Tuesday, 24 July 2012

Naz & Khaalish Bab 2 Part Akhir

Yikes, ramai yg kata cepatlah tak sabar nak tau apa history antara Naz & Khaalish. Dears... ini baru bab 2, baru warm up. Bab 3 baru ada a tiny weeny conflict. Sian u all, tapi kan cerita ni bukan saya yg control, entah mana2 dtg idea. Kira macam cerita ni kan ada will of its own. (Merepek ni sebab makan doyan sahur tadi he he)

Buat masa ini, saya panggil novel ini Naz & Khaalish, okey

Bab 3 akan dinaikkan minggu depan, tgh minggu, awal minggu macam penuh je dgn mtg.

Enjoyz!

_ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


“Saya jalan dulu,” dengus Naz, laptopnya dikemaskan.

            “Tunggu, jom lunch bersama, perut saya dah laparlah.”

            “Saya kenyang lagi,” bohong Naz.

            “Okey, jom jalan-jalan dulu kalau awak masih kenyang. Takkan dah sampai Ubud, awak nak terperap dalam bilik hotel saja.”

            “Haah, Naz, kau nak menyorok dalam bilik? Kalau kau menyorok dalam bilik, itu maknanya kau takutkan dia,” Naz berkira-kira dalam hati, “bukankah kau kata kau sudah bebas dari kisah lalu?”

            “Kejap, saya pergi simpan laptop di bilik.”

            Si jejaka yang masih berbaring, tersenyum lebar.

Apabila dia tahu yang Naz belum sempat ke mana-mana di Ubud dek kerana sibuk dengan aktiviti-aktiviti Ubud Writers Festival, Khaalish terus mengarahkan pemandunya ke sebuah galeri lukisan.

            “Galeri lukisan?” tanya Naz, bagai mencabar.

            “Penuliskan berjiwa seni, tentu awak sukakan lukisan.”

            “Kan aku kata dia ni patut jadi loyar,” cemuh Naz dalam hati.

            Tetapi memang Naz terpikat pun dengan lukisan-lukisan indah di galeri lukisan tersohor di Ubud itu. Pelbagai gaya lukisan yang dipamerkan dari gaya tradisional Ubud, gaya yang dikenali sebagai “young artists' style” dan gaya moden. Sebuah lukisan kanak-kanak bermain layang-layang di sebuah sawah padi paling menarik perhatian Naz. Lukisan gaya “young artists' style” itu menggunakan warna-warna yang terang dan ceria.

            “Suka?”

            “Haah. Saya tak pandai tentang lukisan, tak tahu apa-apa mengenai gaya ke, pilihan warna ke. Tapi yang saya tahu, bila saya tengok lukisan ini, saya rasa happy!”

            Khaalish turut berdiri di sebelah Naz dan merenung lukisan itu.

            “Bila saya tengok lukisan ini, saya teringat zaman kanak-kanak. Gembira, bebas, tiada masalah langsung dalam hidup!”

            “Sekarang ni pun saya tengok awak gembira, bebas, tiada masalah dalam hidup.”

            “Mana orang tiada masalah dalam hidup. Masalah tu perencah kehidupan kan. Macam cili, buat hidup kita lebih ada bite,” Naz berfalsafah sambil tertawa kecil.

            “Teringin nak tahu apa masalah dia,” terus terlintas di benak Khaalish.

            Dia sendiri tidak faham kenapa wanita bernama Naz ini begitu menarik perhatiannya. Kalau boleh dia mahu tahu segala-galanya tentang Naz. Tapi dia tahu Naz keberatan mahu berkongsi kisah hidup dengannya. Iyalah, siapa aku? Berjumpa pun baru dua kali. Lantas dia terus memanggil petugas galeri itu, dimintanya menurunkan lukisan yang diminati Naz tanpa bertanya dahulu berapa harganya.

            “Kenapa awak nak beli lukisan itu?” tanya Naz kehairanan.

            “Kenapa awak tanya?”

            “Sebab saya rasa awak tak beli lukisan tu untuk awak sendiri.”

            Why do you say that?

            “Saya rasa lukisan itu tak 'masuk' dengan hiasan rumah awak”

            “Awak tahu bagaimana hiasan rumah saya?”

            “Manhattan inspired, perabut moden, warna-warna maskulin yang gelap.”

            Terlopong jugalah mulut Khaalish, “Macam mana awak tahu?”

            “Saya ni penulis. Kami banyak mengkaji manusia, kalau tidak bagaimana hendak menulis.”

            “Awak mengkaji saya?”

            “Saya mengkaji semua orang yang saya jumpa, no hard feelings, okay.”

            Wajah Naz direnung dalam-dalam, perempuan muda ini bijak dan unik.

            “So, awak nak beli lukisan itu untuk siapa?”

            Terkejut Khaalish dari lamunannya, “Untuk awak,” lurus sahaja jawapannya.

            “Hmmm, thanks but no thanks.”

            “Alah, terima sajalah, buat kenangan kita di Ubud. Awak gantung di rumah awak dan setiap kali awak pandang, tentu awak akan happy.” Dan jika awak happy, saya pun happy, terlintas di minda Khaalish. Eh! Kenapa pula penting bagi aku jika dia happy? Perempuan ni ada impak yang pelik padaku...soalannya kenapa?

            “Saya ni hidup macam nomad. Jarang saya duduk di satu tempat lebih dari setahun. Ini nak pindah lagi ni. Macam mana saya nak angkut lukisan yang besar ni.”

            “Mak bapa awak tak kisah ke dengan hidup awak yang macam ni?”

            “Derang dah biasa agaknya,” jawab Naz dengan senyum tawar.

            Betullah dia ini misterius! detik hati Khaalish. Lukisan itu dibelinya juga, digulung oleh petugas galeri dan dimasukkan ke dalam sebuah tiub. Hari ini dia tidak mahu terima, esok-esok entah berubah hatinya. Esok-esok?

            “Dah lapar?” tanya Khaalish.

            Jam tangan dijeling, wah, sudah pukul satu rupanya, patutlah perut dah mula berbunyi. Kepalanya diangguk.

            Mereka patah balik ke pekan Ubud dan makan di sebuah restoran di Jalan Monkey Forrest. Selepas makan, Naz meminta diri untuk solat. Khaalish menelefon pemandunya yang segera datang menjemput mereka untuk dihantar ke hotel Naz. Semasa Naz melangkah turun dari kereta sewa mewah itu, Khaalish hanya berkata, “Saya tunggu di sini.”

            Hampeh! fikir Naz. Dah tua-tua pun masih tak solat!

            Usai Naz bersolat, mereka meneruskan perjalanan, menyusuri jalan raya Ubud yang sempit. Entah ke mana, Naz malas hendak bertanya destinasinya. Dia anak jutawan, takkan dia hendak jual aku ke Lombok!

            Asyik Naz menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Ada petani-petani yang mengerjakan sawah, ada wanita-wanita yang mengkelek anak, entah hendak dibawa ke mana, ada warung-warung kecil tempat melepak. Semuanya dipandang oleh Naz dengan penuh minat. Travelling baginya banyak memberikan ilham untuk menulis.

            “Teman awak yang makan malam bersama awak tu mana?” tiba-tiba keluar soalan dari mulut Naz, matanya masih memandang pemandangan di luar.

            “Kami tak travel bersama-sama. Kebetulan terserempak dengan dia di sini,” tipu Khaalish, profesional sungguh sebab sudah terbiasa menipu bab-bab perempuan ini. Walhal sudah berpuluh-puluh missed call dan sms dari Kassandra yang dia tidak layan. Kassandra is history!

            “Oh! Saya ingatkan awak tinggalkan dia macam tu sahaja,” komen Naz. Khaalish tetap dengan muka keringnya.

            “Ha! Ha!” Naz tertawa kecil, “tengok Atuk tu, rileks saja dia mandi bogel di tepi jalan. Comelnya.”

            “Comel? Lelaki tua mandi bogel di tepi jalan comel awak kata?”

            “Comel dari segi sikapnya. Aku nak mandi, perigi tepi jalan, mandi jelah, orang tengok, ada aku kisah?”

            Memang gadis ini unik, kalau perempuan Melayu lain tentu sudah tersipu-sipu malu melihat adegan menjolok mata sedemikian. Hendak dikatakan dia tidak Islamik, sembahyang tidak tinggal.  Sikap lelaki tua itu yang menarik perhatiannya. She is not your typical Malay lady.

            Tidak lama kemudian, kenderaan pacuan empat roda mereka tiba di Tegallalang, sebuah kawasan sawah padi bukit berteres.

            “Wow!” itu saja yang dapat Naz kata bila pertama kali melihat sawah padi bukit yang berlapis-lapis. Unik! Indah!

            Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan sawah padi itu, Naz dan Khaalish turun lalu mengambil beberapa keping gambar. Apabila Khaalish mengambil beberapa keping gambarnya dengan menggunakan telefon pintar, Naz terasa was-was juga. Tapi difikirnya, peristiwa itu pun sudah empat tahun berlalu, Khaalish sendiri tidak ingat siapa dia. Nak kisah apa? Tetapi bila Khaalish berdiri di sebelahnya, kepala dilentok sehingga bertemu dengan kepala Naz untuk mengambil gambar berdua, berdebar-debar juga jantung dibuatnya.

            “Kenapa Naz, kau takut dia guna-gunakan kau pakai gambar tu? Jangan perasanlah, empat tahun dulu pun dia tak kebulur kat kau,” Naz mengingatkan dirinya supaya jangan perasan.

            “Layan dia macam kenalan dalam travel sajalah, Naz.”

            Mereka menaiki semula kenderaan pacuan empat roda sewaan Khaalish dan berhenti di sebuah kafe yang terletak betul-betul sebelah sawah padi berteres yang indah itu.

            “Jom minum kopi,” ajak Khaalish.

            Mereka memilih meja di hujung kafe. Selepas memesan kopi dan bakwan, Naz menongkat dagu menikmati pemandangan sawah padi.

            “Hmmm, ini yang dikatakan tak jemu mata memandang,” ucap Naz dalam nada yang sungguh dreamy.

            I agree.”

            “Apa yang you agree?” tanya Naz sambil mengerling ke arah Khaalish.

            “Betul-betul tak jemu mata memandang,” jawab Khaalish sambil merenung Naz dalam-dalam.

            “Yelah tu,” getus Naz dalam hati, “dasar player!” Tapi bohonglah kalau dia kata sedikit pun dia tidak terkesan, kenderang perang Ahmad Dhani sudah datang balik!

            “Breep, breep! Breep, breep!” bunyi telefon Naz. Cepat-cepat dia menyelongkar begnya. Bila terjumpa telefonnya, dia membelek skrin.

            “Reham!” Naz beritahu Khaalish.

            Hello, habibti! Where are you, dear? Khaalish and I, we are at this lovely paddy terrace.......... We're having coffee........ How's your day, so far?

           Lebar senyuman Naz bila dia bercakap dengan Reham, saling berkongsi cerita tentang aktiviti mereka hari itu. Jelas kelihatan kemesraan mereka.

            Habis bersembang dengan Reham, Khaalish terus bertanya, “Sudah berapa tahun kenal dia?”

            “Empat.”

            Nampak gayanya macam dia ada mood untuk berkongsi cerita, “Kenal di mana?”

            “Universiti.”

            “Universiti.....?”

            “Washington State.”

            “Seattle?”

            “Hmm, hmm.”

            “Belajar apa?”

            “Sastera.”

            Of course!........Masters?”

            “Hmm, hmm.”

            “Berapa tahun?”

            “Dua.”

            “Lepas tu, kerja?”

            “Hmm, hmm.”

            “Di mana?”

            Middle east.

            Middle east sahaja jawabnya. Memang dia mengelak nak bagi tahu negara mana, fikir Khaalish.

            “Tak balik Malaysia?”

            “Tak.”

            “Kenapa?”

            “Nak tengok dunia,” jawapan separa benar.

            “Masih di middle east?”

            “Tak.”

            “Di mana?”

            “Dalam transisi.”

            “Ke mana?”

            “Hmm..........”

            Berahsia lagi. Kenapa, ya? Dia fikir aku nak stalk dia ke?

            “Saya teka?”

            “Okey.”

            “Eropah?”

            Nope.

            “Amerika Utara?”

            Nope, dah bosan.”

            “Amerika Selatan?”

            “Ha, ha, ha, awak nak teka kesemua tujuh benua di dunia ke?”

            “Haah, seronok main teka-teka ni.”

            “Asia Tenggara.”

            Perasaan pertama yang muncul di otak Khaalish adalah lega. Lega sebab Asia Tenggara sahaja, tidak jauh sangat. Kenapa lega bila tau dia tidak jauh sangat, Khaalish?

            “Sekarang teka negara pula boleh?”

            “Ha, ha, ha, sudahlah. Kenapa nak tahu sampai ke benda kecik-kecik?”

            “Kenapa awak nak berahsia?”

            “Tak adalah. Awak tak tahu ke, salah satu tip utama bagi wanita yang mengembara di dunia adalah jangan terlalu percaya dengan orang yang kita jumpa dalam perjalanan.”

            “Eh, awak kata kita dah pernah jumpa sebelum ini?” bunyinya lembut tetapi tetap mencabar.

            “Ha, ha, ha, sebab dah pernah jumpalah, perlu lebih waspada.”

            Di bibir senyum, tapi hati Khaalish semakin geram, “Apalah misterinya ni? Don't worry, aku akan bongkar.”

            Lama juga mereka berbual di disitu. Bila hari sudah lewat petang, Khaalish mengajak Naz pulang ke Ubud.

            “Malam ini saya nak bawa awak ke satu tempat yang unik.”

            “Malam ni keluar lagi?” Naz kurang berkenan keluar malam-malam, berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. History or no history.

            “Saya akan pastikan awak selamat. Tempat yang kita nak pergi tu di Ubud sahaja, ada ramai orang dan saya gerenti awak akan dapat banyak ilham dari tempat ni,” hujah-hujah dibentang.

            Dalam perjalanan balik ke Ubud, Khaalish bertanya, “Awak nak ke Sukawati?”
            “Pasar tu?”

            “Hmm hmm.”

            “Tak payahlah, dah shopping sikit-sikit di Pasar Ubud.

            How refreshing to meet a woman who declined the chance to go shopping,” fikir Khaalish , jarang jumpa perempuan yang menolak peluang untuk shopping.
           
            Tiba di hotel Naz, Khaalish turut turun membawa sebuah beg overnight. Melihat Khaalish berjalan ke arah foyer hotel bersamanya, Naz menjungkit kening.

            “Saya sewa bilik di sini sajalah untuk mandi. Buang masa balik ke Kuta.”

            “Hmph, jenis orang yang ada perancangan rapi,” fikir Naz.

            Usai mandi dan menukar pakaian, mereka bertolak dengan kenderaan pacuan empat roda sewaan Khaalish. Naz tidak sempat solat Maghrib kerana kata Khaalish acara yang akan mereka hadiri bermula sebelum senja. Solat jamaq sahaja fikir Naz.

            Rupanya Khaalish hendak bawa dia menonton persembahan tarian kecak. Belum apa-apa lagi sudah meremang bulu roma Naz kerana persembahan itu diadakan di dalam sebuah taman yang diterangi dengan unggun api dan obor. Semakin lama persembahan itu berjalan, semakin seram Naz rasa.

            Bila penari-penarinya berjalan di atas api dalam keadaan separuh sedar, Naz hanya berdoa,  “Eeee, janganlah aku nightmare pula malam ini.”

            Tanpa disedarinya dia sudah duduk rapat benar dengan Khaalish, lengan mereka sudah bersentuhan. Nasib baik Naz memakai blaus berlengan panjang. Tersenyum lebar Khaalish, berbaloi sungguh bawa gadis misteri ini ke sini.

            Usai persembahan, semasa berjalan ke kereta sewa, Naz berjalan rapat dengan Khaalish, rasa seram sejuk itu masih ada.

            “Takut?”

            “Seram.”

            “Tarian saja.”

            “Macam puja semangat, gitu.”

            “Banyak dapat ilham?”

            “Hm?”

            “Ilham untuk menulis.”

            “Saya menulis novel cinta bukan cerita seram,” jawab Naz sambil disambut Khaalish dengan ketawa.

            Dalam perjalanan balik ke hotel, Naz menerima sms dari Reham.

            “Reham ajak ke Cafe Luna.”

            Melangkah masuk ke Cafe Luna, dari jauh Naz sudah nampak wajah Reham yang berseri-seri.

            “Oh oh,” bisik Naz.

            “Kenapa?” tanya Khaalish yang berada di sisi.

            I know that face,” jawab Naz, matanya mencerun merenung Reham yang sedang melambai-lambai ke arah mereka.

Sunday, 22 July 2012

Masih belum ada tajuk Teaser Bab 6


Sorry ye, saya naikkan citer Naz & Khaalish melompat-lompat. Saja-saja suka-suki naikkan teaser bab 6. Jgn marah, kan bulan puasa ni! He he...

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

We can do this all night,” cubaan Khaalish untuk meredakan susana tegang di antara mereka.

Naz masih lagi diam macam batu.

Khaalish mengambil cincin itu dan diletakkan semula di hadapan Naz, tanpa menyedari aksi mereka tolak menolak cincin diperhatikan dengan penuh minat oleh seisi keluarga Naz serta Reham. Mereka semua berdebar-debar, apa yang akan berlaku? Nasib baik tetamu-tetamu sudah ramai yang pulang. Jika tidak tentu mereka hairan kenapa keluarga Dato' Nazari memerhatikan pasangan di bawah khemah itu macam rakyat Malaysia menyaksikan pertandingan badminton antara Malaysia dan Indonesia.

“Dora?”

“Ya, Dora the Explorer. Sesuai sangatkan?” Sambil menjawab, cincin diletakkan di hadapan Khaalish.

Lega hati Khaalish mendengar suara Naz, sekurang-kurangnya masih ada harapan. Harapan apa?

“Tak, lebih sesuai nama Naz. Dora nama gadis muda yang comel. Naz nama seorang wanita yang sofistikated dan educated,” cincin diletakkan di hadapan Naz.

“Waaaah! Smooth talker sudah mariiiii,” dengus Naz dalam hati. Rasa macam nak diambil cincin yang entah berapa puluh ribu harganya dan disumbat ke dalam mulut smooth talker di hadapannya.

Dengan kepalanya yang sudah tidak boleh berfikir, diambilnya cincin mahal itu dan dicampakkan ke dalam cawan kopi Khaalish. Plop! bunyinya.

Terburai ketawa Khaalish, terbahak-bahak dia ketawa sehingga terhinggu-hinggut bahunya. Makinlah memuncak rasa ingin tahu penonton-penonton pertandingan badmintan Malaysia lawan Indonesia di laman rumah Dato' Nazari. Apa yang diketawakan si anak jutawan tu? Tanpa disedari, mereka semua mengambil satu langkah ke hadapan.

“Marah saya sampai begitu sekali? Nak saya mati tercekik minum kopi yang ada cincin berlian?” tanya Khaalish dengan ketawa yang bersisa. Bila kali terakhir ada perempuan yang buat aku ketawa kuat sebegini? Naz, kau comel sangatlah!

Thursday, 19 July 2012

This is not a good idea Chap 2 Part 1


Ramadhan Kareem saya ucapkan kepada rakan2 semua. Moga Allah beri kelapangan dan kesihatan untuk kita menjalani ibadah di bulan mulia ini.

Kisah Naz dan Khaalish bersambung, tapi tajuknya belum ada. Malas nak fikirkan saya nak minta kawan2 punya cadangan boleh?

Enjoyz!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

Bab 2

Keesokannya, selepas solat subuh Naz dan Reham tumbang semula ke atas katil, penangan bersembang sehingga larut malam semalam. Pukul lapan pagi bila terjaga semula, mereka bermalas-malasan di atas katil. Namanya pun cuti! Kalau tidak cuti sudah berdesup macam lipas kudung, bersiap untuk pergi kerja.

Sambil bermalasan mereka berbual tentang jejaka-jejaka teman bersembang mereka semalam. Di mulut Reham, tidak putus-putus, “Hamza, Hamza, Hamza!” Hamza yang baik, Hamza yang manis, Hamza yang periang, Hamza yang macho!!

Naz sudah menjeling ke langit, “Nampak gayanya ini bukan hanya holiday fling! Ini sudah fling, fleng, flong!” fikir Naz sambil ketawa dalam hati.

“Silap-silap, aku terbang ke KL sorang-sorang ni,” Naz sudah menebak-nebak.

Reham di katil sebelah sibuk berbalas-balas sms dengan buah hati barunya. Baik aku mandi dulu, getus hati Naz. Keluar dari bilik air, dengan muka yang bersalah, Reham memberitahu Naz yang Hamza mengajaknya bersiar-siar di Bali pada hari terakhir mereka di sini.

Maklum yang merpati dua sejoli tu mahukan privacy, cepat-cepat Naz berkata, “Eloklah dia temankan awak bersiar-siar, boleh saya lepak di hotel dan menulis.”

“Thanks, Nutter! I can't ask for a more understanding friend!” Reham bersorak kecil.

“Humph, bodeklah tu!” cemuh Naz dalam hati.

Usai bersiap, mereka melangkah ke balai makan di hotel itu, sebuah ruang yang hanya berbumbung dan dikelilingi oleh lanskap Bali yang mendamaikan. Tiba di balai itu, terlopong Naz melihat teman bersembangnya semalam santai-santai duduk di meja sarapan sambil membelek telefon pintarnya.

Well, well, well, it looks like it's not just me who's having a holiday romance,” bisik Reham kepada Naz.

