Monday, 6 August 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 4 n Competition


First, info ttg PMS, baru dapat sms dari publisher. Gini, 11hb PMS dihantar dari kilang ke ofis publisher dan pengedar. 18hb baru masuk kedai.

Ala... sorry lah you all, I dah kasi wrong info to you. Sian you all tertunggu2 minggu ni.

Maka sebagai apology, saya naikkan di sini Kisah Naz & Khaalish Bab 4, siap ada Competition. Soalannya: Apakah history antara Naz & Khaalish? Disebabkan clue besar gedabak at the end of this chapter, maka jawapan u all tu mesti tepat betul2, baru menang. Sipi2 tak menang.

Pemenangnya 2 orang, ok. Keputusan hakim (I lerr tu) adalah muktamad. Hadiahnya: Senaskah PMS with my TT (erk! ada ke org mau ni?) LOL. Keputusannya akan diumukan sebelum Raya, selepas org besar istana umum Raya bila ok, ROTFLOL!

As usual, Fazy, my unpaid editor, tak leh masuk competition ni wokey!

_ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Bab 4

Pagi esoknya, Reham dan Hamza kalut membeli tiket kapal terbang di sebuah agensi pelancongan di pekan Ubud. Hamza dengan gentlemannya membayarkan harga tiket Reham, dan Reham pula membayarkan harga tiket Naz.

Baguslah, takkan derang bercinta aku pulak nak korbankan duit aku, fikir Naz. Kalau bercinta hingga ke jinjang pelamin, berbaloilah juga. Kalau tak jadi kahwin, nanti Reham jumpa mamat lain, aku nak kena melabur lagikah? Eeee, baik aku simpan duit pergi umrah!

Naz santai sahaja, usai sarapan, dia mengemaskan barang-barangnya. Bukan banyak pun, sedari dulu Naz sudah melatih dirinya hanya bawa barang-barang yang perlu sahaja bila travelling. Travel light, kata orang putih!

Pukul sepuluh pagi mereka sudah berkumpul di foyer hotel. Naz ingatkan mereka akan ambil teksi ke lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar, tengok-tengok kereta sewa Khaalish meluncur masuk ke laman hotel. Naz mengerling ke arah Reham.

“Dia yang beria-ia nak tolong hantar kita ke lapangan terbang,” bisik Reham.

Dalam perjalanan, Naz diam sahaja. Amboi, semalam tajam sungguh mulut dia menuduh aku ikut jantan, yang dia angkut awek sampai ke Bali, apa kes?

Khaalish sedar gadis misterinya masih marah dengan apa yang dia katakan semalam. Entahlah kenapa mulutnya bagai tak ada insuran sahaja semalam. Tapi memang dia tidak berkenan Naz pergi ke Melbourne, walaupun Hamza tu nampak macam pemuda baik-baik. Kan baru kenal sehari dua!

Di lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.

“Saya nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.

Buat beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”

“Nak buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus Khaalish dalam hati.

“Nanti bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan awak okey.”

“Aik, sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.

“Tak apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”

Khaalish perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.

“Saya takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”

Memang dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil juga.

“Reham jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”

Tak biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang kuat.

“Naz....... please!

Tajam renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah, kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung, aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.

Masa tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz menjuling mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu melalui pintu pelepasan.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,” kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.

Khaalish yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa? Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk empat segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya dirapatkan ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk eksklusif, tentu mahal!

“Selamat tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”

Kepala didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya. Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke pintu pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu langsung tidak menoleh ke belakang.

Lenyap gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya sendiri, “Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi kat aku?”

Sepanjang penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda. Makin ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.

“Memang taste Mummy ni. Batu besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,” fikirnya, “cincin tunang? …...cincin tunang? No!! No!! It can't be! Takkanlah Naz....... can't be, can't be!

Sunday, 5 August 2012

Final Teaser PMS!!


Dek kerana teruja menunggu PMS yg katanya sekejaaaap lagi nak kuar, saya revisit PMS dalam lap top saya. Di bawah saya kongsi teaser yang final. Berbelah bagi juga saya nak kongsi sebab Una sangat agresif di sini. Selalunya kucing senyum herot tu yg kata "Now" tapi kali ini mrs.nya pula yg kata "Now." Hambek ko!

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _  

“Esok kita shopping, saya belikan awak jewellery ya,” cubaan pertama mamat ketul ais beku untuk memujuk si isteri sepanjang perkahwinan mereka.

“Saya tidak berminat dengan barang kemas. Saya tidak berminat dengan public display of affections,” jawab Husna sombong. Bodoh punya mamat, buat apa ketulan berlian berkilau, kasih sayang engkau yang aku mahu!

Mati kutu Zahrain jadinya bila mendengar jawapan Husna. Err..apa lagi modal untuk memujuk? Serius dia tidak tahu! Selalunya teman-teman wanitanya yang dulu, dibelikan apa-apa, hilanglah rajuk mereka. Lagi mahal hadiah yang diberi, lagi lebar senyuman mereka. Bini aku pula, dijanjikan barang kemas, dia tidak ingin!

“Pujuklah! Pujuklah lagi! Lembap punya mamat, nak pujuk pun tak reti. Kalau aku nak tunggu dia pujuk, agaknya sampai beruban kepala pun dia tak pandai memujuk,” getus Husna dalam hati yang membara sambil menunggu langkah berikutnya dari sang suami.

Zahrain masih lagi terkebil-kebil memikirkan apa lagi idea untuk memujuk si isteri.

Dengan muka bosan sebab sudah tidak larat menunggu, Husna menyambung, “Tapi, private display of affections, boleh juga.” Tersentak Zahrain mendengar kata-kata isterinya.

“Err....bini aku ni dah okey ke? Kenapa tak senyum pun?” cuak Zahrain melihat muka isterinya yang tiada berperasaan.

Cuff links di lengan baju Zahrain dibuka Husna dan diletakkan di atas meja di sisi katil.

Dengan meniru muka selamba badak suaminya, Husna membuka sebiji demi sebiji butang baju suaminya. Apa kata Kak Naja? Merajuk ini ibarat bagai menyuruh suami pergi ke perempuan lain. Dengan perempuan cantik gila macam Adira Sulaiman, aku kena bekerja keras untuk bersaing memenangi hati suami.

Kemeja suaminya yang sudah tidak berbutang ditarik keluar dari seluar. Mukanya masih serius, tiada senyuman atau lirikan manja.

“Apa dia hendak buat ini?” tertanya-tanya Zahrain. Untuk menghilangkan debar di dada, kedua belah tangan Husna diraih dan dicium Zahrain. Haruman di kulit isteri, jika boleh mahu dihirupnya masuk ke dada.

“Nawwal.....” nama isterinya diseru penuh kerinduan.

“Now!” Arah Husna, sambil menolak Zahrain sehingga terbaring di atas katil. Terbuntang mata si suami.

Wednesday, 1 August 2012

kulit depan PMS


Bangun pagi tadi dapat emel dari Editor p2u, ada gambar kulit depan PMS.

Reaksi pertama saya...... errrrrkk..... burung?!!

Saya ni bukannya animal lover, sikit2 ada zoophobia even.

Ada seorang reader (zoora, ayu ke siapa... sorry saya terlupa) yang cadangkan kulit depan PMS ada cupcake dan saya setuju. Dalam kepala saya PMS cerita urban, so gambar burung dan ferns di tepinya macam lari sikit. Boleh jadi saya terpengaruh dengan buku2 chick lit di pasaran yang menggunakan ilustrasi ala2 Audrey Hepburn tu.

Aaaa ni ways, saya okey sebab saya tahu editor cuba rush untuk keluarkan PMS sebelum raya sebab ramai yang cuti panjang so dari lepak2 tengok rancangan Raya yg tiap tahun saaaamaaaa saja, baik baca PMS kan! kan! kan!

Agaknya ilustrator fikir, perkataan pikat dlm BM selalu org fikir pikat burung kut. kut ajalah. or may be dia terfikir..... lovebirds!

Pa pe pun, peeps, let us all focus on the story yah! Group hug!! :)

p/s: yg tanya saya ttg nak beli PMS tu saya rasa di www.p2u.my, boleh order by 10hb..... kut!


Sinopsis PMS di www.p2u.my


He, he, he, sinopsi PMS dah keluar di www.p2u.my, tapi cover tak de lagi!
Rasanya seminggu dua lagi keluarlah PMS dalam versi cetak.
Thank you to Norana Said for the heads up, saya pun tak perasan
Keywordnys skrg: TERUJA!!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

PROJEK MEMIKAT SUAMI (sinopsis)
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Sunday, 29 July 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 3

Khas untuk Norana
Saya plan nak naikkan esok, baca mesej Norana, ai... saya ni kan can't say no! Enjoy Bab 3 ni mmg pendek saja. Bab 4 minggu depan insyaAllah kalau siap.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _
Bab 3

Belum sempat Naz duduk, Reham menarik tangan Naz, sambil berkata, “Excuse us, guys. We ladies need to talk.

            Tiba di luar kafe itu, dengan muka yang penuh teruja, Reham memberitahu, “Nuts, we are flying to Melbourne tomorrow!

            Naz menjulingkan mata  ke langit, “Excuse me, did you say we?”

            Come on, Nutter, don't be a wet blanket!

            “Reham, saya nak jadi wet blanket ke dry blanket ke, saya ada hak, tau! Nak saya sebut?”

            “Yelah, yelah. Saya tahu awak nak sebut peristiwa 'Sleepless in Seattle' versi Zubayr kan?”

            Semasa belajar di Seattle, Reham jatuh hati dengan seorang arkitek berketurunan Syria  bernama Zubayr. Jejaka ini pula asyik hantar mixed signals, sekejap nampak berminat, sekejap nampak macam kawan biasa. Hampir setahun juga Reham menunggu Zubair buka mulut. Akhirnya semasa balik bercuti dari Syria, Zubair bawa pulang pengantin perempuannya. Huwaaa! Berapa bulan Naz terpaksa melayan Reham yang patah hati. Berapa banyak malam melepak di kedai-kedai kopi yang bersepah-sepah di Seattle.

            “Reham, awak ni kalau jatuh hati, awak macam jatuh dari Space Needle, awak tahu,” cemuh Naz, menyebut mercu tanda terkenal di Seattle yang tinggi itu.

            Better love and be hurt rather than not loved at all,” bermadah pula awek Jordan ini.

            “Yelah, nanti awak patah hati, siapa yang kena pujuk?”

            “Nutter, awak tahu tak berapa jam penerbangan dari Bali ke Melbourne?” tanya Reham pula.

            “Awak tahu saya tak tahu dan saya tahu awak tak sabar nak bagi tau saya.”

            “Tak sampai enam jam!!”

            “Kenapa? Makin dekat ke Melbourne, makin kurang sakit patah hati awak nanti?”

            “Naz, awak ni pesimistik tak habis-habis! Kenapa awak yakin sangat saya akan patah hati?”

            “Kau tak pernah lalui apa yang aku lalui. Kalau kau kena macam aku, engkau pun akan jadi pesimistik!” membebel dalam hati saja sebab apa yang berlaku kepadanya empat tahun lalu tidak pernah dia ceritakan kepada Reham. Kalau tak diceritakan, lebih cepat dapat dilupakan. Lagi pun memang tujuan utama dia ke Amerika Syarikat untuk lupakan peristiwa pedih itu.

            “Reham, awak dah fikirkah, apa jadi kalau awak ke Melbourne dan selepas beberapa hari di sana, tengok-tengok awak tak ngam langsung dengan dia?”

            “Nuts, kalau macam tu, saya dengan dia kawan sajalah. Tapi kita tetap makan angin, tengok-tengok Melbourne. Bila lagi nak pergi ke Melbourne?”

            “Humph, yelah tu....jadi kawan, makan angin di Melbourne, konon! Nanti, entah-entah habis semua kedai kopi di Melbourne tu awak tarik saya pergi lepak untuk dengar cerita sedih awak.”

            “Nutter, awak ingat senangkah nak berjumpa dengan orang yang kita rasa belahan jiwa kita? Satu dalam sejuta pun susah. I can feel that Hamza is the one. Habis, patutkah saya ikut kata hati saya, pergi ke Melbourne, kenali dia dan keluarganya dengan lebih dekat. Atau saya hanya ucapkan “Good bye, hope to see you again” esok dan seumur hidup saya, saya tertanya-tanya if he's the one?

            “Urrrrggghhh, Reham! Awak selalu buat macam ni kat saya. Okeylah, okeylah, saya temankan,” akhirnya Naz mengalah. Boleh bilang dengan jari berapa kali dia menang kalau berdebat dengan Reham.

            Lebar senyuman Reham, “I love you, habibti!” Naz dipeluk, pipinya dicium kiri kanan.

            “Yelah....., kalau tak diturut katanya, mahu sampai ke esok kena tadah telinga,” bebel Naz dalam Bahasa Melayu.

            You're praying that things will work out between me and Hamza, right?” perli Reham.

            Dalam Bahasa Melayu pun aku tak boleh menang!


“Hamza, great news, Nuts has agreed to go to Melbourne with us!” Reham buat pengumuman bila mereka masuk semula ke dalam kafe.

            Berkerut dahi Khaalish mendengar kata Reham.

            Great! You are more than welcomed to visit us, Naz,” ujar Hamza, senyumnya dari telinga kanan ke telinga kiri.

            Hamza, let's go check out the tickets at the cyber cafe next door,” Reham sudah tidak sabar-sabar, memang inilah sifatnya, buat apa-apa pun semangat mesti terlebih-lebih. Naz pula yang macam jadi mak-mak kena tolong ingatkan dia untuk fikir dulu sebelum buat apa-apa.

            See you later, guys,” kata pasangan Arab yang sama-sama energetik itu lalu mengangkat punggung meninggalkan Naz dan Khaalish berdua di meja.

            “Selalu ke buat kerja menonong-nonong ikut lelaki yang baru dikenal?” tajam sungguh kata-kata Khaalish, setajam renungannya.

            Berubah air muka Naz, dari bimbangkan Reham kepada marahkan mamat tak sedarkan diri di depannya itu. Namun hanya untuk beberapa saat. Selepas bermacam peristiwa pahit yang dia alami, dia sudah jadi lali. Hatinya sudah tidak berbekas. Segera timbul senyum tawar di bibirnya.

            “Pertama kali,” jujur lurus sahaja jawab Naz. Buat apa hendak marah, buat apa hendak menjawab dengan sinis?

            Sekali lagi Khaalish tidak faham dirinya sendiri. Melihat riak terluka di wajah Naz, dia terasa bagaikan mahu peluk gadis itu, mahu minta maaf, mahu pujuk-pujuk. Luka hati Naz, luka juga hatinya. Kenapa ya?

            “Ish, badan saya melekitlah. Bau asap pun ada. Please excuse me, ya. Nak mandi, lepas tu tidur. Good bye.

            Belum sempat Khaalish berkata apa-apa, gadis itu sudah melangkah keluar dari kafe.

            Good bye, katanya, bukan Good night.”

            Cepat-cepat dia bangun mengekori gadis misterinya, takkan nak dibiarkan berjalan balik ke hotel sorang-sorang tengah-tengah malam.

Tuesday, 24 July 2012

Naz & Khaalish Bab 2 Part Akhir

Yikes, ramai yg kata cepatlah tak sabar nak tau apa history antara Naz & Khaalish. Dears... ini baru bab 2, baru warm up. Bab 3 baru ada a tiny weeny conflict. Sian u all, tapi kan cerita ni bukan saya yg control, entah mana2 dtg idea. Kira macam cerita ni kan ada will of its own. (Merepek ni sebab makan doyan sahur tadi he he)

Buat masa ini, saya panggil novel ini Naz & Khaalish, okey

Bab 3 akan dinaikkan minggu depan, tgh minggu, awal minggu macam penuh je dgn mtg.

Enjoyz!

_ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


“Saya jalan dulu,” dengus Naz, laptopnya dikemaskan.

            “Tunggu, jom lunch bersama, perut saya dah laparlah.”

            “Saya kenyang lagi,” bohong Naz.

            “Okey, jom jalan-jalan dulu kalau awak masih kenyang. Takkan dah sampai Ubud, awak nak terperap dalam bilik hotel saja.”

            “Haah, Naz, kau nak menyorok dalam bilik? Kalau kau menyorok dalam bilik, itu maknanya kau takutkan dia,” Naz berkira-kira dalam hati, “bukankah kau kata kau sudah bebas dari kisah lalu?”

            “Kejap, saya pergi simpan laptop di bilik.”

            Si jejaka yang masih berbaring, tersenyum lebar.

Apabila dia tahu yang Naz belum sempat ke mana-mana di Ubud dek kerana sibuk dengan aktiviti-aktiviti Ubud Writers Festival, Khaalish terus mengarahkan pemandunya ke sebuah galeri lukisan.

            “Galeri lukisan?” tanya Naz, bagai mencabar.

            “Penuliskan berjiwa seni, tentu awak sukakan lukisan.”

            “Kan aku kata dia ni patut jadi loyar,” cemuh Naz dalam hati.

            Tetapi memang Naz terpikat pun dengan lukisan-lukisan indah di galeri lukisan tersohor di Ubud itu. Pelbagai gaya lukisan yang dipamerkan dari gaya tradisional Ubud, gaya yang dikenali sebagai “young artists' style” dan gaya moden. Sebuah lukisan kanak-kanak bermain layang-layang di sebuah sawah padi paling menarik perhatian Naz. Lukisan gaya “young artists' style” itu menggunakan warna-warna yang terang dan ceria.

            “Suka?”

            “Haah. Saya tak pandai tentang lukisan, tak tahu apa-apa mengenai gaya ke, pilihan warna ke. Tapi yang saya tahu, bila saya tengok lukisan ini, saya rasa happy!”

            Khaalish turut berdiri di sebelah Naz dan merenung lukisan itu.

            “Bila saya tengok lukisan ini, saya teringat zaman kanak-kanak. Gembira, bebas, tiada masalah langsung dalam hidup!”

            “Sekarang ni pun saya tengok awak gembira, bebas, tiada masalah dalam hidup.”

            “Mana orang tiada masalah dalam hidup. Masalah tu perencah kehidupan kan. Macam cili, buat hidup kita lebih ada bite,” Naz berfalsafah sambil tertawa kecil.

            “Teringin nak tahu apa masalah dia,” terus terlintas di benak Khaalish.

            Dia sendiri tidak faham kenapa wanita bernama Naz ini begitu menarik perhatiannya. Kalau boleh dia mahu tahu segala-galanya tentang Naz. Tapi dia tahu Naz keberatan mahu berkongsi kisah hidup dengannya. Iyalah, siapa aku? Berjumpa pun baru dua kali. Lantas dia terus memanggil petugas galeri itu, dimintanya menurunkan lukisan yang diminati Naz tanpa bertanya dahulu berapa harganya.

            “Kenapa awak nak beli lukisan itu?” tanya Naz kehairanan.

            “Kenapa awak tanya?”

            “Sebab saya rasa awak tak beli lukisan tu untuk awak sendiri.”

            Why do you say that?

            “Saya rasa lukisan itu tak 'masuk' dengan hiasan rumah awak”

            “Awak tahu bagaimana hiasan rumah saya?”

            “Manhattan inspired, perabut moden, warna-warna maskulin yang gelap.”

            Terlopong jugalah mulut Khaalish, “Macam mana awak tahu?”

            “Saya ni penulis. Kami banyak mengkaji manusia, kalau tidak bagaimana hendak menulis.”

            “Awak mengkaji saya?”

            “Saya mengkaji semua orang yang saya jumpa, no hard feelings, okay.”

            Wajah Naz direnung dalam-dalam, perempuan muda ini bijak dan unik.

            “So, awak nak beli lukisan itu untuk siapa?”

            Terkejut Khaalish dari lamunannya, “Untuk awak,” lurus sahaja jawapannya.

            “Hmmm, thanks but no thanks.”

            “Alah, terima sajalah, buat kenangan kita di Ubud. Awak gantung di rumah awak dan setiap kali awak pandang, tentu awak akan happy.” Dan jika awak happy, saya pun happy, terlintas di minda Khaalish. Eh! Kenapa pula penting bagi aku jika dia happy? Perempuan ni ada impak yang pelik padaku...soalannya kenapa?

            “Saya ni hidup macam nomad. Jarang saya duduk di satu tempat lebih dari setahun. Ini nak pindah lagi ni. Macam mana saya nak angkut lukisan yang besar ni.”

            “Mak bapa awak tak kisah ke dengan hidup awak yang macam ni?”

            “Derang dah biasa agaknya,” jawab Naz dengan senyum tawar.

            Betullah dia ini misterius! detik hati Khaalish. Lukisan itu dibelinya juga, digulung oleh petugas galeri dan dimasukkan ke dalam sebuah tiub. Hari ini dia tidak mahu terima, esok-esok entah berubah hatinya. Esok-esok?

            “Dah lapar?” tanya Khaalish.

            Jam tangan dijeling, wah, sudah pukul satu rupanya, patutlah perut dah mula berbunyi. Kepalanya diangguk.

            Mereka patah balik ke pekan Ubud dan makan di sebuah restoran di Jalan Monkey Forrest. Selepas makan, Naz meminta diri untuk solat. Khaalish menelefon pemandunya yang segera datang menjemput mereka untuk dihantar ke hotel Naz. Semasa Naz melangkah turun dari kereta sewa mewah itu, Khaalish hanya berkata, “Saya tunggu di sini.”

            Hampeh! fikir Naz. Dah tua-tua pun masih tak solat!

            Usai Naz bersolat, mereka meneruskan perjalanan, menyusuri jalan raya Ubud yang sempit. Entah ke mana, Naz malas hendak bertanya destinasinya. Dia anak jutawan, takkan dia hendak jual aku ke Lombok!

            Asyik Naz menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Ada petani-petani yang mengerjakan sawah, ada wanita-wanita yang mengkelek anak, entah hendak dibawa ke mana, ada warung-warung kecil tempat melepak. Semuanya dipandang oleh Naz dengan penuh minat. Travelling baginya banyak memberikan ilham untuk menulis.

            “Teman awak yang makan malam bersama awak tu mana?” tiba-tiba keluar soalan dari mulut Naz, matanya masih memandang pemandangan di luar.

            “Kami tak travel bersama-sama. Kebetulan terserempak dengan dia di sini,” tipu Khaalish, profesional sungguh sebab sudah terbiasa menipu bab-bab perempuan ini. Walhal sudah berpuluh-puluh missed call dan sms dari Kassandra yang dia tidak layan. Kassandra is history!

            “Oh! Saya ingatkan awak tinggalkan dia macam tu sahaja,” komen Naz. Khaalish tetap dengan muka keringnya.

            “Ha! Ha!” Naz tertawa kecil, “tengok Atuk tu, rileks saja dia mandi bogel di tepi jalan. Comelnya.”

            “Comel? Lelaki tua mandi bogel di tepi jalan comel awak kata?”

            “Comel dari segi sikapnya. Aku nak mandi, perigi tepi jalan, mandi jelah, orang tengok, ada aku kisah?”

            Memang gadis ini unik, kalau perempuan Melayu lain tentu sudah tersipu-sipu malu melihat adegan menjolok mata sedemikian. Hendak dikatakan dia tidak Islamik, sembahyang tidak tinggal.  Sikap lelaki tua itu yang menarik perhatiannya. She is not your typical Malay lady.

            Tidak lama kemudian, kenderaan pacuan empat roda mereka tiba di Tegallalang, sebuah kawasan sawah padi bukit berteres.

            “Wow!” itu saja yang dapat Naz kata bila pertama kali melihat sawah padi bukit yang berlapis-lapis. Unik! Indah!

            Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan sawah padi itu, Naz dan Khaalish turun lalu mengambil beberapa keping gambar. Apabila Khaalish mengambil beberapa keping gambarnya dengan menggunakan telefon pintar, Naz terasa was-was juga. Tapi difikirnya, peristiwa itu pun sudah empat tahun berlalu, Khaalish sendiri tidak ingat siapa dia. Nak kisah apa? Tetapi bila Khaalish berdiri di sebelahnya, kepala dilentok sehingga bertemu dengan kepala Naz untuk mengambil gambar berdua, berdebar-debar juga jantung dibuatnya.

            “Kenapa Naz, kau takut dia guna-gunakan kau pakai gambar tu? Jangan perasanlah, empat tahun dulu pun dia tak kebulur kat kau,” Naz mengingatkan dirinya supaya jangan perasan.

            “Layan dia macam kenalan dalam travel sajalah, Naz.”

            Mereka menaiki semula kenderaan pacuan empat roda sewaan Khaalish dan berhenti di sebuah kafe yang terletak betul-betul sebelah sawah padi berteres yang indah itu.

            “Jom minum kopi,” ajak Khaalish.

            Mereka memilih meja di hujung kafe. Selepas memesan kopi dan bakwan, Naz menongkat dagu menikmati pemandangan sawah padi.

            “Hmmm, ini yang dikatakan tak jemu mata memandang,” ucap Naz dalam nada yang sungguh dreamy.

            I agree.”

            “Apa yang you agree?” tanya Naz sambil mengerling ke arah Khaalish.

            “Betul-betul tak jemu mata memandang,” jawab Khaalish sambil merenung Naz dalam-dalam.

            “Yelah tu,” getus Naz dalam hati, “dasar player!” Tapi bohonglah kalau dia kata sedikit pun dia tidak terkesan, kenderang perang Ahmad Dhani sudah datang balik!

            “Breep, breep! Breep, breep!” bunyi telefon Naz. Cepat-cepat dia menyelongkar begnya. Bila terjumpa telefonnya, dia membelek skrin.

            “Reham!” Naz beritahu Khaalish.

            Hello, habibti! Where are you, dear? Khaalish and I, we are at this lovely paddy terrace.......... We're having coffee........ How's your day, so far?

           Lebar senyuman Naz bila dia bercakap dengan Reham, saling berkongsi cerita tentang aktiviti mereka hari itu. Jelas kelihatan kemesraan mereka.

            Habis bersembang dengan Reham, Khaalish terus bertanya, “Sudah berapa tahun kenal dia?”

            “Empat.”

            Nampak gayanya macam dia ada mood untuk berkongsi cerita, “Kenal di mana?”

            “Universiti.”

            “Universiti.....?”

            “Washington State.”

            “Seattle?”

            “Hmm, hmm.”

            “Belajar apa?”

            “Sastera.”

            Of course!........Masters?”

            “Hmm, hmm.”

            “Berapa tahun?”

            “Dua.”

            “Lepas tu, kerja?”

            “Hmm, hmm.”

            “Di mana?”

            Middle east.

            Middle east sahaja jawabnya. Memang dia mengelak nak bagi tahu negara mana, fikir Khaalish.

            “Tak balik Malaysia?”

            “Tak.”

            “Kenapa?”

            “Nak tengok dunia,” jawapan separa benar.

            “Masih di middle east?”

            “Tak.”

            “Di mana?”

            “Dalam transisi.”

            “Ke mana?”

            “Hmm..........”

            Berahsia lagi. Kenapa, ya? Dia fikir aku nak stalk dia ke?

            “Saya teka?”

            “Okey.”

            “Eropah?”

            Nope.

            “Amerika Utara?”

            Nope, dah bosan.”

            “Amerika Selatan?”

            “Ha, ha, ha, awak nak teka kesemua tujuh benua di dunia ke?”

            “Haah, seronok main teka-teka ni.”

            “Asia Tenggara.”

            Perasaan pertama yang muncul di otak Khaalish adalah lega. Lega sebab Asia Tenggara sahaja, tidak jauh sangat. Kenapa lega bila tau dia tidak jauh sangat, Khaalish?

            “Sekarang teka negara pula boleh?”

            “Ha, ha, ha, sudahlah. Kenapa nak tahu sampai ke benda kecik-kecik?”

            “Kenapa awak nak berahsia?”

            “Tak adalah. Awak tak tahu ke, salah satu tip utama bagi wanita yang mengembara di dunia adalah jangan terlalu percaya dengan orang yang kita jumpa dalam perjalanan.”

            “Eh, awak kata kita dah pernah jumpa sebelum ini?” bunyinya lembut tetapi tetap mencabar.

            “Ha, ha, ha, sebab dah pernah jumpalah, perlu lebih waspada.”

            Di bibir senyum, tapi hati Khaalish semakin geram, “Apalah misterinya ni? Don't worry, aku akan bongkar.”

            Lama juga mereka berbual di disitu. Bila hari sudah lewat petang, Khaalish mengajak Naz pulang ke Ubud.

            “Malam ini saya nak bawa awak ke satu tempat yang unik.”

            “Malam ni keluar lagi?” Naz kurang berkenan keluar malam-malam, berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. History or no history.

            “Saya akan pastikan awak selamat. Tempat yang kita nak pergi tu di Ubud sahaja, ada ramai orang dan saya gerenti awak akan dapat banyak ilham dari tempat ni,” hujah-hujah dibentang.

            Dalam perjalanan balik ke Ubud, Khaalish bertanya, “Awak nak ke Sukawati?”
            “Pasar tu?”

            “Hmm hmm.”

            “Tak payahlah, dah shopping sikit-sikit di Pasar Ubud.

            How refreshing to meet a woman who declined the chance to go shopping,” fikir Khaalish , jarang jumpa perempuan yang menolak peluang untuk shopping.
           
            Tiba di hotel Naz, Khaalish turut turun membawa sebuah beg overnight. Melihat Khaalish berjalan ke arah foyer hotel bersamanya, Naz menjungkit kening.

            “Saya sewa bilik di sini sajalah untuk mandi. Buang masa balik ke Kuta.”

            “Hmph, jenis orang yang ada perancangan rapi,” fikir Naz.

            Usai mandi dan menukar pakaian, mereka bertolak dengan kenderaan pacuan empat roda sewaan Khaalish. Naz tidak sempat solat Maghrib kerana kata Khaalish acara yang akan mereka hadiri bermula sebelum senja. Solat jamaq sahaja fikir Naz.

            Rupanya Khaalish hendak bawa dia menonton persembahan tarian kecak. Belum apa-apa lagi sudah meremang bulu roma Naz kerana persembahan itu diadakan di dalam sebuah taman yang diterangi dengan unggun api dan obor. Semakin lama persembahan itu berjalan, semakin seram Naz rasa.

            Bila penari-penarinya berjalan di atas api dalam keadaan separuh sedar, Naz hanya berdoa,  “Eeee, janganlah aku nightmare pula malam ini.”

            Tanpa disedarinya dia sudah duduk rapat benar dengan Khaalish, lengan mereka sudah bersentuhan. Nasib baik Naz memakai blaus berlengan panjang. Tersenyum lebar Khaalish, berbaloi sungguh bawa gadis misteri ini ke sini.

            Usai persembahan, semasa berjalan ke kereta sewa, Naz berjalan rapat dengan Khaalish, rasa seram sejuk itu masih ada.

            “Takut?”

            “Seram.”

            “Tarian saja.”

            “Macam puja semangat, gitu.”

            “Banyak dapat ilham?”

            “Hm?”

            “Ilham untuk menulis.”

            “Saya menulis novel cinta bukan cerita seram,” jawab Naz sambil disambut Khaalish dengan ketawa.

            Dalam perjalanan balik ke hotel, Naz menerima sms dari Reham.

            “Reham ajak ke Cafe Luna.”

            Melangkah masuk ke Cafe Luna, dari jauh Naz sudah nampak wajah Reham yang berseri-seri.

            “Oh oh,” bisik Naz.

            “Kenapa?” tanya Khaalish yang berada di sisi.

            I know that face,” jawab Naz, matanya mencerun merenung Reham yang sedang melambai-lambai ke arah mereka.