Thursday 25 April 2013

Seteguh Fayqa Bab 21 & 22


Ahhh....after quite a long hiatus, susah juga nak menulis semula.  Bab ini memperkenalkan K.I. lelaki kacak bergaya lagi gentleman.... (ehem ehem kepada seorang penulis tu LOL)


Skrg sudah bab 22, sy rasa SF di blog sehingga bab 27 kut. Lepas itu saya rasa mungkin berbulan-bulan baru SF boleh siap. Memang tak boleh cepatkan sebab kerja di ofis memang menimbun.


Hmmm.... si jeneral akan semakin sengal dalam bab 23 :)


  
Bab 21



Tangan yang menolak pintu kaca terhenti, begitu juga langkah kakinya. Matanya tertancap ke arah lelaki kacak bergaya yang sedang berbual-bual dengan Dzalia di sofa butik.

“Dia lagi!! Hari-hari datang... tak perlu kerjakah? Dasar anak orang kaya! Bapa sakit terlentang pun, dia boleh curi tulang,” cemuh Fayqa dalam hati.

Nafas ditarik dalam-dalam, kaki dihayunkan semula, laju menuju ke arah bilik stok. Malas hendak menegur, biarlah mereka berbual.

“Pekah! Sini!” panggil Dzalia.

Tanpa memandang ke arah bosnya, Fayqa menjawab, “Saya banyak kerja nak setel dalam bilik stoklah, Kak Yaya.”

“Fayqa... sinilah dulu. Abang Iz dah lama tunggu ni,” suara Dzalia semakin lembut, bikin Fayqa malu untuk membantah.

Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah sofa, kepalanya berputar-putar, “Abang Iz? Abang? Sejak bila?”

Tiba di sofa, Fayqa hanya diam berdiri. Lelaki kacak itu tidak ditegur.

“Lara sihat?” pembuka kata.

“Sihat,” jawab di mulut, di hati pula, “Hari-hari tanya... macam iya-iyalah kisahkan aku.”

“Dah makan?” lembut pertanyaan.

“Dah,” mulut menjawab, mata merenung rak baju di belakang sofa.

“Abang ingat nak ajak Lara pergi minum,” setiap hari mengajak, tidak jemu-jemu walau pun sudah masuk minggu kedua.

Dan setiap hari ada saja alasan yang diberi, “Saya baru masuk kerja, lagi pun saya kenyang lagi.”

Kasihan melihat pelawaan Khairul Izwan ditolak lagi, Dzalia mula membuat rancangan, “Pekah, hari ni kita balik awal! Ummi masak pengat pisang. Kalau kita lambat balik, habis nanti dibelasah dek Abang dan Yin.”

Hah! Dah bos ajak balik, bodohlah kalau ditolak. Tapi untuk memaniskan mulut, Fayqa bertanya juga, “Butik tutup awal ke Kak Yaya?”

“Tak, Tasha dan Mila ada. Nanti Kak Yaya suruh derang jaga,” jawab Dzalia sambil mengemaskan barang-barangnya.

Tidak sampai tiga minit sudah siap, “Dah, jom balik,” ajak Dzalia.

Baru sahaja Fayqa mahu membuka langkah mengikut bosnya, si bos mempelawa si kacak bergaya, “Jom, Abang Iz. Pengat pisang Ummi is out of this world, okay.

Terbeliak mata Fayqa, anak orang kaya ini nak ikut mereka balik sama?

“Out of this world?” soal Khairul Izwan dalam nada bersenda, “Interesting, lead on!”

Tiba di rumah, Haji Dzulqarnain dan Hajjah Azimah sedang berehat-rehat mengambil angin petang di beranda di sisi rumah. Khairul Izwan si kacak bergaya rupanya juga seorang yang bersopan santun. Tangan tuan rumah disalam dan dicium. Mulutnya manis bertanyakan khabar.

“Alhamdulillah, sihat. Mama dan Papa kamu apa khabar?” Hajjah Azimah berbalas bertanyakan khabar.

“Alhamdulillah. Papa sudah mula buat fisioterapi. Mama macam selalu perlu buat dialisis,” tenang jawapannya walaupun maha hebat dugaan yang melanda keluarganya.

“Banyakkan bersabar, Izwan. Dalam keadaan macam ini, Izwanlah yang menjadi ketua keluarga,” nasihat Haji Dzulqarnain.

“InsyaAllah, Pak Cik,” mulut masih tersenyum walaupun ada pilu di mata.

