Thursday, 3 July 2014

Puppy Love (Cerpen...no ending so far)

"Tak makan lagikah?"

Tangan yang sedang membilas pinggan terhenti. Kepala dikalih ke belakang. Dari suara dia sudah kenal siapa, tetapi dek kerana terkejut disapa oleh lelaki itu, itu yang dia kalih kepala, mahu memastikan betul itu tuan punya suara.

Wajah lelaki itu direnung sesaat cuma, kemudian mata memfokus semula kepada pinggan mangkuk di dalam sinki. "Belum."


"Lambat makan nanti perut masuk angin. You should know your self."


Jika nasihat ini diberikan empat bulan yang lalu, sebelum si penasihat menjabat tangan kadhi untuk menikah dengan doktor dari Johor itu, sudah tentu kembang mekar bunga-bunga di taman hati Ne'a. Tapi ini sudah jadi suami orang, apa kejadah nak ingatkan aku untuk makan?


"Masuk ke ceruk dapur untuk mengingatkan bekas tunang untuk makan, sangatlah inappropriate, Encik Azrul. You should know yourself."


Si bekas masih berdiri di belakang, tidak bergerak-gerak. Walau pun tidak bersuara, Ne'a tahu Azrul Fahmi masih di situ. Semakin laju tangannya bekerja. Mahu cepat selesaikan kerja, mahu cabut dari ceruk dapur ibu. Nanti dilihat ahli keluarga lain, apa kata mereka.

Sedang elok selesai mangkuk terakhir dibilas, telefonnya yang diletakkan di sebelah sinki berbunyi. Ah.. saved by the bell. Cepat-cepat telefon dicapai, skrin dibelek, tertera nama abang sulungnya. Butang dicalit, mesej dibaca: Dik, bawa nasi tambah.

Astaga... dia makan di depan, aku di dapur yang disuruh bawa nasi tambah? Mengada-ngada betul Abang Yeh ni, dalam hati abang sulungnya Elyas menjadi orang kedua malam ini yang dikerutu.

Tanpa pamitan, Ne'a keluar dari dapur dengan tengan memegang mangkuk nasi tambah. Nak jeling ke arah Azrul Fahmi pun dia tak sudi. Aku bukannya omputih, nak 'civil-civil' bagai. Aku pompuan Melayu, sekali putus, menyampah aku nak tengok muka!

Baru sahaja hendak melangkah ke arah abangnya, Ne'a dikelui oleh kakak iparnya.

"Ne'a, tolong kejap," 


"Apahal, Kak Min?"

"Ambik Fana kejap," minta Mazmin, anak kecilnya yang berusia 8 bulan dihulurkan kepada Ne'a, "Iwan nak pergi bilik air pulak. Kak Min takut dia terkucil." Tidak menunggu balasan dari Ne'a dia sudah berdesup masuk ke dalam rumah sambil menarik tangan anaknya, Faridzuan.

Sudahnya dengan anak kecil yang bertenggek di pinggangnya, dikendong dengan tangan kanan, mangkuk nasi tambah dipegang dengan tangan kanan. Bibir bawah diketap sambil cuba mengimbangi anak kecil dan mangkuk nasi.

Pabila kakinya menghampiri meja makan abangnya di bawah khemah, mulutnya mendesah, "Bang, bang,bang,bang,bang......" Plop, mankuk nasi separa jatuh, separa diletakkan ke atas meja.

"Eh, Ne'a, apasal ni?!" terkejut Elyas yang sedang makan.

"Beratlah, dahlah nak dukung Fana ni lagi, mangkuk nasi lagi. Nasib baik tak patah tangan Ne'a," terbit suatu kenyataan hiperbola yang penuh manja. Adik bongsu dengan abang sulung, tak boleh lari dari manja.

"Propa tak habis-habis," selamba adik bongsu dikutuk.

"Hah! Yang dia tu perintah-perintah orang...ambik nasiklah...apalah..."

"Eleh suruh ambik nasi tambah pun, ungkit! Macamlah hari-hari Abang suruh ambik nasi," Elyas membebel.

"Yelah, yelah...manja, macam dia tu pulak adik bongsu," mulut melawan tapi nasi disendukkan jega masuk ke dalam pinggan abangnya. Si abang pula lebar senyumannya mendengar bebelan si bongsu. Biarlah bikin Ne'a marah-marah, bebel-bebel.... dah tak larat tengok muka stres Ne'a bila Azrul Fahmi muncul dengan ibu bapanya ke kenduri di rumah kelaurga mereka malam itu.

