Friday, 4 July 2014

Dia Seadanya Bab 17

(Bagi yg dah lupa citernya, sambungan dari part Melin propose kat Tareq kat KLIA. Huwaaaa azahm tahun tak baru, nak siapkan DS untuk penerbitan bulan Disember! Amvoi...konpiden nya.... Enjoyz... lepas ni ada ke lagi nak upkan DS...err...not sure)


Malam itu Hajjah Asmah mengiring ke kiri, mengiring ke kanan di atas katil. Air mata kering sudah, anak tengah sudah pergi. Sembilan tahun dia menunggu Tareq pulang, berharap sangat-sangat yang Tareq akan menetap terus di tanah air. Muncul Inessa, musnah…punah harapannya. Nafas ditarik dan dilepaskan dengan berat. Kenapalah buruk nasib anaknya yang seorang itu, bertemu dengan gadis seteruk Inessa. Dengan Emmalyn pula, sudahlah baik gadis itu, namun Tareq tolak pula…….haih! Nak fikir-fikir hingga sakit kepala pun apa gunanya. Pelipisnya dipicit-picit. Matanya dipujuk tidur.

Di tingkat bawah Haji Abdul Aziz tekun membaca Al-Quran. Sama seperti isterinya, malam ini susah untuknya tidur. Hatinya yang berselirat dengan duka mahu dilapangkankan dengan bacaan ayat-ayat suci.

Pabila jam melepasi pukul dua pagi, terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah. Bacaan dihentikan seketika lalu Haji Abdul Aziz menjenguk ke luar jendela. Eh! Itu kereta abang Emmalyn. Bukankah Emmalyn kata mahu tidur di rumah kawannya di Kuala Lumpur selepas menghantar Tareq ke KLIA?

Pintu rumah dibuka serentak dengan pintu kereta Peugeot merah yang telah diparkir. Muncul kelibat Tareq dari perut kereta.

Belum sempat Haji Tareq berkata apa-apa, isterinya yang juga sudah tiba di pintu rumah bersuara, “Tareq!”

Si anak pula, mendengar panggilan ibunya, melebarkan senyuman dan melajukan hayunan langkah kaki. Tiba di anjung rumah, ibu yang sudah bersedia mendepangkan tangan dipeluk seerat-eratnya. Haji Abdul Aziz pula sambil memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, memeluk isteri dan anaknya.

Selepas lerai pelukan tiga beranak, Tareq memaklumkan ibu bapanya, “Babah, esok kita hantar kereta Emil.”

Ibu yang berbahagia tiada tara membalas, “Sambil-sambil tu kita pinang adik Emil sekali.”

Si bapa tertawa, si anak tersenyum meleret.


Keesokan pagi, sewaktu Emmalyn masih di dalam bilik air, Haji Abdul Aziz tiga beranak sudah tiba ke rumahnya. Mahu menghantar kereta Emil awal-awal, bimbang jika Emil mahu menggunakannya untuk ke pejabat. Sementelah sudah ada di situ, Puan Suhaila menjemput mereka bersarapan bersama-sama. Terkocoh-kocoh Emmalyn bersiap, malu bakal mertua sudah tiba, bakal menantu belum siap pun lagi.

Cekap Puan Suhaila menyediakan mee goreng untuk keluarga dan tetamunya. Emmalyn yang tidak pandai memasak ditugaskan untuk membuat sandwic dan membancuh teh. Hajjah Asmah turut ke dapur.  Ate, sudah ada pertalian darah, memang dia tidak berasa janggal dengan ibu Emmalyn.

Siap juadah pagi terhidang, mereka menjamu selera bersama-sama. Berselera sungguh mereka makan, bahagia memikirkan keluarga mereka akan bersatu. Hanya Emmalyn sahaja yang merah berbahang-bahang muka, memikirkan topik yang akan dibuka selepas sarapan nanti.

Belum pun sempat habis bersarapan, Hajjah Asmah yang sudah tidak sabar-sabar lagi mencuit paha suaminya. Hampir terkucil ketawa Haji Abdul Aziz melihat isterinya yang kalut benar mahu memetik bunga di taman Encik Ehsan.

“Murahnya rezeki kami pagi ini,” Haji Abdul Aziz membuka bicara, “harap-harap rezeki murah kami ini akan berterusan. Manalah tahu kut-kut, menantu baru pun kami dapat pagi ni.”

Usikan Haji Abdul Aziz disambut dengan ketawa kecil di sekeliling meja. Sambil menundukkan wajah, Emmalyn bangun lalu mengutip pinggan-pinggan yang sudah kosong di atas meja.

“Mahu ke mana, Melin? Duduklah dulu. Kita bincang pasal hal Melin dengan Tareq kejap,” Hajjah Asmah menegur lembut.

Dengan wajah yang merah berbalam-balam, sempat Emmalyn mengerling ke arah Tareq. Meleret-leret senyuman si Alpha Male. Hish orang lelaki ni, mana ada reti malu, gerutu Emmalyn di dalam hati. Kemudian pandangan dilemparkan ke arah ibunya. Puan Suhaila menganggukkan kepala, tanda bersetuju suaya dia duduk. Hatinya berdebar bagai orang yang baru habis lumba lari 100 meter. Eeeeeesh, janggalnya rasa duduk mendengar orang-orang tua bercakap tentang jodohnya. Bukankah mengikut adat, yang perempuan kena masuk ke dapur? Bancuh air ke apa, kemudian bila orang-orang tua sudah habis berbincang, barulah gilirannya untuk keluar menghidang air. Ini adat apa yang keluarganya dan keluarga Tareq guna ini?

Encik Ehsan dan Puan Suhaila, sebagai ibu bapa sebelah perempuan, hanya berdiam diri menanti butir kata-kata dari sebelah lelaki. Mereka pun tiada pengalaman menerima menantu, maka mereka sendiri pun tidak begitu pasti apa yang perlu mereka katakan.

“Maaflah, Ehsan. Pagi-pagi kamu kalut nak ke pejabat, kami yang dah pencen ni pula kalut nak bermenantu,” Haji Abdul Aziz berjenaka sambil melegakan rasa janggal di sekeliling meja itu.

Terlerai lagi tawa kecil mereka. Emmalyn pula berdoa-doa agar ada lubang besar muncul di lantai supaya dia boleh masuk mengghaibkan diri. Di mata Tareq, manis sungguh Emmalyn yang tersipu-sipu, tunduk menekur merenung lantai. Agaknya apa reaksi Emmalyn kalau dia beritahu ibu bapanya dan ibu bapa Emmalyn yang sebenarnya Emmalyn yang mengajaknya kahwin semalam? Agaknya boleh pitam dara pujaan hatinya itu. Bagai mahu terburai tawanya bila terlintas idea gila ini.

“Tak apalah Abang Aji. Nak dirikan masjid ni, tentu bos saya faham kalau saya lambat ke pejabat,” balas Encik Ehsan.

“Anak yang nak bernikah, emaknya yang dah tak sabar-sabar. Selagi tak ikat hari ni, selagi tulah Kak Mah kamu tu menyebut-nyebut. Tak senang Abang dibuatnya,” isteri pula yang menjadi bahan usikan Haji Abdul Aziz.

Hajjah Asmah yang tidak kisah, menyambut usikan suaminya dengan ketawa lepas. Beg tangan dibuka, lalu sebuah kotak kecil dikeluarkan dan dihulurkan kepada suami.

Terkejut Emmalyn dibuatnya. Hah! Dah ada cincin? Siapa yang beli? Hajjah Asmah atau Tareq?

Kotak kecil dibuka, dari jauh kelihatan kilauan emas sebentuk cincin belah rotan. Terbuntang mata Emmalyn.

Kotak cincin diletakkan di atas meja, Hajjah Asmah bersuara, “Belah rotan je, Lila. Buat tanda. Nanti kalau dah jadi biarlah budak berdua ni yang pergi cari cincin tunang dan cincin kahwin. Nanti kalau kita cari, takut nanti tak kena dengan selera orang muda.”

“Eh… tak apa, Kak Mah. Kami tak kisah. Cincin, gelang tak penting. Yang penting kita nak dirikan masjid,” balas ibu Emmalyn. Anak dara sulungnya disunting orang, bahagia memenuhi segenap hati.

“Alhamdulillah, kalau kita sama-sama sudah berhajat nak bina masjid, nak dekatkan tali persaudaraan kita,” sambut bapa Tareq. “Hajat sebelah kami kalau boleh hendak dicepatkan. Yelah, perkara yang elok, buat apa nak ditangguh-tangguh. Ehsan dan Lila setujukah?”

“Betullah macam yang Abang Aji kata, perkara yang baik, jangan ditangguh,” jawab Encik Ehsan sambil mengangguk-anggukkan kepala.

“Syukur, syukur, Allah permudahkan hajat kita. Kalau Ehsan dan Lila tak kisah, boleh kita kira ini bagai kami datang merisik ye?” Haji Abdul Aziz meminta persetujuan ibu bapa Emmalyn sekali lagi.

Ibu bapa Emmalyn tidak henti-henti menganggukkan kepala.

Senang hati cadangannya diterima, Haji Abdul Aziz meneruskan kata-kata, “Kalau Ehsan dan Lila setuju, apa kata majlis bertunang kita adakan hari Sabtu dan akad kita buat sebelah malamnya?”

Emmalyn yang sedari tadi tunduk memandang lantai ruang makan rumah keluarganya, menimbang-nimbang dalam hati apa yang dikatakan oleh bakal bapa mertuanya, “bertunang Sabtu, bernikah sebelah malam. Hmm….. Sabtu. Sabtu? Sabtu?!! Sabtu yang mana?!”

Terpanggung kepalanya merenung Haji Abdul Aziz, keningnya berkerut. Baru sahaja hendak meluncur keluar soalan, Papanya terlebih dahulu bertanya, “Sabtu inikah, Abang Aji?”

Sabtu ini? Sabtu ini?!! Buntang besar mata Emmalyn. Dan semakin besar bila dia melihat bapa Tareq mengangguk. Sabtu ini!! Buat seketika, bagai berputar-putar ruang makan keluarganya.

Tanpa sedar dia tegak berdiri tiba-tiba, menyebabkan semua mata tertumpu kepadanya.

“Err…err….Melin nak cuci pinggan,” terbit suatu pengumuman yang kurang relevan.

Terkejut tiba-tiba Emmalyn bangun tegak berdiri, terkejut tiba-tiba dia buat pengumuman hendak cuci pinggan, maka terdiam mereka semua seketika.

“Err…err… Tareq…. Tareq…dia tolong Melin.” Astaga…. Apa yang kau merepek ini Emmalyn?

Pinggan kotor di tangan disuakan kepada Tareq. Tangan yang kosong menggagau-gagau mengutip cawan-cawan dan piring-piring di atas meja. Dan apa lagi… cabutlah! Cabut ke dapur.

Tiba di laluan tidak berpintu menghala ke dapur, Emmalyn menoleh ke belakang. Ibu bapanya dan ibu bapa Tareq masih melopong memandangnya. Tareq juga, dengan pinggan kotor yang dihulurkan Emmalyn di tangan, bontot masih melekap di kerusi.

“Abang nak tolong Melin cuci pinggankan?” Emmalyn sendiri sudah tidak pasti, soalankah atau arahan yang terbit dari mulutnya.

“Ha.. ha..,” jawab Tareq masih kehairanan.

Emmalyn menjegilkan mata, automatik terus berdiri Tareq dan mengikuti dara pujaan sambil mengisyaratkan gerakan kepala ke arah dapur kepada Umminya, bagai meminta izin.

“Pergilah, pergilah,” jawab Hajjah Asmah, “pergilah cuci pinggan mangkuk, periuk belanga Achik Lila kamu tu.”

Terburai tawa mereka berempat di meja sambil mata mereka mengiringi langkah Emmalyn dan Tareq masuk ke dalam dapur.

“Mereka tu dah berbincangkah Lila?” tanya Hajjah Asmah bila pasangan muda itu hilang dari pandangan.

“Entahlah, Kak Mah. Minggu lepas ada Melin khabar yang Tareq nak ajak mak bapa dia datang berbincang,” jawab Puan Suhaila.

“Semalam dia tak cerita apa-apa?” tanya Hajjah Asmah lagi.

“Tak ada pun, Kak. Semalam balik, dia cuma sempat bagi tahu Tareq tak jadi balik ke Qatar. Kemudian terus menonong masuk ke bilik. Mengantuk sangat rupanya,” soalan dijawab, kemudian giliran Puan Suhaila pula bertanya, “Tareq pula, ada cakap apa-apa kepada Kak Mah?”

“Tak ada, sengih sahaja dari semalam sampai ke pagi ni,” jawab Hajjah Asmah.

“Yang nak nikah Sabtu ni, bukan rancangan Tareqkah, Kak Mah?” tanya Encik Ehsan pula.

“Yang cerita nak nikah Sabtu ni, rancangan kakak kamu ni!” sampuk Haji Abdul Aziz, “tak boleh tidur dia semalam. Tak sabar-sabar nak hantar cincin risik ni. Tak mahu anak kesayangan pergi ke Tanah Arab tu lagi.”

“Oooo….,” panjang harkat ‘o’ Puan Suhaila dan Encik Ehsan.

“Dibuatnya lepas nikah, deme berdua nak balik ke Arab nun, apa kamu nak kata, Hajjah Mah?” soal Haji Abdul Aziz kepada isterinya sendiri.

“Ish, Abang ni…..,” paha suami ditampar.

“Ish, tak naklah Abang Aji. Anak perempuan kami tu pun baru je balik dari England,” Puan Suhaila menyokong bakal besannya.

“Hah, tu, amende yang deme bincang kat dalam tu?” soal Haji Abdul Aziz.

“Bincang hal nak nikahlah tu, apa lagi….,” jawab Hajjah Asmah, “biorle deme bincang kat dalam tu. Meh, kita bincang kat luar ni.”


Di dalam dapur…

Dua tiga langkah ke dalam dapur, langkah Emmalyn terhenti. Dia menoleh ke belakang lalu merenung tepat ke arah wajah Tareq, “Abang!! Sabtu? Sabtu ini?!!” cawan dan piring kotor masih di tangan.

Tareq hanya menjungkitkan bahu. Bernikah Sabtu ini bukan rancangannya tetapi tidak bermakna dia tidak suka dengan rancangan itu. The sooner, the better! Senyuman meleret-leret tidak lekang-lekang dari bibirnya.

“Abang!! Sabtu?!! Hari ini Isnin. Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu. Sabtu! Lima hari lagi, Abang!” suara Emmalyn jelas kedengaran gelabah.

“Haah, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu.” Nak jawab apa lagi, memang betul kiraan Melin.

“A…baaaaaang!!!” panjang harkatnya tetapi suara Emmalyn tidak meninggi.

Ralit Tareq merenung Emmalyn. Emmalyn tidak pernah marah, tidak pernah lose her cool. Inilah kali pertama dia melihat Emmalyn dalam keadaan begini… gubra, tidak tentu arah. Super cute! Geram, rasa macam hendak cubit-cubit pipi Emmalyn.

Melihat Tareq yang senyum bagai kerang busuk, panas pula hati Emmalyn, kali ini hamper terjerit kecil, “A…baaaaaaang!!!”

A…baaaaaaang, A…baaaaaaang. Seru banyak-banyak kali, nanti bukan malam Sabtu kita bernikah, Emmalyn, tapi malam ini!! Makin menjadi angau si Tareq.

“Laaaah. Mana Abang tahu? Semalamkan Lin yang ajak Abang kahwin?” usik Tareq, seronok melihat Emmalyn gelabah.

“Tsk! A….baaaaaang!” Nasib baik tangan penuh dengan cawan dan piring, kalau tidak, dah kena cubit si Alpha Male seorang ini. Saja nak buat orang malu. Semalam yelah kan syahdu ya amat buah hati hendak pergi jauh, kalau tak ajak kahwin, mahu menyesal seumur hidup. Ini siang terang benderang, mana ada syahdunya. Disebutnya pula hal aku ajak dia kahwin, ish!! Malu!

Mengekek Tareq mendengar panggilan Abang terlebih panjang harkat dari bibir Emmalyn.

“Abang ni!!” marah Emmalyn mendengar tawa Tareq. Kaki kanannya dihentak-hentak ke lantai.

Omigosh! Emmalyn ni bila dia tunjukkan perasaannya, super cute bordering to sexiness! Kering tekak Tareq. Yup, Saturday, it is. I won’t have it any other way. Terima kasihlah, Ummi! Terima kasih banyak-banyak!

What’s wrong with Saturday, sayang?” Pujuk Tareq, pujuk!

“Abang, lima hari saja tu! Lima hari! Sempat nak buat apa?”

“Laaa…. Simple matter,” selamba jawapan Tareq.

Simple matter? Simple matter, Abang kata?”

“Kaum kerabat Ngah Balom kan ada?” mudah solusi Tareq. Typical men!



Thursday, 3 July 2014

Puppy Love (Cerpen...no ending so far)

"Tak makan lagikah?"

Tangan yang sedang membilas pinggan terhenti. Kepala dikalih ke belakang. Dari suara dia sudah kenal siapa, tetapi dek kerana terkejut disapa oleh lelaki itu, itu yang dia kalih kepala, mahu memastikan betul itu tuan punya suara.

Wajah lelaki itu direnung sesaat cuma, kemudian mata memfokus semula kepada pinggan mangkuk di dalam sinki. "Belum."


"Lambat makan nanti perut masuk angin. You should know your self."


Jika nasihat ini diberikan empat bulan yang lalu, sebelum si penasihat menjabat tangan kadhi untuk menikah dengan doktor dari Johor itu, sudah tentu kembang mekar bunga-bunga di taman hati Ne'a. Tapi ini sudah jadi suami orang, apa kejadah nak ingatkan aku untuk makan?


"Masuk ke ceruk dapur untuk mengingatkan bekas tunang untuk makan, sangatlah inappropriate, Encik Azrul. You should know yourself."


Si bekas masih berdiri di belakang, tidak bergerak-gerak. Walau pun tidak bersuara, Ne'a tahu Azrul Fahmi masih di situ. Semakin laju tangannya bekerja. Mahu cepat selesaikan kerja, mahu cabut dari ceruk dapur ibu. Nanti dilihat ahli keluarga lain, apa kata mereka.

Sedang elok selesai mangkuk terakhir dibilas, telefonnya yang diletakkan di sebelah sinki berbunyi. Ah.. saved by the bell. Cepat-cepat telefon dicapai, skrin dibelek, tertera nama abang sulungnya. Butang dicalit, mesej dibaca: Dik, bawa nasi tambah.

Astaga... dia makan di depan, aku di dapur yang disuruh bawa nasi tambah? Mengada-ngada betul Abang Yeh ni, dalam hati abang sulungnya Elyas menjadi orang kedua malam ini yang dikerutu.

Tanpa pamitan, Ne'a keluar dari dapur dengan tengan memegang mangkuk nasi tambah. Nak jeling ke arah Azrul Fahmi pun dia tak sudi. Aku bukannya omputih, nak 'civil-civil' bagai. Aku pompuan Melayu, sekali putus, menyampah aku nak tengok muka!

Baru sahaja hendak melangkah ke arah abangnya, Ne'a dikelui oleh kakak iparnya.

"Ne'a, tolong kejap," 


"Apahal, Kak Min?"

"Ambik Fana kejap," minta Mazmin, anak kecilnya yang berusia 8 bulan dihulurkan kepada Ne'a, "Iwan nak pergi bilik air pulak. Kak Min takut dia terkucil." Tidak menunggu balasan dari Ne'a dia sudah berdesup masuk ke dalam rumah sambil menarik tangan anaknya, Faridzuan.

Sudahnya dengan anak kecil yang bertenggek di pinggangnya, dikendong dengan tangan kanan, mangkuk nasi tambah dipegang dengan tangan kanan. Bibir bawah diketap sambil cuba mengimbangi anak kecil dan mangkuk nasi.

Pabila kakinya menghampiri meja makan abangnya di bawah khemah, mulutnya mendesah, "Bang, bang,bang,bang,bang......" Plop, mankuk nasi separa jatuh, separa diletakkan ke atas meja.

"Eh, Ne'a, apasal ni?!" terkejut Elyas yang sedang makan.

"Beratlah, dahlah nak dukung Fana ni lagi, mangkuk nasi lagi. Nasib baik tak patah tangan Ne'a," terbit suatu kenyataan hiperbola yang penuh manja. Adik bongsu dengan abang sulung, tak boleh lari dari manja.

"Propa tak habis-habis," selamba adik bongsu dikutuk.

"Hah! Yang dia tu perintah-perintah orang...ambik nasiklah...apalah..."

"Eleh suruh ambik nasi tambah pun, ungkit! Macamlah hari-hari Abang suruh ambik nasi," Elyas membebel.

"Yelah, yelah...manja, macam dia tu pulak adik bongsu," mulut melawan tapi nasi disendukkan jega masuk ke dalam pinggan abangnya. Si abang pula lebar senyumannya mendengar bebelan si bongsu. Biarlah bikin Ne'a marah-marah, bebel-bebel.... dah tak larat tengok muka stres Ne'a bila Azrul Fahmi muncul dengan ibu bapanya ke kenduri di rumah kelaurga mereka malam itu.

Farhana yang bertenggek di pinggang Ne'a pula merengek. Sudah nampak Papanya, tangan sudah didepangkan ke arah Elyas Bibir atas sudah muncung, bibir bawah sudah mula terketar-ketar.

"Ololo....," senduk nasi diletakkan semule ke dalam manguk, sambil menimang Farhana, mulut Ne'a berdodoi, " Fana, Fana, fofana, fee fye Fofaaaaana.....FANA!"

Bunga-bunga tangis Farhana masih belum reda, lalu Ne'a menimangnya sekali lagi, "Fana, Fana, fofana...fee fye fofaaaaana, FANA!"

Mengekek Farhana dibuatnya. Baby mengekek hingga nampak gigi dua batang, comel tiada bandingnya. Bibir Ne'a sendiri lebar dengan senyuman. Farhana yang comel dicium pipinya kiri dan kanan.

Leka melayan Farhana, Ne'a tidak perasan lelaki yang duduk berhadapan abangnya. Ne'a terpesona dengan keletah Farhana, lelaki itu pula terpesona dengan keletah Ne'a.

Bila Farhana kembali bertenggek dipinggangnya, barulah Ne'a tersedar ada lelaki yang tak dikenali sedang merenungnya. Termalu juga dia jadinya. Tapi apa nak buat? Buat selamba sahajalah...

Mata bertembung.

Pinggan nasi dihulur, "Abang pun nak tambah...." 

nota: sudah lama tak taip cerita, ayooo...sudah berkaratzzzz...



Thursday, 19 June 2014

Update tentang Seteguh Fayqa

Salam semua.

Saya mohn maaf kerana blog ini sudah lama bersawang. Sibuk tak cukup tanah. Sehinggakan balik rumah pengsan tak larat nak menaip apa-apa.

Ramai yang bertanyakan Seteguh Fayqa. Alhamdulillah saya sudah emelkan kepada penerbit semalam. Jika tiada aral dan jika ada rezeki akan diterbitkan pada bulan Ogos ini. Tolong doakan ye. Terus terang saya menulis bukan untuk nama tetapi untuk menambah tabungan untuk masa depan anak-anak.

Tentang Dia Seadanya pula, saya teringin sekali hendak siapkan tahun ini juga. Dan tahun ini hanya tinggal separuh, begitu cepat masa berlalu. Saya akan cuba, manalah tahu kalau ada rezeki... sebab jalan cerita semua sudah jelas di dalam minda, Alhamdulillah. Moga penyakit M tidak akan menular ke dalam diri saya.

Yah dan Azhari sudah bermain2 di minda. Begitu juga dengan Madeline Nur Zakiah, gadis penjual char kuey teow. Jual kuey teow pakai knee-length pants dan baby-T. Kemudian ada seorang andalusia, businesswoman catering. Ada lagi tak? Oh too many stories, too little time.

TQVM for all your support. Sangat saya hargai. Saya minta maaf kerana tidak dapat membalas semua komen dan emel yang dihantar. Bila balik ke rumah, anak-anak pula menuntut perhatian.

Toodle-doo!

P/s: nak kumpul balik cerita Melin dan Tareq :)

Saturday, 12 April 2014

SETEGUH FAYQA: Teaser


Dzariff yang sudah makan tengahari tadi dipujuk-pujuk untuk menemankannya makan, atas alasan segan makan berseorangan. Akhirnya Dzariff mengambil sedikit nasi mandey dan diletakkan di atas pinggannya. Sukanya Musyrifah! Selalunya makan dengan Dzariff di pejabat dan di restoran. Kali ini makan berdua di dalam rumah. Oh, beginilah indah rasanya bila berumah tangga dengan buah hati ya. Rasa bagai berada di syurga.
Sambil makan, panjang sembang Musyrifah. Sedia maklum yang Dzariff suka berbincang tentang bisnis, maka topik itulah yang dibukanya. Sambil meneman Musyrifah makan, Dzariff teringatkan isterinya di tingkat atas. Okey agaknya, sebab tadi dia kata dia mahu tidur. Takkan hendak dihalau Musyrifah balik?
Usai makan, lambat-lambat Musyrifah mengemas. Setiap butir nasi yang bertabur dikutipnya. Meja dan kaunter kabinet dilap sehingga bersih berkilat. Puas Dzariff menghalangnya, sebagai tetamu Musyrifah tidak perlu berkemas bagai. Tetapi si rakan kongsi niaga sebenarnya hendak berdua-duaan selama mungkin dengan buah hati.
Sudah habis semua pinggan, mangkuk, gelas dicuci dan dilap kering. Meja, kaunter kabinet dan sinki dilap bersih, habislah modal Muyrifah untuk tidak bertolak balik ke pejabat. Lalu dicari idea lain, “Jif, you nak minum kopi? Kalau di pejabat, you selalu minum kopi selepas makan nasi.”
“Eh, tak payahlah, Musy. Dah pukul berapa ni? You tak nak balik ke pejabatkah?” Dzariff menolak.
“Er.. tak apa. Alah, berapa minit sangat nak bancuh kopi seteko,” sebuah senyuman manis dilemparkan. Setiap saat dengan buah hatinya, dia mahu pastikan yang Dzariff hanya berasa bahagia.
Tak reti Dzariff hendak menyuruh tetamu pulang, namun teringat Fayqa di atas, “Bukan I tak nak hidangkan you kopi, Musy...”
“Tak apa, walau pun ini rumah you, biar I yang hidangkan,” potong Musyrifah.
“No, what I mean is that... I need to go and check on my wife upstairs,” Dzariff menuding ke atas menggunakan ibu jarinya.
“Eh, you go ahead and check her. Biar I buat kopi, nanti you turun minum sahaja,” seperti biasa Musyrifah tetap gigih mencari peluang.
“Tak apalah, Musy. I think I want to spend some time with her. Kut dia nak I picitkan kepala dia ke apa,” selembut-lembutnya Dzariff memberikan alasan.
“Oh..ya...haah lah...,” tak ada modal lagi untuk bertahan di rumah buah hati, “apalah I ni, asyik berbincang hal kerja, lupa yang isteri you tak sihat. So thoughtless of me.” Senyum manis menyembunyikan hiba di hati. Isteri juga yang diutamakan.
“No-lah, Musy. Bukan thoughtless, you ni cuma obsessed pasal kerja. You should take it easy, you know.”
Dalam hati Musyrifah berbisik, Jif, I'm obsessed with you, actually. Sedih sungguh, buah hati di depan mata tetapi tak dapat bersama. Ya Allah, ku mohon Kau kurniakan ku kesabaran dan kejayaan dengan kasih sayangku terhadap lelaki yang hebat dan istimewa ini.
Si rakan kongsi niaga dihantar cuma hingga ke pintu depan. Selepas berpamitan, laju langkah Dzariff ke tingkat atas. Mahu memastikan isterinya okey. Rasanya sedang lena tu.
Bila pintu bilik tidur dibuka, Fayqa tiada. Dzariff mencari isterinya di dalam bilik air, pun tiada. Hairan. Di bilik TVkah dia? Sebelum ke tingkat bawah, dia mencari Fayqa di dalam tiga lagi bilik tidur yang masih kosong di tingkat atas. Tiada. Laju kakinya melangkah ke bawah. Fayqa dicari di bilik TV, juga tiada! Jantungnya bagai terhenti beberapa saat.
Nombor telefon isteri didail. Lima, enam, tujuh kali. Tiada jawapan. Dzariff merengus. Sabar Dzariff, mungkin ini akibat trauma yang dia lalui. Sabar. Nafas ditarik dalam-dalam.
Where can she be? Jim. Of couse, Jim.
(p/s: SF tak sempat keluar semasa PBSKL ni )

Monday, 23 December 2013

PMS kini jadi drama!!


Drama Projek Memikat Suami
Astro Ria (104)
Setiap Isnin
10pm - 11pm

(mudah-mudahan menghiburkan, bersyukur jika mesejnya sampai)



Thursday, 12 December 2013

Cari penyakit!!


.......weeeeiiiiii....... cerita baru!! Dahlah SF dan DS tak siap2 lagi. Oh somebody please rotan me he he he.

The game plan:
- ini bukan novel...my first attempt of a cerpen tp ada bbrp bhg.. akan habis di blog
- entrynya pendek2 shj, sbb tak mo distracted from siapkan SF!!


so... baca...enjoy (hopefully) and commets pls

ehem ehem....rasanya komen pertama akan kata "Ninaaa..... so 18sx!! hew hew hew



8 Dec 2013


Siapa yang tak tersentuh jika kekasih hati romantis begini?

Rupanya dia sudah tempah bilik hotel di Cameron Highlands… surprise holiday katanya. Well, I’m not complaining.

Dan tadi, aku dibawa ke sebuah restoran ternama untuk menikmati candle light dinner. Abang, is it possible for me to fall in love with you more?

Usai dinner, balik ke hotel, menitis air mataku….. sedih kerana walau pun cinta kami sebegini dalam, kami masih belum dapat bersama. Perlahan disapunya air mataku.

“Jangan nangis, Baby. Abang sentiasa nak Baby happy. Baby tahu kan, Abang akan akan buat apa saja yang Abang mampu untuk bahagiakan Baby. Cuma sekarang ini Abang minta Baby bersabar. Abang janji Abang akan settlekan masalah Abang dengan keluarga Abang. Lepas tu tak akan ada dinding lagi yang boleh memisahkan kita.”

Aku sudah tersedu-sedu. Hangat pelukannya, dan lembut ciumannya di ubun-ubunku.

“Never forget that I love you more than life itself.”

“Abang!!” Ya Tuhan, setiap saat aku tidak dapat bersamanya, deritanya tidak dapat ku gambarkan.

Ciuman hangat singgah di leherku. Dia sudah tahu titik kelemahanku. Bibirnya ku cari. Jika malam ini aku tidak dapat bersamanya seperti malam-malam yang lalu, aku mahu ‘memori indah’ buat teman sebelum lena menjemputku.

“Baby… baby… baby…. We have to stop. Or else… we will get to the point of no return,” dia menyedarkan ku.

Itulah yang buat aku semakin hormat, semakin sayangkannya. Walau pun dia tahu aku cintakannya separuh mati dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya, dia sentiasa mengingatkan ku agar jangan sampai melebihi batasan….

Akhirnya, kami berpisah juga. Dia menunggu di luar pintu bilikku sehingga daun pintu ku tutup.

Badan ku sandarkan ke pintu, jari jemariku menyentuh bibirku yang sudah mula membengkak akibat luahan asmara kami.

“Abang…. I need you…”

Bagai dapat mendengar rintihan hatiku, telefon di atas meja sisi berdering…. Hatiku sudah berbunga…. Our daily midnight chat! Tak kisah walau jauh walau dekat, setiap malam kami akan bersembang melalui telefon. Walaupun seharian bersama dan dia hanya di sebalik dinding, dia tidak lupakan our midnight chat!

Abang… how could I love you more?

Sunday, 17 November 2013

Faye! Faye! Faye!


Jangan marah....saya membakar diri sendiri sebenarnya untuk siapkan manuskrip ini. Ya Allah, kalau boleh nak keluarkan 2 novel tahun ini. Jalan cerita semua sudah ada tapi tahap kesibukan yg kronik menyebabkan saya tak sempat nak siapkan (Juga tahap kecanduan saya terhadap runningman, plants vs zombie2 dan the master's sun - hish...banyak sangatlah distractors nya)


Ok jom kita bako sama2.........



Bila sudah di dalam kapal terbang terasa seram sejuk pula, mengalahkan gabra malam pertama. Yalah malam pertama hari tu kan, cium tangan, cium dahi sahaja. Ini nak naik burung besi dan nak terapung-apung di awangan. Uiks, kecut perut!! Dalam gedebak-gedebuk kerisauan tiba-tiba tangan kanannya digenggam orang sebelah.

“Nervous?” sang suami berbisik di telinga.

Tentulah nervous, tetapi yang mana satu lebih nervous – naik kapal terbang kali pertama atau tangan digenggam erat oleh Encik Suami, Fayqa tidak pasti.

Melihat riak muka Fayqa yang cuak, tangan yang digenggam dicum pula oleh Encik Suami. “Don't worry, I'm here,” bisik sang suami lagi. Makin laju degup jantung Fayqa. Oooh, mana pernah ada lelaki main bisik-bisik di telinga.

Bila kapal terbang meninggalkan landasan, perut Fayqa rasanya sudah naik ke tekak. Matanya dipejamkan erat, mulutnya digumam rapat. Automatik kedua belah tangannya memaut erat lengan sang suami. Terasa keras, berotot padat lengan yang dipaut. Oh, begini rasanya lengan orang lelaki ye, fikir si polos yang tidak pernah menyentuh tubuh lelaki. Terasa bagai berpaut di dahan yang selamat. Biarlah burung besi ini terapung-apung di udara, aku sudah ada dahan kukuh dan selamat. Dan rasa selamat itu membuai Fayqa sehingga terlena.