Wednesday, 8 August 2012
Order PMS
Jap ye you alls, semalam after taraweekh I pengsan, tak sempat emelkan the bank acct no. Skrg round of mtgs dah mula. Tgh ni i emelkan ye.
Order PMS
Jap ye you alls, semalam after taraweekh I pengsan, tak sempat emelkan the bank acct no. Skrg round of mtgs dah mula. Tgh ni i emelkan ye.
Cover baru PMS & Order! Order!
Ooooo-key! PMS dapat cover baru. What do you guys think? I think its an improvement! Kemonlah, PMS diterbitkan sebulan selepas saya hantar manuskrip, tak boleh banyak songeh ok! So, thank you Mr Editor.
Saya juga dimaklumkan PMS jika diorder online, boleh diterima sebelum Raya. (Tapi I tak berani jamin ok). Harganya RM21 Semenanjung Malaysia.
Ada hamba Allah yg bersetuju nak jadi paksarelawan saya pergi ambil PMS Ahad ni. So after buka puasa saya update how to order PMS thru me ye.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
sebelum saya citer cam na nak order, saya nak bg tau dulu, niat saya ambil order di sini bukan sebab saya nak buat untung ke apa. tujuan utama saya adalah untuk membalas budi baik dan persahabatan u all. sy tak sangka PMS ramai yg suka. saya tulis sj2 utk release stress, pas tu bila readers kata suka, saya pun bersemangat nak tulis. kalau readers tak support tak de ke mananya PMS. lagi satu bila buka blog dan p2u ada komen reader, ceria hari saya yg berjam2 mengadap komputer. so inilah sebabnya saya ambil order kat blog ni.
(hopefully, everything works out well. bimbang gak sy klu2 ada pos yg hilang ke apa. sib baiklah ada paksarelawan yg sanggup ke ofis p2u utk ambil buku dan tlg poskan pada hari isnin..... so here goes)
ok ini cara order ye.
1.tinggalkan email di sini (yg dah tinggalkan email dalam pos terdahulu, tak perlu lagi).
2.saya akan emelkan no bank acct (CIMB u all, maybankers sorry ye) dan nama pemegang akaun tu by tomorrow earliest (paksarelwan blum kasi no acct dia, dia pegi iktikaf mlm ni wa ka ka, jenuh la i nak sms dia).
3. u all bank in the money and emel to me the bank in detail (deadline sabtu 12 tgh... boleh cimb click hingga tgh mlm ke? sori lah saya ni blurr)
4. paksarelawan cek senarai bank in
5. saya naikkan senarai nama (betul atau glamer) yg dah sy terima payment lewat mlm Ahad
6. pagi isnin, paksarelawan buat pos laju
7. ptg isnin sy naikkan nama yg saya dah poslaju kan
harap cara ni ok ye. btw pemenang peraduan Naz & Khaalish (2 org) sy akan announce ptg isnin, so selasa or rabu saya pos lajukan pms as hadiah)
Bismillahirahmanirahim, first time buat benda ni!
Monday, 6 August 2012
Kisah Naz & Khaalish Bab 4 n Competition
First, info ttg PMS, baru dapat sms dari publisher. Gini, 11hb PMS dihantar dari kilang ke ofis publisher dan pengedar. 18hb baru masuk kedai.
Ala... sorry lah you all, I dah kasi wrong info to you. Sian you all tertunggu2 minggu ni.
Maka sebagai apology, saya naikkan di sini Kisah Naz & Khaalish Bab 4, siap ada Competition. Soalannya: Apakah history antara Naz & Khaalish? Disebabkan clue besar gedabak at the end of this chapter, maka jawapan u all tu mesti tepat betul2, baru menang. Sipi2 tak menang.
Pemenangnya 2 orang, ok. Keputusan hakim (I lerr tu) adalah muktamad. Hadiahnya: Senaskah PMS with my TT (erk! ada ke org mau ni?) LOL. Keputusannya akan diumukan sebelum Raya, selepas org besar istana umum Raya bila ok, ROTFLOL!
As usual, Fazy, my unpaid editor, tak leh masuk competition ni wokey!
_ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _
Bab
4
Pagi
esoknya, Reham dan Hamza
kalut membeli tiket kapal terbang di sebuah agensi pelancongan di
pekan Ubud. Hamza dengan gentlemannya
membayarkan harga tiket Reham, dan Reham pula membayarkan harga tiket
Naz.
Baguslah,
takkan derang bercinta aku pulak nak korbankan duit aku, fikir Naz.
Kalau bercinta hingga ke jinjang pelamin, berbaloilah juga. Kalau tak
jadi kahwin, nanti Reham jumpa mamat lain, aku nak kena melabur
lagikah? Eeee, baik aku simpan duit pergi umrah!
Naz
santai sahaja, usai sarapan, dia mengemaskan barang-barangnya. Bukan
banyak pun, sedari dulu Naz sudah melatih dirinya hanya bawa
barang-barang yang perlu sahaja bila travelling. Travel light,
kata orang putih!
Pukul
sepuluh pagi mereka sudah berkumpul di foyer hotel. Naz ingatkan
mereka akan ambil teksi ke lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar,
tengok-tengok kereta sewa Khaalish meluncur masuk ke laman hotel.
Naz mengerling ke arah Reham.
“Dia
yang beria-ia nak tolong hantar kita ke lapangan terbang,” bisik
Reham.
Dalam
perjalanan, Naz diam sahaja. Amboi, semalam tajam sungguh mulut dia
menuduh aku ikut jantan, yang dia angkut awek sampai ke Bali, apa
kes?
Khaalish
sedar gadis misterinya masih marah dengan apa yang dia katakan
semalam. Entahlah kenapa mulutnya bagai tak ada insuran sahaja
semalam. Tapi memang dia tidak berkenan Naz pergi ke Melbourne,
walaupun Hamza tu nampak macam pemuda baik-baik. Kan baru kenal
sehari dua!
Di
lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish
mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.
“Saya
nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam
Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.
Buat
beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”
“Nak
buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus
Khaalish dalam hati.
“Nanti
bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan
awak okey.”
“Aik,
sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku
betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.
“Tak
apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be
okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”
Khaalish
perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.
“Saya
takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”
Memang
dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil
juga.
“Reham
jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”
Tak
biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang
kuat.
“Naz.......
please!”
Tajam
renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah,
kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung,
aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.
Masa
tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk
dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz
menjuling mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu
melalui pintu pelepasan.
“Saya
rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,”
kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.
Khaalish
yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa? Sebentuk
cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk empat
segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya dirapatkan
ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk eksklusif,
tentu mahal!
“Selamat
tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”
Kepala
didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya.
Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke
pintu pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu
langsung tidak menoleh ke belakang.
Lenyap
gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya
sendiri, “Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi
kat aku?”
Sepanjang
penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak
putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda.
Makin ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.
“Memang
taste Mummy ni. Batu
besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,”
fikirnya, “cincin tunang? …...cincin tunang? No!!
No!! It can't be!
Takkanlah Naz....... can't
be, can't be!”
Sunday, 5 August 2012
Final Teaser PMS!!
Dek kerana teruja menunggu PMS yg katanya sekejaaaap lagi nak kuar, saya revisit PMS dalam lap top saya. Di bawah saya kongsi teaser yang final. Berbelah bagi juga saya nak kongsi sebab Una sangat agresif di sini. Selalunya kucing senyum herot tu yg kata "Now" tapi kali ini mrs.nya pula yg kata "Now." Hambek ko!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _
“Esok
kita shopping, saya belikan awak jewellery ya,”
cubaan pertama mamat ketul ais beku untuk memujuk si isteri sepanjang
perkahwinan mereka.
“Saya
tidak berminat dengan barang kemas. Saya tidak berminat dengan public
display of affections,” jawab Husna sombong. Bodoh punya mamat,
buat apa ketulan berlian berkilau, kasih sayang engkau yang aku mahu!
Mati
kutu Zahrain jadinya bila mendengar jawapan Husna. Err..apa lagi
modal untuk memujuk? Serius dia tidak tahu! Selalunya teman-teman
wanitanya yang dulu, dibelikan apa-apa, hilanglah rajuk mereka. Lagi
mahal hadiah yang diberi, lagi lebar senyuman mereka. Bini aku pula,
dijanjikan barang kemas, dia tidak ingin!
“Pujuklah!
Pujuklah lagi! Lembap punya mamat, nak pujuk pun tak reti. Kalau aku
nak tunggu dia pujuk, agaknya sampai beruban kepala pun dia tak
pandai memujuk,” getus Husna dalam hati yang membara sambil
menunggu langkah berikutnya dari sang suami.
Zahrain
masih lagi terkebil-kebil memikirkan apa lagi idea untuk memujuk si
isteri.
Dengan
muka bosan sebab sudah tidak larat menunggu, Husna menyambung, “Tapi,
private display of affections, boleh juga.” Tersentak
Zahrain mendengar kata-kata isterinya.
“Err....bini
aku ni dah okey ke? Kenapa tak senyum pun?” cuak Zahrain melihat
muka isterinya yang tiada berperasaan.
Cuff
links di lengan baju Zahrain dibuka Husna dan diletakkan di atas
meja di sisi katil.
Dengan
meniru muka selamba badak suaminya, Husna membuka sebiji demi sebiji
butang baju suaminya. Apa kata Kak Naja? Merajuk ini ibarat bagai
menyuruh suami pergi ke perempuan lain. Dengan perempuan cantik gila
macam Adira Sulaiman, aku kena bekerja keras untuk bersaing memenangi
hati suami.
Kemeja
suaminya yang sudah tidak berbutang ditarik keluar dari seluar.
Mukanya masih serius, tiada senyuman atau lirikan manja.
“Apa
dia hendak buat ini?” tertanya-tanya Zahrain. Untuk menghilangkan
debar di dada, kedua belah tangan Husna diraih dan dicium Zahrain.
Haruman di kulit isteri, jika boleh mahu dihirupnya masuk ke dada.
“Nawwal.....”
nama isterinya diseru penuh kerinduan.
“Now!”
Arah Husna, sambil menolak Zahrain sehingga terbaring di atas katil.
Terbuntang mata si suami.
Wednesday, 1 August 2012
kulit depan PMS
Bangun pagi tadi dapat emel dari Editor p2u, ada gambar kulit depan PMS.
Reaksi pertama saya...... errrrrkk..... burung?!!
Saya ni bukannya animal lover, sikit2 ada zoophobia even.
Ada seorang reader (zoora, ayu ke siapa... sorry saya terlupa) yang cadangkan kulit depan PMS ada cupcake dan saya setuju. Dalam kepala saya PMS cerita urban, so gambar burung dan ferns di tepinya macam lari sikit. Boleh jadi saya terpengaruh dengan buku2 chick lit di pasaran yang menggunakan ilustrasi ala2 Audrey Hepburn tu.
Aaaa ni ways, saya okey sebab saya tahu editor cuba rush untuk keluarkan PMS sebelum raya sebab ramai yang cuti panjang so dari lepak2 tengok rancangan Raya yg tiap tahun saaaamaaaa saja, baik baca PMS kan! kan! kan!
Agaknya ilustrator fikir, perkataan pikat dlm BM selalu org fikir pikat burung kut. kut ajalah. or may be dia terfikir..... lovebirds!
Pa pe pun, peeps, let us all focus on the story yah! Group hug!! :)
p/s: yg tanya saya ttg nak beli PMS tu saya rasa di www.p2u.my, boleh order by 10hb..... kut!
Sinopsis PMS di www.p2u.my
He, he, he, sinopsi PMS dah keluar di www.p2u.my, tapi cover tak de lagi!
Rasanya seminggu dua lagi keluarlah PMS dalam versi cetak.
Thank you to Norana Said for the heads up, saya pun tak perasan
Keywordnys skrg: TERUJA!!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
PROJEK MEMIKAT SUAMI (sinopsis)
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Subscribe to:
Posts (Atom)

