"Tak makan lagikah?"
Tangan yang sedang membilas pinggan terhenti. Kepala dikalih ke belakang. Dari suara dia sudah kenal siapa, tetapi dek kerana terkejut disapa oleh lelaki itu, itu yang dia kalih kepala, mahu memastikan betul itu tuan punya suara.
Wajah lelaki itu direnung sesaat cuma, kemudian mata memfokus semula kepada pinggan mangkuk di dalam sinki. "Belum."
"Lambat makan nanti perut masuk angin. You should know your self."
Jika nasihat ini diberikan empat bulan yang lalu, sebelum si penasihat menjabat tangan kadhi untuk menikah dengan doktor dari Johor itu, sudah tentu kembang mekar bunga-bunga di taman hati Ne'a. Tapi ini sudah jadi suami orang, apa kejadah nak ingatkan aku untuk makan?
"Masuk ke ceruk dapur untuk mengingatkan bekas tunang untuk makan, sangatlah inappropriate, Encik Azrul. You should know yourself."
Si bekas masih berdiri di belakang, tidak bergerak-gerak. Walau pun tidak bersuara, Ne'a tahu Azrul Fahmi masih di situ. Semakin laju tangannya bekerja. Mahu cepat selesaikan kerja, mahu cabut dari ceruk dapur ibu. Nanti dilihat ahli keluarga lain, apa kata mereka.
Sedang elok selesai mangkuk terakhir dibilas, telefonnya yang diletakkan di sebelah sinki berbunyi. Ah.. saved by the bell. Cepat-cepat telefon dicapai, skrin dibelek, tertera nama abang sulungnya. Butang dicalit, mesej dibaca: Dik, bawa nasi tambah.
Astaga... dia makan di depan, aku di dapur yang disuruh bawa nasi tambah? Mengada-ngada betul Abang Yeh ni, dalam hati abang sulungnya Elyas menjadi orang kedua malam ini yang dikerutu.
Tanpa pamitan, Ne'a keluar dari dapur dengan tengan memegang mangkuk nasi tambah. Nak jeling ke arah Azrul Fahmi pun dia tak sudi. Aku bukannya omputih, nak 'civil-civil' bagai. Aku pompuan Melayu, sekali putus, menyampah aku nak tengok muka!
Baru sahaja hendak melangkah ke arah abangnya, Ne'a dikelui oleh kakak iparnya.
"Ne'a, tolong kejap,"
"Apahal, Kak Min?"
"Ambik Fana kejap," minta Mazmin, anak kecilnya yang berusia 8 bulan dihulurkan kepada Ne'a, "Iwan nak pergi bilik air pulak. Kak Min takut dia terkucil." Tidak menunggu balasan dari Ne'a dia sudah berdesup masuk ke dalam rumah sambil menarik tangan anaknya, Faridzuan.
Sudahnya dengan anak kecil yang bertenggek di pinggangnya, dikendong dengan tangan kanan, mangkuk nasi tambah dipegang dengan tangan kanan. Bibir bawah diketap sambil cuba mengimbangi anak kecil dan mangkuk nasi.
Pabila kakinya menghampiri meja makan abangnya di bawah khemah, mulutnya mendesah, "Bang, bang,bang,bang,bang......" Plop, mankuk nasi separa jatuh, separa diletakkan ke atas meja.
"Eh, Ne'a, apasal ni?!" terkejut Elyas yang sedang makan.
"Beratlah, dahlah nak dukung Fana ni lagi, mangkuk nasi lagi. Nasib baik tak patah tangan Ne'a," terbit suatu kenyataan hiperbola yang penuh manja. Adik bongsu dengan abang sulung, tak boleh lari dari manja.
"Propa tak habis-habis," selamba adik bongsu dikutuk.
"Hah! Yang dia tu perintah-perintah orang...ambik nasiklah...apalah..."
"Eleh suruh ambik nasi tambah pun, ungkit! Macamlah hari-hari Abang suruh ambik nasi," Elyas membebel.
"Yelah, yelah...manja, macam dia tu pulak adik bongsu," mulut melawan tapi nasi disendukkan jega masuk ke dalam pinggan abangnya. Si abang pula lebar senyumannya mendengar bebelan si bongsu. Biarlah bikin Ne'a marah-marah, bebel-bebel.... dah tak larat tengok muka stres Ne'a bila Azrul Fahmi muncul dengan ibu bapanya ke kenduri di rumah kelaurga mereka malam itu.
Farhana yang bertenggek di pinggang Ne'a pula merengek. Sudah nampak Papanya, tangan sudah didepangkan ke arah Elyas Bibir atas sudah muncung, bibir bawah sudah mula terketar-ketar.
"Ololo....," senduk nasi diletakkan semule ke dalam manguk, sambil menimang Farhana, mulut Ne'a berdodoi, " Fana, Fana, fofana, fee fye Fofaaaaana.....FANA!"
Bunga-bunga tangis Farhana masih belum reda, lalu Ne'a menimangnya sekali lagi, "Fana, Fana, fofana...fee fye fofaaaaana, FANA!"
Mengekek Farhana dibuatnya. Baby mengekek hingga nampak gigi dua batang, comel tiada bandingnya. Bibir Ne'a sendiri lebar dengan senyuman. Farhana yang comel dicium pipinya kiri dan kanan.
Leka melayan Farhana, Ne'a tidak perasan lelaki yang duduk berhadapan abangnya. Ne'a terpesona dengan keletah Farhana, lelaki itu pula terpesona dengan keletah Ne'a.
Bila Farhana kembali bertenggek dipinggangnya, barulah Ne'a tersedar ada lelaki yang tak dikenali sedang merenungnya. Termalu juga dia jadinya. Tapi apa nak buat? Buat selamba sahajalah...
Mata bertembung.
Pinggan nasi dihulur, "Abang pun nak tambah...."
nota: sudah lama tak taip cerita, ayooo...sudah berkaratzzzz...
Thursday, 3 July 2014
Thursday, 19 June 2014
Update tentang Seteguh Fayqa
Salam semua.
Saya mohn maaf kerana blog ini sudah lama bersawang. Sibuk tak cukup tanah. Sehinggakan balik rumah pengsan tak larat nak menaip apa-apa.
Ramai yang bertanyakan Seteguh Fayqa. Alhamdulillah saya sudah emelkan kepada penerbit semalam. Jika tiada aral dan jika ada rezeki akan diterbitkan pada bulan Ogos ini. Tolong doakan ye. Terus terang saya menulis bukan untuk nama tetapi untuk menambah tabungan untuk masa depan anak-anak.
Tentang Dia Seadanya pula, saya teringin sekali hendak siapkan tahun ini juga. Dan tahun ini hanya tinggal separuh, begitu cepat masa berlalu. Saya akan cuba, manalah tahu kalau ada rezeki... sebab jalan cerita semua sudah jelas di dalam minda, Alhamdulillah. Moga penyakit M tidak akan menular ke dalam diri saya.
Yah dan Azhari sudah bermain2 di minda. Begitu juga dengan Madeline Nur Zakiah, gadis penjual char kuey teow. Jual kuey teow pakai knee-length pants dan baby-T. Kemudian ada seorang andalusia, businesswoman catering. Ada lagi tak? Oh too many stories, too little time.
TQVM for all your support. Sangat saya hargai. Saya minta maaf kerana tidak dapat membalas semua komen dan emel yang dihantar. Bila balik ke rumah, anak-anak pula menuntut perhatian.
Toodle-doo!
P/s: nak kumpul balik cerita Melin dan Tareq :)
Saya mohn maaf kerana blog ini sudah lama bersawang. Sibuk tak cukup tanah. Sehinggakan balik rumah pengsan tak larat nak menaip apa-apa.
Ramai yang bertanyakan Seteguh Fayqa. Alhamdulillah saya sudah emelkan kepada penerbit semalam. Jika tiada aral dan jika ada rezeki akan diterbitkan pada bulan Ogos ini. Tolong doakan ye. Terus terang saya menulis bukan untuk nama tetapi untuk menambah tabungan untuk masa depan anak-anak.
Tentang Dia Seadanya pula, saya teringin sekali hendak siapkan tahun ini juga. Dan tahun ini hanya tinggal separuh, begitu cepat masa berlalu. Saya akan cuba, manalah tahu kalau ada rezeki... sebab jalan cerita semua sudah jelas di dalam minda, Alhamdulillah. Moga penyakit M tidak akan menular ke dalam diri saya.
Yah dan Azhari sudah bermain2 di minda. Begitu juga dengan Madeline Nur Zakiah, gadis penjual char kuey teow. Jual kuey teow pakai knee-length pants dan baby-T. Kemudian ada seorang andalusia, businesswoman catering. Ada lagi tak? Oh too many stories, too little time.
TQVM for all your support. Sangat saya hargai. Saya minta maaf kerana tidak dapat membalas semua komen dan emel yang dihantar. Bila balik ke rumah, anak-anak pula menuntut perhatian.
Toodle-doo!
P/s: nak kumpul balik cerita Melin dan Tareq :)
Saturday, 12 April 2014
SETEGUH FAYQA: Teaser
Dzariff yang sudah makan tengahari tadi dipujuk-pujuk untuk menemankannya makan, atas alasan segan makan berseorangan. Akhirnya Dzariff mengambil sedikit nasi mandey dan diletakkan di atas pinggannya. Sukanya Musyrifah! Selalunya makan dengan Dzariff di pejabat dan di restoran. Kali ini makan berdua di dalam rumah. Oh, beginilah indah rasanya bila berumah tangga dengan buah hati ya. Rasa bagai berada di syurga.
Sambil makan, panjang sembang Musyrifah. Sedia maklum yang Dzariff suka berbincang tentang bisnis, maka topik itulah yang dibukanya. Sambil meneman Musyrifah makan, Dzariff teringatkan isterinya di tingkat atas. Okey agaknya, sebab tadi dia kata dia mahu tidur. Takkan hendak dihalau Musyrifah balik?
Usai makan, lambat-lambat Musyrifah mengemas. Setiap butir nasi yang bertabur dikutipnya. Meja dan kaunter kabinet dilap sehingga bersih berkilat. Puas Dzariff menghalangnya, sebagai tetamu Musyrifah tidak perlu berkemas bagai. Tetapi si rakan kongsi niaga sebenarnya hendak berdua-duaan selama mungkin dengan buah hati.
Sudah habis semua pinggan, mangkuk, gelas dicuci dan dilap kering. Meja, kaunter kabinet dan sinki dilap bersih, habislah modal Muyrifah untuk tidak bertolak balik ke pejabat. Lalu dicari idea lain, “Jif, you nak minum kopi? Kalau di pejabat, you selalu minum kopi selepas makan nasi.”
“Eh, tak payahlah, Musy. Dah pukul berapa ni? You tak nak balik ke pejabatkah?” Dzariff menolak.
“Er.. tak apa. Alah, berapa minit sangat nak bancuh kopi seteko,” sebuah senyuman manis dilemparkan. Setiap saat dengan buah hatinya, dia mahu pastikan yang Dzariff hanya berasa bahagia.
Tak reti Dzariff hendak menyuruh tetamu pulang, namun teringat Fayqa di atas, “Bukan I tak nak hidangkan you kopi, Musy...”
“Tak apa, walau pun ini rumah you, biar I yang hidangkan,” potong Musyrifah.
“No, what I mean is that... I need to go and check on my wife upstairs,” Dzariff menuding ke atas menggunakan ibu jarinya.
“Eh, you go ahead and check her. Biar I buat kopi, nanti you turun minum sahaja,” seperti biasa Musyrifah tetap gigih mencari peluang.
“Tak apalah, Musy. I think I want to spend some time with her. Kut dia nak I picitkan kepala dia ke apa,” selembut-lembutnya Dzariff memberikan alasan.
“Oh..ya...haah lah...,” tak ada modal lagi untuk bertahan di rumah buah hati, “apalah I ni, asyik berbincang hal kerja, lupa yang isteri you tak sihat. So thoughtless of me.” Senyum manis menyembunyikan hiba di hati. Isteri juga yang diutamakan.
“No-lah, Musy. Bukan thoughtless, you ni cuma obsessed pasal kerja. You should take it easy, you know.”
Dalam hati Musyrifah berbisik, Jif, I'm obsessed with you, actually. Sedih sungguh, buah hati di depan mata tetapi tak dapat bersama. Ya Allah, ku mohon Kau kurniakan ku kesabaran dan kejayaan dengan kasih sayangku terhadap lelaki yang hebat dan istimewa ini.
Si rakan kongsi niaga dihantar cuma hingga ke pintu depan. Selepas berpamitan, laju langkah Dzariff ke tingkat atas. Mahu memastikan isterinya okey. Rasanya sedang lena tu.
Bila pintu bilik tidur dibuka, Fayqa tiada. Dzariff mencari isterinya di dalam bilik air, pun tiada. Hairan. Di bilik TVkah dia? Sebelum ke tingkat bawah, dia mencari Fayqa di dalam tiga lagi bilik tidur yang masih kosong di tingkat atas. Tiada. Laju kakinya melangkah ke bawah. Fayqa dicari di bilik TV, juga tiada! Jantungnya bagai terhenti beberapa saat.
Nombor telefon isteri didail. Lima, enam, tujuh kali. Tiada jawapan. Dzariff merengus. Sabar Dzariff, mungkin ini akibat trauma yang dia lalui. Sabar. Nafas ditarik dalam-dalam.
Where can she be? Jim. Of couse, Jim.
(p/s: SF tak sempat keluar semasa PBSKL ni )
Monday, 23 December 2013
PMS kini jadi drama!!
Drama Projek Memikat Suami
Astro Ria (104)
Setiap Isnin
10pm - 11pm
(mudah-mudahan menghiburkan, bersyukur jika mesejnya sampai)
Thursday, 12 December 2013
Cari penyakit!!
.......weeeeiiiiii....... cerita baru!! Dahlah SF dan DS tak siap2 lagi. Oh somebody please rotan me he he he.
The game plan:
- ini bukan novel...my first attempt of a cerpen tp ada bbrp bhg.. akan habis di blog
- entrynya pendek2 shj, sbb tak mo distracted from siapkan SF!!
so... baca...enjoy (hopefully) and commets pls
ehem ehem....rasanya komen pertama akan kata "Ninaaa..... so 18sx!! hew hew hew
8 Dec 2013
Siapa yang tak tersentuh jika kekasih hati romantis begini?
Rupanya dia sudah tempah bilik hotel di Cameron Highlands…
surprise holiday katanya. Well, I’m not complaining.
Dan tadi, aku dibawa ke sebuah restoran ternama untuk
menikmati candle light dinner. Abang, is it possible for me to fall in love
with you more?
Usai dinner, balik ke hotel, menitis air mataku….. sedih
kerana walau pun cinta kami sebegini dalam, kami masih belum dapat bersama.
Perlahan disapunya air mataku.
“Jangan nangis, Baby. Abang sentiasa nak Baby happy. Baby
tahu kan, Abang akan akan buat apa saja yang Abang mampu untuk bahagiakan Baby.
Cuma sekarang ini Abang minta Baby bersabar. Abang janji Abang akan settlekan
masalah Abang dengan keluarga Abang. Lepas tu tak akan ada dinding lagi yang
boleh memisahkan kita.”
Aku sudah tersedu-sedu. Hangat pelukannya, dan lembut
ciumannya di ubun-ubunku.
“Never forget that I love you more than life itself.”
“Abang!!” Ya Tuhan, setiap saat aku tidak dapat bersamanya,
deritanya tidak dapat ku gambarkan.
Ciuman hangat singgah di leherku. Dia sudah tahu titik
kelemahanku. Bibirnya ku cari. Jika malam ini aku tidak dapat bersamanya
seperti malam-malam yang lalu, aku mahu ‘memori indah’ buat teman sebelum lena
menjemputku.
“Baby… baby… baby…. We have to stop. Or else… we will get to
the point of no return,” dia menyedarkan ku.
Itulah yang buat aku semakin hormat, semakin sayangkannya.
Walau pun dia tahu aku cintakannya separuh mati dan sanggup berbuat apa sahaja
untuknya, dia sentiasa mengingatkan ku agar jangan sampai melebihi batasan….
Akhirnya, kami berpisah juga. Dia menunggu di luar pintu
bilikku sehingga daun pintu ku tutup.
Badan ku sandarkan ke pintu, jari jemariku menyentuh bibirku
yang sudah mula membengkak akibat luahan asmara kami.
“Abang…. I need you…”
Bagai dapat mendengar rintihan hatiku, telefon di atas meja
sisi berdering…. Hatiku sudah berbunga…. Our daily midnight chat! Tak kisah
walau jauh walau dekat, setiap malam kami akan bersembang melalui telefon.
Walaupun seharian bersama dan dia hanya di sebalik dinding, dia tidak lupakan
our midnight chat!
Abang… how could I love you more?
Sunday, 17 November 2013
Faye! Faye! Faye!
Jangan marah....saya membakar diri sendiri sebenarnya untuk siapkan manuskrip ini. Ya Allah, kalau boleh nak keluarkan 2 novel tahun ini. Jalan cerita semua sudah ada tapi tahap kesibukan yg kronik menyebabkan saya tak sempat nak siapkan (Juga tahap kecanduan saya terhadap runningman, plants vs zombie2 dan the master's sun - hish...banyak sangatlah distractors nya)
Ok jom kita bako sama2.........
Bila
sudah di dalam kapal terbang terasa seram sejuk pula, mengalahkan
gabra malam pertama. Yalah malam pertama hari tu kan, cium tangan,
cium dahi sahaja. Ini nak naik burung besi dan nak terapung-apung di
awangan. Uiks, kecut perut!! Dalam gedebak-gedebuk kerisauan
tiba-tiba tangan kanannya digenggam orang sebelah.
“Nervous?”
sang suami berbisik di telinga.
Tentulah
nervous, tetapi yang mana satu lebih nervous – naik kapal terbang
kali pertama atau tangan digenggam erat oleh Encik Suami, Fayqa tidak
pasti.
Melihat
riak muka Fayqa yang cuak, tangan yang digenggam dicum pula oleh
Encik Suami. “Don't worry, I'm here,” bisik sang suami lagi.
Makin laju degup jantung Fayqa. Oooh, mana pernah ada lelaki main
bisik-bisik di telinga.
Bila
kapal terbang meninggalkan landasan, perut Fayqa rasanya sudah naik
ke tekak. Matanya dipejamkan erat, mulutnya digumam rapat. Automatik
kedua belah tangannya memaut erat lengan sang suami. Terasa keras,
berotot padat lengan yang dipaut. Oh, begini rasanya lengan orang
lelaki ye, fikir si polos yang tidak pernah menyentuh tubuh lelaki.
Terasa bagai berpaut di dahan yang selamat. Biarlah burung besi ini
terapung-apung di udara, aku sudah ada dahan kukuh dan selamat. Dan
rasa selamat itu membuai Fayqa sehingga terlena.
Saturday, 2 November 2013
Dia Seadanya Bab 16 (full)
Ha ha ha lps post Bab 16 bhg i baru sy teringat yg sy nak upkan DS hingga Bab 15 shj di blog. Lerrr plan simple cenggini pun terlupa.
Ate, dah naik bhg i, kena lah naik bhg ii...
here its is.... cer cek, tareq lari naik belon ke idak... :)
Bab 16 bhg 1
“Saya pernah tidur dengan dia. Beberapa kali.”
Jantung Emmalyn bagai mahu luruh. Sesak dada, oksigen bagai tak masuk. Hah!! Tahanlah kau, Emmalyn. Tahan telinga, tahan sabar. Sudah ada perempuan datang bawa anak, mengaku anak dia, kau nak juga si Alpha Male ini.
“Saya dulu…. jahil,” jeda seketika dan nafas ditarik dalam-dalam, bukan mudah mahu membuka pekung kepada gadis yang berjaya menawan hatinya, “Allah Ta’ala bagi otak yang cerdas, saya tak bersyukur, saya take it for granted. Belajar di U.K. dulu semuanya mudah. Tak perlu nak pulun belajar macam orang lain, waktu lapang saya hanya nak seronok. Malam-malam hu-ha hu-ha di club, di bar, di pub. Hujung minggu merayau ke sana sini. Setiap ketika nak seronok saja. Muda hanya sekali, fikir saya.”
Emmalyn dikerling sesaat. She’s still here. Ingatkan lepas mukadimah tentang hidup lepas bebasnya di U.K. dulu, gadis ini akan lari, tidak tunggu lagi. Tapi, Emmalyn Mohd Ehsan masih di sini, di hadapannya. Masih mahu jadi isterinya? Hairan.
“Emmalyn, awak dan keluarga awak, orang baik-baik. Seeloknya carilah lelaki yang baik juga sebagai suami awak,” nasihat dari orang yang mengaku kejahilannya dahulu.
“Keluarga saya, keluarga awak jugakan. Kan awak EMPAT PUPU saya,” Emmalyn mengingatkan Tareq.
Tersenyum kecil mereka berdua mendengar istilah ‘EMPAT PUPU’ yang sentiasa boleh bikin telinga Tareq berbulu. Terlintas di minda Tareq, Emmalyn ini gadis istimewa, dalam keadaan begini pun masih mahu menceriakan aku. Kalaulah aku boleh memiliki gadis istimewa ini… tapi sebaiknya…biarkan dia dapat jodoh yang lebih baik.
“Keluarga kita orang baik-baik. Awak pun orang baik-baik,” puji Emmalyn. Bila dilihatnya Tareq mahu memotong cakapnya, cepat-cepat dia menyambung, “Awak orang baik, ……solat tak tinggal, sopan santun, hormat mak bapa.”
“Pasal Inessa, itukan sejarah lama. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan. Manusia tentu ada pernah khilaf, yang penting awak sudah berubah,” tenang tutur Emmalyn, sambil merenung lembut jejaka yang duduk semeja dengannya.
Tareq hanya merenung cawan kopi di hadapannya yang masih tidak bersentuh. Malu hendak panggung kepala untuk menatap wajah Emmalyn. Bagaimana hendak jadi ketua keluarga jika dengan isteri sendiri pun dia terasa hina.
“Dosa saya itu… besar sangat. Lepas Inessa mengandung, mak bapa dia buat laporan kepada penaja biasiswa saya. Teruk mak bapa saya, turun naik pejabat penaja biasiswa saya, buat rayuan supaya jangan tarik biasiswa saya,” Tareq jeda seketika sambil mengacau kopinya perlahan-lahan,
“Saya anak yang teruk. Abang sulung saya, Abang Sohair jauh lebih baik dari saya. Tak belajar ke luar negara pun tapi masih membahagiakan Ummi dan Ayah. Habis belajar, pinang girl friendnya, sekarang sudah beranak. Dia anak penyejuk hati Ummi dan Ayah. Saya ni anak yang hanya menyeksa mereka. Jenuh emak bapa saya menanggung malu. Sengaja mereka minta tukar kerja ke Terengganu, nak sorokkan muka dari saudara mara dan kawan-kawan. Cerita saya buntingkan anak dara orang, menjadi topik hangat di mana-mana. Ummi dan Ayah yang mula-mulanya bangga, anak tengah mereka bijak, dapat biasiswa belajar ke luar negara. Tapi akhirnya, apa yang mereka dapat? Ya, saya tamat juga belajar tapi lumpur yang terpalit di muka mereka tu, adalah ‘hadiah’ yang mereka takkan pernah lupakan.”
Emmalyn tidak putus merenung Tareq yang masih tidak memanggung kepala. Cubaannya untuk mengutip klu tentang perasaan hati jejaka yang begitu istimewa di hatinya.
Nafas ditarik, hati sang jejaka yang lara, cuba dipujuk, “Tareq, saya tak pernah kenal emak bapa awak dulu. Yang saya kenal hanya mereka sekarang. Dan apa yang saya nampak, mereka sayang sangat dengan awak. Tak nampak pun mereka marah dengan awak, tak nampak pun mereka kecewa dengan awak.”
Sekali lagi nafas dihela, mengumpul kekuatan untuk menyatakan sesuatu yang mungkin semakin melukakan hati sang jejaka. “Sebenarnya…. Awak yang kecewa dengan diri awak……. Awak yang marah dengan diri awak….. Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan….”
Kepala dipanggung, wajah Emmalyn ditenung dalam-dalam, “Yes, I am disappointed with myself. Yes, I am angry with myself.”
Sudah, Emmalyn!! Bukan kau nak pujuk dia, kau kutuk dia, buat dia makin negatif! Sebakul marah dihadiahkan kepada diri sendiri.
Payah! Tapikan ini lelaki yang aku mahu kongsi hidup bersama-sama, grow old together. Don’t give up, Emmalyn!
Renungan tajam Tareq dibalas dengan renungan yang lembut. “Dah enam tahun awak kecewa dan marah dengan diri sendiri. Dah tibanya masa awak cari kemaafan dalam diri awak untuk seorang lelaki istimewa bernama Tareq Abdul Aziz.”
Renungannya ditalakan ke atas, nafas ditarik kasar, matanya berkaca, “Saya tak berani, Emmalyn.”
Wallahi! Aku cintakan lelaki ini!! Jerit hati Emmalyn. Melihat kesengsaraan Tareq, dia rasa bagai mahu memeluk lelaki itu. Peluk erat, rapat-rapat dan usap belakangnya lembut-lembut. Namun batasan iman masih menjadi benteng kuat buat Emmalyn, hujung meja dipaut kuat-kuat agar tangannya tidak terbang hinggap ke tubuh Tareq.
Sekali lagi mata Tareq hinggap ke wajah Emmalyn, “Saya tak berani kerana saya takut saya akan jadi Tareq yang dulu…. Tareq yang jahil.”
Butiran-butiran jernih berguguran di pipi Tareq, di pipi Emmalyn.
Fuh!
Better end this now! fikir Tareq, dengan perasaan tipikal orang lelaki, malu
menangis di hadapan orang. Tisu yang datang bersama kopinya dihulurkan kepada
Emmalyn, arahan untuk mengelap air matanya tidak perlu diucap.
“I’m
not worth your tears,” kenyataan keluar tanpa perasaan, tetapi Emmalyn yang
mendengar berasa semakin sayu. Kasihannya cinta hati aku ini!
Tisu
diambil tetapi bukan air matanya yang dilap. Tisu disapu-sapu lembut di atas
pipi Tareq. Sambil menyapu air mata, Emmalyn berazam akan membahagiakan lelaki
ini, agar tidak perlu lagi air mata berderai di pipinya.
“Air
mata pun anugerah Allah, maka tentulah ada nilainya. Untuk menyihatkan mata agar
tidak kering dan sakit. Untuk membersihkan hati dan menyegarkan jiwa. Dan saya
menangis kerana berkongsi duka Abang,” bibir mengucapkan kata-kata tetapi mata
tidak bertentang kerana malu.
Mana
pernah Emmalyn berkata-kata puitis sebegini. Tetapi demi memujuk seorang Tareq
Abdul Aziz, digagahkan juga.
Tisu
dirampas dari tangan si dara, dengan jiwa yang masih tersiksa Tareq mengeluh,
“Emmalyn, you don’t have to do this.”
Mata
dipejamkan seketika mencari kekuatan, kemudian dibuka dan mata Tareq direnung
tajam,
“Abang, I want to do this.”
“Emmalyn,
ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari saya….,” menolak kerana sayang,
kerana mahukan si gadis bahagia.
“Abang….
Abang yang terbaik bagi saya,” yakin ucapan Emmalyn.
“Emmalyn,
you don’t know what you are doing…”
Kesabaran
Emmalyn semakin menipis. Aku kata nak, kau kata aku tak tahu apa yang aku mahu?
Alpha Male, kau tak tahukah tidak satu malam pun aku tidak tidur tanpa mimpikan
kamu?!!
Nafas
ditarik dalam-dalam, diri diingatkan supaya memilih kata-kata yang paling
sesuai. Dengan nada suara selembut mungkin, “Abang, it’s time to move on. Dah
enam tahun.”
“It’s
not easy.”
Degil
Alpha Male ni!
“Let’s
do it together. We’ll move on together,” bertahan Emmalyn!
“Awak
sanggup hendak bersemuka dengan Inessa? Bila dia datang menuduh suami awak
adalah bapa anaknya,” cabar Tareq yang pasti Emmalyn tidak akan tahan dengan
isu sensasi yang ‘mewarnai’ hidupnya.
“Menuduh?”
tanya Emmalyn, dahi sudah berkerut.
Tareq
melemparkan pandangan mata ke sisi, nafas ditarik dalam-dalam, “Itulah saya
kata, lupakan saja semua ini.” Back pack dicapai bagai mahu berlalu pergi.
“Wait
a minute!” Back pack Tareq digenggam Emmalyn untuk menahan tuannya dari pergi.
“Abang
tanya saya samada saya sanggup bersemuka dengan Inessa. Sebelum saya jawap,
saya mahu tahu apa yang Abang maksudkan dengan ‘menuduh’?” Back pack yang
digenggam tidak dilepaskan.
Merah
muka Tareq. Bercakap tentang Inessa tidak pernah tidak stres. Berat lidah
hendak menjawab soalan Emmalyn.
“Abang,
menuduh?” Jawapan masih lagi dinantikan.
Aib!
Bukan lagi hanya malu! Mata Emmalyn yang tajam merenungnya dielak.
“Abang….”
Dengan
nada perlahan antara dengar dengan tidak, akhirnya terbit jawapan, “Saya rasa
budak itu bukan anak saya.”
Rasa?
Benda-benda macam ini boleh rasakah?
Melihat
dahi Emmalyn yang semakin berkerut, Tareq menyambung, “Kan saya kata tak ada
guna…”
“Explain,”
potong Emmalyn, “please.”
Berombak-ombak
dada Tareq, nak bercerita tentang zaman jahiliyahnya dengan terperinci?
“Abang…
samada Aeril tu anak Abang atau tidak, saya terima Abang seadanya. Sama seperti
saya berharap Abang akan menerima saya seadanya. Saya terima Abang yang
sekarang, Abang yang baik di mata dan hati saya,” tidak berkelip mata Emmalyn
merenung wajah Tareq.
“Cuma
jika masa lampau Abang datang menerjah, saya rasa saya perlu tahu apa yang saya
hadapi sebenarnya.”
Pergi
dari sini atau berkongsi duka dan aib dengannya? Hidup tanpa Emmalyn atau hidup
dengan Emmalyn? Sambil berfikir cawan putih berisi kopi diputar-putarkan di
atas piring.
Akhirnya
Tareq memanggung kepalanya, bertentang mata dengan Emmalyn. Redup mata Emmalyn
seperti biasa mendamaikan. Terasa bagai bertemu oasis di tengah padang pasir.
Cuba,
Tareq! She is worth it!
Perlahan-lahan
kata-kata disusun, “Saya rasa …. saya tidak pernah ada … physical relationship
dengan dia….”
Tak
ada physical relationship… sex? Tapi
pernah tidur beberapa kali dengan dia? Tak faham! Terasa bagai budak ingusan
pun ada juga.
“Maksudnya?”
Kening
berkait, kalau boleh hal ini tidak mahu dibincangkan dengan sesiapa pun. Aib!
Namun renungan mata Emmalyn, bukan renungan menghina atau jijik, tetapi
renungan orang yang cuba memahami.
“Saya
pernah tidur dengannya beberapa kali. Selepas penat clubbing, hantar dia balik
ke apartment dan tidur di biliknya Berkongsi katil tapi tiada physical
relationship. Suatu malam tu, kepala saya pening-pening lalat. Saya tidur di
biliknya, esoknya… bila saya sedar…. dah tak ..berbaju…”
Aib!
Aib! Menderu-deru rasanya darah menyerbu mukanya.
“Saya
fikir tentang hubungan kami, saya betul-betul sukakan dia. Baru saya bercadang
mahu mengajak dia bertunang, dia cakap dia mengandung. Saya terkejut tapi gerak
hati saya kata itu bukan anak saya. Dia baru transfer ke universiti saya
semester itu. Kami keluar bersama-sama baru sebulan. Everything happened so
fast. Bila saya kata bukan anak saya, terus dia contact ibu bapanya yang terus
menyerang ibu bapa saya dan laporkan hal ini kepada pihak penaja pengajian
saya.”
Sambil
berterus terang, mata Emmalyn direnung. Jika Emmalyn kelihatan jijik dengan
ceritanya, Tareq akan angkat kaki. Namun gadis itu terus kelihatan tenang.
“Dalam
kekalutan tu, saya baru teringat, setiap kali bercerita tentang universiti
lamanya, dia kelihatan sedih dan cepat-cepat tukar topik. Bagaikan ada sesuatu
yang pernah berlaku di sana.”
“Kenapa
tak buat DNA test?” laju Emmalyn bertanya. Spekulasi buat apa?
Soalan
yang mudah. Jawapannya lama juga kena tunggu…berkerut-kerut dahi Tareq cuba
menyusun ayat untuk menjawab soalan itu.
Akhirnya,
“Mak bapa saya tuntut supaya kami buat DNA test sebab pihak penaja mahu tarik
biasiswa saya. Dia tak mahu, selepas disahkan mengandung, dia terus pulang ke
Malaysia. Saya pula sudah tak teringin nak tengok muka dia. Bila tiada ujian
DNA, tiada bukti untuk menuduh saya. Pihak penaja teruskan biasiswa saya. Saya
rasa lega, saya fokus kepada pelajaran, graduate dan cari kerja jauh dari
Malaysia.”
Serius
tapi tenang, Emmalyn membuat keputusan,
Wajah
Emmalyn direnung tajam, “Kalau saya bapanya?”
“Abang
perlu jalankan tanggung jawab Abang. Kalau Abang tak sara dia, tak didik dia,
kena jawab di akhirat nanti.”
“Awak
sanggup jadi isteri saya kalau sah budak itu anak saya?”
“Kan
saya kata buat DNA test selepas kahwin.”
“Emmalyn,
awak sedar tak apa yang awak katakan ini?
“Abang…saya
terima Abang seadanya.”
Mata
Emmalyn direnung dalam-dalam, bagai mahu memastikan hati tuannya. Emmalyn
membalas renungan Tareq tanpa berkelip.
Tiba-tiba
terdengar pengumuman, “Calling for passenger Tareq Abdul Aziz, passenger Tareq
Abdul Aziz, flying QR0012 to Doha. Please proceed to gate A17 immediately for
boarding.”
Sekali
lagi Emmalyn!
“Abang,
will you marry me?”
Matanya
mendamaikan. Sikapnya yang tenang. I need this woman! I deserve this woman!!
I. Love. Her.
“Yes.”
Dan
mata yang mendamaikan itu menghamburkan air mata. Sekali lagi tisu dicapai,
tetapi kali ini giliran Tareq yang menyapu butiran air jernih di mata Emmalyn.
Subscribe to:
Posts (Atom)
