Tuesday 11 September 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 9


Salam, semua! Bab 10 ada sikit lagi belum siap, saya akan cuba siapkan dan naikkan lusa or so sebab minggu depan saya out stn dan mungkin tak boleh nak update cerita ini.

BTW, sesiapa yg order buku dgn saya tapi belum terima, pls email me at hanina1311@yahoo.com sebab otak saya sudah haru biru. Sorry ye.


Bab 9

Dari Jalan Tunku Abdul Rahman, mereka bergerak meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur. Destinasinya hanya Naz dan Reham yang tahu. Air-cond kereta Wira Pak Din, pemandu bapa Naz, rosak. Cermin tingkap kereta dibiar terbuka.

Reham yang sedang jiwang, macam bertih jagung mulutnya, sekejap bercerita tentang keajaiban dunia yang dikenali sebagai Hamza Ayach, sekejap menyanyi-nyanyi lagu cinta penyanyi terkenal Fairuz dan Abdul-Halim Hafez dengan sepenuh jiwa. Reham kalau sedang angau bercinta memang akan asyik dengan lagu-lagu cinta Arab yang klasik. Khaalish yang duduk di belakang sudah pening kepala.

Sekali-sekala Naz cuba memintas lagu-lagu jiwang Reham dengan lagu-lagu Arab klasik yang ceria seperti “El Bint Al Chalabiya” nyanyian Fairuz dan “Bukra wu Badou” nyanyian Abdul-Halim Hafez.

“Nutter!! Boleh tak saya nak jiwang-jiwang sekejap?” protes Reham.

“Kan saya dah kata jangan ke Melbourne, tengok siapa yang merana? Sayaaaaaa juga!”

“Habibti, that's why I love you!” pujuk Reham.

“Me too,” automatik sahaja terlintas di minda pemuda yang duduk di belakang.

Kereta Wira Pak Din tiba ke kawasan riadah Sungai Gabai di Hulu Langat. Tenghari Selasa, rimba rekreasi itu tentulah lengang. Semasa mereka memandu masuk ke tempat parkir, hanya terdapat beberapa motosikal yang terparkir di sana. Semasa Naz dan Reham sibuk mengeluarkan beg-beg mereka, Khaalish meninjau-ninjau tempat itu.

“Tak boleh jadi ni, bahaya! Senang-senang saja nak kena samun ke apa,” fikirnya. “Perempuan dua orang ini langsung tak sedarkan bahaya!”

“Naz! Saya sakit perut, nak ke bilik air kejap. Tunggu ya, jangan jalan dulu, nanti saya tak tahu mana nak cari awak,” pesan Khaalish sambil bergerak ke tandas awam berdekatan tempat parkir.

Yucks! Namanya pun tandas awam, macam nak termuntah Khaalish dengan kotornya, dengan baunya. Sabar sajalah! Berkorban untuk dara pujaan!

Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon, nombor di dail, arahan diberi, “Segera!!”

Naz yang menunggu di tempat parkir, sudah membebel-bebel, “Minum kopi kat kedai mamak pun sakit perut? Hailah, lembeknya anak Tan Sri ni!”

Selepas beberapa minit, barulah Khaalish keluar dari bilik air itu. Lega rasanya dapat menghirup udara yang nyaman!

“Encik Khaalish, boleh kita bergerak sekarang ?” sinis nada suara Naz.

“Tunggu sekejap boleh tak? Perut saya masih rasa tak sedap. Rasa macam nak ke bilik air
lagilah,” Khaalish berdalih.

Sambil menjeling ke langit, Naz membebel-bebel “Lecehnya berjalan dengan anak orang kaya manja nih!”

“Eh, dia ingat aku suka sangat ke berkurung dalam tandas tu. Nak terkeluar muntah hijau aku,” fikir Khaalish, terasa jugalah dengan nada sinis Naz. Macam sia-sia sahaja dia memikirkan keselamatan perempuan berdua ini.

Khaalish terpaksa terus berlakon, memegang-megang perutnya, sakitlah kononnya. Sekali dua Reham bertanyakan keadaan dia. Awek yang sorang lagi bukan main sombong, menjeling-jeling sambil menunjukkan muka bosan. Hairan juga Khaalish dengan dirinya, sombong macam tu pun, dia masih suka!

Tiba-tiba telefon Khaalish berbunyi tanda sms masuk, “Sampai dalam sepuluh minit.”

“Errr, perut saya rasa lega sikit. Jomlah,” ajak Khaalish.

“Finally!” dengus Naz.

Melihat Naz dan Khaalish berbalas-balas jelingan tajam, Reham yang masih mabuk cinta berkata, “Guys, guys! Chill it. Tengoklah indahnya pohon menghijau, udara yang segar! Siap boleh dengar bunyi burung berkicau.”

“Hailah orang bercinta ni, berpuisi bagai, aku benam dalam sungai nanti kang,” Naz membebel dalam Bahasa Melayu.

Dalam berkecil hati dengan Naz, terburai juga ketawa kecil Khaalish.

Beg dicapai, masing-masing terus melangkah. Jauh juga mereka berjalan, terjumpa sungai ini Naz tak mahu, terjumpa kolam itu, pun tak mahu. Alang-alang hendak tunjuk air terjun kepada Reham, cari yang besar-besar betullah! Khaalish yang berjalan-jalan, sekejap-sekejap memandang ke belakang.

Apabila tiba di air terjun pertama, sekumpulan tiga orang lelaki berbadan sasa bagai komando memintas mereka. Khaalish pura-pura tidak mengenali mereka. Melihat telatah bos mereka, lelaki-lelaki itu pun tidak menegurnya.

“Eh, Abang! Tumpang tanya, kat atas sana ada air terjun lagi besarkan?” tanya Naz kepada lelaki-lelaki itu.

“Haah, ada. Adik nak ke sana ke? Mari abang tunjukkan,” pelawa salah seorang lelaki tersebut.

“Okey, kami ikut dari belakang,” balas Naz dengan senang hati.

Suka betul Naz dapat tukang tunjuk jalan. Kali terakhir dia datang ke rimba rekreasi ini, entah berapa tahun yang dulu. Bukan dia ingat sangat jalan ke air terjun besar di situ.

Khaalish yang berjalan di belakang sekali menggeleng-gelengkan kepala. Walaupun hampir sekerat dunia dia sudah terokai, si Naz ini masih naif. Di tengah-tengah hutan, senang-senang sahaja mengikut lelaki-lelaki yang tidak dikenali! Dibuatnya kena …. eeei tak sanggup nak sebut!

“Hai! Macam manalah aku nak lepaskan dia bekerja entah di ceruk mana tu!” rungut Khaalish dalam hati sambil berazam untuk mengorek maklumat tentang tempat kerja baru Naz secepat mungkin.

Tiba di air terjun yang besar di atas, terlopong mulut Reham, “Nuts, bumi Malaysia memang sangat berkah. MasyaAllah, cantiknya ciptaan Tuhan! Okey, okey kita ambil gambar dulu.” Teruja sungguh Reham, mana ada air terjun sebegini di Timur Tengah! Bumi di sana kering kontang sahaja.

Abang-abang komando yang bertiga pula meminta diri kerana mereka ingin bergerak naik ke atas lagi.

Sibuk Reham mengambil gambar, gambar air terjun, gambar kolam, gambar pokok, gambar Naz, gambar Khaalish, errr......gambar Naz dan Khaalish. Mahu tak mahu, Naz layan sahajalah karenah teman baiknya. Selepas puas mengambil gambar, tanpa menukar baju, Naz dan Reham masuk ke dalam kolam air terjun. Khaalish memandang dengan mata mencerun, awek bertudung, mandi air terjun dengan pakai tudung segala rupanya!

“Khaalish, join us! This is heaven!” ajak Reham sambil merendam badan ke takat dagu.