Agaknya menyedari kehadiran mereka, teman bersembangnya semalam mendongakkan kepala. Bila matanya bertembung dengan mata Naz, tiada senyuman di bibir, cuma pandangan tajam yang menusuk kalbu. Jantung Naz sudah berdegup kencang. Apa kata Ahmad Dhani? Berdetak lebih kencang, bagai kenderang mahu perang!

“Buat apa dia di sini? Last night was a coincidence. Hari ini pula? Apa yag dia mahu? Dia sudah ingat siapa aku? So what kalau dia ingat, lantaklah, bukannya kami ada apa-apa lagi,” berputar-putar kepala Naz bertazkirah kepada diri sendiri. Bibirnya dipaksa senyum seperti biasa.

“Eh! Bukan hotel you di Kutakah?” Naz membuka bicara, biar straight-to-the-point.

“Ya, saya datang cari awak,” tenang sahaja jawab Khaalish, berterus-terang.

“Ambik kau, Naz! Mamat ni memang tak gentarkan apa-apa. Kau pula? Kenapa jantung kau berdebar-debar? Ah, tenang sajalah. Bukan dia boleh buat apa-apa kat kau.”

“Ada apa?” tanya Naz, mengikut rentak Khaalish, biar heads-on. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi.

“Nak sambung bersembang dengan awak,” ringkas jawapan jejaka itu.

“Pelik,” komen Naz.

“Kan awak kata perkara-perkara yang pelik mendatang ideakan untuk awak menulis,” kilas si jejaka.

“Ada saja jawapannya, macam loyar. Bercakap dengannya takkan menang, lain kali ingat tak perlu bertekak dengannya,” Naz mengingatkan dirinya, “Eh, ada “lain kali” ke? Apa? Kau nak jadi buddy-buddy dengan dia? Hmm, kau sendiri yang hati-hati, Naz.”

Reham menghampiri meja mereka dengan dua pinggan sarapan, satu untuk Naz dan satu untuknya, “Breakfast is served, my lady.

Aik, dia pula jadi pelayan di sini? Ini mesti nak bodek sebab dia nak tinggalkan aku sorang-sorang hari ni, fikir Naz. Dia sudah masak dengan perangai kawan baiknya itu.

What's the rush?” tanya Naz, bila dilihatnya Reham makan terkocoh-kocoh.

Hamza is already on the way,” nampak sangat Reham sudah tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengan buah hati barunya, si jejaka berketurunan Lubnan dari Australia.

What have you got planned today?” tanya Khaalish.

Reham kalau sudah teruja, cakapnya macam machine gun. Laju sahaja mulutnya menyebut satu-satu destinasi di Bali yang sudah dirancang mahu dijelajahi dengan Hamza.

“Awak ikut?” soalan Khaalish ditujukan kepada Naz.

Berdebar-debar dada Naz, “Apa yang dia hendak buat ni?” Kepalanya digeleng-gelengkan.

“Duduk hotel sahaja?” tanya Khaalish lagi.

“Oh, mamat ini memang tak reti nak give-up!” getus hati Naz.

Kepala diangguk-angguk.

“Menulis?”

Angguk lagi.

“Saya temankan,” pandai-pandai dia buat keputusan.

“Ish, buat apa? Nanti awak bosan,” Naz cuba mengelak.

I don't think so. Semalam bersembang dengan awak, sekali pun saya tidak rasa bosan.”

“Semalam bersembang, hari ini saya hendak menulis,” sekali lagi Naz cuba mengelak.

“Awak menulis tak bersembang langsung?”

“Tak, perlu fokus seratus peratus kepada penulisan,” Naz jual mahal.

“Okey, tak apa, saya duduk diam-diam temankan awak,” dalam lembut Khaalish berkeras.

“Perangai dia sama dengan perangai Papa, mau menang saja,” bosan Naz dengan tingkah laku Khaalish, maka didiamkan sahaja.

So? Done with your discussion? Khaalish, you're gonna be with Nutter right? That's gonna make me feel so much better about leaving her behind to go gallivanting around with Hamza,” macam bertih jagung mulut Reham, pandai-pandai mengatur hidup temannya.

“Dua kali lima, lima kali dua. Semua nak ikut kepala derang sahaja. Aku pula yang jadi Pak Turut. Ah, lantaklah, mamat ni nak buat apa.”

Reham tak habiskan pun sarapannya. Muncul saja Hamza, tergedik-gedik dia pergi mengikut jejaka kacak anak tuan punya restoran di Melbourne itu.

Make sure your cell phone is on!” jerit Naz, mengingatkan kawan baiknya. Reham yang sudah sampai ke pintu gerbang hotel mereka menegakkan ibu jarinya ke arah Naz.

Itu memang amalan mereka semasa travelling, telefon bimbit mesti sentiasa boleh dihubungi. Kalau ada apa-apa musibah, senang berhubung. Tapi naluri hati Naz positif saja tentang Hamza, jejaka itu nampak ikhlas berminat dengan Reham. Nalurinya tentang Khaalish yang tidak jelas, apa sebenarnya yang dia mahu?

Usai bersarapan, tanpa berkata apa-apa kepada Khaalish, Naz bergerak ke arah sebuah waqaf yang terletak bersebelahan sawah padi. Di Bali, waqaf disebut 'bale.' Hotel mereka memang dikelilingi sawah padi. Naz duduk bersila, laptopnya dibuka dan dia mula menaip. Khaalish yang mengekorinya, turut duduk bersila di atas waqaf sambil tidak jemu merenung ke arah Naz. Bukan tidak Naz sedari tetapi sengaja dia buat tidak tahu. Penat duduk bersila, Khaalish mengambil kusyen yang diletakkan di atas waqaf dan berbaring. Matanya tidak lepas-lepas merenung Naz. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dari sawah padi, dengan kusyen yang empuk, ditambah lewat tidur semalam, kelopak mata Khaalish menjadi semakin berat dan terus dia nyenyak terlena.

Lega hati Naz melihat Khaalish sudah terlena. Peluang diambil untuk menatap wajah jejaka kacak itu puas-puas. Siapa sangka terserempak semula dengan mamat sombong ini? Di Bali pula tu! Memang dia sangat kacak, fikir Naz. Ada harta, dari keluarga ternama. Total package! But totally not for me.

Nafas ditarik dalam-dalam dan Naz rasa ketenangan meresap masuk ke seluruh dadanya. Selepas apa yang telah berlaku selama ini, Naz berasa dia mampu untuk menghadapi apa-apa kemungkinan di masa hadapan. Percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahNya!

Selepas sejam dua menaip, matanya pun semakin berat. Huruf-huruf yang dipandang sudah kabur terang-kabur terang. Diambilnya kusyen, konon-kononnya hendak baring barang seminit dua. Bila kepala sudah cecah ke bantal, belayar pula dia ke Pulau Lena.

Khaalish yang sudah hampir dua jam melayan mata, perlahan-lahan terjaga. Fuh! Sedapnya tidur di atas waqaf di tepi sawah, nyaman dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Mengeliat-ngeliat dia menghilangkan lenguh-lenguh badan. Di carinya Naz. Lah! Sudah tumbang dia. Timbul segarit senyum kecil di bibir Khaalish bila melihat betapa nyenyak Naz tidur. Letih bersembang sehingga lewat malam lah tu. Wajah comel si gadis direnung lama-lama. Sungguh dia tidak ingat di mana dia pernah bertemu Naz. Entah-entah gadis comel ini hanya mengakal dia.

Matanya berpindah pula ke laptop Naz, seperti tuannya sudah “lena” tetapi tidak bertutup. Tanpa rasa bersalah, diambilnya laptop itu dan ditekannya space bar. Laptop menyala dan mata Khaalish laju meniti perkataan-perkataan di skrin.

Si gadis menulis tentang pengalamannya mengikuti Ubud Writers Festival yang tamat semalam. Betapa dia teruja bertemu penulis-penulis tersohor dari seluruh dunia yang sekali gus membuat dia terasa kerdil. Banyak yang ditulis mengenai Andrea Hirata, penulis popular Indonesia dari Pulau Belitung. Nampaknya Naz begitu meminati penulis ini yang katanya mempunyai bakat menulis tentang orang biasa-biasa yang mengalami peristiwa biasa-biasa secara luar biasa sekali. Oh! How I wish I have his talent! tulis Naz.

Ayat terakhir tulisan Naz membuatkan Khaalish membacanya berkali-kali:
And to meet him again...here, of all places...is....what? Karma? Serendipity? I can't find a word to describe it because I don't know what it is....

Gerak hati Khaalish menyatakan 'him' yang dimaksudkan di sini adalah dia sendiri. Kenapa Naz terkejut bertemu dengannya? Kenapa Naz begitu terkesan bertemu dengannya? Bertambah misterius gadis ini.

Laptop diletakkan semula dan Khaalish merebahkan badannya ke lantai waqaf. Berbaring disebelah Naz dalam gaya yang jika di Malaysia memang sudah kena tangkap basah. Apatah lagi berbaring rapat-rapat di tengah hari rembang di tempat yang terbuka pada pandangan mata orang di sekeliling. Tapi ini Bali, tumpuan pasangan berbulan madu, aksi-aksi romantik di pulau ini sudah menjadi perkara biasa.

Dalam tidurnya pun Naz terasa seperti diperhatikan orang. Lalu dibuka matanya perlahan-lahan. Dalam terpisat-pisat itu dia melihat sepasang mata yang sedang merenungnya dalam.

“Aku ni mimpikah? Apa mamat ni buat di sini?” otaknya masih tidak boleh berfungsi dengan betul

What the....!!!!” Naz terjerit kecil sambil bingkas bangun bila mindanya sudah jelas.

Si jejaka temannya berbaring tertawa kecil melihat aksi si gadis comel.

“Kalau di Malaysia, pasti kita sudah kena tangkap basahkan?” selamba sahaja komennya.

“Choi!! Minta simpang malaikat empat puluh empat. Tangkap basah, tangkap basah ni jangan sebutlah,” kata Naz sambil mengurut dada. Cukuplah aku pernah terlepas dari dia sekali!

“Hmmm....berlambak-lambak perempuan yang sanggup kena tangkap basah dengan aku. Kenapa, aku ni tak cukup hensem ke di mata dia?” fikir Khaalish sambil masih merenung Naz.

Thursday, 12 July 2012

This is not a good idea....


..... but what the heck!

dengan kerja yang menimbun. dengan sinopsis, blurb dan penghargaan bagi PMS belum siap, saya ni gatallah pula tangan ...... jeng jeng jeng......menulis cerita baru!!!

so, saya letakkan kat sini, sekejap saja kut, isnin ni saya turunkan.

teaser PMS....tak pilih pun lagi part mana yg nak diteasekan. as u can see, kepala otak i tak brp betul skrg!

Bab 1


Perempuan itu memandang ke arahnya lagi. Sudah dua kali dia “menangkap” perempuan itu memandang ke arahnya.

Bukan Zaim Khaalish tidak biasa direnung oleh perempuan. Kalau perempuan tidak merenungnya, itu yang dia tidak biasa. Wajah yang kacak, tubuh yang tegap, pakaian yang bergaya, memang dia sudah terbiasa menjadi tumpuan perempuan! Itu belum lagi bercakap tentang kereta-kereta mewahnya.

Tapi perempuan ini lain. Biasanya jika Zaim Khaalish “menangkap” perempuan-perempuan merenung ke arahnya, dia dapat melihat dua reaksi. Satu, mereka akan termalu dan melarikan pandangan mereka. Atau, dua, mereka akan memberikannya jelingan dan senyuman yang mengoda.
Perempuan ini pula, reaksinya pelik. Bila pandangan mereka bertaut, dia tersenyum lebar bagaikan gembira bertemu kawan lama.

Do I know her?” bisik Khaalish di dalam hati sambil mencuri-curi pandang ke arah perempuan itu. Kassandra yang duduk semeja dengannya tentu mengamuk jika dia tahu Khaalish sedang merenung perempuan lain.

“Perempuan pakai tudung, mana aku ada kawan perempuan yang pakai tudung,” fikir Khaalish lagi.

Baby, kenapa tak makan? Tak sedap ke?” tanya Kassandra, manja.

“Err, sedap, sedap,” jawab Khaalish sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

Mericau mulut Kassandra bercerita tentang itu ini, sekali sekala Khaalish mengangguk-angguk atau menjawab “hmm,” sekadar untuk mengelakkan Kassandra dari menyedari yang tumpuannya sudah dicuri perempuan Melayu di meja hujung sana.

Perempuan itu sedang duduk semeja dengan dua orang rakannya, seorang lelaki dan seorang perempuan Arab. Teka Khaalish, pasangan Arab itu sedang berdating sebab mereka asyik berbual sambil makan malam sehingga menyebabkan perempuan Melayu itu kebosanan. Sekali sekala perempuan Melayu itu berkata sesuatu kepada pasangan Arab itu. Selebihnya pandangannya menerawang ke sana sini, menikmati pemandangan indah rimba semulajadi Ubud yang terbentang di keliling restoran Bridges itu. Jemu dengan pemandangan hutan, sudah dua kali dia merenung ke arah Khaalish.

“Cuba ingat betul-betul. Siapa perempuan ini?”

Jenuh Khaalish memerah otaknya namun dia masih tidak ingat.

“Tak boleh jadi ni. Potong stim dinner date aku dengan Kassandra. Silap-silap malam ini aku tak boleh tidur memikirkan siapa dia. Or worse still, sampai balik KL, aku tertanya-tanya.”

“Kassie, jom makan cepat. I baru teringat yang I dah janji nak telefon peguam I, ada hal penting di KL,” Khaalish mencari akal.

“Baby, special dinner macam ni takkan nak rush. Bukan selalu kita datang ke Ubud,” tingkah Kassandra.

“Malam esok, boleh datang lagi. Peguam I nak bincang tentang hal ni malam ini juga,” Khaalish berkeras, sudah terbiasa dengan pegangan my women do as I say.

“Khaaaaaaal....,” Kassandra cuba protes manja pula.

“Kassie, no business, no Ubud, no BMWs, no kondos, no nothing,” kering sahaja hati Khaalish.

“Okey, okey,” balas Kassandra, terpaksa mengalah. Dia tahu untuk Zaim Khaalish, business comes first!

Khaalish sudah mengangkat tangan, memanggil pelayan restoran untuk meminta bil. Selepas membuat bayaran, dia mengiringi Kassandra ke kereta mewah yang disewanya untuk bersiar-siar di sekitar Bali. Pemandunya segera mendapatkan kereta apabila melihat Khaalish dan Kassandra tiba di pintu masuk restoran. Pintu belakang kereta dibuka, Kassandra melangkah masuk.

“Kassie, you balik ke hotel dulu. I janji nak telefon peguam I sekarang. I need to make the phone call now,” tipu Khaalish.

“Khaaaal!! Takkan I nak balik ke Kuta sorang-sorang tengah-tengah malam ni!” suara Kassandra sudah meninggi.

“Kassie, stop whining. Pak Nyoman is a trusted driver. Setiap kali ke sini, I gunakan khidmatnya. Boleh tak you jangan ganggu I nak kerja? Kalau I telefon dalam kereta, linenya tentu terputus-putus,” kening Khaalish sudah terjungkit sebelah.

“Okeylah, okeylah,” Kassandra mengalah lagi, tidak berani melawan cakap Khaalish, boy friendnya yang terkaya sehingga takat ini.

“Pak Nyoman, selepas hantar Miss Kassandra ke hotel, patah balik ke sini untuk ambil saya ya,” arahnya tegas.

“Baik, Pak.”

Khaalish berdiri di situ, memandang kereta Pak Nyoman meninggalkan restoran Bridges. Bukan dia tidak sedar mulut Kassandra yang muncung sedepa, mengomel-ngomel tidak puas hati.

“Aaah!! Apa aku peduli. Itu perempuan misteri di dalam tu, kena siasat siapa dia. Dia kenal aku ke?”

Sambil berpatah balik masuk ke dalam restoran, Khaalish masih lagi berfikir-fikir. Memang ada beberapa kali gambarnya tersiar di majalah dan akhbar, sebagai Malaysian most eligible bachelor dan anak usahawan berjaya. Entah-entah perempuan itu pernah melihat wajahnya di media cetak.

Tiba di ruang makan terbuka restoran itu, mata Khaalish mencari perempuan Melayu itu di meja makan tadi. Tiada! Hanya yang ada pasangan Arab tadi. Mana dia pergi? Melilau mata Khaalish mencari. Hah! Itu dia duduk di bangku panjang berlapikkan kusyen tebal, sedang memandang ke arah gaung di pinggir retoran itu. Khaalish menghayun langkah ke arah perempuan misteri itu.

“Hai!” sapa Khaalish lembut.

Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.

“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.

“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.

Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.

Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.

Briefly,” pendek dan kriptik.

“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.

Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”

Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh trigger ingatan aku.

“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.

“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.

“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.

“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.

“Lebih kurang?” soalan memancing.

“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”

“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?

“Lebih kurang.”

Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.

“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!

“Tulis apa?”

“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!

Interesting,” komen Khaalish.

I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.

“Apa yang interesting?”

“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.

“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.

“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.

Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...

Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.

Khaalish memandang gadis yang ketawa hingga terhinggut-hinggut bahu dengan penuh kehairanan. Selama ini, bila dia bercakap dengan nada yang rendah sebegitu, diiringi senyum yang seksi, perempuan yang mendengarnya pasti tenggelam punca, memerah muka. Perempuan ini pula ketawa terbahak-bahak!

Obviously, my usual tricks don't work with her,” bukan kecewa yang timbul tapi azam yang lebih kuat untuk menggoda.

“Kenapa, awak fikir awak tidak interesting?” cuba mencabar pula.

“Saya ni biasa-biasa saja,” bukan merendah diri, itulah hakikat. Hakikat yang dia sedari sejak menganjak menjadi gadis sunti.

No, you're not,” refleks di minda Khaslish. Dia sendiri tidak pasti di mana menariknya gadis itu. Tidak putih gebu, tidak tinggi lampai, tidak lansing macam model, tidak bergaya sakan. Semuanya serba sederhana. Tapi menarik!! Menarik macam magnet, mata aku tidak boleh lepas langsung dari merenungnya, fikir si pemuda bergaya.

“Kalau awak tidak menarik, saya tidak akan datang menegur awak,” ayat penyata.

Tiada balasan, namun senyum manis masih melekat di bibir. She's not buying.

“Bercuti dengan kawankah?” Siasatan disambung.

“Bercuti dengan isterikah?” cabar si gadis. Khaalish suka. Suka gadis yang mencabar, baru ada thrill!

“No, just a friend,” disambut dengan tawa kecil si gadis. She's no fool, fikir Khaalish. Semakin menarik dia!

“Kawan?” tanya si jejaka laju, sambil kepala digerakkan ke arah pasangan Arab tadi. Mahu mengalih tumpuan sebenarnya.

“Yang perempuan, kawan baik saya.”

“Yang lelaki?” Oh, tolong jangan kata boy friend, lintasan minda Khaalish.

Her potential holiday romance,” ketawa lagi.

“How about you?” Pancing, jangan tak pancing!

“Me?” si gadis kehairanan.

Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “Tak ada potential holiday romance?”

Terbahak-bahak ketawa lagi.

Dang, Khal!! This trick doesn't work on her. Cuba benda lainlah,” Khaalish memarahi dirinya sendiri.

You know what? Idea yang baik untuk novel baru saya. Cerita tentang holiday romance!

“Baguslah, awak dapat idea baru. Want to explore the idea with me?

Ketawa lagi. Kemudian dia melambai-lambai ke arah temannya. Khaalish berpaling ke belakang, memandang perempuan Arab, teman baik si comel.

“Reham hairan tu, kenapa saya ketawa kuat sangat,” jelas si comel.

“Oh, namanya Reham? Saya Khaal,” si jejaka mengambil peluang untuk memperkenalkan dirinya. Tangannya tidak dihulurkan, stok perempuan pakai tudung mana bersalam dengan bukan muhrim.

“Ya, Zaim Khaalish Tan Sri Kamaruzzaman, dulu Dato' Kamaruzzaman,” bisik hati si gadis.

“Awak?”

Jeda …... matanya merenung Khaalish dalam-dalam, “Naz.”

“Naz,” ulang Khaalish. Dan diulang-ulang nama itu di dalam kepalanya berkali-kali.

Nope, nothing, nada, zilch!” Kecewa juga Khaal bila dia masih tidak dapat mengingati siapa gadis itu, walau pun sudah tahu siapa namanya.

Si gadis pula terasa lega bila si jejaka gagal mengingatinya. Lebih baik begini!

“Dari KL ke?” tanya lagi, nanti tentu aku ingat, fikir Khaalish. Walau pun dia tidak drop dead gorgeous, takkan aku boleh lupa perempuan yang interesting macam dia?

“Asal KL, tapi sekarang tinggal abroad.

Abroad sahaja, tidak disebutnya negara mana dia tinggal sekarang,” sedar Khaalish yang si gadis tidak mahu berkongsi maklumat diri.

“Dari Ubud, tak singgah KL?”

“Singgah sehari dua,” tak lekang-lekang senyuman di bibir, mata Khaalish pula tidak lekang-lekang tertancap ke wajah gadis misteri itu.

Maklumat ini Khaalish simpan di dalam di dalam mindanya, “Kalau masih tidak tahu identitinya, boleh disiasat di KL.”

“Selalu balik ke KL?”

“Boleh jugalah.”

“Saya orderkan minuman?”

“Sure, coffee,” jawab si gadis, tidak menolak.

Coffee?

“Tu, merpati dua sejoli tu, entahlah pukul berapa nak balik ke hotel. Kalau tak minum kopi, nanti saya pula yang terlena di sini.”

“Nak saya hantar Naz balik ke hotel?

“Oh, tak apa, tak apa. Saya perlu temankan Reham. Dia pun baru jumpa Hamza semalam. Bukan kenal sangat pun.”

“Awak seorang kawan yang understanding,” cuba taktik memuji pula.

“Sambil-sambil cari idea untuk novel baru sebenarnya,” ketawa lagi.

“Sudah banyak dapat idea?

“Boleh jugalah.”

Tangan diangkat memanggil pelayan, dua cawan kopi dipesan. Sambil menunggu kopi, Khaalish berfikir, bertanya tentang dirinya dia tidak mahu jawab. Kalau bertanya tentang bukunya tentu dia mahu jawab.

“Dah tulis berapa buku? Terbit di Malaysia atau abroad?”

“Ada a few, terbit di Malaysia.”

Mental note, cari novel dia di Malaysia.

“Wow, sudah a few, I'm impressed. Menulis full time atau part time.”

“Hmmmm...,” si gadis perlu berfikir seketika, “menulis full time dan buat kerja lain part time.”

“Kerja apa?”

“Macam-macam.”

Kening dijungkit, tanda minta penjelasan.

“Kerja jaga budak-budak, kerja di ladang, kerja jaga kedai, kerja restoran, kerja panggung wayang.....”

“Macam-macam kerja you buat. Tulis novel full time, perlu pekerjaan lain lagi?”

“Kalau I tak kerja, mana ada pengalaman nak dituliskan dalam novel,” polos sahaja jawapan Naz.

“Betul juga,” Khaalish melihat gadis di sebelahnya dengan mata yang berbeza, “Tak nak tanya I kerja apa?”

“Biar I teka,” senyum meleret lagi, “business?”

Obvious sangat ke?”

Naz tertawa kecil lagi, sambil mengangguk-anggukkan kepala. Tak perlu teka, memang dia tahu sebenarnya.

You tulis buku, pakai nama Naz, atau nama lain?”

Gadis disebelahnya bagai berfikir sebentar. Menimbang-nimbang samada patut beri maklumat lagi kepada aku, fikir Khaalish.

“Qalisha Irdani.”

Terkejut juga Khaalish, “Macam nama saya! Nama penuh saya Zaim Khaalish.”

“Oh ye?” pura-pura terkejut, “what a coincidence!”

“Nanti saya balik Malaysia, saya akan cari buku-buku awak,” janji Khaalish.

Gadis itu tertawa lagi, “Novel cinta ni, lebih kepada citarasa orang perempuan.”

“Sudah banyak novel ditulis, banyakkah pengalaman bercinta?”

“Bercinta belum, kecewa pernah,” kriptik lagi jawapannya.

“Pelik.”

Monday, 9 July 2012

PMS....Teaser


especially untuk kawan2 yg minta teaser. namanya pun teaser kan, so ini untuk usik-mengusik ye. ha! jgn kata pendek, ini 4 ms ni (sambil cekak pinggang he he). also sy ni copy paste sambil ber mesyuarat ni, so apa yg sempat je lah. 

 so get ready to read abt Una menggoda Mr Z lagi!!~

__________________________________________________________________

Next, beli ikan.........untuk pancing suami, he he he, dan kali ini takkan ku lepas ikan ni, nasiblah kau ikan...”

Petang itu untuk pertama kali dalam tempoh hampir dua minggu, Zahrain pulang awal. Dia naik ke atas untuk mandi dan bersiap-siap ke rumah Mama dan Papanya. Masuk ke dalam bilik, budak itu sudah siap berbaju kebaya nyonya. Humph, nak dilarang pakai, bukankah aku ni tak mahu bertegur sapa dengannya. Maka, dibiarkan sahaja isterinya berkebaya nyonya yang seksi di pandangan matanya.

Husna mencium tangan suami dan berkata, “Saya tunggu di bawah, nak siapkan bahan-bahan yang nak dibawa ke rumah Mama.”

Banyak juga bahan-bahan yang dibawa ke sana, ikan beberapa ekor di dalam kotak ais, sebekas air asam, sebekas sambal belacan, sebekas sambal kicap dan ulam-ulaman.

Tiba di rumah mertuanya, mereka bersolat maghrib berjemaah. Selepas itu, Husna menyanggul rambutnya tinggi. Boleh guna alasan panas sebab membakar ikan. Keluar ke laman, Papa dan Zahrain terkial-kial hendak menyalakan api di dalam set barbeku.

“Kesian, Papa, letih baru balik dari pejabat. Biarlah Una buatkan. Papa pergilah duduk.”

Bila Tan Sri Zainal duduk berehat, dapatlah Husna berdua-duaan dengan suaminya. Senyum nakalnya disembunyikan.

Hm, I am stuck with her here,” getus Zahrain dalam hati, tidak sedar dia sedang diprojekkan oleh si isteri.

Takkan nak ditinggalkan isterinya membakar ikan seorang-orang, tak gentleman la pulak. Budak itu menyusun semula ketulan-ketulan arang, di bawahnya diletakkan beberapa ketul fire starter. Maka, mudah sahaja api menyala. Bini aku ini semuanya dia siapkan, sehinggalah ke fire starter, puji Zahrain, mahu tidak mahu di dalam hati.

Api yang menyala dipadamkan sehingga arang tinggal membara. Ikan yang sudah dibersihkan dan dilumur dengan ramuan-ramuan di letakkan di atas api. Cekap sahaja budak itu bekerja, ralit Zahrain memandangnya. Lama kelamaan, dia mula sedar, bukan api atau ikan yang dipandangnya, tapi si isteri yang seksi berkebaya. Hmmm........pinggangnya....so small.....ringan sahaja tangan Zahrain mahu menyinggah ke sana. Jenuh ditahan diri sendiri sehingga perlu dia mengingatkan diri kenapa dia berperang dingin dengan isterinya. Kenapa ya? Errr....emm.....sebab teman-tapi-mesranya itulah!

Setia Husna menjaga api, berpeluh-peluh dahinya sehingga menitik-nitik. Kasihan pula Zahrain melihatnya.

“Panasnya, Abang,” komen Husna, dagunya didongak ke atas sambil mengipas-ngipas lehernya, “Fuuuuuh. Abang tak panas?”

“Panas?” fikir Zahrain, berdegup-degup jantungnya.

Kecur air liur Zahrain. Bukan disebabkan oleh enak bau ikan yang sedang dibakar tapi dek leher jinjang gebu isterinya. Matanya melekat ke leher gebu budak itu. Bibirnya rasa bagai hendak melayang-layang hinggap di sana, menurunkan cop-cop mohor seperti dulu. Zahrain menelan air liur.

“Ish, Abang pun dah berpeluh-peluh. Kesian Abang. Meh, Una lapkan peluh Abang,” pelawa budak itu.

Belum sempat dia mengelak, Husna sudah merapatinya dan mengelap dahi dan lehernya dengan tisu. Dekat sungguh badan Husna sehingga Zahrain dapat mencium bau haruman badan yang dipakainya. Hmm....sudah lama tidak tercium bau ini, ingatannya segera melayang kepada memori-memori indah mereka berdua. Kedua belah tangannya hinggap juga ke pinggang budak itu.

Tan Sri Zainal yang melihat aksi suami isteri itu mencuit bahu isterinya yang sibuk menghidangkan nasi di atas meja. Bila terjungkit kening Puan Sri Maimun, Tan Sri Zainal memuncungkan mulutnya ke arah anak dan menantu mereka.

