Sunday, 3 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 6 siap


Panas nya malam ni. Dah kalau tak boleh tidur tu, apa lagi, menulislah!

Apek & general sengal dating di dapur lagi weyh....


Bab 6



Hari keempat Dzahim di wad ICU, Dzariff menerima panggilan telefon yang Haji Dzulqarnain akan tiba di Kuala Lumpur keesokan harinya. Bersyukur panjang Hajjah Azimah sehingga menistiskan air mata. Dipeluknya anak sulung, yang selama ini menjadi tunggak keluarga semasa ketiadaan suaminya. Anak yang baik, yang sentiasa memastikan ahli keluarga semua sejahtera, membantu menjalankan tanggung jawab bapa yang pergi mencari rezeki.

“Abang, peti sejuk kat rumah dah kosong Ummi rasa. Asyik ke hospital, hal dapur apa pun Ummi tak ambil tahu. Abang tolong ke pasar, belikan barang-barang dapur. Babah nak balik ni, kesian dia balik dari jauh, kena makan di kedai pula,” anak yang sakit nak difikir, suami yang bakal pulang pun perlu difikir.

“Tak apalah Achik Zi, biarlah Fayqa saja yang pergi pasar,” Fayqa menawarkan diri. Sudahlah menumpang dan makan minum percuma dia di rumah Hajjah Azimah tiga, empat hari ini.

“Awak reti ke beli barang-barang dapur?” tanya Dzariff sombong.

“Saya pernah kerja di kedai makan, kerja pergi beli barang-barang tu saya pernah buat,” jawab Fayqa, selamba kering.

“Ummi, Dzariff pergi dengan dia sajalah. Pergi berdua cepat balik,” cadang Dzariff.

Terkejut Fayqa mendengar idea si general sengal. Hah? Nak pergi pasar dengan dia? Oooi, kalau boleh aku ni nak duduk 100 meter jauh dari mamat sengal ni. Kalau dekat, ada saja yang dia nak sergah! Shopping together? Sekurang-kurangnya sejam tu, mati kejung aku.

Melihat wajah Fayqa yang sudah masam mencuka, Dzalia cepat-cepat mencelah, “Fayqa, terima kasih banyaklah tolong keluarga kami. Dahlah tolong selamatkan Adik malam tu. Sekarang ni banyak tolong di rumah sementara kami ni libang libu menunggu Adik tu.”

Dah beria-ia orang ucapkan terima kasih, takkan nak kata, “saya tak jadi tolonglah!” Sudahnya, Fayqa menurut sahaja Dzariff dari belakang, ke parkir kereta. Dzalia dan Dzureen sempat buat “high five,” Hajjah Azimah yang memandang tidak faham apa-apa. Kenapa pula bertepuk bertampar budak berdua ni?

Sepanjang perjalanan ke pasar, si pemandu diam, si penumpang pun diam. Tiba di pasaraya, Fayqa mengambil sebuah troli, menonong menghala ke kawasan barangan basah, beli ayam, ikan, udang, bawang, kunyit, halia, cili kering, macam-macam. Nasib baik si sengal di sebelah diam sahaja, macam laki bini bermasam muka pun iya juga. Lalu di bahagian makanan kering, sempat Fayqa sambar tepung gandum dan tepung beras. Dah lama tak makan cucur.

Di kaunter juru wang, Dzariff bayarkan semua. Lega hati Fayqa, bukan dia tak ada duit untuk bayar, tapi dia perlu berjimat, sementelah sekarang dia sudah tidak bekerja. Dalam hatinya dia berdoa agar Dzalia cepat-cepat mengambilnya bekerja.

Tiba di rumah, rajin pula si sengal tolong mengangkat barang-barang ke dapur. Cekap tangan Fayqa bekerja. Sebelum ayam, ikan dan udang dimasukkan ke dalam peti sejuk, siap dia pecah-pecahkan ke dalam bungkusan yang kecil. Senang, sekali nak masak keluarkan satu bungkusan sahaja, tidaklah susah untuk didefrostkan nanti.

Selesai berkemas, mahu tak mahu, Fayqa terpaksa buka mulut, “Saya nak masak kari ikan. Nanti boleh dibawa ke hospital, buat makan malam. Awak nak ke hospital, pergilah dulu. Nanti saya minta Pa'an datang ambil saya.”

“Tak apa, saya tunggu awak,” jawapan pendek si general.

