Wednesday, 20 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 4 a

Separuh bab 4, lebih kepada intro to Dzahim's family dynamics. Dzariff, si abg sulung yg bertanggung jawab (kdg2 over bertanggung jawab. Dzehan, the young mommy who lives in Jakarta. Dzalia, the tough cookie. Dzureen, si telur kurang masak dan Dzahim si bongsu manja...

buat cerita pasal big family y'all, Zahrain ari tu 2 beradik, Khaal anak tunggal. Ini kita kasi riuh sikit...

bila nak siapkan bab 4? tak leh janji, another working wiken coming up!

Bab 4

“Di mana Ummi beli nasi lemak ni?” sambil mengunyah sempat Dzariff bertanya.

“Beli apa? Fayqa yang masak. Sedapkan? Ummi tak sangka muda-muda gitu handal masak,” komen Hajjah Azimah.

Terhenti kunyahan mulut Dzariff. Biar betul budak tu yang masak? Sedap tak ingat macam ini? Tak percayalah.

“Iya ke dia masak, Ummi?” mulut bertanya, mata mengerling tukang masak yang duduk jauh di hujung ruang menunggu itu.

“Eh, iyalah. Entah pukul berapa dia bangun masak. Lepas subuh Ummi turun, dah siap di atas meja. Abang, Ummi masuk tengok Adik kejap ye,” kata Hajjah Azimah, lalu terus bangun dan melangkah ke arah pintu masuk wad ICU.

Melihat Hajjah Azimah sudah melangkah, Fayqa cepat-cepat bangun dan mengikutinya. Ceh! Macam menantu misali, dengus Dzariff dalam hati.

Menjelang tengahari kakak sulung Dzahim, Dzehan tiba dari Jakarta bersama suami dan anaknya. Selepas Asar tiba pula Dzureen, juga kakak kepada Dzahim tapi adik kepada Dzehan dan Dzalia.

“Orang dari Jakarta sampai dulu dari orang Tanah Malaya?” perli Dzalia, kena sedas kat hidung Dzureen.

“Orang Jakarta tu naik kapal terbang. Kita ni kena naik bot, lepas tu baru naik kereta,” balas Dzureen, tidak mahu mengalah.

“Naik bot? Dari mana yang naik bot tu, Yin?' tegas suara Dzariff bertanya, “kalau Kuala Trengganu, takkan kena naik bot segala?”

“Kami ke Pulau Perhentian, Abang. Yin tak plan pun, tiba-tiba Lina ajak,” jawab Dzureen, suara sudah teragak-agak. Bimbang kalau abang sulung meletup.

“Yin, walau pun dah besar panjang, Yin tu tetap perempuan. Kalau nak ke mana-mana, bagi tau Abang. Babah dah lah jauh, kan Abang yang bertanggung jawab. Kalau jadi apa-apa, macam mana? Tengok Adik, di KL pun jadi macam tu,” lembut suara si abang menegur.

Terpegun juga Fayqa mendengarnya. Hmm, orang ada abang, boleh lah ditegur-tegur, aku ni siapa yang ada? Makin terasing rasanya dia yang duduk di hujung ruang menunggu.

“Abang, Adik tu buas sangat. Kawan dengan budak-budak yang tak senonoh. Itu yang kena belasah tu,” lancang komen si Dzureen.

“Kau pun apa kurang Yin, si Fareez London tu yang tak semenggah tu yang kau nak kawan,” sedas lagi Dzureen kena dengan Dzalia.

“Kau masih kawan dengan Fareez tu?” soal Dzariff suara sedikit meninggi, “don't tell me you went to Perhentian with him?”

Buat seketika mata Dzureen mencerun ke wajah Dzalia, marah kerana si kakak menyebut nama buah hatinya di hadapan si Abang. Memang saja Kak Yaya ni nak kenakan orang.

“Tak delah, Bang. Yin dah lama tak dengar khabar dia,” jawab Dzureen dengan muka kering, matanya menjeling ke arah Dzalia, memberi amaran.

“Pergi Perhentian tak bagi tahu Abang, satu hal. Kalau Abang tahu kau masih lagi keluar dengan si Fareez tu, Abang ambil balik kunci kereta!” suara Dzariff sudah naik satu oktaf.

Terkedu Dzureen bila sudah kena beri amaran.

Mamat ni agaknya cita-cita dulu nak jadi general, fikir Fayqa. Cita-cita tak sampai, itu yang terbawa-bawa sikap suka menyergah orang tu.

62 comments:

  1. separuh aje? ini boleh menimbulkan marah ni...ngee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa... Janji semua orang boleh baca.

      Delete
    2. Tak pa... Janji semua orang boleh baca.

      Delete
    3. separuh jer zz, sebab masa tu dah nak dekat pkl 2 pg, esoknya sy ada event awal pagi, kena paksa diri tidor

      ila: tqvm for yr understanding :)

      Delete
  2. A'ah la Fayqa,akak pun rasa dah macam komander Korea Utara aje Si Dzarif ni,tp akak suka karekter lelaki macam tu,hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he org kat bwh tu kata general german, pn mawar kata komander korea utara, eksyrem tu LOL. ooo suka yg kasar2 ye...hmmmm....

      Delete
  3. besh...tp br nak panas kan mata bc....dah abes pown....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panaskan mata...erk! macam warm up kan kereta ke?

      Delete
  4. aikk... baca senapas jer dah abisss... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senapas...cam lafaz akad niqah gitu LOL

      Delete
  5. Laa.. Dah abis? Kedekutnya nina ni. ( mcm x b'syukur dgn apa yg ada je kita ni kan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry puan pie, masa tu dah pkl 2 pg s i had to stop, sikit2 lama2 jadi bukit

      Delete
  6. hahahaha... "nak jd general"...that is a good one

    ReplyDelete
  7. well..it's awesome..!! sikit dan seciput E3 nya ..ai rela..asalkan ada Update.. Tak sangka mamat tu masih lagi ada sikap prejudice kat minah tu..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u rela, ai terpaksa! he he he
      its gonna be prejudice alll the way!!!

      Delete
  8. Takpelah, janji ada drp takde langsung. :)

    *Masih belum mampu nak catch up nama Dz adik beradik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he kata Aomori Sakura, susah nak ingat bukan sebab derang ramai tp sebab Dz-Dz tu fonkiusing :)

      Delete
    2. a'ah.. sambil baca sambil tengok susunan tertib adik beradik diaorg ni...

      Delete
    3. norana, nnt sy nak PM awak ttg towkey beras ye, boleh?

      Delete
    4. boleh... nnt kita forward q tu kat FIL & hubby.. hihi business diaorg, kita just dgrkan je lau diaorg discuss2

      Delete
  9. gelak besar dgn idea Faqya yg Dzariff pernah ada cita2 nk jd general. ada2 je budak comel tuh.
    trus teringat arwah tok mak,'aku nk mkn ubat, karang general marah (my aunty)'

    ReplyDelete
  10. ingatkan komander jerman tadi....tapi baguslah komander tu, betul2 bertanggungjawab pada adik2 dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata fayqa (nanti2) "aku bukan adik kau!!"
      bila si dzariff nak jd komander kat dia jg

      Delete
    2. zalida: kalau saya tulis apa yg dzariff jawab to what fayqa said, oh! awak akan peng-san dan segera memerlukan vitamin!! keh keh keh

      Delete
    3. Hahaha k.nina ayat.... Leh wat saya x lena nk tido asyik duk tunggu2 episode strsnya huhuhu

      Delete
    4. cyah...tu masaelahnya, nak nulis tu tak nyempat :(

      Delete
    5. nina.. nina... dah x menyempat nak tulis tp still kasi bako perasaan kitaorg... macam mana la kitaorg nak jd readers yg memahami kesibukan pn writer nye.... confirm kitaorg dok minta2 je le...

      Delete
    6. Yelah Norana, sy pun dah terbako nih.
      Nina, agak2 la kan Si Jeneral Korea Utara tu cakap cenggini kut; "kau tu bakal isteri aku" atau pun "kau tu bakal adik ipar aku", mana lebih meletop? hehehe....

      Delete
    7. pn mawar, nope, ...ek eleh terbang plak idea ni (adakah penulis handak membako lagi?) he he he

      Delete
    8. Nina...I am all ready ( stand-by baring2 atas katil nan empuk gebu , kalau pengsan taklah sakit jatuh ke lantai kan? kan kan? ) he he he....ini yang buat saya terbakor ni!

      Delete
  11. Dzariff ni overprotektif btul..mn adik2 nk mesra alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisyah...derang ni tak perfect....gaduh2 tp sayang2 juga. tak best ahhh tulis citer family yg perfect2 je kan. he he may be sebab family sy pun tak perfect :)

      Delete
    2. betul3... gaduh2 pastu baik... gurau2 kasar tp x terasa hati... tu yg best ada adik beradik... (sambil terfikir... anak 2 org je, cukup ke diaorg nak gaduh2 manja... or nak kene tambah lg bg meriah??? confius) hahaha

      Delete
    3. tambah tambah, beli cupcake,aiskrim dan vitamin banyak2

      Delete
    4. HAHAHA huruf bsr.... dah try tp bukan utk tmbh produk.. just utk run operation... hihi malu...

      Delete
  12. Wahh meriahnye adik bradik dzariff ni hehehe. Ada tak antaranua yg snobbish mcm zahra dlm PMS tu. kalau ada kesian la Fayqa nnt kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah...tp derang ni pun ada isu masing2, kita tunggu dan lihat (wah macam iklan di tv) LOL

      Delete
  13. ehehhehe...meriah2...macam2 ade tp betul la keuarga dz ni mmg happening hahaha...masalahnya si dzariff i ter'over protective la plak kat adok2 dia...masak la fayqa nanti. ni kalo romantik ni mesti overboard hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la si general tu fonkius, nak layan fayqa as a n adik or as a love interest, kwang kwang kwang kwang...

      Delete
    2. hai strawberry, mcm confirm je si dzriff & fayqa together gether.. hihihi.. nina ckp ada dua hero, x confirm yg mana pilihan fayqa.. or nina dah kasi jawapan bocor ke??? share la

      Delete
    3. tp siapa yg propose dulu? bako bako! lol

      Delete
  14. Br je nak dpt feel family ni mcm mn dah abes..
    Mcm comel je siblings bickering at each other mcm tu..full of love kan?
    How will he (the abg sulung) treats his wife?
    I hope you will have ilham yg melimpah ruah to finish this story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tq tq for the doa ttg ilham melimpah ruah tu, i definitely need it. sy rs kan minggu depan may be sy lapang sikit nak nulis2

      Delete
  15. CIPUT... huruf besar semua. tp x pe, cuma nak tau je jarak umur si fayqa dgn dzriff tu.. mesti jauh sgt kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, tp tak leh jwb lagi sbb sy blum buat matik2 lg

      Delete
  16. Aduhhhh!!""nina..
    Sentap baca..ni... X pe x pe nnti upkan full version k.tq nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm latest tuesday sy upkan, janji ditunaikan LOL

      Delete
  17. suka3..teruskan pn nina...citer dah makin sodap ni..layaaaan..

    ReplyDelete
  18. Nina, I like this Brigadier General. Caring n very responsible to his sibling n people around him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. caring caring tp kekadang over, tu yg asyik bergaduh dgn fayqa. fayqa n tak pernah ada abg, hidup sorang2 so dia mana biasa kena kawal

      Delete
  19. Nina comel , intan payung, gunung meletup. Hahaha sayang daling bila nak sambung Huhuhuhu sedih (sambil mata tekebil kebil buat muka kesian)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo seronok berjimba-jimba kat out stn

      Delete
  20. Xsbr nye nk tggu next update!
    nina, nk email boleh? ada bende nk bncg..my email: selipar13@gmail.com

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete