Friday 21 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 10 (partial)

haish! dapat 1 berita buruk dan 1 berita kurang baik....yup, reality can be so harsh! inilah gunanya novel, untuk escape dari realiti sekali dua kala.

on the other hand, balik rumah, lega...dapat internet yg laju rasa macam dapat oksigen.

drive balik rumah tadi ditemani Inche Anuar Zain, drowning in the blues with him. lagi blues bila wiken ni kerja lagiiiii!

disebabkan bab 10 entah bila boleh disiapkan, saya naikkan dulu, senin ni ke saya siapkan ye, hope u all will enjoy it.

inche hubby sudah balik, dinner time, ciao!

_______________________________________________________________________



 Bab 10


Tiba di Putrajaya, mereka makan angin sambil memandu-mandu ke sekeliling. Sekali-sekali kereta diberhentikan kerana Reham mahu bergambar. Melihat pasar malam di Presint 2, mereka berhenti lagi. Entah berapa ratus keping gambar yang diambil Reham, gambar sayur, gambar kuih, semuanya menarik baginya. Mulutnya tak berhenti-henti bertanyakan itu ini dengan Naz. Khaalish hanya mengikut dari belakang. Melihat makanan yang dijual, kalau boleh semuanya hendak dibeli. Akhirnya, Naz membeli sebungkus nasi dagang, sebungkus nasi kerabu, sebungkus nasi lemak dan sedikit kuih muih.

Is this dinner?” tanya Khaalish dalam hati. Tak ditanyakan kepada Naz kerana tahu tentu dia akan disindir jika bertanya.

Usai membeli makanan, mereka bergerak ke Masjid Putrajaya untuk bersolat maghrib. Meraya-merayau juga, solat tetap tak tinggal. Insaf juga Khaalish dibuatnya. Dia sendiri kalau ada business trip atau bercuti, jarang bersolat dalam perjalanan.

Keluar dari masjid, makanan yang dibeli tadi diambil dari kereta dan dibawa ke tengah-tengah dataran masjid. Surat khabar dibentangkan dan makanan di letakkan di tengah-tengah. Duduk bersila. Tangan dibasuh dengan air mineral. Doa makan dibaca. Naz makan nasi lemak, Reham makan nasi dagang. “Tuna rice” katanya.

Khaalish masih lagi memandang nasi dagang di hadapannya. Tidak selesa makan duduk bersila di tengah hiruk pikuk orang ramai. Tiada selera dengan makanan pasar malam. Naz pura-pura buat tidak nampak. Ikut tidak diajak, nak makan, makan, tak nak makan sudah.

“Yummy!” kata Reham, “Hairan juga saya lihat orang-orang Malaysia tidak gemuk. Kalau saya tinggal di Malaysia, tentu berat saya naik sepuluh kilo!”

Mahu tak mahu, terpaksa juga Khaalish menyuapkan makanan. Baru sahaja hendak mengunyah, Reham menjerit kecil, “Swap! Clock-wise.”

Bungkusan nasi Reham dihulurkan kepada Naz. Bungkusan nasi Naz dihulurkan kepada Khaalish. Bungkusan nasi Khaalish ditarik oleh Reham. Sudu masih di tangan masing-masing.

Musical chair dinner,” kata Naz kepada Khaalish sambil menjungkit-jungkitkan kening. “Cepat makan, nanti swap lagi.”

“This is the weirdest dinner I have ever had,” fikir Khaalish sambil menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulut.

Habis ketiga-tiga bungkus nasi, mereka makan kuih muih pula sambil melepak-lepak. Azan Isya sudah kedengaran, Naz dan Reham tadi sudah solat jamaq. Khaalish yang masih tidak bergerak ke masjid hanya dibiarkan Naz. “Sah, bukan stok untuk dibuat suami,” bisik hatinya.

“Saya rasa idea Malaysia membina kawasan lepak di hadapan masjid perlu ditiru oleh semua negara-negara Islam di dunia,” ulas Reham, “Seronok melepak di sinikan, melihat keluarga dan kawan-kawan bersantai bersama-sama. Baguskan, boleh luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan, solat pun terjaga. Hablul minnas dan Hablul minAllah, seiring.”

Mendengar kata-kata Reham, Naz memandang-mandang ke sekelilingnya. Cemburu melihat ibu bapa yang rajin melayan kerenah anak-anak mereka. Ada yang berbasikal, ada yang bermain bola. Dia teringat waktu kecilnya, Papa sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk membawa mereka ke mana-mana.

“Khaalish, nak air?” tanya Reham sambil menghulurkan sebotol air mineral.

“Saya suka dengar Reham sebut nama awak. Makhraj sebutannya elok saja,” puji Naz.

“Oh, saya lebih suka bila awak sebut nama saya,” balas Khaalish.

“Hah?” Hairan Naz.

“Sebutan awak lebih romantik,” bisik jejaka kacak di sebelahnya, sudah mula menjual minyak.

Merah padam muka Naz, bukan pernah ada mana-mana jejaka flirting dengannya, dia tiada pengalaman. Sebenarnya selama ini kalau ada yang flirting pun, bukannya dia sedar, oblivious sahaja Naz dengan spesis berlainan jantina.

“Reham, do you know what's missing?” tanya Naz cepat-cepat untuk mengubah topik.

Coffee!” sebut Naz dan Reham serentak, sambil menyeringai tersengih. Mengopi sambil berborak kan lagi terangkat!

Tak ada kopi pun berjam-jam mereka berborak. Khaalish yang mendengar pun hairan, tak lenguh-lenguh ke mulut awek berdua ni? Tapi perbualan mereka memang menarik, tentang penulisan mereka, tentang keluarga Reham di Jordan, tentang Hamza Ayach si jantung hati Reham sudah tentunya, tentang pengajian Reham yang belum siap. Macam-macam topiknya tapi tentang kerja baru Naz langsung tidak disentuh.

“Awak bosankah?” tanya Naz kepada Khaalish.

Khaalish menggelengkan kepala.

“Dah dua tahun kami tak berjumpa, esok dah nak berpisah. Entah bila pula boleh melepak-lepak macam ini lagi,” keluh Naz.

“Reham balik esok?” tanya Khaalish.

Naz mengangguk.

“Awak pula bila terbang?” tanya si jejaka dengan penuh harapan.

“Lusa.”

Lega hati Khaalish mendengar jawapan Naz, masih ada masa untuk dia menyiasat destinasi Naz selepas ini.

Sudah berjam-jam berbual, habis kebas bontot dibuatnya.

“Jom pusing-pusing, cari kopi,” ajak Reham.

Sesiapa yang pernah tinggal di Seattle pasti akan jadi kaki kopi sebab Seattle adalah bandar asal usul Starbucks, kopi terkenal di seluruh dunia. Waktu Naz mula-mula menjejakkan kaki ke Seattle, hampir terkejut dia melihat kedai kopi di setiap jalan di sana.

Jenuh juga mencari restoran yang masih buka lewat-lewat malam sebegitu. Akhirnya, apa lagi, mamaklah jawabnya. Sambil mengopi, berborak lagi. Mak aih! Memang kaki borak awek berdua ni, fikir Khaalsih. Ada-ada saja topik yang nak dibualkan. Asyik dia menumpang dengar.

Habis dua gelas kopi diminum, Khaalish terfikir, “Hei, takkan nak minum hingga tiga gelas?”

“Naz, jom pusing-pusing,” ajak Reham.

“Tak reti nak tidurkah derang ni?” dengus Khaalish, esok dia perlu ke pejabat. Mana boleh ponteng hingga dua hari.

Naik kereta mereka berpusing-pusing sekitar Putrajaya. Tiba di sebuah jambatan berhampiran Putra International Convention Center, Reham minta Naz memberhentikan kereta.

“Apalah pula awek ni?” tertanya-tanya Naz dan Khaalish dalam hati.

“Reham, janji jangan terjun okey. Kalau awak terjun, seronoklah awek-awek di Melbourne sebab Hamza single semula,” usik Naz.

Excuse me!” balas Reham sambil membuntangkan mata.

“Nuts, kita di atas sebuah jambatan....” Reham membuka kata.

Naz meletakkan tangannya ke dahi Reham.

“Apa?” tanya Reham, sakit hati.

Just to make sure that you are okay. Ini memang jambatan, habibti. Awak ingat piring terbang ke?” senda Naz. Terkekek ketawa Khaalish. Awek berdua ni memang sengal, fikirnya.

“Nutter, dengar dulu boleh tak? Don't spoil the mood,” marah Reham. Naz pun sudah mula mengekek, sedar Reham sudah masuk mood sastera hiperbolanya. Dah berkawan dengan orang sastera, tadah telinga sajalah!

“Boleh saya sambung?” sindir Reham.

“Sila oh sila!” jawab Naz sambil mengetap bibir.

“Jambatan ini simbolik untuk saya dan Hamza. Dia di Melbourne, saya di Seattle, terpisah beratus-ratus ribu kilometer. Jambatan yang menghubungkan kami hanyalah hati dan perasaan kami. Perasaan yang tak boleh dilihat tetapi tetap utuh, seutuh jambatan konkrit ini. Datanglah badai, ribut taufan, jambatan ini tidak akan bergoyang. Begitulah perasaan kami berdua!”

Sudah biasa melayan kerenah Reham, Naz menadah tangan, memejam mata dan dengan sepenuh perasaan berkata, “Amin!”

Mata dibuka, Khaalish dijelingnya sambil kening dijungkit.

“Amin! Amin!” sahut Khaalish. Naz menyembunyikan senyumannya. Comel sungguh! Bisik hati Khaalish.

“Jadi, Nuts, malam ini, malam yang penuh berkat. Lihatlah Putrajaya! Penuh dengan jambatan-jambatan. Bagai memberi isyarat kepada saya untuk melafazkan ikrar cinta saya buat lelaki bernama Hamza Ayach!”

“Jambatan yang indah! Seindah perasaan saya dan Hamza! Jadilah saksi ikrar cinta kami!”

Suara Reham sudah semakin kuat, matanya dipejamkan, kepalanya didongakkan ke langit, kedua belah tangannya didepangkan ke atas. Mata Khaalish pula sudah hampir terjojol, “Awek Arab ini hendak buat apa?”

Naz pula sudah sibuk memandang ke kiri dan kanan. Nasib baik sudah lewat malam, hanya mereka sahaja yang berada di atas jambatan itu. Dalam hatinya dia berdoa jangan pula ada polis yang meronda. Kalau ada polis pun, harap-harap anak Tan Sri ini boleh membantu.

“Hamza, my love!!"


(to be continued.....)


35 comments:

  1. thanks babe, appreciate it!!!

    ReplyDelete
  2. khakhakhakha cute siot partial n3 ni...pj bridge a scene from titanic???? hai reham,reham....side-kick from heaven....

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...its gonna get worst! he he kelopak mata dah tak larat angkat, z z z z z z

      Delete
  3. ya..thks ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
  4. lamanya rasa tunggu n3 diowang 2 nih uhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh musim bz dah sampai cik stroberi.... watudu

      Delete
  5. best!!!..TqVM for update...
    Khaalish dok dgr je pmpuan2 gosip..hehehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. pergh...Ida...puji melambung! tersipu2 saya he he

      Delete
  7. tq nina syg... berbaloi check mlm ni... hihi nak lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sy pun tak sabar nak siapkan bab 10 ni...nak laju2 kan sikit KNK ni

      Delete
  8. Best.cptla khalish ngorat naz

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngorat? nnt bab 10 siap, sy nak dengar apa komen syarp ;)

      Delete
  9. hehehe gelak memang tak ingat dunia.... #^_^
    Reham baca puisi or ikrar untuk si Hamza tu?????
    Kalau orang lain nampak gerenti memang dapat masuk Hospital Bahagia.....hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah saya ni ramai kawan2 yg weng cenggini...

      Delete
  10. Replies
    1. the real reham pun lucu, tp menakutkan org lelaki, sampai skrg still single coz she is so intense

      Delete
  11. hahaha! saspenss.. saspenss! cant wait for the next part! bestlah kalau ada kawan macam reham! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes... i love the real reham :) nnt dah siap bab 10, i teringin nak dengar yr komen. miss....apa cerita nada hanan??????

      Delete
  12. senyap ajer khaalish. bila agaknya dia nak lancarkan siasatan destinasi naz yang seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zue, coming soon. tp talk abt lancar ni....bacalah apa yg khaal lancarkan at the end of bab 10 he he

      Delete
  13. Replies
    1. Nina..i dah dapat dah..terus baca hokey!! dan terus berada di awang-awangan..hahahaha (^_^)

      Delete
  14. yeay untuk partial chapie 10.. i dah beli dah PMS.. besttttt~ that's the only word that i can say.. tapi mula2 agak malu sebab bila kawan tengok saya borong buku dekat popular, dia tengok ada buku title projek memikat suami.. huhuhu.. jenuh jugak la nak terangkan yang buku tu buku cerita.. bukan buku motivasi untuk memikat suami.. huhu.. BTW, keep up the good work.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he ada reader yg segan gak, so dia balut pms dgn kertas bunga2. saya pun segan sampaikan terus nak stay anonimes, supaya boleh tulis notti2 story lagi wa ka ka

      Delete
  15. Sy pn trsebut sama nama khaalish terikut reham kikiki

    ReplyDelete
  16. hi sis nina u know what? nama characters dlm PMS and KNK ni ada yg sama dengan nama husband saya n anak saya.. nazari dan nawrah.. cuma ejaan je lain..what a coincedence.. hehe.. love to read your writing.. x penah lagi jmpa a writer who writes like u.. x sabar nk tunggu next chapter.. semoga Allah murahkan rezeki awak with alot of fresh ideas.. ;)

    ReplyDelete
  17. ape diaorg nk buat kat jambatan tu..

    ReplyDelete