Kalau nak tunggu pun, pergilah tengok TV ke belek komputer ke apa. Ini tercongok di dapur, apa hal? Eeee, tak selesanya bekerja dengan ada orang memerhati. Nasi ditanak dalam periuk elektrik.

“Awak nak kopi? Teh?” tersembul juga pertanyaan, rimas Fayqa bila mamat tu duduk di kerusi dapur dan memerhatikan segala tindak tanduknya.

“Kopi boleh juga.”

Kopi dibancuh dalam teko kecil dan diletakkan di atas meja dapur dengan sebiji koleh.

Ralit Dzariff memerhatikan Fayqa bekerja. Ikan yang sudah dipotong di pasaraya tadi dibersihkan. Bawang merah dan bawah putih dikupas dan dimayang. Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air. Bawang ditumis dengan sedikit halba dan jintan. Bahan tumisan dikacau perlahan-lahan supaya tidak hangit. Harum bau tumisan kari menusuk hidung Dzariff. Automatik Dzariff bangun, periuk berisi tumisan kari dijenguknya.

“Kenapa?” tanya Fayqa, hairan.

“Wangi,” itu sahaja jawapan Dzariff, terus berdiri di sebelah Fayqa.

Rimas Fayqa semakin berganda. Apalah yang menarik sangat dalam periuk ni? Tumisan yang sudah pecah minyak, dimasukkan santan cair, dikacau sebentar. Kemudian dimasukkan ikan, tomato dipotong empat dan kacang bendi. Dzariff masih berdiri disebelah Fayqa, sekilas Fayqa menjeling si teruna.

Mata bertembung, automatik Fayqa bertanya, “Apa?”

“Muka awak penuh dengan peluh,” jawab Dzariff, mata masih di wajah Fayqa.

Cepat-cepat Fayqa lap peluh di muka dengan lengan T-shirtnya. Yelah, satu, berpeluh sebab dapur ni panas. Dua, berpeluh sebab general sengal berdiri di sebelah....erk?

Entah sebab rimas, entah sebab canggung, Fayqa cuba berjenaka, “Orang kata, peluh tukang masak masuk ke dalam lauk, itu yang sedap tu, masin-masin lemak.”

Baru Fayqa nak buka mulut ketawa, cancel! Tak jadi! Si general sengal mukanya serius seperti biasa.

“Mental note to Fayqa: jangan nak buat lawak depan dia. Dia ni spesies tak reti gelak,” sempat Fayqa berdialog dengan diri sendiri.

Sementara menunggu ikan masak, Fayqa memotong bawang dan sayur serta mengupas udang.

“Nak masak apa lagi tu?” tanya Dzariff.

“Sayur campur,” dahi Fayqa sudah berkerut, kenapa mamat ni? Nak belajar masak?

Ikan dalam periuk sudah masak, santan pekat dimasukkan. Siap kari ikan, udang dan bawang ditumis dalam sebuah kuali besar. Sayur campur dicampakkan masuk, dikacau-kacau sekali dua. Masukkan garam, Kacau lagi, rasa. Dah siap! Bekas-bekas makanan dikeluarkan, Fayqa mula hendak menyenduk makanan ke dalam bekas.

“Saya nak makan di sini.”

Bukan suatu permintaan. Fayqa mula nak naik bengang, penat-penat dia masak, si sengal ni asyik nak bagi perintah saja.

“Tentu sedap makan berhidang di meja.”

Okeylah-okeylah, kasi can. Kesian pula Fayqa pada si general seorang ni. Tiga, empat hari ni makan bertabur di ruang menunggu hospital.

Laju Fayqa menghidangkan nasi dan lauk di meja. Nasib baik si general tolong ambilkan jag air dan gelas. Kalau tidak nak juga Fayqa laser barang sedas, macam bos besar tunggu semuanya dihidangkan.

Sebagai finishing touch, Fayqa keluarkan sepiring sambal belacan dan sedikit ulaman dari peti sejuk, lalu diletakkan di atas meja. Siap, cepat-cepat dia melangkah ke bilik air, mahu berwudhu dan solat asar.

“Makanlah sekali.”

Uiks! Berhenti langkah kaki Fayqa.

Pusing mengadap Dzariff, “Makanlah dulu, saya nak solat. Nanti saya makan di hospital saja.”

“Makanlah dulu. Dah mengadap makanan ni.”

Fayqa masih tidak bergerak.

“Temankan saya, please.”

Okey....please....I like please, fikir Fayqa. Sebiji lagi pinggan diambil dan punggungnya dilabuhkan ke kerusi. Pinggan Fayqa diambil Dzariff dan diisikan dengan nasi. Hmm, satu markah, bisik Fayqa dalam hati.

Pinggan diletakkan di hadapan Fayqa dan tanpa diminta Dzariff membacakan doa makan. Satu markah lagi, fikir Fayqa.

Rupanya lapar juga dia, walhal tadi sudah makan tengahari di hospital. Agaknya sebab makan berhidang di meja begini, lebih selesa. Fayqa makan tanpa memandang ke arah Dzariff. Terfikir juga dia, eh, aku berdua sahaja dengan dia dalam rumah ini, kena tangkap basah, kan naiya!! Ish, nauzubillah!!!

“Hmm, betul kata awak, ada rasa lemak-lemak masin,” tiba-tiba terpacul komen dari mulut Dzariff.

Terbuntang mata Fayqa memandang wajah si general sengal. Dia ni....baru buat lawak ke? Takkanlah kut? General sengal ni mana tahu buat lawak...

Selesai makan, cekap Fayqa mengemas. Tak nak lama-lama berdua-duaan dengan si sengal ini.

Baru sahaja dia nak basuh pinggan, Dzariff berkata, “Awak nak solat, pergilah. Saya cuci pinggan.”

Macam tak percaya Fayqa mendengarnya, wajah Dzariff ditenungnya.

“Adillah, awak masak, saya cuci pinggan,” sambung Dzariff, masih dengan wajah serius, tidak beriaknya.

“Okey. Thanks,” jawab Fayqa, laju-laju melangkah ke bilik air bersebelahan dengan dapur.

“Budak ni buat kerja apa pun, semua laju. Cekap buat kerja, untung Dzalia dapat staf macam ni,” fikir Dzarif yang memandang Fayqa melangkah pergi.

Elok habis sahaja berdoa di tikar sembahyang, telefon cap ayam Fayqa berbunyi....Farhan! Ajak ke garaj mekanik, sarung tempat duduk belakang Kancilnya sudah siap ditukar. Sekejap lagi Farhan akan datang jemput, nak bawa dia pergi ambil Kancil. Cepat-cepat Fayqa berkemas, telekung dilipat, tudung disarungkan ke kepala. Tak perlu berbedak bergincu, bukan nak ke mana-mana.

Baru melangkah ke dapur, telefonnya berbunyi lagi. SMS dari Farhan, dia sudah sampai, ada di pintu pagar.

“Saya jalan dulu, Pa'an datang ambil. Nasi dan lauk awak tolong masukkan ke dalam bekas ye,” Fayqa maklumkan Dzariff yang sedang menghabiskan kopinya di meja dapur.

Tiba di pintu pagar, Fayqa rasa macam nak hempuk kepala Farhan, “Oi, yang kau bawa motor apasal?”

“Malaslah aku nak bawa kereta, lambat. Naik motor, boleh cilok-cilok,” selamba jawab Farhan.

“Pa'an, kau pun tahukan, aku pantang naik motor dengan mana-mana mamat,” kata Fayqa, topi keledar yang dihulurkan Farhan tidak disambut.

“Kau ni banyak songehlah, Apek. Naik ajalah! Aku dah hantar kereta kau tukarkan seat cover tu dah cukup baik.”

“Eee, jatuhlah martabat aku, jadi awek motor!” Fayqa masih berkeras.

“Keh!' Farhan ketawa pendek, “kau jadi awek motor?”

“Eleh, bukan aku tak tau trick korang, bawa awek naik motor, pecut laju-laju. Saja nak buat awek tu peluk kuat-kuat kan?” Fayqa sudah bercekak pinggang.

“Apek, kau ni BFFlah, bila masa pula jadi awek?” kata Farhan, tersenyum sinis.

“BFF, konon. Tak hingin aku jadi BFF korang.”

“Pek, boleh tak kau berhenti membebel? Naik ajalah, kejap lagi Maghrib kan. Kau ni pantang ada kat luar waktu maghrib, kan? Cepat naik, kita pergi ambil Kancil kau, lepas tu kita pergi hospital sebelum maghrib,” Farhan tidak mahu berkompromi, topi keledar dihulurkan sekali lagi.

Dengan muka yang masam mencuka, topi keledar Farhan disambut kasar. Farhan yang memandang Fayqa memakai topi keledar, tersenyum lebar. He, he, tentulah motornya akan dipecut laju nanti. Nak tengok, Apek ni macam awek-awek lain tak.....

Dzariff yang mengintai dari dalam rumah melihat Fayqa memanjat naik motor besar Farhan, “Sayang, pandai masak, ringan tulang, solat tak tinggal....tapi tetap awek motor!”


59 comments:

  1. U ni kan memang buat I jatuh cinta dengan dapur over and over again! Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasnt planned....entah kenapa, datang ilham where the dapur is going to be main stage. Watch out for more midnite datings in the dapur! LOL. satying up writing ke? am off to bed...

      Delete
    2. Yup...panas sungguh malam ni. Tak boleh tido. Jadi menulislah...

      Delete
  2. Sweettttt sgt n3 ni kak nina.... Hahaha... Fyqa n general masukk dapur... Suka sgtttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! dapur sudah jadi tempat depa pula. more dapur scenes to come :)

      Delete
    2. Dak bajet a.k.a general tu patut kena buli dgn fyqa kaw2 kak...agak2 kalau ajim dah sedar apa laa perasaan mr general erk... Walaupn general but amy dah makin suka... Konon ego hahahah

      Delete
    3. wah...jim sedar nnt lagilah bengkek je si general ni, sbb fayqa asyik melayan jim yg manja...

      Delete
    4. Xsabar tggu scene tu.. But..but... Biar laa skrg scene apek n general... Kasi peeling meeling.... Kakakaka....

      Melting sudeyy dgn general nie... Fyqa slumberr jerr dia... Likess

      Delete
    5. lepas ni, terikatlah perut si general dzengal tu ya..i loike.....

      Delete
  3. dzariff cepat sangat buat konklusi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia nak menidakkan hatinya yang bergetar, he he

      Delete
  4. Nina... U nie goda i lagi... Kan sekarang i pulak x leh tido asyik script lemak2 masin tu...good job as usual...xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de goda2...its just that i cant sleep, but will go to bed now

      Delete
  5. wah..banyak markah general dpt..baguih2..enzim2 diujung jari apek dah masuk jd darah daging..suka2

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh...enzim2? bukan peluh masin? :)

      Delete
  6. alaaa...sempat ke fayqa naik motor tu???

    ReplyDelete
  7. Sweet sangat bab kali ni... xsangka general sengal rajin cuci pinggan...

    ReplyDelete
  8. walaupun si dzariff ni general sengal saya still rasa dia ni sweet dgn si apek tu! bukan dzalia je bertuah dpat staf mcm fayqa tu awak pon bakal bertuah dpat buat fayqa tu jadi bini dzariff ooiii!!!

    ReplyDelete
  9. Alahai Fayqa ni,yang dia pergi naik motor dengan Farhan tu kenapa???
    Kan tak pasal2 kena label awek motor.... -_-#

    ReplyDelete
  10. Awek motor, awek motorlah.. Yg penting ada hati yg sudah bergetarrr...

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum.. :)

    Tak sangka jugak kan general sengal offer basuh pinggan. ingtkan x pndai bwt kerja rumah! mmg dzariff dh trpaut la kn dh observe dlm diam tu. mnusia x prfect la encik general sengal~ada kkurgn n klebihan. lgpun fayqa naik motor tu kn baru x ni. dia cpat je judging

    -Alia-

    ReplyDelete
  12. good job dear... segar bugar pagi ni nak mula kerja hehehe...
    well Dzariff ni mmg nak kene luku tau.. sesuka je stamp awek motor kat fayqa... yang nyata lagi jelas si general tu jeles tahap petala langit ke tujuh hahaha.. Duo Dzalia and Dzureen dah mula melancarkan gerakan merekrut cayalah.

    ReplyDelete
  13. wahhh nina... sangat sangat sengal si general.. penat penat masak peh tu kena chop awak motor.... so very the kureng si mamat sengal... anyway i LIKEEEEE... A LOTTTTTTT......come on nina,, chapter 7 and terus siapkan manuskrip,,,, hahahahhaa

    ReplyDelete
  14. 150 juta kali 10q for the n3. Wah!!! Makin best cite ni. Nanti ada free time upload lg ya

    ReplyDelete
  15. adoi,...psal masak tu tak boleh bla..
    lauk jd sedap bila peluh masuk..hahaha...
    Dzariff ni dh mula suka Fayqa ke?

    ReplyDelete
  16. Go go go En general. ....setakat motor apa la sangat , saya ni minah rempit cool jen En suami ngorat hahaha

    ReplyDelete
  17. General dh taubat melazer & menyinis ke? Siap please lg... Buat lawak dgn Fayqa & ajak mkn berdua. Mcm loving couple pulak...

    Nina, u mmg pandai buat romantic & sweet scenes in the kitchen.

    Note to General Dzariff (x nk letak sengal sbb in this chap kesengalan Dzariff nearly zero) please wake up! Admit je yg u r starting to like Fayqa. Kalau Jim dh sedar nanti, you hv another competitor.

    Nina, I wonder what say Babah abt Fayqa nanti?

    ReplyDelete
  18. nina, i rasa cerita ni pun bakal meletups nanti.
    dah jatuh cinta dengan watak Fayqa n Dzariff.. muahahhaha

    ReplyDelete
  19. Wakakakaka lawak la dzariff ni....hahahaahahaha citer ni best ohhhh! Good job kak hanina! FIGHTING!

    ReplyDelete
  20. Ish2 dzariff bkn untung dzalia jer.. Untung lg u kalau fayqa jd wife hehehe... Best...

    ReplyDelete
  21. Nina,silalah sambung..makin menarik!
    Nk bgtau jugak, KNK dh beli n kak berjaya dpt yg versi berstickerr!! :-)) terasa mcm Nina yg sign n sukke sgt coz yg novela 1st pun dpt auto nina, skrg tunggu yg bakal mendatang ni....

    ReplyDelete
  22. hehehe...dating kt dapur lg..tp ble fayqa nek moto, cpt benor c dzariff ni buat spekulasi!!haissyy c general neh!!!!

    ReplyDelete
  23. Uiks..cepat betul general tu buat ulasan x benar ttg Apex. X baik tau General, Apex x macam tu.

    Xpe, Xpe, kita ttgu siapa yg jatuh tersungkur nnt. Masa tu kita tgk General dah angau dekat minah yg dia gelar 'awek motor.'

    ReplyDelete
  24. Adohhh..knp la si pa'an ni dtg naik mtor plak? Kn dh tk psl2..tpi klau awek mtor naik kpcai jer lah whai si general..

    ReplyDelete
  25. Adohhh..knp la si pa'an ni dtg naik mtor plak? Kn dh tk psl2..tpi klau awek mtor naik kpcai jer lah whai si general..

    ReplyDelete
  26. hihi.. dlm x sedar si general sengal dah puji 3 kelebihan fayqa... 3 baik vs 1 KO... still fayqa menang lagi...

    ReplyDelete
  27. haaammmoooooiiii generalllll...x sayang mulut nampak....2 namanye pakse rela tau....kalo x xde makne nye si Fayqa 2 nak ikut si pa'an sengal 2...yg hang ye cerdik pandai 2 awat x tawrkan diri nak anto fayqa 2 sendiri...men intai2 celah langsir pas2 wat tanggapan sendiri pe kessss....x gentlement la bro!!!!

    ReplyDelete
  28. ape ke bengap dzariff ni.. suka wt andaian bukan2..
    ingatkan dia nak p tolong hantar

    acu

    ReplyDelete
  29. Baca citer ni dah terasa cam tgk tv plak.. Cepat lah next episode hehe.. Btw, Fayqa ni sbenarnya duduk dgn sapa before this? Dia mmg sorang2 ke?

    ReplyDelete
  30. Dzariff jeles! Mmg tak sabar tunggu Jim blk. Nk tgk camane general tu behave plak bila Fayqa dok lyn Jim je. Mesti berebut2 kan, mesti nnt Fayqa pun pening nk kena lyn mn satu dulu. Tak sabar, tak sabar

    ReplyDelete
  31. Oh la la..senyap2 nak dating ek general?pndai je marah2 depan2 tp sbnrnya suka kat fayqa.
    And u hanina ni bkn slow thp siput tp laju tahap rabbit dah..well not that I'm complaining or what..I'm happy with it instead..
    May u have loads of idea and definitely time to finish another awesome story of yours.:)

    ReplyDelete
  32. oh saya suka bila panggilan 'aku' bertukar jadi 'awak'

    ReplyDelete
  33. bestnye nina...bukak2 je dh ada n3 baru ...mintak2 besok lusa pun ada n3 baru ye ..

    ReplyDelete
  34. Alaa..ingat dzeneral dzengal nak rescue 911 tadi.. dah si Fayqa jadi minah motor la pulak. Aduyaii..

    ReplyDelete
  35. Nina:many beautiful things do happened in the kitchen..trust me..no joke

    ReplyDelete
  36. cewah dating. pandai general ambik kesempatan. *tetiba nak jd mcm fayqa pandai masak*

    “Temankan saya, please.” - ok sy cair bile general yg cakap camtu kt fayqa.
    Dalam ketegasan general ada terselit kelembutannya. saje tak nak tunjuk ea..

    “Sayang, pandai masak, ringan tulang, solat tak tinggal....tapi tetap awek motor!” - demm!! harap2 x sempat naik motor. kakakaka

    TQ Sis Nina

    ReplyDelete
  37. Laju je si general ni nk judge si fayqa..ish3..

    ReplyDelete
  38. Best... Setakat ni, hanya blog ini dan blog anjel layan sj yg saya suka kunjungi... Cerita2nya bikin saya tersenyum memanjangggg.

    ReplyDelete
  39. salam Nina..nampak harmony sahaja mereka ini bila berdua..adakah d cat got yr tongue EN jeneral bila keluar berdua bersama sifayqa membeli belah barang dapur? Macam pelik pulak bila mamat tu tidak mengutuk dan melontarkan kata kata yg sinis pada gadis itu..just not like him..kan.. Adakah siJeneral itu sedang menguji siFayqa dalam urusan rumahtangga dan juga peribadi siminah tu..dan adakah minah tu sudah melepasi piawaian nya walaupun di digelar awek motor oleh mamat sengal tu?

    ReplyDelete
  40. I've read yr 2nd novel..it's awesome and thanks ..rasa terharu for the mukadimah d muka depan Novel KNK rasa terharu kerana Nina telah merakamkan penghargaan dan menobatkan kami yr die hard fan disitu..

    Bottomline i love d character Pn Sri Frieda d cool nyonya mansur..dalam tak sukanya pada Naz ..she's d best mother in law lah..once U get to know her..and i hate Khaalish at one point macam nak takzirah kat dia panjang panjang..pasal atitude dia yg kurang matang bila berdepan dengan ex GF yg gediks yg buat fitnah..kan..kan..kalau sape nak tahu ..plz belilah novel KNK ni..tak rugi ..Nina really buat emosi you macam roller coaster..mcm iklan Astro.."Semua Ada"..!!! kan Nina..
    Syabas..and akak rasa it's gonna b another best seller Novel spt Projek memikat Suami..and hope Fayqa will be coming out soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak Ida kan...terkezut 2 x yah ckp la....terharu 2 pon x leyh nak cite dah....x expect pon....sowi lambat wish terima kasih kak Nina atas penghargaan 2....tp part yg paling kite geram 2 yg nak2 last 2 yg si khaal sengal 2 boleyh gaya cam x pecaya kat isteri sendiri...percaya je pompuan 2 berdrama kat c2 hishhhhh.....ckp sayang cinta bagai pas2 x percaya kat isteri sendiri....hentak kepala dia kat dinding 2 baru tau

      thannnkkkkkssss Nina really adore your storiessss

      Delete
    2. betul2.. suka sgt.. siap promo kat member2 suruh beli KNK & ofcoz nak show off nama kita kat dpn tu.. rasa sangat2 dihargai. TQ nina dear..

      Delete
    3. tulah smpai je nvel aritu trus bce dedikasi..wah wah wah...sume name pengomen tegar kt blog nina ade dlm tu..walaup0n awl2 nina da mention x dpt nk senarai semua tp sy anggap name sy tesenarai dlm yg x tersenarai tuh!!hahaha (nak jugeekk...phuii!!! =P ) nina sgt menghargai followers dia...go nina go!!! =)

      Delete
  41. Owhh hikmah mlm yg panas.. mlm ni panas lg tak? Heheehehe

    ReplyDelete
  42. BESTTT
    baca novel kak nina boleh blajar masak skali..hehee

    ReplyDelete
  43. best.....best......luv u nina......sambung lg tau

    ReplyDelete