Sunday 29 July 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 3

Khas untuk Norana
Saya plan nak naikkan esok, baca mesej Norana, ai... saya ni kan can't say no! Enjoy Bab 3 ni mmg pendek saja. Bab 4 minggu depan insyaAllah kalau siap.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _
Bab 3

Belum sempat Naz duduk, Reham menarik tangan Naz, sambil berkata, “Excuse us, guys. We ladies need to talk.

            Tiba di luar kafe itu, dengan muka yang penuh teruja, Reham memberitahu, “Nuts, we are flying to Melbourne tomorrow!

            Naz menjulingkan mata  ke langit, “Excuse me, did you say we?”

            Come on, Nutter, don't be a wet blanket!

            “Reham, saya nak jadi wet blanket ke dry blanket ke, saya ada hak, tau! Nak saya sebut?”

            “Yelah, yelah. Saya tahu awak nak sebut peristiwa 'Sleepless in Seattle' versi Zubayr kan?”

            Semasa belajar di Seattle, Reham jatuh hati dengan seorang arkitek berketurunan Syria  bernama Zubayr. Jejaka ini pula asyik hantar mixed signals, sekejap nampak berminat, sekejap nampak macam kawan biasa. Hampir setahun juga Reham menunggu Zubair buka mulut. Akhirnya semasa balik bercuti dari Syria, Zubair bawa pulang pengantin perempuannya. Huwaaa! Berapa bulan Naz terpaksa melayan Reham yang patah hati. Berapa banyak malam melepak di kedai-kedai kopi yang bersepah-sepah di Seattle.

            “Reham, awak ni kalau jatuh hati, awak macam jatuh dari Space Needle, awak tahu,” cemuh Naz, menyebut mercu tanda terkenal di Seattle yang tinggi itu.

            Better love and be hurt rather than not loved at all,” bermadah pula awek Jordan ini.

            “Yelah, nanti awak patah hati, siapa yang kena pujuk?”

            “Nutter, awak tahu tak berapa jam penerbangan dari Bali ke Melbourne?” tanya Reham pula.

            “Awak tahu saya tak tahu dan saya tahu awak tak sabar nak bagi tau saya.”

            “Tak sampai enam jam!!”

            “Kenapa? Makin dekat ke Melbourne, makin kurang sakit patah hati awak nanti?”

            “Naz, awak ni pesimistik tak habis-habis! Kenapa awak yakin sangat saya akan patah hati?”

            “Kau tak pernah lalui apa yang aku lalui. Kalau kau kena macam aku, engkau pun akan jadi pesimistik!” membebel dalam hati saja sebab apa yang berlaku kepadanya empat tahun lalu tidak pernah dia ceritakan kepada Reham. Kalau tak diceritakan, lebih cepat dapat dilupakan. Lagi pun memang tujuan utama dia ke Amerika Syarikat untuk lupakan peristiwa pedih itu.

            “Reham, awak dah fikirkah, apa jadi kalau awak ke Melbourne dan selepas beberapa hari di sana, tengok-tengok awak tak ngam langsung dengan dia?”

            “Nuts, kalau macam tu, saya dengan dia kawan sajalah. Tapi kita tetap makan angin, tengok-tengok Melbourne. Bila lagi nak pergi ke Melbourne?”

            “Humph, yelah tu....jadi kawan, makan angin di Melbourne, konon! Nanti, entah-entah habis semua kedai kopi di Melbourne tu awak tarik saya pergi lepak untuk dengar cerita sedih awak.”

            “Nutter, awak ingat senangkah nak berjumpa dengan orang yang kita rasa belahan jiwa kita? Satu dalam sejuta pun susah. I can feel that Hamza is the one. Habis, patutkah saya ikut kata hati saya, pergi ke Melbourne, kenali dia dan keluarganya dengan lebih dekat. Atau saya hanya ucapkan “Good bye, hope to see you again” esok dan seumur hidup saya, saya tertanya-tanya if he's the one?

