Wednesday 13 February 2013

Seteguh Fayqa Bab 2


bz gila! tapi dah lamakan tak naikkan bab baru SF.  Jadi saya balik ke plan asal, biar pendek, asal bergerak. So jalan cerita SF mungkin a bit slow...

apa2 pun, pls do tell me what you think. Fayqa ni lebih muda dari Una dan Naz...so sesuai tak dgn selera readers? Dont worry, Fayqa is going to be matured beyond her years in the coming chapters!!

enjoyz!


Bab 2

Jam lima setengah pagi. Cawan kertas berisi sisa-sisa kopi O peng dicampakkan ke dalam tong sampah. Entah sudah berapa cawan kopi yang diteguknya, Dzariff tidak ingat. Dalam kepalanya hanya teringatkan si adik bongsu, Muhammad Dzahim, yang sedang bertarung nyawa di atas meja pembedahan. Kemudian teringat pula kepada ayahnya yang kini berada jauh di Pakistan. Sudah dia telefon untuk memaklumkan keadaan adik dan diminta supaya ayahnya tidak terburu-buru pulang dari Pakistan kerana dia maklum, perjanjian jual beli beras dengan pihak di sana masih belum selesai. Sebagai anak lelaki yang tua, dia berjanji dengan ayahnya yang dia akan memastikan semuanya okey di sini.

Di ruang menunggu hospital, umminya masih membaca surah Yassin, Dzalia pula tesengguk-sengguk menahan mengantuk. Budak perempuan teman si Dzahim, sudah tertidur sambil duduk, tangan kirinya mengganti bantal kepala mengalas belakang kerusi, tangan kanannya masih erat memegang senaskah surah Yassin. Badannya diselimuti jaket kulit entah kepunyaan siapa. Setengah jam selepas mereka tiba di hospital tadi, tiga orang kawan baik Dzahim turut tiba dengan wajah yang cemas. Yang dikenali Dzariff, cuma Pa'an, atau nama sebenarnya Farhan, teman baik Dzahim dari waktu persekolahan. Nampaknya budak perempuan itu pun rapat juga dengan kawan baik Dzahim yang tiga orang itu. Jika tidak, masakan mereka begitu prihatin menyelimutkan dia dengan jaket apabila dia tidur. Entah-entah itu jaket boyfriendnya. Bibir Dzariff tersenyum sinis.

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka, muncul pakar bedah, terus diserbu Dzariff dan umminya. Dzalia yang tersengguk-sengguk turut bangun ke arah pakar bedah. Fayqa turut terjaga, terpisat-pisat menenyeh mata menapak terhoyong hayang ke arah doktor itu.

Dzahim selamat tapi masih tidak sedarkan diri, kata Tuan Doktor. Sebutan kalimat Alhamdulillah terbit dari mulut semua orang. Tempoh dua puluh empat jam ini adalah tempoh kritikal bagi Dzahim kata doktor pakar. Jika Dzahim berjaya mengharungi tempoh dua puluh empat jam ini, peluangnya untuk survive adalah lebih tinggi. Akhir sekali, doktor itu membenarkan dua orang ahli keluarga untuk melawat Dzahim di dalam wad ICU. Ibu Dzahim terkocoh-kocoh menapak masuk ke dalam, ditemani Dzalia.

Hati Fayqa tidak berhenti-henti mengucapkan kesyukuran tapi bimbang tetap bimbang. Waktu solat subuh pun sudah hampir masuk, kakinya dihayunkan ke arah surau. Baru sahaja selangkah, sudah! Tangan abang Dzahim sudah kemas melekap di pergelangan tangannya.

“Mamat sengal ni nak jadi sotong ke apa? Kerja nak belit tangan aku saja,” dengus Fayqa dalam hati.

“Lepaslah!”

“Nak ke mana?”

“Jamban. Nak ikut?”

“After you...”

Ha? Terlopong mulut Fayqa. Biar betul mamat sekor ni? Nafasnya dilepaskan kasar, what ever!! Selamba Fayqa melangkah ke bilik air, diikuti rapat oleh mamat sengal itu. Keluar dari bilik air wanita, mamat itu masih terconggok di luar.

