Wednesday 14 August 2013

Dia Seadanya Bab 7


Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Terima kasih di atas sokongan semua terhadap penulisan saya.

Cuti raya ini, makan macam-macam, ilham tidak juga datang, Baca komen pembaca di entry terdahulu yang mereka tiap2 hari menjenguk blog kalau2 ada entry terbaru memaksa saya menyiapkan juga bab 7 ini. Saya tidak suka buat orang ternanti2 tapi ilham ini bukan bagai paip air, tinggal pulas buka (bak kata Tareq). Itu yang Seteguh Fayqa lambat sangat progresnya. Apa-apa pun saya takkan give up, ok?

Komen saya tentang Bab 7 di bawah, sebuah bab yang gentle sahaja. Em dan Tareq masih lagi testing the water, cara merekalah...masuk gua bagai... Enjoyz!


Bab 7


Ahad kedua merayau-rayau dengan Tareq, fikir Emmalyn. Second date, kata clan Ngah Balom….. dan tentulah diiringi dengan senyuman lebar. Susah betul ada keluarga besar ini, keluh Emmalyn. Tetapi cepat-cepat dia mengingatkan diri, sekali-sekala menyusahkan tetapi selalunya ceria dan bahagia. Bukan salah mereka jika mereka mahukan jodoh yang terbaik untuknya. Kesimpulannya, ikut pelan asal. Explore the relationship. If there is no chemistry, no fireworks, stay as friends.

Masalahnya, Cik Emmalyn, memang ada chemistry, memang ada fireworks, pada engkaulah! Pada dia? Penat bertazkirah kepada diri sendiri, Emmalyn menarik nafas panjang. Sah! Tareq bukan macam Rudy atau Hafizi sebab dia memang sudah terpikat dengan mamat Alpha Male itu. Walhal, entah-entah pada si Alpha Male, keluar dengan dia hanyalah sekadar mengisi masa lapang waktu cuti, juga untuk memuaskan hati ibunya.

Tarik nafas dalam-dalam, Emmalyn, don’t complicate things! Keluar dengan Alpha Male sebagai teman, habis cerita. Okay, settled!

Turun ke tingkat bawah, rupanya si Alpha Male yang difikir-fikirkan sudah tiba. Dek kerana sibuk bertazkirah kepada diri sendiri, Emmalyn tidak dengar bunyi enjin kereta antik datuk Tareq. Santai sahaja Tareq bersarapan dengan ibu bapa Emmalyn.

“Papa ingat Melin bersiap sakan, lambat sangat turun, rupanya pakai T-shirt dan seluar track sahaja,” Encik Ehsan mengusik anak daranya.

“Kami hendak pergi merayau saja, Papa. Bukan nak ke majlis mana-mana,” terasa pula si anak dara. Bihun goreng sudah sedia disendukkan Mamanya. Tinggal hendak tuang teh sahaja.

“Merayau lagi! Ke mana pula kali ini?” si ibu bertanya.

“Ke Gua Tempurung, Achik Lila,” jawab Tareq dengan nada lelaki budiman.

Ibu bapa Emmalyn saling berpandangan, prihatin anak dara mereka akan merayap ke dalam gua dengan seorang lelaki bukan muhrim. Kalau diikutkan hati tua mereka memang mereka akan melarang. Tetapi, mereka sedar, zaman sudah berubah, generasi sekarang bersusah payah masuk ke pelosok gua, walhal berlambak tempat-tempat istirehat yang santai ceria di bandar Ipoh. Entah apalah seronoknya.

Sedar ibu bapa si dara kurang selesa dengan ideanya, Tareq cepat-cepat berkata, “Saya sudah tempah seorang professional guide, Achik. InsyaAllah selamat.”

“Jangan lupa baca Bismillah dan Al Fatihah sekurang-kurangnya, nak masuk tempat-tempat yang keras macam tu,” nasihat bapa Emmalyn, kira bagi lampu hijualah tu. Rupanya tahap kepercayaannya kepada si Alpha Male in tinggu juga ya, fikir Emmalyn. Kalau Hafizi yang nak bawa dia, agak-agaknya Papa benarkan tak? Ceh! Emmalyn, buat apa fikir yang merepek-repek?

