Wednesday, 6 March 2013

Bab 7 siap


warning, ending bab ini, wishy washy...tengoklah kut2 bila2 nak edit2 ke. malam ni sy naikkan yg raw punya

Bab 7



Berkat kasih sayang seorang bapa, Haji Dzulqarnain tiba di hospital sewaktu azan Asar kedengaran, dan selepas solat maghrib, Dzahim membuka matanya buat kali pertama sejak peristiwa dia dipukul. Puji syukur kepada Allah tidak lekang-lekang di bibir semua yang sudah berharian menunggunya di wad ICU itu. Bergilir-gilir mereka masuk menjenguk Dzahim.

Reaksi pertama Fayqa melihat Dzahim adalah lega...lega kerana wayar-wayar dan tiub-tiub yang berselirat di tubuh sudah berkurangan, hanya tinggal satu dua. Reaksi kedua, timbul semula rasa bimbang di hati Fayqa apabila melihat mata Dzahim lesu dan kosong, bagikan tidak tidak kenal orang yang menjenguknya atau faham apa yang telah berlaku kepadanya. Apa-apa pun Fayqa memujuk hatinya, one step at a time....Dzahim sudah buka mata ini pun syukur kepada Allah. Moga-moga esok lusa, dia akan semakin pulih.

Keesokannya Dzahim akan dipindahkan ke wad biasa. Kata doktor, jika kesihatannya semakin stabil, dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh seminggu ini. Pulang ke rumah keluarga Dzahim malam itu, Fayqa menunaikan solat kesyukuran.

Esok paginya, awal-awal lagi Fayqa sudah bangun, bihun digoreng untuk sarapan. Nasi ditanak untuk makan tengahari, lauknya sambal tumis sotong dan masak lemak kobis. Selesai masak, tidak sabar-sabar Fayqa dan ahli keluarga Dzahim ke hospital, mahu melawat Dzahim yang sudah berada di wad biasa. Malam tadi dia ditemani abangnya di hospital.

Di wad biasa, tiada had pelawat. Semua orang boleh masuk serentak. Seorang demi seorang menghampiri Dzahim, menegurnya dengan lembut serta mencium pipinya. Namun matanya masih lesu dan kosong. Fayqa membiarkan semua ahli keluarga Dzahim menegurnya dahulu. Biarlah dia yang terakhir, dia hanya seorang kawan.

Bila tiba giliran Fayqa, perlahan-lahan di bergerak ke sisi katil Dzahim, dia menyapa dengan lembut, “Assalamualaikum Jim. Alhamdulillah kau dah sihat...”

Belum sempat Fayqa habis bercakap, mata Dzahim terbuka luas, bergerak ke wajah Fayqa dan mulutnya menyebut, “Peh...peh...peh...”

Habis terkejut Haji Dzulqarnain anak beranak melihat reaksi Dzahim bila ditegur Fayqa. Dadanya berombak-ombak kencang dan tangan kanannya menggagau-gagau mencari tangan Fayqa.

“Peh...peh...peh...” mulutnya tidak berhenti-henti memanggil Fayqa.

“Aku ada, Jim, aku ada. Bertenang, bertenang. Kau dah selamat. Kau di hospital sekarang. Family kau semua ada. Bapa kau pun ada ni. You are okay now, Jim. Jangan takut,” gerak hati Fayqa merasakan yang Dzahim masih lagi trauma dengan apa yang berlaku kepadanya dan dia perlu dipujuk agar bertenang.

Tanpa berfikir panjang, tangan kanan Dzahim digenggamnya. Dzahim perlukan sokongan emosi sekarang. Halal haram, belakang kira. Kalau tak ditolong, jika Dzahim mati akibat trauma, bagaimana? Itulah apa yang Fayqa fikirkan.

Haji Dzulkarnain segera menghampiri anak bongsunya, dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubun anaknya. Hajjah Azimah cepat-cepat menadah tangan, berdoa kepada Ilahi agar anak kesayangannya diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran yang hebat ini. Kakak-kakak Dzahim terdiam tak terkata, terkejut dengan keadaan adik mereka.