Diajak minum bersama, Khairul Izwan memohon izin untuk menunaikan solat asar dahulu. Lalu disuruh naik ke tingkat atas, menumpang solat di dalam bilik Dzahim. Dzalia yang juga perlu bersolat menjadi tukang tunjuk bilik.

Fayqa yang sedang “bercuti” meminta diri ke dapur untuk mengambil cawan dan mangkuk. Melangkah semula ke beranda dengan cawan dan mangkuk di atas talam, dilihatnya si sengal sudah duduk tercotok di meja taman bersama ibu bapanya. Mencebik bibir Fayqa, kalau boleh dia memang tidak mahu dekat langsung dengan si sengal itu.

“Fayqa duduklah sekali, rasa pengat Achik ni,” pelawa Hajjah Azimah.

“Kejap Achik, cawan dan mangkuk tak cukup lagi,” alasan Fayqa.

Masuk ke dapur, Fayqa ke pintu belakang. Berdiri di situ, mata dipejam, nafas ditarik dalam-dalam. Sudahlah ada si Khairul Izwan, abang tirinya, ditambah pula dengan si sengal. Bukan aku yang makan pengat, tapi jadi aku yang jadi pengat, keluh Fayqa.

“Ambil cawan dan mangkuk ke, buat cawan dengan mangkuk?”

Fayqa memusingkan badan, si sengal bersandar di jenang pintu dapur sambil berpeluk tubuh. Nafas ditarik dalam-dalam sekali lagi kemudian dilepaskan. Malas hendak menjawab, sebab akan pasti ada serangan balas. Kaki melangkah ke arah kabinet dapur, pintu kabinet dibuka, cawan, piring dan mangkuk diambil. Kemudian Fayqa melangkah ke arah ruang depan.

Melintasi Dzarif, tangan jejaka itu tiba-tiba merintangi jalannya. Terhenti langkah Fayqa, matanya lurus ke hadapan. Sudah masak dengan perangai si sengal, jika dipandang wajahnya, kosong selamba sahaja. Baik jangan dipandang, buat sakit hati.

“Something bothering you?” tanya jeneral.

“Yes, you,” mendatar jawapan Fayqa, tanpa perasaan.

Tangan jeneral jatuh ke bawah. Tanpa ucapan terima kasih Fayqa melangkah. Mata si jeneral mengikut susuk tubuh Fayqa, keningnya berkerut.

Tiba di meja taman di beranda sisi, Khairul Izwan sudah enak bersantai di kerusi empuk. Dzalia menjalankan tugas bagaikan perempuan Melayu terakhir, menuangkan teh panas ke dalam cawan dan mencedok pengat ke dalam mangkuk.

Topik utama perbualan petang itu tentulah hal keluarga Khairul Izwan. Papanya sudah pulang ke rumah selepas hampir tiga minggu di hospital. Sekarang ini pelbagai rawatan yang dijalankan di rumah termasuklah fisioterapi dan urut tradisional. Manakala Mamanya pula sudah lama mengalami penyakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis. Mama Fayqa pula sudah berpindah dari rumahnya di Kuantan ke Kuala Lumpur untuk menjaga bapa tirinya.

Merah padam wajah Fayqa bila mendengar Khairul Izwan bercerita tentang Mamanya yang sekarang tinggal sebumbung dengan madunya. Walau pun perlu menjaga suami yang sakit tak bolehkah tinggal di rumah yang berasingan? Malu sungguh rasanya. Sedari tadi dia berdiam diri, kini makin terkunci lidahnya. Matanya tertancap ke arah mangkuk pengat di tangan.

“Fayqa tak melawat Uncle di rumah?” tanya Hajjah Azimah lembut.

“Tak, Achik, Fayqa sibuk dengan kelas dan kerja,” jawab Fayqa perlahan, matanya masih melekat ke mangkuk pengat.

“Hujung minggu kan boleh pergi melawat, Fayqa. Elok kita melawat orang sakit ni, dapat pahala,” nasihat Hajjah Azimah.

“Ya, Achik,” mulut menjawab ya, tapi entah apa yang tersemat dalam hati.

Semua mata memandang ke arah Fayqa, anak yang rasa terpinggir. Timbul rasa simpati pada si gadis muda. Sekali lagi berkerut dahi Dzariff.

“Kalau Fayqa nak, Kak Yaya boleh temankan,” pelawa Dzalia.

Fayqa hanya mengangguk lemah.

“Lara di tahun akhir ya?” tanya si abang tiri.

“Ya.”

“Kursus pengurusan perniagaan?”

“Ya.”

“Praktikum nanti boleh buat di syarikat Papa.”

