Mengantuk tersengguk2, tutup laptop. Tak jadi, buka semula, taip habis dan postkan. Kalau tidak, nnt tak senang hati nak tidur.
Ke mana hala tuju cerita SF? Ada hala tuju, bab 8 ni meandering sikit.
What say you?
Bab
8
Selepas
dua minggu di wad biasa, barulah Dzahim dibenarkan pulang. Lega hati
ahli keluarga Haji Dzulqarnain. Letih sungguh berulang alik ke
hospital setiap hari menjenguk Dzahim. Siang hari Hajjah Azimah dan
Fayqa bergilir-gilir menemani Dzahim. Sebelah malam pula Dzariff,
Dzalia dan Dzureen yang bergilir-gilir.
Beberapa
hari sebelum Dzahim pulang ke rumah, jenuh Haji Dzulqarnain mencari
seorang pembantu rumah, untuk meringankan beban isterinya, mana nak
uruskan hal rumah tangga, mana nak jaga Dzahim. Namun tidak berjaya,
kemasukan pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia sedang digantung
oleh kerajaan Indonesia. Manakala dua, tiga agensi pembantu rumah
Filipina dan Kambodia hanya menaburkan janji palsu.
Fayqa
menawarkan dirinya untuk membantu tetapi cepat-cepat ditolak oleh
Haji Dzulqarnain. Katanya, sementara menunggu agensi mendapatkan
pembantu untuk mereka, semua ahli keluarga perlu saling membantu
dengan kerja rumah.
Tanpa
perlu temuduga, Fayqa dipelawa bekerja di butik Dzalia di Taman Tun
Dr Ismail. Waktu operasinya pukul sepuluh pagi, jadi disebelah pagi
sempatlah Fayqa menyiapkan segala kerja rumah. Akhirnya keluarga Haji
Dzulqarnain yang tiada pembantu rumah, tidak berasa susah langsung,
semuanya Fayqa yang siapkan.
Di
butik Dzalia pula, sibuk bukan main. Kebetulan staf kanan Dzalia
meletakkan jawatan beberapa hari sebelum Dzahim kena pukul. Maka
sekarang Dzalia sedang bercatch-up dengan segala tempahan, bayaran
dan sebagainya. Fayqa yang tidak tahu apa-apa perlu macam bidan
terjun terpaksa menjadi front person Dzalia's Couture. Bukan tiada
staf lain tapi nampaknya mereka kurang gemar melayan pelanggan yang
rata-rata dari golongan kaya raya yang terkenal dengan ragam yang
memeningkan. Sepatutnya butik Dzalia tutup pukul enam tetapi minggu
itu sebelum pukul sembilan jangan mimpilah nak balik.
Bukan
pelanggan-pelanggan butik Dzalia sahaja yang banyak karenah, Dzahim
yang sudah pulang ke rumah pula menjadi-jadi perangainya. Jika di
hospital dia kelihatan semakin sihat dan kuat, pulang ke rumah dia
menjadi muram dan pasif. Pening kepala Fayqa melihatnya. Kasihan
sangat pada Hajjah Azimah yang terpaksa berhadapan dengan kerenah
anak bongsunya itu.
Hujung
minggu pertama Dzahim berada di rumah, Dzehan dan anak kecilnya, Shana, turut pulang dari Jakarta. Rindu hendak melihat adik bongsu
katanya. Bila seisi keluarga berkumpul, Hajjah Azimah teringin hendak
memasak sesuatu yang istimewa. Masakan kampung pilihannya sebab dia
tahu suaminya yang baru pulang dari Pakistan sudah jelak makan nasi
ala-ala Timur Tengah. Pulang dari butik petang Sabtu itu, Fayqalah
yang sibuk membantu di dapur. Dzehan sibuk dengan si kecil, Dzali
sibuk dengan buku-buku akaun butiknya, Dzureen sibuk dengan tesisnya.
Selesai
solat maghrib berjemaah, Hajjah Azimah dan Fayqa sibuk berhidang.