Erk! Nak berenang, baiklah berenang dalam kolam di rumah ibu bapanya, fikir si anak orang kaya. Terjamin kebersihan! Tangannya digawang-gawang tanda dia tidak berminat. Tapi sambil berpura-pura tidak berminat itu, sebenarnya dia memerhatikan kedua orang gadis itu yang begitu menikmati air sungai yang dingin. Sambil mandi, mereka menyanyi-nyanyi, sekejap dalam Bahasa Arab, sekejap Bahasa Sepanyol, sekejap Bahasa Inggeris.

“Hmph, awek dua orang ni! Happy memanjang. Makan kat mamak, happy. Tengok tudung, happy. Mandi sungai, happy. Simple habis! How refreshing,” leka Khaalish menganalisa karekter gadis berdua yang ditemaninya. Tanpa sedar dia membandingkan Naz dan Reham dengan gadis-gadis yang didampinginya selama ini. Hands down, by far, awek berdua ini jauh lebih menarik! Bukan dari segi rupa tapi dari segi personaliti. Dalam tak sedar, menguntum senyum di bibir Khaalish.

Khaalish mencuri-curi mengambil gambar Naz dengan kamera telefonnya. Comel sekali gadis itu tertawa-tawa sambil mandi manda. Senyumnya lebar, tak ada senyum simpul mengoda seperti awek-awek yang keluar dengan Khaalish. Ketawanya terburai kuat, tak ada ketawa kecil yang disembunyikan di balik tangan. Ralit Khaalish memandang Naz.

Selepas dua puluh minit Naz dan Reham mandi-manda, datang sekumpulan enam orang lelaki muda yang turut mandi-manda di kolam yang sama. Mereka kelihatan ceria sekali berlumba-lumba membuat pelbagai aksi terjun ke dalam air.

“Muda-muda begini tak ada kerja ke tengahari Selasa ni?” cemuh Khaalish penuh curiga.

Sudah kecut jari jemari dan menggigil-gigil barulah Naz dan Reham keluar dari sungai dan mengelap badan mereka dengan tuala. Lelaki-lelaki muda itu mula memandang mereka dengan lebih berminat. Semasa Naz dan Reham sudah bersedia untuk bergerak. Lelaki-lelaki muda itu pun kelihatannya mula memakai pakaian mereka. Baru sahaja Naz dan Reham mahu bergerak, tiba-tiba kumpulan abang-abang komando tadi muncul.

“Eh, Abang pun dah nak balik ke?” sapa Naz mesra. Khaalish tidak berkenan sungguh dengan sifat mesra-alam Naz.

“Tak, Abang nak patah balik ke parking kereta jap, tertinggal bekalanlah!”

“Alamak, Bang, macam mana bekalan pun boleh tertinggal? Lapar nanti karang,” komen Naz dengan senyum manis.

“Itulah, tadi menonong sahaja kami keluar dari kereta,” jawab Abang Komando juga mesra.

Bila terlihat Naz dan Reham berjalan turun bersama-sama kumpulan abang-abang komando, kumpulan lelaki-lelaki muda itu kelihatan tidak jadi mahu mengikut lalu terus mandi-manda di sungai. Lega hati Khaalish!

Tiba di kereta Pak Din, Naz dan Reham mengucapkan terima kasih kepada abang-abang komando yang telah menunjukkan jalan kepada mereka. Khaalish hanya diam tanpa memandang langsung ke arah pengawal-pengawal peribadi keluarganya.

Naz dan Reham melapik tempat duduk dengan kepingan plastik besar dan selamba sahaja masuk ke dalam kereta dengan pakaian yang masih basah.

“Tak mandi, tukar baju dulu?” tanya Khaalish, terkejut bukan kepalang

“Nak tukar kat mana? Bilik air kat sini busuklah. Relaxlah!” jawab Naz.

“Tahu pun busuk, jenuh aku tadi menahan nafas. Ish, tak pernah aku jumpa awek sempoi macam ni,” fikir Khaalish.

Dengan masih berbaju dan bertudung basah, Naz memandu kereta meninggalkan taman rimba rekreasi tersebut. Tidak sampai lima belas minit minit perjalanan, mereka tiba di rumah Mak Long Naz. Melihat keadaan Naz dan Reham yang basah lencun, apa lagi Mak Long Besah mulalah berleter.

“Kau mandi sungai lagi ye, Dora? Astaghafirullah, tak reti nak tukar baju dulu ke? Macam budak-budak kecil. Jenuh Mak Long tunggu, manalah si Dora ni, kata nak makan di rumah Mak Long. Rupanya kamu pergi mandi sungai dulu ye.”

Naz hanya menyeringai tersengih, tangan Mak Longnya disalam dan dicium. Bila dia cuba memeluk Mak Longnya, cepat-cepat Mak Longnya mengelak sambil menampar bahu Naz. Terburai ketawa Naz dan Reham.

“Ha! Masuk ikut dapur, pergi mandi, tukar baju dalam bilik air di dapur tu. Eeee, tak senonoh betul anak dara ni! Dah tua-tua, perangai masih tak berubah,” membebel-bebel mulut Mak Long.

Selepas menghalau Naz dan kawan Arabnya masuk ke dapur, barulah Mak Long Besah tersedar ada seorang lagi tetamu yang tercegat di sebelah kereta yang dipandu Naz. Terkejut dia dibuatnya, “Eh, itu bukan ….”

“Mak Long, kami tukar baju cepat-cepat, lepas tu kita makan ye, Naz lapaaaaaar sangat!” jerit Naz yang sudah melangkah masuk ke dapur.

“Bertuah punya anak sedara, kau ingat rumah Mak Long kau ni kedai mamak ke apa?” Mulut Mak Long mengomel tapi matanya tak lepas-lepas memandang bekas tunang anak saudaranya.

“Sejak bila pula mereka berbaik?” tertanya-tanya hati Mak Long.

“Assalamualaikum, Mak Long. Saya kawan Dora, Zaim ….”

“Khaalish,” sahut Mak Long Besah, dalam-dalam dia merenung wajah pemuda yang pernah “mendera” jiwa anak buah kesayangannya. “Waalaikumsalam. Eh, masuklah, jemput masuk rumah Mak Long.”

Namanya pun orang Melayu, walau apa pun yang pernah berlaku, adab sopan tetap dijaga.

“Nampaknya, Mak Long Naz ini tahu sejarah kami berdua,” fikir Khaalish.

Khaalish dibawa ke ruang tamu di bahagian hadapan rumah. Mak Long Besah mempersilakan dia duduk lalu pergi ke dapur untuk mengambil air minuman. Dia kembali ke ruang tamu menatang sebuah dulang berisi sejag air oren dan gelas minuman.

Selepas menghulurkan Khaalish segelas air oren, Mak Long Besah berhati-hati membuka mulut, “Mak Long nak tumpang tanyalah... Kalau tak salah Mak Long kan.... Anak ni, bekas tunang Dora, kan?”

“Saya, Mak Long.”

“Apa cerita kamu berdua pula ni? Sejak bila pula berkawan? Mak Long tak fahamlah. Empat tahun dulu Dora sampai lari ke Amerika sebab makan hati. Macam mana pula boleh berbaik? Kamu ni berkawan ke atau hendak berbalik semula?” bertubi-tubi Khaalish diasak dengan soalan.

“Saya minta maaf Mak Long atas apa yang berlaku empat tahun dulu. Ada perkara yang menyebabkan keluarga saya buat apa yang kami buat. Saya pun khilaf, Mak Long. Pada masa tu saya tak sedar apa yang saya buat kepada Na... Dora. Sekarang ini... sekarang ini... saya hendak minta maaf kepada Dora sekeluarga.”

Naz yang sedang menapak ke ruang tamu rumah Mak Longnya terdengar ayat terakhir Khaalish, lalu berpatah balik ke dapur.

“Mak Long! Kita makan dulu ye, kami lapar sangat. Dora tolong hidangkan ye!” jerit Naz dari dapur.

Terhenti perbualan Mak Long dan Khaalish.

“Lapar sangatlah tu! Kelentung kelentang, anak dara kaki merayau masuk dapur, habislah dapur aku,” senda Mak Long.

Khaalish turut tersengih.

Naz mahu berhidang di dapur sahaja, diprotes Mak Long. Ada ke pulak, tetamu dari jauh datang ke rumah, dijamu makan di dapur. Dipaksanya Naz mengangkat lauk pauk ke ruang makan di hadapan. Reham turut sama membantu.

Duduk di meja, Khaalish diminta membacakan doa makan. Terkebil-kebil anak jutawan itu. Hampeh! Fikir Naz. Tuhan berikan rezeki punyalah banyak kepada dia sekeluarga, doa mohon Tuhan berkati rezeki pun dia tak tahu. Lalu cepat-cepat Naz yang membacakan doa makan. Khaalish yang termalu, membuat mental note untuk menyuruh Azhar membelikan buku doa-doa untuknya.

Sudah bertahun tidak menjamah masakan Mak Longnya, Naz makan tak ingat dunia. Terlopong Khaalish melihatnya.

“Masak lemak cili api telur itik ni memang kegemaran Dora,” ada sayu dalam suara Mak Long.

Sedar yang sebentar lagi rumah Mak Longnya akan banjir dengan air mata, Naz segera berjenaka, “Dora makan untuk stok setahun ni, Mak Long!”

“Hah? Tahun depan kau baru nak balik lagi? Dora, sampai bila nak merayau tak tentu hala ni? Perempuan umur kau ni dah berkahwin, dah beranak pinak. Pening kepala Mak Long memikirkan kau, Dora,” nada sayu tadi sudah bertukar jadi sebak.

“Eh, Mak Long, depan rezeki jangan menangis. Haaa!! Itu Mak Long yang ajar Dora kan?” masih lebar senyuman Naz. Sekali sekala jumpa Mak Long, tak mahulah sedih-sedih.

“Lepas ini kau ke mana pula Dora?” tanya Mak Long, telinga Khaalish sudah tegak terpacak.

“Biarlah rahsia, Mak Long,” usik Naz, tertawa kecil. Ai! Takkan nak bagi tahu depan mamat stalker ni.

“Dora, Dora, kau lesap ke sana, kau lesap ke sini. Sorang pun tak tahu ke mana engkau pergi. Kalau lelaki tu tak apa lah juga. Mak Long risau tahu.” Dah meleleh airmata Mak Long.

“Nanti dah sampai di sana, Dora janji Dora telefon Mak Long, ya,” pujuk Naz.

“Ya, telefon. Jangan buat macam masa kau ke Amerika tu, Dora. Setahun baru kau telefon. Jenuh Mak Long buat solat hajat bagai, bimbangkan kau.”

Don't worry, Mak Long, Dora akan telefon.”

Naz memandang Mak Longnya penuh kasih sayang. Setahun dia ke Amerika tanpa khabar berita Mak Long bimbangkan dia. Ibu bapanya sendiri? Naz tak tahu, sebab baik Mama atau Papanya tak pernah bertanyakan apa-apa, tidak pernah komen apa-apa tentang ke mana dia pergi, ke mana dia menghilang.

Khaalish yang mendengar perbualan Naz dan Mak Longnya hilang selera makan. Walhal masakan Mak Long punyalah sedap. Dia terasa bagaikan ada seketul batu tersekat di kerongkongnya. Punyalah tak berhati perut kau empat tahun dulu, Khaalish, marah dia pada diri sendiri.

Usai makan, mereka solat. Selepas itu lama Naz dan Reham berbual-bual dengan Mak Long yang boleh tahan juga Bahasa Inggerisnya. Leka Khaalish mendengar, cerita tentang Bali, Melbourne, Seattle dan juga Oman. Rupanya dua tahun ini, Naz bekerja di sebuah kolej di Oman, mengajar Bahasa Inggeris. Namun Naz tidak pula bercerita tentang kerja barunya.

Bila cuaca di luar semakin redup, Naz meminta diri, mahu terus membawa Reham berjalan-jalan. Kepada Mak Longnya, Naz memberitahu mereka akan ke Putrajaya, melihat pusat kerajaan negara Malaysia. Jenuh Naz dipeluk Mak Longnya, berbakul-bakul nasihat diberikan, diiyakan sahaja.

Tapi nasihat terakhir yang paling susah nak dihadam, “Cepat-cepat kawin, Dora. Jangan tunggu umur tiga puluh baru nak kawin! Lagi satu, kawin dengan Melayu. Jangan dibuat kawin dengan Arab ke apa ke, tak balik Malaysia nanti kau. Eh! Dengar tak ni?”

“Dengar Mak Long. Kawin sebelum tiga puluh. Kawin dengan Melayu. Akan diusahakan, bos!”

“Budak ni aku cepuk nanti kang! Orang cakap betul-betul dia main-main,” bebel Mak Long sambil menunjal dahi Dora.

“Laaaa, Dora seriuslah ni Mak Long,” protes Naz tapi mulut mengekek-ngekek ketawa. Mana tak hangat hati Mak Longnya.

“Kawin sebelum tiga puluh, kawin dengan Melayu, akan diusahakan!” Khaalish pula yang menyimpan azam.



61 comments:

  1. tqvm! fyi, bab 10 i lagi suka, the climax of their day out :)

    ReplyDelete
  2. nina sygggg... sukaaaaaaaa sgtttttttttttt... cpt sambung.. hahaha kecian nina dpt peminat yg x reti sabar... sorry ye... hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana nak sabar nye cik nor oii...cik nina tu pandai sgt haru-biru kan prasaan kite...mcm roller-coaster, bezanye x turun2, flying-high memanjang...ahem, mintak di smbgkan dgn kadar segera hehehehehe pleeeaassseeeee

      Delete
    2. bab 10 sikit je lagi...kalau siap i post minggu ni jg, nxt week i pegi merayau2 lagi

      zoora, flying-high memanjang...i loike! :)

      Delete
  3. Lalalalala..... bestnya membaca cara hidup Naz dan Rejam... enjoy dan happy memanjang without a care in this world.... happy-go-lucky jer....

    Nasib baik Naz dikecewakan dulu, or else she wouldn't be able to enjoy all the fun she has today... Yeay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Auntie, u have hit the nail right on the kepala... u will find it in N& Ks' conversation later

      Delete
  4. hmmmm bohemian stlye-the-muslimah-way...u really 'wrote' her (both) with the carpe diem spirit...living life to the fullest...sian khal, siap mantra kan diri hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoora, you have described my youth...oh the yesteryears....sigh...

      Delete
  5. Baiknya mak long naz...jeles2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian dier coz mama and papa dia tak kisahkan dia sangat..

      Delete
  6. waaaaahhhhhhh....x sabar la nak tunggu next en3...makin menarik la nina...suspend gitu....korek la lagi khal sampai hang dapat kemana pas ni naz 2 pegi...xde makne nye dgn senang2 hang akan dapat jawapannya hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yes cik stroberi...mmg la susah dia nak cari Naz, bab brp tu? jap i congak...haaaa bab 12 he he

      Delete
  7. hehehehehe! yeahh! akan diusahakan! kekeke. maka berusahalah dengan tabahnya ye, khaalish! hihi. sambung lagi nina! tak sabar nak baca next! thank you! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss, i tak sabar nak baca citer Nada Hanan you, wei cepatlah, kan dia dah naik keter ofis met dia tu. i dont like the johor guy la, boleh blah.... ada tunang nak main awek lain... ini kerja setan je sebab setan kan tak sura org dirikan masjid. tell the johor boy to balik kampung.... amboi komen melampau dari writer perasan...wa ka ka...jgn marah cik merdeka ye :)

      Delete
  8. i likeee.. suspen betul citer dorg brdua nie.. tak sbar nak tengok Khalish hardworking-usha2-kejar Naz. can't wait for the next chap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he, saya ingatkan kalau hero kejar, readers akan kata boring sbb readers kan suka hero yg arrogant gitu. i bet ur gonna like chap 10 better (kata si writer perasan :)

      Delete
  9. Selepas PMS (dah 3 - 4 kali ulang bacanya)
    saya suka Naz n Khaalish juga.
    Terbaek. Tak sabar tunggu karya nina ini diterbitkan.
    Jalan ceritanya sangat 'best' rasa nak lagi n lagi, n i dont
    want to stop reading it.

    Thank u nina.


    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha, saya pun suka baca ulang2 novel kesukaan. TQVM for saying that KNK is good. beri semangat untuk saya sambung :)

      Delete
  10. Ninaaaaa....


    suka suka suka..best sgt..x sbr nk tggu nxt entry..
    thank u nina..

    ReplyDelete
  11. Hai Nina syg,

    Dpt jugak sy baca n3 awak. Curi-curik masa kejap seblum nak masuk meeting.

    Nampaknya Khaalish dh bersedia utk projek memujuk Naz kembali. apakah Naz akan terpujuk, sy x sabar nak tgk setakat mana usaha Khaalish nak rawat kembali hati Naz yg terluka.

    go to go, luv u nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. the chase...tu yg seronok tu, he he

      Delete
    2. The chase ya? This reminds me to Grey's Anatomy. Meredith n Derek love story. KNK is another bittersweet love story but I like. Something different n non cliche love story! So far good job Nina!

      Delete
    3. come to think abt it citer tv yg i tengok only CSI. dah lama rumah tak de tv. sapa chase sapa? derek chased meredith? oh...so blurr

      Delete
  12. Ha Khaalish apa tunggu lagi masuk meminang jelah si Naz tu... hehehe XD

    ReplyDelete
  13. Hai Nina...thanks for this new entry. Besttttt sangat sangat.... tak sangka Khaal sanggup mencemar duli masuk toilet busuk semata2 kerana Naz. Yeah...Naz walaupun dah segala ceruk dunia dia pergi, but still.... naive girl. Itu yang Khaal & family dia senang2 mainkan hati dia dulu tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zalida, haa u sorang saja yg komen tentang toilet busuk tu :)

      Delete
  14. Wah semangat nampaknya Mr. Khaalish...u must work hard la mister..utk tawan balik Miss Naz yg dh lama merajuk...chaiyok!!!

    ReplyDelete
  15. kalau tawar hati instead of merajuk, kan lebih susah nak ditawan hatinya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik nina
      Hati boleh ditawan semula bila kena caranya..hehehe... tp kene keje keras... so Kaalish sila jalankan projek memikat Naz dan berguru lah dengan Mak Long... ;)

      kita tunggu bab seterus nya... ;)

      Delete
    2. hati perempuan kan sekeras kerak nasi, if mr. khaalish gigih berusaha, sure hati miss naz lembut jugak satu hari nnt..kan kan kan hahhaa

      p/s: miss naz, jgn la marajuk lelama....setahun kire ok la... ;)

      Delete
    3. Naz is going to be shaken into relenting to Khaal. Oh my...I have so much writing to catch up! Wah, minggu depan menulis dalam bilik hotel lah he he

      Delete
    4. Wow can't wait....go nina goo... Jap nina...diorang ni akan kahwen at the middle or the end of story...hehehe clue2

      Delete
  16. nina..mn jmbatan putrajaya??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab 10, yg sikit lagi belum siap tp tak sempat nak tengok pun. bab 11 dah siap. ye saya penulis lompat2 :)

      Delete
  17. Aisehhh Nina klu dlu c Zahrain dpt gelaran mamat ketul ais, Khalish pula jd mamat stalker yerrr...
    Hehe...mcm besa larrr new N3 mmg best of course..
    Owh... wow Reham & Naz mmg sporting habis ya swim di sungai dgn tudung sekali..They are really something! Heee...

    Nina, if u describe Reham character mcm ur Bestfriend chrcter, than Naz character based on who? bcos u know, i owez imagine u when its come to the heroine character...ee jgn marah tau,i dun know who to imagine acttly i still trying to figure out abt Naz look...by imagination...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he... pls dont imagine me as Naz... In my head she is a "sederhana" girl, just like Una, tak der outstanding in terms of rupa. Una is sweet, sakit-gigi-kinda sweet :). Naz is like dark choc, bitter sweet, dia kelat hati dgn bapa dan Khaal. I hope I will be able to write Naz's personality hingga readers rasa she is likeable, some one you would like to have as a friend. Fayqa (if I may add) the heroine of my 3rd cerita (oh, I am so perasan to angan2 a 3rd novel) is an outcast, of her own choice, waaa she is even darker, personality-wise

      Delete
  18. nina syg... tau awak tu bz but nak tanya jugak... mana bab 10??? hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norana...sorry...tak siap lagi...tak cukup tanah buat kerja ni. out stn esok, will try to update from whereever I am :)

      Delete
  19. best la kak nina.. cpt la sambung please!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i am pedalling as fast as I can dear. this week, kerja mmg haru biru, kena setel b4 pegi out stn. will try to update while i'm travelling

      Delete
  20. hai la cik nina, u out stn merayau-rayau dpt gak cuci mata??!! i duk ceruk tu jugak kejar deadline tak putus2...huhuhu dah la cuti pnjg org lain duk c regatta, member2 cik hubby dari tanah malaya dah naik serikin, esk nak gi scv...kite ni turun keja haru-biru tul laaaa update lah, tak lerr i sunyi kat opis tu (muke comel blink2 gitu)pleaassseeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. would u believe it, i hv never been to scv, LOL. i will bring my lappy, sambil making sure kerja kat ofis jalan, boleh siapkan bab 10. yg geramnya sikiiiit je lagi, tapi dah tak sempat kan.

      Delete
    2. hehheh..know dat feeling, its like-so near, yet so far away (sigh2...)ni duk dpn lappy laa..googling cari info tak tentu pasal,pastu nak type lagi, den email tgh2 mlm huhuhu scv...u'll get there wen d time is right. i pun lama tak buat stop kat situ...hmmmm

      Delete
  21. Oh kak nina...i likeeee..sejak projek memikat i dah jd follower u..nak naz khaalish ep 10....jiwa meronta dah niii..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yes, i faham bab jiwa meronta tu, dear sakura, sebab jiwa meronta dgn internet yg macam apa2 di sini nih!!

      Delete
  22. incy wincy spider climbing up the spout,
    down came the rain and washed the spider out,
    out came the sun and dried up all the rain,
    now incy wincy spider went up the spout again...lalalalalalala stress tahap gaban dah ni hehehehehe loony tul la cheerio!!!

    ReplyDelete
  23. zoora,
    internet kat hotel slow, jet lag tak habis lagi, formal events padat n semalam berjimba tak hengat dunia, jalan sampai macam nak tercabut kaki. these are all the reasons why bab 10 tak muncul2 lagi. belum apa2, tengok2 balik nnt, 21hb ada dua meeting bertindih, ceh tak kasi can tuk siapkan bab 10 je! (so shld i sing itsy bitsy spider too? LOL)

    ReplyDelete
  24. wakakaka, i punye citer lagi best, tak derr line net&fon!!!! bengang 1 wkend!!! kontraktor upgrade road, cangkul 1 kabel abis mati line net&fon 1 tmn...deadline i pun besepai hahahahaha do our best la cik nina oiiii tak kemana kan bab10 tu...janji upload wen d time is rite ada hikmah tu :)

    ReplyDelete
  25. mula-mula baca cerita ni macam pelik rasanya.. tapi lama-lama rasa menarik... unik la watak2 dia... suka.. memang betul, nk jadi penulis, kena ada pengalaman yang sangat banyak.. baru la cerita berkualiti and tak syok sendiri.. suka baca cerita awak.. dh buat mental note untuk pegi beli PMS...nak lagi KNK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik ali, tqvm sbb berikan kata2 positif untuk KNK. jgn lupa beli PMS and tell me what you think about it ye

      Delete
  26. Wahai Cik Nina tersayang....

    Dicelah manakah anda berada hingga kan line internet slow?

    Tak per kami sabar menunggu bab 10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah naik bab 10, dear mrs z, tapi sekerat jerr, sdg diusahakan ye

      Delete
  27. wah...khalish ni berangan nk jd pasangan naz yg 'Kawin sebelum tiga puluh, kawin dengan Melayu' tu la tu

    ReplyDelete