“Tengoklah.”

“Atau di syarikat Pak Cik pun boleh,” celah Haji Dzulqarnain.

Barulah Fayqa mengangkat muka, memandang tuan rumah baik hati tempat dia menumpang, “Terima kasih, Pak Cik.”

Perbualan beralih kepada dunia perniagaan. Lega rasa Fayqa, lebih lama hal Mamanya disebut, lebih tidak selesa rasanya. Dia hanya berdiam diri, menghabiskan pengat pisang lalu meneguk teh di dalam cawan. Mangkuk dan cawannya dikumpul, lalu dia bangun.

“Dah sudah Fayqa?” tanya Dzalia.

“Dah.”

“Duduklah dulu, berbual dengan Abang Iz.”

“Nak ke dapur kak, nak tengokkan makan malam.”

“Izwan, Fayqa ni rajin sangat menolong. Ada dia, senang banyak Achik di rumah. Air tangan dia pun sedap. Izwan makan malam di sini ye,” pelawa Hajjah Azimah.

Berubah air muka Fayqa. Malas hendak mendengar jawapan Khairul Izwan, dia melangkah ke bilik tidurnya, mandi, kemudian masuk ke dapur untuk membantu Hajjah Azimah menyediakan makan malam. Terperuk dia di dapur sementara mereka yang lain menunaikan solat Maghrib. Usai solat Hajjah Azimah dan anak-anak daranya tolong menghidangkan makanan.

“Makanlah Izwan, masak lemak ini Fayqa yang masak,” pelawa Hajjah Azimah. Dzariff di hujung meja merenung tajam.

“Hmm, sedap macam masakan Auntie Fiza,” puji Khairul Izwan.

Bergenang air mata Fayqa. Mamanya masakkan untuk anak orang lain, anak sendiri menumpang di rumah orang. Malu jika yang lain melihat air matanya, cepat-cepat dia bangun.

“Fayqa terlupa nak ambil ulam, Achik,” laju kakinya dihayun ke dapur.

Semua mata memandang hingga Fayqa masuk ke dapur, kemudian tanpa dirancang mata mereka semua beralih ke piring berisi ulam pucuk gajus dan ulam raja di atas meja. Buat seketika mereka semua hilang selera untuk menyambung makan.

“Sabarlah, Izwan, nanti lama-lama lembutlah hati adik kamu itu. Makanlah Izwan,” seperti biasa dengan lembut Hajjah Azimah memberikan nasihat.

Adik? Fikir Dzariff. Adikkah kalau mak lain-lain, bapa asing-asing?


Bab 22



“Pekah, kita lunch sekali nanti,” khabar Dzalia. Hari Khamis, Fayqa tiada kuliah, seharian dia di butik Dzalia.

“Nak suruh Mila beli nasi bungkus ke Kak?”

“Tak kita makan kat luar,” jawab si bos.

No problem, kalau makan di luar selalunya Dzalia yang belanja. Haji Dzulqarnain sekeluarga memang pemurah, agaknya itu yang Allah murahkan rezeki mereka. Perniagaan mereka anak beranak memang maju. Butik Dzalia tidak pernah putus-putus dengan pelanggan. Hairan juga Fayqa sebab harga pakaian di butik Dzalia harganya ribu riban.

Tiba waktu rehat, mereka keluar menaiki Suzuki Swift kepunyaan Dzalia.

“Kita makan kat mana Kak?” hairan Fayqa bila melihat Swift Dzalia membelok ke lebuhraya.

“Adalah...sabar!” Itu sahaja jawapan Dzalia.

Selepas hampir dua puluh minit, kereta Dzalia membelok masuk ke halaman sebuah rumah agam yg indah tersergam.

“Rumah siapa ni Kak?” tanya Fayqa kehairanan, hatinya rasa tidak sedap.

Dzalia hanya melemparkan senyuman sebagai jawapan. Dan bila kereta Dzalia menghampiri anjung rumah itu, semakin lebar senyuman Dzalia. Di pintu depan rumah itu, Khairul Izwan sudah sedia menanti. Terlopong mulut Fayqa, matanya tajam merenung wajah Dzalia. Tetapi lidahnya tidak mampu berkata apa-apa, tidak sampai hati nak marah Dzalia. Wanita anggun itu bukan sahaja bosnya, malah lebih kepada seorang kakak.

“Selamat datang ke rumah Abang,” kata Khairul Izwan selepas dia dan Dzalia berbalas-balas ucapan salam, “jemputlah masuk.”

