Wednesday 3 October 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 13


Oh saya terlewat sehari ye? Sorry B&B yg saya duduk tiada wi-fi.  GTG, enjoy! p/s: hingga minggu depan saya tiada update, tak tercapai wi fi rasanya.

Bab 13

Mengeliat panjang Naz, semalam dia hanya tidur selama tiga jam. Hujung-hujung minggu sebegini, dia mengambil peluang untuk berjaga malam menulis kerana siangnya tidak perlu bekerja. Sunyi sepi rumah pagi itu, sehinggakan dia boleh mendengar perutnya berkeriut-keriut minta diisi. Cepat-cepat dia mandi, menukar pakaian, beg dicapai dan dimasukkan laptopnya yang nipis dan ringan.

“Sarapan pagi kopi dan croissant, lepas tu menulis hingga ke malam,” dengan senyuman lebar, Naz berkira-kira dalam kepalanya, “seronoknya!”

Sambil menyarungkan kasut, bibirnya tersenyum memikirkan buku yang sedang ditulisnya. Ilham sedang mencurah-curah, laju sahaja dia menaip semalam sehingga lengguh jari-jarinya. Pintu rumah dikunci dan dia menghayun langkah ke arah pintu pagar. Baru selangkah dua, kakinya terhenti apabila dia melihat lelaki itu di pintu pagar rumah sewaannya.

“Mamaikah aku sebab kurang tidur semalam?”

Matanya dipejamkan kuat-kuat lalu dibuka perlahan-lahan. Lelaki itu masih berdiri di situ. Gosok mata pula, buka, dia masih di situ. Sahlah, Zaim Khaalish Kamaruzzaman sudah berjaya menjejakinya.

Reham! Mesti ini angkara perempuan yang sedang mabuk cinta itu. Dia jatuh cinta dan dia mahu satu dunia jatuh cinta sepertinya.

Sedang Naz masih bertazkirah dengan dirinya supaya tidak perlu takut dengan mana-mana lelaki sekali pun, Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek sudah tiba di pintu pagar. Kelihatan mereka bertegur sapa dengan Zaim Khaalish. Pintu pagar dibuka dan Zaim Khaalish membontoti kedua orang ahli akademik itu masuk ke perkarangan kecil rumah sewa mereka.

“Naz, awak ada tetamu hari ni. Jauh datangnya dari Malaysia,” kata Ahjan Wayuppa lembut dengan senyuman manisnya.

Naz hanya mampu membalas dengan senyuman tawar.

“Kamu sudah sarapan? Saya dan Surachek bersarapan di pekan tadi. Kami tidak pula beli apa-apa untuk kamu sebab kami fikirkan tentu kamu sedang tidur sekarang. Ish, macam manalah kamu boleh tidur dua, tiga jam sahaja?”

“Inilah saya hendak keluar cari sarapan, Ahjan. Saya jalan dululah ya. Sabai de!”

“Sabai de!” balas Ahjan Wayuppa dan Dr. Surachek.

Naz berjalan terus tanpa menegur lelaki Melayu itu, “Buat tak tahu sahaja, lama-lama jemulah dia hendak mencari aku,” itu strategi yang disusun.

Sedar kedatangannya tidak disukai, Khaalish berjalan beriringan dengan Naz tanpa berkata apa-apa juga.

“Dari fikir tentang dia, baik aku fikir hendak sarapan di mana,” getus hati Naz, “JoMa Cafe atau ke Saffron Cafe?”

Malas untuk berjalan jauh ke JoMa Cafe, Naz menghayun langkah ke Saffron Cafe sahaja.

Tiba di kafe itu, dia memesan secawan kopi tempatan dan sebiji croissant panas. Belum sempat dia mengeluarkan wang untuk membayar di kaunter, Khaalish lebih laju menghulurkan sekeping not sepuluh dollar Amerika kepada juruwang.

“Humph, nak bodek!” getus Naz dalam hati, “lantaklah kau!”

Cawan kopi dan pinggan berisi croissant dibawa ke sebuh meja kosong. Beberapa minit kemudian Khaalish tiba dengan kopi dan croissant juga. Dengan selamba dia duduk semeja dengan Naz. Sebaik sahaja duduk, Khaalish terus meneguk kopi yang baru dibelinya.

“Hmm, tak sangka kopi di sini sedap,” puji Khaalish sedikit terkejut.

Tiada respon. Gadis misterinya bersarapan bagaikan dia hanya berseorangan di meja itu. Khaalish menyapu sedikit butter ke atas croissantnya, dicubit dan dimasukkan ke dalam mulut.

“Wow, sedapnya. Siapa sangka, tempat terpencil, tapi pastri sedap macam kat Paris,” sekali lagi Khaalish terkejut.

Masih tiada respon. Sambil menjamu selera, Khaalish menjamu mata juga. Sudah hampir dua minggu tidak melihat Naz, nyaman rasa jiwanya bila dapat melihat gadis ini dengan mata kepalanya sendiri. Harap-harap malam ini dapatlah dia tidur lena setelah dua minggu tidak senang duduk dibuatnya, asyik terfikirkan gadis ini. Nasib baik dia berjaya dengan permainan Reham. Kalau tidak, mana mahu cari gadisnya ini?

Habis kopi secawan dan croissant sebiji, Naz bangun. Belum sempat dia melangkah, pergelangan tangan kirinya digenggam Khaalish.

“Naz, duduklah sekejap,” pinta jejaka itu lembut.

Tangan kirinya direntap dan tanpa sebarang kata, Naz berlalu pergi.

Khaalish bangun dan mengikuti Naz. Sangkanya Naz mahu pulang, tetapi gadis itu berjalan ke arah berlawanan dari rumah sewanya.

“Sekurang-kurangnya dia tidak marah,” bisik hati Khaalish lega.

Di hujung jalan, kelihatan sebatang sungai yang besar dan di tebing sungai itu, berbaris-baris kafe yang masih belum dibuka. Masih terlalu awal, kafe-kafe di tebing sungai ini selalunya dibuka untuk makan tengahari dan makan malam.

Naz duduk di meja sebuah open air cafe yang masih belum dibuka, dikeluarkan laptopnya dan dia mula menaip.

Khaalish turut duduk bersamanya, sungai besar itu dipandang, “Sungai apa ni?”

Gadis misterinya memanggung kepala, merenungnya tajam, “Mekong.”

Nada suaranya bagai tidak percaya, sungai yang beitu terkenal di Asia, itu pun tak tahu?

Tersengih Khaalish mendengar suara gadis yang dirindunya. Dapat maklumat dari Reham, dia terus menempah tiket kapal terbang. Tidak sempat dia hendak buat “homework” tentang destinasinya. Selama ini dia mengkaji bandar-bandar di Laos, sungai-sungai tidak pula dikaji.

“Sungai yang ketujuh terpanjang di Asia. Mengalir merentasi 7 buah negara di Asia, bermula dari Dataran Tibet,” Khaalish cuba mengingati fakta Geografi yang dipelajarinya di sekolah.

Kali ini tanpa memanggung kepala, dengan suara yang mendatar, Naz berkata, “Okey, awak dapat A untuk Geografi Asia.”

Meledak ketawa Khaalish! Naz, kalaulah kau tahu dua minggu ini memang aku menjadi pengkaji Geografi Asia. Bukan lucu sangat pun tetapi dia gembira Naz masih mahu bercakap dengannya. Masih ada harapan!

Si gadis pula bukan main tekun menaip. Dia sendiri pun hairan, kehadiran tunang olok-oloknya tidak sedikit pun mengganggu kelancaran ideanya untuk menulis. Bahkan ideanya mengalir deras, sederas Sungai Mekong. Lenguh jari jemarinya menaip, dia memanggung kepala memandang jejaka yang bikin dia patah hati empat tahun dahulu. Zaim Khaalish kelihatan ralit menikmati pemandangan di tebing sungai. Pelbagai jenis bot berlabuh di tebing sungai itu, ada yang menurunkan dan mengambil penumpang - pelancong-pelancong Barat juga penduduk-penduduk tempatan yang perlu menyeberangi sungai yang besar itu dan ada juga yang menurunkan binatang-binatang ternakan untuk dijual di bandar.

“Tak ada kerjakah? Duduk melepak sahaja tepi sungai ini?” dalam hati tertanya-tanya tapi tak ingin dia membuka mulut bertanya dengan tuan empunya badan.

“Abaikan dia, pura-pura bagai dia tidak wujud. Lama-lama mesti dia cabut,” yakin sahaja Naz dengan strateginya.

Walhal dia tidak tahu, si jejaka yang mengejarnya itu sudah berazam untuk menuruti nasihat Daddynya: jangan gelojoh! Sudah empat tahun mereka bertunang, apalah susahnya kalau perlu tunggu empat bulan lagi. Dalam jangkaannya, paling lama pun dia hanya perlukan tiga bulan untuk memecahkan tembok kubu hati gadis pujaannya ini.

Menginjak waktu makan tengahari, pekerja-pekerja mula datang untuk membuka kafe. Mereka menyusun kerusi-kerusi dan memasang alas meja untuk pelanggan-pelanggan yang bakal datang. Seorang wanita pertengahan umur datang menghampiri mereka. Naz merapatkan kedua belah tangannya ke paras ke dada dan mengucapkan “Sabai de.” Agak Khaalish wanita ini adalah tuan punya kafe. Dia menghulurkan sebuah menu kepada Khaalish. Naz pula tanpa perlukan menu terus memesan salad telur.

“Salad telur sahaja?” tanya Khaalish.

Naz hanya membalas dengan menjungkit kening. Khaalish memandang menu di tangan dan jelas kelihatan tidak banyak pilihan halal yang ada, lalu dia juga memesan salad telur.

Bila makanan mereka tiba, sesudu salad telur disuapkan ke dalam mulut, buat pertama kali Khaalish merasa Salad Luang Prabang, “Wow! Sedapnya. Tak sangka!”

Barulah melebar senyuman Naz, “Ini adalah salad yang paling sedap di dunia! Hari-hari makan pun tak jemu.”

“Dan awak adalah gadis yang paling manis di dunia, hari-hari pandang pun tak jemu,” sahut Khaalish, cuma dalam hati.

“Luang Prabang ni penuh dengan kejutan. Terpencil tapi punya kopi sedap, pastri sedap dan salad yang sedap. Ada apa lagi?” Khaalsih memancing gadis berlagak sombong didepannya untuk membuka mulut.

“Orang-orang yang baik. Saya rasa orang Luang Prabang antara orang yang paling spiritual di dunia. Setiap sepuluh langkah di bandar ini terdapat sebuah wat. Punya banyak wat sehingga tak terkira!” jawab Naz, sudah terlupa akan strateginya untuk buat-buat tidak endah dengan tunang olok-oloknya.

“Macam di Bali jugakan, setiap rumah mempunyai pura sendiri,” Khaalish membuat perbandingan.

“Hmm, betul tu, saya pun tak terfikir,” balas Naz. Teringat dia akan rumah-rumah di Bali yang pasti akan ada sebuah pura atau pun tempat beribadah dalam halaman masing-masing.

“Nak tahu apa lagi yang awak tak terfikir?” si jejaka mula memasang jerat.

Tersedar yang dia sudah “terlayan” jejaka yang mahu dilupuskan dari mindanya, Naz tidak menyahut, hanya merenung wajah tampan itu. Dia pasti jika dia tidak bertanya pun, jejaka bossy macam Khaalish ini akan memberitahunya juga.

“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”

“Tak ada sebab saya perlu beritahu awak,” cepat sahaja Naz menyanggah.

“Iya? Awak dah lupakah, awak tu tunang saya,” Khaalish membuat kenyataan dengan wajah yang selamba.

Tersembur keluar salad dari mulut Naz, tersedak-sedak dia jadinya. Cepat-cepat dia minum air untuk menghilangkan perit tekaknya.

Reda perit tekaknya, dia terus menyerang, “You are unbelievable! Kita ni bertunangkah?”

“Cik Nazrahani Idora, keluarga saya meminang awak, keluarga awak terima. Sehingga kini, tiada pihak yang meminta pertunangan ini diputuskan,” selamba sahaja jawapan Khaalish.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang kebenda? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare say that we are still engaged?” Haaa...kan dah habis bertabur strategi Naz untuk buat-buat tidak endah dengan tunang olok-oloknya!

“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”

Technically? Technically?!!” suara Naz sudah naik berganda-ganda oktafnya.

Matanya buntang, keningnya terangkat dan tangannya sudah ringan hendak mencekik jejaka yang masih cool di depannya.

“Banyak punya hensem muka dia! Bertunang 'secara teknikal' konon! Apa dia ingat seronok sangat ke bertunang 'secara teknikal' ni?!” Membebel-bebel Naz dalam hati, membara!

“Awak ni terbang beribu-ribu batu, hanya untuk menyakitkan hati saya? Tak buang tenaga, masa dan duitkah?” Naz menyerang!

“Saya datang untuk menjenguk tunang saya, nak pastikan dia selamat. Apa pula buang tenaga, masa dan duit?” nada suara Khaalish masih tenang dan terkawal.

“Zaim Khaalish, cut the crap,” dengan kesabaran yang sudah nipis, Naz menggunakan bahasa kasar, “kita ni bukan tunang. Semasa mak awak meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai menantunya. Saya ni hanya decoy untuk jauhkan entah perempuan mana dari awak. Awak pula bukannya sedar pun kewujudan saya! It was not a bona fide engagement.

Bona fide, tak bona fide. Kita orang Melayu, ikut adat kita, kita ni memang bertunang!”

Cewah main sebut-sebut adatlah pulak mamat ini! Macamlah selama ni dia hidup menjunjung adat sangat, cemuh Naz dalam hati.
“Okey, nanti saya telefon bapa saya untuk putuskan,” balas Naz sombong.

“Awak fikir bapa awak akan setuju?” kilas si jejaka.

Astaghafirullahil azim, mimpi buruk empat tahun lalu berulang semula? Naz sedar bapanya takkan melepaskan peluang untuk berbesan dengan Tan Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!

“Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra. Saya pasti berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa awak nak jadi tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak? Tak logik, tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.

“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang.

Hah? Cinta? Siapa? Bila? Pening! Naz sudah terpinga-pinga.



61 comments:

  1. besttt...!!! hahahha....lawak arr d0rg nie...siap nma pnuh g 2...hahahhaha

    ReplyDelete
  2. hohoho so sweet of them :)

    ReplyDelete
  3. keke de pon en3,.nk lgi cik writer keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. seh...musim out stn dah bemula ka cik wan. tetiap wiken keje, tak sempat nak siapkan the next chap

      Delete
  4. Hailah Naz ni takkan tak perasan lagi yang si Khaalish ni dah jatuh cinta dengan dia sampai sanggup kejar dia yang jauh berbatu-batu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err....dlm kepala naz, tak mungkin lelaki yg tak ambil peduli hal dia dulu tiba2 buat 180 degree turn..

      Delete
  5. Ala.... Pendeknya.... Tak puas baca lagi ni.... Anyway, lega naaa sbb dah tau tempat persembunyian naz... Puas ku google.... Hihihi....

    Khaalish tgh cuba menjual minyak urat sebaik mungkin... Ambik kau... What goes around comes around..... Hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. next chap panjang, auntie. terlalu panjang sampai tak siap wa ka ka. auntie gugel Luang Prabang ke? he he. dah jd geog lesson la pula. the coming around is coming around real soon he he

      Delete
  6. x kisah la lewat sehari ke brp hari nina...janji ade n3 baru...thank u dep2 okies...hihihi

    ReplyDelete
  7. eh eh eh...sama lah...sy pun camtu kalo marah kat org...mmg sebut nama penuh....tp ske ske so much....its a worth waiting for...chewah cam lagu lah pulak..nnt up lagi yer cik nina :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ingatkan saya sorang je, klu maran siapa nama penuh dgn bin, binti, dgn nama atuk nenek sekali :)

      Delete
    2. Tp anak2 sedara sy dh tk takut taktik tu dorang siap buat muka lg...anyway...good luck 4 next chapter...dah ada tajuk ke knk nih??

      Delete
  8. sgt2 cool...biar naz jual mahal2 skit ngan khaalish...

    ReplyDelete
  9. alahai.. naz, khalish dah syok kat u la.. jgn la blur sgt. tp nasihat akak, even dia direct terus terang pun jgn dilayan.. biar padan muka dia.. hihihihi... confident je 3 bln leh dpt tmbt hati naz.. nina, torture si khaal ni lebih2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mamat ni confident jer 3 bulan kan, siap bajet lagi. meh kita tengok ye ke 3 bulan LOL. tentu la naz blur, dulu mamat ni langsung tak pedulikat dia tup2 meh cari sampai ke lubang tu, tu yg dia fonkius tu

      Delete
  10. salam dik..semalam ternanti nanti juga E3 nina ni.. rasa gembira tak terkata bila ari ni dah ada posting...

    Pergh.. nampaknya permainan telah bermula ... Mat kassanova aka playboy ..khaalish.. sedang mencuba bakatnya untuk menawan hati perawan yg telah memilikki hatinya.. Pada pandangan akak ..pusingan pertama ini nampaknya seakan berpihak pada mamat sengal tu..kan..

    What say U nina.. adakah minah poyo tu..tak terharu..dengan kesungguhan tunangannya itu untuk memikat dirinya..

    Mmg awesomelah dik.. E3 ..kali ni..akak suka cara adik menghidupkan watak watak adik..mmg mencuit hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida, sy nak cuba buat kelainan dari segi naz react to the whole thing, eg what happened 4 yrs ago and what is happening now. so jom la kita tengok, menjadi ke tak :)

      Delete
  11. Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang...

    awwww...seriously melting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awwww...jomlah kita melting sama2. hidup skrg ni susah nak cari melting moments, bz sokmo. so kita melting in fiction :)

      Delete
    2. write more melting moments kalau gitu, ok? :)
      Ceritera K&N ni sexy in it's own way. Your 'melting moments' tu pun dah kira sexy tau. This is from my POV lah. xD

      Delete
  12. haa kan Naz dh meletup...bagus Naz..jgn asyik pendam je, nanti makin berdarah2 hati tu..hehe..

    Nina, agak2 Naz marah lama lg x? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsung tak lama. bab 15 akan citer panjang lebar ttg marah2 ni, err bab 16 kut

      Delete
  13. betul la nina, akak dah jatuh suka kat Luang Prabang. waterfall dia cntk gile.. mcm harmoni je live kat sana kan.. iskh3 nak kena plan holiday ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dono la dear, its not a typical place for malays to holiday. malays kan suka bandung and vietnam, for shopping. LP ni penuh dgn anak2 muda mat salleh looking for adventure. its charming in its own way. atmosphere dia sama macam bali, i like

      Delete
  14. Ala.. ayat khalish power betul!!! melting nie!!!! bila the next entry kak nina? Jgn la lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay, jom melting sama2. i'm afraid lama kut dear sebab musim bz sudah mareyyy

      Delete
  15. ooo so sewiiiiiitttt, sambil pangku dagu atas meja dan blink2kan mata.. berangan2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. blinking is good :) yes KNK is sweet, not sexy like pms. hmmm (garu2 dagu...how to make it sexy and hottt?) he he

      Delete
  16. tu dia.. bila khaalish dh start berpujangga... “Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik, tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang Prabang,” .... khaalish dh jd gentleman ni.. Naz, lame2 nanti mesti die cair punyer... Chaiyok khaalish, teruskan usaha memikat naz... dh mcm big fan khaalish pulak ni... ape pun naz tetap sempoi... kak, lame lg ke part dieorg nk kahwin ni... heehehehe.. xsabar pulak rasenyer sy... tp kak kite ragging khaalish cukup2 ni utk denda kes 4 tahun lepas... hehehehe... tqvm my dear sis for the nice story... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh confident je derang kawin? haw haw haw, kalau derang tak kawen mau ngamuk suma org. dgn mamat yg confident cam khaal ni, selagi tak dapat selagi tu lah dia kejar. but ada 1 moment tu dia pun give up

      Delete
  17. so sweet..like ayat khaalish byk2...
    cool jer khaalish...bt Naz gila dgn ayat Khaalish..
    “Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”..
    cewah..cukup ke masa 3 bulan Naz nk menilai???
    klu ari2 mghadap muka Khaalish blh jatuh cinta OOoo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm hm zahrain mamat sombong ketul ais, khaalish mamat romantik ngeletar lutut he he

      Delete
  18. Dear NIna,

    - hhhmmmm..smooth and steady aje si khaalish ni...boleh buat jiwa naz kacau ni..
    - next entry please, pendek sangat la entry kali ni, tak pusa baca..
    - naz, please jangan buat-buat blur pulak tu....ha..ha..ha..
    - cinta di depan mata dah ada....apa lagi rembar aje laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi naz, mmg blum nampak logik tu, dulu dalam tak sedar khaal dera dia, skrg cinta? fonkius u!

      Delete
  19. Lawak betul kan si Khaalish ni, buat Naz jadi pening. Apa-2 pun Khaalish aja aja figthing, kena berusaha untuk dapatkan Naz kembali. hehheeeee

    ReplyDelete
  20. Hanina memang pandai mengusik hati pembaca. Hati ini makin excited...excited..ted..ted...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh kita pulak yg mengusik jiwa? bukan si khaalish, smooth operator tu? ;)

      Delete
  21. ok..kali ni x sabar dah nak tgu novel ni publish..alahai from 1 chap to another hati asyik tertanya-tanya apa jadi next? apa jadi next? huhu..
    p/s: Nina, masukkan nama i dlm order list buku "KNK" ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dearie... i hv a feeling this book is going to take a long time to write. publisher taruk deadline bulan 2, can arrr?

      Delete
  22. Pernah tak makan aiskrim yang saaaangat sedap? sampai setiap kali letak dalam mulut, kita akan pejam mata dan nikmati rasa aiskrim tu....(^^,)/

    Dear writer, your story buatkan saya macam makan aiskrim;i'm enjoying it, till every single word that you've typed matters!! Keep it up!! heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, the word is savouring....hmmmmm
      btw, yr comments remind me of the part una makan ice cream dgn zahrain he he.
      org asik kata pms is too sexy, he he derang tak tau, i habis restrain my self tuh LOL

      Delete
  23. Hahaha best sangat2 dah tersenyum x leh nak control ni...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh senyum tak payah lah control, smile and be happy! we all deserve it!

      Delete
  24. Salam Nina....saya pun terlambat sehari lah..hua hua hua...
    anyway...sweetnya entry yang ini, bergula bergetah semua ada. I likeeeee..... Zaim Khaalish is soooo coool. Bagus bagus bagus....

    ReplyDelete
  25. logik mmg logik....
    Reham mencari cinta smpai ke Melbourne
    Khaalish lak kaji geog dan terbang ke Prabang semata2 tuk mencari cinta...semoga berakhir sudah pencarian cinta Khaalish

    ReplyDelete
    Replies
    1. logik eh? at this moment belum lagi for naz. and naz the over-thinker....lama tak nampak logic tu :)

      Delete
  26. nina, tks for the entry.
    it's like a speacial birthday gift for me.
    soooo sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh its yr birthday? happy belated birthday dear.... am glad that u like my gift :)

      Delete
  27. Replies
    1. trying dear wanie...tp next chap tak siap2 lagi

      Delete
  28. salam cik nina...salam "nina-niansss"!!!! hahahaha i rinnndddduuuuu sgt(byk222laaa)...byk nye nak bace..........

    ReplyDelete
  29. gosh... terlambat baca your n3 kali ni nina.
    naz was so cool..i like that. give khaal a cold shoulder a bit.
    mcm boleh terbayang jer naz n khaal kat cafe di tepi sg. mekong tu.

    nina..rasa teringin nak makan salad telor la untuk lunch esok. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. google up luang prabang salad....serius salad paling sedap. tho sehari dua ni tgh gila greek salad

      Delete
  30. nganganaz...oh..tetiba rasa khalish ni sgt sweet...

    ReplyDelete