“Seriously?” terkejut Fayqa melihat Dzariff, “Barulah aku faham, sengal si Dzahim tu rupanya penyakit keturunan. Kesian.”

Tanpa menghiraukan Dzariff, dia melangkah pula ke surau. Usai solat subuh dan berdoa pendek, Fayqa cepat-cepat melipat sejadah dan telekung. Baca Yassin di luar wad sahaja, untung-untung ada rezeki boleh melawat Dzahim di dalam wad ICU. Melangkah keluar surau, mamat sengal abang Dzahim berada di luar pintu surau wanita.

Dia ini dah solat ke belum, tertanya juga Fayqa. Ah! Lantaklah! Sudah tua bangka pandai-pandailah kau solat. Dia melangkah pergi tanpa menegur si mamat sengal yang setia mengikutinya bagai bayang-bayang. Balik ke ruang menunggu tadi, Pa'an and the boys masih lagi nyenyak lena.

“Pa'an! Aboy! Danny! Bangunlah woi! Solat!” Budak lelaki bertiga itu mengeliat-ngeliat kecil lalu kembali tidur tanpa membuka mata langsung.

“Pa'an! Woi Pa'an, bangunlah! Jim dah habis operate,” bahu Farhan digoyang-goyang.

“Jim dah okey ke?” tanya Farhan tanpa membuka mata.

“Doktor kata okey, tapi dia kat ICU lagi. Bangunlah Pa'an, solat, lepas tu kita pergi tengok Jim dat dalam wad ICU,” pujuk Fayqa.

Perlahan-lahan Farhan menegakkan badan. Sakit belakangnya dek akibat tidur di atas kerusi.

“Pa'an, kau kejutkanlah Aboy dan Danny. Suruh derang solat, lepas tu doakan Jim. Buat apa susah payah korang datang jenguk dia kalau tak tolong doakan,” pagi-pagi sudah membebel.

Bukan Fayqa tidak penat membebel dengan budak berempat itu. Berempat sebab Jim pun kalau nak buat apa-apa sama liat. Membebel bukannya berkesan pun. Tapi agaknya selepas tiga tahun membebel dengan mamat berempat ni, sudah jadi tabiat lah pulak. Jenuh ditepuk-tepuk, dicuit-cuit tak berhenti-henti barulah Farhan bangun. Nasib baik disergahnya budak yang dua orang lagi, tak perlulah Fayqa berpenat-penat nak kejutkan mereka.

Dah jauh budak bertiga itu melangkah, barulah keluar ibu Dzahim dan kakaknya dari wad ICU. Terkoch-kocoh mereka berdua kerana hendak solat subuh.

Tinggal Fayqa berdua dengan mamat sengal itu, buka pula mulutnya, “Nak masuk tengok Dzahim? Doktor kata boleh masuk dua orang sekali.”

Mahu tak mahu, Fayqa mengikuti abang Dzahim masuk ke dalam wad ICU. Melihat keadaan Dzahim yang berbalut, berplaster, lebam sana sini, dengan wayar berselirat, sebak dada Fayqa! Ya Allah! Hanya Engkau yang tahu kenapa Jim diduga begini? Apalah salahnya? Ya Allah! Selamatkanlah kawan aku ini... walaupun sengal, dia tetap kawan yang baik. Sambil membaca berdoa, teringat Fayqa akan kebaikan Jim terhadap dirinya. Memang mereka kuat bergaduh, memang Fayqa tak tahan dengan perangai Jim tapi bila waktu susah, boleh kata Jim and the boyslah yang pasti akan membantu.

Dzariff yang juga tidak putus-putus berdoa menjeling gadis di sebelahnya. Nampak sangat dia sedih, bukan dibuat-buat! Betulkah kawan biasa Dzahim? Kalau kawan biasa, takkan sedih begini?

Lepas Dzariff dan Fayqa menjenguk Dzahim, Farhan dan Aboy pula masuk ke dalam. Fayqa berbisik-bisik berbincang dengan Danny tentang tempat duduk belakang kereta Kancilnya yang penuh dengan darah Dzahim.