Kalau ikutkan hati Fayqa, mahu saja dia menghentak-hentakkan kaki, memprotes tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah bapa tirinya. Bukan sahaja dia tidak selesa, malah dia juga rasa marah kepada Dzalia, menipu dia hidup-hidup. Lunch di luar konon!

“Auntie Fiza tak ada, dia bawa Papa ke hospital. Papa ada temujanji dengan doktor hari ini,” jelas Khairul Izwan.

So? Mama tak ada, si bapa tiri pun tak ada. Buat apa mereka bawa aku ke sini? Hidung Fayqa terhidu, ada helah antara si bos dan si abang tiri. Cuma dia tidak tahu apa helah mereka.

Khairul Izwan membawa mereka ke ruang makan. Di meja makan, Datin Raudhah sudah sedia menunggu. Isteri pertama Dato Ishak dan ibu Khairul Izwan!

“Dah sampai Lara, Dzalia,” sambut wanita pertengahan lima puluhan itu dengan senyuman manis di bibir, “Meh duduk, temankan Auntie makan.”

Di atas meja pelbagai lauk pauk sedia terhidang, bagai menyambut tetamu istimewa. Layanan yang diberikan juga sangat mesra. Namun selera Fayqa sudah mati. Nasi yang dimakan terasa bagai pasir. Tingkahnya juga beku bagai salju. Bagaimana mahu mesra, Datin Raudhah dan Khairul Izwan bukan ada apa-apa ikatan kekeluargaan dengannya. Dzalia, Khairul Izwan dan Datin Raudhah pula rancak berbual mesra.

Sejak bila Kak Yaya rapat dengan madu Mama dan anaknya? Hairan sungguh Fayqa.

“Amboi sedapnya makan hari ini sebab makan berteman. Jika tidak tu Auntie makan sorang-sorang saya, Mama Lara sibuk kena suapkan Uncle. Izwan dan Izzati bekerja. Lara dan Dzalia selalu-selalulah datang ya,” komen Datin Raudah selepas selesai makan tengahari.

Mendengar Mamanya disebut, air muka Fayqa berubah. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakan. Malu dengan Mama sendiri yang merampas suami orang? Marah dengan Mama kerana sewenang-wenang mahu menumpang kesenangan orang lain? Marah dengan Mama kerana melupakan Papa begitu sahaja? Entah, kerana isu Mamanya bukanlah sesuatu yang Fayqa suka fikirkan, kerana ianya hanya menyakitkan hati.

Fayqa yang bangun untuk membantu mengemas meja dihalang ibu tirinya, “Lara tolong tolakkan Auntie ke beranda. Lepas makan Auntie suka ambil angin di situ. Jemu asyik terperap dalam rumah.”

Bagaimana mahu mengatakan tidak kepada wanita sebaik Datin Raudhah. Tiba di beranda, terpegun Fayqa memandang taman mini ala Inggeris di situ. Indah dan mendamaikan, penuh dengan bunga-bungaan berwarna warni.

“Lara suka?” tanya Datin Raudhah, “Uncle upah syarikat lanskap bina taman mini ini kerana kasihan Auntie asyik terperap di rumah. Jadi terapi minda bagi Auntie.”

Mata mereka bertemu buat seketika. Kelu lidah Fayqa, timbul rasa simpati kepada wanita cekal di hadapannya. Timbul juga rasa bersalah kerana bahagia wanita ini dirampas ibunya sendiri. Matanya dilarikan ke lain.

“Duduk, sayang,” jemput tuan rumah, Fayqa hanya menurut.

“Auntie suruh Abang Izwan jemput Lara datang makan di sini. Dah lama Auntie nak berjumpa dengan Lara, sejak Uncle berkahwin dengan Mama Lara.”

Mendengar Mamanya disebut, Fayqa tunduk memandang lantai.

“Jumpa di hospital hari itu pun kelam kabut kan. Kita semua bimbangkan Uncle, tak sempat nak berbual panjang.”

Apa yang hendak dibualkan? Fikir Fayqa. Nak bual pasal Mama kacau rumah tangga dia? Fayqa menelan liur, tekaknya terasa kering. Waktu itu jugalah seorang pembantu datang menatang dulang berisi teko. Air teh dituang ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Fayqa. Untuk Datin Raudhah pula, dihulurkan sebiji muk berisi minuman panas.

“Teh hijau,” maklum Datin Raudhah bila terlihat Fayqa merenung muk yang dipegangnya, “Auntie tak boleh ambil gula banyak-banyak.”