“Macam dah okey saja, Bang,” komen Puan Sri Mai.

“Harap-harap macam tulah, Mai,” jawab Tan Sri Zainal, sedikit lega. Sejak peristiwa Hong Kong yang lalu, anak lelakinya masam sahaja di pejabat. Sehingga habis menikus semua staf, takut kena libas dengan Boss.

Husna masih berhempas pulas memikat suaminya. Macam mana aku cekap membakar ikan-ikan ni, macam tu jugalah aku perlu cekap memancing ikan besar di sebelah aku ini.

“Abang, cuba Abang tengok, ikan salmon untuk Abang ni Una ingat dah masaklah,” katanya sambil membuka bungkusan kepingan tipis aluminium yang mengandungi ketulan ikan salmon. Berkepul-kepul asap keluar dari bungkusan itu. Diambilnya garfu, sedikit isi ikan salmon dicucuk, ditiup-tiup, lalu dihulurkan ke bibir suami. Zahrain bagaikan sudah dipukau, automatik sahaja membuka mulutnya.

“Sedap tak Abang?” tanya Husna sambil menjilat garfu yang digunakan untuk menyuap suaminya itu. Mencerun mata Zahrain melihat aksi isterinya.

“Tawar,” itu sahaja yang dapat Zahrain jawab.

“Tak apa, nanti kita tambah perisanya,” bisik Husna sambil tersenyum seksi. Zahrain menelan cebisan salmon di dalam mulut bersama liurnya.

“Fuuuh, so hot! What? The night? Me? Or her?” fikir Zahrain. Matanya tidak berkelip-kelip memandang budak itu.

“Abang, ikan-ikan ni sudah masak. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti hangus pula. Una pegang pinggan besar ni, Abang tolong angkatkan ikan ye.”

Berhati-hati Zahrain mengangkat ikan-ikan yang sudah masak dengan penyepit besi. Bila tiba masa hendak mengangkat ikan terubok yang besar itu, dia terpaksa menggunakan kedua belah tangan, sebelah kanan menyepit dengan penyepit besi, sebelah lagi tangannya untuk memegang ikan.

“Aduh!” terjerit kecil Zahrain dibuatnya, ikan itu masih lagi panas!

“Sakit, Bang?” tanya Husna, cepat-cepat dia meletakkan pinggan yang dipegangnya.

Tangan kiri Zahrain dipegangnya lembut dan dihembus-hembus untuk meredakan sakit. Kemudian dimasukkan jari Zahrain ke dalam mulutnya dan dihisap-hisap lembut. Satu demi satu jari suaminya dibuat begitu. Zahrain yang sudah lama menjauhkan dirinya dari si isteri mula berdebar-debar. Lama dia terpaku memandang tingkah laku isterinya.

“Dah okey, Abang?” tanya si isteri lembut.

“Jari okey, tapi aku ni okey ke?” tanya Zahrain dalam hati.

“Kalau tak okey, Una ambilkan minyak angin,” cadang Husna.

“Okey, okey.....ehem I'm okay,” cepat-cepat Zahrain menjawab. Alah, kena ikan panas sikit, apalah sakitnya. Sakit hati dengan isteri yang susah nak diubat, getus dia dalam hati.

“Jom makan, Abang. Una laaapar sangat,” Husna memberikan sebuah lagi senyuman seksi.

“Lapar. Lapar? Haah, lapar nak makan,” jawab Zahrain.

Ish, apa yang aku merepek ni? Pinggan besar berisi ikan dibawa oleh Zahrain dan mereka melangkah ke meja makan di beranda di sisi rumah.

“Tan Sri, Puan Sri, dinner is served,” Husna membuat pengumuman ala-ala pelayan di restoran mewah.

“Baguslah, Papa dah tak tahan lapar ni. Bau ikan bakar kamu Una menggoda sungguh, kan Mai?” puji Tan Sri Zainal.

“Menggoda. Memang, memang menggoda sungguh,” bisik Zahrain dalam hati tapi bukan ikan yang difikirkannya.

Thursday, 5 July 2012

Akhirnya!!!

Baru seminit tadi saya emelkan manuskrip PMS kepada penerbit untuk dinilai. L.E.G.A.

Tolong doakan ye.

Drama sungguh, bz gila2, baru nak buat final polish, dah dapat arahan ke sana ke sini, sabar je lah.

Apa pun, dah setel. Harap2 lepas ni smooth saja perjalanan PMS.

Untuk teman2 yg komen di entry sebelum ni, mlm ni saya balas ye. Skrg ada kerja, cuma nak kongsi berita bahagia ni je.

Love u all, muah!!

Monday, 2 July 2012

Bab 32 final part & berita PMS

Berita baik!! PMS dah siap, cuma nak edit2 some small things. Malam ni insyaAllah saya akan emelkan kpd publisher. Mohon doakan!!

Di bawah final part Bab 3. Br sy sedar eh, pendeknya. Sorry ek!

Akan adakah teaser2 lain? Saya tak berani janji. Asyik siapkan PMS sehari dua ni, reports yg perlu saya siapkan tergendala...so seminggu dua ni saya akan senyap sunyi. Better siapkan kerja sebelum kena marah dgn boss.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ___ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Darling, cantik tak?” tanya Adira kepada Zahrain sambil memperagakan sehelai baju.

“Aku kata cantik ke tidak, dia sebenarnya dengarkah?” tanya Zahrain kepada dirinya sendiri.

She is like a woman possesed. Matanya terbeliak melihat baju, kasut, tas tangan dan segala macam aksesori. Kalau boleh semuanya hendak diangkut. Aku pula macam jadi budak suruhan, tukang bawa beg. Tapi agaknya sedikit uplah dari budak suruhan, sebab aku yang tukang bayar. Entah, dah mencecah ratusan ribu ringgit agaknya. Asyik swipe credit card sahaja. Why am I even here?

“Adira, I am hungry,” agaknya dah empat lima kali dia memberitahu supermodel itu.

Langsung tidak dihiraukan. Ataupun dijawabnya, “Eh! Kan you sudah brunch tadi.” Berbeza sungguh dengan budak tu, sentiasa bertanya jika dia mahu minum. Makanan pula, cukup masa, mesti terhidang di atas meja. Humph! Memang tak boleh mengelak dari fikirkan dia. Keluar dengan supermodel yang super sexy pun teringatkan dia. Dahlah, belah sajalah.

“Adira, I nak pergi makan,” kata Zahrain, seperti biasa perlahan sahaja.

Adira yang sedang kemaruk membelek kasut, langsung tidak dengar apa yang dikatakan oleh Zahrain. Kasut ini gorgeous sungguh. Merah cantik, hitam pun cantik. He, he, no problem, rembat dua-dua sekalilah. Banker ada hari ini!

Darling, gorgeouskan. Which colour is sexier? Red or black?” Adira pura-pura bertanya.

Bila tiada jawapan, dia berpaling ke belakang, mencari Zahrain. Eh, mana dia pergi? Beg-beg shopping semua ada di atas lantai.

Darling, where are you? Darling, tolonglah I pilih ni.” Mana banker aku ni?

Darling! Darling?

He already left, Madam,” kata pembantu butik yang melayan Adira.

What?!! He left?!!” Alamak, ruginya, butik Ferragamo belum masuk lagi!