Santai sahaja Tareq bersarapan, entah pukul berapa dia berjanji nak jumpa guide masuk gua tu. Emmalyn malas hendak bertanya, dia yang buat rancangan, pandai-pandailah dia atur masa. Fikir si gadis, dia hanya hendak bawa badan sahaja. Lepak! Hujung minggu hendak meminimakan penggunaan otak. Senyum…

Sambil menjamah nasi goreng kampung yang dihidang, sambil berbual dengan ibu bapa si gadis, sempat Tareq mengerling ke arah Emmalyn. Tersenyum sendiri, apalah yang difikirkan tu…

Panjang betul sembang ibu bapanya dengan Tareq. Siap bersarapan, pinggan mangkuk sudah dibawa ke dapur dan dicuci, sempat lagi Emmalyn melangut mendengar borak mereka. Topik yang disembangkan adalah topik mengerjakan umrah dari Qatar, susah senangnya, murah mahalnya, segala macam.

Puas berborak, baru Encik Ehsan tersedar, “Eh! Pukul berapa tareq berjanji dengan guide tu?”

“Pukul sembilan.”

“Eh, ini dah pukul lapan setengah ni. Dari sini nak ke Gopeng, setengah jam, eloklah bertolak sekarang. Nanti terkocoh-kocoh pula memandu, merbahaya,” nasihat bapa si gadis.

“Tak apa, Pak Cik. Saya sudah book dia untuk sehari ini.”

“Eh, berapa lama masuk ke dalam gua tu?” tanya Puan Suhaila, suaranya berbunyi cuak.

“Sampai pukul empat petang.”

“Lamanya…,” tersembul juga komen dari mulut Puan Suhaila, tidak faham apa yang nak dibuat dalam gua berjam-jam.

“Kalau Emmalyn letih, boleh dipendekkan. Bagi tau pada guide tu je,” cepat-cepat Tareq membalas.

“Tengoklah, yang pentingnya solat macam mana. Solat kat dalam guakah?” komen Emmalyn pula.

“Okey, kita minta guide bawa kita keluar sebelum masuk waktu asar,” Tareq membuat keputusan.

“Ha, kalau macam tu, cepat-cepatlah bertolak,” gesa Encik Ehsan.

Selepas bersalam dengan ibu bapa Emmalyn, tambah cium pipi kiri kanan bagi Emmalyn, mereka bertolak. Seperti biasa, diam tiada sembang apa-apa sepanjang perjalanan. Tareq yang memandu Emmalyn buat kali kedua, membuat konklusi, gadis ini memang pendiam orangnya. Bagus juga, aman damai hidup.

Tiba di Gopeng, mudah sahaja mencari Gua Tempurung. Tiba di kawasan gua, penunjuk jalan mereka sudah sedia menunggu. Mereka bersetuju untuk memilih pakej Grand Tour. Tareq yang pilih, Emmalyn tidak banyak songeh.

Ini kali pertama Emmalyn masuk gua. Bukan tidak ada gua di England dan Scotland, tapi tiada siapa pun di antara kawan-kawannya yang berminat untuk masuk gua. Una langsung tidak suka rambling, Pet dan Atai mahu juga ikut dia rambling di kawasan desa England dan Scotland. Pet, sebab dia suka ambil gambar, Atai sebab kena paksa ikut oleh Pet.

Nasihat bapa dituruti, sempat Emmalyn membaca beberapa surah pendek sebelum menjejakkan kaki ke dalam gua itu. Mula-mula tu rasa biasa sahaja, tetapi makin dalam mereka masuk, Emmalyn sudah rasa lain macam. Bila keadaannya gelap gelita memerlukan lampu suluh untuk melihat jalan dan bila udaranya menjadi semakin sejuk, nafas Emmalyn menjadi semkin pendek, dadanya rasa ketat bagai kurang oksigen. Namun digagahnya juga.

Mereka berjalan dalam sungai yang cetek sehingga buku lali, habis basah kasut mereka berendam dalam air. Kemudian perlu mendaki pula, agak susah sebab kasut sudah basah dan batu-batu yang perlu didaki licin pula. Selepas mendaki, perlu turun ke bawah pula. Tareq yang prihatin sentiasa berada hampir dengan Emmalyn, bimbang jika dia tergelincir.

Tiba di suatu tempat, betul-betul perlu menggelongsor turun. Aduh, sakit juga bontot dibuatnya.

Tareq yang menunggu di bawah, sempat memberikan kata-kata semangat, “You can do it, Emmalyn. Saya tunggu di bawah. Kalau awak jatuh, saya sambut.”

