Saturday 13 April 2013

Seteguh Fayqa Bab 18, 19 dan sedikit 20


Terungkailah rahsia Fayqa....well, part of it. Maaf tak post semalam, balik ke rumah pengsan sebab pergi zumba petang tu. 

Minggu depan tricky you all, sebab saya out station...so agaknya 2 minggu baru ada bab baru...



Bab 18



Sejak peristiwa malam itu, semakin Fayqa mengelak dari si jeneral sengal. Dzariff balik dari kerja, tiada lagi Fayqa melepak di laman dengan adik-adiknya. Bila Dzariff ke dapur, ada saja alasan Fayqa, mahu menghantar bakul pakaian bersih ke ataslah, mahu seterika baju di bilik. Tiada lagi Farhan dan Daeng datang belajar bersama di meja makan.

Semakin giat Fayqa mengelak, semakin Dzariff teringin melihat gadis itu. Adik yang pergi jauh pun tidak teringat-ingat. Yang di bawah satu bumbung pula yang melekat di minda. Tanpa disedari jadual Fayqa dihafal, pukul berapa gadis itu bangun, masuk ke dapur, berhidang, bersiap dan bertolak ke kolej atau ke butik Dzalia. Petangnya pukul berapa Fayqa pulang, masuk ke dapur lagi dan tidur.

Jadi memang dia hairan besar bila Fayqa bergegas meninggalkan meja makan bila menelek skrin telefonnya yang berdering semasa makan malam. Jika Farhan atau Daeng yang menelefon, tentu akan dimatikan telefon yang berdering. Selepas selesai makan malam, barulah dia akan menelefon mereka semula.

Usai menjawap panggilan telefon di dapur, Fayqa duduk semula di kerusinya. Keruh air mukanya, itu jelas di mata Dzariff. Ahli keluarganya yang lain pula tidak sedar, sibuk makan dan berbual.

“Siapa telefon Fayqa?” tanya Hajjah Azimah, sudah terbiasa dengan sikap prihatin.

“Farhan, Achik,” senyuman di bibir, senyuman terpaksa.

“Dia nak apa?”

“Dia tanyakan pasal assignment, Achik.”

Tiada lagi soalan, ahli keluarga Haji Dzulqarnain enak menjamu selera. Dzariff di hujung meja ligat berfikir. Naluri hatinya yakin bukan Farhan yang menelefon tadi. Selalunya Fayqa kalau selepas bercakap dengan Farhan, lebar senyumannya. Siapa yang telefon sehingga sebegitu keruh muka gadis itu? Dato' gatal itukah? Dato' itu mencari Fayqa? Sakit hati Dzariff memikirkan kemungkinan itu.

Usai makan malam, laju Fayqa mengemas dan masuk ke bilik tidur. Dzariff masih di meja makan mengadap lap top, cuba menyelesaikan beberapa kerja tapi sebenarnya menunggu kalau-kalau Fayqa keluar ke ruang tamu. Sehingga tengah malam, bayang Fayqa pun tidak kelihatan. Dzariff naik ke biliknya di tingkat atas, tidak pula rasa mengantuk, lalu dia mengadap laptopnya lagi, membaca artikel-artikel tentang dunia perniagaan di dalam dan luar negara.

Tiba-tiba terdengar bunyi besi berkeriut. Macam bunyi pintu pagar depan. Dari kerusi meja tulis, lehernya dipanjangkan, menjenguk ke luar tingkap. Dalam kelam cahaya lampu laman hadapan, kelihatan kelibat orang membuka pintu kecil di sisi pintu pagar gelongsor automatik. Orang itu melangkah keluar, bukan melangkah masuk. Sudah tentu bukan pencuri, tapi gaya terhendap-hendapnya macam pencuri.

Laju otak Dzariff memproses, terhendap-hendap keluar, tengah-tengah malam. Siapa lagi jika bukan ….. Fayqa!!

Selaju otaknya memproses, selaju itu jugalah kakinya berlari turun ke tingkat bawah. Kunci rumah yang digantung di dinding diambil, pintu depan dibuka, selipar disarung, lalu Dzariff berlari ke arah pintu pagar sisi. Cepat-cepat dia membuka kunci pintu itu dan berlari ke arah jalan. Sudah terlambat! Tiba di jalan, yang sempat dia nampak hanyalah sebuah kereta hitam meluncur laju ke hujung jalan.

Betulkah Fayqa yang terhendap-hendap keluar? Satu sahaja cara untuk pastikan. Dzariff melangkah semula ke laman rumah, pintu pagar sisi dikunci. Masuk ke rumah, dia terus ke dapur. Tanpa ragu-ragu, pintu bilik tidur Fayqa dibuka, suis lampu ditekan. Seperti yang dijangkakan, bilik itu kosong!

Subuh keesokannya...... Fayqa menyusup pulang ke rumah Haji Dzulqarnain. Badannya letih, kepalanya berdengung-dengung akibat tidak tidur dan penat memikirkan masalahnya yang belum selesai. Tangannya perlahan-lahan, berhati-hati memutarkan kunci membuka pintu dapur. Dia masih lagi berfikir-fikir bagaimana mahu mencari jalan untuk ….

“Pergi mana?!!”

“Hah!” terkejut besar Fayqa, kunci di tangan terlepas ke lantai.

Di kerusi meja makan dapur, jeneral sengal duduk berpeluk tubuh, matanya tajam merenung wajah Fayqa. Kecil, besar, kecil, besar, anak dara orang itu dipandang. Jika gadis itu adiknya, tahulah dia apa dia akan buat. Tapi untuk sentuh, waima jentik sekali pun, hukumnya haram!

Hilang terkejut, Fayqa menarik nafas dalam-dalam sambil matanya dipejam. This is the last thing I need right now, keluhnya dalam hati. Sah! Memang betul si jeneral ini ada membela jin, tahu saja segala gerak langkah orang.

“Saya letih sangat, saya nak solat dan tidur, please,” itu sahaja yang mampu dikatakan.

