Tuesday, 30 October 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 17


Bab 17


Pagi Sabtu itu, seperti pagi-pagi hujung minggu yang lain, Naz bangun lewat. Seperti biasa dia berjaga sehingga dini hari. Cuba menulis tetapi tidak berjaya. Ayat-ayat yang dikarang kejung kaku,  tiada ruh, tiada nyawa.

            “Oooooh, Ilham, ke mana kau pergi?” keluh Naz, mindanya kering kontang bagai Sahara.

            “Ilham tiada, mood pun tiada. Habis nak meringkuk di atas katil sepanjang hujung minggu? Eeee, buat buang masa!”

            Dulu semasa di Amerika dan Qatar, jika tiada ilham, dia melepak dengan Reham atau dengan Ozgur. Ada sahaja aktiviti spontan yang akan mereka buat. Berkereta ke pantai, menonton wayang, tengok TV bersama-sama, menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku. Tinggal di Luang Prabhang ini dia mati kutu. Ahjan Wayuppa dan Dr Surachek, aktiviti mereka cuma tiga: membaca, menulis, beribadat!

            Hendak merayau-rayau ke pusat-pusat tarikan pelancong di sekitar Luang Prabang pun malas rasanya kerana Naz memang tidak gemar melancong bersendirian. Hendak membaca buku, stok buku bacaannya sudah habis, entah bila berpeluang membeli buku-buku baru. Hendak melayar internet, aduh takkan 24 jam nak mengadap internet?

            Usai bersarapan roti bakar dua keping disapu mentaga dan secawan kopi, Naz memaksa dirinya keluar. Dari termenung di rumah, baik termenung di tepi Sg. Mekong. Komputer ribanya disumbat ke dalam beg sandangnya, kasut disarung dan dia melangkah keluar.

            Berselisih pula dengan Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek di depan pintu pagar rumah. Mereka baru pulang dari bersedekah kepada sami-sami.

“Sabai de, Ahjan, Dr.,” ucap Naz, kedua belah tangan yang bertekap dirapatkan ke dada sebagai tanda hormat kepada kedua orang cendiakawan merangkap bos-bosnya.

“Sabai de, Naz. Tunang awak tak datang hujung minggu ini?” santai Ahjan Wayuppa bertanya. 

“Err, tak, Ahjan,” terkejut juga Naz dengan soalan bosnya.

“Kesiannya awak tertunggu-tunggukan dia dua minggu ini. Agaknya dia sibuk dengan kerja. Mungkin minggu depan dia datang,” kata Ahjan Wayuppa bagai memujuk.

“Errr, agaknya lah, Ahjan…… Errr, saya jalan dulu ye,” Naz meminta diri.

“Muka aku ni macam muka orang tertunggu-tunggu tunangkah?” tertanya-tanya Naz pada diri sendiri sambil kaki dihayun ke arah Sg. Mekong, “tapi kalau dia datang bagus juga, ada lawan bergaduh. Tak adalah aku mati kutu sorang-sorang di Luang Prabhang ini, he he.”

Belum habis Naz ketawa kecil dengan lawak bodohnya, nah itu dia! Tunang teknikalnya sudah terconggok di meja kegemaran Naz di café terbuka di tebing Sg. Mekong.

“Dia datang lagi?” terlintas soalan di kepala Naz. Mulut cepat-cepat ditutup, rasa terkejutnya cuba disorokkan.

“Assalamualaikum,” ucap Naz, sambil mengambil tempat duduk di meja kegemarannya yang mengadap Sg. Mekong. Nak lari? Dari lelaki degil macam Zaim Khaalish ni?

“Waalaikumsalam,” balas Khaalish, sedikit terkejut yang Naz tidak cuba melarikan diri.

Jeda, keduanya berasa tidak selesa.

“I’m sorry to disappoint you,” akhirnya Khaalish bersuara.

“Hah?” balas Naz terpinga-pinga.

“Pasal kapal terbang terhempas tu….” kata Khaalish perlahan, namun senyum nakal sudah terbit di bibirnya.

“Astaghafirullahilazim…..saya minta maaf sangat-sangat. Doakan awak yang buruk-buruk. Itulah kalau nafsu amarah dah kawal otak dan lidah kita. Maaf ya..” panjang lebar Naz minta maaf. Mukanya sudah kemerah-merahan, menahan malu dengan perangai buruknya.

“Okey…” ringkas jawapan Khaalish.
“Okey apa?” masih tak habis blurr si Naz.

“Okey, saya maafkan awak.”

“Lega saya….,” Naz tersengih lebar.

Wajah gadis yang dirinduinya ditatap puas-puas. Dua minggu berpisah! Kalau boleh setiap hujung minggu mahu ke Luang Prabhang, berjumpa si dia. Tapi tuntutan kerja dan keluarga tidak boleh ditolak ke tepi dengan mudah.

“Ah! Kalau boleh nak culik dia, bawa balik ke Malaysia, kunci dalam penthouse aku. Jangan benarkan dia ke mana-mana!” bentak hati Khaalish.

Tersengih Khaalish sendiri bila memikirkan idea terdesak dan bodoh yang boleh terlintas dalam kepalanya.

“Apa?” tanya Naz yang sudah tidak selesa bila wajahnya direnung dalam-dalam.

“Lambat awak datang menulis pagi ini,” Khaalish membuka topik baru, dalam otak berfikir, “Idea culik, itu Plan Z. Kalau Plan A hingga Y tidak berjaya.”

“Tidur lewat.”

“Banyak menulis?” tanya si jejaka.

“Hah, sekerat muka surat pun tak dapat,” keluh Naz dalam hati, “Adalah sikit,” itu jawapan yang diberi.

Asal rancangan hendak termenung di tebing sungai sambil melihat bot-bot dan sampan-sampan, tetapi bila ada anak jutawan seorang ini, entah kenapa Naz terasa dia perlu berlakon menulis. Komputer riba nipis dan comelnya dikeluarkan, dipasang dan …..wah….magis! Meluncur idea-idea keluar mencurah-curah. Jarinya laju menaip, bimbang tak sempat hendak dirakam segala idea di skrin komputer.

Selepas hampir dua jam menaip tanpa henti, jari-jari Naz terasa sudah kejang! Lalu dia berhenti seketika sambil meregang-regankan tangannya. Matanya berlaga dengan mata si jejaka yang sedari tadi diam membisu walau duduk semeja.

“Banyaknya idea,” komen si jejaka.

“Alhamdulillah,” balas Naz dengan senyum menyeringai, bahagia sangat dengan curahan idea selepas kering kontang selama dua minggu. Sempat lagi mengeliat kecil, lega rasa bahunya.

“Naz…,” nama Naz disebut, kedengaran bagai sebuah keluhan.

“Hmm?”

“Saya ke rumah Azalea dan Naim.”

“Tahu,” jawab Naz ringkas, kan Kak Azi dah skype dengan dia hari tu. Puas jugalah mendengar tazkirah kakak kesayangannya tu.

 “Saya minta awak poskan sahaja. Buat apa awak susah payah ke Pulau Pinang hantar bungkusan tu?”

“Curious….saya ingin tahu siapa Azalea. Kenapa dia penting sangat bagi awak.”

“Dah tahu kan?”

“Dah tahu….semua.”

Kening Naz terjungkit mendengar perkataan “semua.”

“Naz……”

“Alaaaaaahai, lemah aku bila sebut nama aku macam tu….” Bisik Naz dalam hati, di luar riak muka dikawal.

“Saya minta maaf.”

“Malam tu di rumah bapa saya, awak sudah minta maafkan,” cepat-cepat Naz mencelah, tidak selesa untuk berbincang tentang sejarah silam dengan tunang teknikalnya.

“Saya rasa saya perlu minta maaf sekali lagi, selepas saya tahu kisah sebenar tentang pertunangan kita, tentang cabaran awak semasa di Amerika.”

“Tak perlu, malam tu, di rumah bapa saya, saya dah maafkan awak secara pukal.”

Muka Khaalish sudah berkerut mendengar istilah “maaf secara pukal.”

Naz pula sudah terbahak-bahak ketawa, di sendiri tidak sangka boleh keluar istilah “maafkan secara pukal” boleh keluar dari mulutnya.

“Naz, saya serius.”

“Pun tak perlu.”

Sekali lagi muka Khaalish berkerut.

“Naz….saya perlukan kemaafan awak. Awak tak boleh bayangkan perasaan saya bila saya mendengar cerita sebenar.”

“Khaalish. Satu, bukan salah awak pun. Yang aturkan pertunangan tu mak awak dan bapa saya. Dua, awak pun terpaksa. Kalau saja-saja, saya rasa awak pun tak mahu bertunang dengan saya. Tiga, awak pun terseksa kan, terpaksa berpisah dengan awek awak tu. Empat, walau pun susah, sebenarnya, pengalaman saya di Amerika sangat berharga. Saya dapat kawan-kawan sejati, saya dapat ilmu, saya dapat kenali diri saya sebenar-benarnya. So, I’m fine. Dari pengalaman ini, banyak hikmahnya.”

Terdiam Khaalish mendengar penjelasan dari Naz. Setiap isi hujah Naz difikirnya dalam-dalam.

Akhirnya, dia bersedia dengan jawapannya, “Naz. Satu, walaupun bukan salah saya tetapi jika bukan disebabkan saya, tidaklah awak terpaksa melalui perkara-perkara yang pahit dalam hidup awak. Dua, dulu memang saya terpaksa, tapi sekarang saya rela. Tiga, saya sudah lama terima kenyataan yang tiada jodoh antara saya dan dia. Empat, ya pengalaman ini memang ada hikmahnya. Sebab saya diketemukan dengan awak.”

“Ceh…panjang pula jawapan dia,” dengus Naz dalam hati, pening juga nak menghadamkan jawapan tunang teknikalnya ini.

“Naz…”

“Okey-okey, saya sedang proses apa yang awak kata tu,” Naz cuba mencari idea baru untuk membalas kata-kata Khaalish.

“Yang mana satu? Point satu, dua, tiga atau empat?” tanya Khaalish dengan senyuman nakal melebar di muka.

“Nak saya simpulkan? Saya tetap nak minta maaf. Tapi saya nak bagi tahu awak yang saya sangat bersyukur Allah jodohkan saya dengan awak, walau bagaimana pun kita diketemukan.”

“Hah! Kalau sudah disimpulkan begitu, bagaimana lagi hendak mengelak bab dulu paksa, sekarang rela tu. Wah! Rumit ada tunang teknikal ini. Kan mudah kalau ada tunang konvensional sahaja,” fikir Naz.

“Biar saya rungkaikan simpulan awak ye. Maaf awak diterima. Jodoh pula…. Bagi saya antara kita ada sejarah yang kurang manis. Elok kita lupakan pasal pertunangan olok-olok kita ini. Kita mulakan hidup baru, InsyaAllah, akan ada jodoh yang lebih baik bagi kita.”

“Kenapa nak cari jodoh yang lain kalau di depan mata sudah sempurna?”

“Tsk…”

Baru sahaja Naz mahu membuka mulut, Khaalish sudah memotong, “Mungkin cara kita diketemukan kurang sempurna, tapi percayalah Naz, we are perfect for each other.”

“Okey, kalau ada lelaki kacak, kaya, caring macam si Khaalish ni….buat kenyataan maut…..we are perfect for each other….rasanya 99% populasi wanita bujang akan menganggukkan kepala, setuju bulat-bulat! Habis? I’m in that small 1% group?” fikir Naz.

“Khaalish…. Saya tak nafikan, you are perfect. Tapi saya rasa you are not perfect for me and I am not perfect for you…..”

“Naz, don’t let what happened four years ago rob us of our happiness for the rest of our lives….”

Jeda….

“Encik Khaalish, awak salah profesion. Sepatutnya awak yang jadi penulis…..,” cubaan lemah Naz untuk bercanda.

“Sayang…..don’t change the topic,” ucapannya lembut tapi tegas, matanya tajam merenung gadis pujaan.

(.......bersambung, bab 17 sangat panjang)


64 comments:

  1. wah.... memujuk session... cair dgn Khalish. Naz tak ke? hehehe panjang pun takpe..lg suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tunggu Naz dah nak meletup lagi tu. She's not yr typical gal :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ah...another supporter of Khaalish he he

      Delete
  3. Suka! Naz kian cair, senyum Khalish kian melebar..
    ~jangan mempertikaikan cara bagaimana kita dipertemukan tetapi apa yang harus kita fikirkan adalah bagaimana utk kita mempertahankan jodoh ini~wallah, jiwang karat ala terjun lombong la pulak pagi2 nih. Ni semua penangan si Khalish~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Shafriza, Puan Enjin he he, saya follow e-novel awak!! Saya vote Dr Am, tanak Yeop Apez or Tuan Enjin.

      Delete
    2. Stuju. Saya pon suka inche doktor

      Delete
    3. ha ha sini sudah buka forum peminat Dr Am!!

      Delete
  4. gosh...naz still wth her ego.but yet,khalish deserve it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ego ke? pendapat sy she's being sensible...tu lah sy ni tak romantik orgnya he he

      Delete
  5. nice one keep it up khalish

    ReplyDelete
    Replies
    1. chaiyuk chaiyuk, another Khaalish supporter :)

      Delete
    2. Kalu ada hero lain mungkin saya tak pilih khaalish

      Delete
    3. ila, lagi satu atau dua atau 3 bab, jeng jeng jeng, ozgur enter frame he he

      Delete
  6. Wah suke2...i vote 4 u khalish! ( memg xda hero lain pun stakat ni kan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ozgur nak? Mamat Turki, muka cam Dr Zhivago he he..... Readers ada ke yg kenal Dr Zhivago? LOL

      Delete
  7. wow khalish... i like.. rasanya memang naz je lah yg tergolong 1% tu, akak join yg 99%. oh sweetttt nyeee.... cair mengalir ikut air sungai mekong.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh lupa lak nak ckp.. "Sayaaaaang Nina"

      Delete
    2. ha ha cair ikut sg mekong...haaaa nnt sya boleh guna frasa ni dalam KNK he he

      Delete
    3. haah mmg teringat kat norana masa tulis bab 17 ni sebab u dah enquire kan :)

      Delete
  8. kak, i'm melting dgr ayat khaalish... hahahaha... jatuh cinta sudah dgn khaalish.... sy dh ade tajuk cerita ni utk diri saya kak, kisah nisa & khaalish... just joke kak...:) suka sgt cerita ni... tqvm kak, for the nice story... naz, buka hati anda utk khaalish... he is trying to be perfect for u... good luck khaalish...:) chaiyokk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha PMS dulu hero nya jual mahal, KNK ni heronya tak jemu mengejar .... biar ada perubahan :)

      Delete
  9. mmg cair habiss dgn ayat2 mengayat khalish...

    plan Z tu..x menahan betul!!

    Naz pun...dlm pd cuba tutp pintu hati utk khalish tu....mencurah2 idea bila berdepan si tunang teknikal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pasal idea tu kan, nnt Minsofea tengok Khaalish akan jadi "muse" Naz

      Delete
  10. So sweet ayat-ayat cinta Khaalish, tp Naz tak tergoda. Cian kat Khaalish, kena bekerja lebih keras lagi.

    Naz, please open your heart, get to know new Khaalish, then he will make you happy.

    Cik Nina, acara kejar-mengejar semakin menarik. heheeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u kata menarik, jom kita cuba kasi lebih menarik! berusahalah Hanina!

