Thursday, 15 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 24


Waaah!! Finally siap juga Bab 24. Saya rasa saya naikkan KNK hingga Bab 30 kut. Bab ini kononnya romantik. Bakat saya menulis cerita yang flirty nampaknya sudah berkarat, tee hee. Do tell me what you guys think!


Bab 24

Bila dia kata ‘I am done,’ maksud Naz, dia sudah tidak mahu beli buku, dia sudah tidak mahu KLCC.

            “Ke mana selepas ini?” tanya si jejaka yang tidak berasa selesa semenjak ‘babak Danea.’

            “Balik ke hotel pun okey, saya dah letihlah,” keluar dari mulut si dara.

            Wajah Naz direnung lama, tiada riak marah, tiada riak kecewa. Selamba seperti biasa.

            “Okey, kalau dah tak nak ke mana-mana, jom dinner,” ajak Khaalish, tidak mahu mengalah.

            “Dinner kat hotel sajalah.”

            “Saya dah plan dinner kita di tempat yang sangat istimewa,” lembut kata Khaalish, sedar dia perlu memujuk sekarang walau pun zahirnya Naz tidak kelihatan seperti merajuk.

            “Okey,” jawapan yang selamba lagi.

Sebenarnya dalam hati teringin juga hendak melihat strategi si playboy. Makan malam bagaimana yang dimaksudkan? Di restoran mewah? Ada cahaya lilin? Ada pemuzik? Yang dia tahu tempat paling roamantik untuk makan malam di KL adalah di restoran berputar Menara Kuala Lumpur.

Tapi bila SUV Khaalish bergerak meninggalkan bandaraya KL, Naz berasa agak hairan. Bergerak ke arah selatan…. ke Port Dicksonkah?

Suasana dalam kereta sunyi sepi, tetapi tidak selesa. Naz sedari tadi sedang mencari-cari sesuatu di dalam begnya.

“Naz, can we talk?”

“Sure,” berjawab, tapi masih sibuk dengan isi dalam begnya.

“Tentang Danea.”

“Yup.”

“Naz….. boleh tak pandang ke sini? Saya betul-betul nak cakap tentang hal ini,” lembut suara Khaalish bagai merayu.

“Iya, cakaplah.”

“Macam mana saya nak cakap kalau awak sibuk dengan entah apa dalam beg awak tu?” suaranya sedikit tertekan.

“Hah! Ini. Ini yang saya cari,” kata Naz sambil memegang sehelai tisu.

Berkerut kening Khaalish.

“Untuk awak,” nadanya masih selamba, tisu dihulurkan kepada Khaalish.

“Hah?”

“Untuk lap lipstik di pipi awak tu. Kiri ada, kanan ada,” tiada nada marah, tiada nada kecewa, hanya ayat penyata.

Apa lagi yang hendak dibuat? Tisu diambil dan disapu ke pipi, kiri, kanan.

“Key, dah hilang,” keluar lagi satu ayat penyata, sambil mata memeriksa pipi Khaalish kanan dan kiri.

“Naz…”

Wajah Khaalish direnung.

“Pasal Danea tu…”

Renungan masih tidak berubah, tepat ke wajah Khaalish.

“She’s nothing to me.”

“Humph,” nada suara tidak berkenan.

“Awak tak percaya? Awak jangan bimbang Naz. Saya dan dia memang tak ada apa-apa. She’s ….”

“Stop. Bila awak cakap macam tu, saya rasa marah.”

“Tapi Naz, saya tak tipu. She’s nothing to me. Kami pernah keluar dua tiga kali, itu saja.”

“Khaalish, sebagai seorang perempuan, saya marah bila awak kata, perempuan yang awak pernah bawa keluar, yang awak cium pipinya kiri kanan tu nothing bagi awak.”

“Ha? Tapi memang sebenarnya she’s nothing to me,” bersungguh-sungguh kata Khaalish.

“Boleh tak awak berhenti cakap, she’s nothing, she’s nothing. Macam mana saya nak hormatkan awak bila awak ni jenis lelaki yang tak hormatkan perempuan?”

Terlongo Khaalish dibuatnya. Laju otaknya berputar.

“Naz bukan marah sebab dia syak aku ada apa-apa dengan Danea. Tapi dia marah sebab…. aku tak hormatkan Danea?”

Sang jejaka mencuba lagi, “Okey…. I’m sorry.”

“For what?”

“For making you angry.”

“Wrong answer.”

“Huh?”

“Awak sepatutnya minta maaf kerana tak hormati wanita, bukan kerana awak buat saya marah.”

“Naz, saya minta maaf untuk kedua-duanya.”

Jeda.

“Okey.”

Dan SUV putih itu terus meluncur di atas lebuhraya menuju ke selatan, kemudian keluar di persimpangan Nilai. Naz fikir mereka akan ke KLIA Pan Pacific, makan malam di hotel agaknya. Tetapi SUV itu tidak menghala ke arah KLIA, rupanya mereka menghala ke arah rumah Mak Long di Sepang.

“Makan malam di rumah Mak Long? Ini makan malam istimewa yang dia cakapkan tadi? Bukan makan malam romantik di hotel?” tertanya-tanya Naz.

Bila SUV Khaalish membelok masuk ke halaman rumah Mak Long, Naz sudah tersenyum lebar. Sempat juga menjeling ke arah, Khaalish. Susah juga nak maintain marah dengan orang yang pandai ambil hati ini.  Khaalish pula sudah tersenyum simpul. Nak memikat, mestilah tahu apa kesukaan gadis pujaan. Rupa-rupanya Mak Long memang sedia menunggu Naz dan Khaalish. Dipeluknya Naz bagai tak mahu lepas.

“Bertuahnya anak buah, balik ke Malaysia, bukan tidur di rumah mak bapa sendiri, kau pergi tidur di hotel,” bebel Mak Long.

“Alah Mak Long, tahu sajalah Dora ni kan ‘anak kesayangan’ Papa,” Naz masih sempat berseloroh.

“Apa-apa pun Dora, derang tu masih mak bapa kau,” Mak Long tetap membebel.

Naz mengikuti Mak Longnya ke dapur, sementara Khaalish berehat di ruang tamu.

“Yelah, Mak Long, lain kali Dora balik tidur di rumah. Kali ni balik KL pun dua malam sahaja,” Naz cuba memberi alasan, “Mak Long jangan bagi tahu Mama dan Papa, eh?”

“Okey, kali ini saja, lain kali kau buat lagi, Mak Long cakap dengan mak bapa kau,” Mak Long memberi amaran sambil menunjal dahi Naz.

“Adoi, Mak Long! Gugur ilmu oranglah, kena tujal kepala cenggini,” Naz pura-pura kesakitan sambil menggosok-gosok dahinya.

“Ada aku kisah? Hah pergilah report kat boyfriend kau tu,” kata Mak Long sambil menjuihkan mulut ke arah Khaalish.

“Shhh, Mak Long! Cakap tu pelan-pelanlah, nanti dia dengar. Dia tu bukan boyfriend Doralah,” protes Naz, jari telunjuk di bibir.

“Dah pulak!” balas Mak Long, suaranya kuat macam biasa, “Habis tu yang dia selalu datang ke rumah Mak Long, minta Mak Long masakkan itu ini untuk kau. Lepas tu, pergi hantar kat kau  di Laos sana, tu apa? Ish! Kalau tak ada apa-apa, takkanlah dia bersusah payah sampai gitu sekali?”

“Dah nak buat macam mana Mak Long, dia tu memang baik hati,” selamba sahaja jawab Naz.

“Oi anak dara! Itu baik hati ada makna, kau tahu?”

“Alah, Mak Long, kita sembang pasal hal lain lah pula,” cepat-cepat Naz cuba tukar topik.

“Pandailah kau. Eh, kalau dah asyik pergi ke sana tengok kau, nikah sajalah Naz. Tak sedap hati Mak Long,” Mak Long tetap dengan topik yang sama.

“Mak Long, Mak Long ingat menikah ni senangkah?”

“Memang senang pun, orang muda macam korang ni yang buat susah. Nikah je Dora, bercinta selepas nikah lagi bagus tahu, manisnya masih ada. Nak fikir masalah, mana ada orang kahwin langsung tak ada masalah? Masalah tu yang buat kita makin dekat, makin sayang,” pot pet-pot pet mulut Mak Long.

Sambil mulut menceceh, tangan Mak Long cekap bekerja. Teh seteko sudah siap dibancuh dan kuih pulut seri muka kegemaran Naz sudah terhidang di dalam pinggan.

“Teh dan kuih tu bawa ke depan, Dora. Ajak Khaalish makan, dia pun suka kuih seri muka Mak Long,” bos besar sudah mengarah.

“Aik! Sejak bila pula kuih seri muka Mak Long jadi kegemaran dia?” Musykil, musykil.

Sambil minum petang mereka bersembang-sembang. Naz lebih banyak berdiam diri, memikirkan lamaran yang diterima, memikirkan orang yang melamarnya. Sesekali dia menilik jam di tangan.

“Dora, yang kau asyik tengok jam tu kenapa? Nak terbang ke mana pula?” kena sedas dengan Mak Long.

“Tak ke manalah, Mak Long. Tengok jam, Khaalish belum solat. Nanti terbabas asar pula,” Naz sudah tidak boleh menahan lidahnya. Rimas sungguh dengan orang yang tidak bersolat. Tadikan dia sudah terbabas solat zohor?

“Eh, belum solat ke? Pergilah solat di bilik tengah tu. Dora, pergi siapkan sejadah dan kain pelikat. Nak mandi sekali pun boleh. Lepas mandi boleh pinjam baju Mahadi, anak Mak Long. Dora pula, dah solat?”

“Dah, Mak Long. Tadi solat jamaq,” jawab Naz, sempat juga menjeling Khaalish yang tersipu-sipu.

“Dengan manusia tahu malu bila tak solat, dengan Tuhan?” gerutu Naz dalam hati.

Bila Naz masuk ke dalam bilik tengah untuk siapkan sejadah dan kain pelikat, Khaalish turut masuk ke dalam bilik. Sejadah dibentangkan, kain pelikat dikeluarkan dari dalam almari dan diletakkan di atas katil. Kemudian Naz melangkah keluar.

“Thanks,” kata Khaalish. Tiada respon dari Naz, jual mahal konon.

Naz sibuk di dapur membantu Mak Longnya sewaktu kedengaran laugan azan dari masjid berdekatan. Dijenguknya Khaalish yang duduk di ruang depan, masih asyik menonton TV. Mengeluh dia dalam hati apabila melihat jejaka itu duduk tidak berkutik di hadapan televisyen.

“Dora, lepas dah panas gulai tu, kau sendukkan ye. Mak Long nak solat kejap,” sambil melangkah ke depan, sempat Mak Long berpesan.

Kemudian terdengar Mak Long berkata kepada Khaalish, “Maghrib dah masuk, lepas solat Maghrib, kita makan. Cuba Khaalish tengok, sejadah tadi Naz dah simpan ke belum.”

Sekali lagi Naz menjenguk ke depan, Khaalish sudah masuk ke dalam bilik tengah.

“Seriously, Naz. Bolehkah kongsi hidup dengan dia? Nak minta dia berubah? Kalau dia kata dia nak berubah tapi tak berubah? Hmm, tu belum lagi fikir tentang girlfriend dia yang entah berapa orang tu,” bebel Naz dalam hati.

Selepas siap menghidangkan makan malam, cepat-cepat Naz pergi solat. Usai solat, mereka makan malam bertiga. Sedap betul masakan Mak Long; masak lemak telur itik, ayam masak kuzi, ikan sumbat sambal, sambal tempoyak dan petai. Apa lagi, anak dara itu pun belasah makan. Bak kata orang, mak mertua lalu pun tak sedar. Err, bakal mak mertua!

“Berapa kurun kau tak makan Dora?” tanya Mak Long, terbuntang mata melihat Naz makan.

“Kat sana bukan macam Qatar, Mak Long, susah nak dapat daging halal.”

“Kalau dah susah-susah sangat, balik saja ke KL. Cari kerja kat sini. Khaalish, boleh tolong carikan Dora kerja?” tiba-tiba Mak Long bertanya, terkejut Naz dibuatnya. Nasib baik tidak tercekik.

“Untuk Dora, anytime, Mak Long,” jawab Khaalish, sudah tersenyum kambing. Suka sangat bila Mak Long ‘membantu’ begini.

“Ha! Apa tunggu lagi Dora?”

“Mak Long ni tak fahamlah…” Naz cuba mengelak.

“Apa yang Mak Long tak faham? Eh, Mak Long lagi lama makan garam tau. Hm, dulu lari ke Amerika pasal tunang awak ni. Sekarang, tunang awak ni dah kejar-kejar awak, tak payahlah lari lagi,” kata Mak Long, tak ada tapis-tapis.

“Mak Long ni!” Naz cuba memprotes.

“Apa Mak Long ni, Mak Long ni, betullah apa yang Mak Long cakap ni,” Mak Long tetap tak nak mengalah.

“Mak Long dahlah lah cakap pasal hal ni, orang nak enjoy makanlah,” Naz dah buat muka welfare dengan Mak Longnya.

“Kau ni alergik bila cakap pasal kawin ye? Nanti Mak Long bawa kau mandi bawah jambatang bila bulan mengambang. Ini petua orang tua-tua untuk….” Mak Long mula mengusik.

“Mak Loooooong!!” jerit Naz, mukanya sudah merah.

Terbahak-bahak ketawa Mak Long dan Khaalish.

Usai makan malam, Naz dan Khaalish meminta diri. Jenuh Mak Long mengajak Naz tidur di rumahnya.

“Malam ni Dora nak menulis, lap top ada di hotel,” bukan alasan tapi memang jari-jari Naz gatal sahaja nak mengetuk-ngetuk papan kekunci laptopnya. Asal ada Khaalish sahaja, ilham datang mencurah-curah.

“Mak Long cadangkan kau kahwin saja dengan komputer kau tu Dora!” perli Mak Long, kecil hati juga sebab anak buah kesayangan lebih mementingkan komputer dari dirinya sendiri.

SUV putih bertolak meninggalkan rumah Mak Long. Duduk berduaan di belakang kereta yang kelam, buatkan Naz terasa berdebar-debar. Dalam hatinya, dia berdoa agar cepat sampai ke hotel.

Malam-malam begitu Naz bukan tahu arah jalan ke hotel, sudahlah dia bukan arif dengan jalan di daerah itu. Tup-tup, mereka sudah sampai ke Putrajaya. SUV Khaalish berhenti di atas jambatan di hadapan Putra International Convention Center.

“Kenapa pula kita ke sini?” tanya Naz, hairan.

“Tak nak tengok jambatan? Malam-malam begini, kan cantik,” sudah keluar suara romantik mengoda si player.

“Ergh, tak original langsung. Jambatan ni idea Reham untuk Hamzah,” cemuh Naz, cubaan untuk menutup debaran di dada.

“Kalau nak yang original, awak kenalah duduk di KL ni lebih dari dua hari. Nak?” lembut sahaja balas Khaalish. Haa! Kan dah terperangkap, senyum buaya tembaga sudah keluar.

“Tak nak turun?” tanya Khaalish sambil membuka pintu kereta untuk Naz.

Kenapalah Naz terasakan dia bagai the Little Red Riding Hood yang disapa oleh the Big Bad Wolf.

“Tak naklah. Gelap-gelap begini, berdua-dua. Jomlah, hantar saya balik ke hotel.”

“Mana pula berdua, kan ada Zali tu. Ha, ha, ha, awak takut kena tangkap basah dengan saya?” tanya Khaalish. Dalam hatinya berkata, “Kalau dengan dia, apa pun aku sanggup.”

“Ish, jangan buat main-mainlah!” marah Naz.

“Okey-okey, kita dah sampai ni. Jom, satu jambatan saja,” pujuk Khaalish, yakin yang dia hanya perlukan satu jambatan sahaja untuk memikat hati Naz.

Sudahlah jejaka itu belikan tiket kapal terbang, hotel lagi dan tadi, di kedai buku, kerana dia pergi begitu sahaja, buku-buku Naz pun dibayarnya. Inilah yang dikatakan termakan budi….

Akhirnya, Naz turun dari kereta itu dengan teragak-agak. Senyum Khaalish sudah melebar.

“Well?” tanya Naz.


Sungguhlah dia tak tahu apa nak dibuat. Ini adalah AWKWARD MOMENTS, huruf besar lagi. Muka Naz sudah terasa berbahang. Matanya tidak tahu mahu dihalakan ke mana.

   Khaalish berdiri bersandarkan tembok jambatan. Matanya asyik memandang Naz yang gelisah. Hatinya suka sebab gelisah Naz itu tandanya gadis itu berkongsi rasa yang sama dengannya. Jari telunjuk kanannya digerak-gerakkan, memanggil Naz agar menghampirinya. Perlahan-lahan langkah Naz, hatinya masih teragak-agak.

Kemudian sengaja Khaalish berdiam diri, memberikan Naz beberapa minit untuk bersedia. Dia mahukan tumpuan penuh Naz. Dilihatnya mata Naz masih memandang lampu-lampu indah di sekitar jambatan itu. Akhirnya mata mereka bertaut. Terhenti rasanya degup jantung Naz.

Di benak Naz terlintas, “Apa yang dia nak buat?”

Perlahan-perlahan sahaja Khaalish menyanyi, sehinggakan Naz terpaksa mendekatkan telinganya. Bila dia tersedar lagu yang dinyanyikan oleh Khaalish, dagunya jatuh ke lantai!

Ton het kaung kwarm sia jai
Gaw keu kwarm jing tee saung row mai pood gun
Mai koey ja maung tah gun
Dai tae kid lae tum arai
Rai taam taung garn
Doai mai son krai

“Dia hafal lagu ni?” TERKEJUT, semua huruf besar!

Sambil Khaalish menyanyi, Naz teringat terjemahan lagu ini ….

When will we understand? When will we love each other?
If we both don't open our hearts and let love come to meet,
when will we understand?
Can you please break down the wall we have?
Let our hearts have the good and beautiful day.

CAIR! Semua huruf besar!




p/s: nampak sangat saya gilakan lagu ni kan?

74 comments:

  1. hahahaha....

    nape la khaal ni blh jadi super sweet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. super sweet! yaaaa serangan diabetes kembali! he he

      Delete
  2. Tudia aih....khaalish siap hafal lagu tu? TERKEJUT! haha tapi apsal la khaalish ni liat sgt nak solat? Kalo xkena ketuk mmg xlah kan...haila if i jadi naz pun i fikir byk kali gak la nk accept si khaalish ni...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha TERKEJUT, huruf besar! he he. Pasal solat tu nnt dia kena, either chap 25 or 26 gitu

      Delete
    2. Sy hampir kechewa hero tak solat. .. huhu

      Delete
  3. Sweet tp nak lagi sweet ye nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. errkkk, siyes, bakat tulis sweet2 flirty2 saya dah berkarat selepas pms :)

      Delete
  4. Errr.. Haihh sweet terlebih plak ni.. But ai like!
    Tp lelaki ni mmmg la.. Ptt kna lebiih concern apa yg naz suka.. Xsuka.
    Ni dh kkna perli2 pasai tiang agama tu poon.. Xreti2 lg. Cmne naz nak jatuh chennta gila2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha rupanya ada jatuh chenta gila2 ye.... hmm so cam na ye nak buat naz jatuh chenta gila2....tunggu....

      Delete
  5. oh my.....help me please....i'm melted.....khaal memang pandai memikat hati naz. cuma tang solat je yang dia betul2 kena baiki. tang perempuan tu rasanya boleh diampunkan lagi....alahai....kesian naz....dah jatuh cinta. lama lagi tak diaorang nak kahwin? kan senang kalau dah kahwin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke tang pompuan tu boleh diampunkan? wooo statement bahaya ni he he. nak kahwin? 5, 6 bab lagi kut. aiseh Pn Sri pun tak jumpa lagi.... he he

      Delete
    2. He he he......jangan marah ya. Maksud saya, sikap Khaalish pada perempuan masih boleh diperbaiki, terutamanya bila hati dia sudah jatuh pada Naz. Kita boleh nampak kesungguhannya nak berubah. Rasanya dia berubah jadi playboy pun kerana cintanya dihalang, so dia merasakan dengan mejadi playboy adalah cara untuk dia melupakan kesedihannya. Sekarang dia sudah ada Naz menjadi 'kesayangan hamba'nya, jadi automatically jalan hidup yang dia pilih dulu sudah tak praktikal lagi. Tapi bila sentuh bab solat, rasanya agak sukar walaupun tak mustahil.

      Delete
  6. huyyoooooo.....skali dia nyanyi lagu thai la hahahhahhaaha.....Naz, awainye la hang CAIR seme huruf besar jugak....xde huruf kecik dah hahhaha....

    Nina lajunye dia tulih....GANBATTE NE!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ini dalam sejarah tak...lagu thai boleh jadi loh-man-tik? selalunya kalau nak romantic, main paris dan yg sewaktun dengannya...

      he he yg BAB HURUF BESAR tu ha ha ha, funny

      laju ke Stroberi? ini baru half way ni, saya dok garu kepala sebab saya kena tulis 30 bab dalam tempoh sebulan. apa? satu hari satu bab? nak minta cuti sebulan ke..utk siapakan KNK?

      Delete
    2. utk ai n kak Ida n kak Liza wati n misz acu n ramai lagi la peminat karya2 u hahahhahaha

      betul x kengkawan seme!!!!!!!!!!

      Delete
  7. wah...i'm already fall in luv with khaalish x kn naz blum lgi kut???
    n si khaalish nie pown stu laaa....naz dh bgi hint sruh ubah dri tue x fhm2 lg kew???
    klu sy pown x mo my-hubby-to-be perangai cm tue...adush! btw...its sooo....suwit!!!
    i liked it!! <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak brp sedar...tp tak be bab 25 or 26 dia akan kena sound

      Delete
  8. Senyum2, sengih2, gelak2 kenangkan perangai comel, sweet Naz n Khaal..Aah kan, lampi si Khaal ni, takkan la taktau Naz nak lelaki camne..Naz, cpt2 sound Khaal ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha nnt khaal akan kena sound in thefunniest way abt solat tu but not by naz..

      Delete
  9. nk kena maraton sambil dok mslangut tepi jsmbatan kat putrajaya nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sy kata nak gi sana buat research...ambil feel of the place mlm2 hari, sampai skrg tak sempat

      Delete
    2. Sy dh brzaman tk g putrajaya....dlu masa keja kt cyberjaya slalu pegi...

      Delete
    3. Pn Nina, meh arr putrajaya. singgah umah aii.. pastu jum kita melangut sesama dekat jambatan putrajaya tuh. yang mana satu nak? yang tergantung pun ada. ngeee

      Delete
    4. a'ah la Shaf ne tau leyh siapkan Muizzudin adwa ai ngan en. Ir. ai 2 cepat2 kan sambil lepak2 kat putrajaya 2 ne la tau kan hihihihihi

      Delete
    5. Jum..kita pakat melangut dekat jambatan tu. kena hambat dek polis, kita buat muka toya je lah

      Delete
    6. ha ha ha jom buat flash mob kat jambatan tu!!

      Delete
  10. te quiero nina....its a sweet2 things that khaalish did....tho penah merasa the special someone sings to us ...oohh...mmg cair2....melted lebih dr choclair...lebih dr aiskerim nawwal husna kat klcc :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... sy rs sy tak pernah lah ada sesapa nyanyi kat saya sob! sob!

      Delete
    2. Pulak...bih nk sy nyanyikn ker?? En hubby ada kn...mintak die dodoikn nina mlm ni...hihi...sy alami mcm2...surat..than mix song copy dlm casette..sing a song than video of him playing guitar to my fave song...leh wat novel nina ooii

      Delete
    3. wow! mmg leh buat novel but....worked out or not? hmm my inche hubby punya suara yg boleh bankrapkan karaoke he he but hes sweet in his own way...

      Delete
    4. Let me put it this way...kami musuh...than kwn...than sweetheart...musuh blk...now kami kwn blk...ngeh3x

      Delete
    5. next jd sweetheart blk....oh...he's definitely yr destiny..... sweeet!!

      Delete
  11. Replies
    1. hmmmm....ada but lah pulak!! Istikharah tak?

      Delete
    2. if dah beriya2 sampai cam tu zoey maknanye memang ada jodoh la tu... sometimes yg selalu buat kita marah & sakit hati tu lah yg tercipta utk kita...

      Delete
    3. I'm taking my own time..dia sanggup tunggu

      Delete
    4. hmmm...the best thing is istikharah!!

      Delete
  12. tk kn baru nyanyi lagu thai dh leleh naz....hihi sah cinta dihati bukan takat putik jer but kembang mekar di hati u naz...jgn sampai lemah lutut dh lh naz,sat g kena gendung kat khalish wat masuk lam kereta..hehe...sah naz angau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he...adakah kewarasan Naz akan kembali dalam Bab 25????

      Delete
  13. Naz dh CAIR keke,.mne tak CAIR nye klu dh disogokkan ngan sgala mcm jenis benda y Naz suka keke,. pe2 pon nk en3 bru lg keke,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh entry baru....(mata asyik memandang kalendar!)

      Delete
  14. aaiikkss!!! mak long pon nak jadi tok wan eehhh main tunjal2...tunjal skali si khal tu mak long, biar btl jln smbhyg nye...oohh cik naz, timbang-tara blm cun lagi so jgn CAIR-BESAR tapi cair-kecik aje ye...hhmmm ni puan sri & ozzie bila nak enter-frame????

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh the tough zoora is back!! jgn kasi chance!!

      Delete
  15. asal dgn khalish je idea mencurah2 ye naz... bagus tu, nnt dah kawin tiap2 bulan leh kuar novel baru.. hihihi... tapi lau tiap2 thn dpt baby x leh la nak menulis.. HAHAHAHA.. gelak besar punya.

    ReplyDelete
  16. oh myyyyy....dgn sy2 pn tersipu2 haa....terasa mcm diri sndiri plak yg ad dpan khaal dgr lagu tu...ahakssss...naz, kalu awk tk nak tunang teknikal awk tu...pass him to me...im glad to have him....hahaahahaa...what a word....tq nina.....(^_^)

    ReplyDelete
  17. x sabar rasenya nak tunggu n3 yg seterusnye..hehehe...esok maybe??

    ReplyDelete
  18. hahahaha!!!BEST!!! (huruf besar) KELAKAR!!! (huruf besar lagi) SWEET!!! (lagi dan lagi huruf besar!!!) hahaha...serangan diabetes kembali ye kak...hikhik ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. #lagunye p0n best!!! catchy je..x heran le mmg awk sgt minat!!thehehe..layan...=)

      Delete
  19. Cik Nina sayangggggg....

    Sy dah cair, melted dgn Khaalish yg baru ni. Tapi satu aje yg kurang, bak kata Naz. Bilalah lelaki sorang ni nak jadi solatnya. Tu yang jadi ????? apapun mmg dah cair sgt sampai sy nak jatuh ke lantai pulak..heheeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah boleh kah hanya berharap dia akan berubah?

      Delete
  20. Tersengeh2 bace KNK. Alahai Naz, klau sy dah lame hati ni cair dgn Khaal. romantik!
    Tapi tang ade pmpuan lain tu membuat hati ni membara2.
    Naz cool je. Eh Naz betul2 cool ke? Or dlm hati dah membara mcm sy? hehe xsabar nak tunggu bab sterusnya. :D

    ReplyDelete
  21. adoi en khaalish, bila la nk berubah?
    mcm mn kehidupan naz klau khaalish ni x solat?
    x de tokoh nk jd pemimpin..sedih nyer...

    ReplyDelete
  22. Salam Nina

    Wah..meriahnya blog Nina...terhibur juga hati akak bila membaca sesetengah komen tu..giler lawak..weyh..

    Bagi akak..pergh.. E3 yg sungguh ...mencuit berbagai rasa..

    Tertanya tanya juga pada diri sendiri..Is this the end of the relationship between both of them? Kalau lah ini yg berlaku ..tak adanya Naz akan bersusah payah merendahkan ego menerbangkan diri berjumpa jejaka idaman yg telah mengambil tempat dihatinya..

    Melihat dari riak selamba Naz..akak pasti dia telah menerima siKhaalish tu..baik dan buruknya..dan bukan prinsip dirinya untuk mengubah sikap Khaalish untuk mengikut telunjuk dirinya..dia sedar dan faham.. mencari seorg suami diakhir zaman...lagi lagi dengan cara mamat ni dibesarkan oleh familinya ..kalau nak cari stok stok uztaz mmglah tak ngam dengan jiwanya..dan dia bukannya sebaik siti Khatijah maupun sebaik Aishah..dan kalaulah jodohnya ada bersama dengan Khaalish...mereka saling lengkap melengkapi ..sikap dan sifat kekurangan dan kelebihannya..dan dia mengambil pendekatan just follow d flow...where it takes them..

    Bukan senang nak menyekolahkan si CEO ni..kan..diri mamat sengal ni kan hebat giler....You name it..siapa yg tak kenal mamat playboy terhangat in town..kassanova kelas satu tu...apa lagi kebijaksanaan nya yg terselah bila tiap kali mamat ni dapat meraih projek yg bermillion million untuk syarikat gergasi papanya..terpapapr didada akhbar..tetapi apa yg mereka tidak tahu..adalah kekosongan dalam jiwanya..dan Naz tahu Khaalish tandus dan dahagakan kasih sayang dan dalam pencariannya untuk mengisi kekosongan itu..sudah tentu diberkenalan dengan ramai wanita untuk diuji hati mereka untuk mencari keserasian dalam dirinya ..Kalau tidak berkawan mana mungkin dia akan mengetahui diri mereka yang sebenar.... kalau tak serasi just ended it and move on...hidup tak sesusah mana pun..oleh itu tidak salah mamat tu berkawan untuk mencari keserasian dalam dirinya untuk mencari pasangan..tapi perilakunya yg salah..kerana tidak mengambil berat hukum hakam agama..berkenaan relationship dengan yg bukan muhrimnya..

    Mencuit perasaan juga ..part siKhaalish dalam bijaknya ada naifnya kan...bila bual bicara mengenai terkantoi dengan skandalnya...pergh..tekedu sekejap mamat sengal playboy bertaraf buaya tembaga..si Khaalish..

    Naz..yg mengambil pendekatan yg berbeza bila menyentuh soal terkantoi dengan skandalnya... cara selamba tapi penuh hemah..dia menyatakan dia tidak marah dan siap tlg kasi tisu lagi suruh mamat sengal tu lap kesan lipstik dimukanya..pergh..mental torture juga sikhaalish tu bila Naz mengunakan cara psaikologi untuk menempelaknya....makan dalam tu ...weyh...(part ni mmg kelakar giler..sbb mamat tu mmg cuak giler dan takut siNaz reject dia on d spot dan do the vanishing part..lelah pulak nanti dia nak mencari lagi..lelah mencari minah Naz ni dan memujuknya pun satu hal..belum hilang lagi...bala besaq lah kalo benda benda diluar alam ni Naz lakukan..)

    Teruja nak tahu..sambungan part siKhaalish memujuk minah ni..akak rasa minah ni tak cair lagi..dia kan minah cool dah tahu profil mamat sengal tu..saja nak tgk lagi ayat ayat power yg akan dilontarkan pada dirinya dalam sesi mari mengenal mamat playboy ni..ha ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. respons naz kepada girls tu...dalam bab 26!!

      Delete
  23. A lot of thanx 2 akak... video thai yg akak add kt BAB23 amat membuatkn sy teruja... cewah...
    dh lme sbnarnya sy cari drama thai yg mcm nie...
    especially lps tgk drama LOVE CHAIN n MAE EYE SE EARN d tv3...
    mmg mnat sgt2 kt drama thai...
    THARA HIMALAYA best sgt3... Dgn Prince Puwane n Khun Nam yg so sweet...
    And now nk hbskn nonton epsd cnta LOM.. Then FAI n last DIN plak after hbiskn Thara Himalaya...
    Thanx again akak <3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyka, cerita Din tu tak payah tengok lah, boring giler. 3 out of 4 best, ok lah kan. my 2 top favourite Thai lakorns are Jam Loy Ruk and Sawan Biang, best giler but ada 18sx, beware. Jam loy Ruk the same actor yg acted Prince Puwane is the hero again. These 2 lakorns you can find in the same youtube channel, wishboniko, enjoyz

      Delete
    2. For me mesti lh lead kattiya...oam and tik...than there's this buang ruk kamathep pn best...if movie ada A little thing called love...hihihi...i'm a movie junkie

      Delete
    3. tak tengok lead kattiya, ending dia sedih kan... oh that movie, a lil thing called love is the sweetest!

      Delete
    4. Yup sedih tp mmg dh xpect ending camtu redha je lh dh mmg follow kn takkan nk miss ending plak...movie ni this year ada sambungan tau check it out...huhuhu

      Delete
  24. ok3... nmpk mcm borink jgk ksah khun din 2...
    hehe.... muchos gracias laa akak... nnty sy cri crita yg akak ckp 2...
    sblm nie ad jgk drama thai yg story dye berkisar tntg ank mjikan yg tertukar dgn ank maid dye sndri... nk cri but xtau tjuk... so hopeless... cte 2 pernah main kt tv3 wk2 ptg2... dh lme dh... hurm... ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. google lyn lakorn, sy tak ingat urlnya. kat web site ni ada senarai drama2 Thai yg sudah di terjemahkan kepada English (eng sub). Thara Himalaya bestkan? Terining nak ke Pakchong, tempat derang shooting :)

      Delete
    2. haha.... teramatlah best... excited sgt nengoknye...
      dgn heronye yg handsome... Prince Puwane aka Pupen... hehe...
      k thanx again sis... will do... =)

      Delete
  25. WOWWWWWWW!!! NINA...BEST AH (SEMUA HURUF BESAR).
    NO WORDS TO COMMENT!



    ReplyDelete