Saturday 10 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 19 (siap)


What a  challenging week it has been! No matter what, hidup diteruskan, begitu juga KNK. Would you believe it...penangan peristiwa minggu ini, sy hampir nak berhenti shj menulis KNK (ini bukan kempen merayu simpati ye, just being honest). Tapi semangat hidup mesti dikumpulkan semula, so bak kata propaganda kerajaan British semasa Perang Dunia Ke2: Keep calm and carry on!

Bab 19


“Naz!!” sergah Reham, walaupun hanya berhubung melalui Skype, dengan desibel suara yang tinggi itu, boleh pekak juga dibuatnya.

            “Ya!! Assalamualaikum, my dear….,” perli Naz dengan nada suara yang terlebih lembut.

“Alaikumsalam, habibti…..” meleret-leret Reham memberikan salam, membalas perli rakannya.

“Hmmm….”

“Apa?!” tanya Reham kehairanan.

“Muka tu……”

“Lebih cantik dari selalu?” pertanyaan Reham kali ini diiringi dengan kerdipan mata yang gedik.

“Dream on! That face! Spill!” arah Naz.

“Spill what?” Reham pura-pura bingung.

“Sudahlah, Reham, apa berita yang awak nak kongsi? Cepatlah bagi tau! Saja nak buat orang suspense,” Naz pura-pura buat muka marah.

“Okey, nak berita baik dulu ke, atau berita buruk dulu?” Reham menghulurkan umpan.

“Berita baik…Hamza ajak awak kawin bulan depan. Berita buruk…awak akan jadi bini nombor dua,” selamba Naz membuat kenyataan yang kejam.

“Naz! How could you!!”

Mengekek-ngekek Naz ketawa hingga terhinggut-hinggut bahu.

“Naz, seriuslah! Okey, sebab awak kenakan saya, saya nak bagi tahu berita buruk dulu….”

Jeda….sekali lagi hendak menyiksa batin Naz, tetapi kali ini Naz tutup mulut dan menjeling ke langit.

“Khaalish tak dapat datang hujung minggu ini!” dengan satu nafas, Reham tidak sabar-sabar menyampaikan berita buruk itu kepada Naz.

Reaksi pertama, Naz terkejut. Reaksi kedua, pura-pura selamba, bimbang diusik sakan oleh Reham. Reaksi ketiga, hairan, bagaimana Reham boleh tahu. Reaksi keempat, tidak percaya, ini mesti Reham auta!

“Yelah tu, terima kasihlah tolong beritahu berita ini kepada saya,” kering sahaja respon Naz.

“Naz, betul ni, saya tak tipu,” beria-ia Reham meyakinkan Naz.

“Yelah, saya tak kata awak tipu pun. Dah dia tak boleh datang, nak buat macam mana,” di mulut sahaja, di hati berharap juga yang Reham hanya bercanda.

“Okey, sedia untuk berita baik pula?” tanya Reham.

“Berita baik, bila-bila pun saya bersedia,” jawapan dengan nada yang macho.

“Yakah bersedia ni?” duga si Reham.

Respon Naz hanya jungkitan keningnya.

“Khaalish……belikan……,” lambat-lambat Reham sebut, kemudian laju-laju dia menjerit, “tiket kapal terbang untuk awak dating dengan dia di KL!”

Terkejut. Besar!

Namun dalam 1 nanosaat, muka kering Naz sudah kembali.

“Ha. Ha. Ha. Sangat lucu, Cik Reham,” komen Naz dengan nada tidak percaya.

“Baiklah, saya emailkan tiketnya sekarang. Sedih tau saya bila kawan yang paling rapat dalam hidup saya asyik tuduh saya menipu,” awek Arab itu sudah merajuk.

Muka tetap kering, tetapi laju sekali jari-jarinya membuka kotak email. Emel dari Reham dibuka dan nah! Memang betul ada e-tiket pergi balik Luang Prabang-Bangkok-KL di atas namanya.

“Reham.”

Giliran awek Arab itu pula untuk menjungkitkan kening.

“Maaf.”

“No problem,” sekelip mata hilang aura merajuk Reham, wajahnya sudah kelihatan teruja, “romantiknya boy friend awak, Naz. Eeee, kalaulah Hamza belikan saya tiket kapal terbang ke Melbourne, esok juga saya terbang ke sana.”

“Reham! Nombor satu, dia bukan boy friend saya, okey? Nombor dua, saya tak nak ke KL! Nombor tiga, kenapa pula dia emelkan tiket tu kepada awak?”

“Nombor tiga, sebab awak tak kasi alamat emel awak kepada dia! Awak jangan nak tukar topik, Naz. Balik kepada nombor satu dan nombor dua, saya nak tanya dari duluuuuuu lagi! Orang Malaysia ni kalau bercinta begini ke?” bebel Reham.

“Begini bagaimana?”

“Mahu tapi jual mahal!”

“Reham! Siapa kata saya mahukan dia?”

“Sayalah. Awak fikir awak boleh tipu saya? Saya tak kisah kalau awak nak tipu saya. But be kind to yourself, stop lying to your self.”

Terdiam Naz jadinya.

“…be kind to yourself, stop lying to your self,” berulang-ulang ayat itu bermain di dalam mindanya.

Dengan nada yang perlahan, Naz menjawab, “Reham, bila dia sering datang, tunjukkan sikapnya yang prihatin begitu, saya mengaku hati saya terdetik juga nak …… nak dia selalu dalam hidup saya. Tapi…. dengan apa yang pernah berlaku antara kami, saya rasa biarlah kami hanya jadi kawan. So you see, I am being kind to myself.”

“Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalau pun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh redha dengan ketentuan Tuhan. Ini kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, awak yang takut hendak buka,” panjang Rehan bersyarah.

“Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan….dan…..gagal….. saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”

“That’s a load of crap! Why are you filling your mind with this crap!” Hah! Terkejut Naz mendengar bahasa kasar yang digunakan Reham. Kan dah hilang bahasa-bahasa puitis awek sastera itu.

“Reham! Mind your language!”

“Ah! Jangan nak berleter dengan saya pula, sekarang giliran saya untuk berleter. Ini saya nak basuh otak awak habis-habisan. Nazrahani Idora Nazari, awak seorang wanita yang paling kuat yang saya pernah jumpa. Maka saya pasti walau apa pun yang akan awak hadapi, bukan saja awak akan okey tetapi awak akan jadi lebih kuat dari sebelumnya.”

Belum sempat Naz menjawab, Reham menyambung syarahannya, “Jangan kata apa yang saya kata ini salah! Saya lebih kenal awak dari awak kenal diri awak sendiri… sebab awak suka menipu diri sendiri. Saya pula menilai awak dengan jujur.”

“Okey, sekarang awak boleh cakap,” arah awek Arab itu.

“Okey, saya akan ke KL!!” laju sahaja Naz membalas. Entah hanya kerana hendak tutup mulut Reham yang macam bertih jagung itu, atau kerana dia sebenarnya memang rindu hendak berjumpa si dia.

“Hah! Jadi berterus terang macam orang Arab kan senang! Letih betul saya hendak melayan wanita Melayu yang tak tahu apa yang dia mahu atau menafikan apa yang dia mahu,” sambung pula lagi leteran si Reham.

“Reham! Khalas! Tak dengar ke saya dah kata saya akan pergi?”

“Humph. Sementelah awak sedang jujur dengan diri awak sendiri mengenai Khaalish tu, nanti di KL, kalau dia ajak awak kahwin, jawab ‘ya’ tahu!”

“Reham!!!”

Teman baiknya di sana ketawa terbahak-bahak.

“Kalau awak kahwin di KL, saya akan terbang dari Seattle dan Hamza akan terbang dari Melbourne, bolehlah kami melepas rindu,” awek Arab itu sudah jiwang.

“I should have known that you have a prawn behind the rock,” balas Naz sambil menjuling ke langit.

Usai berbual dengan Reham, Naz terbaring di atas katilnya melayan perasaan. Sudah tidak boleh hendak ubah fikiran lagi sebab sebaik sahaja habis berbual dengannya, Reham sudah memberitahu Khaalish yang Naz akan ke KL pada hari Jumaat yang akan datang. Sebentar tadi, telefon pintarnya berdenting-denting menandakan ada emel masuk. Emel dari Khaalish yang dipanjangkan oleh Reham.

Email dari Khaalish: “Great! Tell her I’ll be waiting at the airport. I owe you one!”

“Apa yang Reham kata? Aku wanita Melayu yang tak tahu apa yang dia mahu atau menafikan apa yang dia mahu? Aku mahukan Khaalish? Entah! Tertarik dengan dia? Ya. Hanya perempuan buta sahaja yang tidak akan tertarik dengan lelaki sekacak dia. Hanya perempuan yang buta hati sahaja yang tidak tertarik dengan sikap prihatinnya. Mahu bersama dengan dia selama-lamanya? Tak pasti. Happy dengannya? Ya. Takut dengan apa yang berlaku empat tahun lalu? Ya. So?”

“Pergi berjumpa dengan dia di KL…. Apa maknanya? Aku terima dia? Nope! Mahu belajar terima dia? May be… Mahu lihat jika kami mungkin ada masa depan bersama? Okay, let’s settle it at that…pergi dan lihat….”

“Pergi dan lihat…..” bisik Naz perlahan sambil tangannya memasang lagu kegemarannya di komputer riba.

Bila berkumandang lagu  Hai Rak Dern Tang Ma Jer Gan, sebuah lagu Thai yang popular,  kenangan Naz membawa dia ke kafe kegemarannya di tebing Sg Mekong. Sambil menaip manuskrip novelnya, dia akan memasang lagu-lagu kegemarannya termasuklah beberapa buah lagu Thai.

Tiba-tiba, terbit komen dari mulut Khaalish, “Oh, liriknya sesuai dengan kita.”

“Hah?”

“Lirik lagu ini sesuai dengan kita,” ulang Khaalish perlahan-lahan, bagai bercakap dengan anak kecil.

“Lagu apa?” Tanya Naz yang masih blur.

“Lagu yang awak dengar inilah,” terang Khaalsih sambil menghulurkan telefon pintarnya.

Dijenguk Naz, rupanya Khaalish sudah terjumpa terjemahan lirik lagu Hai Rak Dern Tang Ma Jer Gan di internet. Perlahan-lahan Khaalish membacakan terjemahan itu.

The cause of sorrow...
is the fact that we've not talked to each other.
We've never looked into each other's eyes.
We just think and do anything as we want without caring about anyone.

The cause of tears has never been cured by understanding.
It's because of ignorance.
We've never looked deeply into each other's mind.
We just bear it and have never asked what is wrong.

When will we understand? When will we love each other?
If we both don't open our hearts and let love come to meet,
when will we understand.
Can you please break down the wall we have?
Let our hearts have the good and beautiful day.

If we talked to each other, it would not make us cry...
and it would not be like this.
We would have good days for each other.
I want it to be like that.
Can we do it for each other?

When will we understand? When will we love each other?
If we both don't open our hearts and let love come to meet,
when will we understand?
Can you please break down the wall we have?
Let our hearts have the good and beautiful day.

I want to forget the old memories.
I want to make us understand each other just once.


When will we understand? When will we love each other?
If we both don't open our hearts and let love come to meet,
when will we understand.
Can you please break down the wall we have?
Let our hearts have the good and beautiful day.
Hai Rak Dern Tang Ma Jer Gan (Let Love Meet)

Sebaik sahaja habis Khaalish membacakan terjemahan lirik itu, wajah Naz direnung lama, mulutnya bertanya, “Can we?”

Mata dipejam, nafas ditarik dalam-dalam, teringat Naz reaksinya bila Khaalish bertanyakan soalan itu. Bagai habis oksigen dalam dadanya, akhirnya dia hanya terlongo tanpa jawapan.

E-tiket yang tertera di dada computer ribanya direnung, mulutnya pula bertanya, “Can we?”


Thara Himalaya (ttg si kembar bongsu, jatuh cinta dgn putra raja. Warning: ada aksi 18SX)





Duangjai Akkhanee (cinta antara 2 keluarga yg bermusuhan) 





Wayupak Montra (cinta antara novelist/spiritualist dgn si playboy - sikembar terakhir yang bertemu jodoh, my second favourite after Thara Himalaya. Warning: ada unsur tahyul & arak)


Ketiga2 drama ini adalah mengenai kisah cinta si kembar 4, satu lagi dramanya boring, saya tak tempekkan di sini. 


17 comments:

  1. Replies
    1. oh sy sdg taip laju2 ni...bab 20 is going to be fun coz derang dating di KL :)

      Delete
  2. yeay... ada updates.... best.... loving it.... & i love the thai song even more - the lyrics is so relevant to the story... best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa lega ada yg suka lagu Thai tu...lagunya mmg sedapkan...lyricsnya kena :) TQVM AA for yr support all this time :)

      Delete
  3. TQVm Dear, hope Chap 20 is gonna be entertaining, fingers crossed :)

    ReplyDelete
  4. Salam Nina.

    Firstly...jangan stop tulis citer ni ya Nina.

    2nd....congrats coz u've completed chapter 19.
    (nak bagi nina semangat nih!!!!)

    3rd...x sabor tunggu Naz date dgn Khaal.

    4th...suka dgn kata2 Reham - Hah! Jadi berterus terang macam orang Arab kan senang! Letih betul saya hendak melayan wanita Melayu yang tak tahu apa yang dia mahu atau menafikan apa yang dia mahu,”.

    Terbaekkk ahh!!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. zue, tqvm for yr support. biasalah hidupkan, kekadang up kekadang down. sy pun sayang dgn Naz & Khaalish, their story deserve to be told, my humble opinion lah.

      kata2 Reham tu, ingatan utk saya juga, bkn ttg cinta, tp lebih kpd cita...mengingatkan diri saya utk kejar cita2 sy sebab kdg2 sy kurang bersungguh

      sdg tulis chap 20 ni, Naz dah sampai kat airport, sdg bedebar2 jumpa ZK yg mcm model majalah GQ he he

      Delete
  5. Nina....Reham is correct. Naz kena be kind to herself...give chance to herself. Oohhhhh.....awak buat saya melayang ke langit ke2 dgn lagu super romantik tuh. thanks for the great story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo Zalida, sib baik awak suka lagu tu sbb dlm bab 20, muncul lagi lagu tu dan kalau readers tak boleh connect dgn lagu tu, tak kuatlah jln citer bab 20 tu ....wink wink. tp sy pun layan abis lagu tu, pelikkan tak faham kata2nya tapi lagunya ttp menyentuh jiwa

      Delete
  6. Hi Nina,

    Terbaik lah entry ni!

    Lagu ni memang kena with their situation.
    Both of them need to communicate with each other and talk heart to heart about their past especially Naz so that they can move on to their next level in their relationship..Naz tu jangan asyik nak mengamuk jer ngan khalish ok.. ikut ja nasihat Reham and say YES when khalish proposed.

    By the way keep writing Nina. Don't give up! We will always support you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM for yr support. Ok, just say yes! he he. Kita tengok ye....jeng jeng jeng. Again sib baik you think the song is suitable. Sy suka betul dgn lagu ni, tak jemu2 bila dengar. Tapi bimbang jg nnt kang syok sendiri sj masukkan lagu ni dalam buku. so, moving to the next level :)

      Delete
  7. pergh..

    At last and yeah...we can see the walls that Naz built for Khaalish ... trumbling down!!

    Part yg akak suka dan sungguh sempoi '...yg pada pandangan akak ...yg membuat tembuk great walls yg Naz bina trumbling down bila secara spontan Khaalish google ..membacakan lyrics lagu tu dengan
    syahdu dan ended up with persoalan..Can We ?

    Soalan yg mudah impromptu pulak tu..yg Kalau akak yg baca ni..boleh cair ..akanlah minah tu ..tak

    boleh kan..minah tu kan jiwanya sensitif ..seorg sasterawan lagi..pasti sudah cair giler apatah lagi melihat wajah poyo yg mempelihatkan betapa tulusnya ucapan mamat tu pada dia ..penuh pengharapan agar Naz memberi dia peluang dan ruang..dan membuka hatinya...dia dapat merasakan keikhlasan dihati Khaalish terhadap dirinya...dan mahukan pehubungan mereka bertapak jauh lagi iatu menjadi surinya..

    Mamat ni seorg yg opportunist ..ialah CEO kan...sedangkan clientnya yg berhati batu dan cerewet giler pun boleh dia kawtimkan walaupun betapa sukarnya business dealnya ..inikan pula si Naz..yg telah dia dah buat kajian ..ha..ha..mungkin terperinci ..dengan mak longnya si Naz..dan dia juga telah selami hati dan perilaku sibuah hati selama beberapa bulan dia lepak dengan Naz di daerah Luang Prabang akan sikap nya Naz nampak keras diluar tapi sebenarnya amat rapuh dan lembut didalam...apatah lagi melihat kehidupan Naz yg keseorangan dan mendambakan kasih sayang ...Mungkin kedatangan dan kehadiran Khaalish pada waktu .itu...boleh dikatakan at the right moment ..masa Naz sudah chill down dan dapat menerima kehadiran sesorg jejaka untuk dibuat kekasih bila melihat betapa gembiranya si Reham tu kan ..dan sebagai seorg gadis yg normal ..mungkin dia mendambakan perhatian seperti itu..

    Kita dapat rasakan yg Naz sudah jatuh hati pada Khaalish walaupun akal warasnya menafikannya..love is in the air..dan apa yg ditakutinya adakah keluarga Khaalish dapat menerima dirinya tanpa melihat masa silam /sejarah ...bagaimana mereka disatukan sebagai tunangan "decoy" buat Khaalish dan bagaimana bapanya mengambil kesempatan dari famili Khaalish untuk mendapat tender secara mudah dengan pertukaran dia sebagai galang gantinya..dan bolehkah esp. ibu Khaalish ..Pn Sri itu menerima kekurangan dirinya yg tidak secantik dan tidak vogue macam kenalan kenalan anak kawan Pn Sri..

    Wah..dik..ras tak sabar untuk tahu ..apa sebenarnya plan mamat tu..adakah mamat tu pun se kapal dengan naz..nervous tapi excited nak berjumpa dan spent masa bersama..sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha Ida yang rajin! 1 thing Ida ni dah jauh ke depan sbb dah sebut pasal family Khaalish. Mmg nnt pasal family (kedua dua nya) pun akan jadi cerita.... Sebab pasal family lah mereka bersatu 4 thn dulu kan, so banyak lah juga kisah yg perlu dirungkaikan. Apa yg Ida kata tu betul lah sebenarnya, Naz tu dambakan kasih sayang, cuma dia je tak sedar sebab sibuk sangat bina tembok nak protect hatinya...ha ha, sy harap nnt bab 20 Ida akan terhibur, harap Ida akan komen mcm selalu ye sbb komen2 Ida selalu membantu saya mengambil perspektif pembaca

      Delete
  8. "can we?' YES WE CAN! 'can we fix it?' YES WE CAN! oh naz ku syg, khal d builder nak bina masjid dah, dah sediakan batu marmar, intan berlian & segala nye:) ni tungu kat kl siap dgn muck, scoop, dizzy, rolley & lofty nak crush & doze tembok u tu:)reham pon dah bagi nasihat kaw2 gitu...hai la tak tau nak ckp ape lagi...jiwang jugak CIK NINA kite ye, mendayu2 aje lagu...kalu si khal mgt-strategist tu leh decipher lagu & keadaan him-her tak kan lah i yg ati-batu pun tak leh tangkap leleh...caiyok CIK NINA...CIK NINA JGN MENGALAH LAM BERKARYA, AMBIK SMANGAT EN KHAL KITE TU!!!!much love & support dari seberang laut cina selatan...awaiting nxt n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey itu Bob te Builder punya lagu..sian ZK dah jadi Bob the Builder pula he he. Niway, Babe thanks for the support. Dah oksikit ni, punya la semangat nak nulis, siap bawa my Mac ke dapaur yg berminyak...sambil goreng ayam curi2 menulis...sungguhlah ibu yang tidak berhemah he he. Bab 20 dah hampir siap. Nampaknya cerita berdating di KL akan dipecahkan jadi 2 atau 3 bab, u did say simplify it kan?
      Eh you yg dari dulu kata torture ZK puas2 sebelum Naz give in, now you have changed yr tune? LOL...hati batu he he

      Delete
    2. tu laarr, tak tau cam ne blh tangkap leleh kat si khal, hati batu i dah retak oooohhhhh tiiiidddaaakkkk...ni tgh cari gam gajah nak glue ketat2...dah terkeliru cam naz jugak rasenye..issshhh apa ni jiwang ke ape????no,no,no,tak tau la...dis wk emotions roller-coster jugak...bab torture msh nak tapi bila bace n3 ni ntah ilang kemane...i bace lagi pas ni, mane tau feel lain wa kakakakakaka mmg loony tul la dis wk:)) bob d builder 2 thks to my girl la...she asked 'can we mummy?' i answrd 'yes we can' she asked 'can we fix it like last wk?' i answrd 'yes we can'...my poor girl was refering to an outing wth mummy @ her fav kopi place while her mummy bz bace KNK...huhuhuhu

      Delete
    3. waaah, Babe, sama2 kita go up n down roller coasters. such is life, tu yg kena ada escapism @ sweet fiction! dont worry dear, pas ni ZK kena torture sikiiiit lagi he he. hm outing with our kids...creating memories, its very important. tapi ibu berhemah ini mr hubby yg bawa kids pergi pool. sebab dia tahu bininya nak kejar siapakan manuskrip he he

      Delete