Mereka masing-masing meneguk air, mata melekap ke arah taman yang indah. Teringat pula Fayqa kepada Dzalia dan Khairul Izwan. Ke mana mereka? Berdating di dalamkah?

“Lara, Auntie sangat terhutang budi dengan Mama Lara,” tajam renungan Fayqa bila mendengar kata-kata Datin Raudhah, tanpa disedari keningnya berkerut.

“Ya, sayang. Kalau Lara tengok betapa teruk Mama Lara menjaga Uncle, Lara akan tahu dia memang isteri yang baik. Bukan tak boleh dia lepaskan tangan, biarkan jururawat Uncle yang buatkan semua, mandikan uncle, suapkan makan.... tapi dia tahu Uncle lebih selesa jika dia yang buatkan. Auntie sendiri pun banyak yang dia tolong. Penat Mama Lara menjaga dua orang sakit di rumah ini.”

Mata Fayqa direnung sayu oleh wanita lemah lembut itu, “Auntie tak tahu macam mana nak balas budi baik Mama kamu.”

Dua pasang mata yang mula bergenang air mata bertemu. Cepat-cepat Fayqa melarikan matanya ke lain.

Selepas jeda seketika, Datin Raudhah mula berbicara semula, “Mama Lara selalu bercerita tentang Lara. Dia kata Lara anak yang bijak, ikut Papa Lara yang belajar hingga ke universiti. Tak ikut dia, SPM pun cukup-cukup makan saja. Wajah Lara pun lebih banyak ikut wajah Papa Lara. Katanya bila dia pandang wajah Lara, hilang sedikit rindunya pada Papa Lara.”

Mata Fayqa yang berlinangan tertancap ke wajah Datin Raudhah sekali lagi. Bagai tidak percaya Mamanya akan bercerita tentang Papa dengan madu sendiri.

“Dengan siapa lagi Mama Lara nak bersembang, jika bukan dengan Auntie. Dalam rumah ini, hanya kami bertiga dengan Uncle. Izwan dan Izzati malam baru balik. Takkan nak kongsi perasaan dengan jururawat, dengan pembantu rumah?”

Datin Raudhah menolak kerusi rodanya menghampiri Fayqa. Tangan gadis itu dielus lembut, “Rindu Mama Lara pada Lara sebesar gunung. Anaknya hanya seorang, takkan dia tidak sayang. Walau pun depan kami dia tunjuk wajah yang ceria, Auntie dan Uncle tahu dia sedih. Uncle pun selalu sebut nama Lara. Dia minta Abang Izwan pujuk Lara supaya berbaik semula dengan Mama Lara. Uncle, sejak dia sakit ini, semakin kusut fikirannya bila memikirkan hal anak-anak. Kasihan dia, Izzati buat perangai. Fauzan, anak Auntie Nita pun buat hal....”

Lara, anak Fiza pun buat perangai.... Fayqa menyambung ayat Datin Raudhah dalam hati. Fauzan, anak Auntie Nita? Oh, anak isteri nombor dua Dato Ishaq yang sudah dia ceraikan. Timbul bisikan syaitan di telinga Fayqa.... itulah siapa suruh gatal nikah sampai tiga. Dah sakit, baru nak sedar betapa susahnya menjalankan tanggung jawab?

“Uncle kahwin tiga bukan kerana kemahuannya....”

Tersentak Fayqa! Ah, Datin Raudhah ini boleh baca fikiran akukah?

“Auntie sakit sudah berpuluh tahun. Kasihan Auntie tengok Uncle, berhempas pulas membangunkan perniagaan, sambil menjaga Auntie dan anak-anak. Walhal Auntie sendiri tidak boleh menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri....”

Renungan Fayqa dilempar ke arah buang-bungaan berwarna-warni di taman, segan mendengar rahsia rumah tanggan orang.

“Auntie yang minta Uncle kahwin lain sebab Auntie nak hilangkan rasa bersalah Auntie yang tidak dapat membahagiakan suami. Auntie Nita tu, kawan Uncle yang perkenalkan. Janda beranak satu. Auntie fikir apa salahnya berkongsi kasih bila Auntie sendiri dalam keadaan begini.”

Datin Raudhah menarik nafas panjang, “Rupanya Auntie Nita tidak betah berkongsi suami. Selepas beberapa bulan berkahwin, dia minta Uncle ceraikan Auntie. Bila Uncle tidak ikut cakap dia, dia mula memberontak. Semakin teruk keadaan Uncle. Kahwin dengan Auntie Nita bukan dapat meringankan bebannya, makin menambahkan beban. Itu pun sempat juga rumah rumah tangga mereka bertahan selama empat tahun.”