“Letih? Keluar malam sampai ke pagi, letih... Apa yang awak buat hingga letih sangat?” sinis suara si sengal. Sudah bangun dia dan kini berada betul-betul berhadapan dengan Fayqa.

“I said please.... please, boleh tak saya nak rehat sekejap saja?” memang Fayqa tiada mood hendak bertekak. Kalau perlu rayu, rayu sajalah.

“Saya tanya, awak tak jawab. Jawab sajalah, apa susahnya. Awak pergi mana?” soalan yang sama ditanyakan sekali lagi.

Tangan kanan memicit-micit pelipis, “Walau pun saya menumpang di sini, saya pun ada hak untuk privacy sendiri kan?”

“Privacy, yes. Merayau malam-malam, no, never as long as you're under this roof,” tegas Dzariff, tidak mahu berganjak walau seinci.

“Kita cakap hal ni lain kali boleh tak?” gumam Fayqa, menghayun langkah ke biliknya.

Serentak Dzariff bergerak selangkah ke kanan, menghalang langkah Fayqa. Denyutan di kepala Fayqa semakin kuat, sakit di hati boleh tahan juga.

“Saya nak solat dan tidur, please...”

“Soalan saya mudah saja, awak pergi mana? Kenapa tak mahu jawab? Apa yang awak sorokkan,” geram dengan kedegilan Fayqa yang berahsia membuatkan suara Dzariff semakin meninggi.

“Kalau saya nak sorok apa-apa pun, itu saya punya pasal!” suara Fayqa juga sudah naik.

Sabar Dzariff sudah entah ke mana, digenggamnya bahu Fayqa, digoncang-goncang, “Pasal awak sudah jadi pasal kami sebab awak tanggung jawab kami!”

“Eh! Lepaslah, lepaskan saya, lepaskan tanggung jawab tu. Tak siapa suruh awak bertanggung jawab pun,” tangannya cuba menolak tanggan Dzariff yang kuat mencengkam bahunya.

“Fayqa? Abang? Eh! Apa hal ni?”

Oh no!! Achik Zee! Awalnya dia turun ke dapur pagi ini? Habis! Habis semua cerita aku. Jenuh aku rahsiakan selama ini. Gelabah Fayqa bukan kepalang. Apa aku nak buat ni? Matanya laju memandang wajah Dzariff yang garang. Selagi dia tak dapat jawapan, dia takkan lepaskan, Fayqa pasti! No way out!

Agaknya sebab panik atau sebab pendek akal, tubuh Dzariff yang berada betul-betul dihadapannya didakap erat, erat seeratnya! Dalam hati sempat Fayqa berbisik.... maafkan Fayqa, Achik!

Terkejut, terperanjat, tergamam! Tapi kedua belah tangan Dzariff automatik melingkari tubuh Fayqa bagai itulah perkara yang paling natural baginya. Yes, she belongs in my arms, melekat dalam benaknya.

“FAYQA!! ABANG!! Astaghafirullahilazim......” tangan Hajjah Azimah di dada, mulutnya melopong. Bila Hajjah Azimah yang tidak pernah meninggikan suara sudah terpekik, baru terlompat si anak sulung.

Tubuh Fayqa dilepaskan, jari jemarinya menguak rambut di kepala dan terus melekap di situ. What have I done? Dzariff menyumpah-nyumpah diri sendiri. Kemudian matanya menyorot ke arah gadis di sebelah... Apa rancangan dia ni?

“Astaghafirullahilazim....,” Hajjah Azimah mengucap sekali lagi, “Apa ni Abang? Tanggung jawab apa yang Fayqa sebut tu? Abang dah buat apa pada Fayqa?”

Dalam kepala Hajjah Azimah macam-macam perkara yang menerjah masuk... takkanlah Dzariff sudah apa-apakan Fayqa? Ish..tak mungkin... Dzariff anak yang baik. Tapi dah jadi depan mata kepala sendiri.... Dahlah bapanya pun tak ada, out station lagi. Ya Allah, balik suami aku nanti, apa aku nak cakap? Terduduk Hajjah Azimah di kerusi meja makan dapur.

“Ummi, Abang boleh jelaskan....”

Belum sempat Dzariff habis bercakap, Fayqa sudah memotong, “Achik Zee, Fayqa minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Fayqa dah buat benda tak senonoh di rumah Achik...”

Hampir terjojol mata Dzariff memandang muka Fayqa! “Apa awak cakap ni, Fayqa?!”

Marah Dzariff tidak dipedulikan, “Fayqa rasa elok Fayqa pindah keluar dari sini. Lagi lama Fayqa di sini, nanti entah apa pula yang terjadi...”

“Astaghafirullahilazim....,” itu sahaja yang boleh Hajjah Azimah ucapkan, tangannya mengurut-ngurut dada.

“Fayqa! Could you please stop your game?!” suara Dzariff sudah meninggi.

“Yes, we should stop OUR game...now,” Fayqa memotong lagi.

Our game? OUR game? Licik betul budak perempuan ini, amarah Dzariff membuak-buak.

“Achik, biar Fayqa keluar dari rumah ini. Fayqa minta maaf, Achik,” belum sempat Dzariff atau Hajjah Azimah berkata apa-apa, Fayqa meluru ke dalam biliknya dan mengunci pintu.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dan jari jemari laju mendial nombor, “Boleh datang ambil saya sekarang tak? Saya tunggu di depan rumah. Kalau boleh secepat mungkin ya. Saya nak elakkan masalah dengan tuan rumah.”

Di luar bilik kedengaran suara Hajjah Azimah dan anaknya bercakap-cakap. Tanpa memperdulikan mereka, laju tangan Fayqa mencampakkan pakaian dan buku-bukunya ke dalam beg. Ambil yang mana sempat sajalah, yang penting dia perlu keluar dari rumah ini sebelum rahsianya pecah. Tak sampai lima minit Fayqa sudah siap berkemas, barang-barangnya pun bukannya banyak. Pintu bilik dibuka.

Terbuntang mata Hajjah Azimah melihat beg yang dijinjit oleh Fayqa. “Fayqa, apa-apa pun, tunggu dulu. Jangan terburu-buru nak pindah. Fayqa nak ke mana? Achik susah hati kalau Fayqa keluar dari rumah ni.”

Tubir mata Fayqa mula panas, tersentuh hatinya dengan kebaikan hati Hajjah Azimah. Walaupun dia berbuat tidak senonoh, tiada maki hamun dari wanita itu. Malah, masih bimbangkan keselamatan dirinya.

“Achik, biarlah Fayqa pindah. Ini yang terbaik, Achik.”

“Abang, minta maaf dengan Fayqa. Janji dengan dia yang Abang takkan buat benda-benda tak senonoh pada dia lagi,” arah Hajjah Azimah kepada anak sulungnya.

“Ummi! Kan Abang dah kata, Abang tak buat apa-apa kat dia. Yang Ummi nampak tu...”

Lagi cepat cabut, lagi baik, fikir Fayqa. Tangan Hajjah Azimah dicium, “Fayqa pergi dulu, Achik.”

“Fayqa! Fayqa! Nanti dulu....,” seru Hajjah Azimah kepada gadis yang sedang melangkah keluar melalui pintu dapur.

“Abang! Takkan nak dibiarkan Fayqa pergi entah ke mana tu?” Kata-kata Hajjah Azimah membuat Dzariff cepat-cepat mengekori Fayqa.

“Ummi, ada apa kecoh pagi-pagi ni?” dari ruang makan, muncul Dzalia dan Dzureen yang masih terpisat-pisat baru bangun tidur.

Dzariff di luar membuka langkah berlari mengejar Fayqa yang sudah berada di pagar depan, “Fayqa! Fayqa! Jangan pergi!”

Hajjah Azimah dan anak-anaknya bergegas keluar dari pintu dapur, terkocoh-kocoh berjalan ke lama depan mengikut sisi rumah.

Laju tangan Fayqa membuka pintu sisi pagar depan. Matanya meliar memandang ke arah jalan. Mana dia? Kenapa tak sampai lagi? Elok tiba sahaja kakinya ke tepi jalan sebiji BMW hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Tanpa melengah masa, pintu hadapan dibuka, Fayqa masuk ke dalam dan kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan rumah Haji Dzulqarnain.

Dzariff yang hanya terlewat beberapa saat, menjerit, “Fayqa! Fayqa!”

Hajjah Azimah yang masih menapak ke pagar tidak berhenti-henti berastaghfar. Dzalia dan Dzureen mengekori dari belakang.

Dzureen mencuit bahu Dzalia, “Kak Yaya, macam shooting drama.”



Bab 19



Terhenti langkah Hajjah Azimah bila melihat kereta hitam itu meluncur pergi membawa Fayqa, “Abang! Siapa yang datang ambil Fayqa tu?”

“Abang tak tahu Ummi,” mulut menjawab, dahi berkerut. Marah ada, bimbang pun ada di hati.

Tak boleh jadi ni, tak boleh dibiarkan sahaja. Laju Dzariff berlari masuk ke rumah, kunci motosikal adiknya dan alat kawalan jauh pagar dicapai. Pintu depan dibuka. Sambil melangkah ke arah motosikal Dzahim, topi keledar dipasang. Enjin motosikal mengaum. Pintu pagar dibuka.

Sambil menunggang motosikal keluar dari laman depan, alat kawalan pagar dicampakkan ke arah Dzalia, “Abang pergi cari Fayqa!” dan motosikal berkuasa tinggi itu menderum pergi.

Sudah bertahun tinggal di kawasan perumahan itu, Dzariff tahu jalan-jalan pintas ke jalan besar yang menghala ke lebuhraya. Tiba di sana, dia ternampak BMW hitam yang dinaikki Fayqa sedang membelok memasuki lebuh raya.

“Yes!” bisik Dzariff, “nak lari? Jom kita tengok ke mana kau nak lari.”

Tidak sampai 20 minit Dzariff mengekori BMW hitam itu, ia memasuki parkir bawah tanah sebuah hotel lima bintang. Dzariff memberhentikan motorsikal di luar hotel. Ketat dadanya, susah hendak bernafas bila memikirkan Fayqa mengikut lelaki ke hotel. Fayqa yang tidak tinggal sembahyang, yang sentiasa hormatkan orang tua.... dia jenis yang ikut jantan ke hotelkah? Kalau pemandu BMW itu saudaranya, kenapa dia tidak perkenalkan kepada kami sekeluarga? Memang gadis ini ada rahsia hitam yang nak disorokkan. Dzahim tahukah? Dzahim bersekongkol dengan Fayqa tentang rahsia ini?

Buat beberapa minit, Dzariff masih berdiri di hadapan hotel. Solat subuh belum, sekejap lagi habis waktu. Nak ke masjid, nanti entah ke mana pula gadis yang diekori. Apa-apa pun solat dululah, putus Dzariff. Takkan tak solat disebabkan budak perempuan sorang ni.

Usai solat Dzariff terconggok di hadapan hotel. Masuk ke hotel tadi mencari Fayqa, kata receptionist tiada gadis bernama Fayqa atau Lara yang menyewa bilik di situ. Takkan dia hendak ketuk pintu bilik satu per satu. Akhirnya, di situlah dia menunggu, berharap Fayqa atau BMW hitam itu akan keluar semula. Perut lapar belum bersarapan tetapi Dzariff tidak mahu ke mana lagi selagi Fayqa belum ditemui.

Hampir tiga jam menahan lapar dan geram, akhirnya tersembul BMW hitam itu keluar dari parkir bawah tanah. Tidak salah kereta sebab Dzariff cam nombor platnya. Cepat-cepat Dzariff memakai topi keledar dan mengekori BMW itu. Rupanya kereta itu menghala ke hospital. Hospital yang sama di mana Dzahim di rawat dahulu.

Dzariff memberhentikan motosikal agak jauh dari kereta hitam yang berhenti di foyer hospital. Pintu pemandu dibuka, seorang lelaki separuh umur keluar dan membukakan pintu belakang. Yang keluar dari pintu belakang adalah Fayqa. Segera timbul rasa lega di hati Dzariff.

“Lelaki itu pemandu? Pemandu siapa?” tanya Dzariff dalam hati.

Selepas bercakap-cakap sebentar, Fayqa menapak ke pintu masuk hospital. Di pintu masuk seorang lelaki muda sudah menunggu Fayqa. Mata jantan Dzariff pun tak boleh menafikan lelaki itu sungguh kacak bergaya.

“Abang dia?” teka Dzariff.

Setelah Fayqa dan lelaki muda itu beredar ke dalam, dengan cepat Dzariff memarkir motosikalnya dan mengekori mereka dari belakang. Mereka menaiki lif ke tingkat atas. Selepas pintu lif tutup, laju Dzariff melangkah ke lif, matanya tidak bekelip memandang nombor-nombor di atas pintu. Satu, dua, tiga, empat. Lif berhenti di tingkat empat. Butang lif ditekan dan selepas beberapa minit, pintu lif terbuka. Dzariff melangkah ke dalam dan menekan butang nombor empat. Sambil menunggu life naik ke tingkat empat, berkerut dahi Dzariff memikirkan apa yang akan dibuatnya bila bersemuka dengan Fayqa dan lelaki itu. Atau dia hanya memandang dari jauh?

Tiba di tingkat empat, pintu lif terbuka, Dzariff melangkah keluar. Tanpa perlu membaca papan tanda di hadapan lif, Dzariff melangkah ke kiri ke sebuah pintu yang bertulis “Intensive Care Unit.” Di sinilah Dzahim dirawat beberapa bulan dahulu. Ahli keluarga Fayqa kemalangan?
Pintu ruang menunggu ditolak, tersentak Dzariff seketika, ada seorang wanita berusia empat puluhan sedang marah-marah.

“Sampai jantan tua tu nak mati pun kau nak kawal dia. Alah, jangan nak nafikan. Kau nak pastikan bila dia mati, semua harta dia dapat kat engkau. Aku bukan bodoh macam bini tua dia, aku boleh fikir!” Kedua belah tangan di pinggang, nampaknya dia sedang memarahi seorang wanita yang sedang duduk menangis teresak-esak di kerusi ruang menunggu.

“Mak cik, di sini tak boleh bising-bising, Mak Cik. Kalau Mak Cik nak bincang, kita turun ke bawah,” lelaki kacak yang menaiki lif dengan Fayqa cuba menenangkan wanita itu.

“Ah! Kau pun sama dengan bapa kau. Asyik nak menangkan betina sundal ini. Kalau kau tak jaga-jaga, satu sen harta bapa kaun pun kau takkan dapat, kau tahu!”

“Mak Cik, tentang duit ringgit tu kita bincang kemudian Mak Cik. Sekarang ni lebih baik kita bacakan Yassin, bacakan doa untuk Papa. Nanti bila Papa dah sihat, kita uruskan hal duit biaya Mak Cik dan Adik.”

“Nanti? Kau pun sama bodoh macam emak kau! Nanti, nanti. Kau tak tahu betina sundal tu dah sapu semua untuk diri dia.”

Fayqa yang sedari tadi berdiam diri di sebelah lelaki kacak itu sudah tidak dapat menahan sabar, “Puan, Puan nak cakap apa pun, itu hak Puan. Tapi tolong jangan panggil emak saya betina sundal. Mak saya isteri sah Uncle Shaq.”

Amaran gadis muda itu tidak dihiraukan, amarah sudah marak di dada, “Ah! Kau dengan mak kau pun sama-sama sundal....”

Pang!! Buat sedetik terdiam semua orang. Tiada siapa yang menyangka Fayqa akan menampar wanita itu.

“Lara! Mama tak pernah ajar Lara angkat tangan dengan orang yang lebih tua,” marah emak Fayqa.

Wanita yang ditampar Fayqa juga bagai sudah tersedar, “Hei, anak sundal, mak kau tak ajar, mari aku ajarkan..”

Tangannya sudah diangkat, mahu membalas tamparan Fayqa. Cepat-cepat tangan dan badannya ditahan oleh lelaki kacak tadi, “Mak Cik, jangan buat kecoh, Mak Cik. Ini hospital.”

Fayqa pula bagai tidak puas dengan sekali tamparan, tangannya diangkat sekali lagi. Biar hari ini dia ajar wanita angkuh ini puas-puas. Belum sempat tangannya mendarat ke pipi wanita itu, ada tangan yang menahan dari belakang. Sementara sebelah tangan lagi melingkar di pinggang Fayqa, menahan Fayqa dari mendekati wanita mulut celupar tadi.

Terkejut dipeluk dari belakang, Fayqa menoleh. Makin terkejut jadinya bila dia melihat yang memeluknya dari belakang adalah si jeneral sengal! Bukan sahaja Fayqa yang terkejut, emaknya, lelaki kacak dan wanita itu turut sama terkejut.

“Hoi sengal! Lepaslah!” jerit Fayqa sambil cuba melepaskan diri.

Sedar yang semua mata sedang memandangnya, Dzariff segera melepaskan Fayqa.

“Awak ini siapa?” tanya emak Fayqa.

“Awak buat apa di sini?” tanya Fayqa serentak.

“Nak pastikan awak selamat,” jawab Dzariff perlahan.

Suatu jawapan yang amat menghairankan emak Fayqa, “Lara, siapa lelaki ini?”

Fayqa menjeling ke atas. Bala! Bala!!

“Tak ada siapa-siapa, Mama,” jawab Fayqa.

Tangan kanan Dzariff direntap, Fayqa menarik si jeneral sengal keluar dari ruang menunggu Unit Jagaan Rapi. Tidak mahu menunggu lif, Dzariff ditarik menuruni tangga. Tiba di tingkat tiga, tangan Dzariff dilepaskan, bahu Dzariff ditolak kasar.

“Boleh tak awak pergi dari sini?” halau Fayqa sambil mengetap gigi.

“Kenapa? Kalau ahli keluarga awak sakit, tak bolehkah saya melawat?” tenang jawapan Dzariff.

“Pergilah! Pergilah! Pergilah!” sambil menghalau, bahu Dzariff ditolak-tolak, “Hidup saya dah cukup complicated, tak perlu awak nak buat makin rumit.”

Dengan wajah yang tidak beriak, dengan suara yang tenang, Dzariff menjawab, “Siapa kata saya nak rumitkan hidup awak?”

“Aaaarrggghhhh!!” jerit Fayqa, kedua tangannya digenggam geram. Si sengal ini tak kan mengalah, tak kan mengalah.

Mukanya ditekup dengan kedua belah tangan. Tidak rumit katanya? Uncle Shaq kena serangan jantung. Mama pula kena serangan bekas madunya. Bekas madu mama pula kena serangan aku. Tidak rumit kata si sengal?

Bahu terhinggut-hinggut, dia menangis teresak-esak. Lututnya terasa tidak mampu lagi berdiri. Fayqa duduk di atas tangga, menangis semahu-mahunya. Tidak apa lagi yang mampu Fayqa buat, hanya menangis.

Pertama kali melihat gadis tabah dan kuat bernama Fayqa menangis teresak-esak, bukan tidak tersentuh hati Dzariff. Kalau diikutkan hatinya, ingin dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Bagai subuh tadi. Tetapi subuh tadi, entah apa yang merasuknya, membuatkan dia terleka seketika, terlupa halal haram. Pagi ini, dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Maka, Dzariff turut melabuhkan punggungnya di atas tangga, selang beberapa anak tangga dari Fayqa. Mulutnya tidak berkata apa-apa. Bukankah dia sudah kata tadi, dia tidak akan rumitkan hidup Fayqa.

Di tingkat empat, ada ibu yang menjenguk ke bawah. Melihat anak gadisnya menangis, hatinya sayu. Jika tidak kerana perkahwinannya dengan Datuk Ishaq, Fayqa tidak akan jadi begini. Matanya turut memandang ke arah lelaki yang duduk menemani anak gadisnya di atas tangga. Siapa lelaki ini, yang begitu sabar menemani anaknya menangis?



Bab 20



“Lara tidak setuju saya kahwin lain. Dia memang anak manja Papanya. Sejak saya berkahwin dengan suami saya sekarang, Lara menjauhi diri,” air mata yang mengalir di pipi dikesat, “Tingkatan empat dia masuk asrama, selepas itu masuk kolej, kemudian universiti. Balik menjenguk saya sekali dua setahun. Duit belanja yang papa tirinya beri pun tidak disentuh. Dia bekerja menanggung diri sendiri. Tanda dia memprotes mamanya kahwin lain.”

Terdiam Dzariff dan ibu bapanya, tidak tahu mahu komen apa. Rupanya ini rahsia Fayqa Lara Lyana Abdul Rahim selama ini. Emak dan bapanya memang berasal dari Tawau tapi sudah berhijrah ke Kuantan sejak Fayqa berusia setahun setengah. Dan semenjak bapa Fayqa meninggal sepuluh tahun yang lalu, emak Fayqa masih lagi tinggal di Kuantan sebab suami keduanya mempunyai perniagaan di sana. Isteri tua suaminya pula tinggal di Kuala Lumpur.

Untuk menyedapkan hati emak Fayqa, Hajjah Azimah memuji anaknya, “Fayqa rajin budaknya, Fizah. Ringan tulang, kerja rumah dia yang banyak membantu. Solat tak tinggal. Budi bahasa pun elok.”

“Alhamdulillah, Kak Zee. Hati saya bimbang bukan main bila dia hidup sorang-sorang di Kuala Lumpur ini. Nak suruh dia duduk dengan keluarga suami saya, bukannya dia mahu. Keras hati tak boleh nak dikata apa,” kata Puan Hafizah tanpa berselindung.

“Tak apalah, Fizah. Sekarang ni kan Fizah pun sibuk menjaga Datuk Ishaq. Biarlah Fayqa tinggal dengan kami buat sementara waktu. Nanti bila Datuk dah sihat, kita bincang lain,” cadang Haji Dzulqarnain.

“Tak menyusahkan Haji sekeluargakah? Dari dia tinggal sorang-sorang, lebih baik dia tinggal dengan Haji. Tapi itulah saya malu sebab menyusahkan Haji sekeluarga,” balas emak Fayqa.

“Eh, apa pula menyusahkan, saya pula yang malu sebab sejak Fayqa duduk dengan kami, anak-anak saya mengada-ngada, semua jadi berat tulang. Fayqa tu dengan anak-anak saya dah jadi macam adik-beradik. Dengan Dzalia dan Dzureen, rapat bukan main,” jawab Hajjah Azimah, Dzariff di sebelahnya dijeling-jeling. Peristiwa subuh tadi sudah dijelaskan oleh Dzariff tapi Hajjah Azimah sudah sedar, ada gadis bukan mahram di rumahnya, dia perlu pantau tingkah laku anak lelakinya dengan lebih berhati-hati.

Sedar makna jelingan ibunya, Dzariff membuat riak selamba. Khilaf, walaupun sesaat, tetap khilaf.

“Kak Zee tolong saya pujuk Lara ya. Dia beria-ia hendak cari bilik sewa. Kalau dia tinggal dengan Kak Zee, tak adalah saya bimbang sangat. Sudahlah papa tirinya sakit teruk begini,” kata Puan Hafizah sebelum melangkah ke dalam ruang menunggu Unit Jagaan Rapi untuk memanggil Fayqa yang sedang membacakan Yassin untuk bapa tirinya.

Fayqa mengikut emaknya bertemu Haji Dzulqarnain suami isteri serta Dzariff dengan wajah yang merah padam. Kalau boleh, memang dia tidak mahu berjumpa dengan keluarga Dzahim lagi. Malu dengan perangai tidak senonohnya subuh tadi, malu dengan Dzariff tentang peristiwa menampar bekas madu Mamanya, malu dengan status Mamanya sebagai isteri nombor tiga, malu segala-galanya.

“Fayqa, Mama Fayqa sudah berbincang dengan Achik, dengan Pak Cik Nain, dengan Abang. Mama Fayqa bersetuju biar Fayqa duduk dengan keluarga Achik sementara Mama Fayqa menjaga Uncle Fayqa,” lemah lembut Hajjah Azimah memujuk anak gadis yang sudah dianggap bagai anak sendiri.

Makin tebal rasanya muka Fayqa. Malu sungguh dengan Achik Zee, macam-macam yang Fayqa buat, tapi Achik Zee masih lagi melayan Fayqa dengan penuh kasih sayang.

“Tak apalah Achik Zee. Biarlah Fayqa duduk di bilik sewa macam dulu, bukan Fayqa tidak biasa. Dah cukuplah Fayqa menyusahkan Achik sekeluarga,” Fayqa cuba mengelak.

“Siapa kata awak menyusahkan kami? Awak yang kata hidup awak cukup complicated dan awak tak nak rumitkan lagi. Bukankah duduk di bilik sewa itu rumit? Jadi awak sendiri yang buat hidup awak semakin rumit,” tajam komen Dzariff, terkejut emak Fayqa yang tidak biasa dengan caranya. Haji Dzulqarnain suami isteri pula sudah biasa dengan cara Dzariff menegur adik-adik.

“Saya rasa lebih mudah kalau saya hidup sendiri...”

Belum siap ayat Fayqa, Dzariff sudah memotong, “Mudah untuk siapa? Mudah untuk awak saja. Awak ada fikirkan emak awak? Mudahkah dia melepaskan anak gadisnya hidup sorang-sorang di Kuala Lumpur ini? Don't be selfish, Fayqa.”

Fayqa yang tadi tertunduk-tunduk malu, mengangkat muka merenung tajam wajah Dzariff, “Itu antara emak saya dan saya. Awak jangan masuk campur.”

“Salah, ini bukan hak awak untuk buat keputusan. You are not given a choice, Fayqa. Emak awak hendak awak tinggal dengan kami sementara bapa tiri awak tidak sihat. Tanggung jawab anak mengikut kata ibu. End of the story. Nanti bawa beg awak balik ke rumah.”

Berombak-ombak dada Fayqa menahan marah. Si jeneral sengal buat hal lagi! Emak Fayqa di sebelahnya hampir terlongo melihat cara Dzariff “menangani” keras kepala anaknya. Sudah bertahun-tahun Fayqa melayan keras kepalanya, kini buku sudah bertemu ruas. Perlahan-lahan terukir senyuman di bibir Puan Hafizah.

74 comments:

  1. ahhh...i smell something.......fishy :)

    ReplyDelete
  2. I like..
    Buku bertemu ruas..
    Mesti best..haha

    ReplyDelete
  3. Oh la la.. Jeneral sengal ada talent jadi PI. Haha. Rebellious juga si Pekah ni ya?

    ReplyDelete
  4. Suker.. Suker.. Suker... Sgt suke.. Hahaha... Good job nina..

    ReplyDelete
  5. susah2 sgt nk bwk fayqa blk, kawenkan je trus dgn jeneral tu..

    btw, thanks 4 d n3

    ReplyDelete
  6. alolo.. best Dzariff bekeras xnk Fayqa pindah.. Luv Dzariff..

    ReplyDelete
  7. Buku Bertemu Ruas??
    Nampaknya, Mak Fayqa dah jumpe calon menantu yang sesuai utk Fayqa yg keras kepala.

    ReplyDelete
  8. Amboi amboi, sempat lagi Dzariff ambil kesempatan peluk Fayqa dari belakang. Memang dia dah ketagih ya Hanina. Hmm Dzariff dah dapat approval dari mak Fayqa tu.

    ReplyDelete
  9. Omg....cik penulis...bila nk keluar novel ni....seksa batin cek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg...tulis pun br takat ni. tulis upload, tulis upload. bila dah sampai bab 25 berenti upload sebab nak siapkan manuskrip, agak2 3 bulan tu...

      Delete
    2. 3 bln pun 3 bln lah.....lg cpt lg bgs....hehe cik penulis yg sweet.....klu blh selitkan sikit tentang budaya or tempat2 yg menarik mcm novel sebelum ni...informasi yg menarik n olahan yg sempoi dr. Cik nina memang meletops...pe pun best of luck yaaa....(waiting 4 new novel)

      Delete
  10. THANK YOU...THANK YOU...THANK YOU, NINA !!!!!! For the superb n3...amek ko Faye...dh jumpa yg sama padan. Anyway, jgn la ugut readers yg 2 wks lg br ada n3 lg....cdeh + busan la kita org nnti. Upload teasers for next n3 pn ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks! mana ada ugut. hujung minggu dpn out stn. so nxt wiken tak de entry. awal minggu ni tak brani janji ler, mtg sana sini..

      Delete
    2. Thanks Hanina for d beautiful E3..

      akak faham akan kerja awak..tapi akak tabik dalam kesibukan awak ..awak tidak pernah menghampakan kami dengan E3 baru.

      E3 ini membawa kita mengenali diri Fayqa..perjalanan hidupnya ..yg selama ini yg ingin dia sembunyikan..rupanya dia amat terkilan dengan keputusan ibunya mengahwini ayah tirinya dan sekali gus meletakkan ibunya sebagai madu yg selalu disalah ertikan oleh madu madunya yg lain yg selalu menuduh ibunya ingin membolot harta ayah tirinya sedangkan apa yg ibunya mahu adalah untuk menjadi peneman dan mengisi jiwanya yg kosong kerana kematian suami dan mahu anaknya fayqa ada seorg ayah untuk mengantikan arwah suaminya tetapi tidak disangkanya anaknya itu telah menolak figura seorg ayah yg ada pada diri ayah tirinya itu.

      Delete
    3. cik nina oiiii...sik boh update sampei 25...tulis jak manuskrip ya...kak ya antar terus ke publisher...dpt kamek org peluk-cium...haaaa tu dia dialek swak i dah kluar...hehehehe...sori daa...cuaca panas-sejuk-panas-sejuk buat kepala i weng cikit minggu ni....

      Delete
  11. Oh Nina! Best sgt crita nih. Kebetulan ramalan ku benar belaka Faye peluk Dzariff sbb nk kluar dr rmh tu. Jgn seksa batin kami ni yg dok tgu n3 baru...huhuhu...

    ReplyDelete
  12. erghhhhhh......seske hati je si general 2 nak arah2 fayqa wat cenggitu....walaupun betul cam yg dia ckp 2 t/jwb anak ikut setiap ckp mak kan tp...geram tetap ada kat mamat 2 haishhhh

    ReplyDelete
  13. wah!! suke2.. sanggup dzariff duk spy si fayqa sampai pagi.. ishishish

    ReplyDelete
  14. pergh..complicated juga hidup seorg gadis yg bernama fayqa ini..barulah kita tahu ..kehilangannya malam itu adalah untuk melihat ayah tirinya yg dimasukki ICU kerana diserang sakit jantung dan ibunya pula merupakan isteri no. 3 kepada seorg yg bergelar Dato' yg memang mempunyai kedudukan dan kaya orangnya. Mungkin begitu sukar untuk diri gadis ini menerima akan kehadiran bapa tirinya dan keputusan ibunya berkawen. Perjalan hidup Fayqa rupanya tak seindah mana..selalu disalah ertikan hubungan emaknya
    dengan madu madunya kerana harta yg ada pada ayah tirinya. Tak sangka betulkan sigadis bernama fayqa ini dalam tenangnya ada garangnya bile dia dengan selambanya menampar bekas madu ayah tirinya kerana menuduh dan melemparkan kata kata yg melampau pada ibunya.
    Adakah setelah penjelasan yg diberikan kepada keluarga angkatnya oleh ibunya akan membuatkan keluarga ini merasa lebih simpati keatas fayqa dan treat her well dan adakah mamat sengal itu akan menaik taraf gadis itu dan menjadikan dirinya halal kerana hatinya telah tertawan dan terpikat dengan gadis ini yg tidak ada cacat celanya sehingga dia tidak sanggup untuk kehilangan dan apatah lagi jauh dari pandangan matanya sedang apa yg berlaku pagi tadi seperti telah memberikan dirinya sebuah keyakinan yg dia hendak memilikki gadis yg tabah ini dan mahu melindunginya dari disakiti oleh sesiapa sahaja..Apa yg akan jeneral sengal ini akan lakukan ya..dan adakah gadis ini akan mengikut arahan dari sijeneral agar kembali tinggal bersama dengan mereka. Tidakkah gadis ini Fayqa tahu yg ibunya sedih dan berkecil hati dengan layanan yg diberikan oleh gadis ini kepada dirinya dan tidak adakah kemaafan dalam diri gadis ini untuk dirinya kerana sebagai wanita dia memerlukan seorg suami untuk dirinya berlindung dan dia perlu seorang lelaki untuk menyayangi dirinya untuk memenuhi kekosongan dalam dirinya setelah ayah fayqa tiada ..dan kenapa anaknya tidak boleh menerima akan kehadiran seorg ayah tiri yg sebaik suaminya sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lurve yr views cik ida...life is complicated...no matter how many twists & turns unfold itself in front of us, if we r not careful & INGAT YG SATU tu...mcm2 blh jadi...suka mcm mana cik nina rungkaikan misteri hidup si fayqa ni...there's so many reasons dat culd make fayqa b more 'brutal' than she is now - tak solat, idup liar, etc, etc, etc, rebel without a cause - wuld like to knw wat makes her pillar so strong...just like nama citer ni...seteguh fayqa...olahan yg cukup sempoi-santai-dgn-kesengalan-yg-terserlah but brings in quite a heavy message...hhhmmmmmm sunyi lerrr lam 2 minggu ni...

      Delete
    2. love yr comment zoora..agreed with u 100%..love d plot written by d writer...

      Delete
  15. waduh..waduh..waduh.. memang sesuwaiiii la derang ni..nina.. besttttt sgttt

    ReplyDelete
  16. oh yes, mama fayqa dah jumpa bakal.menantu yg boleh handle anak yang memberontak. Achik zee pun rasanya dah jumpa penyelesaian masalah bukan mahram kat rumah dia kan? win win situation for the parents, but not for them kan nina?

    ReplyDelete
  17. amat amat berterima kasih pada NIna.... tq tq tq....n3 kali SUKA GILER TRILER YG AMAT X SABO TUNGGU....N3NEXT WEEK....MINTAK MINTAK IDEA NINA TERGOLEK GOLEK DATANG....

    ReplyDelete
  18. At the end setelah setiap satu jam jengok blog nina...akhirnya ada juga new entry....saya suka :)

    Dear Nina sila siapkan cerita ini N terbitkan buku, seksa u nak tunggu entry baru setiap minggu.

    ReplyDelete
  19. Oh tidak...bila terbit buku ni.....nak lagi..dan lagi...best...

    ReplyDelete
  20. Suka, suka, suka dan terus suka. Ini yg buat x sabar nak bc full story in printed version mcm PMS dan KNK.

    ReplyDelete
  21. Ok... Now i get it.... Love it... Thanks Nina... Huggs

    ReplyDelete
  22. Nina:life is complicated, but that's life!!!....beginning of a new journey for all characters in this storyline, now that all main players were reveal...

    ReplyDelete
  23. ekekekekeke...terbaek ah jeneral!!
    hr tu pekah train dzahim.. acik zee lega..
    kali ni turn jeneral lak train pekah.. acik fizah lak yg lega.. ekkekekee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. a'ah kan. tapi sapa lak nak train si jeneral sengal??? hihihi..

      Delete
    2. hahaha... suka komen ni. 'Sapa lak nak train Si Jeneral Sengal????' buat sy tersengih manjang. Yg sebenarnya, dah tahu Cik Nina kita sibuk, tak sempat nak update, tp sb terlalu rindu sama Si Faye n Jeneralnya, buka blog ni dan baca aje komen2 korang buat melepas rindu,huhuhu...

      Delete
  24. Tq nina..br tau kisah disebalik nyer...

    ReplyDelete
  25. Dah trjawab sapa diri fayqa....wah...amik berat tol jeneral ni ...dah syg ke ktpekah.....apapun best arr nina...salute sehhhhhhh...

    ReplyDelete
  26. Kakak nina sgt hebat.. !! Lg 2 mggu kuarkan 3 bab full version eh.. Sonok bace panjang2 nih... Hehehe..

    ReplyDelete
  27. huhuhu...mmg mengena tebak i nina ooiii...papa tiri pekah ...2 minggu lg nak tunggu...adoi...lama tu ...hbsla kita org rindu kat blog nie... :p

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. sy ikut sama senyum....betul2 buku dgn ruas....alahai lama tu 2 minggu...mau nya khatam berkali2 chapter nih...

    ReplyDelete
  30. Dapat rasa mak ngn mak nanti buat pakatan...

    ReplyDelete
  31. Suka... Achik zee kawenkan ajer abg ngan fayqa tu so xde apa nk pikir....

    ReplyDelete

  32. Suke3x ...sabar ya hati yg can't wait til nx chapter. Thanks Hanina dgn buah tangan yg menjadi therapist di kala jiwa kacau.

    Xoxo Aza

    ReplyDelete
  33. Haha buku bertemu ruas !!! Sukanya !!!

    ReplyDelete
  34. tp jgn lupe si sengal ni ader awek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mo la minqh cerewet tu jd awek si jeneral .lgpun x de tulis kt mana2 pun si Mush tu awek si jeneral...Nina tulis dorang tu keje kt ofis yg sama je

      Delete
  35. I will keep this as my collection once publish he he :)

    ReplyDelete
  36. Sorry ms. Nina, pasal ugut x de n3 tuh...gurau jer. Tau u ada tanggungjawab lain. X per, biar lmbt tp berbaloi bila u upload n3 br. Cuma, mesti kitaorg readers u ni rindu giler kt couple ni...hu hu hu

    ReplyDelete
  37. I like....

    Mesti mak Fayqa duk kenen dgn Si Jeneral. Bole wat menantu

    ReplyDelete
  38. ala...nk fayqa ngn dzahim..

    xmau zhariff....

    plezzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks....,janganla Si Dzahim, 'budak' sangat tu, lagipun bukan dia yg pimpin Si Pekah, Si Pekah yg pimpin dia. Pekah ni seorang perempuan yg perlukan seorang lelaki yg kuat personalitinya, tegas, berani, penyayang, yg boleh jadi pemimpin dia dunia akhirat, tak gitu Cik Nina?

      Delete
    2. Setuju sesangat...Dzariff jer boleh kontrol Pekah

      Delete
  39. " perlahan-lahan terukir senyuman dibibir saya..."

    Nina, terima kaseh utk n3 yg pjg, pengubat utk yg nk kena tunggu lepas ni...apa2 pun..silalah siapkan man cepat2...nk buat koleksi :-))

    ReplyDelete
  40. errrr dzahim tu ade gf eh.. gf yg terlarang ke ape? huhuhu.. sorry off topic sket

    ReplyDelete
  41. ngak sabaq nunggu buk nina...kasi kluar novelnya terus pasti akan ku serbu kedai bukunya...

    ReplyDelete
  42. ngak sabaq nunggu buk nina...kasi kluar novelnya terus pasti akan ku serbu kedai bukunya...

    ReplyDelete
  43. sgt menarik dan trskan usaha anda hingga terhasil buku ketiga. dua2 bku cik writer sy dh baca dan terhbur

    ReplyDelete
  44. Owh mcm tu rupenye kisah hidup fayqa...

    ReplyDelete
  45. dah mcm keKETAGIH..ARI ARI BUKAK BLOG NINA WALAUPUN DAH GTAU NEXT WEEK BR Ada....parah la nina....cepat cepat nina sayng

    ReplyDelete
  46. same jugak (O.O) oh dah jadi 'habit' untuk klik link ke blog ni TIAP kali online (>,<') KLIK!

    ReplyDelete
  47. Sama lah kita ni ye, ahhhh....Nina, rinduku kian parah. hehehe...

    ReplyDelete
  48. Adoi...lama nyer 2 wks tuh..rindu tahap petala kat Faye n Dzariff. X sabar nak baca kerenah 2 karekter ni

    ReplyDelete
  49. Kak nina...hati nie dh terseksa mnunggu kpulangan kak..cpt la blik sis...

    ReplyDelete
  50. Kak nina...hati nie dh terseksa mnunggu kpulangan kak..cpt la blik sis...

    ReplyDelete
  51. Chak!!! Dh tau takde..tp tetap jenguk..

    ReplyDelete
  52. Macam mana nina buat novel..dh ada jln cerita dulu baru buat ayat ke..mmg suka sgt dgn karakter naz,una dan faye ni..salam follower baru

    ReplyDelete
  53. Menghitung hari
    Detik demi detik
    Masa ku nanti apa kan ada
    Jalan cerita kisah yang panjang
    Menghitung hari...
    Zoora

    ReplyDelete
  54. hope fayqa mengaku silap dia... kesian dzengal... tak pasal2 mak dia pikir bukan2 walhal fayqa yang start dulu. humph! nak baca lagi je rase.. :(

    ReplyDelete
  55. Salam singgah sini. Saya baru sahaja habis baca novel, Projek Memikat Suami. Terpesona dengan novel yang sangat best, nak pulalah tengok blog tuannya :) studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  56. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete