Saturday, 10 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 20


Okey, dearies...Naz and Khaalish go on a weekend date in KL! Sedang siapkan Bab 21, which should be more exciting than Bab 20 (writer oh-so-perasan!)

Bab 20

Kakinya melangkah keluar dari Balai Ketibaan KLIA, hatinya berdebar-debar, entah berapa gelen darah yang dipam. Kepalanya pula berputar-putar memikirkan beberapa kemungkinan: Zaim Khaalish ada menunggu diakah? Apa yang akan berlaku bila mereka bertemu? Akward moments? Apa yang mereka akan buat? Supper? Malam ini dia tidur di mana?

Tiba di luar Balai Ketibaan, langkahnya terhenti. Kepalanya berputar 180 darjah, dari kanan ke kiri, mencari si dia yang berjanji akan menunggu. Walaupun ruang itu penuh sesak dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan petugas-petugas hotel yang menunggu ketibaan penumpang-penumpang, bagai ada tarikan magnet, mata Naz tertancap pada jejaka yang berdiri agak jauh di belakang, jauh dari orang ramai yang bersesak di pintu keluar Balai Ketibaan.

Terhenti jantungnya seketika. Zaim Khaalish kelihatan luar biasa kacaknya malam itu, berpakaian kemeja yang terbuka beberapa butang, lengan bersinsing hingga ke siku, berseluar panjang berwarna gelap. And what’s with the dark glasses? Kat dalam bangunan pun pakai cermin mata hitam? Oh! Dia kan anak usahawan terkenal….hmmm….Malaysia’s most eligible bachelor lagi. Tak nak orang kenal agaknya.

Kakinya dihayun perlahan-lahan, dengan harapan jantungnya dapat berdegup dengan normal semula. Bimbang kalau si jejaka perasan jiwanya yang berkocak sakan dengan pertemuan ini. Tak sama seperti bertemu di Luang Prabang. Bertemu di KL, dia yang datang. Perigi cari timba? Unabashed declaration of  her feelings?

Dalam libang libu itu, dia sudah tiba hampir dengan orang yang membuat jiwanya kacau. Kelu lidah, kering tekak. Tanpa sedar bibir bawah digigit, membuatkan dia kelihatan lebih comel di mata si jejaka.

“You look tired,” ringkas tapi tepat.

Si jejaka sudah tertawa kecil,  perasan yang si gadis manis comel itu sudah gabra, “Assalamualaikum.”

“Alaikumsalam,” salam dijawab tapi mulut sudah muncung, kelat hati diperli kerana lupa memberi salam.

“You look tired,” komen yang sama diulang.

“You look cute,” serangan balas tak-mahu-kalah si Khaalish.

Makin panjang muncung Naz, sekali lagi terpecah tawa kecil jejaka kacak di depannya. Seronok mengusik si manis comel. Tapi bila tersedar yang si manis comel sudah terbang berjam-jam hanya untuk bertemunya, tangannya mengambil beg si manis comel yang tersangkut di atas bahu.

“Jom, kereta saya kat luar,” kalau boleh tangan si manis comel juga mahu digenggam tapi Khaalish arif dengan sikap Naz yang tegas tentang  sentuh menyentuh antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Bukan sifat Naz mengikut sahaja lelaki tanpa tahu ke mana destinasinya. Tapi segan pula mahu bertanya, bukankah dia sendiri yang bersetuju ke KL?

Di luar bangunan, mereka melangkah ke arah sebuah SUV putih. Naz yang tidak pernah ambil tahu tentang jenis-jenis kereta, sedar juga yang SUV ini tentu mahal harganya. Pintu SUV dibuka oleh seorang lelaki berbadan tegap yang memakai bush jacket, agak Naz tentu dia ini pemandu Khaalish.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Naz sudah tidak dapat menahan mulutnya dari bertanya, “Nak ke mana kita?”

Khaalish menjawab sambil membuka cermin mata hitamnya, “Supper?”

