Thursday, 14 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 3


Selepas jenuh menulis KNK dengan penuh sopan, tanduk saya mahu keluar  lagi..... Ini percubaan saya untuk kembali notti. What do you think? Just enough naughty, over2 naughty or tak cukup naughty?




Bab 3


“Jim kasi saya pinjam,” jawab Fayqa perlahan.

“Pasal apa pula adik saya pinjamkan awak kereta?” Laju Dzariff menyoal, macam loyar dalam mahkamah.

Fayqa merenung The Boys, The Boys merenung Fayqa. Diam.

“Awak ni girlfriend Dzahim ye? Tadi kenapa bila Inspektor Amir tanya, awak tak mengaku?” mamat sengal perasan loyar bertanya lagi.

Farhan dan Aboy tersengih bagai kerang busuk. Fayqa jengilkan mata sekali. Cepat-cepat budak lelaki berdua itu mengemam bibir, bimbang jika Fayqa meletup.

“Saya dan Jim, kami coursemates,” jawab Fayqa pendek.

“Kalau coursemates saja, takkan sampai Dzahim beli kereta dan pinjamkan?” Dzariff belum habis menubi.

“Encik, saya dan Jim coursemates, okey,” suara Fayqa sudah meninggi. “Pa'an, kau boleh tolong bawa Kancil ni ke kedai, tukarkan seat cover?” laju Fayqa menukar topik.

“Consider it done,” jawab Farhan, kasihankan Fayqa yang kena tekan dengan abang Dzahim.

Kunci kereta dikeluarkan dari poket belakang dan dilambung tinggi. Cekap si Farhan menangkapnya.

“Kau hantar aku balik dululah, baru kau hantar ke kedai, boleh?”

Belum sempat Farhan menjawab, Dzariff sudah menyergah, “Siapa kata awak boleh balik?'

Mata Fayqa tajam merenung wajah si mamat sengal, dengan suara mendatar dia bertanya, “Siapa kata saya tak boleh balik?”

Mata Dzariff mencerun memandang tajam ke dalam mata Fayqa, “Saya.”

“Whoaaaa...” sahut Farhan dan Aboy serentak, sambil melangkah ke belakang setapak.

Fayqa menarik nafas dalam-dalam, mamat sengal ini memang cari pasal! Dah kena sedas semalam pun, masih tak hilang sengalnya. Buat apa hendak dilayan, cuba cakap elok-eloklah, mana tahu boleh datang balik warasnya.

“Encik, saya nak balik, mandi, tukar baju, kemudian saya nak balik ke sini semula. Kan doktor kata 24 jam ini kritikal untuk Jim. Apa hal pula yang Encik nak halang saya?”

“Ini atas arahan Inspektor Amir!”

Berkerut dahi Fayqa and the Boys.

“Apa kena mengena dengan Inspektor Amir?” tanya Fayqa, semakin yakin keluarga Dzahim ada masalah iseng di sebelah lelaki.

“Inspektor Amir tak benarkan awak ke mana seorang-seorang. Dia bimbang kalau budak-budak yang pukul Dzahim akan cari awak, nak tutup mulut awak,” serius habis muka Dzariff.

Terlongo tak terkata apa Fayqa jadinya. Farhan dan Aboy juga.

“Pek...betul juga kata Inspektor Amir tu. Entah-entah budak-budak tu cam kau. Kalau derang 'mark' kau, habis kau, Pek,” komen Farhan perlahan dengan muka yang runsing.

“Pa'an, habis aku nak buat apa? Menyorok dalam rumah? Tak payah pergi kerja? Aku nak makan apa?” soal Fayqa, pura-pura berani tapi sebenarnya takut juga.

“Awak tumpang di rumah kami,” Dzariff memberi arahan, bukan mempelawa.

“Gila!” reaksi spontan Fayqa.

“Gila?!” tinggi suara Dzariff, “awaklah yang gila kalau awak berani merayau ke sana sini seorang diri walau pun dah polis bagi nasihat. Awak ni dah tak sayang nyawakah? Awak tak nampak apa yang mereka dah buat pada Dzahim? Lebih daripada tu mereka boleh buat kat awak tahu?!!”

Seram bulu roma Fayqa mendengar “lebih daripada tu mereka boleh buat.” Berombak-ombak dadanya memikirkan apa yang budak gangster lima orang semalam boleh buat terhadapnya. Sesak di dada, sesak di kepala.

“Pek...aku rasa....betul juga kata abang Jim,” kata Aboy perlahan-lahan.

“Boy, takkan aku nak menonong-nonong menumpang rumah orang?” sergah Fayqa.

“Pek, kalau mak bapa aku ada di rumah, bolehlah aku ajak kau tumpang rumah aku. Tapi kau pun tahu kan mak bapa aku ada di Dubai. Nanti kang kita kena tangkap basah, kau juga yang susah, aku ni tak kisah,” pujuk Farhan sambil bergurau.

“Ceh! Kau ni,” dengus Fayqa.

“Pek, aku memang tak boleh bawa kau balik ke rumah. Kau tahulah mak aku kan. Kau nak tumpang rumah Danny ke?” komen si Aboy pula.

“Aku tak nak tumpang rumah sapa-sapalah!” Fayqa terjerit kecil, tangannya berpeluk tubuh.

“You got no choice, young lady. Awak ada dua pilihan, tumpang di rumah kami atau awak balik ke rumah mak awak di Tawau. Saya boleh belikan tiket kapal terbang untuk awak,” keputusan muktamad dari Dzariff.

“Balik rumah Mama?” hati Fayqa mengeluh.

Tiada pilihan, Fayqa terpaksa bersetuju untuk menumpang di rumah keluarga Dzahim. Farhan dan Aboy diarahkan Dzariff untuk menemankan Fayqa untuk mengemaskan barang-barangnya di bilik sewaannya dan memulangkan kunci kepada tuan rumah.

Tiba semula di hospital, beg pakaian dan dua buah kotak berisi buku-buku dipindahkan masuk ke dalam CRV Dzariff. Fayqa menapak semula ke ruang menunggu wad ICU dengan senaskah surah Yassin di dalam beg sandangnya.

Di ruang menunggu, ibu Dzahim menggamitnya. Wanita separuh umur itu dihampiri dan Fayqa melabuhkan punggung ke kerusi di sebelahnya.

“Fayqa, Dzariff dah ceritakan pada Achik. Fayqa tumpang rumah Achik ye? Achik tak nak apa-apa jadi pada Fayqa. Cukuplah Dzahim seorang yang masuk hospital. Jangan pula Fayqa jadi mangsa nombor dua,” lembut tutur kata ibu Dzahim, membuat Fayqa teringatkan Mamanya.

Melihat Fayqa yang diam membisu, ibu Dzahim berkata lagi, “Fayqa jangan segan ya. Kat rumah tu ada Achik, ada Kak Yaya, ada Kak Yin. Nanti Fayqa boleh berkawan dengan Kak Yaya dan Kak Yin, ye?”

Dengan tiada pilihan, dengan suara ibu Dzahim yang lembut, Fayqa tidak boleh buat apa-apa lagi, hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Seharian Fayqa di ruang menunggu, tidak berhenti-henti dia membacakan Yassin, sedekah kepada Dzahim. Penyelia restoran tempat dia bekerja sudah dia telefon, minta cuti kecemasan dua hari. Menjelang lewat malam, Dzariff menyuruh ibunya dan Fayqa pulang. Kasihan melihat ibunya keletihan. Dzalia disuruh menghantar mereka ke rumah dengan Suzuki Swift merahnya. Selepas mandi dan solat, Dzalia kembali ke hospital menemankan Dzariff di ruang menunggu.

Fayqa disuruh berkongsi bilik dengan Dzureen di tingkat atas. Ditolaknya lembut kerana tidak mahu bikin Dzureen tidak selesa dalam bilik sendiri. Dia lebih rela menumpang di bilik pembantu rumah yang kosong bersebelahan dapur. Jenuh dilarang Hajjah Azimah, ibu Dzahim, namun Fayqa tetap berkeras.

Usai mandi di bilik air bersebelahan dengan bilik yang ditumpangnya, Fayqa bersolat dan rebah ke katil. Letihnya Tuhan sahaja yang mengetahui. Belum beberapa saat berbaring di katil dia sudah terlena.

Pukul tiga pagi dia terjaga, baru tersedar dia sedang tidur di atas sebuah katil yang asing, dalam sebuah bilik yang asing. Kering pula tekaknya. Sudah menjadi kebiasaan Fayqa akan membawa sebotol air kosong ke dalam bilik tidur, buat membasahkan tekak bila terjaga di tengah malam. Dek keletihan terlampau, dia terlupa membawa air ke bilik tidur.

Fuh! Dahaga sungguh. Kalau tidak minum, sehingga ke pagilah susah hendak melelapkan mata semula. Perlahan-lahan dia bangun duduk di tubir katil. Tangannya meraba-raba di atas dan di bawah bantal, mencari getah pengikat rambutnya yang terurai. Tak jumpa pula! Rimas betul berambut panjang, tangannya menguak-nguak rambut yang melekat di leher. Sibuk menyiapkan tugasan akhir semester dan bekerja sehingga tidak sempat ke kedai potong rambut.

Perlahan-lahan dia menapak ke arah pintu bilik. Daun pintu dikuak. Dapur gelap gelita, hanya ada sedikit cahaya dari luar. Dengan keadaannya yang tidak menutup aurat, lampu dapur dibiar tidak dipasang. Ke peti ais, ambil air, minum, balik ke katil, Fayqa berkira-kira. Gelas plastik di ambil dari rak pinggan di sebelah sinki. Pintu peti ais dibuka, botol air dicapai, air dituangkan ke dalam gelas. Sambil berdiri, Fayqa meneguk dengan rakus.

“Ahhhh,” leganya dapat membasahkan tekak. Sedap berdiri di hadapan peti ais yang terbuka pintunya, sejuk nyaman. Segelas air lagi dituangkan dan diteguk rakus.

Baru sahaja Fayqa hendak berpusing dan menutup pintu peti ais, dia ternampak lembaga hitam duduk di kerusi makan. Terpelanting gelas plastik di tangan. Reaksi spontannya tentulah hendak menjerit!

“Jangan menjerit. Awak nak semua orang bangun?”

Suara itu....dia kenalkah? Dek kerana masih terkejut, pintu peti ais dipegang kuat.

“Baik awak tutup peti ais tu. Hilang sejuknya kalau dibuka lama-lama,” tenang sahaja suara lembaga hitam itu, “dengan awak berdiri di depan peti ais yang terbuka macam tu, macam-macam benda yang sepatutnya saya tak tengok, saya boleh nampak.”

Laju Fayqa menarik nafas, matanya turun ke tubuh sendiri yang hanya berbalut baby-T kain kapas nipis dan berseluar pendek.

Pintu peti ais dihempas, Fayqa buka langkah memecut ke bilik tidurnya. Macam orang lari dari hantu.

Si hantu di dapur tertawa besar!

103 comments:

  1. comel..dan sungguh mencuit hati..apa sebenarnya yg telah berlaku ke atas zahim tu..dan akak tertanya tanya mengapa dia dipukul sebegitu rupa dan apa yg mamat poyo tu buat kat dapur duk sorang sorang..dan adakah minah ni mmg mengenali mamat mamat yg telah memukul coursematenya itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idA, tak tidur lagi? kenapa Dzahim kena pukul, itu hanya dia yg boleh jawab, so kena tunggu sampai dia sedar. mamat sengal tu balik sekejap tukar baju, singgah di dapur minum air, terserempak dengan midnight show pula. wa ka ka

      Delete
  2. Don't mind the naughtiness... janji best. Heheh

    ReplyDelete
  3. hehehr...awesome lah----(@ tgh sabar mnunggu knk kluar kt mph

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 isnin depan kan or better still this wiken :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mesti dzariff si hantu btuah tu..what can i say nina ur SF comfirm will be more naughty then PMS n KNK...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dialah tu...haah mood nak buat citer notti skrg :)

      Delete
  6. cute jer Fayqa ni...dalam tunjuk berani, ada juga rasa gentar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak jadi kuat tp kita semua manusai biasa kan

      Delete
  7. mcm bayang2 plak si dzariff nie...mn ada feqah, di situ ada dzariff...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tu lah pasal...cam ada magnet he he

      Delete
  8. suka2...cute je dorg buat midnight show...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. midnite show yang akan terimbau-imbau :)

      Delete
  9. hehehehe... suke la. Hope to read the next entry soon. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm minggu depan ke or the next week depending on my work :)

      Delete
  10. Sian apek. ... itu jodoh apek la tu dah nampak aurat kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, kluar bilik nak dress up elok2, cari minum dalam gelap kunun ahaks

      Delete
  11. hihi.. nak yg naughty melampau boleh x nina?
    hai pn writer, kata nak slow & steady tulis SF ni tp.... yg pntg i yg untung, jengah2 dah ada bab 3. sukanye hati...

    ReplyDelete
  12. Suke x sia2 jengah kejap ke sini td

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian u all terjengah2, will try to update soon

      Delete
  13. wahahaha... mcmne la hantu dapur tu blh de kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tu lah dia..dua2 cari minum tgh2 mlm

      Delete
  14. Nina agak2 muka pek ni mcm sape?? Noti3 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. as usual LJJ, my heroines mesti sederhana sj physically, tapi personality mesti enigmatic!

      Delete
  15. Best dear.... !! Tersenyum2 i baca nie...boleh gak fayqa nie duk pose depan peti ais .

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he nnt lah dia nyesal seumur hidup tu....

      Delete
  16. Suka sangat..so cute if they're together..

    ReplyDelete
  17. Aiyak, pepagi Abang Jim dh dpt tgk free show. Hahah.

    ReplyDelete
  18. Dzarif mcm garang tp actually dia penyayang and prihatin gak eh?owh dah starts suka kat dia!
    Untung la dpt free show tgh2 in that stressing moment..
    Tp minum air smbil buka pintu peti Ais lg terasa nikmat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal, nak try posing depan peti ais terbuka juga ka, wa ka ka!!

      Delete
  19. ok hanina.. bila boleh publish citer ni... macam nak kena habiskan direct,, tak leh tunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish maiz1912....penat tulis KNK pun tak habis lagi dear....nak tulis SF slow n steady...sbb thn ni bnyk projek kat ofis...

      Delete
  20. Nina: !!! sweet, so sweet! i like the naughtiness part....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah notti, am planning to push it as far as i can, kira cam experiment larr

      Delete
  21. Nina: !!! sweet, so sweet! i like the naughtiness part....

    ReplyDelete
    Replies
    1. so sweet that u have to comment twice? LOL, tqvm!!

      Delete
  22. Pagi2 dah buat dosa kering imagine scene kat dapur .. depan fridge pulak tuuu .. hahaha ..
    I am loving Dzariff already .. notti cik abang sorang ni
    Buat dia lagi notti ya, Hanina ..


    ReplyDelete
    Replies
    1. tsk tsk tsk, sy lah sumber dosa kering tu.... tp minta ditambahkan notti pula? LOL

      Delete
  23. ahahahhahahahhahahhahahahahahhaha.......nak gelak je....nakal jugak dzariff nih, sengal pon ye gak 2 hahahahhahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kita nak buat dia even more nakal and annoying pun ye juga

      Delete
  24. wah pagi2 dah senyum hehehe
    so sweet N i like naugthyyyyyyy.
    make more notti n sweet

    ReplyDelete
  25. Eeei Notti sgt!!! hehehehe.... next entry please...

    ReplyDelete
  26. akak mmg noti tp your n3 mmg best !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aish bukan sy yg notti...dzariff yg notti tak? :)

      Delete
  27. hahahaha...adoii kant0i plak c fayqa neh...best2!!! truskan kenotian ini!!hahaha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kantoi big time...dah lah baru malam pertama...malam pertama?!!! uish!

      Delete
    2. hahahaha!!tu la pasal!!! malam pertama???hahahaha

      Delete
  28. ohhh best la....terima kaseh awak.....

    ReplyDelete
  29. hahaha..naughty jgak dzariff

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi secara overall dia ni skema...nnt kita tengok

      Delete
  30. aaaaaaaaaaaahhhh!!!!!!!! sweeeeetttt!!!!

    ReplyDelete
  31. alalalala...comels...ai like notti2 nie..:)

    ReplyDelete
  32. err..mcm mne actually nk sebut nma2 mreka nie,dzarif dzahim, dzalia. nk sebut dizarif or silent d zarif je,maaf tnye,sje nk taw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, the d is silent, sebut zariff, zahim, zalia, zureen n zehan jer....bapa derang Haji Dzulqarnain

      Delete
  33. suka2..memang mulut xde insurans si hantu ni..

    ReplyDelete
  34. sweet n comei jer fayqa nih,terserempak ngan dzarif dlm keadaam cam tuh...heeheee leh gugur n gugup jantung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah klu boleh SF ni saya nak bagi gugur jantung pembaca wa ka ka!

      Delete
  35. Haha adalah best.. next chapter please hihi

    ReplyDelete
  36. Hantu Dzariff... apa lah fayqa ni, kata berani rupa-2nyer penakut juga minah sorang nih. Terbaeklah Nina.

    ReplyDelete
  37. Mmg best. Ala cik writer tak yah la buat kuata bulanan buat la harian ke mingguan ke hehehe. Panasaran nak tgu next entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. einielouis....depends on my work load lah dear!

      Delete
  38. alahai...rezeki si hantu hensem tgk late midnite show ya. notti yang comel dan kiut ni nina....

    ReplyDelete
  39. Alahai....baru bab 3 je..tapi berjaya membuatkan saye excited nak bace sambungan cerita ni lagi...kak nina..sila cepat sikit upload bab 4 ye..hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. will try..tapi wiken ni cam kering je idea...tu lah notti sangat!

      Delete
  40. Si hantu dapur gelak besar..
    Saya gelak lagi lagi lagi besar. hahahahaha
    Boleh agak sape hantu dapur ni..kehkeh
    Tapi hantu besar ni amatlah serius konon2 + blagak ni.. tp saya tersangat suka
    TQ Sis. love it

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu yg berlagak, perasan tp sebenarnya sengal...menghuru harakan hidup Apek je

      Delete
  41. versi notti nina dah kembali eh.
    tak sabar tgu next chap.

    pssstt...KNK belum dapat lagi la.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. saya baca saya senyum saya bayang. Uish, nottinya puan writer ni. mujur tak tercuak air dalam mulut, basah baju tu...lagilah tayangan perdana ala VIP tickets kat HBO lak. berdesup lari, kalau cek jantung tu haruslah ala-ala pelompat kijang 10km sejam kut. Hehe. Lambat komen, dan katanya ada entri baru minggu ni eh... saya cuti blog, atau ... tutup trus kah...hahaha. so puan penulis, next please!!!

    ReplyDelete
  43. Ala.. Tak cukup notti.. Nak notti lg.!! Hahhaha.. Notti.!! Notti..!! (nk meroyan jp memlm nih..)

    ReplyDelete
  44. Nina, nk bgtau dh dpt KNK beserta stiker :-)) suke bangat!!
    SF- silalah sambung ye...

    ReplyDelete
  45. bestnya citer ni.....buku knk dah kuar.....huhu.....xtau pun sbb dah lama x online....baby xsihat.....xdpt special sign from nina.....waaaaaa :(

    ReplyDelete
  46. Mmg notty..sweet jer..tp malu kot..ishh

    ReplyDelete
  47. macam bes gile plak cite....ni yg bt saya xley jauh dr lappy duk ngadp cite nie..haha

    ReplyDelete