..... but what the heck!
dengan kerja yang menimbun. dengan sinopsis, blurb dan penghargaan bagi PMS belum siap, saya ni gatallah pula tangan ...... jeng jeng jeng......menulis cerita baru!!!
so, saya letakkan kat sini, sekejap saja kut, isnin ni saya turunkan.
teaser PMS....tak pilih pun lagi part mana yg nak diteasekan. as u can see, kepala otak i tak brp betul skrg!
Bab 1
Perempuan itu
memandang ke arahnya lagi. Sudah dua kali dia “menangkap”
perempuan itu memandang ke arahnya.
Bukan Zaim Khaalish
tidak biasa direnung oleh perempuan. Kalau perempuan tidak
merenungnya, itu yang dia tidak biasa. Wajah yang kacak, tubuh yang
tegap, pakaian yang bergaya, memang dia sudah terbiasa menjadi
tumpuan perempuan! Itu belum lagi bercakap tentang kereta-kereta
mewahnya.
Tapi perempuan ini
lain. Biasanya jika Zaim Khaalish “menangkap” perempuan-perempuan
merenung ke arahnya, dia dapat melihat dua reaksi. Satu, mereka akan
termalu dan melarikan pandangan mereka. Atau, dua, mereka akan
memberikannya jelingan dan senyuman yang mengoda.
Perempuan ini pula,
reaksinya pelik. Bila pandangan mereka bertaut, dia tersenyum lebar
bagaikan gembira bertemu kawan lama.
“Do I know
her?” bisik Khaalish di dalam hati sambil mencuri-curi pandang
ke arah perempuan itu. Kassandra yang duduk semeja dengannya tentu
mengamuk jika dia tahu Khaalish sedang merenung perempuan lain.
“Perempuan pakai
tudung, mana aku ada kawan perempuan yang pakai tudung,” fikir
Khaalish lagi.
“Baby,
kenapa tak makan? Tak sedap ke?” tanya Kassandra, manja.
“Err, sedap,
sedap,” jawab Khaalish sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
Mericau mulut
Kassandra bercerita tentang itu ini, sekali sekala Khaalish
mengangguk-angguk atau menjawab “hmm,” sekadar untuk mengelakkan
Kassandra dari menyedari yang tumpuannya sudah dicuri perempuan
Melayu di meja hujung sana.
Perempuan itu
sedang duduk semeja dengan dua orang rakannya, seorang lelaki dan
seorang perempuan Arab. Teka Khaalish, pasangan Arab itu sedang
berdating sebab mereka asyik berbual sambil makan malam sehingga
menyebabkan perempuan Melayu itu kebosanan. Sekali sekala perempuan
Melayu itu berkata sesuatu kepada pasangan Arab itu. Selebihnya
pandangannya menerawang ke sana sini, menikmati pemandangan indah
rimba semulajadi Ubud yang terbentang di keliling restoran Bridges
itu. Jemu dengan pemandangan hutan, sudah dua kali dia merenung ke
arah Khaalish.
“Cuba ingat
betul-betul. Siapa perempuan ini?”
Jenuh Khaalish
memerah otaknya namun dia masih tidak ingat.
“Tak boleh jadi
ni. Potong stim dinner date aku dengan Kassandra. Silap-silap
malam ini aku tak boleh tidur memikirkan siapa dia. Or worse
still, sampai balik KL, aku tertanya-tanya.”
“Kassie, jom
makan cepat. I baru teringat yang I dah janji nak telefon peguam I,
ada hal penting di KL,” Khaalish mencari akal.
“Baby, special
dinner macam ni takkan nak rush. Bukan selalu kita datang
ke Ubud,” tingkah Kassandra.
“Malam esok,
boleh datang lagi. Peguam I nak bincang tentang hal ni malam ini
juga,” Khaalish berkeras, sudah terbiasa dengan pegangan my
women do as I say.
“Khaaaaaaal....,”
Kassandra cuba protes manja pula.
“Kassie, no
business, no Ubud, no BMWs, no kondos, no nothing,” kering
sahaja hati Khaalish.
“Okey, okey,”
balas Kassandra, terpaksa mengalah. Dia tahu untuk Zaim Khaalish,
business comes first!
Khaalish sudah
mengangkat tangan, memanggil pelayan restoran untuk meminta bil.
Selepas membuat bayaran, dia mengiringi Kassandra ke kereta mewah
yang disewanya untuk bersiar-siar di sekitar Bali. Pemandunya segera
mendapatkan kereta apabila melihat Khaalish dan Kassandra tiba di
pintu masuk restoran. Pintu belakang kereta dibuka, Kassandra
melangkah masuk.
“Kassie, you
balik ke hotel dulu. I janji nak telefon peguam I sekarang. I need to
make the phone call now,” tipu Khaalish.
“Khaaaal!! Takkan
I nak balik ke Kuta sorang-sorang tengah-tengah malam ni!” suara
Kassandra sudah meninggi.
“Kassie, stop
whining. Pak Nyoman is a trusted driver. Setiap kali ke
sini, I gunakan khidmatnya. Boleh tak you jangan ganggu I nak kerja?
Kalau I telefon dalam kereta, linenya tentu terputus-putus,”
kening Khaalish sudah terjungkit sebelah.
“Okeylah,
okeylah,” Kassandra mengalah lagi, tidak berani melawan cakap
Khaalish, boy friendnya yang terkaya sehingga takat ini.
“Pak Nyoman,
selepas hantar Miss Kassandra ke hotel, patah balik ke sini untuk
ambil saya ya,” arahnya tegas.
“Baik, Pak.”
Khaalish berdiri di
situ, memandang kereta Pak Nyoman meninggalkan restoran Bridges.
Bukan dia tidak sedar mulut Kassandra yang muncung sedepa,
mengomel-ngomel tidak puas hati.
“Aaah!! Apa aku
peduli. Itu perempuan misteri di dalam tu, kena siasat siapa dia. Dia
kenal aku ke?”
Sambil berpatah
balik masuk ke dalam restoran, Khaalish masih lagi berfikir-fikir.
Memang ada beberapa kali gambarnya tersiar di majalah dan akhbar,
sebagai Malaysian most eligible bachelor dan anak usahawan
berjaya. Entah-entah perempuan itu pernah melihat wajahnya di media
cetak.
Tiba di ruang makan
terbuka restoran itu, mata Khaalish mencari perempuan Melayu itu di
meja makan tadi. Tiada! Hanya yang ada pasangan Arab tadi. Mana dia
pergi? Melilau mata Khaalish mencari. Hah! Itu dia duduk di bangku
panjang berlapikkan kusyen tebal, sedang memandang ke arah gaung di
pinggir retoran itu. Khaalish menghayun langkah ke arah perempuan
misteri itu.
“Hai!” sapa
Khaalish lembut.
Perempuan bertudung
yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang
apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang
balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar
aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish,
semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me,
but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar
senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu
kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,”
pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?”
Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa
kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak
penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak
mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh trigger
ingatan aku.
“Boleh saya
duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,”
jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan
punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?”
Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious
sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih
kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih
kurang?” soalan memancing.
“Kami
datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh,
ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih
kurang.”
Malas
hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis
picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis
apa?”
“Novel
cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,”
komen Khaalish.
“I
agree!” sambut si gadis comel
tersenyum manis.
“Apa
yang interesting?”
“Novel
cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak
tak nak tanya saya apa yang interesting?”
Khaalish memancing lagi.
“Apa
yang interesting?”
giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda
..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar,
“You...”
Terbahak-bahak
ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.
Khaalish
memandang gadis yang ketawa hingga terhinggut-hinggut bahu dengan
penuh kehairanan. Selama ini, bila dia bercakap dengan nada yang
rendah sebegitu, diiringi senyum yang seksi, perempuan yang
mendengarnya pasti tenggelam punca, memerah muka. Perempuan ini pula
ketawa terbahak-bahak!
“Obviously,
my usual tricks don't work with her,”
bukan kecewa yang timbul tapi azam yang lebih kuat untuk menggoda.
“Kenapa,
awak fikir awak tidak interesting?” cuba mencabar pula.
“Saya
ni biasa-biasa saja,” bukan merendah diri, itulah hakikat. Hakikat
yang dia sedari sejak menganjak menjadi gadis sunti.
“No,
you're not,” refleks di minda
Khaslish. Dia sendiri tidak pasti di mana menariknya gadis itu. Tidak
putih gebu, tidak tinggi lampai, tidak lansing macam model, tidak
bergaya sakan. Semuanya serba sederhana. Tapi menarik!! Menarik macam
magnet, mata aku tidak boleh lepas langsung dari merenungnya, fikir
si pemuda bergaya.
“Kalau
awak tidak menarik, saya tidak akan datang menegur awak,” ayat
penyata.
Tiada
balasan, namun senyum manis masih melekat di bibir. She's not
buying.
“Bercuti
dengan kawankah?” Siasatan disambung.
“Bercuti
dengan isterikah?” cabar si gadis. Khaalish suka. Suka gadis yang
mencabar, baru ada thrill!
“No,
just a friend,” disambut dengan tawa kecil si gadis. She's
no fool, fikir Khaalish. Semakin
menarik dia!
“Kawan?”
tanya si jejaka laju, sambil kepala digerakkan ke arah pasangan Arab
tadi. Mahu mengalih tumpuan sebenarnya.
“Yang
perempuan, kawan baik saya.”
“Yang
lelaki?” Oh, tolong jangan kata boy friend,
lintasan minda Khaalish.
“Her
potential holiday romance,”
ketawa lagi.
“How
about you?” Pancing, jangan tak pancing!
“Me?”
si gadis kehairanan.
Jeda
..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “Tak
ada potential holiday romance?”
Terbahak-bahak
ketawa lagi.
“Dang,
Khal!! This trick doesn't work on her.
Cuba benda lainlah,” Khaalish memarahi dirinya sendiri.
“You
know what? Idea yang baik untuk
novel baru saya. Cerita tentang holiday romance!”
“Baguslah,
awak dapat idea baru. Want to explore the idea with me?”
Ketawa
lagi. Kemudian dia melambai-lambai ke arah temannya. Khaalish
berpaling ke belakang, memandang perempuan Arab, teman baik si comel.
“Reham
hairan tu, kenapa saya ketawa kuat sangat,” jelas si comel.
“Oh,
namanya Reham? Saya Khaal,” si jejaka mengambil peluang untuk
memperkenalkan dirinya. Tangannya tidak dihulurkan, stok perempuan
pakai tudung mana bersalam dengan bukan muhrim.
“Ya,
Zaim Khaalish Tan Sri Kamaruzzaman, dulu Dato' Kamaruzzaman,” bisik
hati si gadis.
“Awak?”
Jeda
…... matanya merenung Khaalish dalam-dalam, “Naz.”
“Naz,”
ulang Khaalish. Dan diulang-ulang nama itu di dalam kepalanya
berkali-kali.
“Nope,
nothing, nada, zilch!” Kecewa
juga Khaal bila dia masih tidak dapat mengingati siapa gadis itu,
walau pun sudah tahu siapa namanya.
Si
gadis pula terasa lega bila si jejaka gagal mengingatinya. Lebih baik
begini!
“Dari
KL ke?” tanya lagi, nanti tentu aku ingat, fikir Khaalish. Walau
pun dia tidak drop
dead gorgeous,
takkan aku boleh lupa perempuan yang interesting
macam dia?
“Asal
KL, tapi sekarang tinggal abroad.”
“Abroad
sahaja, tidak disebutnya negara
mana dia tinggal sekarang,” sedar Khaalish yang si gadis tidak mahu
berkongsi maklumat diri.
“Dari
Ubud, tak singgah KL?”
“Singgah
sehari dua,” tak lekang-lekang senyuman di bibir, mata Khaalish
pula tidak lekang-lekang tertancap ke wajah gadis misteri itu.
Maklumat
ini Khaalish simpan di dalam di dalam mindanya, “Kalau masih tidak
tahu identitinya, boleh disiasat di KL.”
“Selalu
balik ke KL?”
“Boleh
jugalah.”
“Saya
orderkan minuman?”
“Sure,
coffee,” jawab si gadis, tidak menolak.
“Coffee?”
“Tu,
merpati dua sejoli tu, entahlah pukul berapa nak balik ke hotel.
Kalau tak minum kopi, nanti saya pula yang terlena di sini.”
“Nak
saya hantar Naz balik ke hotel?
“Oh,
tak apa, tak apa. Saya perlu temankan Reham. Dia pun baru jumpa Hamza
semalam. Bukan kenal sangat pun.”
“Awak
seorang kawan yang understanding,” cuba
taktik memuji pula.
“Sambil-sambil
cari idea untuk novel baru sebenarnya,” ketawa lagi.
“Sudah
banyak dapat idea?
“Boleh
jugalah.”
Tangan
diangkat memanggil pelayan, dua cawan kopi dipesan. Sambil menunggu
kopi, Khaalish berfikir, bertanya tentang dirinya dia tidak mahu
jawab. Kalau bertanya tentang bukunya tentu dia mahu jawab.
“Dah
tulis berapa buku? Terbit di Malaysia atau abroad?”
“Ada
a few, terbit di Malaysia.”
Mental
note, cari novel dia di Malaysia.
“Wow,
sudah a few, I'm impressed. Menulis full time atau
part time.”
“Hmmmm...,”
si gadis perlu berfikir seketika, “menulis full time dan
buat kerja lain part time.”
“Kerja
apa?”
“Macam-macam.”
Kening
dijungkit, tanda minta penjelasan.
“Kerja
jaga budak-budak, kerja di ladang, kerja jaga kedai, kerja restoran,
kerja panggung wayang.....”
“Macam-macam
kerja you buat. Tulis novel full time, perlu pekerjaan lain
lagi?”
“Kalau
I tak kerja, mana ada pengalaman nak dituliskan dalam novel,” polos
sahaja jawapan Naz.
“Betul
juga,” Khaalish melihat gadis di sebelahnya dengan mata yang
berbeza, “Tak nak tanya I kerja apa?”
“Biar
I teka,” senyum meleret lagi, “business?”
“Obvious
sangat ke?”
Naz
tertawa kecil lagi, sambil mengangguk-anggukkan kepala. Tak perlu
teka, memang dia tahu sebenarnya.
“You
tulis buku, pakai nama Naz, atau nama lain?”
Gadis
disebelahnya bagai berfikir sebentar. Menimbang-nimbang samada patut
beri maklumat lagi kepada aku, fikir Khaalish.
“Qalisha
Irdani.”
Terkejut
juga Khaalish, “Macam nama saya! Nama penuh saya Zaim Khaalish.”
“Oh
ye?” pura-pura terkejut, “what a coincidence!”
“Nanti
saya balik Malaysia, saya akan cari buku-buku awak,” janji
Khaalish.
Gadis
itu tertawa lagi, “Novel cinta ni, lebih kepada citarasa orang
perempuan.”
“Sudah
banyak novel ditulis, banyakkah pengalaman bercinta?”
“Bercinta
belum, kecewa pernah,” kriptik lagi jawapannya.
“Pelik.”
Great starting! tapi yang tak faham kenapa Khaalish kata nama Qalisha Irdani macam nama dia? Nontheless, great job! :)
ReplyDeleteKhaalish....Qalisha...hmm?
Deletefollowwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeletebesttttttttt! follow jugakkkkkk! :D sambung lagi ye! Saya suka! ^^
ReplyDeletei was thinking of taking it down soon
DeleteNina, unless your storyline is different from the norm romance, then i will also, like the rest follow...... i will follow you ......
ReplyDeletedifferent? betul?
DeleteNina, Betul tak tipu - i do not lie girl!
Deletealhamdulillah....different is good. i am excited abt this story tp rasanya perlu tengok sambutan pms dulu tak
DeleteSaya sukaaaa
ReplyDeletesaya pun (statement perasan si writer) LOL
Deletesy suka dan sy tunggu selanjutnye...
ReplyDeleteglad that u like it :)
Deletexmau2...nk pms juga...muahahha
ReplyDeletemwa ha ha. tunggu versi cetak, boleh?
DeletePermulaan yg menarik,sy memang sangat menghargai kelainan dalam sesebuah novel. Apa yg lebih penting, plot tersusun, bukan merapu meraban, gaya penceritaan yg menarik, bahasa yg tersusun, kemas, dan gramatis,(maksudnya kalau ayat bahasa Melayu, betul diksinya, sama juga kalau guna BI), dialog watak-wataknya sesuai dgn tahap pendidikan dan taraf sosial watak tersebut,dan tidak klise. Cik Nina, tahniah, awk seorang penulis yg punya banyak pengalaman dan luas pengetahuan. (dalam senarai top ten penulis2 yg sy suka).harap teruskan kecemerlangan awk dlm berkarya,biar setanding dgn Khadijah Hashim, Fatimah Busu, dll,ya...bukan sekadar novel picisan atau penulis picisan semata-mata.
ReplyDeletewow! dah lama tak dengar perkataan diksi/diction. top ten? ish buku pun tak keluar lagi..blush, blush. err...mmg saya rasa saya setakat penulis picisan sahaja. tulis hanya untuk suka2. wbp, saya hargai komen anda, cik hamidahmawar.
Deletep/s: tak klise...i like!
Wohooo best giler,,,,tertanya2 ni....good2.... Nk lagi please,,,,,,,,,
ReplyDeletesaja nak buat tertanya-tanya. :P
Deletebest as usual! xsabar nak tau sambungannya.. =)
ReplyDeleteyg ni saya nak tulis pelan2, pms terkocoh2 sangat
Deletebelum bace lagi, just wanna say THIS IS A GOOD IDEA!!!!!! didnt think it wuld come out this soon. i better read b4 u take it down...soon 2 hehehehe terbeaeekkkk nina
ReplyDeletemeow meow :)
DeleteWaaaa, cerita baru. Interesting! Nice intro. Siapa agaknya si Zaim dalam hidup Naz ni ye?
ReplyDeleteApa pun, ai followww! :)
haah agak2 siapa ya? jeng jeng jeng
Deletewohohoho khaal reminds me of this hensem-globetrotting-girl-friending-german-boss dat i used to work with...'no buss,no ubud...'haha sebijik mcm him - style & all. i totally agree with wat hamidahmawar komented. she xplained it to the T! all d best and always await ur entries...muahmuahmuahxxxxxxxx
ReplyDeletebut be warned, this one i tulis pelan2 ye
Deletepergh..ada kelainan ngan citer PMS..
ReplyDeletebanyak teka teki..dan membuatkan pembaca seperti akak tertanya tanya ..hve they met each other before this?.. dan adakah Naz ni pernah dikecewakan olej mamat macam buaya tembaga tu..
Pergh..tak sabar nak tunggu next E3
i like 2 things in yr comment: 1. kelainan 2. buaya tembaga LOL
Deleteoohh nina!!!...i luvv this new story too. cpt2 ya post nu n3.
ReplyDeleteoooh zue....this one i nak tulis pelan2, savoring each word gitu :)
Deletekeep on writing, nina :)
ReplyDeletelove story is obviously an norm. but that doesn't mean that every story should be normal.
you can definitely write ordinary stuff extraordinarily ;)
oh my...u can write coronary comment extraordinarily too :)
Deleteceh!! ordinary....not coronary...nyampah auto spell check in
DeleteI like.... Truskn cik nina!
ReplyDeletewill try to cont but slowly ye
Deleteyezzerrrrr.....ada yang baru la...akan lu followww...muahahahhaha
ReplyDeletemwa ha ha ha ha....eh2 sama2 evil laugh kita
Deletece sambung ce sambung....makin menarik nih....x kira sibuk2 pon nak gak bace ahhahahahhahaha
Deleteheheh.. yeahh.!! teruskan.. teruskan..!
ReplyDeleteinsyaAllah
DeleteAssalam Cik Penulis, really2 interesting!!! Usahaaa!!!!
ReplyDeletetq tq sebab kt interesting, mmg sedang berusaha....siapkan kerja yg tertangguh akibat PMS!!
Deletebest ..suka..tahniah hanina,cerita yang ada kelainan penulisan seperti orang yang berpengalaman.suka dengan gaya penceritaan tak terlalu remaja,tk gila-gila sangat ,bahasa yang mudah di fahami,dalam jenaka/senda gurau ada nasihat terselit...teruskan menulis...
ReplyDeletetq tq...kalau org kt cerita kosong sj, tentu terukkan. ada mesej tapi tak nak lah preachy sangat :)
ReplyDeleteTulis perlahan2? alah..kalau camtu sebulan sekali la saya akan jenguk blog ni...takut nanti tension jer sebab nak kena tunggu nina update new n3..huhu
ReplyDeleteramadhan ni boleh gak tulis satu bab seminggu. lepas raya nanti adoiyai tak tau la
DeleteInteresting...#^_^
ReplyDeletetq tq
Deletependahuluan diaa best. yeahh. nma sound sma. tpi eja lain. ada jodoh la tuu. adakah mreka pernah brcinta or ada history ni.. hmm
ReplyDeletetentulah ada history...
Deleteoh...ni bab pertama ke..dpat cari...
ReplyDeleteorait2..teruskan pembacaan...
ok, nak start follow citer nie plk laaa...
ReplyDeleteKak Nina... WC baru mula bace.... sangat sangat menarik... xsabar nak dapatkan KNK kat bookfair 1 Malaysia sabtu nanti...
ReplyDelete