            “Urrrrggghhh, Reham! Awak selalu buat macam ni kat saya. Okeylah, okeylah, saya temankan,” akhirnya Naz mengalah. Boleh bilang dengan jari berapa kali dia menang kalau berdebat dengan Reham.

            Lebar senyuman Reham, “I love you, habibti!” Naz dipeluk, pipinya dicium kiri kanan.

            “Yelah....., kalau tak diturut katanya, mahu sampai ke esok kena tadah telinga,” bebel Naz dalam Bahasa Melayu.

            You're praying that things will work out between me and Hamza, right?” perli Reham.

            Dalam Bahasa Melayu pun aku tak boleh menang!


“Hamza, great news, Nuts has agreed to go to Melbourne with us!” Reham buat pengumuman bila mereka masuk semula ke dalam kafe.

            Berkerut dahi Khaalish mendengar kata Reham.

            Great! You are more than welcomed to visit us, Naz,” ujar Hamza, senyumnya dari telinga kanan ke telinga kiri.

            Hamza, let's go check out the tickets at the cyber cafe next door,” Reham sudah tidak sabar-sabar, memang inilah sifatnya, buat apa-apa pun semangat mesti terlebih-lebih. Naz pula yang macam jadi mak-mak kena tolong ingatkan dia untuk fikir dulu sebelum buat apa-apa.

            See you later, guys,” kata pasangan Arab yang sama-sama energetik itu lalu mengangkat punggung meninggalkan Naz dan Khaalish berdua di meja.

            “Selalu ke buat kerja menonong-nonong ikut lelaki yang baru dikenal?” tajam sungguh kata-kata Khaalish, setajam renungannya.

            Berubah air muka Naz, dari bimbangkan Reham kepada marahkan mamat tak sedarkan diri di depannya itu. Namun hanya untuk beberapa saat. Selepas bermacam peristiwa pahit yang dia alami, dia sudah jadi lali. Hatinya sudah tidak berbekas. Segera timbul senyum tawar di bibirnya.

            “Pertama kali,” jujur lurus sahaja jawab Naz. Buat apa hendak marah, buat apa hendak menjawab dengan sinis?

            Sekali lagi Khaalish tidak faham dirinya sendiri. Melihat riak terluka di wajah Naz, dia terasa bagaikan mahu peluk gadis itu, mahu minta maaf, mahu pujuk-pujuk. Luka hati Naz, luka juga hatinya. Kenapa ya?

            “Ish, badan saya melekitlah. Bau asap pun ada. Please excuse me, ya. Nak mandi, lepas tu tidur. Good bye.

            Belum sempat Khaalish berkata apa-apa, gadis itu sudah melangkah keluar dari kafe.

            Good bye, katanya, bukan Good night.”

            Cepat-cepat dia bangun mengekori gadis misterinya, takkan nak dibiarkan berjalan balik ke hotel sorang-sorang tengah-tengah malam.

74 comments:

  1. Kesian Khaalish, masih tertanya ttg betapa misterinya gadis yg bernama Naz.

    Tp sebenarnya dlm hati sudah ada taman. heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Has...nnt kan tmn nya mekar mewangi.... Naz x terkata apa

      Delete
  2. pendeknye...huhu..tapi takpelah..layan jer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warning.... Warning. .. Bab 4 pun pendek jg tapi ending nya ada kejutan!!

      Delete
    2. a'ar pendek sgt...x puas baca...rasa2 esk da smbgn bab 4 x? hehehhe

      Delete
    3. y@t, miggu depan lah, right after cuti nuzul quran ok. saya ni mlm2 pancit ah, after buka puasa n tarawikh

      Delete
  3. Siapalah Naz ni? Ermmm..x-girlfriend Khalish ek? Naz kena mainkan dengan Khalish ke sebab tu dia jadik pesimistik?? Tekaan demi tekaan..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oja..teka..jgn x teka... Lps bab 4 sy ingat nak buat game teka teki...tp ending bab 4 ada biiiiig clue

      Delete
  4. why sooo short,nice n3
    keep it up.....
    what happen between klaalish & nutter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajeje... Bab 4 ada clue... Bab 5 semua terungkai...

      Delete
  5. Dear Hanina,

    - Lovely story, akak suka sangat, sama macam PMS tu...
    - Bila baca PMS, repeat and repeat....best sangat...

    -kak fadz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak fadz... X sabar nak tunggu u bc pms sampai abis. Then u tell me 2nd half of the story ok ke tak. Boleh tahan jg romantiknya. 1st half ada cup cake... 2nd half ada smoked mackarel.... Ada bubblegum pop... Ada ais krim. eee bln posa ni ckp psl mkn je plk

      Delete
    2. pastu ikan bakar miahahahhaha....pasni ape yeh....mmg x sabar la nak tunggu kuar huhuhu

      Delete
    3. haah stroberi, terlupa ikan bakar ha ha ha

      Delete
  6. TQ nina... syg sgt2.. komen dulu baru nak baca ni...

    ReplyDelete
  7. wah pendek tp padat. bestnyeee.... mcm biasa lakan.. 'nak lagi'. seronok sgt baca cite ni.. hati ikut berdebar2 & dah bertaman2 dah dlm hati ni.. thanks nina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he norana.. Glad that u like it. Nak buat camna pendek. Bab 4 pun pendek.... Tp ada clue....

      Delete
  8. yayyy, best! :) Seems like you yourself have travelled quite a lot! Must have been cool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jane.. I went to yr blog n found that ur so young n so deeeeeep! My advise to u is to travel then u will find that the deep clouds that u see hv diffrent shades of grey. Wont promise u rainbows but shades of grey make one wiser. Just my 2 cents.

      Delete
    2. Dark clouds...not deep clouds. Androids. ..bah!

      Delete
    3. Nina-true what you've said. Travelling make you wiser-with many rainbows to see!

      Delete
    4. Aww thanks. :) smart phones are sometimes too 'smart' if you know what I mean, ;)

      Delete
  9. Yup. Just short and nice. And still blurry. Hehe. Wah, Naz dh siap ucap goodbye tu konon2 xmau jumpa lagi. End up? Melekat terus kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Dia ingat dia takkan jumpa khaal lg. Tengok2 mamat tu kejar dia sampai ke "lubang"

      Delete
    2. Hahaha... mesti khaal ikut g melbourne kan...

      Delete
    3. nope, not to melbourne, tapi ke "lubang". follow the story nnt you tau ttg "lubang" ni

      Delete
    4. wah 'lubang' bagai... semakin curious ni. jgn la dera perasaan kitaorg.. iskh..iskh..iskh..

      Delete
    5. norana, 'lubang' ni daerah terpencil, suatu destinasi yang saya suka sebab adventurous. tapi saya tak tahu lah readers suka ke tak sebab readers mcm suka je tempat2 yg glamer mcm paris, NY, london. norana, editor kt pms kuar lg 2 minggu yahuuu

      Delete
    6. wahhh!! bestnye.. Tinggal 2 minggu je lagi utk kitaorang terseksa & meroyan?? alhamdulillah...hehehehe

      Delete
    7. Lubang ke, lombok ke, lurah / gaung / gurun... yg pnting mana N & K gi, i will followwww.... start countdown... 13days to go... bestnye...

      Delete
    8. fidd, saya kira2 ekceli kurang dari 14 hari he he he

      Delete
    9. norana...saya pun buat countdown. this will be a great Raya gift for me!!

      Delete
    10. yahoooooo!!!!!!!2 minggu lagi jd hadiah raya la...tp nak yng ade TT nina yah3!!ppleeeeaaaccchhhhhhh (^__^)

      Delete
  10. Waaa... Luka hati Naz luka juga hatinya...ayat tak hengat... Pasai hang la dia terluka khalish oii...
    Cik nina mcm lambat je next week tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ina.... Awak dpt award komen plg klakar.... Esp part "pasai hang la" wa ka ka

      Delete
  11. Nina, I tunggu pms siap published. Lambat lagi ke? I order direct from u ye, with your signature, he he he. Boleh meh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apple, so far no news pun lg psl pms. jap i gi tanya ye. can order direct but raya ni kan posto cuti, nnt u dpt lambat pula

      Delete
    2. pergh..semangat dik..nak tanya ni..pms..betui keluaq bulan depan kan..dah..dapat jawapannya..ke..akak lagi excited nak tahu citer pms ni..jln citer dia mmg sampoi ..tapi dia ada umph ..pada character yg adik lakarkan...pada minah innoncence tu yg begitu polos ..dan mamat poyo yg mengong..

      Delete
    3. ida... br editor sms saya, pms kuar lagi 2 minggu, yabe da bedu!! nanti ida komen pasal keseluruhan novel pms ye. saya ni perasan, saya suka sangat pms, tapi tulah kut2 pembaca kata citer dia plot memeningkan ke, jln citer laju sangat ke etc. idaaaaa.... terujanya saya (wahhh writer terlampau ni) doakan betul2 kuar 2 minggu lagi ye

      Delete
    4. Nina Khabau kat akak syarikat penerbitan yang keluarkan PMS...akak tak sabau nak baca ending PMS huhuhuhu

      Delete
    5. tahniah hani..jom ..ambik ...order kita org ngan signature u sekali..lagi gempak..dpt lipstick U..
      Wokai..akak satu..(macam order teh tarik roti canai kedai mamak...!!)

      Delete
    6. mrs zack, penulisan2u enterprise, sister company of karya seni. nnt lps abis baca pms, kasi tau ek, ok ke tak :)

      Delete
    7. ida, saya bimbang kalau nak tunggu saya poskan nnt lambat pulak u dapat.

      Delete
    8. tak pa..akak nak yr signature yg penting sebab anak pertama/anak sulung..so mesti ada ong...U charge postage pun tak pa..sbb akak tau minggu tu minggu raya..mesti pak poslaju nak berjimba jimba...

      Delete
    9. Yup kita pun nak jugak... nak 2 tau.. bestnya bila penantian dah nak berakhir.. senyum sokmo ni..

      Delete
    10. :) nanti kasi komen ye so that I can improve

      Delete
  12. Arrrggghhhhh!!!! strezz3....Alaaaaaaa Nina....x yah la tunggu sampai minggu depan...up la n3 baru cepat3 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, slow2 lah sbb bab 4 tu dlm rough draft lagi. bab 5 lagi blurr

      Delete
  13. yessss we r going globetrotting!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. quite... i hope you guys wont be tired of the trip, its rather self-indulging of me yg gila travelling

      Delete
  14. truly naz..u really made us so curios to know abt what happens really between both of them.. terasa ada dendam dan benci yg terpalit didalam diri Naz pada Khaalish..
    Harap adik dapat rungkaikan misteri yg menyelubungi diri Naz. Sape sebenarnya gadis ni yg nampak so cool dan terlalu dingin..sape keluarga gadis ini..yg membiarkan sahaja anak gadis nya merantau kehujung dunia tanpa memikirkan keselamatan sigadis ni..adakah gadis ini juga dari golongan elit dan berharta..yg membolehkan dia boleh travel sesuka hati ..menulis dan pada persepsi akak..mungkin sedang merawat luka dihati...
    pergh dik..mmg begitu misteri..sigadis ini..sesungguhnya adik dah berjaya membuat kami tertanya tanya..sapekah gadis ini dan hubung kait dengan mamat poyo playboy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida ... bab 4 ada clue, ...bab 5 terungkai misteri, kemudian bab 6 timbul pula satu lagi karekter.
      oh! saya harap ida takkan bosan ikuti citer naz dan khaalish ni ye. pasal mak bapa dia bab 7 ada citer sikit.

      Delete
    2. no prob..akak akan setia dengan hani..

      Delete
  15. Wow.. PMS lagi 2 minggu klr.. Kena cari akai macam mn nak pi dptkn PMS kat kedai buku..
    Dah lama hobi kumpul novel ni dihentikan sejak kahwin, suami sy ckp sy dok dlm dunia sy sendiri.. Tu yang dok blogwalking sana sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina.... pandai-pandailah pikat hati dia so that dia ok je kalau u baca pms. or.... u kata u baca sebab nak improve yr skills ahaks!

      Delete
  16. kite dah spare duit nih nak beli novel kak nina.. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak doakan fizah dapat banyak duit raya ok?

      Delete
  17. 2 weeks? Wow. So Nina, you tell us camana nak order from u, accn number etc. We all dah spare siap-siap ni. Pms akan jadi milikku soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk, i pun tatau sebab penulisan2u enterprise ni kan sykt baru walau sebumbung dgn karya seni. kata editirnya its online bookstore akan siap sehari dua ini. Apple, kalau saya postkan kpd awak, tak lambat ke terima sebab nak raya? Nnt kita tengok camna ye

      Delete
  18. dah jadi habit buka blog ni hari-hari hehehee sukanya pms dah nak mari... tak sabar nak baca. kisah naz n khaalish ni kasi habis post dalam blog ni ya...

    ReplyDelete
  19. Re pms..apa2 brita..i upload kat sini. Ramadhan ni sy free bolela naikkan citer naz & k seminggu sekali. Lps ry sibuk balik... Mesti lambat siap kisah n&k

    ReplyDelete
  20. Nina.. naz will move to philippines ke??? i found "lubang island", it's beautiful & consider 'ceruk'... betul tak????

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, u r too funny, norana. siap pegi cari lagi. no, not the phillipines. eh dah figure out ke the history between naz and khaalish?

      Delete
    2. bukan ek? history diaorg x tau nak speku apa.. kena tunggu bab 4 baru leh generate otak... cite u ni byk info (PMS & N+K), ada yg kita tau ada yg x tau.. terima kasih kepada google search yg byk membantu.. hihihi... serious, ubud tu baru je tau after baca bab 1, hahaha..

      Delete
  21. kita dah nampak title PMS kat www.p2u.my, novel akan kuar Ogos. bestnye.... tp cover lom ada... excited nye nak order... tp nanti leh dpt nina nye signature x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hwa ha ha saya pun teruja sangat2. nak jawab soklan awak saya pun tak tau!

      Delete
  22. Sinopsis di p2u.my

    NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

    “Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

    Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

    “Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

    “Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

    Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

    “Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

    Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


    p/s: statement zahrain jatuh cinta sweetttt sgtttt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha! TQ Norana! Saya pun tak perasan dah ada kat online. Editor kata cover dah siap, agaknya derang tak put up lagi. wa ka ka geli hati saya baca sinopsis, mcm tak percaya saja, pms yg saya tulis utk suka2 nak kluar versi cetak!!! Group hug!!

      Delete
  23. Norana, awak sgt excited ye.. Sayapun.. 7 tahun saya kuburkan minat saya tp PMS buat saya addicted..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. sama la kita, novel dah 10thn dtinggalkan... but since baca pms terus start kumpul novel semula... hubby dah x terkata apa...

      Delete
  24. I read malay novel late last year to improve my malay!. All I know I now have 100++ malay novels! My hubby said am like studying for my phd!. Bought 4-5 novels a week

    ReplyDelete
  25. yeahhh pendek tpi padat ngn persoalan. hehe. nazzz nii. eh lpa nak ucap slmat mnymbut bulan ramadhan to hanina :) papepun salam ramadhan yee

    ReplyDelete
  26. ambik ko khalish...goodbye kt nyer bkn good night

    ReplyDelete