“Nanti kau ajak Pa'an dengan Aboy pergi tengok. Tahulah derang apa nak buat,” nasihat si Danny.

Keluar sahaja Farhan dan Daeng Wira Asmadi a.k.a Aboy, terus Fayqa meminta tolong, bimbang kalau kesan darah di tempat duduk belakang Kancilnya tak mahu keluar. Seperti biasa the boys berdua itu tidak pernah menghampakan bila diminta tolong. Selepas Danny masuk ke dalam wad ICU untuk melawat Dzahim, mereka bertiga melangkah ke tempat parkir kereta.

Pintu belakang Kancil dibuka, “Pa'an, kau tengoklah, banyak darah tu. Macam mana nak cuci?” jarinya dituding ke arah tompokan-tompokan darah yang memenuhi tempat duduk belakang.

“Ish, Apek, mana boleh cuci darah banyak cenggini. Tukar seat cover aja lah,” Farhan memberi pendapat.

“Woi! Kau gilakah? Nak tukar seat cover, aku mana ada duit!”

“Ala, rilek arr, Pek. Kau tukar je, kami bayarkan,” pelawa Aboy, selamba anak orang kaya.

“Ish, sudah arr korang. Aku tak naklah pinjam duit korang.”

“Pek, kau dah tolong selamatkan Jim. Berapa sen sangatlah harga seat cover Kancil kecik ni,” tukas Farhan pula, pun anak orang kaya.

“Sen, tak sen. Aku tak maulah. Kalau tukar seat cover, aku bayar sendiri. Dahlah kereta ni pun Jim yang punya. Biarlah aku yang jaga, sebab aku yang pakai,” bantah Fayqa.

“Kereta ni adik saya yang punya? Bila dia beli? Kenapa pula awak yang pakai?” Bertalu-talu soalan dari si mamat sengal, tangan bercekak di pinggang.

“Ek enah.....bila pula mamat ni muncul? Mana aku pergi ada aja dia menyibuk. Memang sengal betul,” keluh hati Fayqa.

49 comments:

  1. Assalamualaikum
    Dah jadi bayang-bayang pula mamat sengal tu. hatinya masih lagi tak puas selagi dia tak tahu apa hbungan Fayqa dengan adiknya. Sanggup ikut ke mana saja. Dasyatlah!
    Masih menunggu turning point iaitu sebab Jim kena pukul. Sebab Fayqa atau lain-lain?
    Ini macam gaya budak2 lepasan sekolah kan. Kategori pertengahan, atau senang kata down to earth la.
    Rasanya dalam 7 pages? kan? So, next bulan Mac ke? Ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh keh keh ZZ, jadi burung hantu kita 2 org mlm ni. shoo shoo gi tidur. wa ada presentation lagi pulak kat kubah hijau tu esok, tsk tsk tsk.

      better tell u awal2 dear, lambat lagi nak tahu kenapa Jimmy Boy kena pukul. Lepas dia propose kat Apek, baru dia bg tau....(bak kata Lena Abdul) dzeng dzeng dzeng! LOL

      Delete
    2. burung hantu, sok nak ngadap bos. abislah... tapi, semangat nak siapkan edit beberapa bab aje. tapikan, ngadap mss aje automatik mata mengantuk. haha

      Delete
  2. nape ngan Jim??
    ZZ geng bdk kolej kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek? dak kolej cakap cenggini ke?

      Delete
    2. garu kepala... tengok kos lah. nak kos apa? kalau lagu di atas, haruslah teknikal atau seni bina atau muzik. ek?
      kalau kos pengurusan semua, rasanya cam sopan aje cakap.

      Delete
    3. engine kot.. biasa bdk engine ni alternative skit :)

      Delete
    4. oooo....gitu ek? derang ni budak business, tapi yg blakang2 punya....kalau tak de Fayqa, entah tak pass paper derang ni

      Delete
    5. dak business ka? more to budak engine la beb. tataulah sangat sebab me half pengurusan half technical. hahaha.. jgn pelik pulak.

      Delete
  3. Ape ntah nm dz brothers ni?confuse plak.. Hehe
    Who's the hero?abg or adik?
    Waa x sbr nk tau what actually happen and what's this story is all about!

    ReplyDelete
    Replies
    1. who's the hero? sj writer gatal2 nak buat surprise kunun...

      Delete
  4. Apek? Haha. Comel je. Nama sedap ttba geng2 panggil Apek. Awal lagi nak judge watak Fayqa ni. Tp nampak jenis selamba je minah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu larr fayqa selamba, naz, sempoi, una sweet, nnt habibah nak buat sederhana habis...

      Delete
  5. Pening kpala fayqa nk layan karenah abg jim ni..abis semua dia soal siasat.kui kui kui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening kepala...sakit hati....sakit jiwa....semua ada...he he

      Delete
  6. Thanks nina.. Bangun pagi2 nie dah bersemangat ader update from you... Good luck today k.. I rasa hero dia abang kot...betul tak nina...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm nnt adik awal2 dah propose....dzeng dzeng dzeng...

      Delete
  7. Nina : too early to comment on characters! - but the storyline sound serious unlike your two earlier books...whatever it is "i will follow u"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu larr kalau buat citer, biar berbeza kan, tu pun pms n knk ada banyak similar elements, anak tan sri, bff dgn mertua, kaki rayau etc... so SF ni nak lain banyak2...kita tengok ek jadi ke tak

      Delete
  8. Sweet... Terubat sikit rindu pada coretan nina.. You're super busy busy ek?!.. Dhariff tu kira abg yg bertanggungjawab la ye?. Eceh! Eceh!.. Tak bertempat keadang..paranoid iya.. Jgn sampai bertumbuk berebut fayqa dgn adik dia sudahlah...

    ReplyDelete
  9. seriously love this story already. mmg menguji kesabaran nak tunggu next entry. keep up a good work dear...

    ReplyDelete
  10. lagi...dan lagi..dan lagi....hiksss

    ReplyDelete
  11. Wah ni yg makin x sbr nk tunggu ni.. Ish3

    ReplyDelete
  12. U mmg suka nama bunyi Z..Z.. Z.. eh nina? hehe apa2 pun mmg best. Nama2 yg dipilih mmg boleh dibayangkan kehemsenan nya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. zahrain alimin, zaim khaalish, dzariff, dzahim...what can i say? :)

      Delete
  13. oopsie.. kehemseman lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. gosh.. kehenseman!! (okay since i cant delete them so, ignore what i'd said haha)

      Delete
    2. ha ha tongue twister...kekacakan?

      Delete
  14. Apek ....hahaha ini la novel pertama yg watak utamanya di panggil Apek, pompuan pulak tu.... jgn terlalu lama menghilang boleh????

    ReplyDelete
    Replies
    1. i like apek, dzahim aka jim panggil apek, pek..
      dzariff panggil apa?....tunggu....

      Delete
  15. Errk. .apakah. banyaknya nama...konfius kejap. Faqya-nama yg ayu and cantik leh dapat gelaran Apek (cam nama lelaki jer). Wakaka. Mesti ada story ni behind the nickname. Cer story..

    ReplyDelete
  16. BEST LA NAK LG,SAYA BARU AJE HABIS BACA NAZ&KHAALIS BEST ROMANTIK GILER .

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah akan diteruskan...am glad u like knk...

      Delete
  17. wah elok le..hero selamba badak..heroin brutal giler..xsabarnak tunggu n3 seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nnt banyak clashes..o oh, harap2 penulis cekap garap...

      Delete
  18. suka cerita ni....apek cam selamba badak je kan? hmm..kalau kawan ngan boys, mmg confirm akan dapat nickname yg pelik2 punya.

    ReplyDelete
  19. nampak no bz nye sampai x terperasan n3 ke-2....patut la cam pelik je tetiba nek post n3 3...aik bila ms n3 2 naik aku x tau pon hahhaha....sah masa ni tengah mimpi....

    ReplyDelete
  20. Dahh..asik nk ikut fayqa je..hati dh berkenan ke dzariff

    ReplyDelete
  21. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete