Monday 28 January 2013

Seteguh Fayqa Bab 1 (siap)


Salam, dears.
Dengan hati yang berdebar2 menunggu terbitnya Kisah Naz dan Khaalish minggu ini, otak saya pun tak betul, so tulis SF bab 1 ni cam weng sikit. Apa2 pun harap u all enjoy.

p/s: bg yg belum tahu, KNK keluar minggu ini. Boleh dibeli di Pesta Buku minggu ini atau order dari Karya Seni, Sy banyak out stn bulan Feb ini maka tak sempat nak sign dan pos KNK, mohon maaf banyak2 ye.

Terima kasih banyak2 kerana selama ini menyokong PMS & KNK.

Bab 1


“Hello! Hello!”

“Ya, hello!”

“Ini abang Jim? Errr.... abang Dzahim? Hello, hello!”

“Ya, ya, ini abang Dzahim, kenapa? Kenapa dengan Dzahim?”

“Dia di hospital, emergency ward. Please, tolong datang, dia teruk sangat. Please datang, cepat!”

“Hospital mana? Dzahim kenapa? “

Sambil telinganya menangkap maklumat yang diberikan, tangan sudah mencapai sepasang jeans.

“Saya on the way, sekarang!”

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik adiknya Dzalia diketuk.

Dzalia dengan muka orang baru bangun tidur, membuka pintu, “Apahal Abang? Pukul
berapa ni?”

Selepas berita buruk itu dikhabarkan kepada si adik, berdesup Dzariff ke hospital dengan CRVnya. Tak sampai dua puluh minit sudah sampai, wad kecemasan dicari. Tiba di sana, di luar pintu bilik kecemasan, matanya terlihat seorang perempuan muda berpeluk tubuh bersandar pada dinding. Wajahnya kelihatan runsing. Laju Dzariff menapak ke arahnya.

“Awak kawan Dzahim yang telefon saya?”

Buntang mata si gadis memandangnya, terkejut disapa tiba-tiba. Kepalanya dianggukkan perlahan.

“Kenapa dengan adik saya? Dia di mana sekarang?” soalan keluar laju bagai peluru.

“Di dalam, doktor nak bawa dia masuk ke bilik bedah. Dia kena pukul...” jawapan diberikan bagai separuh sedar. Masih trauma menjadi saksi Dzahim dipukul.

“Kena pukul?!! Damn!! Siapa pukul Dzahim? Dah report polis belum?” Muka si Abang sudah merah, marah dengan orang yang memukul adik, marah kepada si adik kaki merayau malam, marah kepada budak perempuan di depan mata ini....

Si budak perempuan depan mata pula hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala...

Telefon bimbit segera dikeluarkan, nombor telefon kawan sejak sekolah menengah didail, “Amir! Aku ni, Dzariff. Aku nak minta tolong wey. Adik aku kena pukul... KPJ Damansara......”

Gadis di depannya bergerak, entah mahu ke mana, zass! Tangan si gadis digenggam erat. Talian telefon di matikan.

“Where do you think you are going? The police is on their way. Selagi saya tak tau apa yang terjadi, awak tak boleh ke mana-mana!”

Tangan yang digenggam dipandang tajam. Trauma tak trauma, siapa mamat ni nak pegang aku?!

“Apa ni?! Lepaslah!” Dari muka yang blurr akibat trauma, mukanya berubah menjadi garang dalam satu saat. Ini tentang halal haram!

Tangannya direntap kuat, mahu melepaskan diri dari genggaman si jejaka. Tapi tenaga si jejaka lebih kuat, genggaman di tangan si gadis tidak dilepaskan.

“Eh! Abang dengan adik sama sengal!” jerit si gadis, marah. Dada si abang sengal ditolak dengan tangan kanan yang masih bebas.

Zass!! Tangan kanan pula digenggam. Makin marah jadinya si gadis, kedua-dua belah pergelangan tangannya digenggam si mamat sengal!

“Awak ni kenapa?”

“Awak nak ke mana?”

“Suka hati sayalah!”

“Adik saya kena pukul. Awak saksi! Awak kena tunggu di sini sampai polis datang!” sergah si jejaka.

“Awak!! Awak nak suruh saya jumpa dengan polis ke, bomba ke, boleh tak awak lepaskan tangan saya? Awak tak tahu halal haram ke?” balas si gadis, menyergah juga.

“Halal, haram? Perempuan yang merayau lewat-lewat malam macam ni tahu halal haram ke?” perli si jejaka.

Melopong mulut si gadis! Siapa dia ni? Kali pertama jumpa kutuk-kutuk orang pula? Aku dah buat apa kat dia?

“Mister,” nada suaranya sudah bertukar rendah dan perlahan, “number one, unhand me. Number two, keep your nasty words to yourself.”

Mendengar perintah si gadis, terbakar dada si jejaka. Keningnya terjungkit, dengan suara yang sama rendah, dia mencabar, “Make me.”


Ternganga si gadis mendengar cabaran si jejaka, hairan sungguh dengan perangai bangang mamat ini. Tadi si adik kena pukul, sekarang giliran si abang pula kah? Memang adik beradik kaki cari pasal? Sudah dicabar, sudah diminta, apa lagi, beri sajalah! Tanpa sebarang amaran, dengan laju dan kuat, si gadis mengangkat lututnya dan celah kangkang si jejaka menjadi sasarannya.

“AUW!!” jerit si jejaka, sakit ada, terkejut pun ada. Kedua belah tangannya laju melepaskan tangan si gadis dan hinggap di celah kangkang sendiri. Terbongkok-bongkok menahan kesakitan.

“Aaaauw!” mengerang si jejaka. Fuh! Nasib baik tak kena tepat. Sebab kena sipi pun boleh tahan sakitnya.

Si gadis bercekak pinggang, puas hati. Senang-senang nak pegang orang, nak kutuk orang. Ambik kau!

“Abang!! Abang kenapa pulak ni?!” tiba-tiba ada suara wanita menjerit.

Laju si gadis berpaling ke arah wanita yang menjerit tadi. Usia sekitar lima puluhan....emak Dzahim mungkin? Tanya si gadis dalam hati.

“Abang, kenapa ni, Bang?” tanya seorang gadis, laju menerpa ke arah Dzariff, memegangnya kuat, bimbang kalau Dzarif tumbang ke bumi.

“Abang okey, Abang okey,” semampu mungkin sakitnya ditahan, tangan kanannya digawang-gawang.

“Abang! Adik mana? Dia okey tak?” tanya si ibu.

“Ummi, Adik kat dalam. Nanti Abang cari doktor atau nurse, tanyakan khabar Adik,” jawab Dariff, sedaya upaya menegakkan diri.

Melihatkan wajah cemas wanita separuh umur itu, si gadis tidak sampai hati untuk menyampaikan berita. Tapi apa lagi yang patut dia buat.

Perlahan-lahan dia membuka mulut, “Assalamualaikum, Auntie. Dzahim kat dalam. Tadi nurse keluar bagi tahu yang derang nak siapkan Dzahim masuk ke dalam dewan bedah. Derang cari ahli keluarga untuk tanda tangan surat kebenaran.”

“Waalaikum salam, anak ni siapa?” tanya emak Dzahim, agak tercengang-cengang.

“Saya Fayqa, Auntie, kawan Dzahim,” Fayqa menjawab, mata Dzariff mencerun.

“Adik saya tu kenapa?” tanya perempuan muda sebelah si ibu.

“Dzahim.....kena pukul,” teragak-agak Fayqa menjawab.

“Ya Allah! Anak aku!!” jerit emak Dzahim, air mata mula berjujuran di pipi. Anak lelakinya dipeluk bagai mencari kekuatan.

“Ummi, sabar Ummi. InsyaAllah, Allah akan lindungi Adik,” pujuk anak lelakinya, tangan Umminya digenggam kuat. Anak perempuannya pula memeluk dari belakang.

“Fayqa, teruk ke keadaan Dzahim?” tanya si ibu sambil menangis teresak-esak.

“Saya pun tak pasti Auntie. Nurse tak cakap apa-apa, cuma Dzahim perlu dibedah.....” sejujurnya Fayqa memberitahu.

“Ummi, sabar ye. Abang pergi cari doktor yang rawat Adik,” pujuk si abang.

“Auntie, Fayqa minta diri sekejap ye...”

Belum sempat Fayqa menghabiskan ayatnya, Dzariff menyergah, “Kan aku dah kata jangan ke mana-mana?”

Tercengang si ibu dan kakak, hairan kenapa Dzariff bertempik tengah-tengah malam buta begini.

“Encik! Encik tak nampakkah baju saya ini penuh dengan darah? Saya nak pergi tukar baju dan solat. Saya ni belum solat lagi,” Fayqa melawan, pantang dia disergah-sergah.

“Abang, yang marah-marah ni kenapa?” hairan sungguh si ibu.

“Ummi, Abang dah telefon Amir, minta dia datang siasat siapa yang pukul Adik. Budak perempuan ini saksi utama. Kita tak boleh biarkan dia lari.”

“Siapa kata saya nak lari?”

“Kami boleh percayakan awak ke?”

“Saya yang bawa Dzahim ke hospital, kenapa pula awak tak boleh percayakan saya?”

“Kenapa awak kalut nak solat sekarang? Solat saja lepas polis sampai.”

“Astaghafirullah, awak nak suruh saya lengahkan solat? Awak ni tak belajar agama ke? Lepas solat boleh saya baca Yassin, doakan Dzahim.”

“Yalah Abang, Adik dalam keadaan macam ni, elok kita bacakan Yassin,” celah si ibu. Rimas juga mendengar budak berdua ini bertekak.

“Fine. Yaya, kau ikut budak ni, jangan biarkan dia lari. Kalau dia lari …..” arahan dikeluarkan kepada si adik perempuan, mukanya garang macam nak telan orang.

Dzariff memang serius orangnya tapi malam itu seriusnya sudah lain macam, adiknya Dzalia tidak berani membantah. Bila Fayqa melangkah pergi, tanpa apa-apa komen, Dzalia mengikutnya.

Tak sampai beberapa minit doktor keluar berjumpa Dzariff dan ibunya. Keadaan Dzahim diperjelaskan, dia perlu dibedah segera kerana pendarahan otak. Hajjah Azimah hanya mampu menangis memandang Dzariff menandatangani surat kebenaran pembedahan Dzahim.

Kedua anak beranak itu sedang berpelukan bila Inspektor Amir tiba bersama seorang lagi anggota polis. Sudah lama dia berkawan dengan Dzariff, sejak di bangku sekolah menengah. Jadi bila mendapat panggilan telefon Dzariff, tanpa berlengah dia bergerak ke hospital itu. Dzariff pula laju menelefon Dzalia supaya membawa Fayqa balik ke wad kecemasan. Sambil menunggu Fayqa, sempat Inspektor Amir bertanyakan beberapa soalan kepada Dzariff. Tidak banyak maklumat pun yang dapat, jadi bila saksi utama tiba, Inspektor Amir bersiap sedia secara mental untuk menjalankan penyiasatan.

Fayqa dibawa ke sudut terpencil di wad kecemasan itu. Kemudian bertubi-tubi soalan datang dari Inspektor Amir. Nasib baik dia sudah solat tadi, walau pun dia masih trauma tapi sekurang-kurangnya dapat jugalah dia menjawab soalan Inspektor Amir.

“Betul awak tak nampak orang yang pukul Dzahim?” tanya Inspektor Amir buat kali kedua.

“Fuh.. masa tu, saya panik tengok ada orang kena pukul. Saya tak tahu pun yang kena pukul tu Dzahim. Takkan saya nak cabut macam tu je kan, jadi saya tekan hon kereta saya kuat-kuat. Mula-mula tu, derang macam nak serang kereta saya. Tapi saya tekan hon tak henti-henti. Agaknya derang takut ada orang datang, derang naik motor derang, pas tu lari. Saya turun kereta, nak tolong kan. Masa tulah baru saya sedar yang kena pukul tu Dzahim. Masa tu darah dia banyak sangat keluar,” pucat lesi wajah Fayqa semasa dia bercerita.

“Berapa orang yang pukul Dzahim tu?”

“Empat, lima orang, macam tu,” berkerut-kerut dahi Fayqa mengingati perkara yang sebenarnya dia mahu lupakan terus.

“Awak tak nampak nombor plet motor mereka?”

“Uish, Inspektor, masa tu kelam kabut sangat. Saya terketar-ketar masa tu. Takutnya, Tuhan saja yang mengetahui, apa pun saya tak nampak,” jawab Fayqa berterus terang.

Buat beberapa detik, wajah Fayqa direnung tajam oleh Inspektor Amir.

“Dazriff, jom.... ada benda aku nak bincang sikit,” ajak Inspektor Amir sambil bingkas bangun. Dzariff mengikut rapat.

Tiba di sebuah sudut sunyi, Inspektor Amir membuka mulut, “Betulkah budak tu dengan Dzahim hanya kawan biasa?”

“Aku pun tak tahulah. Kenapa?”

“Dia anak yatim, maknya di Tawau.”

“So?'

“Dia sorang diri di KL ni...”

“Amir, kau nak kata apa ni?”

“Baik kau tumpangkan dia di rumah kau. Ada kemungkinan budak-budak yang pukul Dzahim nanti akan cari dia.... untuk tutup mulut dia...”

64 comments:

  1. yay!! Still getting used to Dzahim, Dzariff, Dzalia..

    Fayqa org Tawau yaaa... Kebetulan I pun baru balik Tawau (eh dan dan... dah mula nak berangan hahaha)

    p/s: ni quota January kan.. Feb lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina, derang 5 beradik, 2 lagi Dzehan & Dzureen, he he.
      minggu depan tak boleh nak janji lah sebab i pun tak pasti i kat mana masa tu

      Delete
    2. Fuh tu diaaaa berbelit. Kali ni hero pula adik beradik ramai, heroin anak tunggal ke?

      Mak hero nampak lembut macam Puan Sri Maimun. Defintely bukan macam Manja.

      Delete
    3. Cik In...your quote "Definitely bukan macam Manja" made me terkekeh2 ketawa, sensorang. :-)

      Delete
    4. Macam oxymoron kan. Namanya Manja tapi peribadinya sungguhlah opposite.

      Delete
    5. hmmmm i was supposed to explain why she is called manja by the hubby tapi tak sempat.... :(

      Delete
    6. But I really like Manja :-)

      Delete
  2. Oh my..baru bab 1 dah menarik cerita ni. Heroin cerita ni lain sikit dari Naz and Una. Ganas and I Like!! Mesti cerita ni dark dark sikit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm, EM. ganaz? haah bab 1 si Dzariff tu dah kena, yup this story is the darkest among my 3 stories. konon nya nak eksperimen, kita tengok menjadi ke tak ok?

      Delete
  3. best sngt n teruja sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm dear....i just try and i hope it works :)

      Delete
  4. Lajunyaaaa dah ada cerita baru! Pinjam semangat sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he actually nya citer ni masuk otak dulu sebelum KNK, tapi gatal tangan nak tulis KNK dulu. nak pinjam semangat? fuh fuh fuh! ambik semangat! :)

      Delete
  5. Thanx nina..nmpk pertemuan yg menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha pertemuan yg tak romantik langsung kan?

      Delete
    2. Awal2, X romantic x pe, Nawwal-Zaharin & Naz-Khaal pun x romantic juga. But I still like both stories. Kata org save the best for last, x gitu?

      Delete
    3. i kinda think that Naz-khaal 1st mtg was romantic. but the hero of SF is soooo mamat belia, dok fikir ni camna nak buat romantic scenes...

      Delete
    4. Mat Belia? Haiyooo, mat Belia ni stok dengar cakap Mak.... Haha... So, make the mother to make him romantic... :)

      Delete
  6. Assalam Nina,

    1. Happy to hear KNK will b out soon
    2. Permulaan yg sgt interesting for the new novel. Suka dgn heroin yg ala-ala brutal
    3. Salute you - very hardworking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yang,
      1. TQVM

      2. ho yeah, Fayqa is the most brutal, Una is super sweet, Naz tu selamba

      3. ha ha writing stories is not working for me, its leisure time :) Alhamdulillah

      Delete
  7. cik nina.. bab 1 pon da mule rase bahang dia ngn penangan fayqa agak2 kdpn lg mmg bole lebam lah hero kne blasah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo nnt si hero nya pun boleh tahan jg ganasnya....haish nnt SF pun kena label 18sx he he

      Delete
    2. I suka si Abang jd hero. Dzariff rite? If so, more adventurous scenes coming!

      Delete
    3. ooo tanak Dzahim, si adik? dia ni notti2 manja2....

      Delete
    4. 2 reasons x nak Dzahim:

      1. Sbb dia dh berkawan dgn Fayqa definitely Fayqa dh kenal dia. Dzariff is a new guy to Fayqa so boleh buat byk unpredictable scenes. Hehe

      2. Nama Dzahim quite similar to Zaim Jd hero ur 3rd novel dh nk sama dgn the 2nd one

      P/s: After reading the 1st chap my instinct says that u nk buat Dzariff as the hero.

      Delete
  8. permulaan yang menariks...nampak perbezaannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye? if so, i'm glad... komen yg plg suka adalah "beza dari citer lain"... i hope i can achieve it

      Delete
    2. iyeee...nanti kita tgk progress nx chapter pulak....tapi ai mmg suka kalau cerita heroin tu x lembik...means she'll fight for her rights/love/etc etc... barulah cool :)

      Delete
    3. hk, agreed with u. Nina's stories r quite different from others. Another plus point is her heroines. Very strong heroines!!! I like!!

      Delete
  9. Yeay cerita baru... Like it. walaupun nampak berat dari pms and knk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm berat donolah tp cuba nak buat yg lain tatau la menjadi ke tak... cuba dulu kan...

      Delete
  10. best sabgat cite ni kak... mst dzarif ni hero en...

    ReplyDelete
  11. Gelak sorang2 sbb membayangkan muka Faqya bercerita dgn inspector polis tuh..comel je dia ckp "derang, derang..". Hehe..anyway, gud luck Nina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang komen boleh? :)
      dear, ganas betullah awek ni. brutal betul2 ni. okey, bab 1. tunggu bab seterusnya.
      Pinjam semangat awak... semangat saya dah tinggal suku ni.

      Delete
    2. ZR, ada reader komen tanak derang, derang.... tq for the wish

      ZZ, haah ganas...kuatkan semangat sikit jer tu, pas tu gi lah holiday ke...shopping ke...mkn2 ke....

      Delete
  12. Love at the first sight! Baru bab 1, dah jatuh Cinta dgn heroine. I think I'm gonna love Fayqa more than the other two. She's different, very tough, polite to elderly n religious.

    Oh Nina, reading your stories buat I berangan jd superwoman pulak. I suka all your heroines sbb not like typical heroines yg biar laki buli, obedient x kena tempat, lembik n cepat nanggis. Haha tetiba rasa geram pulak.

    Good luck to u, x sabar nk tgu next chaps!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha and her challenges are different too. ada fighting scene dlm SF, gang fighting scene, still dono how to write it...

      pst pst, bila Fayqa pi tumpang rumah the Dzs....expect some hot scenes...

      Delete
    2. I wonder what kind of hot scenes? :)

      Delete
    3. wah2..ada hot scenes lah nnt..XD

      Delete
  13. wahh corak cerita yg berlainan!!! i looiikkee!!! go nina go!!!

    ReplyDelete
  14. Mmg best x sbr nk tunggu next chapter...

    ReplyDelete
  15. wow!!! intresting ^^ hehehe.. sbb heroin dia mcm ganas gak... :D bgos2 ... bru je jumpa da gadoh.. :D comel2...
    keep it up kak kana :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  16. Fuhhhhhhhhhhhhhh....*hembus nafas*
    Yay!!!!! entri baru. Past entri saya tarik nafas macam tak berapa nk lepas je. *semput* huhu.
    Serius saya suka gile karakter heroin ni..
    Tapi hero takkan 2 orang kot. Adik abang, twin ke?
    Tak kesah la.. yang penting hati saya manyak suka *blink2*
    TQVM Sis.

    ReplyDelete
  17. Best dan menarik tapi perkataan 'derang' mungkin boleh diganti dengan 'mereka' rasa macam tak sesuai dengan pengolahan cerita ni dan mungkin ramai yang tak faham...
    Maaf andai tersalah kata.... #^_^

    ReplyDelete
  18. haaaaa...kan dah kata mesti salah faham....suke ski dia je nak tuduh faiqa 2 cenggitu....

    ehem3...nak n3 lagi..hahahaha

    ReplyDelete
  19. Yeah...go fayqa go.... mmg patut si dzarif ni kena tendang...

    ReplyDelete
  20. Oh Nina....yes, I loike this story. Bestnya Fayqa ni, takdelah kena dera ngan lelaki kalau cenggitu kan? So, adik beradik 'D'....kena hati2lah ye? muehehehe.....

    ReplyDelete
  21. Dah jatuh cinta ngan fayqa... Hero n heroin sama ganazz...

    ReplyDelete
  22. salam babe, mmg panassss, ganas yerr...tak pe, i nak pinjam semangat ganas ni coz permulaan 2013 dah ada aura2 ganas kat opis...hahahaha all d best dari sbrang cina selatan!!!

    ReplyDelete
  23. Go baby go.... minggu ni sibuk dekat pwtckan , minggu depa masuk n3 tiap tiap hari yeee hahaha

    ReplyDelete
  24. Wow!!! Liked it!

    Bab kena tendang kat celah tu sangatlah syiok, ketawa besar sangat. Cakap lagi "make me" kan dah kena zassssss

    suka gan characters heroin you, Nawwal sweet, Naz selamba giler, Fayqa ganas @ brutal. yang pasti semuanya independent and brilliant.

    good job Hanina!

    ReplyDelete
  25. Hehhe.. Bagus2.. Ade cite baru.. Cite KNK pn sy dah abih bace.. Mantop!!.la kak nina..

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. nice story..bab 1 dah fall in love..nawwal sweet, knk pulak kena tunggu 16 feb. 2013 and cant wait to own sf versi novel. good luck and will support u.

    ReplyDelete
  28. Best ...... Akak menjadi peminat sis sejak baca Projek memikat suami .... Kemudian kisah naz dan khalish .... Memang x menghampakan ... Teruskan usaha ya .... Akak akan terus menyokong ....

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. kali ni citer lain skit, heroin gns..bgs ninan...mg idea mcurah2 spt Naz ble mnulis di sg mekong ....

    ReplyDelete
  31. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete