Thursday 12 July 2012

This is not a good idea....


..... but what the heck!

dengan kerja yang menimbun. dengan sinopsis, blurb dan penghargaan bagi PMS belum siap, saya ni gatallah pula tangan ...... jeng jeng jeng......menulis cerita baru!!!

so, saya letakkan kat sini, sekejap saja kut, isnin ni saya turunkan.

teaser PMS....tak pilih pun lagi part mana yg nak diteasekan. as u can see, kepala otak i tak brp betul skrg!

Bab 1


Perempuan itu memandang ke arahnya lagi. Sudah dua kali dia “menangkap” perempuan itu memandang ke arahnya.

Bukan Zaim Khaalish tidak biasa direnung oleh perempuan. Kalau perempuan tidak merenungnya, itu yang dia tidak biasa. Wajah yang kacak, tubuh yang tegap, pakaian yang bergaya, memang dia sudah terbiasa menjadi tumpuan perempuan! Itu belum lagi bercakap tentang kereta-kereta mewahnya.

Tapi perempuan ini lain. Biasanya jika Zaim Khaalish “menangkap” perempuan-perempuan merenung ke arahnya, dia dapat melihat dua reaksi. Satu, mereka akan termalu dan melarikan pandangan mereka. Atau, dua, mereka akan memberikannya jelingan dan senyuman yang mengoda.
Perempuan ini pula, reaksinya pelik. Bila pandangan mereka bertaut, dia tersenyum lebar bagaikan gembira bertemu kawan lama.

Do I know her?” bisik Khaalish di dalam hati sambil mencuri-curi pandang ke arah perempuan itu. Kassandra yang duduk semeja dengannya tentu mengamuk jika dia tahu Khaalish sedang merenung perempuan lain.

“Perempuan pakai tudung, mana aku ada kawan perempuan yang pakai tudung,” fikir Khaalish lagi.

Baby, kenapa tak makan? Tak sedap ke?” tanya Kassandra, manja.

“Err, sedap, sedap,” jawab Khaalish sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

Mericau mulut Kassandra bercerita tentang itu ini, sekali sekala Khaalish mengangguk-angguk atau menjawab “hmm,” sekadar untuk mengelakkan Kassandra dari menyedari yang tumpuannya sudah dicuri perempuan Melayu di meja hujung sana.

Perempuan itu sedang duduk semeja dengan dua orang rakannya, seorang lelaki dan seorang perempuan Arab. Teka Khaalish, pasangan Arab itu sedang berdating sebab mereka asyik berbual sambil makan malam sehingga menyebabkan perempuan Melayu itu kebosanan. Sekali sekala perempuan Melayu itu berkata sesuatu kepada pasangan Arab itu. Selebihnya pandangannya menerawang ke sana sini, menikmati pemandangan indah rimba semulajadi Ubud yang terbentang di keliling restoran Bridges itu. Jemu dengan pemandangan hutan, sudah dua kali dia merenung ke arah Khaalish.

“Cuba ingat betul-betul. Siapa perempuan ini?”

Jenuh Khaalish memerah otaknya namun dia masih tidak ingat.

“Tak boleh jadi ni. Potong stim dinner date aku dengan Kassandra. Silap-silap malam ini aku tak boleh tidur memikirkan siapa dia. Or worse still, sampai balik KL, aku tertanya-tanya.”

“Kassie, jom makan cepat. I baru teringat yang I dah janji nak telefon peguam I, ada hal penting di KL,” Khaalish mencari akal.

“Baby, special dinner macam ni takkan nak rush. Bukan selalu kita datang ke Ubud,” tingkah Kassandra.

“Malam esok, boleh datang lagi. Peguam I nak bincang tentang hal ni malam ini juga,” Khaalish berkeras, sudah terbiasa dengan pegangan my women do as I say.

“Khaaaaaaal....,” Kassandra cuba protes manja pula.

“Kassie, no business, no Ubud, no BMWs, no kondos, no nothing,” kering sahaja hati Khaalish.

“Okey, okey,” balas Kassandra, terpaksa mengalah. Dia tahu untuk Zaim Khaalish, business comes first!

Khaalish sudah mengangkat tangan, memanggil pelayan restoran untuk meminta bil. Selepas membuat bayaran, dia mengiringi Kassandra ke kereta mewah yang disewanya untuk bersiar-siar di sekitar Bali. Pemandunya segera mendapatkan kereta apabila melihat Khaalish dan Kassandra tiba di pintu masuk restoran. Pintu belakang kereta dibuka, Kassandra melangkah masuk.

“Kassie, you balik ke hotel dulu. I janji nak telefon peguam I sekarang. I need to make the phone call now,” tipu Khaalish.

“Khaaaal!! Takkan I nak balik ke Kuta sorang-sorang tengah-tengah malam ni!” suara Kassandra sudah meninggi.

“Kassie, stop whining. Pak Nyoman is a trusted driver. Setiap kali ke sini, I gunakan khidmatnya. Boleh tak you jangan ganggu I nak kerja? Kalau I telefon dalam kereta, linenya tentu terputus-putus,” kening Khaalish sudah terjungkit sebelah.

“Okeylah, okeylah,” Kassandra mengalah lagi, tidak berani melawan cakap Khaalish, boy friendnya yang terkaya sehingga takat ini.

“Pak Nyoman, selepas hantar Miss Kassandra ke hotel, patah balik ke sini untuk ambil saya ya,” arahnya tegas.

“Baik, Pak.”

Khaalish berdiri di situ, memandang kereta Pak Nyoman meninggalkan restoran Bridges. Bukan dia tidak sedar mulut Kassandra yang muncung sedepa, mengomel-ngomel tidak puas hati.

“Aaah!! Apa aku peduli. Itu perempuan misteri di dalam tu, kena siasat siapa dia. Dia kenal aku ke?”

Sambil berpatah balik masuk ke dalam restoran, Khaalish masih lagi berfikir-fikir. Memang ada beberapa kali gambarnya tersiar di majalah dan akhbar, sebagai Malaysian most eligible bachelor dan anak usahawan berjaya. Entah-entah perempuan itu pernah melihat wajahnya di media cetak.

Tiba di ruang makan terbuka restoran itu, mata Khaalish mencari perempuan Melayu itu di meja makan tadi. Tiada! Hanya yang ada pasangan Arab tadi. Mana dia pergi? Melilau mata Khaalish mencari. Hah! Itu dia duduk di bangku panjang berlapikkan kusyen tebal, sedang memandang ke arah gaung di pinggir retoran itu. Khaalish menghayun langkah ke arah perempuan misteri itu.

“Hai!” sapa Khaalish lembut.

Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.

“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.

“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.

Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.

Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.

Briefly,” pendek dan kriptik.

“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.

Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”

Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh trigger ingatan aku.

“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.

“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.

“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.

“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.

“Lebih kurang?” soalan memancing.

“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”

“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?

“Lebih kurang.”

Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.

“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!

“Tulis apa?”

“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!

Interesting,” komen Khaalish.

I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.

“Apa yang interesting?”

“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.

“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.

“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.

Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...

Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.

Khaalish memandang gadis yang ketawa hingga terhinggut-hinggut bahu dengan penuh kehairanan. Selama ini, bila dia bercakap dengan nada yang rendah sebegitu, diiringi senyum yang seksi, perempuan yang mendengarnya pasti tenggelam punca, memerah muka. Perempuan ini pula ketawa terbahak-bahak!

Obviously, my usual tricks don't work with her,” bukan kecewa yang timbul tapi azam yang lebih kuat untuk menggoda.

“Kenapa, awak fikir awak tidak interesting?” cuba mencabar pula.

“Saya ni biasa-biasa saja,” bukan merendah diri, itulah hakikat. Hakikat yang dia sedari sejak menganjak menjadi gadis sunti.

No, you're not,” refleks di minda Khaslish. Dia sendiri tidak pasti di mana menariknya gadis itu. Tidak putih gebu, tidak tinggi lampai, tidak lansing macam model, tidak bergaya sakan. Semuanya serba sederhana. Tapi menarik!! Menarik macam magnet, mata aku tidak boleh lepas langsung dari merenungnya, fikir si pemuda bergaya.

“Kalau awak tidak menarik, saya tidak akan datang menegur awak,” ayat penyata.

Tiada balasan, namun senyum manis masih melekat di bibir. She's not buying.

“Bercuti dengan kawankah?” Siasatan disambung.

“Bercuti dengan isterikah?” cabar si gadis. Khaalish suka. Suka gadis yang mencabar, baru ada thrill!

“No, just a friend,” disambut dengan tawa kecil si gadis. She's no fool, fikir Khaalish. Semakin menarik dia!

“Kawan?” tanya si jejaka laju, sambil kepala digerakkan ke arah pasangan Arab tadi. Mahu mengalih tumpuan sebenarnya.

“Yang perempuan, kawan baik saya.”

“Yang lelaki?” Oh, tolong jangan kata boy friend, lintasan minda Khaalish.

Her potential holiday romance,” ketawa lagi.

“How about you?” Pancing, jangan tak pancing!

“Me?” si gadis kehairanan.

Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “Tak ada potential holiday romance?”

Terbahak-bahak ketawa lagi.

Dang, Khal!! This trick doesn't work on her. Cuba benda lainlah,” Khaalish memarahi dirinya sendiri.

You know what? Idea yang baik untuk novel baru saya. Cerita tentang holiday romance!

“Baguslah, awak dapat idea baru. Want to explore the idea with me?

Ketawa lagi. Kemudian dia melambai-lambai ke arah temannya. Khaalish berpaling ke belakang, memandang perempuan Arab, teman baik si comel.

“Reham hairan tu, kenapa saya ketawa kuat sangat,” jelas si comel.

“Oh, namanya Reham? Saya Khaal,” si jejaka mengambil peluang untuk memperkenalkan dirinya. Tangannya tidak dihulurkan, stok perempuan pakai tudung mana bersalam dengan bukan muhrim.

“Ya, Zaim Khaalish Tan Sri Kamaruzzaman, dulu Dato' Kamaruzzaman,” bisik hati si gadis.

“Awak?”

Jeda …... matanya merenung Khaalish dalam-dalam, “Naz.”

“Naz,” ulang Khaalish. Dan diulang-ulang nama itu di dalam kepalanya berkali-kali.

Nope, nothing, nada, zilch!” Kecewa juga Khaal bila dia masih tidak dapat mengingati siapa gadis itu, walau pun sudah tahu siapa namanya.

Si gadis pula terasa lega bila si jejaka gagal mengingatinya. Lebih baik begini!

“Dari KL ke?” tanya lagi, nanti tentu aku ingat, fikir Khaalish. Walau pun dia tidak drop dead gorgeous, takkan aku boleh lupa perempuan yang interesting macam dia?

“Asal KL, tapi sekarang tinggal abroad.

Abroad sahaja, tidak disebutnya negara mana dia tinggal sekarang,” sedar Khaalish yang si gadis tidak mahu berkongsi maklumat diri.

“Dari Ubud, tak singgah KL?”

“Singgah sehari dua,” tak lekang-lekang senyuman di bibir, mata Khaalish pula tidak lekang-lekang tertancap ke wajah gadis misteri itu.

Maklumat ini Khaalish simpan di dalam di dalam mindanya, “Kalau masih tidak tahu identitinya, boleh disiasat di KL.”

“Selalu balik ke KL?”

“Boleh jugalah.”

“Saya orderkan minuman?”

“Sure, coffee,” jawab si gadis, tidak menolak.

Coffee?

“Tu, merpati dua sejoli tu, entahlah pukul berapa nak balik ke hotel. Kalau tak minum kopi, nanti saya pula yang terlena di sini.”

“Nak saya hantar Naz balik ke hotel?

“Oh, tak apa, tak apa. Saya perlu temankan Reham. Dia pun baru jumpa Hamza semalam. Bukan kenal sangat pun.”

“Awak seorang kawan yang understanding,” cuba taktik memuji pula.

“Sambil-sambil cari idea untuk novel baru sebenarnya,” ketawa lagi.

“Sudah banyak dapat idea?

“Boleh jugalah.”

Tangan diangkat memanggil pelayan, dua cawan kopi dipesan. Sambil menunggu kopi, Khaalish berfikir, bertanya tentang dirinya dia tidak mahu jawab. Kalau bertanya tentang bukunya tentu dia mahu jawab.

“Dah tulis berapa buku? Terbit di Malaysia atau abroad?”

“Ada a few, terbit di Malaysia.”

Mental note, cari novel dia di Malaysia.

“Wow, sudah a few, I'm impressed. Menulis full time atau part time.”

“Hmmmm...,” si gadis perlu berfikir seketika, “menulis full time dan buat kerja lain part time.”

“Kerja apa?”

“Macam-macam.”

Kening dijungkit, tanda minta penjelasan.

“Kerja jaga budak-budak, kerja di ladang, kerja jaga kedai, kerja restoran, kerja panggung wayang.....”

“Macam-macam kerja you buat. Tulis novel full time, perlu pekerjaan lain lagi?”

“Kalau I tak kerja, mana ada pengalaman nak dituliskan dalam novel,” polos sahaja jawapan Naz.

“Betul juga,” Khaalish melihat gadis di sebelahnya dengan mata yang berbeza, “Tak nak tanya I kerja apa?”

“Biar I teka,” senyum meleret lagi, “business?”

Obvious sangat ke?”

Naz tertawa kecil lagi, sambil mengangguk-anggukkan kepala. Tak perlu teka, memang dia tahu sebenarnya.

You tulis buku, pakai nama Naz, atau nama lain?”

Gadis disebelahnya bagai berfikir sebentar. Menimbang-nimbang samada patut beri maklumat lagi kepada aku, fikir Khaalish.

“Qalisha Irdani.”

Terkejut juga Khaalish, “Macam nama saya! Nama penuh saya Zaim Khaalish.”

“Oh ye?” pura-pura terkejut, “what a coincidence!”

“Nanti saya balik Malaysia, saya akan cari buku-buku awak,” janji Khaalish.

Gadis itu tertawa lagi, “Novel cinta ni, lebih kepada citarasa orang perempuan.”

“Sudah banyak novel ditulis, banyakkah pengalaman bercinta?”

“Bercinta belum, kecewa pernah,” kriptik lagi jawapannya.

“Pelik.”

54 comments:

  1. Great starting! tapi yang tak faham kenapa Khaalish kata nama Qalisha Irdani macam nama dia? Nontheless, great job! :)

    ReplyDelete
  2. besttttttttt! follow jugakkkkkk! :D sambung lagi ye! Saya suka! ^^

    ReplyDelete
  3. Nina, unless your storyline is different from the norm romance, then i will also, like the rest follow...... i will follow you ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina, Betul tak tipu - i do not lie girl!

      Delete
    2. alhamdulillah....different is good. i am excited abt this story tp rasanya perlu tengok sambutan pms dulu tak

      Delete
  4. sy suka dan sy tunggu selanjutnye...

    ReplyDelete
  5. Permulaan yg menarik,sy memang sangat menghargai kelainan dalam sesebuah novel. Apa yg lebih penting, plot tersusun, bukan merapu meraban, gaya penceritaan yg menarik, bahasa yg tersusun, kemas, dan gramatis,(maksudnya kalau ayat bahasa Melayu, betul diksinya, sama juga kalau guna BI), dialog watak-wataknya sesuai dgn tahap pendidikan dan taraf sosial watak tersebut,dan tidak klise. Cik Nina, tahniah, awk seorang penulis yg punya banyak pengalaman dan luas pengetahuan. (dalam senarai top ten penulis2 yg sy suka).harap teruskan kecemerlangan awk dlm berkarya,biar setanding dgn Khadijah Hashim, Fatimah Busu, dll,ya...bukan sekadar novel picisan atau penulis picisan semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! dah lama tak dengar perkataan diksi/diction. top ten? ish buku pun tak keluar lagi..blush, blush. err...mmg saya rasa saya setakat penulis picisan sahaja. tulis hanya untuk suka2. wbp, saya hargai komen anda, cik hamidahmawar.
      p/s: tak klise...i like!

      Delete
  6. Wohooo best giler,,,,tertanya2 ni....good2.... Nk lagi please,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  7. best as usual! xsabar nak tau sambungannya.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni saya nak tulis pelan2, pms terkocoh2 sangat

      Delete
  8. belum bace lagi, just wanna say THIS IS A GOOD IDEA!!!!!! didnt think it wuld come out this soon. i better read b4 u take it down...soon 2 hehehehe terbeaeekkkk nina

    ReplyDelete
  9. Waaaa, cerita baru. Interesting! Nice intro. Siapa agaknya si Zaim dalam hidup Naz ni ye?

    Apa pun, ai followww! :)

    ReplyDelete
  10. wohohoho khaal reminds me of this hensem-globetrotting-girl-friending-german-boss dat i used to work with...'no buss,no ubud...'haha sebijik mcm him - style & all. i totally agree with wat hamidahmawar komented. she xplained it to the T! all d best and always await ur entries...muahmuahmuahxxxxxxxx

    ReplyDelete
  11. pergh..ada kelainan ngan citer PMS..

    banyak teka teki..dan membuatkan pembaca seperti akak tertanya tanya ..hve they met each other before this?.. dan adakah Naz ni pernah dikecewakan olej mamat macam buaya tembaga tu..

    Pergh..tak sabar nak tunggu next E3

    ReplyDelete
    Replies
    1. i like 2 things in yr comment: 1. kelainan 2. buaya tembaga LOL

      Delete
  12. oohh nina!!!...i luvv this new story too. cpt2 ya post nu n3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh zue....this one i nak tulis pelan2, savoring each word gitu :)

      Delete
  13. keep on writing, nina :)

    love story is obviously an norm. but that doesn't mean that every story should be normal.

    you can definitely write ordinary stuff extraordinarily ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh my...u can write coronary comment extraordinarily too :)

      Delete
    2. ceh!! ordinary....not coronary...nyampah auto spell check in

      Delete
  14. I like.... Truskn cik nina!

    ReplyDelete
  15. yezzerrrrr.....ada yang baru la...akan lu followww...muahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mwa ha ha ha ha....eh2 sama2 evil laugh kita

      Delete
    2. ce sambung ce sambung....makin menarik nih....x kira sibuk2 pon nak gak bace ahhahahahhahaha

      Delete
  16. heheh.. yeahh.!! teruskan.. teruskan..!

    ReplyDelete
  17. Assalam Cik Penulis, really2 interesting!!! Usahaaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq sebab kt interesting, mmg sedang berusaha....siapkan kerja yg tertangguh akibat PMS!!

      Delete
  18. best ..suka..tahniah hanina,cerita yang ada kelainan penulisan seperti orang yang berpengalaman.suka dengan gaya penceritaan tak terlalu remaja,tk gila-gila sangat ,bahasa yang mudah di fahami,dalam jenaka/senda gurau ada nasihat terselit...teruskan menulis...

    ReplyDelete
  19. tq tq...kalau org kt cerita kosong sj, tentu terukkan. ada mesej tapi tak nak lah preachy sangat :)

    ReplyDelete
  20. Tulis perlahan2? alah..kalau camtu sebulan sekali la saya akan jenguk blog ni...takut nanti tension jer sebab nak kena tunggu nina update new n3..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramadhan ni boleh gak tulis satu bab seminggu. lepas raya nanti adoiyai tak tau la

      Delete
  21. pendahuluan diaa best. yeahh. nma sound sma. tpi eja lain. ada jodoh la tuu. adakah mreka pernah brcinta or ada history ni.. hmm

    ReplyDelete
  22. oh...ni bab pertama ke..dpat cari...
    orait2..teruskan pembacaan...

    ReplyDelete
  23. ok, nak start follow citer nie plk laaa...

    ReplyDelete
  24. Kak Nina... WC baru mula bace.... sangat sangat menarik... xsabar nak dapatkan KNK kat bookfair 1 Malaysia sabtu nanti...

    ReplyDelete