(Entah kenapa, skrg ni kalau tak menulis setiap malam, tak senang duduk. Wal hal keje opis bwa balik ke rmh punya la banyak. Niway, endingnya ada org kuchiwa....er.... over sangat ke part tu? Sila komen :)
Bab 18
Malam itu juga kaum kerabat Ngah
Balom bermesyuarat di rumah Encik Ehsan. Penuh halaman rumahnya dengan kereta-kereta
saudara mara. Agenda pertama adalah isi perut dahulu. Sudah isi perut, nanti
senang hendak berbincang. Tidaklah nanti ada perut yang berkeriut-keriut.
Seawal petang sudah ada saudara mara yang datang tolong memasak juadah makan
malam.
Usai makan, mesyuarat kerja kahwin
bermula, pengerusinya Andak Usop. Walau pun dia bukan yang paling tua, tetapi
seluruh kerabat Ngah Balom akur dia yang paling cekap mengurus. Almaklumlah,
dia ahli perniagaan berjaya. Antara keputusan yang dicapai adalah:
Pertama, kenduri akan dibuat sekali
harung. Sebab kalau hendak dua kali kenduri, maka dua kali penatnya. Orang tu,
orang tu juga yang nak masak, siapkan hantaran, bilik pengantin, pelamin. Lagi
pula kalau hendak buat rombongan pengantin lelaki dan rombongan pengantin
perempuan, silap-silap orangnya samalah masuk rombongan pengantin lelaki pergi
ke rumah pengantin perempuan dan orang yang sama masuk rombongan pengantin
perempuan pergi ke majlis menyambut menantu.
“Aku
tak tahu,” kata Uda Razak, “dua-dua rombongan aku nak ikut. Kome-komelah yang
tinggal tolong masak lauk kenduri.”
Komen
Uda Razak disambut dengan protes seisi kaum kerabat. Maka keputusannya satu
kenduri sahaja. Tidak terlintas langsung niat hendak menggunakan khidmat
syarikat catering kerana memang keluarga
mereka sudah biasa masak secara gotong royong apabila mengadakan kenduri, tidak
kiralah kenduri kecil atau kenduri besar.
Hajjah Asmah
mengalah, biarlah kenduri di buat di rumah pengantin perempuan. Lagipun ini
anak perempuan sulung si Lila dan Lila pun tak pernah menerima menantu. Dia
sudah merasa berkenduri kahwin sekali, semasa Suhail kahwin dulu. Dan dia masih
ada Eiyaad, adik Tareq. Nanti kenduri Eiyaad, boleh dia merasa buat kenduri
kahwin sekali lagi di rumahnya.
Puan
Suhaila dan Encik Ehsan pula berbesar hati menyuruh Haji Abdul Aziz suami
isteri menjemput seramai mana tetamu yang mereka mahu.
Kedua,
belanja kenduri kendara akan ditanggung oleh pengantin lelaki. Encik Ehsan cuba
membantah, segan juga kenduri di rumahnya tetapi pengantin lelaki pula yang
tanggung.
“Tak
apa, Ehsan. Tareq ni bertahun-tahun pergi jauh, mana dia pernah kongsi rezeki
dia dengan saudara-mara. Inilah peluangnya,” rasional Haji Abdul Aziz. Idea kahwin cepat kan dari
sebelah keluarganya, maka adillah Tareq yang menanggung segala belanja. Nanti
kalau tidak cukup, dia boleh tambah. Tetapi dia yakin dengan gaji
berlipat-lipat Tareq di Qatar, tentu Tareq mampu.
Hal
yang ketiga, mereka membahagi-bahagikan tugas. Dari mencetak kad kahwin, kerja
menjemput sehinggalah memasak dan menggubah hantaran. Telangkai berjaya, Uda
Jah, ditugaskan untuk mempersiapkan hantaran. Oh, ini memang tugas yang paling
Uda Jah gemar. Nak harapkan meriah kenduri anak sendiri, dia tiada zuriat. Maka
menumpang meriah kenduri anak-anak buahlah, jawapnya.
Pada
hari Selasa dan hari Rabu, Emmalyn tetap pergi kerja. Pada petang Rabu, sebelum
dia balik, Andak Usop, bapa saudara merangkap bosnya, menegah Emmalyn dari
datang bekerja esok sehinggalah majlisnya selesai.
“Tapi,
Andak, akaun tak settle lagi,” protes
bakal pengantin.
“Alah
tak bangkrap company aku kalau kamu
tak datang kerja, Melin,” selamba protes Emmalyn dikilas Haji Yusof. “Berlambak
budak keluar universiti yang mencari kerja. Esok lusa, dapatlah aku gantinya.”
“Andak,
Melin ni kena buang kerjakah?” polos soalan Emmalyn.
“Kamu
bincang dululah dengan suami kamu tu. Dia itu nak kerja kat mana? Malaysiakah?
Qatarkah? Kalau dia nak kerja di Qatar, dah tentu kamu kena berhenti kerjakan.
Kalau dia nak kerja di Malaysia pula, di Ipohkah atau di KL. Di Ipoh ni mana
ada kerja carigali.”
Sempoi
betul bapa saudara aku ni, fikir Emmalyn sambil terkulat-kulat memikirkan
hujah-hujah Haji Yusof.
“Kamu
berdua dah berbincangkah belum?” sergah Haji Yusof.
“Bincang
apa, Andak?” soal Emmalyn, blurr habis.
“Leeerrr,
budak ini! Bincang hal kerja Tareqlah!” kan kena sergah lagi.
“Belum.”
“Ate… pergilah balik, sambil pergi cari
hantaran, bincang-bincang. Pujuklah Tareq tu jangan balik ke sana lagi. Kesian
emaknya, bertahun tunggu anaknya balik.”
“Okey,
Andak,” jawab Emmalyn, menonong keluar dari pejabat. “Melin balik dulu ye.”
Keluar
dari pejabat, Toyota tua datuk Tareq sudah sedia menunggu. Bakal tuning menjadi
pemandu-tak-berbayar sekarang. Petang itu mereka perlu pergi ke butik pengantin
sekali lagi. Nak cuba baju pengantin buat kali kedua.
Dalam
perjalanan ke butik pengantin, selepas satu, satu hal perkahwinan mereka
dibincangkan. Nasib baiklah kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan
majlis yang sederhana. Namun sederhana-sederhana pun, hampir 3 ribu orang juga
jemputannya. Satu, kerana saudara mara yang ramai yang sememangnya wajib
dijemput. Dua, kerana sahabat handai yang dijemput adalah sahabat handai dari
dua keluarga.
“Lin,
esok cuti?” soal Tareq.
“Haah.”
“Jom
gi KL.”
“Nak
buat apa?”
“Beli
hantaran.”
“Hah?
Nak beli hantaran sampai ke KL?” Dalam hati berkira-kira juga, aku ni ada
duitkah nak beli barang-barang hantaran untuk dia? Tengok dari cara gaya Tareq
berpakaian, boleh tahan juga…. Masuk dalam kategori penggemar barang-barang
berjenama. Alamak! Mampus aku.
“Kat
sana, senang cari.”
“Kat
rumah bukan banyak kerjakah?” Cubaan lemah untuk mengelak.
“Kita
pergi pagi, balik hari.”
“Ummi
dan Mama kata apa?”
“Green light.”
Sudah
habis alasan, dengan tiada pilihan, Emmalyn bersetuju, “Hmm hmm.”
Jeda
seketika. Toyota tua sudah menghampiri butik pengantin.
“Lin…”
“Hmm?”
“Kita
pergi Singapore nak?”
“Hah?!!”
Melampau si Alpha Male ni!
Bab 19
Pagi Sabtu sebelum majlis Emmalyn,
kawan-kawan baiknya naik dari Kuala Lumpur. Nawwal Husna yang beranak kecil
turut datang bersama anak dan suaminya. Mereka merancang untuk menginap semalam
di sebuah hotel di Ipoh.
“Uit!
Inilah yang dinamakan ‘Cinta tanpa ribut atau taufan’,” komen Pet, sambil tangannya
laju berkerja mengisi cawan air mineral ke dalam goodie bags.
“Ada-ada
saja kau ni, Pet,” komen Nawwal Husna. Beg goodie
yang dihulurkan oleh Pet disambut dan dimasukkan kuih baulu.
Baby Zayd, Daddynya yang dukung di luar
rumah. Biarlah suaminya menjaga Zayd, fikir Nawwal Husna, sebab bukannya dia
tahu pun macam mana hendak tolong kerja-kerja kahwin secara gotong royong ini.
Yang dia tahu, kalau hendak berkenduri, panggil sahaja caterer, atau berkenduri di hotel sahaja.
“Yelah, Una. Ribut
tidak, taufan tidak, tup-tup kahwin,” Iman Fatihah teguh dengan pendapatnya.
“Nak kahwin
perlu ribut dan taufankah? Inilah yang dinamakan jodoh. Kalau dah tersurat di
Luh Mahfuz tu, nikah juga,” matang komen Nawwal Husna, almaklumlah sudah jadi
mak orang.
“Na… kau doakan
jodoh aku dengan Atai pun tersurat di Luh Mahfuz ye,” berubah nada suara Pet.
Sudah setahun
dia memujuk ibu bapanya untuk menerima Atai, respon yang diberi kurang
memberangsangkan. Setiap kali nama Atai disebut, ibu dan bapanya berlagak bagai
tidak dengar. Bila Atai pergi menziarahi mereka, ibu dan ayahnya ke luar kota.
Aleh-aleh, boleh pula bawa dia ke rumah kenalan mereka di Kota Kinabalu, sebuah
keluarga Melayu Brunei yang mempunyai anak lelaki yang sebaya dengan Pet.
Barulah Pet sedar, dulu sebelum dia menyebut dua kalimah syahadah, ibu bapanya
sibuk mahu match make dia dengan
Alvin. Sekarang selepas dia memeluk Islam, mahu match make dia dengan Awangku Feisol pula. Terlintas juga di
benaknya, ibu bapanya mahu dia berkahwin dengan lelaki dari keluarga yang kaya
sahajakah? Adakah itu syarat utama bagi ibu bapanya? Sedih…. Tetapi cepat-cepat
Iman Fatihah mengingatkan dirinya supaya bersangka baik, apatah lagi dengan ibu
bapanya sendiri.
“Amiiiiiiiiiiin,”
panjang harkat Nawwal Husna aminkan doa Pet. “Rajin-rajin buat solat hajat,
rajin-rajin berdoa. Kalau itu yang terbaik buat kau dan Atai, Pet, InsyaAllah,
tentul Allah makbulkan. Kalau tidak, Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak
ketahui.”
Sayu
wajah Pet mendengar nasihat ‘mak orang’ di sebelahnya. Nafas ditarik
dalam-dalam. Jia yu! Jia yu! Iman Fatihah. Jangan putus asa. Selagi belum berjaya,
usaha bagai yang Una katakan tu.
“Eh,
korang! Dah berapa jam duduk di sini, mengisi goodie bags? Maaflah menyusahkan korang,” sempat Emmalyn menyinggah
sekejap, menegur kawan-kawan baiknya.
Walaupun
kaum kerabat Ngah Balom turun padang secara ‘full force,’ namun sebagai tuan rumah tak menang tangan juga dia
dibuatnya. Sekejap-sekejap ada yang minta cello-tape,
sekejap-sekejap ada yang minta set pinggan mangkuk untuk makan berhidang. Ada
sahaja benda yang dia perlu carikan untuk bala jentera majlis perkahwinannya.
“Apa
pulak menyusahkan?” protes Nawwal Husna. “Bukan kena angkut beras
berkampit-kampit pun. Isi goodie bags
saja pun.”
“Eh!
Mana Zayd?” Emmalyn baru tersedar yang anak kecil Nawwal Husna tiada dengan
emaknya.
“Daddynya jaga. Biarlah anak bapa bonding time.” Bukan sinis pun,
sejujurnya. Zahrain Alimin sentiasa sibuk. Maka bila hujung minggu wajib
meluangkan masa dengan anak kecilnya.
Emmalyn
bangun menjengah ke luar tingkap memerhatikan keadaan sibuk di halaman belakang
rumahnya.
“He
he, Una, iyalah Abang Zack bonding
dengan Zayd. Bonding dengan periuk
besar adalah,” mengekek-ngekek Emmalyn ketawa, melihat anak orang kaya ternama
itu didera sepupu-sepapat dan bapa-bapa saudaranya.
“Hah?!”
melompat bangun Nawwal Husna, turut menjenguk ke luar tingkap.
Betul kata Em,
suaminya yang selalunya bersut bagai di pejabat mewah di KL sedang mengangkat
periuk untuk diletakkan ke atas tungku. Biarlah suaminya mengangkat periuk
belanga. Sekali-sekala eloklah belajar hidup cara kampung. Rasa Nawwal Husna,
suaminya kelihatan lebih macho dengan kemeja T yang basah dengan peluh,
dengan tangan kelihatan kekar mengangkat periuk dari bersut, bertali leher.
Sampai menelan air liur dia merenung…. Oh my!
Asyik
merenung suami, kemudian baru Nawwal Husna tersedar, “Eh, Zayd mana?” Si daddy sibuk menolong team tukang masak, anak parking di mana?
“Tu,”
Pet yang turut menjenguk ke luar tingkap menjawab, bibirnya dijuihkan ke sudut
halaman belakang rumah Emmalyn. “Anak kau dah jadi bola ragbi, Una. Dah kena pass-pass.”
Memang
betul Zayd dah jadi bola ragbi. Sekejap sepupu Emmalyn yang dukung, sekejap
bapa saudaranya. Semua orang geram melihat pipinya yang gembol. Nak-nak pula,
bila kena gomol, bukannya dia menangis, lagi mengekek-ngekek ketawa. Suka
mendapat layanan dari ramai orang.
“Hoi!”
sergah Kak Yah sepupu Emmalyn, “udah-udahlah mengintai bakal tunang awak tu,
Melin. Takkan lari gunung di kejar. Malam ni dah boleh dakap-dakap.”
Usikan
Rukayyah disambut tawa terburai semua rakan taulan yang bergotong royong di
ruang makan rumah Puan Suhaila.
“Kak
Yah ni,” marah Emmalyn, “orang skodeng anak Unalah.” Mukanya sudah merah bagai
udang terbakar. Tak habis-habis jadi bahan minggu ini, sejak mak bapa Tareq datang
merisik Isnin lalu.
“Iyelah
tu skodeng anak Una. Sebenarnya skodeng ‘Fahrin Ahmad’ dia. Malu nak ngaku le
tu!”
Hailah,
Kak Yah, semakin hari ‘hailer’nya semakin kuat nak mengalahkan ‘hailer’ Uda
Jah. Geram betul Emmalyn dengan sepupunya.
Tapi… memang
mengancam habis Tareq yang sedang ‘beraksi’ di belakang, angau si Emmalyn,
sedaya upaya cuba menyembunyikan senyumannya. Angkat periuk belanga, segala
macam tapis berisi daging, ayam, sayur-mayur pun nampak… ehem… jantan. Itu baru
pakai T-shirt Pagoda tu, malam ni dia pakai baju Melayu, bersampin bagai…..
mahu pengsan aku!
Petang itu selepas Asar, majlis
pertunangan Tareq dan Emmalyn selamat dijalankan. Walaupun majlisnya ringkas
tetapi tetap meriah dengan kehadiran penuh kaum kerabat Ngah Balom. Selepas
berehat sekejap dan menjamu selera dengan juadah ringkas yang disediakan,
keluarga pengantin lelaki pulang untuk bersiap untuk majlis akad malam ini
pula. Ahli keluarga yang lain pula meneruskan kerja masak-memasak di halaman
belakang rumah. Di dalam bilik pengantin perempuan, kelam kabut sanak saudara
menyempurnakan hantaran kahwin. Sudah siap sebenarnya, cuma last minute touch-ups.
Emmalyn yang turut sibuk membantu,
sekejap-sekejap merenung cincin berlian mata satu yang asyik mengerdip-ngerdip
nakal ke arahnya. Bagai tak percaya yang dia sudah menjadi tunangan Tareq.
Memang berbaloi-baloi pandu kereta berjam-jam ke KLIA, konon-konon hendak
menghantar buah hati balik ke Qatar. Tetapi sebenarnya buat drama sebabak!
Nasib baik buah hati tukar fikiran tak jadi terbang ke Qatar, kalau dia terbang
juga, sekarang ni tentu aku mandi tak basah, tidur tak lena.
“You couldn’t believe it, huh?”
bisik Nawwal Husna, yang entah bila datang berdiri di sebelahnya. Matanya sama
seperti Emmalyn, merenung cincin berlian yang berkerdip-kerdip nakal.
“It happened so fast,” balas
Emmalyn, sambil tersenyum penuh bahagia ke arah kawan baiknya.
“Jodoh yang baik buat apa
ditangguh,” pendek namun penuh makna komen Nawwal Husna.
“Alhamdulillah, that he is,”
kebahagiaan yang melimpah ruah dizahirkan dengan titisan air mata yang menuruni
pipinya.
“Ish…dah…dah, jangan nangis.
Bukannya kau kena kahwin paksa macam aku pun,” gurau Nawwal Husna.
Terburai tawa dua orang kawan baik
itu. Terkenang seketika jodoh Nawwal Husna yang juga datang begitu laju, jodoh
melalui kedua belah keluarga.
Selepas Isya, keluarga pengantin
lelaki datang lagi. Kali ini membawa lima dulang hantaran. Tok Kadhi sudah tiba
dua tiga minit sebelumnya. Emmalyn diiringi sepupu sepapat perempuannya beserta
Nawaal Husna dan Iman Fatihah turun ke ruang tamu untuk majlis akad nikah.
Pengantin lelaki yang sudah menetap
di Tanah Arab selama lima tahun, hampir terlupa dengan adat Melayu, tidak cover langsung! Tanpa segan silu, dia
merenung pengantin perempuan menuruni tangga tanpa terkebil langsung. Petang
tadi semasa majlis pertunangan, dia tidak dibenarkan datang. Maka, inilah kali
pertama Tareq melihat Melin dirias sebegitu rupa. Sungguh berbeza dari riasan
yang Melin kenakan seharian, bedak muka tipis dan lip gloss. Tak sangka mata Emmalyn boleh kelihatan sebegitu galak
sekali, bagai bintang kejora.
“Ooiii, ‘Fahrin Ahmad’ ni. Kok ye
pun dah berkenan, cover-cover sikit
woi! Renung macam nak telan!” Entah sepupu mana mengusik, disambut gelak besar
hadirin di dalam ruang tamu.
Emmalyn yang jalan dengan mata
menunduk ke lantai terasa mukanya sudah panas membahang. Perlukah dera
pengantin semasa saat-saat getir hendak akad nikah ni? Sudahlah jantungnya
berdegup macam jantung kuda berlari, rasa nak pitam pun ada. Ini kena usik
teruk-teruk pula. Ini yang tak seronok ada keluarga besar ni, asyik jadi bahan!
Emmalyn dibawa duduk di sebuah
pelamin mini di sudut ruang tamu. Khutbah nikah dibacakan. Dengan lafaz
Bismillah, Tok Kadhi menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Tareq.
Lafaz akad dibacakan oleh Tok Kadhi, tangan kanan Tareq digoncang, lalu Tareq
melafazkan akad dengan lancar. Maka dengan suatu lafaz sahaja termeterailah
ikatan sah di antara Tareq Abdul Aziz dan Emmalyn Mohd. Ehsan.
Terdengar sahutan kesyukuran di
kalangan semua yang hadir. Nawwal Husna dan Iman Fatihah adalah antara yang pertama
merangkul Emmalyn diiringi dengan linangan air mata kegembiraan. Tareq pula
dijabat tangannya oleh ahli keluarga. Adegan peluk memeluk pengantin perempuan
dihentikan apabila doa selamat dibacakan.
Selepas doa selamat diaminkan, Tareq
datang menghampiri Emmalyn, lalu sebuah kotak kecil dihulurkan oleh umminya.
Kotak kecil dibuka, seutas rantai diambil lalu dipakaikan ke leher Emmalyn.
Loket gelung-gelung ditaburi berlian, sedang elok tergantung di dadanya. Tangan
suami disalami lalu dicium, dibalas pula oleh kucupan lembut di dahi isteri.
Berkelip-kelip lampu flash dari entah berapa puluh kamera dan telefon pintar.
“Phee weet!” siulan nakal dari
sepupu-sepapat mereka.
“Jangan lama-lama, Tareq,” rasanya
itu suara Uda Razak.
“Shabas, bette,” lerrr itu suara
Elyasa’, adik Emmalyn.
Usai, upacara membatalkan air
sembahyang, pasangan pengantin bersalaman dengan kedua belah ibu bapa. Basah
mata Mama Emmalyn, dia menangis kerana sayu juga hatinya mengingatkan anaknya
yang akan ‘pergi’ mengikut suami, walhal terasa bagai Emmalyn baru sahaja
pulang dari asrama sekolah menengahnya di selatan tanah air. Ummi Tareq pula,
tangisannya sudah mencapai tahap banjir kilat. Leganya hati Hajjah Asmah Tuhan
sahajalah yang mengetahui. Selama ini, tidak pernah putus-putus dia mendoakan
agar Tareq bertemu jodoh yang baik setelah hidupnya kacau bilau dek perbuatan
Inessa. Sekarang, dia berdoa supaya Tareq akan terbuka hati untuk membina rumah
tangganya di tanah air.
Tok Kadhi serta para tetamu
dijemput untuk menjamu selera di khemah di luar. Tareq pula meminta diri untuk
naik ke atas, mahu menunaikan solat sunat pengantin baru.
“Eeeeyy, boleh percaya ke tu? Solat
sunat ke agenda lain tu, Fahrin Ahmad oi!” Tak habis-habis pengantin kena usik.
Tareq yang sedang memanjat tangga naik ke tingkat atas tersenyum lebar. Emmalyn
yang mengikutinya dari belakang berdoa-doa agar muncul jubbah halimunan Harry
Potter, agar di adapt mengghaibkan diri.
Masuk ke dalam bilik Emmalyn yang
sudah dihiasi indah, Tareq terus ke bilik air dan mengambil wudhu. Emmalyn pula
mengambil sehelai sejadah, dihamparkan mengikut kiblat, kemudian dia duduk di
birai katil.
Muncul Tareq dari bilik air dengan
muka, ubun-ubun, tangan serta kaki yang basah dari wudhu, dia berkata kepada
isterinya, “Pergilah ambil wudhu Sayang, Abang tunggu.”
Dengan muka yang merah padam,
Emmalyn terpaksa menjawab, “Saya tak boleh.”
Laju terbit soalan dari mulut
lelaki yang baru sangat-sangat menikah, “Kenapa pula tak boleh.”
Emmalyn terasa mahu menjuling ke
langit! Apasallah lembap sangat Alpha Male malam ni?
“ABC,” jawab si isteri.
“ABC?” tanya si suami. Ini kod apa
ni?
“Allah bagi cuti….” Mata tak
lepas-lepas memandang lantai bilik.
“Allah bagi….oh!” Terpaku sebentar
pengantin lelaki.
“Oh!” bisiknya sekali lagi, sambil
bergerak ke sejadah.
“Oh,” dan sekali lagi. Ada… nada….
kecewa.
Lalu, laju-laju Tareq berastaghfar
dan mengangkat takbiratul ihram.
Alaaa...frust sudah si alpha male...bride ABC yerr...hehehe
ReplyDeleteOh oh oh hahaha kiciwa pengantin
ReplyDeleteOh..oh...oh
ReplyDeleteHahaha.. Best
ReplyDeletehahaha tabah je laa tareq...best n3...sukaaa...tahniahhh kak nina....selamat pengantin baru both of u...baby zayd...cute yerr
ReplyDeleteoh...oh...oh..OMG ! sabaq Tareq sabaq..
ReplyDelete**Nina, esok rasa2 x sedap duduk gak kot, kalau x up bab 20..hihi
Best 2 bab ni..TQ
tareq .....tareqqq
ReplyDeletehttp://amirahmustapha.blogspot.com/
do follow my blog please .. ;)
oh... hahahaha =D
ReplyDeleteBest..best..haha sila bwa bsabar ye en tareq..
ReplyDeletePn writer dh bg hint ni..kalo didramakn nvel ni, haruslah fahrin ahmad blakon as tareq..huhu
Oh wait! Eiyaad adik tareq ni yg nnt dgn heroin baru Ne'a tu ke?
ReplyDeleteYayy... ada entry baru.
ReplyDeletebest ... (thumbs up).
Oh... hahaha. Sian si umminya tareq. Tahap banjir kilat. πππ
ReplyDeletehahah...frust sbb x dpt solat sm ke frust bab lain...tareeq2...
ReplyDeletehahaha....soo sweeettttttt......rasa cam kita lak yang naik pelamin....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest3x.....so sweet... x sabar nak tunggu nx n3.
ReplyDeleteohhh ohh oh.....hahaha takpe, alpha male boleh tunggu. hehehe
ReplyDeletehahaha...tareq2...
ReplyDeletewawawawa......kuciwa tareq yer.....apa pun....suka sgt sebab depa dua dah nikah....hehehe.......so sweet n interesting.......
ReplyDeleteoh...oh...hahaha ABC..comel
ReplyDeleteOoo
ReplyDeleteOoo
Oooo
Oooooo
Oooooooo
ABC ka???
3x oh??? Mmg sesangat la kuchiwa !!!
ReplyDeleteohhhhhhh~~alaa...hahaha.
ReplyDeletelaju je majlis kahwinnya. teringat gotong-royong keluarga kami, serupa beginilah lah kot...nanti dah semua org2 tua meninggal dunia, anak2 muda dah kahwin semua tak pasti sama ada tradisi itu ada lagi ke tidak.
Wah best, rilek ar tariq, x ke mn pun melin tu
ReplyDeletehihihihi...kesian pengantin lelaki hampa...takpe tak lari emalyn tu
ReplyDeleteohhhhhhhh jugak la. hahahaha
ReplyDeleteala rileks r tareq. sok lusa ada lagi. neway selamat pengantin baru to both of u!
tak sabar nak pegang printed copy di tangan!!!
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteTerbaiklah Nina. Thank you.
ReplyDeletebest sgt..dr mula cite smpi abis senyum je..hehe..
ReplyDeletenk lgi..
Hahaha...sweetttttttttt sangat. Tqvm hanina
ReplyDeleteHhmmm. ...happy tak terkata...syabas bette nina....ha.ha.ha
ReplyDeletetareq tareq.. nampak sangat kecewanya tu..apolah..ntah kusyuk ke idak solat tu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKuciwa betul dia yerr... :)
ReplyDeleteAgen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
ReplyDeleteBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88