Mata Naz tertancap ke arah mata Khaalish. Bila cermin mata hitam dibuka, makin jelas yang jejaka itu keletihan, matanya lesu, tidak bersinar seperti biasa. Entah-entah datang terus dari pejabat, baju pun belum bertukar.

“You really look tired,” buat kali ketiga Naz mengulang komennya.

“Minggu ni teruk sikit kerja di pejabat. Ada business deal baru dari Taiwan. Tapi, don’t worry, dah siap semua,” jawab Khaalish, tidak boleh lagi mengelak kerana sudah tiga kali dikomen Naz. Dalam hatinya memuji sikap prihatin si dara.

Terdiam Naz memikirkan betapa dia selama ini tidak pernah prihatin akan kebajikan Khaalish. Selang seminggu jejaka ini ke Luang Prabang, tidak pernah dia mengeluh letih tentang perjalanan yang jauh atau tentang beban kerjanya.

Terlepas sebuah keluahan kecil dari mulut Naz, “You are so self-absorbed, Naz!”

“Kenapa mengeluh?” tersembul lagi ketawa kecil Khaalsih, “sebab saya handsome sangat?”

“Kalau awak letih sangat, tak perlulah saya datang. Penat pula nanti awak nak melayan.”

“Eh, siapa kata saya nak melayan awak. Awaklah yang melayan saya,” usik Khaalish.

“Tsk!” keluar lagi muncung si Naz, disambut dengan ketawa si Khaalish.

“Supper, nak?” tanya Khaalish bagai memujuk.

“Tak payahlah, baik awak balik rumah dan rehat,” putus Naz.

“Okey, jom,” perlahan sahaja ucapnya, diiringi dengan senyuman yang nakal dan seksi.

“Oh my God, oksigen …oksigen,” fikir Naz yang sudah sesak nafas!

“Jom ke mana?” dapat juga dia bertanya, cuak sungguh bunyinya.

Terbahak-bahak Khaalish ketawa, melihatkan Naz yang sudah gabra, seronok sungguh mengusik si manis comel seorang ini!

“Don’t worry, sayang. Selagi tak sah, saya tak akan bawa awak balik ke rumah saya. Jom saya hantar awak ke hotel,” terang Khaalish dengan sisa-sisa tawa.

Lega hati Naz bila Khaalish tidak menyebut mahu menghantarnya ke rumah bapanya. Pening dia memikirkan kerenah bapanya kalau dia dihantar pulang oleh Khaalish. Agaknya esok juga dia akan dinikahkan dengan anak jutawan ini. Bukannya dia tidak faham perangai Dato’ Nazari!

Alahai! Rupanya dia menginap di KLIA Pan Pacific! Tak sampai sepuluh minint dalam kereta sudah sampai.

“Kalau saya duduk di sini, jalan kaki pun boleh.”

“Saya yang jemput awak datang, sayalah yang hantar awak, no problem,” tukas Khaalish.

Melangkah masuk ke dalam hotel, mereka berjalan terus ke lif. Bila melewati meja pendaftaran, Naz merenung mata Khaalish bagai bertanya.

“Dah check in,” ringkas sahaja jawab Khaalish.

Melangkah masuk ke dalam lif yang sempit itu, dada Naz berdebar-debar semula. Bau wangian Khaalish menerpa ke hidungnya. Di Luang Prabang, mereka tidak pernah berdiri sedekat ini. Segan pula rasanya, hampir seharian dalam penerbangan, entah apa bau badan sendiri.

Bila lif terbuka, lega rasanya mendapat oksigen! Beriringan mereka melangkah ke bilik hotel. Debar di dada yang reda tadi muncul semula, sekali naik dengan rasa segan. Berjalan beriringan dengan lelaki bukan mahram ke bilik hotel pada malam, bulu roma Naz sudah meremang. Dalam kepalanya dia berkira-kira untuk menyuruh Khaalish pulang sahaja.

“Here we are,” kata Khalish tiba-tiba, terkejut Naz dibuatnya.

Khaalish mengeluarkan kad akses bilik dan membuka pintu bilik. Cepat-cepat Naz melangkah masuk.

“Err…,” Khaalish bagai teragak-agak untuk menyatakan sesuatu.

“Hish! Takkanlah dia nak masuk sama?” fikir Naz, matanya sudah buntang memandang Khaalish.

“Untuk awak,” sebuah beg kertas kecil dihulurkan kepada Naz.

“Apa ni?”

“Tengoklah.”

Isi beg kertas itu ditinjau, sebuah telefon pintar keluaran terkini masih di dalam kotak!

“Khaalish, too muchlah! Dahlah awak belikan tiket kapal terbang, hotel lagi, ini telefon pula,” protes Naz lembut, tidak biasa dilayan sehingga sebegini.

“Dah saya minta nombor telefon awak dari dulu lagi, awak tak nak kasi. So, saya belikan telefon ini, senang esok saya nak hubungi awak. Baterinya pun saya sudah siap cajkan. Bila saya telefon, jangan tak jawab pula.”

“Bateri pun awak cajkan?”

“Everything for you.” Lembut tutur kata, senyuman manis, sudahlah lewat malam, hai boleh tergugat iman!

“Tapi esok pagi saya ada hal, business partner dari Taiwan tu nak main golf. Sekerat hari juga. Nanti saya cuba cabut awal. Kita lunch sama-sama ya.”

“Okey,” jawab Naz, bagai anak kecil.

“Kalau lapar, order room service.”

“Okey.”

“Esok pagi, driver saya akan jemput.”

“Okey.”

“Kita jumpa di restoran.”

“Okey.”

“Tidur mimpikan saya.”

“Okey.”

Terpanggung kepala Naz bila tersedar apa yang diokeykan, buntang matanya dijegilkan ke arah Khaalish. Terbahak-bahak ketawa Khaalish, hilang letih berhempas pulas menyiapkan segala kerja sepanjang minggu ini.

“Good night,” nada suara oh-so-romantic!

“Assalamualaikum,” Naz memulang buah paku keras.

“Okay, okay, you got me…Waalaikumsalam,” senyuman lebar.

Pintu yang baru hendak ditutup ditahan oleh tangan Khaalish, sekali lagi terbuntang mata Naz.

“Sayang, I so enjoy it when you are amenable like this. Sleep tight,” bisikan terakhir dan si jejaka penawan hati itu berlalu pergi.

“Amenable? Amenable! Selama ni aku ni kaki bangkang ke?” mengerut dahi si dara.

22 comments:

  1. wah.... adegan suweet-mueet dan lebih berharmoni di antara Naz & Khaalish sudah mai.... saya suka naaa.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, nanti Bab 21 terus kena diabetes!!

      Delete
  2. waiting this part for soooo looong....n also waiting da lovey dovey partbetween k n n...♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan insignyur....jawab saya, satu shj: SAJC 14!!!

      he he

      Delete
    2. uhuk uhuk...teaser dah sda dlm fb...tp tiba2 jd malas lak...

      Delete
  3. the beginning of sweet moment..good job Nina! Been waiting for this moment between Naz and Khaal. Aman. Tak gaduh2. nakkk lagi with more sugar and top up with honey bagi lagi manis.

    p/s ada satu kesalahan ejaan kat atas tu. akward = awkward. jgn marah yer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. abt the spelling mistake, tak marah lah, lagi terima kasih. sy taip sekali lalu shj, edit pun gitu2 je, writer on the run :)
      ok, sugar and honey coming up!! :)

      Delete
  4. tak-leh2, makin cair ni...where art dou hati-batu ku?...ni msh lam mood terkeliru & mengelirukan...i quote last verse of 'sweet love'...'oh no no no no no no no sweet love, ummm hmmm, so sweet, so sweet, so sweet'...mummy msh dpn lappy!!!!hahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha! zoora dah cair? miraculous tu...

      Delete
  5. Ahailaaa. ...one quick question libang libu tu apa maksud?? 1st time dgr laa...btw thanks 4 the entry nice as usual....

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk...agaknya ini bahasa daerahlah. Daerah mana ya? Sy pun tak perasan. Libang libu tu cam..butterfly in yr stomach...errr...boleh ke?

      Delete
    2. Ohh...giddy inside dek trlalu nervous gitu ekk

      Delete
  6. salam Nina

    Akhirnya ..si Naz ..jadi juga dia menapak ke KL berjumpa dengan Khaalish..Actually a big step dan juga a big decision yang dibuat oleh Naz..ditolak tepi ..akal warasnya..dan mengikut kata hati ..betapa rindunya dia pada empunya nama Khaalish tu..kan..

    Bila plane touch d grd..dan true to his words ..selepas keluar dari balai ketibaan ..ternampak kelibat wajah pujaan hati...yg mula mendapat tempat dihatinya..Wajah Khaalish nampak begitu exhausted..tetapi excited dan ceria ...baru Naz realizekan..betapa simamat Khaalish selama ini amat bersabar dengan kerenahnya bila mereka bersemuka diLuang Prabang pada pertemuan pertama ..kedua dan dia sendiri gagal untuk mengira bila ...dan pertemuan mereka yg keberapa ..yg dia dapat menerima mamat poyo tu dalam hidupnya dan telah dapat menebus pintu hatinya yg keras itu...

    Pergh..agaknya betapa nervousnya si Khaalish menunggu kedatangan sibuah hati yg merentas perjalanan dari Luang Prabang ke KL ..yg memang dia tidak sangka yg naz akan menerima jemputan untuk meluangkan masa bersamanya selama 2 hari..rasa tidak tercapai oleh akal warasnya bila diberitau oleh Reham..Rasa macam dia nak melompat lompat dan menjerit kegembiraan..kerana Naz seperti telah sudi menerima kehadiran dirinya..

    Membaca E3 ini..kita pun seperti dibuai buai oleh perasaan 2 pasangan ini...rindu terlerai bila berjumpa dan tidak tahu macam mana nak express oneself to other person..kan..

    Akak suka part yg mamat Khaalish telah menyediakan sebuah penginapan disebuah hotel dan juga siap dengan driver lagi..untuk kegunaan Naz..disini akak nampak tak sia sia dia mendapat gelaran playboy yg terhot in town..menghadiahkan sebuah phone siap dicajkan sekali untuk contact sibuah hati bersama dengan reasonnya sekali..terasa cara mengayat siplayboy ni mmg kelas...dik ooi..

    Rasa tak sabar nak tahu ..apa yg telah dirancangkan oleh Khaalish untuk mereka berdua di KL ..

    ReplyDelete
  7. aduhai...hati ku dh tergoda n tertawan....naz cam dh cair jer hati tu hehe...tu lh khaalish mmg superb,angin malaysia ne lain lembut n bau nyer tu yg ati sigadis leh ter3... kat khaalish.tk sabar nk tunggu n3 pas neh...hehe

    ReplyDelete
  8. adoyyaaiiii...baru sempat bace huhuhu....Nina rasa2 nye kan pulngkN pku buh keras...terbalik 2 hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lah paku buah keras (apa sebenarnya tu ye?) tu lah nak upkan 2 entry sehari habis tunggang langgang, tqvm ye!

      Delete
  9. hamboi..btul khaalish nk bli jiwa Naz ni...
    adalah Naz pn dh mengalah? wah x sbr...

    ReplyDelete
  10. Nina....memang sweet giler Khaalis melayan Naz. Kalau I jadi Naz, time tu jugak I ajak Khaalish nikah! He he he..... sooo intoxicated.

    ReplyDelete
  11. yess bestt2!!! naz da mule lmbut hati =)
    #mahram > tepat!! (^_^)

    ReplyDelete