Khas untuk pekerja bank yang setia membuat laporan untung rugi negara, walau pun di hujung minggu yang damai.
Apa pendapat pembaca2 yg budiman tentang adik2 General Dzengal yang nakal tu? Komen pls
Bab 5
Laju Dzariff menarik
tangan Fayqa supaya gadis itu kembali berdiri. Ya Allah! Apa aku dah
buat? Kenapalah budak ni selalu buat aku sakit hati, marah sampai tak
ingat apa yang aku buat. Macam-macam sumpah seranah dihadiahkan untuk
diri sendiri.
“Abang?” tegur
Dzalia sekali lagi, teragak-agak.
“Hah?” tanya
Dzariff.... apa lagi ni?
Kening Dzalia
terjungkit, bibir dimuncungan ke arah tangan si abang...... yang
masih menggenggam erat pergelangan tangan kiri Fayqa.
“Eh!” Dzariff
dan Fayqa sama-sama terkejut! Dzariff segera melepaskan tangan Fayqa,
Fayqa pula cepat-cepat menarik tangannya. Rasa malu, rasa canggung,
dia berpeluk tubuh.
Terdiam seketika.
Apa orang tua kata? Malaikat lalu? Baguslah malaikat lalu, catat satu
dosa kering aku, fikir Fayqa. Thanks to this general sengal! Senang
pegang orang, peluk orang. Dulu ingatkan si Dzahim nakalnya Ya Rabbi,
rupanya abang dia lagi jahat!
“Ehem,” Dzalia
berdehem sekali, susah nak mula bicara. Apa nak kata ya? Nak tanya
kenapa Abang peluk Fayqa?
“Ehem,” Dzalia
berdehem kali kedua.
“Yaya cari staf
baru, kan?” tiba-tiba Dzariff bertanya.
Terkejut Dzalia
dibuatnya, dia masih tercengang-cengang dengan perangai luar alam si
abang, yang si abang pula bertanya pasal....staf?
“Yaya! Cari staf
baru, kan?” Dzariff bertanya sekali lagi.
“Haah,” itu
saja yang boleh dijawab, kepalanya masih berkira-kira ke mana hala
tuju pertanyaan abangnya.
“Ni ha! Dia ni
pun nak cari kerja. So, Yaya ambil saja dia kerja kat butik Yaya,”
senang sahaja Dzariff mengarah adiknya.
“Err... interview
dululah Abang...” Dzalia cuba bertolak ansur.
“Nak susun baju,
nak cek stok, nak kemas butik. Dia ni belajar kat kolej kan? Tentu
dia boleh buat. Nak interview apa lagi?”
Fayqa mengerling ke
arah si general sengal. Dari pagi ke petang kerjanya mengarah orang
sahaja!
“Tak apalah, Kak
Yaya. Interview dulu pun okey,” komen Fayqa, kasihan tengok Dzalia
kena paksa kerana dirinya.
“Kita interview
seminggu lagi ye, Fayqa. Kita tengok dulu macam mana keadaan Jim,”
Dzalia cuba berlengah. Dalam seminggu ni bolehlah tengok macam mana
perangai si Fayqa ni, elok ke, teruk ke. Takkan nak ambil kerja
menonong macam tu saja. Silap-silap haribulan buat pening kepala!
“Okey, set!
Interview minggu depan. Telefon bos awak, kata awak berhenti kerja
hari ni juga. Jangan degil, bahaya awak kerja di sana. Budak-budak
jahat tu mungkin menunggu awak di sana.” kali ini arahan untuk
Fayqa pula.
“Faham?” tanya
Dzariff bila dilihatnya Fayqa berdiri mematung tidak berkata apa-apa.
“Yaya, she works
with you. Pergi balik kerja sama-sama. Her safety is our
responsibility,” arahan untuk Dzalia pula.
Lepas memberi
arahan, general sengal masuk balik ke ruang menunggu. Sedikit pun tak
mengerling ke arah Fayqa. Perasan bagus!! cemuh Fayqa dalam hati.
“Kak Yaya,
sebenarnya Kak Yaya tak perlu ambil saya bekerja. Saya boleh cari
kerja kat tempat lain,” memang pegangan hidup Fayqa tidak mahu
menyusahkan orang.
Nice, she's not
pushy. Mudah memahami orang lain, puji Dzalia dalam hati.
“Don't worry.
Apa-apa pun kita buat interview dulu. Deal?” bibir Dzalia tersenyum
lebar. Gerak hatinya berkata si Fayqa ni baik budaknya.
“Deal! Thanks Kak
Yaya,” senyum disambut senyum, permulaan titian persahabatan.
Bermula rutin Fayqa
tinggal di rumah keluarga Dzahim. Setiap hari ke hospital, tunggu di
ruang menunggu, baca Yassin sebanyak yang mungkin, sekali sekala
masuk ke dalam wad ICU menjenguk Dzahim. Lewat malam pulang ke rumah
bersama Hajjah Azimah, ibu Dzahim. Esok paginya bangun awal, masakkan
sarapan dan makan tengahari, masukkan ke dalam bekas untuk di bawa ke
hospital. Sementara menunggu rombongan Cik Kiah ke hospital, sapu
sampah mana yang sempat, wajib siram pokok bunga. Menumpang di rumah
orang, pandai-pandailah bawa diri.
Keluarga Haji
Dzulqarnain, yang baru sahaja kehilangan pembantu rumah berasa lega
sangat sejak hadirnya Fayqa di rumah mereka. Andak Midah, pembantu
rumah mereka yang bertahun-tahun menjadi orang kanan Hajjah Azimah
baru sahaja bersara, tinggal bersama anaknya yang anggota polis di
Larkin, Johor.
Nak-nak sedap bukan
main masakan Fayqa. Sudah tentu lebih sedap dari masakan Hajjah
Azimah sendiri yang jarang masuk ke dapur, almaklumlah kan selama ini
ada Andak Midah.
“Fayqa, di mana
belajar masak? Sedap siot!!” puji Dzureen, anak dara malas Haji
Dzulqarnain sambil menyuap nasi berlauk ayam masak lemak cili api
masakan Fayqa.
“Saya pernah
kerja kat kedai makan masakan kampung. Jadi tukang siapkan
bahan-bahan, kira macam pembantu tukang masak,” lurus jawab Fayqa.
Timbul sekejap rasa
insaf di hati si dara pemalas, kesian juga Fayqa ni, jenuh dia
bekerja, dahlah belajar lagi. Anak yatim dengar khabarnya. Untung
juga aku, masih ada ummi dan babah. Belajar sepenuh masa, tak perlu
bekerja. Kereta pun dapat sebiji untuk ke kampus.
“Lepas tu kerja
di restoran piza?” tanya Dzalia pula.
“Haah, saya nak
belajar tentang sistem francise ni,” jawab Fayqa dengan muka yang
polos.
“Sistem
francise?” Dzali dan Dzureen sama-saa kehairanan.
“Hm, kedai
masakan kampung tempat saya bekerja tu, makanannya punyalah sedap.
Tapi dari segi pengurusan, macam huru hara sikit. Saya nampak macam
tak berkembang. Kalau boleh buka cawangan kan bagus? Lepas dah
belajar masak, saya kerja di restoran piza pula, nak belajar cara
pengurusannya, pemasaran, benda-benda macam tu.”
“Oooooh!”
melopong sekejap dua beradik tu. Tak sangka rupanya Fayqa ni gadis
berwawasan.
“Kenapa, Fayqa
nak buka restoran ke?” soal Dzalia lagi.
“Kira-kira
camtulah, Kak Yaya. Saya ni memang minat berniaga tapi kena cari
modallah dulu. Baguskan berniaga buka kedai makan? Sebab tiap-tiap
hari orang perlu makan. Kalau masakan kita sedap, tentu tiap-tiap
hari orang datang,” sambil cakap sambil tersenyum Fayqa,
mengingatkan cita-citanya yang satu itu.
“Ooooh,” sahut
anak-anak dara Haji Dzulqarnain lagi.
“Eh, Kak Yaya
buka butik, pun tentu syok. Perempuan sekarang sentiasa nak lawa,”
komen Fayqa.
“Kalau kita
minat, tentulah syok. Tapi saingannya boleh tahan juga,” balas
Dzalia.
“Strive to be the
best, tentu saingan kita kalah,” komen Fayqa dengan penuh
keyakinan.
I like her.... a
lot! Fikir Dzalia, yang memang minat berniaga, macam bapa dan
abangnya. Kepala batu macam Dzalia mana boleh kerja di bawah tangan
orang.
“Apa masakan yang
Fayqa pandai masak?” korek si Dzureen, kut-kut Fayqa pandai masak
makanan kegemarannya.
“Tak delah
pandai, Kak Yin, boleh gitu-gitu je. Masakan Melayu, sebab saya
teringin nak buka kedai makan masakan melayu, terutamanya masakan
kampung.”
Muda-muda dah yakin
apa dia nak buat, fikir Dzureen. Aku ni dah nak siap buat Master's
degree pun, belum tahu nak kerja apa. Itulah si Dzureen, telur
separuh masak, digelar kakaknya.
Habis licin disapu
Dzalia adik beradik makanan yang dibawa Fayqa dari rumah. Nak makan
di kantin hospital, erk! Tahu sajalah betapa “sedapnya” makanan
kantin hospital. Nak pergi cari di kedai-kedai luar, malaslah pula,
parking bukannya senang nak dicari.
“Kak Yaya, kan
baik kalau Fayqa ni duduk terus di rumah kita,” Dzureen mencucuk
Dzalia.
“Anak orang Yin,
takkan kita nak paksa duduk di rumah kita selama-lamanya,” balas
Dzalia. Dzureen ni memang, banyak sangat idea sejengkalnya.
“Dia kan girl
friend Adik? Kalau jadi, kita dapat adik ipar yang superb, Kak Yaya.
Pandai masak...baik pun boleh tahan juga kan?”
“Kau ni, sampai
ke situ pula. Merepek lah,” marah si kakak.
“Merepek apa Kak?
Kalau jadi adik ipar kita, kan kita kena jumpa selalu. Nak-nak kalau
duduk serumah dengan kita. Labih baik si Fayqa yang baik ni dari
entah awek mana-mana,” Dzureen masih melekat dengan idea
sejengkalnya.
“Eh, ikut sukalah
Adik nak kahwin dengan siapa yang dia suka,” malas Dzalia hendak
melayan sengal si Dzureen.
“Oh, habis tu
yang Kak Yaya menyampah sangat dengan Miss Matchy-matchy tu? Kata
ikut suka Adik nak kahwin dengan siapa pun. Habis girlfriend Abang,
pandai pula Kak Yaya tak berkenan,” sedas kena batang hidung
Dzalia.
“Ish, Miss
Matchy-matchy tu annoying tahap tak boleh tahan tahu. Miss Skema,
Miss Dia Saja Yang Betul, Miss Puteri Harapan Bangsa,” kan dah
berbakul-bakul gelaran yang dikurniakan kepada buah hati si abang.
Berdekah-dekah
terhambur ketawa Dzureen. Kak Yaya kalau mengutuk Miss Matchy-matchy
memang amat menghiburkan. Dah jadi macam hiburan keluarga pula
mengutuk awek seorang tu.
Kena jengil dengan
Hajjah Azimah, terdiam Dzureen serta merta. Entah apa-apa anak dara
seorang ni, orang lain sedang sedih dia ruang menunggu, dia pula
ketawa berdekah-dekah.
“Yin!” bisik
Dzalia, tangannya mencuit lengan adik. Matanya mencerun bagai
memikirkan sesuatu.
Ha...sudah mari
akal Kak Yaya. Kalau mukanya dah begini, adalah benda yang
dirancangnya. Seriyau juga Dzureen dengan idea-idea kakaknya. Ada
yang brilliant, ada yang ...err... buat jadi bahan kena marah dengan
Babah. Macam idea Dzalia jadi sengau bila Mak Ngah Raudhah datang ke
rumah bawa anak lelakinya berkenal-kenal dengan Dzalia.
“Apa kak?”
tanya Dzureen teragak-agak.
“Bagus juga idea
kau tu, Yin. Agaknya inilah faedah Babah bayar yuran kau belajar buat
Master's tu,” komen Dzalia, penuh kriptik.
Ceh! Kakak aku ni,
dalam memuji, sempat juga mengutuk, dengus Dzureen dalam hati.
“Amende, Kak?
Buat saspen je.”
“Idea kau nak
buat Fayqa tu jadi ipar kitalah!” balas Dzalia dengan nada tak
sabar. Buat Master's, tapi bengap, sempat dia mengutuk si adik.
“Tadi Kak Yaya
kata biar Adik buat pilihan sendiri,” konon hendak menembak si
kakak.
“Sapa kata untuk
Adik,” balas Dzalia, kriptik lagi.
“Jadi ipar kita,
kalau bukan kahwin dengan adik, kahwin dengan siapa lagi?” Dzureen
bertanya, hairan sungguh.
Dzalia memandang
adiknya, dengan pandangan yang bagai berkata, “Apasalah kau bengap
sangat?”
Kemudian keningnya
dijungkitkan ke arah si abang yang sedang berdiri berpeluk tubuh,
bersandar ke dinding.
“Haaaaa? Dengan
Abang?!! Kak Yaya biar betul?” terlopong mulut Dzureen.
Kening Dzalia
dijungkitkan sekali lagi, bergerak dari si abang di hujung dinding
sana ke arah Fayqa yang sedang duduk selonggok dengan Farhan dan
Daeng.
Makin buntang mata
Dzureen, matanya bergerak, dari Dzariff ke Fayqa, dari Dzariff ke
Fayqa. Memang betul abangnya itu merenung si gadis tak berkelip mata
langsung.
“Abang dengan
Fayqa?” bisik Dzureen ke telinga Dzalia. Kening Dzalia berjungkit
dua kali.
“Wah!
Skandal....cinta tiga segi....syok ni Kak Yaya,” bisik Dzureen
sudah teruja.
“Lagi syok dari
drama di TV,” balas Dzalia, kening terjungkit nakal.