Si abang sulung di hujung katil, berkerut dahi, memandang tangan gadis yang datang entah dari mana itu.....yang erat menggenggam tangan kanan adiknya.


Seminggu Dzahim di wad biasa, langsung tidak mahu berenggang dengan Fayqa. Di malam hari, sewaktu tidur pun tersebut-sebut nama Fayqa. Sudahnya, Fayqa dan Hajjah Azimah bergilir-gilir menjaga Dzahim di hospital. Di waktu malamnya Dzariff, Dzalia dan Dzureen bergilir-gilir menemankan si adik. Dzehan pula terpaksa pulang ke Jakarta mengikut suaminya.

Bermulalah rutin baru Fayqa. Sentiasa beringat yang dia menumpang, pandai-pandailah bawa diri. Pagi-pagi sebelum ke hospital dia menyediakan sarapan, pasangkan mesin basuh jika pakaian kotor sudah penuh, tolong sidaikan, siram pokok bunga di halaman rumah, menyapu lantai dan mengelap perabut. Lebar senyuman Hajjah Azimah dan anak-anak daranya. Sejak Andak Midah berhenti kerja di rumah mereka, memang huru hara rasanya hidup. Adanya Fayqa, ahh...lega.

Di hospital, habis bacakan Al Quran, Fayqa bacakan surat khabar. Semakin hari nampaknya Dzahim semakin sihat dan kuat. Percakapannya pun semakin jelas. Cuma manjanya...ya Rabbi!! Siang harinya Fayqa tidak boleh keluar langsung dari bilik hospital itu. Nak ke bilik air pun ditanya mahu ke mana. Letihnya bukan main melayan kerenah Dzahim, mengingatkan kebaikan Dzahim kepadanya membuatkan Fayqa bersabar. Teringat bagaimana Dzahim and the boys menghantar makanan untuknya bila dia terbongkang dalam bilik sewa sorang-sorang kerana demam. Demam kerana naik motor dalam hujan lebat lepas berkerja malam di restoran. Seminggu juga dia demam teruk. Selepas baik demam, turun ke tingkat bawah flat tempat dia menyewa, ada sebuah Kancil second-hand menantinya.

“Aku pinjamkan kau Kancil ni,” itu sahaja kata Dzahim.

“Thanks but no thanks,” nak terhutang budi dengan orang? Not my way, getus Fayqa dalam hati.

“Eh, Pek, jangan sombonglah. Kau selalu kerja malam. Dengan hujan, dengan bahaya. Kau pinjam jelah Kancil aku tu. Bukan berapa sen pun aku beli. Kau demam seminggu, assignment kita tak sempat siap. Bukan kau sorang saja yang susah. Aku, Pa'an, Deng, sama susah,” membebel pulak mamat tu.

“Eh, Jim, aku demam seminggu, yang korang tak demam ni tak boleh siapkan assignment?” tangan Fayqa bercekak di pinggang.

“Boleh siap, kalau kau nak C ke, D ke,” jawab Dzahim tanpa perasaan bersalah.

Malas nak bertekak dengan Dzahim, kunci Kancil diambil dan semenjak itu Kancil itulah menjadi kenderaannya ke sana, ke sini. Kalau bergaduh, berpatah arang dengan the boys bertiga pun, dengan siapa lagi dia nak buat assignment berkumpulan. Budak-budak perempuan satu kuliah dengan dia memang tidak ngam dengannya. Fayqa kan sentiasa bekerja, waktu lapangnya tidak pernah kena dengan waktu lapang mereka, macam mana nak masuk kumpulan budak-budak perempuan tu. Dengan the boys, bila-bila pun boleh jumpa untuk buat assignment, waktu lewat malam lepas kerja pun boleh, sambil lepak-lepak kat mamak. Tapi itulah, jenuh kena ketuk budak bertiga tu kalau nak siapkan kerja. Itu yang mulutnya asyik membebel sahaja. Tapi dalam nakal-nakal the boys, tetap ada baik mereka. Lepas berbincang tentang assignment, Fayqa mesti diiringi pulang ke bilik sewa. Tak kira zaman dia naik motor kapcai atau zaman dia naik Kancil.