Farhana yang bertenggek di pinggang Ne'a pula merengek. Sudah nampak Papanya, tangan sudah didepangkan ke arah Elyas Bibir atas sudah muncung, bibir bawah sudah mula terketar-ketar.

"Ololo....," senduk nasi diletakkan semule ke dalam manguk, sambil menimang Farhana, mulut Ne'a berdodoi, " Fana, Fana, fofana, fee fye Fofaaaaana.....FANA!"

Bunga-bunga tangis Farhana masih belum reda, lalu Ne'a menimangnya sekali lagi, "Fana, Fana, fofana...fee fye fofaaaaana, FANA!"

Mengekek Farhana dibuatnya. Baby mengekek hingga nampak gigi dua batang, comel tiada bandingnya. Bibir Ne'a sendiri lebar dengan senyuman. Farhana yang comel dicium pipinya kiri dan kanan.

Leka melayan Farhana, Ne'a tidak perasan lelaki yang duduk berhadapan abangnya. Ne'a terpesona dengan keletah Farhana, lelaki itu pula terpesona dengan keletah Ne'a.

Bila Farhana kembali bertenggek dipinggangnya, barulah Ne'a tersedar ada lelaki yang tak dikenali sedang merenungnya. Termalu juga dia jadinya. Tapi apa nak buat? Buat selamba sahajalah...

Mata bertembung.

Pinggan nasi dihulur, "Abang pun nak tambah...." 

nota: sudah lama tak taip cerita, ayooo...sudah berkaratzzzz...



28 comments:

  1. erkk...dia pun nk tambah nasi juga??

    openning cerita yg menarik kak...xde karat mana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...dia pun nak tambah nasi juga.... he he he

      Delete
  2. Replies
    1. err...jln citer lum clear dlm kepala....nak jenguk melin jap

      Delete
  3. darling... rindunye kat karya u... since blog ni bersawang... kita pun dah de momentum nak baca novel... sbb... x de story se'hot' story u... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh NS, ini cerita cinta suci hokey... tlg doakan akan diterima utk diterbitkan...

      Delete
  4. Saya pun nak minta tambah sambungan lgi lah.... hehehehe.... rindunya nak baca cite u

    ReplyDelete
  5. Best..best..best..I want more..masih bersinar..tak da karat pun😃😃

    ReplyDelete
  6. Bestnyer...kawan abg terpesona dgn Ne'a...kenduri apa mlm tu? Sampai bekas tunang dan parents pun dtg. Hanina kalau buat cerita kenduri memang best. Kalau tak silap masuk yang ni dah empat kenduri saya attend...hehehe..

    ReplyDelete
  7. Best....nk minta tambah..hehe

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah........dpt baca cerita dr puan penulis....nak lagi....

    ReplyDelete
  9. tambah nasi..untung2 dpt pakej skali ngan hati..

    ReplyDelete
  10. hahaha. nak jugeekkk die tambah nasik khaannzz..... =P

    ReplyDelete
  11. Ini cerpen? Serius? Macam terbayang2 jadik novel jerrr...hahahahah. Ha, apa cerita Melin yer?

    ReplyDelete
  12. Salam Nina,

    Permulaan yg menarik.. Kak ita pun nak minta nasi tambah juga...

    hurm cerpen or e-novel ni? Menarik... Melin pun lama tak menjengah ni...

    Thanks dear
    kak itasukri





    ReplyDelete
  13. nak tambah jugakkk....! hhehehe

    ReplyDelete
  14. suka nina punya style writing..simple2 jer..tp mmg TERBAIK..

    ReplyDelete
  15. wah...best-best....cpt2 sambung yer nina

    ReplyDelete
  16. Wah....best2. Nak lagi.....penulisan cik hanina jelas sempoi tp menarik sgt2. Tak sabar nak tunggu sambungannya.

    ReplyDelete
  17. Eee ... sy sukaaa... lagi?

    ReplyDelete
  18. emmm....best gak.... bila nak tambah nih.....sukaaa3

    ReplyDelete
  19. wah..intro baru...saya sukee...saya sukee..
    nak lagi kak Nina...

    ReplyDelete
  20. abg nk tambah, ne'a sendukkan ya...

    ReplyDelete