“Selepas setahun dua mereka bercerai, Uncle beritahu Auntie, ada janda beranak satu yang bekerja sebagai tea lady di pejabatnya di Kuantan. Orangnya sangat cantik, sehingga menjadi usikan pekerja-pekerja lain. Bila dirisik-risik, rupanya teruk keadaan janda ini. Pukul tiga, empat pagi ada sahaja lelaki jahat yang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya. Sehingga dia ketakutan tidak dapat tidur. Di Kuantan, dia tiada saudara mara. Dia anak yatim dari Tawau, yang merantau ke Kuantan mengikut suami.”

Pada tika itu, mata Fayqa sudah tidak dapat lepas dari memandang wajah Datin Raudhah. Mama kena kacau? Dia sendiri tidak pernah tahu. Agaknya Mama tidak mahu dia bimbang lalu hal ini dirahsiakan

“Auntie ke Kuantan bertemu janda ini, bertanyakan khabar dia dan Auntie sendiri yang meminang dia untuk suami Auntie.”

Terasa bagai ada seketul batu dalam tekak Fayqa. Terasa sakit, setiap kali dia menelan liur.

“Auntie boleh lihat sendiri, betapa berbezanya perkahwinan Uncle dengan Mama Lara jika dibandingkan semasa dia bersama Auntie Nita. Tidak lagi murung, tidak lagi diam berkerut dahi. Pulang dari Kuantan, Uncle nampak ceria, nampak bahagia. Auntie pun tumpang bahagia bila Uncle bahagia. Mama Lara pun tidak pernah meminta yang tidak-tidak dari Uncle. Hujung minggu Uncle lebih kerap di Kuala Lumpur kerana Mama Lara tahu Izwan dan Izzati perlukan Papa mereka.”

Tangan Fayqa digenggam erat, “Lara, Auntie berterima kasih sangat dengan Mama Lara kerana dia dapat bahagiakan Uncle. Dan pada masa yang sama dia hormatkan perasaan Auntie. Cuma yang Uncle dan Auntie sedihkan, kerana kami menumpang kasih Mama Lara, Lara pula yang menjauhkan diri.”

Kepala Fayqa diusap lembut, “Lara, macam mana kami menumpang kasih dengan Mama Lara, boleh tak kami menumpang kasih dengan Lara juga? Uncle tu tentu hilang bebanan di dadanya kalau Lara mahu menjenguk Mama Lara di sini. Boleh ye, sayang?”

52 comments:

  1. Dah ada new entry. Hilang sikit rindu....

    ReplyDelete
  2. Dear Nina,

    TQ for the new entry :)

    ReplyDelete
  3. tenkiu for the new entry. sedih plak baca bab ni :)

    ReplyDelete
  4. Sedih..sedih..sedihhhhh..huhuhu menitis air mata baca bab nie...dan K.I mungkin de hati ngan Kak Yaya..owhhh so sweettt...hihihi thanks Hanina Abdullah

    ReplyDelete
  5. Tima kaseh utk n3 ini...rasa syahdu...berbaloi2 tunggu!!! Nina, jgn la lama2 sgt..tak sabor teman nk tau endingnya...

    ReplyDelete
  6. terbaek la nina...mcm2 perasaan bila baca N3 kali nie...sob..sob..sob...terungkailah cerita sebenar mcm mana mak pekah kahwin lg ...harap2, hati pekah lembut lah selepas nie kan .. :P

    ReplyDelete
  7. Nina dearest, THANK YOU (x1.5juta kali) 4 the new n3.....rindu tahap petala kt cite nih. Hmmm....Dzariff bakal emo n jeles kah kt Izwan ??? he he he

    ReplyDelete
  8. Salam, wah berderai air mata baca entri kali ni...harap Fyqa dapat menerima takdir yang tersurat dan tersirat. Kak Yaya dan Abg Iz tu macam ada apa2 jer...heheh

    ReplyDelete
  9. ya Allah. nak menangis baca. bila dpt tahu kisah sebenar.. kesian lara a.k.a pekah. :(

    ReplyDelete
  10. sedih plak bila tawu citer yg sbnr...n trtnya2 watak K.I ni nt pengacau daunkah @ mmg sbg abg pn..hehe

    thanks HA utk double n3... :)

    ReplyDelete
  11. Yg ni pon best w/pn x gila2 cm selalu

    ReplyDelete
  12. hhmmmmmm...haila lara, degil remaja yg bepanjangan...fayqa fikirla apa yg mama iz luah kan ya...hhmmmmmm thanks babe, for n3, walu pon bercelaru emosi dibuatnya tapi puas lepas menghitung hari!

    ReplyDelete
  13. Harapannya pekah cepatlah tersedar..sian kat mama pekah..mula2 ingatkan abg Iz tu bakal gugat si jeneral sengal..nampaknya lain org yg jatuh chenta..baguslah takde pesaing si jeneral sengal nk cuba pikat pekah kan cik nina

    ReplyDelete
  14. oowhhh...begituu kisahnye..terungkai segale persoalan...hehe =) pasni berganda2 rasa bersalah pekah kt mama die n bapa tiri die...

    ReplyDelete
  15. Phew...episod sedih hidup mama Fayqa terungkai. Lepas ni apa yea si Fayqa tu akan lakukan. Hmmmm...terfikir jugak mungkin Fayqa dh boleh maafkan mama dia. Thanks to the fisrt wife sbb dh baik hati ceritakan hal sebenar kat Fayqa.

    Dzalia n KI ada apa-2 ke? hmmm?

    ReplyDelete
  16. huhuhu syahdu rasa hati....tqvm sis

    ReplyDelete
  17. Thanks 4 the new n3 Nina! Tertanya-tanya stakat maner kesengalan si Jeneral dlm n3 sterusnya.

    ReplyDelete
  18. sedihnyaaaa........tak sedar bergenang airmata part akhir tu.
    cepat2 sambung ya.
    semoga berjaya dalam semua lapangan dan dipermudahkan urusan.
    aminn....

    ReplyDelete
  19. Sedihnya kisah ibu Pekah. Harap Pekah dapat terima penjelasan yg diberikan oleh ibu tirinya. Jeneral dah mula cemburu dgn abg Iz. Biarlah abg Iz ngan kak yaya aje.

    ReplyDelete
  20. Tq nina...membaca dgn penuh perasaan hingga mengalir air mata...Nina,please tulis kat blog smpai bab 30, huhu 2 minggu ni pun seksa menunggu entri ni,boleh lah ye.

    ReplyDelete
  21. Tq nina...membaca dgn penuh perasaan hingga mengalir air mata...Nina,please tulis kat blog smpai bab 30, huhu 2 minggu ni pun seksa menunggu entri ni,boleh lah ye.

    ReplyDelete
  22. datin..jgn sampai mntk lara jd menantu sudah.. berduka lara lah jawabnya si jeneral nnt

    ReplyDelete
  23. Wow... Nina.. This story is much different then usual... Two thumbs up Nina

    ReplyDelete
  24. sedih plak n3 kali ..terasa syahdu sekejap!

    ReplyDelete
  25. nina.... n3 ni baca siap dgn tisu segala tau. x de la ayat3 sedih or sadis gila.. tp betul2 menyentuh jauh nun di lubuk hati tau.. oh nina, u r great. sayang nina.. :)

    ReplyDelete
  26. sedih la pula .. begitu kisahnya .. auww tak sangka

    ok .. biarlah dzalian dgn KI
    pekah dgn dzahim yer
    jeneral biar dgn awex gedik dia tuh j!!!!
    x mao jeneral dgn pekah tau

    ReplyDelete
  27. baiknya datin raudhah ni....tp nak salahkan Fayqa pon x bolehkan...st x dok kat tempat dia sbb kalo kite dok kat tempat dia mesti kite pon akan rasa apa yang dia buat 2 x salah sbb tetiba je mama dia kahwen n kahwin plak dengan owang kaya n jadi bini no 2 plak 2..mesti rasa x selesa kan..lagi pun ayah dia baru je meninggal mestilah fayqa masih lagi terlalu sayangkan ayahnye sendiri n x dpt terima hakikat dia terpaksa berkongsi kasih sayang ibunye dengan orang lain...errr general sengal ni jeles ke tak pon rasa tergugat dengan si hensem macho 2 hahahha

    ReplyDelete
  28. owh sedihnya!!
    Pengorbanan seorang ibu tiada tandingan....
    Walau seribu cubaan mendatang,si ibu tetap menyayangi
    dan melindungi anaknya dengan cara yg mungkin tdk difhmi
    oleh seorg anak...

    ReplyDelete
  29. Harap citer nih dapat tunjukkan sisi lain hidup bermadu...
    Bukan asyik mcm yang biasa, merampas tak sudah2...
    Tapi berkongsi kebahagiaan yang dinikmati dengan insan yang lain...

    Pekah watak yang biasa dijumpai, takut sangat dengan poligami...
    Asyik pandang hina jer dengan kaum sendiri yang berkongsi kasih seorang lelaki...
    Hinanya poligami, sampai emak sendiri disisihkan...

    Jeneral sengan tuh apasal tergugat dengan abg si pekah tu...
    Sapa cepat bertindak, dialah yang dapat hati pekah tu...

    ReplyDelete
  30. Alamak... syahdu ler pulok....

    ReplyDelete
  31. sedihnyaaa.....sedih...sedih....

    ReplyDelete
  32. sedih..sedih..keluar air mata ni ha..fayqa..bukalah hati ya..sume org sayang..sisengal pun sayangggg..ngeee

    ReplyDelete
  33. Oh mmg sedih.. marilah sama2 berdoa supaya cik nina kita tak byk keje ofis, makanya bolehlah beliau menghabiskan SF secepat mungkin dan kita boleh berbondong2 pegi membeli hihi...

    ReplyDelete
  34. sedih giler x tahan nak tahan pun tetap keluar.

    ReplyDelete
  35. sedih...sedih...sedih...tp best sebab ada entry baru setelah berhari2 mengintai

    ReplyDelete
  36. E3 yg meruntun perasaan sesiapa sahaja yg membaca kisah disebalik perkawenan yg berlaku diantara mamanya dan papa tirinya..mamanya bukanlah apa yg difikirkannya selama beberapa tahun ini...adakah dia berasa kejamnya dia pada ibunya sendiri yg melahirkan dan membesarkan nya dan terpaksa menghadapi segala kerenahnya....yg tanpa mendengar isi luahan hati mamanya mengapa mamanya mengahwini ayah tirinya dan dia dengan kejamnya telah menghukum tindakan mamanya mengahwini bapa tirinya...dengan semua tuduhan tuduhan yg dilontarkan kepada mamanya selama ini...
    Adakah dengan mengetahui rahsia yg tersimpan kemas ini akan menyebabkan Fayqa menginsafi dirinya dan akan akur dengan permintaan Datin Raudhah yg merupakan ibu tirinya dan adakah dia akan menukar semua persepsi bapa tirinya dengan mamanya kerana mamanya juga berhak untuk mencari kebahgian selepas ayahnya meninggal dunia..takdir yg telah membawa mamanya dan dirinya pada keluarga yg sebaik ini...dan apa yg akan Fayqa buat selepas ini..adakah dia akan tinggal bersama dengan mamanya dan ibu tiri.. ayah tirinya dan abang tirinya yg dia tidak pernah iktirafkan akan kehadiran dan kewujudannya..adakah marahnya telah reda dan dia ikhlas menerima mereka dalam hidupnya dan adakah ini bermakna yg dia akan meninggalkan keluarga si jeneral sengal itu untuk hidup dirumah agam ini dan bagaimana pula dengan reaksi si jeneral sengal tu pula bila fayqa pula mengambil keputusan untuk tinggal bersama dengan ibunya dan bagaimana pula reaksi org org yg ada didalam rumah agam itu..esp..abang tirinya..dan adakah abang tirinya ada hati kepada fayqa atau pada akak Zalia...rasa tak sabar nak tahu kesinambungan citer ini dan arah tuju hidup fayqa ni...

    ReplyDelete
  37. I really love the moment when the truth were revealed. Though it can be bitter at times, but it was the reason why things happened all this while :)

    ReplyDelete
  38. awat sedih niiii... huhuhuhu

    ReplyDelete
  39. Sedih la kak nina.. Bergenang mate kite...

    ReplyDelete
  40. Oh...mcm tu ke kisah sbnr..lara salah sangka rupa nyer..

    ReplyDelete
  41. Sedihlah pulak entry kali ni. But at least Fayqa tahu yang mamanya tidak pernah melupakan arwah papa dia.

    ReplyDelete
  42. Nina:missing your new entries ........

    ReplyDelete
  43. alhamdulillah....terubat rindu kat pekah n jeneral sengal

    ReplyDelete
  44. Nina, dh 8 days since last u update n3...x de lg ke? Windu kt jeneral la

    ReplyDelete
  45. Nina:pls appear n make my day....

    ReplyDelete
  46. Nina bila nak update next chap..sibuk election ker nina..hihi

    ReplyDelete
  47. sedeynye bace bab ni... baik betul mama izwan tu... sanggup bermadu...

    ReplyDelete
  48. Dah naik bab 23 u olls, sorry ye lambat....so many things happening...

    ReplyDelete
  49. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete