Wednesday 26 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 11


saya agak hari ni akan jadi hari yg tak cukup tanah sy buat kerja. wiken out stn lg so semua nak kena setel sebelum ciao. tambah stress ada singa seekor kat ofis yg tunggu masa nak baham saya (life is too short to be mean, woman!) maka untuk destress, terimalah Bab 11. fyi, KNK dah siap 1/4, saya sedar perjalanan menulis KNK lain dari semasa menulis PMS. dengan PMS, i was so carefree, writing with tongue in cheek, it was a parody of all the kahwin paksa stories. KNK mula2 saya mahu cerita yg seksi, yg menggetar jiwa, tapi sudah berubah menjadi cerita yg somber. setakat ini, what keeps me excited is that readers think that they "know" what kind of a man Khaalish is, but i have a surprise for u. Words from Steinbeck comfort me, on writing he said:

“When I face the desolate impossibility of writing five hundred pages, a sick sense of failure falls on me, and I know I can never do it. Then gradually, I write one page and then another. One day's work is all I can permit myself to contemplate.”


(oh, terperasanlah di sini, main quote famous author bagai :)



Bab 11

Hello.”

“Hello, Khaalish?”

“Saya.”

“Ini Uncle Nazari, bapa Dora.”

“Ya, Uncle. Uncle apa khabar?”

“Uncle okey.... Errrr..... Uncle cuma nak bagi tahu Khaalish. Errrr.... Dora.... ummm.... Dora.....”

“Kenapa dengan Dora, Uncle?” tanya Khaalish, hatinya sudah tidak sedap.

“Dora sudah pergi....”

“Pergi? Pergi ke mana, Uncle?”

“Ummm.... Uncle tak tahu, dia tak bagi tahu. Dia dan kawannya tu keluar semasa Uncle di pejabat. Auntie tanya, Dora tak nak bagi tahu.......... Tapi gayanya macam nak ke airport, bawa beg bagai.”

Tidak guna bercakap lama dengan bapa Dora, jelas dia tidak tahu apa-apa. Hairan Khaalish dengan perhubungan Naz dan bapanya. Anak dara ke luar negara tanpa memaklumkan bapa sendiri? Selepas meletakkan telefon, berputar-putar kepala Khaalish, “bukan flight dia esokkah? Baru aku merancang hendak siasat destinasinya malam ni.”

Sepantas kilat, Khaalish membuka briefcasenya, pasport antarabangsa diambil dan dimasukkan ke dalam poket dada jaket. Telefon pintarnya didail.

“Hello, Azim, book me a one way ticket to the nearest destination in Southeast Asia, flying from KLIA in, say three hours.”

“Destinasinya, Encik Khaalish?”

“Destinasinya tak penting. Yang penting penerbangannya dalam tempoh tiga jam lagi di KLIA. Emelkan saya tiket ini dalam masa sepuluh minit ya. Saya tunggu di pejabat untuk dicetak.”

Terus pening Encik Azim dibuatnya. Sepanjang bekerja selama lapan tahun sebagai seorang travel agent, tidak pernah ada orang yang beli tiket kapal terbang tanpa peduli apa destinasinya!

Khaalish melangkah keluar pejabat, singgah di meja setiausaha, memuntahkan arahan. Siapa yang mengambil alih mesyuarat, siapa yang selesaikan dokumen kontrak. Pemandunya dipesan untuk tunggu di foyer bangunan. Sebaik sahaja setiausahanya mencetak tiket penerbangannya, laju sahaja Khaalish berjalan ke arah keretanya yang sudah menunggu di foyer.

Tiba di KLIA, Khaalish mendaftar masuk di komputer. Sebelum masuk ke terminal, dia meronda di kedai buku dan kedai-kedai kopi di sekitar Balai Pelepasan Antarabangsa mencari Naz dan Reham. Awek berdua tu kan kaki buku dan kaki kopi. Tiada!

Dia melangkah ke terminal pula, melepasi pemeriksaan imegresen dan kastam. Dia meronda-ronda lagi di kedai-kedai buku dan kedai-kedai kopi di situ. Bingo! Dia ternampak Reham sedang duduk di Coffe Bean, sambil menulis-nulis. Mana Naz? Dada Khaalish sudah berdebar-debar.

May I join you?” tanya Khaalish bila dia tiba di sisi meja Reham.

Reham yang terkejut apabila disapa, mendongak kepalanya, “Aaaah, our jack-in-the-box,” sahut Reham, “Why am I not surprised?”

Sambil berdiri, wajah wanita muda Jordan itu direnung Khaalish tanpa berkelip mata.

“Awak nak ke mana?” tanya Reham walaupun dalam hatinya dia rasa dia tahu apa tujuan jejaka ini berada di KLIA.

Soalannya tak berjawap.

“Awak sudah terlepas Naz... penerbangannya setengah jam tadi,” Reham memaklumkan tanpa ditanya.
“Terlepas! Naz sudah pergi,” hati Khaalish bagai merintih, namun dikuatkan hatinya, kalau sayang, tidak boleh mengalah.

“Duduklah, saya rasa saya akan mendengar cerita yang paling menarik dalam hidup saya. Penerbangan saya pun lambat lagi, I could do with some entertainment,” jemput bakal pakar sastera itu.

Untuk menjejak si gadis misteri, teman baiknya ini adalah kunci. Entah apalah syarat Awek Jiwang Karat ini akan kenakan untuk berikan aku maklumat tentang teman baiknya, fikir Khaalish.

“Baguslah penerbangan awak lambat lagi. Cukuplah masa bagi saya yakinkan awak untuk memberi peluang kepada cinta saya dan Naz,” kata Khaalish sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Reham.

“Hah! Cinta awak dan Naz,” tergeleng-geleng kepala Reham sambil tertawa kecil mendengar kata-kata Khaalish, “I like your confidence.”

“Untuk isu yang fundamental seperti cinta, keyakinan yang mendorong segalanyakan? Seperti awak didorong terbang ke Melbourne?” kilas Khaalish. Pandai dia membangkitkan kisah cinta Reham, agar gadis itu bersimpati untuk membantunya.

Pelayan tiba, mengambil pesanan minuman Khaalish dan pergi.

“Silalah menjual, I am all ears.”

“Empat tahun lalu, saya melakukan sesuatu yang kejam terhadap Naz....Urmm.... Ada Naz ceritakan?”

“Ada,” jawab Reham. Empat tahun dipendam, baru semalam Naz bercerita, keluh Reham dalam hati. Tidak sangka Naz ada kisah duka sebegini.

“Tapi saya nak beri peluang untuk awak ceritakan versi awak pula,” kata Reham, wajah Khaalish ditenung dalam-dalam.

“Ibu saya tidak bersetuju dengan pilihan hati saya. Untuk memutuskan perhubungan kami, dia mahu saya bertunang dengan Naz untuk buat girl friend saya meninggalkan saya.” Pendek tapi jelas ceritanya.

“Tunang olok-olok,” sebut Reham.

“Ya, olok-olok.”

“Habis, apa cerita semalam? Nak minta ibu bapa awak tentukan tarikh perkahwinan dengan bekas tunang olok-olok awak?”

“Pertemuan di Bali tidak dijangka. Saya langsung tidak ingat dia. Tapi dia amat mempersona. What can I do? Saya jatuh cinta dengan tunang olok-olok saya.”

“Ah... cinta... Tanpa cinta dunia takkan berputar, kata pujangga,” ulas Reham, kemudian diam seketika mengenangkan bagaimana dia sendiri boleh jatuh cinta dengan Hamza dalam tempoh dua hari.

“Reham, boleh awak beritahu saya ke mana Naz pergi?”

“Awak fikir Naz mahu berjumpa lagi dengan awakkah?”

“Saya tahu bagi dia, saya adalah lelaki tak berhati perut yang telah menjatuhkan maruah dia.”

“Tahu pun.”
“Saya bukan lagi Khaalish empat tahun dulu. I may not be the best fiance for Naz four years ago, but I will be the best husband for her lifetime.” ucap Khaalish sambil merenung tepat mata Reham.

Terlongo! Terlongo dibuatnya awek Arab itu dengan kata-kata Khaalish. Awek yang berjiwa romantik itu apa lagi, kalau boleh segala maklumat mengenai teman baiknya mahu dilonggokkan kepada jejaka yang bijak bermain kata-kata di depannya.

Impressive, verrrrry impressive,” sebut Reham perlahan-lahan sambil otaknya cuba kekal waras, “tapi Naz kawan baik saya, saya takkan serahkah dia kepada seseorang lelaki hanya kerana kata-kata manis sahaja.”

“Reham, saya hanya meminta satu peluang. Saya akan berusaha kuat untuk tawan hati dia. Kalau saya gagal, sekurang-kurangnya saya sudah lakukan yang terbaik,” kata Khaalish tidak mahu mengalah.

Sold! Reham the hopeless romantic memang sudah kena jual dek kata-kata manis jejaka kacak di hadapannya itu. Lama juga dia terdiam berfikir, menimbangkan baik buruk kehadiran Khaalish di dalam hidup kawan baiknya.

“Naz, firasat saya, satu hari nanti awak akan ucapkan terima kasih kepada saya,” bisik hati Reham, nafasnya ditarik dalam-dalam.

“Awak pernah main permainan Twenty Questions?”

“Huh?” terlopong si CEO muda, “Twenty Questions?”

Perlahan-lahan bibir Reham mengorak senyuman nakal.


67 comments:

  1. HOHO TOOOO SHORT! NAK LAGI YER :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. will try to post isnin depan. hopefully tempat sy out stn tu internetnya ok

      Delete
  2. Ya lah Nina, too short. Tak puas baca. Teruskan usaha anda, Khaalish. Anyway thanks for the new entry. Suka dgn confident level & keselambaan mamat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. yessss, i lurrve men with confidence (wriggling eye brows) LOL

      Delete
  3. waarrrggg.... tak sempat nak membuai perasaan.... terus kena cut short.... pendek sgt isinya... warrggg....

    Berusaha sungguh Khaalish nak menjejaki Naz... Nasib baik jumpa si Reham, kalau tak, takkan nak cari satu dunia... Nanti terus buat hikayat Naz & Khaalish around the world in 100 days pulak... Hihihi... Pepandai jer tukar tajuk cerita utk penulis.... Hahahaha...

    Cepatlah sambung... Tak sabar nak dengar 20 questions drp Khaalish.... Dpt tak Khaalish meneka? But knowing those 2 carefree gals, sure diaorg terbalikkan game tu.... Bertabah jer laa Khaalish... Hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan nasib baik dia cepat gi cari Raham. but then kalau tak jumpa Reham kat KLIA entah2 dia pergi cari sampai kat universiti Reham di Seattle. ekcelli the game is going to be straight forward :)

      Delete
  4. Thanks for the entry miss nina...
    Naz & Kaalish play Hide n Seek... i like.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh the games we play...barulah ada thrill dalam life he he

      Delete
  5. takpe, faham akan kesibukan Nina kan..kan..kan..
    Permainan 20 soalan.erm..macamana tu yer? Sememanganya Reham bukan jenis senang dijual beli kepercayaan-kejujuran-Naz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab terlalu sibuk tu lah kena destress dgn menulis cerita fantasi2 ni :) Saja Reham nak suruh si Khaal tu work hard for his gal

      Delete
  6. betul tu cik Zalida sgt confident betul Kaalish ni nak dptkan Naz semula.. bersemangat waja.. hik3..

    ReplyDelete
  7. Huhuuu...too short...baru nk terbuai prasaan da to b continue...waaaa~~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hh, ada bab panjang, ada bab pendek, next bab pun pendek jg, the bab after it waaaah panjang gilerrr. yg pendek2 ni kira cam nak tease u all lah! :)

      Delete
  8. nak lagi....nak lagi....Nina why is it too short???

    ReplyDelete
    Replies
    1. RJ, senin ni ye, insyaallah. too short sebab nak tease u all ha ha ha. tak de lah mmg ada bab pendek, ada bab panjang :)

      Delete
  9. x sabar nk tahu 20 questions tu....x penah tahu pun ada game mcm ni...

    hmmm, kalau khalish pass game ni baru dpt info naz agaknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. game ni ada kat TV kat US. yes, kalau lepas 20 soklan Khaal masih tak dapat teka mana Naz, habislah!

      Delete
  10. best.. tapi nape pendek sangat baru nak ada rase fill membaca terus terbantut.. nak lagi ..panjang la cikit..
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe, wanie, isnin ni ye. minta2lah internet ok kat sana tu. tp bab isnin ni pun pendek jg, lps tu panjaaaaaang giler

      Delete
  11. pendeknye.... tp mantap. good luck khaalish....

    ReplyDelete
  12. waaaaarrrggggg....not enough not enough....nak3 lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  13. ahhh...that 20Q games. Can't wait to see where is this story heading...

    ReplyDelete
    Replies
    1. the chase has begun...ooo seram bulu roma i (writer terlampau nih :)

      Delete
  14. adusss...pendeknyer...br tgh nk warming up bce nih.......haihhhh....khalishh...

    ReplyDelete
  15. love the ending.. triggers my curiosity.. ;) cepat2 sambung!

    ReplyDelete
  16. pergh..secepat kilat ..tanpa berfikir baik buruk tindak balasnya ..mamat sengal tu mengejar Naz..cinta mmg peliks membuat org menjadi giler..

    Bila difikirkan semasa naz didalam gegamannya 4 tahun lalu..tidaklah pulak nak appreciate..dan nak ambik tahu..sape..tunangannya..tapi bila berjumpa ..dan bila mendapat tahu gadis yg dianggap nya terlalu misteri dan menolaknya..sesuka hati jiwa minah tu..terasa pulak egonya tercabar...dan tercalar..gamaknya...dan tanpa memikirkan maruahnya..yg sedang diinjak injak oleh gadis yg sama ..tapi peliks kan..dia masih mengejar...utk sekeping hati yg terluka tu..

    Akak suka cara Reham melengah lengahkan pencarian Khaalish pada kawan karibnya Naz.. alahai ..kesiannya..CEO muda itu dipermainkan pulak oleh Reham..

    apa tu permainan 20Q ..terasa tak sabar nak tahu.. adakah mamat poyo tu still bersabar ngan tingkah laku kawan karib Naz yg sengal tu.. Adakah Khaalish akan berjumpa dengan gadis yg kini telah menghuni seluruh hati..jiwa dan perasaannya...dan adakah Naz rela dipujuk...oleh kasanova aka playboy yg terhangat in town ni..

    Alahai ..Nina..plz..next E3 plz...plz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ida, playboy terhangat in town, i like! :)
      yg pasal apa berlaku 4 thn dulu, sy kena berhati2 dgn penceritaannya, sebab its not done directly, Khaal akan dengar ceritanya dari somebody else...jeng jeng jeng

      Delete
  17. What is Twenty questions game kak? i have heard it before but not to sure about it (takpe nanti saya tanyer ngan mr. goole).. "So let game begin"!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dolu2 ada game ni kat TV di US (ooo tuanya saya!) ye, lebai google ada jawapannya :)

      Delete
  18. u know what nina? everytime i read your blog, I smile :) thank you for lighting up my day!

    entry baru ni alahai... pendek sgt.. baru senyum2 tetiba termati plak senyuman sebab entry pendek sangat.. ehehehehe...

    can't wait for the next entry - mieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. and everytime i read comments here, i smile! tqvm for dropping yr comments. yr welcome! yeah, these stories are supposed to brightened up our days kan. esp after asyik kena marah dgn singa kat ofis sy ni sheeesh

      Delete
  19. kak, fall in love deeply with NNK.... lain dari yg lain... so impress... sy teruja dgn watak reham.. ayt yg keluar dari dia (which is ur word kn kak).. make me impress... hahaha... now, the journey begin let's see what khaalish able to do to win Naz heart back.. Good luck khaalish... and kak, TQVM for the nice story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rasa frasa "laind ari yg lain" itu adalah komen yg paling saya suka. sebab novel kan berlambak2 kat luar sana :) ha ha suma org kata nak tengok apa yg khaal akan buat, i hope i wont disappoint!

      Delete
  20. alaaaaaaaaaaaaaa kak nina... suspen la pulok... ahahhahahhaha...

    thanks neway... hehe

    ReplyDelete
  21. 'Twenty Questions' ??? what was that? Cik Nina, new update please.

    ReplyDelete
  22. Rasanya khaalish bukn hero yg ssuai utk naz.... Solat pon tak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr...men kalau solat pun tak, jgn lah dibuat husband, mmg tak boleh harap punya stok tu

      Delete
  23. ala..alaaaaaaaaa...nak lagi, nak lagi...*gaya budak cengeng nangis nak aiskrim*

    ReplyDelete
  24. Hmmm...wonder what the 20 questions are..:)if I'm in Reham's shoes I'd oso melt like butter with those sweet words. Hahahaha... U nv fail to keep us wondering abt what the nxt entry would be and it always came as a surprise. :) d'best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. surprises are good! glad that the so stories have not bored u so far :)
      haaaa "i will be the best husband for her lifetime" va va va va voom!

      Delete
  25. Wah entry kali ni begitu mengujakan.. Rasa mcm asyik duk teringat2 jer

    ReplyDelete
  26. cerita ini memang sangat mengujakan sayaaaaaaa! ahhh, nina! please! do write soon! TOO SOON!!! :D hee. much thanks for this one! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. and i want nada hanan! mana entry baru??? cepatlah!! wahh memaksa nih. nnt ada entry baru buzz me ye

      Delete
    2. Stuju..stuju..kitaorg pun tunggu cik miss punya entri. whaaaaa nak meroyan dah ni..

      Delete
  27. nina oh nina... bcoz of u akk cari 20 Q game show kat youtube. nasib baik keje dah siap... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada ye? jap sy pun nak gi tengok. tu jaman tok kadok punya show tu he he

      Delete
  28. wah!! n3 bru...
    nasib baik ada reham..klu x ternganga jgk la si Khaalish 2 nk mencari...
    Demi Naz..terpaksa lah layan Reham..nk dptkn info katakan..hehehe
    blh je Khaalish jwb soalan 2???? CEO ada masa ke nk tgk TV utk bnda mcm ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 questions tu saj aReham nak kasi Khaal berusaha sikit kan, dia nak kasi chance kat mamat tu tapi takkan nak tolong free gitu je :)

      Delete
  29. mmg dora the explorer sungguh dora tu ya nina.
    nampaknya khaalish akan memerlukan map 'diego' untuk
    menjejaki dora.

    tak sabr nak tunggu next n3 especially part 20 questions.
    saya dah google psl games tu..haha it will be fun to see
    reham playing games with the ceo.

    saya suka quotes yang nina letakkan di atas. hope to read more quotes from u ya n happy out stn. :D :D :D

    p/s : moga nina akan berjaya jinakkan sang singa tu ya.

    ReplyDelete
  30. zue, psl singa tu, i give up! i suppose suma org ada bos gitu eh. buat bodoh je :(
    ohh, nnt bab 14 ke 13 gitu pun naz nanti akan sebut banyak quotes, tunggu ye.
    the out stn so far so good. tp food here is so expensive, tanda saya patut diet! LOL. sy rs cam nak naikkan next chap esok sebab dah siap then minggu depan, sy tak de masa & internet nak uploadnew entries dah.

    ReplyDelete
  31. Yeah...di ofis saya pun ada sekor singa. singa ni lagi dasat.
    terlanjut usianya.
    never come across her path...ngap i'll be dead meat (lebih tepat = patte). heh heh.

    ReplyDelete
  32. hmmmmm nampak gaya nye si khal ni kejam giler 4 thn lepas ye...sib ade si side-kick yg terlebih prihatin dari 'mamee-dadi'....eh eh singa-ofis tu u dah kasi die bace PMS tak...mana tau kut2 pms memanjang hahahahaha yesss i do agree...life is too short to be mean!!!!-get a life woman!-

    ReplyDelete
  33. suke dgn reham..sebab dia yakin khalish blh berubah

    ReplyDelete