tidak cuba melarikan diri.

Jeda, keduanya berasa tidak selesa.

“I’m sorry to disappoint you,” akhirnya Khaalish bersuara.

“Hah?” balas Naz terpinga-pinga.

“Pasal kapal terbang terhempas tu….” kata Khaalish perlahan, namun senyum nakal sudah terbit di bibirnya.

“Astaghafirullahilazim…..saya minta maaf sangat-sangat. Doakan awak yang buruk-buruk. Itulah kalau nafsu amarah dah kawal otak dan lidah kita. Maaf ya..” panjang lebar Naz minta maaf. Mukanya sudah kemerah-merahan, menahan malu dengan perangai buruknya.

“Okey…” ringkas jawapan Khaalish.

“Okey apa?” masih tak habis blurr si Naz.

“Okey, saya maafkan awak.”

“Lega saya….,” Naz tersengih lebar.

Wajah gadis yang dirinduinya ditatap puas-puas. Dua minggu berpisah! Kalau boleh setiap hujung minggu mahu ke Luang Prabhang, berjumpa si dia. Tapi tuntutan kerja dan keluarga tidak boleh ditolak ke tepi dengan mudah.

“Ah! Kalau boleh nak culik dia, bawa balik ke Malaysia, kunci dalam penthouse aku. Jangan benarkan dia ke mana-mana!” bentak hati Khaalish.

Tersengih Khaalish sendiri bila memikirkan idea terdesak dan bodoh yang boleh terlintas dalam kepalanya.

“Apa?” tanya Naz yang sudah tidak selesa bila wajahnya direnung dalam-dalam.

“Lambat awak datang menulis pagi ini,” Khaalish membuka topik baru, dalam otak berfikir, “Idea culik, itu Plan Z. Kalau Plan A hingga Y tidak berjaya.”

“Tidur lewat.”

“Banyak menulis?” tanya si jejaka.

“Hah, sekerat muka surat pun tak dapat,” keluh Naz dalam hati, “Adalah sikit,” itu jawapan yang diberi.

Asal rancangan hendak termenung di tebing sungai sambil melihat bot-bot dan sampan-sampan, tetapi bila ada anak jutawan seorang ini, entah kenapa Naz terasa dia perlu berlakon menulis. Komputer riba nipis dan comelnya dikeluarkan, dipasang dan …..wah….magis! Meluncur idea-idea keluar mencurah-curah. Jarinya laju menaip, bimbang tak sempat hendak dirakam segala idea di skrin komputer.

Selepas hampir dua jam menaip tanpa henti, jari-jari Naz terasa sudah kejang! Lalu dia berhenti seketika sambil meregang-regankan tangannya. Matanya berlaga dengan mata si jejaka yang sedari tadi diam membisu walau duduk semeja.

“Banyaknya idea,” komen si jejaka.

“Alhamdulillah,” balas Naz dengan senyum menyeringai, bahagia sangat dengan curahan idea selepas kering kontang selama dua minggu. Sempat lagi mengeliat kecil, lega rasa bahunya.

“Naz…,” nama Naz disebut, kedengaran bagai sebuah keluhan.

“Hmm?”

“Saya ke rumah Azalea dan Naim.”

“Tahu,” jawab Naz ringkas, kan Kak Azi dah skype dengan dia hari tu. Puas jugalah mendengar tazkirah kakak kesayangannya tu.

 “Saya minta awak poskan sahaja. Buat apa awak susah payah ke Pulau Pinang hantar bungkusan tu?”

“Curious….saya ingin tahu siapa Azalea. Kenapa dia penting sangat bagi awak.”

“Dah tahu kan?”

“Dah tahu….semua.”

Kening Naz terjungkit mendengar perkataan “semua.”

“Naz……”

“Alaaaaaahai, lemah aku bila sebut nama aku macam tu….” Bisik Naz dalam hati, di luar riak muka dikawal.

“Saya minta maaf.”

“Malam tu di rumah bapa saya, awak sudah minta maafkan,” cepat-cepat Naz mencelah, tidak selesa untuk berbincang tentang sejarah silam dengan tunang teknikalnya.

“Saya rasa saya perlu minta maaf sekali lagi, selepas saya tahu kisah sebenar tentang pertunangan kita, tentang cabaran awak semasa di Amerika.”

“Tak perlu, malam tu, di rumah bapa saya, saya dah maafkan awak secara pukal.”

Muka Khaalish sudah berkerut mendengar istilah “maaf secara pukal.”

Naz pula sudah terbahak-bahak ketawa, di sendiri tidak sangka boleh keluar istilah “maafkan secara pukal” boleh keluar dari mulutnya.

“Naz, saya serius.”

“Pun tak perlu.”

Sekali lagi muka Khaalish berkerut.

“Naz….saya perlukan kemaafan awak. Awak tak boleh bayangkan perasaan saya bila saya mendengar cerita sebenar.”

“Khaalish. Satu, bukan salah awak pun. Yang aturkan pertunangan tu mak awak dan bapa saya. Dua, awak pun terpaksa. Kalau saja-saja, saya rasa awak pun tak mahu bertunang dengan saya. Tiga, awak pun terseksa kan, terpaksa berpisah dengan awek awak tu. Empat, walau pun susah, sebenarnya, pengalaman saya di Amerika sangat berharga. Saya dapat kawan-kawan sejati, saya dapat ilmu, saya dapat kenali diri saya sebenar-benarnya. So, I’m fine. Dari pengalaman ini, banyak hikmahnya.”

Terdiam Khaalish mendengar penjelasan dari Naz. Setiap isi hujah Naz difikirnya dalam-dalam.

Akhirnya, dia bersedia dengan jawapannya, “Naz. Satu, walaupun bukan salah saya tetapi jika bukan disebabkan saya, tidaklah awak terpaksa melalui perkara-perkara yang pahit dalam hidup awak. Dua, dulu memang saya terpaksa, tapi sekarang saya rela. Tiga, saya sudah lama terima kenyataan yang tiada jodoh antara saya dan dia. Empat, ya pengalaman ini memang ada hikmahnya. Sebab saya diketemukan dengan awak.”

“Ceh…panjang pula jawapan dia,” dengus Naz dalam hati, pening juga nak menghadamkan jawapan tunang teknikalnya ini.

“Naz…”

“Okey-okey, saya sedang proses apa yang awak kata tu,” Naz cuba mencari idea baru untuk membalas kata-kata Khaalish.

“Yang mana satu? Point satu, dua, tiga atau empat?” tanya Khaalish dengan senyuman nakal melebar di muka.

“Nak saya simpulkan? Saya tetap nak minta maaf. Tapi saya nak bagi tahu awak yang saya sangat bersyukur Allah jodohkan saya dengan awak, walau bagaimana pun kita diketemukan.”

“Hah! Kalau sudah disimpulkan begitu, bagaimana lagi hendak mengelak bab dulu paksa, sekarang rela tu. Wah! Rumit ada tunang teknikal ini. Kan mudah kalau ada tunang konvensional sahaja,” fikir Naz.

“Biar saya rungkaikan simpulan awak ye. Maaf awak diterima. Jodoh pula…. Bagi saya antara kita ada sejarah yang kurang manis. Elok kita lupakan pasal pertunangan olok-olok kita ini. Kita mulakan hidup baru, InsyaAllah, akan ada jodoh yang lebih baik bagi kita.”

“Kenapa nak cari jodoh yang lain kalau di depan mata sudah sempurna?”

“Tsk…”

Baru sahaja Naz mahu membuka mulut, Khaalish sudah memotong, “Mungkin cara kita diketemukan kurang sempurna, tapi percayalah Naz, we are perfect for each other.”

“Okey, kalau ada lelaki kacak, kaya, caring macam si Khaalish ni….buat kenyataan maut…..we are perfect for each other….rasanya 99% populasi wanita bujang akan menganggukkan kepala, setuju bulat-bulat! Habis? I’m in that small 1% group?” fikir Naz.

“Khaalish…. Saya tak nafikan, you are perfect. Tapi saya rasa you are not perfect for me and I am not perfect for you…..”

“Naz, don’t let what happened four years ago rob us of our happiness for the rest of our lives….”

Jeda….

“Encik Khaalish, awak salah profesion. Sepatutnya awak yang jadi penulis…..,” cubaan lemah Naz untuk bercanda.

“Sayang…..don’t change the topic,” ucapannya lembut tapi tegas, matanya tajam merenung gadis pujaan.

“Sayang?! Siapa sayang awak?! What have you done to deserve my love? Kalau setakat nak sweet talk tu, balik KL lah, berlambak perempuan kat sana yang awak boleh pujuk rayu,” laju saja kata-kata marah meluncur dari mulut Naz.

Terpaku kelu Khaalish jadinya, “Wow! Boleh tahan temper awek ni.” Tapi dalam hati sahajalah. Kalau didengar Naz komen ini, entah-entah boleh meletup lagi.

Naz menarik nafas panjang, beristighfar dalam hati dan mengingatkan diri betapa dia mahu menjauhkan diri dari sifat-sifat yang boleh menjauhkan ketenangan dalam hidup. Kenapalah jejaka di hadapannya ini mudah sangat buat dia naik marah? Adakah disebabkan peristiwa empat tahun dulu? Bukankah sudah dimaafkan? Perasaannya sentiasa tidak tenang bila berada dekat dengan Zaim Khaalish. Haru biru sahaja!

“Khaalish, sorry. I didn’t mean to lose my temper……. Itulah saya kata kita ini berbeza sangat, kita tak sesuai.”

“Tentulah kita berbezakan, saya lelaki, awak perempuan,” jawab Khaalish, cuba meredakan suasana.

“It’s not as simple as  that…”

“You tell me,” tutur Khaalish dengan nada yang sabar.

“Awak ini senang-senang saja panggil orang sayang. Agaknya semua perempuan yang keluar dengan awak, awak panggil sayang ye. Panggilan tu sudah tak bermakna. Kita berjumpa semula baru berapa bulan. Awak yakinkah awak tahu siapa saya sebenarnya? Awak belum tahu perangai buruk saya, kelemahan saya, menonong-nonong saja sebut sayang, cakap pasal jodoh.”

Berhati-hati Khaalish menganalisa kata-kata Naz. Dengan awek seorang ini, perlu berhati-hati bila berkata-kata, tak boleh main terjah sahaja. Maklumlah, orang sastera!

“Aku ni orang business, apa tahu tentang sastera,” keluh Khaalish.

“Buat pengetahuan awak, hanya dua orang perempuan saja yang saya pangil sayang dan bercakap tentang jodoh, awak dan ex saya. She is history. You are my future,” tenang sahaja bicara Khaalish.

“Hah! Tengok tu, itu yang saya tak suka tu! Mudah sangat awat buat statement, ‘You are my future’,” nada suara Naz naik semula.

“But you are,” kata Khaalish dalam hati, matanya sudah mencerlung.

“Semuanya awak memandai-mandai. Tak kisah langsung samada saya ni setuju ke tidak nak jadi “future” awak, nak jadi “sayang” awak!” sambil bercakap, mata Naz sudah menjuling ke atas.

“Hmm, memang perspektif awek ini berbeza. Perempuan-perempuan lain yang keluar dengan aku tentu suka tidak terkira kalau aku kata sayang dan cakap tentang jodoh. Okay, take note, she is different….so must think of a different apporach,” Khaalish sempat membuat analisa tentang gadis pujaannya ini.

“Hmm, saya tunggu hingga awak setuju boleh?” kata Khaalish, bagai memujuk anak kecil.

Kening Naz terjungkit, “Setuju apa?”

“Setuju jadi sayang saya, jadi future saya.”

“Kalau saya tak setuju sampai bila-bila?” cabar Naz.

Balasan dari Khaalish hanyalah sebuah senyuman, yang pada mata Naz kelihatan mengejeknya, “Mustahil!”

“Grrrr, you are so patronizing!!” bentak Naz lagi.

“What?!!” tanya Khaalish terpinga-pinga.

“Awak yakin sangat yang saya akan setuju untuk jadi “sayang” awak, ‘future’ awak!”

“Bukan saya yakin saya akan berjaya buat awak akan setuju. Saya cuma yakin yang saya akan berusaha bersungguh-sungguh, tak akan sekali-kali berputus asa dan selebihnya saya serahkan kepada Allah. Dia yang tentukan jodohkan.”

Terdiam Naz jadinya, berfikir-fikir dia, “Baru berbincang sikit dengan mamat ini, sudah semput akau dibuatnya, penat otak berkilas nak menjawab, larat ke nak jadi bini dia?”

“Apa yang saya boleh buat untuk awak setuju jadi sayang dan future saya?” tenang sahaja Khaalish menyoal.

“Entah, saya tak terfikir pun.”

“Okay, let me rephrase the question, apa sifat yang awak mahu dari suami awak?”

“Saya tak pernah terfikir tentang tu,” habis-habisan Naz cuba mengelak.

“Oh, come on, awak penulis novel cintakan? Apa sifat-sifat penting yang perlu ada pada seorang suami?”

“Eeee, selagi tidak dijawab, selagi tulah dia bertanya. Agaknya dulu-dulu ada cita-cita nak jadi loyar agaknya,” cemuh Naz dalam hati.

“Jujur, setia, menerima pasangan seadanya,” laju sahaja Naz menjawab.

“Okay, fair.”

“Apa yang fairnya tu?” terlintas di benak Naz.

Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya, pelayan restoran menghampiri meja mereka dengan menu di tangan. Rupanya kafe terbuka itu sudah mula beroperasi. Asyik bertikam lidah dengan Khaalish, Naz tidak tersedar pekerja-pekerja kafe sudah bersedia untuk membuka kedai.

“Naz, nak lunch di sini?” tanya Khaalish.

“Kenapa?”

“Saya ada bawa kiriman dari Mak Long untuk awak,” jawab Khaalish dengan senyuman mengoda.

Sebut sahaja nama Mak Long, Naz sudah kecur air liur, “Wow! Betul?”

Khaalish mengangguk kepala, “Kita pergi ambil di hotel saya nak? Bawa makan di rumah awak?”

Bersinar-sinar mata Naz, selepas lebih sebulan di sini, dia pun sudah jemu dengan makanan di Luang Prabang, “Apa yang Mak Long kirim?”

“Nak tahu? Jom ikut saya.”

Laju Naz mengemas komputer ribanya. Sebelum mereka beredar, Khaalish meletakkan beberapa ratus Kip di atas meja. Kan berjam-jam juga mereka melepak di situ, akhirnya tak makan pula. Sambil berjalan ke hotel, Khaalish mengerling wajah Naz yang dihiasi senyuman lebar.

Dalam kepalanya, dia membuat nota minda, “Senang nak pancing dia, makanan! He he…. Tapi dia alergik dengan sweet talk. Okay, focus on actions, less talk.”

Orang business, memikat pun pasang strategi!

“Tapi bagus juga dia tak mudah termakan kata-kata manis lelaki. Nanti ada anak perempuan, biarlah mengikut perangai dia. Eee, horror kalau dapat anak perempuan yang senang percaya kata-kata lelaki, aku juga yang teruk,” fikir Khaalish sambil menjeling-jeling ke arah Naz.

Dia sendiri pun kadang kala hairan dengan perempuan-perempuan di Kuala Lumpur, mudah diusung ke sini ke sana. Pantang diajak. Dia tahu sebab sudah empat tahun dia sendiri yang mengusung perempuan ke sini sana!

“Kalau dapat anak perempuan, aku nak perangai sebiji macam Naz. Tak mudah dimainkan lelaki. Tough macam mama!” lebar senyuman Khaalish, bahagia memikirkan impiannya membina keluarga dengan Naz.

Naz yang tidak sabar-sabar menghayun langkah ke hotel Khaalish, perasan mamat di sebelahnya yang tersengih-sengih bagai kerang busuk. Keningnya dijungkitkan ke arah mamat itu. Balasannya hanya senyuman yang semakin melebar.

Selepas Khaalish mengambil sebuah beg kecil dari bilik hotelnya, mereka bergerak ke rumah sewa Naz. Tiba di sana, mereka terus masuk ke ruang makan. Tidak sabar-sabar Naz menunggu Khaalish membuka beg itu. Tersembul ketawa kecil Khaalish melihat perangai keanak-anakan Naz. Macam perangai budak kecil mendapat hadiah di majlis hari lahir!

Beberapa bekas plastik berisi makanan dikeluarkan. Gelojoh sekali Naz membuka bekas-bekas itu.

“Waaaaa! Sambal tempe! Sambal ikan bilis! Serunding! Yum! Yum!” Naz seronok macam orang menang loteri.

Melihat Naz yang sedang teruja, Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek pun datang melihat apa yang dibawa Khaalish. Sibuk mereka bertanyakan tentang makanan dalam bekas-bekas plastik dia tas meja.

Khaalish mengeluarkan sebuah lagi bekas plastik dari dalam beg. Bekas itu dibuka dan dihulurkan kepada Ahjan Wayuppa, “Ahjan, makanan ini vegetarian. Hanya ada tempe dan kacang tanah. Yang itu tadi ada ikan bilis.”

Lama Naz merenung wajah Khaalish, terpempan dia. Prihatinnya mamat ini!

Khaalish yang menyedari renungan Naz berkata, “Saya minta Mak Long buatkan yang vegetarian, boleh Ahjan dan Dr Surachek makan bersama.”

Kebetulan nasi sudah siap dimasak Dr Surachek, apa lagi terus mereka berhidang. Menu ringkas sahaja: nasi putih, salad dan lauk-pauk dari Malaysia. Naz makan sehingga menjilat-jilat jari! Masakan Mak Long apa pun sedap. Sehingga dia tidak sedar yang jejaka pujaan Malaya seorang itu sudah tersenyum simpul melihat Naz yang makan ‘tak cover line’ langsung.

Agaknya itulah antara tarikan Naz, polos! Nak marah, dia marah. Kalau suka, dia tunjukkan suka. Tidak seperti perempuan-perempuan yang keluar dengannya…. menurut saja selera dia, apa yang dia suka, mereka suka; apa yang dia tidak suka, mereka pun turut tidak suka. Setuju sahaja dengan apa yang dia kata. Hipokrit dan tak ada pendirian sendiri. Sehinggakan dia sendiri sudah tidak teringin nak ambil tahu apa yang mereka suka dan tidak suka, apa pendapat mereka, siapa diri mereka. Tak macam Naz…. senyum lagi bila memandang Naz.

Usai makan tengahari, tidak habis-habis Ahjan Wayuppa dan Dr, Surachek mengucapkan terima kasih kepada Khaalish kerana membawa sambal tempe vegetarian yang enak. Naz sibuk mengemas meja makan dan membasuh pinggan, sementara Ahjan Wayuppa menyediakan kopi.

Sambil minum kopi, Khaalish teringat ada lagi buah tangan untuk Naz. Disuruhnya Naz mencari sendiri dalam beg kecil yang dibawanya tadi. Terjerit kecil Naz bila melihat selonggok buku-buku tulisan penulis tersohor Indonesia, Pramoedya Ananta Toer! Diselongkarnya beg itu, ada buku Gadis Pantai dan Rumah Kaca, dua buah buku yang paling diidam-idamkannya.

“Macam mana awak tahu saya sudah lama cari buku-buku ini?” tanya Naz sambil tersengih lebar.

“I’m a mind reader,” balas Khaalish, keningnya dijungkit-jungkit nakal. Wal hal dia tahu Naz gemarkan buku-buku Pramoedya sebab dia pernah tengok buku-buku Pramoedya dia tas meja kerja Naz.

“Ceh!” kata Naz tapi senyumannya masih melebar, rakus sekali dia membelek-belek buku-buku yang diribanya.

Khaalish menambah nota mindanya, “Okay, books work great with this gal! Kacanglah kalau gini.” Sengihnya sama lebar dengan sengihan Naz.

Sambil membelek-belek hadiah-hadiah yang baru diterima, Naz berkata, “Khaalish, Mak Long pandai masak bayam goreng tepung tau, rangup sangat! Saya rasa kalau awak bawa bayam goreng tepung lain kali, tentu Ahjan dan Dr. Surachek suka.”

“Bawa bayam goreng tepung lain kali? Lain kali?!!” fikir Khaalish, sudah mahu ketawa mengekek-ngekeh tapi ditelannya, bimbang kena marah dengan gadis pujaan.

Tapi dalam hati, dia menjerit, “Yes!!!”


84 comments:

  1. licik dan bijak sungguh kepala hotak si khaalish ni... strategi demi strategi difikirkan utk menakluki hati naz semula... kalah si sasterawan naz...

    thks for the lovely entry, hanina.... loving it....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha dia belum berjaya lagi auntie....ada aje larenah Naz nnt he he

      welcome, auntie :)

      Delete
  2. hahhaha yes khalish strategi perniagaan bleh gak gunakan tuk strategi memikat hati si gadis luar biasa... aja aja fighting ... yes!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he cam nak cair sikit hati Naz, kan. so among the screts are food and books!

      Delete
  3. lol funny naz ;)
    'lain kali?' she might not realize what she had spit out, lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he, exactly...sebab dah seronok dapat makan sedap dan buku2 yg best!

      hey ER!, its NOVEMBER!! excited for u and The wedding breaker. Suruh publisher print banyak2, tak de la nnt readers asyik kata tak jumpa TWB di kedai!

      Delete
    2. haha that only happen to PMS *larisss. I dont put high expectation on TWB.Tade expectation actually.haha. K, Nina bab 18 pulaakss ;p haha I like all ur writing

      Delete
    3. LOL we have a mutual appreciation club here. ER, TWB is the novel most awaited for in Nov!! I am sure it will be a best seller. Apa2 pun as Muslims, we believe rezeki di tangan Allah. With this belief, hati kita pun senang. Kalau nak expect, expect yr self to be one of the most influentual writers in Msia in the near future :)

      Delete
  4. suka entri ni =)
    anyway, how to order PMS? jenuh cr kat bookstore tp tak jumpa lg buku tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm, wani.
      PMS, saya rasa sy ada 2,3 ketul lagi kalau nak. paksarelawan saya mungkin ke pejabat publisher minggu ini, nnt sy suruh dia belikan utk stok saya lagi.
      Kalau nak PMS, emel to me hanina1311@yahoo.com

      Delete
  5. wow2....suke nye...puas ati bco...sengeh sorg2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he kita kan nak buka kelab sengih depan PC? wa ka ka

      Delete
  6. wah3!khal cam umpan dah hampir2 nak mengena jer,pandai gak guna taktik gu tu.naz tu kebal ngan ayat manis2 ne,tak luntur langsung tapi alah kat selera hehe angan2 pun dah jauh melayang khal,sampai nak anak girl cam perangai naz komfiden level dah cecah 100%...best nyer so tak mau khal ngalah dek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Khaalish guna shot gun approach ie pelbagai kaedah dan bukan hanya 1 kaedah je. pikat pakai makanan dan buku nampaknya menjadi, sweet talk nehi LOL

      haah yg pasal nak anak cam Naz tu sweet kan he he

      Delete
  7. Hahaaaaa... jerat sudah mengena. Naz tak perasan perangkap yang dipasang oleh Khaalish.

    Strategi org business mmg superb, so lepas ini asyik sebut lain kali bawak ni, lain kali bawak tu. Lagi sukalah mamat tu datang jenguk Naz.

    So Khaalish, aja aja fighting... heheeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo Has nnt kan dia up dia punya effort, dalam bab 18 atau 19, lagi lerr sweet. he he
      ha ha dlm tak sedar Naz suruh bawa itu ini, fun.nee.

      Delete
    2. Mmg fun pun. Alamak, tetiba teringat nak masak Bayam goreng plak balik nanti. heheeee... sori xleh nak pos kat awk sbb gerenti dah abis dulu. Yumm..yummm...

      Delete
    3. tetiba ramai pulak org yg teringat nak makan sayur bayam ha ha ha

      Delete
  8. Nina,
    Akak hilang kata-kata,terpegun terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apsal Puan Mawar? terpegun yg bhg mana? ish buat saya tertanya2 la pulak :)

      Delete
    2. Akak terpegun ngan karektor Khaalish,hero pujaan Malaya,ahli perniagaan yg punya banyak strategi memikat si gadis yg jinak2 merpati mcm Naz.Akak suka. FYI, rasanya dah berbelas-belas kali akak ulang2 baca PMS,terutama part Mr Z pikat Una, dan rasanya dah banyak kali juga baca bab2 KNK yg ada di sini. Akak percaya, KNK pun akan meletop juga, cuma tajuk yg Nina cadangkan dulu tu agak kurang meletop, masih tak setanding tajuk yg u dpt utk PMS. Sorry ye,akak ni pandai cakap aje,tapi tak reti nak bagi idea utk tajuk yg betul2 unik,sesuai dgn keunikan cerita ni.macam mana pun TAHNIAH buat Nina,awk bukan penulis novel picisan.(akak dah baca komen 'org tu', dan sakit hati tahap petala atas komen dia).

      Delete
    3. ooo pn mawar sentiasa terpegun dgn heroes nya ha ha. tqvm la psl kata sy ni bukan penulis picisan...terharu saya. saya pun kalau novel yg saya suka tu saya akan baca berulang2 kali. so bila pn mawar kata pn baca pms berulang2 kali, saya gumbira sangat. Alhamdulillah walau pun ada lah seorang dua 'org tu,' jualan PMS sangat bagus (bagi sayalah penulis yg baru). K, Pn Mawar, tunggu bab ZK bawa Naz ke KL ye...ooops terpecah rahsia he he, ngada ngadalah

      Delete
  9. Cik Nina.....suka sangat entry ni ( errr....rasanya semua entry saya suka la...!). Yeaaaa......Khaalish sudah mula mendapat rentak dan cara untuk memujuk si gadis. Suka suka suka....Naz tu bukannya hati kering pun, kena dengan gaya mesti okay punya. Go Khaalish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh hati org pompuan kan. tp nnt kan br ju Naz tu nak termakan umpan, datanglah pulan dugaan: Ozgur & Mummy Khaal!!

      Delete
  10. satu WOW!!!!!
    dua strategic mgt dah mula...
    tiga triple WOW!!!!!!!!!!
    empat bayam goreng tepung coming up...nak lagi!!!!!!!!!!!
    wakakaka.....

    ps:)thank goodness...oz tak cam om sh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa ka ka, strategic mgt tu macam sun tze in memikat perempuan he he.

      haah....psst i kat ofis ni, terliur la plak nak cari bayam celup tepung, huwaaa mana nak carik!!

      Delete
    2. yeeaahhhh teruja3XXXX oz & mamee monster (ye ke?)dah nak tunjuk muke hehe..

      hmmm sama ler kite, baru msk ofis satu benda lom sentuh coz dah suku pagi tadi duk mnum kopi mahal yg tak brapa sedap ngan bos2 dgn sbo dgr diorg buat strategic mgt yg tak brapa strategic (rase kuli2 larr)...i dah oder kat makcik bwh tadi, kalu ada bayam yg lebar2 kata nye dia buat khas...nanti la i poslajukan utk u wa ka ka ka...:)

      Delete
    3. he he by the time u poslaju dah jadi serbuk je bayam tu.
      he he sy sbg writer perasan nak ckp bhg yg ada mommee monster tu akan jadi the most hilarious chapter, tanak nangis2 keluar darah kena torture dgn mak mertua punya citer he he, whaddaya think?

      Delete
  11. lupa nak tmbh...NAZ WAKE UP...lom masa nye u CAIR...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo lom masa cair ye? si fazy plak dari dulu lagik suruh i cepat2 kasi derang kawin...aiseh...kahwin cepat or torture lagi? he he he

      Delete
    2. kehkehkeh...cm kelakar la zoora nih....

      siap bg nasi tmbh lg....ekekekekeee

      Delete
  12. ceria pagi akak hari ni.. dok senyum x sudah2. org masuk bilik pun pelik, "u kenapa?", "happy nampak?".. whatever... hati tgh suka & teruja. hihihi... x nak komen apa2, tp nak n3 lagi cepat2 & banyak2. tolong ye cik nina.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh nak lerr yr komen, so that i know, i am on the right track or not :)
      yes, dear kalau ikutkan hati mmg nak cepat2 sbb nak kejar deadline kan, he he teringin nak join pesta buku antarabangsa for the 1st time he he. I angan2 kan i pegi pesta buku and nampak buku i kat shelves he he he (mmg kuat berangan)
      i promise u bab yg ada gi KL tu will be sangat2 sweet

      Delete
    2. sengaja pancing maut mcm tu kan.. semakin teruja nak bc next2 n3 tau. x yah nak komen memang dah on d right track dah... kan akak dah cair mengalir mcm air sungai mekong tu... oh khalish...

      Delete
    3. he he, tqvm norana for being my pom pom gal!

      Delete
  13. hehehe...bestnyer bila naz kata lain kali pd khalish... next entry please!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he kata lain kali tanpa dia sedari.. :)

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. yess!!! naz da bg respon +ve!!! x sbr tgu nex n3..hehe best best!!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelan pelan positive arr, pastu nnt graf ada turun, pastu naik, pastu bengkang bengkok sikit...baru ada thrill he he

      Delete
    2. alorrhh..yeke...xpe2 bru thrill..hehe

      Delete
  16. lain kali?!!! o o.. someone is already melting without knowing.. hihi.. khaal khaal.. berusaha tangga kejayaan betul nmpknya..
    terharunye sy coz kak nina siap highlight lg nama.. anyway kak nina abt the buku, x pe take ur time k.. kite tau awk bz tp still sempat naikkan entry baru.. me really appreciate it.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he melting without knowing...bagus punya phrase!

      mmg asyik ingat kat u and janji yg i belum tunaikan tu!

      Delete
  17. Zaim Khaalis ni mmg la...makin lame makin suke dier!!!(Wahhh klo inche suami tahu nih, mati sy kene jeling maut!!!hikhikhik)ai Naz xde rase pape lg ker???(hohohohoo mmg keras tol la yer hati si Naz nih)wanita2 kt cni dh mule nk m'cair ngan Zaim tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lom lagi...nnt satu point tu mmg dia tak leh nak buat apa2 but accept ZK

      Delete
  18. Khalish nnt klu buat kejutan bwk mak long skali, mst naz lompat3..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi dua bab, dia ada buat kejutan, tapi bukan bawa mak long....

      Delete
  19. Replies
    1. Ada....ke 3...4...dan 5. Lagi 2 bab...ozgur enter frame

      Delete
  20. hahaha..cute ler Khaalish ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mark my word...he's gonna get cuter ;)

      Delete
    2. he he sampai pingsan? ada ZK yg nak tangkap ker?

      Delete
  21. wahhh sengih sengih je nih..adoi la Nina nak lagiiii :D

    ReplyDelete
  22. smlm rasa cam panjang je sy komen...arini nk kasi one word je "YES"!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh khaliish yes..zoey yes...norana pun yess...oklah i pun join jerit yesss sbb lega u all suka bab 17. Dah cuba terbaik mungkin utk buat naz tak marah khaal tp marah jg kan...sbb pandai2 si k tu kt syg la...my future laaaa

      Delete
    2. btw, zoey, nak lah komen yg panjang2

      Delete
    3. Sy trlebey feeling yg 1st tu yg 2nd jd too short....sy try mlm sket ek..btw i sense una in naz...nnt2 sy story

      Delete
    4. una n naz sama2 gila traveliing and sama2 jodoh dgn anak tan sri yg first initial start with Z and una n naz, nama start with N. ceh..banyak rupanya persamaan, tak perasan ler. but una wants to please everybody while naz rebels.mr z is egoistic ice block while khaal is sweeter that you could ever guess. now i am waiting for yr side of the stiry plak :)

      Delete
    5. I ltk satu dlu....sifat keanakan dorang sama..una n her dad...naz and her mak long...i dozed of td...nak taip ngan phone tk besh panjang lebar hihi

      Delete
    6. i ni kan kalau boleh nak heroines yg berbeza sbb takut org kata penulis tu tak de idea tp ada gak yg sama kan...dah otak satu je :)

      Delete
  23. Replies
    1. hai la nasib i yg malang, kena sound leh 'd devil wears LV' masa wat komen atas tadi...dtg bln kot, slalu die tak kisah pon, anyways, to continue...green lite tuk part hilarious mamee monster coz yg kena 'torture' ank ye khal (hahaha silently perhaps, sori ye yg sorak tuk khal!!) naz tak leh cair awal coz kan she's not your 'typical malay lady' kan,kan,kan...bkn apa, nak suruh cik nina kita wat 'a lil'bit thicker' than pms wa kakaka (blinkblinkblink jahat nye i)!!!!!!

      Delete
    2. naz's r/ship with ZK's mom is gonna be hilarious then complex. woi! macam bi-polar disorder jer! he he. yup, naz is not yr typical malay lady. knk thicker than pms, rasanya idak kut, tak der stamina ler. ni pun dah semput coz its already nov and publisher says full manuscript has to be in by Dec so that knk can be published by feb (gulp!). i belek2 kalendar lagi ler pucat jadinya coz i have out stn lined up all the way till feb, semua abroad pulak tu plus a couple of local ones. kalau knk is my formal job, sure dah pengsan kat sini but bcoz knk is my leisure thingy, boleh tahan lagik ni as i kid myself that i can type in airports and airplanes he he he

      Delete
  24. Hahaha sukanya naz dah bagi green light :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cyah, tp dai pun macam lampu trafik light, kejap2 tukar hijau kejap2 tukar merah LOL

      Delete
  25. Wah Khaalish dah dapat peluang yang cerah ni.... #^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb Khaalish ni jenis manusia yg berpegang bahawa peluang kita yang create....ceeeeee berfalsafah pagi ni

      Delete
  26. Kak Nina, dah lame sy tunggu entry ni.
    Wahhh Khalish, ade je idea dia kan nak takluki hati Naz.
    Ehem2, ade harapan ni. Can't wait.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaiii....lama tak 'tengok' kat sini! Eh tentulah nove; sy ni penuh dgn harapan....nak positive all the time

      Delete
  27. Pretty sure that khaalish will be another reformed take that would make the best husband. Thehehehe..

    I saw the kindness of una in naz, the cunning zahrain in khaalish. In both, I saw YOU. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaah! i think yr 2nd line is the most poetic comment i have ever received. (sebab dah buatkan saya jd perasan he he)

      re: reformed rake...hmmm not quite, tunggu dan baca ok!

      Delete
    2. Indeed, reformed rake *typo on my comment*

      Definitely something I'll wait for. After all, I reckon you have more surprises, twists and turns up your sleeves for this journey.

      It must be interesting to see how would Khaalish 'literally' sweep Naz off her feet. thehehe..

      Delete
  28. Salam Nina..

    pergh..

    Tak sangka..akak ..kedatangan Khaalish kali ni membuahkan hasil walaupun tak banyak tapi sudah cukup untuk memberikan dia harapan akan penerimaan Naz..seperti berjalan didalam gelap ..kelam malam ..selama ini dan hanya berpandukan rasa hati .. dan setelah penat berjalan dan berdoa..agar diberikan sedikit cahaya untuknya melangkah dengan lebih yakin lagi ..dalam perhubungannya dengan Naz..tidak disangka..doanya termakbul dan tetiba ada kewujudan bintang yg bertaburan didada langit ..yg sedikit cahaya memberi nya harapan agar dia tidak teraba raba mencari arah perjalanan untuk mencapai destinasinya ..hidup bersama dengan Naz..

    Ayat yg tidaklah panjang mana yg telah dilontarkan oleh Naz ..yg akak quotekan disini..
    “Khaalish, Mak Long pandai masak bayam goreng tepung tau, rangup sangat! Saya rasa kalau awak bawa bayam goreng tepung lain kali, tentu Ahjan dan Dr. Surachek suka.” tetapi telah memberikan impact yg bukan sikit buat Khaalish ..akak dan juga yr die hard fan..yg ingin melihat akan perubahan perhubungan mereka yg dilihat begitu statik dan berat sebelah..sehingga kini dan begitu rimas bila lah agaknya siNaz ni akan bercompromise dan memberikan mamat stone /sengal dan poyo ini 2nd chance...kan..dimana khaalish beriya iya memikat siNaz...siburung merpati..

    At last..Bingo...Akak speechless..dan mungkin apa yg dirasakan oleh Khaalish dapat kami rasai...seperti perasaan menaikki roller coaster...perasaan yg sukar untuk digambarkan...excited..suka..takut ..ngeri..tapi ingin mencuba...untuk mendapat satu kepuasan hidup...

    Apa yg dapat kita simpulkan disini..mengenai Khaalish ..perasaan yg sukar untuk dia sendiri tafsirkan setelah berpenat lelah bermain hide and seek ...mencari gadis idaman hati yg hilang dan gagal dikesan kewujudannya bila hatinya telah terpaut...

    Tidak kurang masa dan tenaga yg dicurahkan oleh diri Khaalish .. menjejak memory lane ..untuk mengetahui rahsia hati si Naz tunang technicalnya ..yg dia rasai cukup terbeban yg menyebabkan dirinya dibenci dan direject

    itu belum lagi dikira..bagaimana dia telah meletakkan egonya ketepi bila dia meraih simpati dari Naim dan Mak Long Naz untuk menceritakan kisah lalu Naz ..dan juga menyelidik ..what makes her smile with pleasure dan what makes her tick and when to stopped if he has cross the border and made her beloved fiancee blow her top..and what should he do if he has stepped on a wrong foot with Naz..

    Akak rasakan ..tidak kurang pula bila difikirkan banyak sel sel otak khaalish mengecut memikirkan strategi memikat si gadis bernama Naz utk..dijadikan suri nya setelah diketahui punca sigadis merajuk ..mahu ..hidup bersendirian..mencari ketenangan jiwa ..untuk melupakan dirinya dimana orang tidak mengenali dirinya dan gadis ini mahu memulakan hidupnya tanpa sesiapa disisi yg bergelar lelaki.....apatah kehadirannya..

    Akhirnya..ia membuat akak dan mungkin ...Khaalish ..terfikir..betapa..banyak masanya ..telah diluang kan ...bukan untuk memperluaskan business strategik planningnya dan merebut tender yg berjuta juta untuk memperkukuhkan lagi kedudukan nya di persada business ..tetapi..hanya untuk merebut semula hati seorang gadis yg bernama Naz..yg telah memberi impak yg begitu mendalam dalam dirinya..dan akal logiknya tidak dapat menerima penolakan dari Naz yg hatinya ingin dimilikki dan dihuni oleh Khaalish..and he believe..Behind every successful man, there is a woman.. yg menjadi pillar nya..sudah tentulah si Naz...akan diketawakan oleh ayah dan kawan rapatnya kalau mereka tahu..

    Teruja nak tahu..what happens next...dalam perhubungan yg masih baru ini..jgnlah ada Tsunami..bukan setakat khaalish yg boleh meroyan ..nina..akak dan yr die hard fan..juga..!!

    ReplyDelete
  29. ha ha ha....the famous commenter, my beloved idaaaa, sudah sampai.
    dear, each time you komen sure i tersengih lebar. sebab you rajin sangat komen sampai terperinci. sangat membantu untuk saya faham apa yg readers fikir selepas baca satu2 bab. saya pun bimbang kalau readers rasa Naz ni keras sangat hatinya. tapi cam tu lah, si fazy (yg hanya komen melalui emel, juga my unpaid editor) suruh cepat2 kasik kawin, zoora purr purr suruh kasik torture lama sikit itu Khaal. so bila baca input ida, saya rasa hmmm I know what to do next.
    my hint is that, Naz ni kerasnya lebih dari wanita melayu tipikal yg lain. jadi mestilah ada sesuatu yg drastik yg ZK buat...swept her off her feet....literally.

    ReplyDelete
  30. wah sgt suke...
    byk yg khalish blaja nk pikat naz ni

    ReplyDelete