Eeeiiii, sampai nak bersambut-sambutlah pula, dengus Emmalyn. Fokus Emmalyn, pelan-pelan, jangan pulalah sampai si Alpha Male itu perlu sambut aku. Akhirnya sampai juga Emmalyn ke bawah. Bontotnya sakit, tak payah ceritalah. Balik nanti mesti lebam. Kena cari minyak angin balik nanti.

Emmalyn fikirkan menggelongsor turun ke bawah itu bahagian yang paling sukar. Tetapi bila tiba di sebuah lubang kecil, ternganga Emmalyn dibuatnya. Ha! Nak kena masuk ke dalam lubang kecil ni? Muatkah aku? Si Alpha Male berbadan tegap tu muatkah? Kalau tersangkut, macam mana? Kena panggil pasukan penyelamatkah? Ish! Apa seronoknya masuk gua ni? Taubat, ini kali pertama dan terakhir!

Melihat cuak di wajah Emmalyn, Tareq bertanya lembut, “Awak okey tak?”

“Er… okey, okey,” jawab Emmalyn, cuba berlagak macho. Habis takkan nak nangis, ajak balik?

Penunjuk jalan mereka sudah masuk dahulu ke dalam lubang kecil itu. Kata Tareq, “Awak masuk dulu, saya ikut di belakang.”

Eeeiii muatkah? Dengan mulut yang tidak berhenti-henti membaca Al-Fatihah, Emmalyn memasuki lubang kecil itu. Nasib baiklah lubang itu tidak panjang mana, lega rasa Emmalyn bila tiba di hujung lubang itu. Tareq menyusul di belakangnya. Muat juga mamat berbadan tegap ini.

Sebelum keluar dari gua itu, sekali lagi mereka mengharungi sebuah sungai yang cetek. “Jom ambil wudhu di sini sajalah. Keluar nanti terus solat,” ajak Emmalyn. Tanpa komen, Tareq menurut cadangan Emmalyn.

Tiba di luar gua, jam menunjukkan hampir pukul empat petang. Sempat lagi nak solat Zuhur. Sejadah diambil dari kereta dan mereka bergilir-gilir menunaikan solat. Kemudian penunjuk jalan mereka memberikan panduan jalan ke sebuah homestay untuk mereka mandi dan menukar pakaian. Alang-alang mandi, mereka terus menunaikan solat Asar. Senang, kalau ada apa-apa di jalanan, tidak perlu gusar sebab solat sudah ditunaikan.

Usai solat, perut mereka memang lapar tahap tidak boleh tahan lagi. Beberapa ratus meter dari homestay tempat mereka mandi, terdapat sebuah gerai makan. Tanpa soal jawab, menonong mereka berdua ke sana. Nasi goreng dan minuman panas dipesan. Sementara menunggu pesanan mereka siap dimasak, pisang yang diletakkan di atas meja dimakan dahulu. Memang sangat-sangat lapar, sementelah bersejuk, berendam air di dalam gua tadi.

Tiba kopi panas yang dipesan, Emmalyn menuangnya ke dalam piring supaya cepat sejuk. Tanpa segan silu, dia minum kopi dari piring. Lantaklah kalau si Alpha Male hendak mengata dia kekampungan. Memang aku budak kampung and I’m proud of it!
Tersengih Tareq melihat gelagat Emmalyn, teringin pula dia hendak mencuba minum dengan cara yang sama. Kopinya juga dituang ke dalam piring dan diminum. Lucu sungguh seorang lelaki berbadan tegap minum bagai anak kecil. Pecah juga tawa kecil Emmalyn, disambut dengan tawa kasar Tareq.

“Baru merah sikit muka awak. Tadi pucat lesi, toreh tak berdarah,” komen Tareq.

“Sejuk,” komen pendek Emmalyn seperti biasa.

“Bukan takut?” usik Tareq.

“Pun iya juga. Saya punyalah bimbang, takut kalau awak tersangkut kat lubang kecil tadi,” kering sahaja wajah Emmalyn bila bercakap.

Tareq pula yang tertawa, “Iyakah bimbangkan saya? Awak sedikit pun tak takutkah?”

“Hmm hmm, macam claustrophobic juga tadi,” Emmalyn mengaku, “Awak sudah biasa masuk guakah?”

