Tuesday, 5 March 2013

Seteguh Fayqa Bab 7....teaser


sorry gals, mlm ini terjebak dgn running man dan jackie chan, maka bab 7 hanya dinaikkan teaser shj.

namanya pun teaser, pendeklah kan...so be warned! insyaAllah ada rezeki di sambung mlm esok

(oh Aomori Sakura...di manakah azam ku untuk menulis SF dengan kadar perlahan mcm kereta lembu?)


Bab 7



Berkat kasih sayang seorang bapa, Haji Dzulqarnain tiba di hospital sewaktu azan Asar kedengaran, dan selepas solat maghrib, Dzahim membuka matanya buat kali pertama sejak peristiwa dia dipukul. Puji syukur kepada Allah tidak lekang-lekang di bibir semua yang sudah berharian menunggunya di wad ICU itu. Bergilir-gilir mereka masuk menjenguk Dzahim.

Reaksi pertama Fayqa melihat Dzahim adalah lega...lega kerana wayar-wayar dan tiub-tiub yang berselirat di tubuh sudah berkurangan, hanya tinggal satu dua. Reaksi kedua, timbul semula rasa bimbang di hati Fayqa apabila melihat mata Dzahim lesu dan kosong, bagikan tidak tidak kenal orang yang menjenguknya atau faham apa yang telah berlaku kepadanya. Apa-apa pun Fayqa memujuk hatinya, one step at a time....Dzahim sudah buka mata ini pun syukur kepada Allah. Moga-moga esok lusa, dia akan semakin pulih.

Keesokannya Dzahim akan dipindahkan ke wad biasa. Kata doktor, jika kesihatannya semakin stabil, dia akan dibenarkan pulang. Pulang ke rumah keluarga Dzahim malam itu, Fayqa menunaikan solat kesyukuran.

Esok paginya, awal-awal lagi Fayqa sudah bangun, bihun digoreng untuk sarapan. Nasi ditanak untuk makan tengahari, lauknya sambal tumis sotong dan masak lemak kobis. Selesai bersarapan, tidak sabar-sabar Fayqa dan ahli keluarga Dzahim ke hospital, mahu melawat Dzahim yang sudah berada di wad biasa. Malam tadi dia ditemani abangnya di hospital.

Di wad biasa, tiada had pelawat. Semua orang boleh masuk serentak. Seorang demi seorang menghampiri Dzahim, menegurnya dengan lembut serta mencium pipinya. Namun matanya masih lesu dan kosong. Fayqa membiarkan semua ahli keluarga Dzahim menegurnya dahulu. Biarlah dia yang terakhir, dia hanya seorang kawan.

Bila tiba giliran Fayqa, perlahan-lahan di bergerak ke sisi katil Dzahim, dia menyapa dengan lembut, “Assalamualaikum Jim. Alhamdulillah kau dah sihat...”

Belum sempat Fayqa habis bercakap, mata Dzahim terbuka luas, bergerak ke wajah Fayqa dan mulutnya menyebut, “Peh...peh...peh...”

Habis terkejut Haji Dzulqarnain anak beranak melihat reaksi Dzahim bila ditegur Fayqa. Dadanya berombak-ombak kencang dan tangan kanannya menggagau-gagau mencari tangan Fayqa.

“Peh...peh...peh...” mulutnya tidak berhenti-henti memanggil Fayqa.

“Aku ada, Jim, aku ada. Bertenang, bertenang. Kau dah selamat. Kau di hospital sekarang. Family kau semua ada. Bapa kau pun ada ni. You are okay now, Jim. Jangan takut,” gerak hati Fayqa merasakan yang Dzahim masih lagi trauma dengan apa yang berlaku kepadanya dan dia perlu dipujuk agar bertenang.

Tanpa berfikir panjang, tangan kanan Dzahim digenggamnya. Dzahim perlukan sokongan emosi sekarang. Halal haram, belakang kira. Kalau tak ditolong, jika Dzahim mati akibat trauma, bagaimana? Itulah apa yang Fayqa fikirkan.

Haji Dzulkarnain segera menghampiri anak bongsunya, dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubun anaknya. Hajjah Azimah cepat-cepat menadah tangan, berdoa kepada Ilahi agar anak kesayangannya diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran yang hebat ini. Kakak-kakak Dzahim terdiam tak terkata, terkejut dengan keadaan adik mereka.

Si abang sulung di hujung katil, berkerut dahi, memandang tangan gadis yang datang entah dari mana itu.....yang erat menggenggam tangan kanan adiknya.

61 comments:

  1. Hohoho...dzhariff sila rabak mateee tgk scene ajim dgn fyqa...tersentap ke??

    Oh oh oh kak nina... Mmg sikit... Tp ok jer.. Terubat rindu.. Tenkiuuu kak nina.... Esok mlm up full sis.... Hihi

    ReplyDelete
  2. I nak cakap 'keep up the good pace. untung2 akhir tahun boleh kelek SF versi buku' ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha (can only laugh at the moment) hows yr progress?

      Delete
    2. Nina, awak tulis slow mcm kereta lembu I suka. Tulis laju2 mcm bullet train I lg SUKA! Yg penting at last SF dlm dakapanku...

      Delete
  3. Best lah crita ni. I want more plizzz.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...mlm esok. skrang dah ngantuk

      Delete
  4. Waahh..best nina! Nak lagi! Ehe..

    ReplyDelete
  5. Abang dah mula sentap ek?! Sabar je lah... Apek! Sila jalankan tugas memukau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apek ni insesn je, tatau apa2. Budak berwawasan cam dia bukan ada pk nak bergewe

      Delete
  6. Alhamdulillah dah sedar , tapi kenapa dia macam gagap ha? Yg abang lagi le muskil kan .... mungkin ada yg salah faham di sini. ...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. seba dia kan kena traumatic brain injury, kepala kena ketuk teruk, so otak dia masih tak boleh berfungsi dgn tahap 100% lagi

      Delete
  7. Sukanya ,ada yang merah matala. nmpak gayanya ,teruuuus menuuuulis .

    ReplyDelete
  8. Sukanya ,ada yang merah matala. nmpak gayanya ,teruuuus menuuuulis .

    ReplyDelete
  9. Lor, ada juga update. Kata nk slow down. Haha.. Tapi takpe, kami suka. :)

    ReplyDelete
  10. Suke baca part ada org jeles tahap petala...10q 4 the n3

    ReplyDelete
  11. ceskek la 2...mesti si dzariff nak wat tohmahan x berasas kat dlm kepala otak dia la 2..darurat la weyyyyy...kalo jelez cakap jelez jgn pasni kate mcm2 kat fayqa 2 cian dia...kalo ske ckp ske...senang cite mak bapak n adik2 leyh kautim punye hehehhe....tp kan dzahim 2 sayang benar kat fayqa kan...dlm byk2 owang yg p melawat dia nama fayqa yg dia sebut dulu walaupun x lepas kat kerongkong...kesian dia sampai tauma 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sebut nama Fayqa sebab masa dia kena pukul teruk Fayqa yg selamatkan dia, so dia rasa cam dia need Fayqa to be beside him ALL the time, si abang mula tak senang duduk...ants in the pants gitu keh keh keh

      Delete
  12. haaaaa....jeles kauu encik genral x kesampaian!!!hahaha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 pun hatinya sudah mula bergetar....:)

      Delete
    2. dup dap dup dap.....aisyyy cptla babak mengayat dri en general kpd fayqa...hee

      Delete
  13. sukanye ada org jeles... org dok pk pasal ajim, si general dok pk pasal tangan... memang sengal. hahaha

    nina terima je hakikat yg u dah addict menulis. ingat masa mula2 follow SF ni nak ikut style pn writer jugak... nak slow & steady thats y x minta2 n3.. tp memandangkan pn writer kita ni dok gatal tgn bg teaser bagai... so silalah bg n3 laju2 ye... hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah norana....orang lain sibuk pasal jim, general dzengal sibuk tengok tangan apek pulak.

      pasal nina dah jadi 'penagih' ni...i suka aje, lagi dia addict lagi bagus untuk kita kan? :-)

      Delete
    2. BETUL BETUL BETUL... i like.. :)

      Delete
    3. setuju2 dgn kak norana!!! sile bg n3 laju2!!!hehe

      Delete
    4. wah...ai setuju sangat cakap all ni..boleh joint sekaki..ek..ai mmg addicted ngan citer ni sekarang..apa ek kita nak buat ni..dah jadi addicted hari hari mesti lepak kat sini..walau mcm mana busy pun mesti nak take a peep kat sini...

      Delete
    5. tau xpe kak ida...kdg2 tepaksa tutup fb.nk fokus buat kje.tp tgn still gatal buka blog nina. gatal nk mengomen jugak!!! msti nk kne lepak cni!!haha

      Delete
  14. Kak Nina, general tu tgk je...dalam hati geram..tunggu masa mulut tu nak muntahkan laser..yela ...nak cover hati yang sakit....

    ReplyDelete
  15. ok tak sabar nak tau ape yg ada dalam kepala general tgk Jim duk genggam2 tangan fayqa..
    kehkehekeh (gelak jahat)

    ReplyDelete
  16. Kenapalah akak rasa macam menu2 dalam cerita nie semuanya menggugat diet?

    Owh, Fayqa memang dipanggil Peh ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu2??? gugat diet??? bebaik kak aziela... takut terkena diabetis / darah tinggi lak nanti.. hahahaha

      Delete
    2. aziela: nk nyampuk...kwn2 pgil fayqa pek/apek sebenornye tp myb jim tegagap2 lg+ trauma, tu yg jd peh tu... bt0l x nina..kalo salah mahap ler...heee

      Delete
  17. hoyea!!!! Jim dah sedar.. sure makin membara abg general kita... keep up the good work Nina, usaha tangga kejayaan hehehe...

    ReplyDelete
  18. si dzengal jeles ke tengok apek pegang tangan jim? suka suka suka....

    ReplyDelete
  19. kak saya pun giler tengok running man x pernah miss langsung.

    ReplyDelete
  20. ada org jelessss ....i loike :)

    ReplyDelete
  21. Huhuhu kesian Dzahim.......erkkkk Ada org cemburu ke tu? Hihi

    ReplyDelete
  22. Nina, i baru nak feeling lebih sikit.. tengok2 dah habiss.. nama pun teaser kan.
    Ok, i tunggu malam ni.. rajin2 kan lah tangan utk menaip yee..

    ReplyDelete
  23. jeles lah si general sengal tugaknya....kekekek....tak sabarnya tunggu :)

    ReplyDelete
  24. serasanya mesti ada salah faham antara fayqa dan Dzariff bila memperlihatkan perilaku adiknya yg memegang tangan gadis itu dengan eratnya seakan tidak mahu melepaskannya..apakah perasaannya yg terbakar melihat keintiman diantara gadis yg bernama fayqa boleh diklasifikasikan cemburu oleh dirinya si Dzariff itu.. mungkin ke dia sendiri terkeliru dengan perasaannya sendiri yg mungkin bertepuk sebelah tangan terhadap gadis itu yg mungkin telah tanpa dia sendirisedari telah mencuri hatinya...alahai Nina..jgn lah mendera hati dan emosi kami lagi..plz full E3 ..rasa tak sabar nak tahu.. adakah adiknya mamat sengal tu telah hilang ingatan dan kenapa percakapannya macam tidak terang..adakah dia akan cacat kerana pukulan itu ..dan kenapa ek..dirinya dipukul tanpa belas kasihan oleh budak budak nakal itu..terujanya nak tahu..

    ReplyDelete
  25. Wah.. bagus nina.. tingkatkan kelajuan SF .. hehehe up sikit dr kelajuan kete lembu.. kalau cc bsr sikit pun ok =)

    ReplyDelete
  26. ooo someone's jealous~ Am seriously loving the characters! :)

    Btw, finally bought myself a copy of K&K. Great job as always Nina. Was touched to find my name in there, you never do fail to surprise me.

    ReplyDelete
  27. Tgn gadis yg dtg dr mana ye?
    Terbayang2 muka kelat si Dzariff, tertelan2 air liur, mata buntang...jgn dia fikir bkn2 dh la psl Fayqa..

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Hhehe.. Wat menu cekodok pisang lak kak nina.. Bagi djim tu cepat sihat...

    ReplyDelete
  30. Sian dzahim tu..trauma...
    Hahaha...si abang jeles la tu

    ReplyDelete
  31. nina..fell in love with your first novel and 2nd novel. best giler!!!! tak sabar nak tunggu SF..cepat2 n3 tu. love your writing

    ReplyDelete
  32. Akak setuju... akak pun fall in love dgn dua novel sebelum ni...tak sabar ni nak tunggu yang ke3 keluar.......

    ReplyDelete