      Delete
  11. Replies
    1. mlm nnt sy cuba siapkan bab ni. aiyok penerbit nak full manuskrip by Dec. Sy ni nak out stn lagi nih tsk tsk tsk

      Delete
  12. Sukanya...Nina, wah..banyak betul plan Khaalish ye! sama macam minsofea, tak menahan betul ngan plan z tu, ni yg buat akak makin 'jatuh cinta' dengan watak Khaalish ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah si Khaalish ni kalau dia kata nak.....dia kejar sampai dapat!

      Delete
  13. Salam Nina.....lama tunggu part 17. Sibuk melapah daging korban ya? He he he...thanks anyway. Suka bila Khaalish dan Naz bersembang dlm suasana yang aman damai. Minta2 Khalish once again akan propose Naz so that Naz tak rasa Khaalish main2. Hmmmm melompat ke langit pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. melapah daging? melayan mata masa cuti raya tu... Tu lah Naz ni dia kaan sentiasa belajar control marah dia. Dia kaki temper macam bapa dia, tapi dia nak berubah

      Delete
  14. hehe i suka entry ni sangattt! tersengih2 dpn pc hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he mari kita buka kelab tersengih depan PC sebab saya pun tersengih :)

      Delete
    2. I would like to join jugak.... Sambil type ni pun tersengeh jugak.....

      Delete
    3. inilah objektif cerita cinta kan, creating a small corner in our life where we can smile, no matter what's happening in other corners....kena serang topan sandy ke etc :)

      Delete
  15. aduh...cair dgr ayat khaalish.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah bf-bf dan suami2 kena baca novel ni, asah skill kan? he he

      Delete
  16. Awwwww.....sia berada di awang-awangan!!!!
    Cair habis ni, Khalish marry me plssss....
    hehehe...
    Naz, if u dun want Khalish then pas to me hahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he Renn, u r so funny. I bet you that you will fall in love more with Khaalish in later chapters...(amboi perasan writer!)

      Delete
    2. hi Nina...aduh tak sbr nak tunggu dah ni....
      jgn lmbt sgt update yerr dear...nnt i rindu kat Khalish...:)

      Delete
    3. sedang kayuh laju2 ni renn! :)

      Delete
  17. pujuk khalish jgn tak pujuk...

    ReplyDelete
  18. wah, sweet nyer khaal...melting over u lah..aish...
    first time komen, wlaupun xpenah miss criter neh...eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. scribbles, rajin2 lah komen, i nejoy reading comments as much as i enjoy writing the story, salam perkenalan.

      Delete
  19. adui...lawak tul la, naz sedar ke tak ilham nye dtg byk2 dgn khal...muse???...nostalgia jugak...ozzie cam omar sharif, biar tul...balik ni sure kluar kan rekod lama ayahanda ku...babe, can u imagine this...Lara's theme setting n naz&khal sitting along mekong river, khal with his ayat2 cair abis...yg cair nye sapa, readers jugak kan,kan,kan, naz? tak kut..anger mgt dia bagus skali..smpai bila??? smbg cepat..i pon dah lama tido last wkend......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa jgn ler sebut moar sharif, yucks! sebut dr zhivago ok, sebab dr zhivago dlm kepala saya tidak berwajahkan omar sharif ok (boleh ke cenggini?)

      Delete
  20. kalau Naz xnak cair, I lah yang mencair kot..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh jgn cair Oja, nanti banjir plaks moscow! :)

      Delete
  21. as salam nina sayang....first and foremost....i love this chapter a lot...and i mean A WHOLE LOT.....every words is a wonder....last chapt ur writing brought tears to my eyes...now i can't stop grinning ear to ear and smile wide as far as the ocean...
    SATU: naz nampak nya blom realise yg ketandusan idea tu sbb ketiadaan khaalish
    DUA: gambaran Luang Prabhang from ur eyes buatkan saya tiba2 nk ke sana.
    TIGA: sy suka yg naz kata "muka aku ni mcm muka tunggu tunang tu"...blur abis
    EMPAT: sy suka yg naz no longer running from khaalish...instead she join him and able to have a decent conversation
    LIMA: khaalish pandai.....starting a conversation "sorry to dissapoint you...yg plane tk terhempas tu"....good pick up line
    ENAM: “Kenapa nak cari jodoh yang lain kalau di depan mata sudah sempurna?” .....ini ayt yg paling sy suka....awwwwww....

    cukup enam ek....and for ur info...i'm reading this out loud...with rhythm up and down...awwwwww :D ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yr comments are so sweet!!
      loh, sy risaulah pulak nnt kang ada yg ke LP sebab baca citer ni and find out that LP is an ulu place, as it is. jiwa saya ni mmg sukakan tempat2 ulu yg sunyi, yg tak sesak...masa plane nak touch down kat vientiane, nak ketawa pun ada sebab lapangan terbang dia macam padang utk lembu je. bila sampai ke LP, waaa rasa oh-so-edge of the world. tapi the town itself is charming. yg paling charming adalah orgnya walau pun miskin dan terpencil, happy je, sopan and dignified. (he he zoey, i hope i have done a good job dissuading u from going to LP). nak dengar citer gila? saya naik bus express dari vientianne ke LP, instead of flying. kunun2nya nak tengok the country side. 10 jam beb! kematu bontot. but i love the scenery esp pagi bila budak2 berjalan kaki ke sekolah...a memory that will always stay in my heart! (waah, panjangnya respons)

      Delete
    2. Nina dear..sy pn not so typical...sy panjat gunung and do abselling terjun bangunan and cave explorations..these kind of xtvt yg sy suka...1st movie sy tgk cite kaki bakar by khalid salleh which i luv so much...am not into romance movie tho love comedy...so places yg ulu2 pn sy redah...dun worry lh kalo btul nk pi sana pn am not gonna do it alone :D

      Delete
  22. kuar kan ayat g power khalish,biar cair abis jiwa,hati ,limpa naz...betui tu dek yg cair readers,naz gu tu jek!!hehe aduyai leh meroyan khal...kena tukar plan kot,ngan ayat mengayat ne cam tak pape pun...ilmu kebal kot naz tuntut dari pengalaman...mandi bunga lu kot khal....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. norihan, yg kena mengayat tu ada beberapa bab jg lah lagi! i hope readers tak bosan :)

      Delete
  23. dah putus idea ke Naz nih....hmmmm penulis pon kekadang hilang ayat jugak nak sambung2 hihihii

    Nina...haiiiikkkk????boleyh pulak men 2b continue huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha nak cik stroberi jadi muse saya!!

      Delete
  24. Nina, I'm gaining the momentum now! Wow, I think I like khal. Although Naz is a strong woman but I like a softer version of Naz. Eee... I'm so typical sweet romantic love story fan right?

    Sorry dear, still owe u the story of celibacy by my professor.. Huhu don't hv time.

    Good luck dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that ur gaining the momentum :)
      oooh a softer version... wait for her next trip to KL
      yeah, i am still waiting for the celibacy story, kut2 boleh pakai the idea in my next story he he

      Delete
  25. Salam Nina..

    OMG..membaca E3 kali ini..

    membawa kita kepada pertemuan antara Khaalish dan Naz...

    Kita tertanya tanya ..kenapa ek..mamat Khaalish ..bersantai sakan lepak kat tempat itu tanpa terus berjumpa dengan Naz..macam peliks ....apa pulak motif lelaki yg banyak akal ni ..kan...sedangkan hati dan perasaannya rindu mengebu kat Naz...yg sudah 2 minggu tidak dijumpainya..

    E3 ini juga membuat akak dalam diam meminati watak si Khaalish ini..apa kata kita kaji dan cuba mengenali sisi Khaalish yg tidak pernak kita ketahui sebelum ini... ..mungkin kita pun sama seperti Naz yg mengenali secara luaran sahaja (of coz yg jahatnya la kan..dah dipotraykan begitu rupa dari permulaan penceritaan)...

    Apa yg kita ketahui dan selalu dibicarakan oleh semua kaum Adam dan juga kaum hawa adalah dia

    1. seorg Casanova yang licik ..used his charm, good looks, guile, and even aggression to seduce gadis yg dia minat...sahaja..yg mempunyai kriteria yg tersendiri....dimana sehingga kini semua dalam koleksi gengamannya ...itu tidak termasuk gadis gadis gediks yg mengejarnya...

    tapi ...apa yang mereka kini tidak tahu...charmnya tak menjadi kat Naz ....kalau lah kawan kawannya tahu..mana lah dia nak letak mukanya..kan...mesti kawan kawannya suruh dia mandi bunga!!! tercabar juga maruahnya ..diperlekehkan oleh si NAz ni..dah lama dia mengejar..tapi haram..Naz tak terpikat...kena basuh kaw kaw dengan ayat yg tak boleh bla..mmg menikam sampai kejantung hati..susah otaknya nak proses ..bila minah tu dengan selambanya dirinya direject.. ada kepatut si Naz tu cakap yg sampai kini bila akak teringat ..akak akan gelak sakan...akak quote ayat naz tu...

    “Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra. Saya pasti berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa awak nak jadi tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak? Tak logik, tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.

    Dan ayat cover balik malu khaalish pulak berbunyi...“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang.

    2. he's a witty person ..bright..smart and he always knows his game ..with women...he always plays his card well ..when and where to say the right things is said pada gadis gadis yg ditemui untuk jatuh keperangkap nya ...

    dan sekali lagi bila berdepan dengan si Naz yg macam burung merpati ni..otaknya jammed ...killer words yg keluaq dari mulutnya dicantas mati dan skill mengayatnya selama ni.. failed giler..memang haru biru betul Naz buat hidupnya...telah puas dipujuk hatinya dan dengan akal yg waras tapi mana mungkin dia dapat melupakan si gadis yg bernama Naz ni....kerana aura Naz mmg kuat...

    pergh dik ..apa yang akak dapat tafsirkan dari E3 ini..sebenarnya..ada penerimaan dari Naz dengan kehadiran Khaalish kali ini kan...pertama kali nya mereka dapat duduk semeja dan berbual tanpa kata kata hangat yg dilontarkan oleh mereka berdua..mereka seakan mahu berkompromi...

    Apa kata siKhaalish tu menamatkan permainan ini dengan berjumpa ayah Naz dan melafazkan akad ijab dan qabul yg membolehkan dia merealisasikan diri Naz menjadi kepunyaannya ..sudah tentu siNaz tiada pilihan lain kan...akan mengikut rentak nya...

    Terujanya akak nak tahu..kemanakah arah perjalanan hidup mereka..adakah si Naz merelakan dirinya dipujuk .. melihatkan kesungguhan dan keikhlasan mamat poyo tu ..adakah dia akan memberikan 2nd chance buat dirinya dan juga mamat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaaaaaa dan komen2 yg sentaisa buat saya senyum!! yr comments alsways help me to view the story from a different perspective and therefore give me ideas on how to improve it. tqvm!!!
      bab pegi nikah cenggitu, aiyorkk kijamnya! eh eh tak sangka ida boleh dapat idea cenggini (skrg saya tertanya2 ida ni gimana ye org nya ha ha ha)

      Delete
  26. dah smpi bab 17 ni baru terfikir tajuk yg sesuai utk knk ni... 'kau lari, aku kejar' dah dr awal bab si khalish dok kejar si naz je... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat tau kejar mengejar ni...tp lam kes ni sumer rela rasanya

      Delete
  27. go go go..harap2 n3 ni akan terus smpi jd novel.
    sbb novel yg mcm ni jarang2 jumpe.kdg2 penulis jarang cerita detail psal sesuatu tempat...ni duk terbayang2 tempat yg hanina tulis..

    ReplyDelete