Monday 12 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 22


Ha ha! Yg selalu singgah di sini mesti terkejut, amboi hari-hari blog ni ada entry baru! Deadline KNK ini, end of December ok, maka saya pun taip laju2.  Bila nak berhenti update di sini? Maybe 4 atau 5 bab lagi kut :) FYI, entry kali ni 6 ms ( cakap awal2 sebelum ada yg komplen pendek, ha ha I know u so well!) Enjoyz!

Bab 22

Lama juga rupanya dia membeli-belah. Rasanya semua hendak diangkut ke Luang Prabang, syampu, perapi, losyen segala macam losyen, pencuci muka dan tuala wanita. Dapatlah stok 2, 3 bulan. Bukan tidak ada barang-barang ini di Luang Prabang. Ada, cuma jenama yang Naz gemar susah nak jumpa.

Penuh ruang letak barang dalam kereta Khaalish. Semasa mengisi barang-barang ke dalam kereta, berputar juga kepala Naz berfikir bagaimana hendak sorokkan beg-beg plastik berisi tuala wanita dari Khaalish. Nasiblah! Kalau dia tidak matang tentang hal remeh temeh sebegini, maknanya dia bukanlah calon suami yang baik.

Dari gedung harian ke restoran yang dipilih pula trafik sangat sesak. Naz yang sudah terbiasa dengan jalan raya Luang Prabang yang langsung tiada kesesakan lalu lintas terasa rimas sekali. Dia memang tidak biasa dengan Kuala Lumpur. Semasa sekolah menengah dia bersekolah asrama penuh di selatan tanah air. Selepas itu sambung pengajian di USM. Selok belok KL bukannya dia pandai, cuma tahu ke Pasar Seni kerana ada kedai buku terpakai  dan ke KLCC kerana ada kedai buku terbesar.

Hampir pukul satu tengahari barulah mereka tiba di Restoran Rebung, sebuah restoran milik tukang masak terkenal Chef Ismail. Naz dibawa ke sebuah bilik berdinding kaca. Khaalish sudah menelefon tadi yag dia akan terlewat sedikit. Sambil menunggu Khaalish matanya menerawang melihat gambar-gambar yang digantung di dinding bilik tersebut. Terdapat gambar-gambar Chef  Ismail dan rakan kongsinya Angkasawan Negara, Dato’ Sheikh Muzaffar.

Sedang Naz ralit melihat gambar-gambar di dinding, Khaalish yang sudah tiba pula ralit memandang wajah Naz dari sebalik dinding kaca. Sekali lagi bertanya dia, kenapa gadis sederhana ini yang melekat di hatinya? Kerana dia baik? Dia pintar? Dia kuat? Entah apa jawapannya tapi setiap kali bersama gadis ini bahagia yang dia rasa memang luar biasa.

Naz yang sejak tadi ralit menelek satu demi satu gambar di dinding terasa seperti sedang diperhatikan orang. Toleh ke dinding kaca, ternampak Zaim Khaalish berdiri di sebalik dinding kaca dengan kedua belah tangan di dalam poket seluar jeans, tidak berkelip mata merenungnya.


“Apahal yang posing macam model tu? Tahulah awak tu handsome,” gerutu Naz, cuba menutup debar di hati.

Kenapalah di KL ini jantungnya berdegup lain macam? Pintu kaca ditolak Khaalish. Naz yang tidak berkelip-kelip mata memandang jejaka itu, perasan yang rambutnya sedikit basah, bagai orang baru lepas mandi. Oooh, lagi laju degup jantungnya.

“There’s something wrong with you, Naz. Rambut basah pun buat jantung kau macam nak meletup. You are too much, girl,” teguran supaya sedar diri.

Si jejaka yang sedar dirinya sedang ditenung tersenyum lebar.

Laju sahaja amaran diberikan si dara, “No grinning!”

Ini kes terkantoi pagi tadilah! Khaalish mengangguk-angguk, kemudian tangannya  menyapu bibir yang tersenyum dan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Simpan senyuman dalam kocek konon. Yang tinggal hanyalah wajah yang serius tanpa senyuman. Melihat telatah Khaalish, Naz sudah tidak tahan, tertawa terbahak-bahak. Khaalish pun ikut sama ketawa.

“Awak tengok tak filem ‘Men in Black’?” Naz bertanya, Khaalish mengangguk.

“Kan ejen-ejen tu ada mesin yang boleh buat orang lupa yang derang pernah tengok alien? Kalaulah saya ada mesin tu, saya gunakan kat awak.”

“Oh, sebab saya ternampak alien pagi tadi ye?” Khaalish sudah mula mengusik.

“Eeee, awak ni! Teruknya panggil saya alien. Sedihnya…” malu Naz sudah berganda.

“Eh, itu awakkah? Saya tak camlah, sebab seksi sangat, dengan rambut macam rock star, suara husky-husky gitu,” tak puas lagi Khaalish mengusik.

“Awak! Rambut jangan sebutlah. Dahlah berdosa saya tunjuk aurat dengan awak,” muka Naz sudah membahang.

“Kalau berdosa, jomlah halalkan hubungan kita,” tiada tawa, tiada sengih, cuma renungan mata yang dalam.

Terdiam Naz! Khaalish masih lagi merenungnya, bagai sedang menunggu jawapan.

“Sudah! Fikir, Naz, cepat fikir, apa nak jawab,” terkial-kial Naz memerah otak.

Akhirnya, “Is that a proposal, Encik Zaim Khaalish?”

“Yup, it sure is.”

“Orang tua-tua kata kalau nak melamar, pastikan gadis yang dilamar itu perutnya dah kenyang. Apa pepatahnya? Gendang gendut, tali kecapi, kenyang perut, let’s get married.”

Terbahak-bahak Khaalish ketawa mendengar pepatah yang sudah dicemari Naz.

Di hujung tawanya, dia berkata, “Okey, ini balasan saya. Gendang gendut, tali padi, kenyang perut, jumpa kadhi.”

Gulp! Bibir cuba tersenyum, hati bergetar Tuhan sahaja yang tahu.

Dalam bergendang gendut itu, entah berapa pinggan, Naz belasah. Nasi, bermacam-macam nasi, bermacam-macam lauk. Laksa, mee, bermacam-macam mee. Kuih muih, bingka, pengat. Memang betul-betul balas dendam, sebab pulang hari itu dengan Reham pun bukan sempat makan puas-puas. Kan dia sibuk nak lari dari Khaalish! Sekarang ini pula susah payah naik kapal terbang datang berjumpa. Malas Naz hendak fikir banyak-banyak. Yang penting, nikmati makanan yang entah bila lagi dapat dia merasa.

Ralit Khaalish melihat Naz makan. Sungguh, dia tidak pernah melihat perempuan makan sebegini banyak.

“Sedapnya….,” puji Naz sambil memejamkan mata, “Makanan Melayu yang kita biasa jumpa, tapi di sini rasanya luar biasa. Pandainya tukang masak ni,” puji Naz dengan penuh perasaan, Khaalish yang memandang sudah terpesona dengan sikap Naz yang comel.

“Awak pandai masak?” tanya si kacak.

“Tak,” jawapan terus terang, “Awak?” ini pula soalan menyerang.

“Pun tak,” jawapan diiringi sengih.

“Di US, awak makan apa?”

“Salad.”

“Di Luang Prabang pun asyik makan salad, no wonder awak dah kurus.”

“Ha, ha, dulu saya montelkan?” selamba Naz mengutuk diri sendiri.

“Montel dan comel,” jawab Khaalish, dibalas Naz dengan mata menjuling ke langit.

“Sedap buat bantal peluk,” si kaki mengusik sudah mula, tersedak-sedak Naz dibuatnya. Cepat-cepat Khaalish menghulurkan air.

“Zali kata awak pergi shopping tadi. Beli apa?”

Teragak seketika Naz sebelum menjawab, “Syampu, losyen, benda-benda gitu.”

“Kesiannya awak, susah dapat benda-benda tu di sana? Lain kali saya datang, awak cakap saja apa yang awak perlukan.”

“Khaalish, I’ve been thinking…. Kesian awak asyik datang ke Luang Prabang…”

Cepat-cepat ayat Naz dipotong, “Kalau kesian, kahwin dengan saya, pindah ke KL.”

Kali ini terdiam Naz. Kalau sekali diajak kahwin, bolehlah dibalas dengan jenaka. Kalau sudah dua kali….

“Naz, saya janji apa yang berlaku empat tahun dulu….”

“Khaalish, tak ada kaitan dengan apa yang berlaku empat tahun dulu…”
“Habis apa? What’s stopping you from accepting me?”

“Khaalish, kita ni betul-betul kenal ke? Keputusan nak kahwin ni bukan boleh buat main-main.”

“Naz, tentang awak, tentang kita, saya tidak pernah main-main, tidak pernah.”

Mata dilarikan ke mangkuk pengat. Mana kuat untuk bertentangan mata dengan Zaim Khaalish bila wajahnya tulus begitu. Boleh cair hati dibuatnya. Silap-silap menonong sahaja ikut ke pejabat kadhi. Otak sudah malfunction!

“Untuk orang lelaki, agaknya senang nak buat keputusan. Kami, orang perempuan ni, kena fikir dalam-dalam,” balas Naz dengan suara yang perlahan, belum penuh kekuatan.

“Okey, fair enough. Saya nak awak tahu saya sangat serius tentang hal ini. Saya akan tunggu sehingga awak habis fikir,” kata Khaalish, bagai berikrar.

“Great! The ball is in your court, Naz. Masanya untuk beristikharah….”

59 comments:

  1. Tq for uploading new n3 evry day...makin lama x sabar nak tgk couple ni kawin

    ReplyDelete
  2. ha ha sorrylah derang nak nikah ada cabarannya :) tq for reading fara!

    ReplyDelete
  3. thk u babe!!!! love u much!!!!! after d power failure havoc ystrdy, mcm chipsmore hahahahaha....nanti bace nak gi mengadap bos2 dulu...hahahah dah jeling2 manja gitu tau i punya hobby muah,muah,muah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada power failure kat sana? sorry dear...it wasnt due to a thunderstorm was it? ngadap bos2? dey, tk cuti ke?

      Delete
    2. ooohhh mmg suweeeettttt abis...si khal mmg dah tsungkur abis eehh??? oh naz, how will she digest all these advances dat leads to 'd decision later'???!!! huhuhuhu swak&sbh tak de cuti deepavali la babe so apa2 snagkutpaut wth tanah melaya tak dpt beres! failure was at engkilili-mambong statn on d way out to sibu & above areas, tak pasti d reason tapi havoc la with load-shedding every few hrs, traffic lite pon mcm chipsmore, but to all tenaga2 yg dikerah dari mlm sun lagi THANK U!!!!!nxt n3 babe hahahaha

      Delete
    3. what? deepavali tak cuti? seh, kesian org india kat sana...unsangkarable. babe, the decision is coming lerr

      Delete
  4. .... konon nak check status charging...tp TERcheck status lain....hehe. Nanti I baca ler.... dah kena summon g breakfast. ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. har de har har, nak check status charging la kunun he he, me the same here! waah! breakfast pun main summoning...bunyi cam royalty jer! he he

      Delete
  5. Lalalala..... Khaalish dah proposed..... Lalalala....

    ReplyDelete
  6. Ahaa brand pads kuar hihihi....ohhhh if only ada that special someone yg propose kt sy camtu..i'll be the happiest person alive...my status check for today "available and searching":p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy doakan moga cepat2 ada org yg propose cenggitu k, aminnn!

      Delete
  7. ahahahha...nak follow khal p jumpa tok ki ke naz oiii...muhahhahaha....

    nani....nak cakap jugakkkkk.....pendeknyeeee...hahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana pendek dear, 6pgs tu kira sederhana tu. 4pgs and below ha tu pendek...dear, lambat lg derang ke tok kadhi :)

      Delete
    2. huk aloh la...lambat agi nak p jumpa tok kadi rupanya huhuhu....

      Delete
  8. terkedu naz bila dilamar khaalish ya....takpe, istikharah dulu minta petunjuk. but khaalish is sooo cool....memang naz dah jatuh berkali2 tu kan, cuma takut nak mengaku. what a sweet moment....rasa cam tgh kunyah choclairs je...manis2 keras, pastu manis2 cair....ohhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo i love choclairs... sib baik skrg bukan musim gila chocs!

      Delete
  9. wow... x tau nak ckp apa, coz hati non stop buat lagu rock... teruja sesangat. khalish yg romantik + naz yg selamba = happily ever after..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo klu feeling kuar lagu rock eh?

      Delete
    2. Sy feeling kuar lagu celine deon hihihi...pg td cantek punya komen tp tenet biol...tk lps...bowink tol bband ni

      Delete
  10. sedapnya pantun org bercinta tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pantun bkn pepatah, tsk tsk tsk teruk BM i ni

      Delete
  11. haduiiii...melting tol dgn khaalish ni...nk pakwe cam khaal gak...heeeee....looks like naz pn da ikut sama mencair...tp msih nk cover cool...tkper2..take it as slow as steady u can babe...ahaksssss.....

    ReplyDelete
  12. alaaaaa tak cukuuuuuuuuuuup. kami kat sini mmg dah angau habis.

    jangan cepat sgt pi jumpa tok kadi. nak baca lagi taktik2 memikat/menggoda si khalish.

    ReplyDelete
  13. Is it really 6 pages ha? Mcm 3 pages je...tp memg tekejut lah n3 laju2 ,tq nina

    ReplyDelete
  14. siyes..mmg terkejut mcm kena letrik..hahhahaha...terbaekkkkkkk!

    ReplyDelete
  15. waahhhhhh......dah terfeeling sekali.... ^_^ best2!!! spjg bace KNK ni smpai terbawak2 alam realiti..thehehe...ble ade mse free teringat nk ambil buku KNK nk smbung bace sblom tdo, tp bru teringat sy bce kt blog jerk... (nmpak x permainan d situ!!?? permainan nk mntak nvel KNK d cetak n d pasarkan secepat mungkin!!ehehh =P )

    ReplyDelete
    Replies
    1. k, k, akan taip selaju mungkin...ni yg kena stay anonimes, klu bos tahu kuar novel selepas 6 bln, sah dia tuduh saya menaip waktu ofis kan he he

      Delete
    2. hahahaha....jgn kantoi sudeyhhh..... (>_^)V

      Delete
  16. naz jgn accept lu,buli sampai puas tp jgn sampai khalish yg duk buli naz dh lh....still tk leh nk puas lh dek nina u kn leh wat akak yg meroyan n meraban duk tunggu n3 u tiap saat n detik...tiap kali nye nk baca amat teruja n menguja kn.alahai u r so great lh dek wat emosi romantik leh leleh wo...hehehe terbit lh wat novel dek pasti kebabom nyer lah......pape pun puas ati lah dek tunggu n3 u,makin memgancam hehe.

    ReplyDelete
  17. When the dealine is December (provided you managed to get it done).. Does this mean that kau sempurnakan aku will be in our hands in 1st quarter of 2013?

    Woahhhhh!! Sabarrrrrrrr jer lah.

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak publish bulan 2 2013, kunun. seh bila time i nak taip ni, 3 wikens in a row out stn. boleh ke drive keter sambil menaip dgn jari kaki ala2 Mr Bean? he he
      u pun kata provided i get it done, meaning u pun tak confident i can do it har de har har. skrg baru 170 pgs, i target 400 to 450 pages. more than this kasi readers nyampah je bila baca ha ha ha

      Delete
    2. If only there is a way for me to help...u juz name it..ok...

      Delete
    3. That wasn't about tak confident. I was merely telling myself to expect the unexpected. LOL!

      I know how it feels to be super busy.. I'm a working wife, mom and a student. Time is way too limited to do many things at one go :)

      The best of luck to you, dear Nina!! And to us all, the readers ;p

      Delete
    4. he he, agaknya, i yg tak confident Rhyz! i know very well abt wearing any hats at the same time. but writing is a stress reliever for me. thanks for yr support, i really need it

      Delete
    5. zoey, tq! will keep it in mind :)

      Delete
  18. salam nina,

    wah!!! idea nina tengah mencurah2 mcm naz ya.

    naz...bila jantung berdebar tu tanda dah jatuh cinta lah.

    bila baca bab naz borong pad tu..teringat pulak my cuzin juga penah borong pad bawak balik perth. banyak siot dia beli. hehe.


    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bila kita selesa dgn satu2 brand tu kan, syampu, shower gel suma cam tu.
      idea ada, cuma tak de masa nak taip. worried jg klu terlupa. dulu dgn pms dlm keter taip nota kat galaxy note, then bila ada masa taip in full, skrg ni nak taip nota pun tak sempat :)

      Delete
  19. Hari nih punya tak upload lg yer.... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ingatkan bab 22 ni entry 13hb, rupanya entry 12hb. hmmm, camna tu?

      Delete
  20. Salam Nina..

    pergh.. E3 yg mencuit perasaan kita..

    Dua hati yg bertemu dan berdegup dengan kelajuan yg sama ... pertemuan yg tiada lagi kata kata sinis dan menyakitkan hati ..semasa diawal pertemuan mereka..

    Kini pertemuan kali yang kedua diKL selepas malam melabuhkan tirainya..Lunch yg diatur oleh Khaalish untuk mereka berdua menikmati bersama...yg amat santai ..saling faham akan kehendak hati ..terasa kemesraan mereka..bergurau senda dan Khaalish sudah pandai mengayat dan menyakat Naz dengan cara sempoi dan selamba rocknya..agar gadis pujaan hati tidak tersipu malu bersamanya ....bila teringat kejadian yg Naz terkantoi pagi tadi..

    Khaalish maupun Naz .. tidak perlu mengawal protokol cara adab makan..bantai saja apa nak makan dan lontarkan sahaja suara bila hendak bercakap ...

    Teruja nak tahu..kemana mereka menghabiskan sisa sisa waktu sebelum malam berlabuh ..kemana Khaalish membawa Naz sehingga minah tu boleh berjalan dicloud 9.

    Adakah Naz melihat Khaalish usai selepas sembahyang istikharahnya ...adakah jawapannya "I do" pada proposed Khaalish sebelum dia menaiki plane ke Luang Prabang... dan bagaimana pula penerimaan Khaalish akan jawapan Naz yg diluar jangkaan nya..dan bagaimana pula khaalish mengkhabarkan pada bondanya akan tindakannya yg akan mengahwini tunang "decoy" bondanya ...dalam masa yg terdekat itu..kerana takut Naz minah sengal itu akan berubah hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaaaaa.....
      jwpn kpd last paragraph: in Chap 23.
      yg psl bonda Khaal, 2,3 chap lagi kita akan bertemu dia.....

      Delete
  21. Yay yay nina mmg produktif, inovatif dan kreatif...sy suka! Sy suka! Adakah novel akan kuar tahun ni jugak? Wahhh kalo betol, really can't wait but i must wait....hehe


    ReplyDelete
    Replies
    1. uish, kalau kuar thn ni pancit lah sy. thn depan, insyaAllah!

      Delete
  22. Kak nina, best2 entry ni. xsabar nak tunggu KNK dibukukan.
    *Waiting*

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga Allah beri saya kesihatan dan tenaga utk siapkan manuskripnya :)

      Delete
  23. You're in my doa, insyaAllah :)

    Not forgetting the imaginary Pom Pom flying high in the air chanting 'go Nina! Go Nina!' hahahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM, dear, am so lucky to have many who support me, *glowing with positive vibe* he he

      Delete
  24. Hai Cik Nina,

    Apa sudah jadi, within one day saja sudah 2 kali lamaran Khaalish pada Naz. Nampaknya Khaaalish kita tak kenal putus asa, go for it!

    December?? so soon, xpe asalkan boleh siap. Sentiasa mendoakan awak. Luv you girls..

    ReplyDelete