Tersenyum Fayqa mengingatkan kerenah Dzahim and the boys. Nak kata jahat ke, nakal ke, itulah kawan susah senang dia. Wajah Dzahim yang sedang tidur direnung, segera diiringi doa agar Dzahim cepat kembali sihat seperti sedia kala. Surat khabar yang dibacakan untuk Dzahim dilipat dan diletakkan ke meja sisi. Tengahari itu Hajjah Azimah pulang berehat di rumah sebentar, Fayqa seorang sahaja yang menunggu Dzahim. Tiada apa yang hendak dibuat, tersengguk-sengguk Fayqa di tepi katil. Akhirnya, enak kepalanya landing di tilam katil Dzahim.

“I tak fahamlah kenapa you tak bagi tau I awal-awal. Baru sekarang I tahu adik you masuk hospital. Sampainya hati you.”

“Bukan I tak mau bagi tahu, tak sempat bagi tahu. Sesak kepala I masa Adik dalam wad ICU, kepala tak boleh fikir apa-apa, dahlah Babah jauh.”

“Sorry-sorry, bukan I nak salahkan you. Cuma, nanti apa kata ummi you, Dzahim dah lebih seminggu di hospital baru hari ini I datang melawat.”

“You tahukan ummi I macam mana... dia takkan kata apa-apa.”

“Yes, ummi you sweet....,” puji wanita itu, cuma tak disambung “macam you.”

Pintu bilik dibuka, melihat Dzahim yang sedang tidur dan dan Fayqa yang sedang lena, terhenti langkah Dzariff dan temannya untuk melangkah ke dalam.

“Siapa tu? Sepupu you ke?” tanya Mushrifah Auni.

“Girl friend Adik.”

“Relaxlah, Jiff. Adik you dah besar panjang, setahun lagi nak grad. Biarlah dia ada girl friend,” komen Mushrifah.

“Siapa kata I marah Adik ada girlfriend?”

“Jiff, I dah kenal you lama. I tahu bila you marah, bila you suka, okey,” balas Mushrifah dengan nada miss-know-it-all.

“Aku marah ke?” tanya Dzariff dalam hati.

Terpisat-pisat Fayqa bangun, matanya ditenyeh-tenyah. Belum petang lagi sudah ada pelawat? Selalunya pukul 4.30 petang baru pelawat dan ahli keluarga Dzahim datang melawat. Matanya dikelip-kelip berkali-kali. Si jeneral! Menguap sekali, ditutup dengan tangan. Perempuan mana pula tu? Saudara mara mereka ke?

“Jemputlah masuk. Saya terlena sekejap. Jemput duduk ye. Saya ke bilik air sekejap ye, cuci muka,” cepat-cepat Fayqa melangkah keluar selepas bersalaman dengan wanita cantik itu.

“Okey apa, Jiff. Nampak baik budaknya,” komen Mushrifah.

“Nampak baik? Nampak...hmmm......comel, mata berkelip-kelip. Menguap macam budak tadika.....choi! Apa aku cakap ni?” pelipisnya dipicit-picit.

Fayqa keluar ke bilik air, tak balik-balik ke bilik Dzahim. Nak duduk dalam bilik tu dengan si jeneral dan perempuan cantik tu. Buat menghabiskan karan! Selepas cuci muka dia turun ke tingkat bawah, menjenguk-jenguk kedai surat khabar dan majalah. Bukan dibeli apa-apa pun, sudah hampir dua minggu dia tak bekerja, alamat kena ikat perutlah. Nasib baik sewa bilik dan makan tak perlu keluar duit. Cepat-cepatlah Jim sihat, boleh dia kerja semula, dengan Kak Yaya ke atau pun cari kerja lain.