“Nope. Ini kali pertama,” jawab Tareq. “Nak cuba lagi?”

“No, thanks. Saya lebih sukakan open air. Masuk gua sekali seumur hidup, okeylah.”

“Okey, minggu depan, saya cari hiking trail di kawasan terbuka, yang cantik pemandangannya.”

Oh! Date yang ketiga? Dalam hati sajalah, takkan perigi nak tanyakan timba. Tidak tahu apa yang nak dibalas, Emmalyn menjamah nasi goreng yang dihantar ke meja. Laparnya, Tuhan sahaja yang mengetahui. Tidak sampai beberapa minit, licin pinggan mereka.

“Jom, kita balik,” ajak Tareq.

Dalam perjalanan, kedua-duanya asyik menganalisa teman masuk gua mereka. Tareq: memang dia tak banyak songeh. Walaupun dia cuak nak mengelongsor turun ke bawah, nak masuk lubang kecil, sedikit pun dia tidak kompelin, tidak mengeluh. Dia berani mencuba sesuatu yang baru, yang tidak pernah dialami. Steady sahaja dia, puji Tareq dalam hati. Seorang teman yang amat menyenangkan. Teman sahaja atau teman hidup?

“In three words, how would you describe the experience?” duga si jejaka.

“Dark, mysterius and challenging,” spontan jawab Emmalyn. “Macam awak,” itu dalam hati.

57 comments:

  1. Replies
    1. rasa macam nak jawab komen ni dgn nada suara jalaludian hassan he he he

      Delete
  2. Terubat rindu di hati sikit....sikit jer..... hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah Double A, sikit jer? seh kena kerja lebih keras canggini..

      Delete
  3. gopeng tu kampung ayah saya.. hehe sweet!

    ReplyDelete
  4. gopeng tu kampung ayah saya.. hehe sweet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk bukan kg awak juga? kehairanan

      Delete
    2. errr.. ok ... kampung saya juga.. :) tp tak pandai cakap slang perak/rawa coz my father is Rawanian (is there such word?!)

      awaiting for chapter 8 :) issokayyy take ur time sista!

      Delete
  5. Breakfast em bihun goreng breakfast tareq nasi goreng kg. Mmg mak em masak dua2 ya. Hehehe makanan juga yang saya perasaan. Tq for the latest chapter

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he tq editor tak berbayar, taim tulis ni dah pkl 2 pg so kejap bihun kejap nasi...he he

      Delete
    2. aah 2la. pasan jugak. xpela pk mak em msak dua2 tu kot. haha. raya2 ni npk mkanan jerk =P

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Nina..

    TQ...saya suka...suka...suka...Novel Dia seadanya mmg mcm open air....saya bernafas dgn tenangnya....hati sama2 explore kisah em N tareq....rama2 dah start berterbangan N bunga2 dah nak start kembang....lain dari novel yg terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu larr Pn Z, citer skrg banyak gaduh2 brutal kan, then jatuh cinta secara brutal jg LOL. DS ni kalau boleh semua nak gentle. gaduh pun tak de jerit2, banyak diam...makan dalam gitu LOL again

      Delete
  7. dalam diam2...dalam dok mengelak...rupa2nya udah ada benih2 bunga bertunas yer EM....hehe...alhamdulillah...emm udah jatuh chenta ngan tareq....pandai ekk cover2 gitu.....tareq cam ne lak cik puan writer??? hehehe....adakah sama ngan cik munga yg dah berbunga2 dalam hati....sesungguhnya....udah x sabar nak tunggu seterusnya.....sambil2 dok tunggu Faye ngan Dzariff....rindu lak kat depa berdua tu.... (errrkkk ....sowi yer cik puan writer...cam banyak jer pemintaan nya kali nie....hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapn untuk soalan pn ada di bab 9, jeng jeng jeng..
      btw HEM tu apa ma'ananya?

      Delete
  8. Haha..suke la dieorang ni..redah sane sini rase macam nak join je!haha..em da sangkut dkt alpha male la..takutny..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi badan dia tough you!! kekar cam tu, sapa tak berkenan? tetapi adakah ini semua physical attraction semata2?

      Delete
  9. Dark, mysterius and challenging...suke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm sy plan nak rungkaikan misteri si tareq di bab 15 dan terus berhenti di blog...the lagi 45 bab di buku :)

      Delete
  10. Emmm...suke2...rasa2nya tareq faham tak yg em komen tu adalah diri dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. blum lagi rasanya...dia blum sedar em ni jenis tersirat punya org, bukan tersurat

      Delete
  11. ngeeeee....happy giler bukak2 cuti terus dapat n3 kisah cintun si alpha male ngan em heheh...em dah ada taman astakona dalam ati ohhh...soooooooooooooo suwiiitttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman what? astakona? ini copy right cik stroberi ke? kut2 la sy nak pinjam :)

      Delete
    2. nak pinjam???? sila2 tarahal punye...my copi right neh hahha

      Delete
  12. Really enjoy your story dear writer .. keep it up!

    ReplyDelete
  13. hooyeeeaahhh ada sudah pasangan projek ke3 ni...suka suka. lepas ni byk lg tak scene 'macam awak' tu, cik nina? hehe suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh masyaAllah..typo error baru perasan *pasangan* pttnye *sambungan* haha punye la sonok baca sampai typo. ok yg lebih2 tu la buat x sabar ni :) cik nina

      Delete
  14. heheehh macam dah serasi je

    suka ..suka..suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selo selo couple ni ... cuma harap tak de reader yg zzz plak

      Delete
  15. Replies
    1. haah dgn musim ry ni...cam ilham merajuk ler

      Delete
  16. macam awak... kehkhe... berdesup jantung rasa... kalaulah tareq tahu...

    ReplyDelete
  17. mcm bse. best! mysterious... mcm awk. hehe.nak lagi kak!!!

    ReplyDelete
  18. macam awak...
    hehe. berangan jadi melin. eksaited perasaan yang dipendam. look&see. suka tapi kena tunggu respon si dia. adeh gini la kalau jadi heroin...

    ps: jgn stress. raya-raya juga eh. x tnya selalu dah. tp sbb terbiasa tiap minggu ada entri. rasa spt drama tv tergendala sebab beri laluan pada rancangan bola live pulak. dan sy xberapa minat bola sangat...heh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau rancangan bual bicara politik yang tak faham hujung pangkal.

      Delete
    2. erk rumah saya ada tv, tapi tak hook up ke mana2 stesen, buat anak2 tengok kartun guna CD je.. itu yg boring2 tulis citer tu.

      Delete
  19. Salam Aidilfitri Nina. Owh....memang padan lah Em tak.cukup nafas ya...bukan pasal masuk gua je tu, tapi sebab si alpha male ada sama tu. And tak sangka rupanya taman hati Em sudah nak masuk spring ...suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spring sprang sprong you.... wah next wiken nya, hiking lagi tuh!! nanti blurb buku ni kita boleh tulis....kisah cinta hiking sana sini... LOL

      Delete
  20. Menanti kisah seterusnya dan kisah fayqa juga.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. penantian suatu siksa yang tidak terperi....(ada lagu puisi kan?)

      Delete
  21. ahak.....suka suka.....sbb em dah suka....harap2 hiking nanti lagilah penuh sekebun bunga perasaanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Humph si Em tu dari mula lagi sudah berkenan dari fizikalnya, mamat macho badan tough kan? he he

      Delete
  22. tak puas baca...mcm pendek sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Tini, biar pendek asalkan gerak. Klu bercita2 besar sangat, tak tercapai dek anganku :)

      Delete
  23. Nina..tq......ingatkan n3baru rupanya..saya yg xsabo sabo...kalo ari ari buka....mana x nya naik hafal baca bab 1-7...
    Sf pun sama.....nina magnet awk kuat le..
    Keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he magnet kutub utara kutub selatan...jemput baca teaser sejemput SF di atas... Maaf ye dear Lily, sy ni sibuk tak hengat dunia, saja2 lupakan kerja dan taip citer2 dongeng ini untuk hiburkan hati :) Maka nak upkan seminggu satu pun kadang2 tak tercapai...

      Delete
  24. hoho.. teringat mase blaja dulu.. kene masuk gua.. nama gua tu 'gua merangkak'.. kt pahang.. ingatkan kene merangkak je.. rupenye kene menerap skali.. kalo tak tak lepas punyer.. kalo montot ala2 jenifer loper konfem calar skit la.. heheh..

    dah lame tak buat aktiviti gini.. tp kite takut pacat.. acaner tu.. huhu)

    ReplyDelete