Bila ahli keluarga Haji Dzulqarnain mengambil tempat duduk
masing-masing di meja, Fayqa berasa sangat canggung. Terasa benar dia
orang asing di situ. Untuk menghilangkan rasa canggungnya, dia
menyibukkan diri menyediakan minuman, membawa jag dan gelas-gelas ke
ruang tamu.
“Sudahlah
tu Fayqa, duduklah. Kita makan,” lembut Hajjah Azimah menegur
Fayqa.
Dengan
wajah yang hanya mampu memandang ke bawah, Fayqa duduk di kerusi
paling hujung, paling hampir ke dapur. Usai bacaan doa makan oleh
Haji Dzulqarnain, masing-masing sibuk mencedok lauk-pauk ke dalam
pinggan masing-masing. Menu malam itu ikan patin masak tempoyak,
kerabu kacang botol, pari bakar cicah air asam, ulam-ulaman dan
sambal belacan. Sambil makan, macam-macam cerita yang keluar, cerita
Haji Dzulqarnain tentang Pakistan, cerita Dzehan tentang Jakarta,
cerita Dzalia tentang pelanggan-pelanggannya, cerita Dzureen tentang
Pulau Perhentian. Tinggal hanya Fayqa dan Dzahim yang diam, hanya
mendengar.
Sambil
mendengar mereka bercerita, sebak juga dada Fayqa teringatkan bapanya
sendiri yang sudah hampir sepuluh tahun meninggal dunia. Teringat dia
dahulu mereka tiga beranak makan malam bersama-sama sambil Papa
bercerita tentang hal pejabatnya, Fayqa tentang hal sekolah dan Mama
tentang hal rumah tangga.
“Zi,
tambah nasi....sedapnya lauk malam ini. Hmm, malam ni barulah Babah
puas makan. Anak-anak Babah semua ada,” komen Haji Dzulqarnain
sambil menunggu isterinya mecedok nasi ke dalam pinggan.
Sambil
menghulur pinggan kepada suaminya, sempat Hajjah Azimah memuji,
“Semua ni Fayqa yang masak, dia masak lagi sedap dari Andak Midah
rasanya...”
“Hmm
memang sedap Fayqa masak,” sokong Haji Dzulqarnain, “itulah...
Babah masih menunggu, bila anak-anak Babah nak masakkan sedap-sedap
macam ni untuk Babah?”
Agaknya
tujuan Haji Dzulqarnain mahu mengusik anak-anak perempaunnya atau
perli....Fayqa kurang pasti. Tapi bila mendengar apa yang Haji
Dzulqarnain ucapkan, sebak di dada makin bergumpal-gumpal membuatkan
dia tidak mampu lagi untuk menelan nasi. Tubir matanya sudah terasa
panas. Sayu hatinya, dia sendiri tidak pernah berpeluang masak untuk
Papa. Papa pergi sewaktu dia di Tingkatan Satu.
Dari
malu dilihat menangis oleh keluarga Dzahim, segera Fayqa bangun,
“Achik Zi, Fayqa tak sedap perutlah. Fayqa baring di bilik dulu ya,
Achik.”
Tanpa
mengunggu balasan dari Hajjah Azimah, laju Fayqa melangkah ke arah
dapur, pinggannya diletakkan di sinki, tangan dibasuh, masuk ke dalam
biliknya, badannya dihempaskan ke katil, menangis sendirian
teresak-esak, rindu pada Papa, Tuhan sahaja yang mengetahui.
Fayqa
menangis sehingga terlena. Terjaga entah jam berapa, matanya berasa
pedih. Bila ditenyeh, semakin sakit rasanya. Kepala pula
berdenyut-denyut, bahana terlalu banyak menangis. Diingat-ingat
sendiri, sudah lama dia tidak menangis mengenagkan Papa. Dia pegang
kuat pesanan Papa, namanya Fayqa, bermakna cemerlang, jadi Papa mahu
dia jadi seorang yang cemerlang....bukan cenggeng, bukan lemah, bukan
mengalah.
Bangunlah,
Fayqa! Cuci muka, cari air, makan ubat hilangkan sakit kepala,
ye....esok Ahad, tapi takkan nak bermalas-malas atas kati. Menumpang
di rumah orang, buat cara menumpang.
Baru
nak buka pintu bilik, baru dia teringat nak capai tudung. Semalam dia
tertidur dalam baju kurungnya. Pintu dibuka, tangan teraba-raba
mencari suis lampu dapur. Jumpa dan tekan, dapur disimbahi cahaya
menyilau mata yang bengkak. Terkebil-kebil Fayqa buat seketika. Bila
matanya dapat melihat dengan jelas, bagaikan ulangan mimpi ngeri, dia
melihat si jeneral sengal duduk terconggok elok di kerusi dapur!
Rasa
macam nak patah balik ke dalam bilik!
Belum
sempat dia pusing, si jeneral bertanya, “dahaga?”
Perlahan-lahan
Fayqa menganggukkan kepala.
“Air
kat situ,” dahi digerakkan ke arah peti sejuk.
Sengal!
Aku tahulah air kat situ, tak payah nak bagi tahu. Saja nak ingatkan
aku tentang peti sejuk tu!
Mata
Dzariff tidak lekang merenung wajah Fayqa.
Nak
cabar aku? Terdetik dalam hati si gadis. Ceh! Apa takut nak ambil air
dari peti sejuk? Perlahan-lahan dia melangkah ke arah sinki, gelas
diambil, ke peti sejuk pula. Tiba di hadapan peti sejuk, berdebar
pula dadanya. Sempat menjeling sekilas ke arah mamat tu. Ceh! Tak
habis-habis pandang aku!!
Malu
ya amat nak buka peti sejuk, teringat peristiwa dahulu. Nafas
ditarik, cepat-cepat pintu peti sejuk dibuka, botol minuman diambil
dan pintu ditutup! Si sengal dijeling lagi, ada senyuman sinis di
bibirnya! Kurang asam betul!
Gelas
diletakkan di atas meja, penutup botol dibuka, air dituang ke dalam
gelas. Botol diletakkan, gelas diambil dan Fayqa mahu kembali ke
bilik.
Zap!
Pergelangan tangan kanannya disentap! Terhenti langkah Fayqa.
“Apa
ni?” protes Fayqa, wajah Dzariff direnung tajam.
“Kenapa
menangis?” mukanya langsung tidak beriak.
“Mana
ada?” sangkal Fayqa.
Genggaman
dikuatkan.
“Let
me go!” gigi diketap, hanya bibir yang bergerak.
“Saya
tanya, awak belum jawab.”
“None
of your business,” marah tangannya dipegang, bahasa Fayqa sudah
menjadi kasar.
“My
house, my business.”
“My
tears, my business,” berlawan merenung mata.
“Sedih
kena buli?” menebak.
“Buli?”
tanya Fayqa, kehairanan.
“Kena
buli buat kerja rumah semua,” tiada pun riak simpati di wajah sawo
matang itu.
“Jangan
merepeklah,” dengus Fayqa, cuba merentap tangannya.
Dengan
genggaman yang semakin kuat, Dzariff menekan, “We can stay like
this the whole night, or you answer my question.”
Memang
tidak boleh melepaskan diri, Fayqa megalah, “Saya rindukan Papa
saya!!”
Automatik
tangan dilepaskan, terkejut dengan jawapan yang diberikan. Tidak
sangak. Mata Dzariff semakin tajam merenung wajah Fayqa. Sudah ada
manik-manik jernih ditubir mata.
“Kalau
saya kena buli pun, bukan kena buli buat kerja rumah, tapi kena buli
dengan awak. Memang suka sakitkan hati saya!” sembur Fayqa kemudian berlalu
pergi. Gelas berisi air di tangan kiri dibawa bersama.
Suka? Sedih sebenarnya. Sedih, pedih, melihat
mata budak itu berair. Simpati?