Lepas jenguk-jenguk di kedai majalah, dia pergi melepak-lepak di taman kecil di tepi hospital. Jemu juga duduk berjam-jam dalam bilik Dzahim tu.

Tak sampai sepuluh minit dia duduk di kerusi taman, muncul si jeneral, “Dzahim cari awak.”

“Dia nak apa?”

“Nak awak,” dalam maknanya.

Wajah Dzariff direnung tajam. Mamat ni memanglah buka mulut saja, sakit hati aku.

“Encik Dzariff, apa saja yang adik awak nak, tak bolehkah awak yang tolong?” soalannya dilantunkan pelan-pelan, bagi mengajar anak kecil.

“Dia dah mengamuk nak awak. Ini yang saya tolong, tolong panggilkan awak,” balasan ini pun dilantukan pelan-pelan.

Pergh! Si Jim tu pun satu. Kepala kena ketuk sikit, manjanya berminggu-minggu. Terlepas juga marah Fayqa, agaknya satu minggu lebih itu had dia dapat bertahan dengan sengal si adik.

Matanya mencerun ke arah Dzariff. Lagi aku nak elak, lagi aku jumpa. Apa nak buat dah abang Jim! Dengan hati yang berat, dia bangun dari kerusi taman dan menghayunkan langkah ke lif, naik ke tingkat empat, masuk ke bilik Dzahim.

Nampak sahaja Fayqa, terus Dzahim menjerit kecil, “Pek, aku sakit kepala, kau ke mana?”

Aik? Sakit kepala. Dua tiga hari ini okey saja tak ada sakit kepala pun? Apa pula akal si sengal junior ni?

“Sakit kepala?” tanya Fayqa prihatin.

Katil Dzahim dihampiri, wajah Dzahim ditelek. Terkejut dia bila mata Dzahim dijengilkan ke arah kiri....errr....ke arah perempuan cantik yang masuk dengan si jeneral tadi.

Kening Fayqa dijungkit, bagai bertanya, “Kenapa?'

“Pek, aku sakit kepala,” nada suaranya lemah tapi mata dijengil keras ke arah perempuan cantik itu.

Apa ke hal mamat ni? Mata Fayqa bergerak ke arah perempuan cantik yang duduk di kerusi berhampiran dengan tingkap.

“Jim sakit kepala pula...,” senyum dilemparkan ke arah perempuan cantik itu, “eloknya kita biar dia berehat sedikit ye. Maaflah Cik.....”

“Mushrifah. Mushrifah Auni Dato Haji Dasuki,” jawapn yang diiringi dengan senyuman persis pramugari.

“Haah, Cik Musyrifah....kita biarkan Jim lelap mata dulu ye. Kot-kot hilang sakit kepalanya,” kata Fayqa lembut, “Apa kata Cik Mushrifah dan Encik Dzariff berbual dulu di luar?”

“Hmm, Jiff, kes hematoma ni memang begini tak boleh stres sebab nanti ada tekanan dalam otak...... Adik,” Mushrifah menegur Dzahim, “Kak Mush duduk kat luar sajalah ye. Adik rehat dulu ye. Jiff? Coming?”

Mata Dzariff masih lagi memandang ke arah belangkas dua ekor it. Seekor di atas katil, seekor di sebelahnya. Asyik nak berduaan saja.

“Jiff? Coming?'' tanya Mushrifah sekali lagi.

“Abang kat luar,” kata Dzariff sebelum berlalu mengikut Mushrifah keluar.

Tinggal mereka berdua di dalam bilik itu, wajah Dzahim direnung dalam oleh Fayqa, “Jim, kau sakit kepala?”

“Haah, sakit kepala dengan mulut bakal kakak ipar aku tu. Berapa punya banyak dia nak kasi nasihat kat aku. Baik aku nak semakin sihat, mahu kena operate sekali lagi kepala aku ni,” selamba badak jawab Dzarif.

Pap! Paha Dzahim ditampar lembut, “Amboi mulut! Nampak sangat cedera engkau tu kat kepala saja Jim. Mulut kau bukan main sihat walafiat.”

“Uish, sihat mulut aku, tak boleh lawan sihat mulut kak Mush tu. Macam mana lah abang aku boleh tahan dengan dia?”

Haah, macam mana si jeneral tu boleh tahan, boleh terpikat dengan anak Dato' tu? Fikir Fayqa.


96 comments:

  1. mushi mushi...kihkihkih....terkekek2ni sorang2.nasib baik inche hubby takde...i loike this very much nina. tapi itulah...hairan juga camana si dzengal blh sangkut dgn mushi mushi tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nnt adalah explanation y dz cam-tersangkut dgn mushi matchy2

      Delete
  2. haah. itu miss matchy matchy kah? now u buat i pun curious. mcm mana jeneral boleh syiok dgn miss know it all?

    ReplyDelete
  3. oohh..jeneral ni ade awek rupenye...tp die cam suke fayqa je..cemane ni..? nak lagi...best...hehehe...

    ReplyDelete
  4. eh eh.....jim dah okaylah.tapi sama dzengal dgn abg general dia lah...nasib baik mmg kawan apek kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kena tunngu dear zalida, coz r/ship apek n jim is gonna get weird

      Delete
  5. Haah la kak nina.. Camne leh terpikat..? Ke si jeneral tu dah jd.. Mr dont-bother-at-all.. Hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, your guess is the closest he he

      Delete
  6. I like. .. Ms mushi mushi mushi... So irritating but interesting character. thanks dear nina. .. Now I can zzz in peace xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. mushi2 is making a few more appearance..

      Delete
  7. Waaa..sukanya bab ni time fayqa teringat zaman the boys banyak tolong dia. Jim dh sedar ni mana the boys yg lain? Jeneral tu dzeles je sebab jim terlebih manja..kui..kui..kui..

    ReplyDelete
  8. Kalau jodoh tak kemana. .... adinda pujaan kanda (teringat lagu P Ramli)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha....intermission ada lagu p ramlee :)

      Delete
  9. Replies
    1. tqvm dear....seb baik ada u all supporting me...makes me strong

      Delete
  10. yeh.. miss matchy-matchy da appear. Annoying nye la makcik ni. step tau everything je. hahaha..This is just gonna get better and better. Cant wait for the next encounter with miss matchy-matchy ni.

    tp kan i'm also curious la like the rest. mcm mane si general yang fierce mcm tu blh tersangkut dgn miss know it all ni. pelik la. Ce cite kak nina. :)

    ReplyDelete
  11. haha.. mcm mne c general bole tepaut dkt mushi2 neh. byk mulot. yg c jim ni,elok plak mulotny shat walafiat ye.. hee dpt gak bce b4 tdo. k le nk tdo. zzzz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm....suma org tanya camna jeneral tersangkut dgn mushi2...hmm makes me think...

      Delete
  12. Haha. Nampak sgt family diorang ni tak berkenan dengan miss matchy- matchy ni. Kena tunggu apa plan si adik berdua tu nak jadikan fayqa kakak ipar.

    ReplyDelete
  13. Ok...as usual...saya suka. Dzahim yang comel dan Dzariff yg sengal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. but dzahim is going to get worse soon...sowwwee

      Delete
  14. ala..fayqa nnti dgn siapakah? terus menjerumuskan diri dgn siapa di hati fayqa. #tetiba. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha nak tau kena terus baca....part yg jim propose lambat lagi kut...

      Delete
    2. jim propose ???? tak sabar nak tunggu apa pulak reaksi pek.... dan reaksi general sengal terutamanya...........tak sabar tak sabar.....

      Delete
  15. Hahahahhaha...comell dzahimmmmm.... Pluss sengallll kakakakkaka.....

    Mushi...mushi.... Kekekek

    ReplyDelete
  16. hahahha... semangat kerja pagi ni... syok la pulak layan si Jim ngan Fayqa.. mcm mana agaknye kalau Paan dan Deng tu join sure huru hara hidup Fayqa.. tak sabar nak tau kisah Fayqa and the boys lebih byk lagi sure lawah tak hengat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak tak hengat tp si jeneral tersangatlah tak berkenan...

      Delete
  17. ayoyo...baru kena buku dgn ruas kan ..si jeneral sengal and miss matchy matchy ...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm, yang, yr comment makes me think...hmmmm

      Delete
  18. nina...so cute!!! next n3 pls..lol

    ReplyDelete
  19. la..ingatkan Dzariff tu x de gf..hahaha...

    ReplyDelete
  20. amboi siap sebut bapak die dato' ... eeee loya ...loya... loya .... si jeneral tu plak... kecemburuan tu dah makin terserlah....ber ekor2 plak yer ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh dia dah terbiasa intro herself laik dat... :)

      Delete
  21. Ha, akhirnya hajat nk kenal miss matchy-matchy kesampaian dlm bab 7 ni. Oh Fayqa, what a good girl! Hardworking, independent, respect the elderly, smart & very helpful. Watak heroin u mmg class La Niña and I really like it!

    Dzeneral dzengal, u will start comparing between Fayqa & your miss know it all after this!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...not yet...so far that i can remember, he will never compare...hmmmm...everybody's comments are making me think to nite

      Delete
  22. Ok frust menonggeng sbb general dh ada gefren.titik!!!!!

    "Mata Dzariff masih lagi memandang ke arah belangkas dua ekor it. Seekor di atas katil, seekor di sebelahnya. Asyik nak berduaan saja." - General marah? jeles? kakakakaka

    ReplyDelete
  23. haaaddooooiiiiiiii.....general sengal pon ade senior n junior...hadoyy la...masak2 fayqa mcm ni nak kene mengadap kedua2 general nih....yg cik mush 2 cam mushrom je rasa...baget serba tau la 2..nasib dzariff la kan dapat makwe pon sama sengal cam dia jugak muahahhahaha...abeh huru hara idup fayqa cam ni

    ReplyDelete
  24. wow makin meriah SF ni dgn watak2 yg mcm2... sabar ye pek.... mcm ramai je ambik kesempatan kat si fayqa, kat umah kena wat keje umah.. kat hospital kene buli dgn general jr... dah la general sengal asyik nak cari salah je... bab 8 plssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm ...bab 8 ni ada kena mengena dgn kena buli tu

      Delete
  25. Masyaallah best sgt novel ini,tak sabo nak beli!!!
    PMS & KNDK dah beli...
    skrg ni mmg minat penulis nih :)

    ReplyDelete
  26. ngee~~ mush mush.. awal awal lg dah ada rasa tak suka kat anak dato ni.. alahaii jim brapa umo awak? ngadanya kalah baby baru mula nak merangkak! gigit kang!

    ReplyDelete
  27. 4 thumbs up (campur kaki) hehe

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Lagi sukaaaa Fayqa dengan si Dzahim >.< Tak nak Dzariff >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo very rare to hear this....keep on reading ye!

      Delete
  30. Best! Stiap hari new n3 k!

    ReplyDelete
  31. Jiff? Sweet nyer panggilan manja general nih..
    I pun mcm Jim, tertanya2 mcm mana Jiff bleh kwn dgn MKIA tuh. Masih lg scene di hospital. I suka btul dgn scene2 kt dapur, sebab Jiff mesti jd sweet ie. tlg basuh pinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) banyak lg scenes kat dapur...kiranya dapur tu jadi port derang...

      Delete
  32. Mesti penangan mulut Si mush tu yg smpi Si general tu pn mulut laser gak..
    Tp Jim tu mmg sgt amat manja la ngn fayqa tu smpi mak ayah dia pn dia xlyn..Untung la fayqa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung ke manja2 gitu...cam rimas jer...

      Delete
    2. ntahnye..kalo sy p0n rimas...bg pnampor je nk manje lebeh2!!hahaha

      Delete
  33. si jim tu cam ada aty kat si fayka je..tp last skli dpt kat si jeneral tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ...sudah menebak...:)

      Delete
    2. mestilah kena dapat pada general sengal..tak gitu nina.....jim tu 2nd hero jerk.....

      Delete
    3. hmmm he he he (evil writer nak gelak jer at this moment)

      Delete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. fayqa sooo cool....saya suka semua watak heroin dalam cerita nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! i wont waste my time writing weak heroines yg sua muka untuk kena lempang n tadah telinga utk kena maki. ada mulut, jawab, ada kaki, lari. its as simple as that. cerita yg melodrama2 yg bikin heroine lemah and "tabah" to go thru dugaan hidup, kena lempang terajang dan maki, is sending the wrong message to our young ladies!

      Delete
    2. Sy sokong kata2 hanina......sy tak suka cite yg menunjukkan kaum wanita itu lemah....kena maki hamun sepak menyepak...leh lg setia.....tahap kesabaran pun ada batas gak kan......hehehe terlebih emosi plak.....apa2 pun sy suka cite ni...watak fayqa yg tabah dlm hidup....berdikari.....tak sabar nk bc sambungannya lg....satu lg novel yg buat sy tertunggu tiap2 hari...jatuh cinta dgn novel ni

      Delete
  36. Kpd Hanina yg sgt² di minati penulisannya...

    saya mohon sgt² novel ni tak nak lah adik dgn abang bergaduh berebutkan si Fayqa tu..tak brp suka lah konflik mcm tu...

    TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm r/ship between fayqa n dzariff & fayqa n dzahim, kira dah 100% confirmed dalam kepala saya....so Arhanida tengok ye how its going to turn out. hmmm...rasa2nya cerita ini kan turn out typical brothers fighting for a girl tak? (evil ms writer!!)

      Delete
  37. amboi adik........ngada-ngda betul.....sikitpun tak nak berenggang ni
    ... makin meningkatlah suhu kejelesan si general sengal ni nampaknya......suka-suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm kan derang ni frens dari sebelumnya...

      Delete
  38. si general sengal... si sengal junior..heheeehehe comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he sama2 sengal, in their own way

      Delete
  39. Nina....few phrases that I loike from this chapter :
    1.Mata Dzariff masih lagi memandang ke arah belangkas dua ekor itu. Seekor di atas katil, seekor di sebelahnya. Asyik nak berduaan saja.
    2.“Dia dah mengamuk nak awak. Ini yang saya tolong, tolong panggilkan awak,”

    Ayat2 ni make me senyummmmmmmm nak sampai telinga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. interesting.... i thot bab 7 was kinda weak!

      Delete
  40. ingat Dzahim hilang ingatan tadi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm nnt dia kena depression.... bukan hilang ingatan

      Delete
  41. owh mush ni rupenye matchy-marchy yg dzalia cakap tu... tengok macam baek... tapi xtau la lps ni mcmne karakter dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mmg baik lagi skema, cuma annoying sebab tersangat skema

      Delete
  42. macam peliks betul..macam mana lah si jeneral yg mulut macam longkang tu boleh berdating dengan minah gediks anak dato lagi...macam otak akak tak boleh nak compute...!!! ha..ha..giler teruja nak tahu macam mana boleh tersangkut..mamat yg perasan bagus tu kan..as what they say..love is blind...
    kelakar giler bila jim tu komen ..yg kak iparnya macam gitu..sah satu famili mmg anti minah tu kot? Teruja pulak nak tahu..kenapa pulak ek si Jim tu pulak semakin manja dengan si fayqa sedangkan mereka hanya BF kan..atau akak miss something ...kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. re: jim, he's traumatized, fayqa saved him, so he feels like he needs F to be close in order to feel safe.

      hmmm, matchy2 tak gedik but annoying, will try to clarify her character

      Delete
  43. *dekna lee* kenapa sy suka dzahim? kenapa? knapa? dan kenapa kak nina? explain please? hehehe

    ReplyDelete