Wednesday 28 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 27 (siap)


Salam dears, wah apa ni writer's block ke apa? Bab 27 stuck punya lama. Sibuk pun iya juga. Lepas ni saya nak balik ke trick lama, tulis bab pendek2 tp update kerap2. 

Enjoy!! Miss you guys...

p/s: lupa nak cakap, nama watak Ahjan Wayuppa dah tukar jadi Ahjan Sirirat :)


Bab 27

“Khaalish, tak cukup lagikah nak temuduga saya? Saya ada tugasan yang saya perlu hantar esoklah!” komplen Reham, sudah penat kena soal siasat dek jejaka angau di Malaya.

            “Reham, kenapa awak tak nak bagi tahu saya apa yang buat Naz tidak berkenan dengan saya?” Wah! Memang sepatutnya mamat ini menjadi loyar!

            “Cubalah muhasabah diri! Fikirlah sendiri! Takkan awak tak tahu kelemahan sendiri?” Reham sudah naik bosan.

            “The girls,” hendak tak hendak terpaksa sebut juga.

            “Tahu pun! Lagi?”

            “Hah? Ada lagi kah?” terkejut betul Khaalish, bukan terkejut buat-buat.

            Reham di hujung talian Skype sudah menepuk dahi, “Wow! He’s totally clueless!” terlepas kata dari bibirnya.

            “Reham, clueless about what?”

            “Saya tak tahu bagaimana nak cakap….” serba salah juga dibuatnya Reham.

            “Reham, just spill it out,” suruh Khaalish dengan suara mendatar.

            “Betul ni? Betul awak nak tahu?”

            “Reham… kalau saya tak nak tahu tak adalah saya buang masa menyoal siasat awak,” sambung lagi dengan suara mendatarnya.

            “Sedia?”

            “Apalah benda yang teruk sangat tentang aku tu? Seriously?” Khaalish mendengus dalam hati.

            “Reham, for the last time, please?”

            “Oh, since you have said please, I’ll tell you….,” jeda sebentar, “Naz kurang senang sebab awak tak solat,” Nah! Straight to the point!

            Terkedu Khaalish! Tak terduga langsung. Dahinya berkerut.

            “So, whatcha gonna do bout it?” tanya Reham selepas jeda yang panjang.

            Dengan dahi yang masih berkerut, Khaalish menjawab, “Ikut nasihat awak…”

            “Nasihat apa?” terkejut pula Reham. “Bila pula aku bagi nasihat?” fikirnya.

            “Muhasabah diri.”

            Mendengar jawapan Khaalish, mulut Reham membentuk huruf ‘O.’

            “Okeylah Reham, terima kasih kerana bagi tahu pada saya,” dengan nada suara perlahan, Khaalish meminta diri, dahinya masih berkerut.

            “Kejap, ada perkara lagi yang saya nak bagi tahu kepada awak,” cepat-cepat Reham mencelah.

            “Hm, apa?” fikiran Khaalish sudah menerawang ke lain.

            “Buka kotak emel awak, okey. Bye!” laju Reham memberikan arahan, macam kes hit and run pun ya.

            “Okey, bye,” balas Khaalsih, dalam kepalanya merancang-rancang apa yang perlu dibuat dengan maklumat yang dikongsi oleh Reham tadi.

            “Reham ni, tak habis main-main, apa pula kali ini?”

            Jarinya laju membuka kotak emel di lap top. Emel dari Reham dibuka, ada keratan dari laman Facebook seseorang.

            “Ozgur Ozdemir…. Luang Prabang is a surprise…. A wonderful surprise,” baca Khaalish perlahan.

            Kemudian matanya terbuntang melihat gambar jejaka bernama Ozgur ini dengan….siapa lagi jika bukan si pujaan hatinya, Naz!!

- - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sekejap sahaja kotak-kotak berisi buku-buku dan lain-lain bahan yang akan digunakan untuk penyelidikan siap tersusun di dalam van yang terparkir di hadapan rumah sewa Naz. Mana tidak cepat, dah ada seorang paksarelawan. Datang menumpang rumah orang, pandai-pandailah ringankan tulang. Suka Naz bila sekali-sekala dia dapat menjadi mandor, beri arahan sahaja, semua siap. Kotak-kotak itu dikira sekali lagi, cukup!

            “Ozzie!” jerit Naz, “kotak semua dah ada. Cuma beg saja yang belum masuk.”

            Badannya dipusing untuk mencari Ozgur, namun orang lain pula yang muncul! Mulutnya ternganga, mata buntang, keningnya terjungkit ke atas.

            “Assalamualaikum,” Khaalish menyapa. Naz nampaknya sudah jadi patung cendana.

            “Alaikumsalam. Awak buat apa di sini?” baru berbunyi mulut Naz.

            “Datang jumpa awaklah.”

            “Hari ini Khamis.”

            “So?”

            “Awak tak kerja?”

            “Sekali sekala ambil cuti, tenangkan minda, cuci mata, cari bahagia…”

            Timbul senyuman kecil di bibir Naz.

            “Naz! Beg yang mana?” tiba-tiba muncul si Ozgur.

            “Ha?” Tanya Naz terpinga-pinga, terkejut berjumpa Khaalish belum habis lagi.

            “Beg…” sebut Ozgur pelan-pelan, “kan awak suruh saya ambilkan beg?”

            “Ozzie, ini Khaalish. Khaalish, ini Ozgur.”

            “Hi,” pendek Khaalish menyapa, matanya tajam merenung jejaka dari Turki itu.

            “Salam aleykum! Reham has told me about you,” sapa Ozgur pula, bibirnya sudah tersengih, entah apa dalam kepalanya.

            “Oh? Good things I hope,” terkejut sedikit Khaalish. Apa pula cerita si Reham kepada Ozgur ni?

            “Don’t worry, nothing but great things from her,” jawab Ozgur, bibir masih tersengih macam kerang busuk.

            “Ozgur, dua beg di ruang tamu. Beg kain warna putih,” Naz si mandor sudah beri arahan.

            “Baik, bos!” jawab si paksarelawan.

“Khaal, kami nak keluar buat research work…” kata Naz kepada Khaalish pula.

            “Okey, saya ikut.”

            “Nak buat apa?” Tanya Naz terkejut.

            “Hmmm….tukang angkat barang?” Khaalish pelawa diri.

            “What’s up with you? Tiba-tiba muncul tengah-tengah minggu….nak jadi tukang angkut barang?” terus terang Naz bertanya, malas nak main teka-teki.

            “Awak tak suka saya datangkah?” ada bunyi macam orang berjauh hati.

            “Khaalish, saya tak kata saya tak suka kan? Cuma, perangai awak ni pelik,” komen Naz.

            “Awak tak tahu lagikah? Kalau saya dekat dengan awak, memang saya jadi pelik,” senyuman mengusik sudah terbit di bibir.

            “Macam-macamlah awak ni!” dengus Naz. Habis nak kata apa lagi?

            Mati-mati Khaalish mahu ikut juga. Van putih itu cuma muat tujuh orang. Campur Naz, Ahjan Sirirat, Dr Surachek, pemandu dan beberapa orang pelajar dari kolej perguruan Luang Prabang, dah tak muat. Nasib baik ada dua orang lagi pelajar yang menunggang motosikal. Akhirnya Khaalish dan Ozgur menumpang motosikal pelajar-pelajar itu. Kasihan juga Naz melihat anak jutawan itu membonceng motosikal kapchai menyusuri jalan tanah merah yang berdebu.

            “Dia ni kenapa? Tiba-tiba muncul, nak ikut orang buat fieldwork lah,” hairan sungguh Naz, “harap-harap dia tutup mulut rapat-rapat. Kalau tidak, berkilo debu yang dia telan,” tersembul juga tawa kecil.

            Tiba di sekolah tempat penyelidikan dijalankan, mereka diserbu oleh kanak-kanak Laos yang jarang melihat orang luar di kampong mereka. Yang paling popular tentulah si Ozgur, dengan rambut perangnya, dengan mata koko cairnya. Jenuh dia kena kerumun. Naz pula ada sikecil yang suka tarik tudungnya, agaknya tidak pernah tengok perempuan bertudung. Khaalish pun ada peminat tersendiri. Kiri kanan tangannya dipegang kanak-kanak kecil.

Tersenyum Naz memandang, “ada juga gaya nak jadi bapa.”

Khaalish pula terpesona habis dengan cara Naz melayan kanak-kanak kecil yang asyik menarik-narik tudungnya. Sekali pun tidak gadis manis itu tidak marah. Malah dia menundukkan kepalanya dan membiarkan kanak-kanak itu membelek dan memegang tudungnya. Agaknya dia sudah terbiasa dengan kanak-kanak yang berasa pelik dengan tudungnya, kerana rupanya dia membawa sehelai lagi tudung dan dipasangkan ke kepala kanak-kanak itu seorang demi seorang. Apa lagi mengekek-ngekek mereka ketawa sambil berebut-rebut hendak memakai tudung.

Bila kelas bermula, kumpulan Ahjan Sirirat mula beraksi. Untuk membantu kanak-kanak Laos menguasai Bahasa Inggeris, Ahjan Sirirat atau Dr Surachek akan bercerita dan pelajar-pelajar dari kolej perguruan Luang Prabang akan berlakon. Kali ini pelakon import dari Turki turut serta. Apa lagi melopong kanak-kanak dalam kelas mendengar cerita. Selepas sesi bercerita, ada pula permainan yang melibatkan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam cerita tadi. Kanak-kanak yang menang akan mendapat hadiah seperti pensil warna dan buku mewarna. Riuh rendah kelas jadinya. Akhir sekali kanak-kanak digalakkan untuk menyiapkan tugasan berkaitan dengan cerita yang mereka dengar tadi.
Tugas Naz sebagai juru video dan tukang ambil gambar. Sekali sekala melihat aksi terlampau Ozgur, tersembur ketawa dari mulutnya. Ah, si Ozzie, dapat perhatian dari peminat-peminat ciliknya, apa lagi, semakin hebat lakonannya.

Si mamat korporat hanya memerhati. Nak berlakon seperti Ozgur? Tidak pernah dibuat seumur hidupnya. Tapi sakit hati juga bila melihat aksi mengada-ngada si Ozgur mendapat perhatian Naz, hingga mengekeh-ngekeh ketawa si gadis pujaan!

Selepas waktu rehat, kumpulan Ahjan Sirirat beraksi di dalam kelas yang lain pula. Cerita yang lain pula dilakonkan. Kali ini mamat korporat tidak mahu ketinggalan. Ozgur menjadi tikus yang baik dan dia menjadi singa yang terperangkap. Dagu Naz sudah jatuh ke lantai! Anak jutawan ini sudah buang tebiat ke apa? Tapi jarinya cepat-cepat menekan butang kamera mengambil gambar si anak jutawan yang mengaum-ngaum jadi singa kena perangkap.

“Boleh buat bahan blackmail nih! Atau naikkan di Facebook?”



66 comments:

  1. Assalamualaikum. Menunggu sekian lama. Finally...Nakalnya si Naz, dan macam tekaan shaf..Klaasih sampai ke Luang Prabang Khamis..yertuan2 puan2 bukan weekend. So, FB atau blackmail eh? Kejutan satu malayalah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan.. youtube je naz.. biar terjojol bijik mata girls yg dok kejar khall.. hihihi

      Delete
    2. aah kak..youtube! best...agak2 jatuh saham tak?

      Delete
    3. woi banyaknya fire stone nih! he he

      saf,
      tekaan u betul sebab u pong writer kan :)

      Delete
    4. Nina, bab kata shaf writer tu slow sikit eh.. x boleh kata writer lagi..

      Delete
  2. salam Nina....so good to find your new N3>> tak dapat kubayangkan rupa si Khalish tgh mengaum2 bak kata mcm singa yg terperangkap..
    mesti dia lepaskan geram kat si Ozgor (hahah saya bayangkan Oggy the coackroach ) skali ...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. anissa.. siapa yg oggy & siapa yg cockroach? HAHAHAHA gelak besar..

      Delete
    2. mamat korporat tu jeles tuh! he he, so childish

      Delete
  3. Hihihi...Nina, notti jugak si Naz yea, boleh dia gelakkan si jejaka idaman malaya tu. Khaalish .... I will support you allllllll they way, SELAMANYA....JEJAKA IDAMAN MALAYA.. (nyanyi ala2 lagu harimau malaya tuh):)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha, ada part yg funny, ada part yg geram, kita tungggguuuuu

      Delete
  4. Khaalish betul2 cemburu nampaknya.... #^_^

    ReplyDelete
  5. Nina,

    Terbaikkkkkk....ohhhh Encik Khalish jadi singa amboiiii tak mau kalah dgn Ozgor nak juga tunjuk bakat...Naz yg comel saya sgt suka. Sambil baca entry nie sambil senyum membayangkan En Khalish

    ReplyDelete
  6. nina, i nak marah sebenarnye.. dah la lama tunggu, pastu pendek jer pulak. tp bila kat end bab, dok ketawa sakan so x jadi nak marah. hihihi.. nak lagi, x sabar nak tau apa la lg si khall buat benda2 pelik.. :) kenapa tukar nama si Ahjan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norana, kena tulis pendek2 tp uploadkan kerap2 sebab bila fikir jln cerita yg berjela1, i tersu kena cold feet sampai tak tertulis..

      tukar nama Ahjan atas sebab2 melankolik, he he, boleh jawab gitu?

      Delete
  7. ni u kata panjang?? (saja pressure u ;) tekun I sehari 10 kali bukak website nak tgk u dah update ke tak. Kalau u ada advertisement nuffnang, dah dpt byk extra income :)

    Somehow I mcm terbayang Faliq Nasimuddin (Naza) utk watak Khaal tapi I rasa Khaal of course lagi hensem keh keh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong..saja nak tambah pressure lagi..ngee.jangan marah ek

      Delete
    2. inarshad, dah lama nak pasang nuffnang tu tapi tak sempat2 he he.

      Faliq? nnt i gugel him. Khaal ni muka tipikal Melayu ok, jejaka Melayu pun menawan what, bukan omputih dgn korea jer :) (promote produk tempatan :)

      Delete
  8. wah...banyaknya ketinggalan! last I read was chap 18. nak kena marathon malam ni dari bab 19-27.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara dear, why? Have u been away?

      Delete
    2. been busy with work. travelling back and forth from utara to selatan...

      mood nak membaca pun entah travel ke mana. :P

      Delete
  9. Dear Nina,

    akhirnya masuk juga new entry ni.....hari-hari buka blog nina tau...
    nakalnya naz ni, sampai hati gelakkan khal.....
    hhhmmm bila hati dah jatuh cinta, semuanya indah aje kann...
    apa-apa pun good luck buat nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak fadz, writer's block ke, writer's ngada2 ke, donola. but as I said to norana, bila i fikir jln citer yg berjela2 tu terus rasa malas nak taip. so skrg tulis bab pendek2, rasa cam managebale sikit. nanti klu nak publish, klu nak combine bab2 nya jadi panjang, join je la kan?

      Delete
  10. makin naik kot saham si jejaka idaman malaya tuh bile msk kat fb or utube,mane tk nyer makin berlumba lumba minah2 yg rase terancam bile tngk jejaka si ank jutawan n terhot dh jd lagu tu pasti bersebab!!sape lh plak yg penyebab nyerrrrrr?setiap sesuatu pasti ade disebalik nyer...hehe lg panas sepanas nye crite pasneh!kalu dh hot wat pape pun pasti jd idaman...hihi khal tk kn rase tergugat kot so do something sblom hati jadik libang libu.....tepuk dada cepat2 tnya hati khal!!!cepat tanya diri n cepat buat ape kata HATI...?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas? hopefully semakin panas ek? for sure nnt hati Khaal akan jadi panas, sepanas cuaca di LP!

      Delete
  11. pfhewwww...hot,hot,hot stuff!!! what wuld happen if mamee monster finds out dat ank kesygan ponteng keja, mid-wk pulak tu, just to...errr..."ambil cuti, tenangkan minda, cuci mata, cari bahagia..." n naz is definitely getting "wicked" in a nice a way wakakakaka wat will mat kasanova do nxt???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tsk tsk tsk Zoora... i dont want to say anything, tunggu 3, 4 bab lagi ye... hopefully sempat kuar kat blog ni (jungkit kening dgn nakalnya)

      Delete
  12. bersungguh-sungguh betul la si Khaalish tu. Naz pula kemain nakal:)

    ReplyDelete
  13. Nina..nina. Sambungan yang tidak pernah mengecewakan. Lawak betul ya, sanggup terbang lebih awal dan jadi macai pula. Nak perhatian lebih, Khaal..Khaall strategi anak jutawan kian menjadi. Jerat pun hampir nak mengena, tapi siapa jerat siapa sebenarnya?..hheheee..

    ReplyDelete
  14. kahkahkah!!!jadi singa kena perangkap!!!! LoL =D

    *lamenye nk tgu n3 bru..hari2 buka x ada...sekali jenguk hari ni, ahahh!!ade p00nn....hehe

    ReplyDelete
  15. Laughing and smiling all the way while reading the entry. hehehehe... Khaalish jadi singa eh.. wahahahaha. Best la kalau dpt jadi mcm naz. Teach and travel. :) cant wait for the book kak Nina. Good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunny girl! dia travel and do research, more like it. tqvm for the kata2 semangat. I have 1 month to finish the manuscript!! yike! am hoping for a miracle...

      Delete
  16. At last... Bestttttt ♡♥♡♥♡♥

    ReplyDelete
  17. really like the story...makin lama, makin besssssttttt !!!!!!

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. he he he :) btw, Evie, will try to get TWB this week!!

      Delete
  19. mcm terimagine plak si khaalish duk berlakon...

    ReplyDelete
  20. bengkak hati khaalish...haha..khaal kena jd 'attention seeker' lbih cket...haha

    ReplyDelete
  21. Oooohh best3..dah jatuh cinta dgn si singa mengaum tu looo....huhu...cik nina awat tukaq nama si ahjan...i rasa nama lama dia lg cunnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. for some melancolic, sentimental reasons :) mamat macho bertukar jadi mamat poyo LOL padan muka

      Delete
  22. Sikitnye....tak puas baca lah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dear, strategy baru ni, bab pendek2 tp upload kerap2. kalau tak gini, stuck jeeer all the time

      Delete
  23. as always sis...ur my sunshine....hikhikhikkk...
    chaiyokkkk....chaiyokkkk utk siapkn manuskrip tuh...muga2 idea dtg mencurah2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, harap2 dec juga boleh siap, jan adalah bulan out stn gila!

      Delete
  24. i dont knw why but always terbayang muka khaal mcm khairy j. hahah.. maybe sbb nama dia khaalish mcm dekat2 dgn khairy.. wtever it is.. i think im falling head over heel with the characters.. khaal ooo khaal.. and notty2 naz.. make a good combination..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kairy J, oh no!!!!! i need to give u a name so that u can think of another person instead...errr...siapa ye?

      Delete
    2. hahahaha.. u tak suka ye? tak hensem eh itu worang? alaa takpe la... khairy j tu hensem gak orgnya... klu tengok real life la.. sbb dia tak fotogenik.. pinjam muka je... tak join politik2 nih... heheh

      Delete
  25. Waaka hahaha khaal si ank jutawan jd singa yang terperangkap memang terbaik lah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he padan muka tunang teknikal tu, skrg dia yg desperate!

      Delete
  26. Nina, semakin lama semakin mendebarkan, Khaalish dah ada pesaing nampaknya, apa pun dia sanggup untuk memikat hati Naz, ni dah bab 27, ada 3 bab je la lg sebelum u stop, huhuhu...nnt wat teaser byk2 ye Nina :-), miss u & your new entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, saya kira2 lagi 3 bab but it could be 4, lebih kurang gitulah

      Delete
  27. Pergh..

    Nani.. i'm so speechless..bila baca E3 ni..mmg mencuit hati..kan..

    Itu dia...dia dah mai dah...cer habaq ..tang mana ..ni..yg..Naz tak akan jatuh hati ...kat khaalish tu..(baca macam lengok org utara...!!)

    Nani..Don't U think..he will be in trouble soon or will be in a hot soup.. bila dia buat perangai giler dia..meradah ke Luang Prabang tidak kira masa kini...tgk tu dia dah tercegat kat Luang Prabang masa hari berkerja pulak tu..kata itu hari busy tak ingat dunia..pasal kerja..tak takut ke Tan Sri kasi warning ..melewa lewakan kerja dan selalu hilang....apatah lagi kalau Mamee Monster tahu..tak nahas ke !!

    Adakah Mamee Monster..tak perasan lagikah..anaknya selalu hilang dan gagal dikesan radar kedudukannya kat mana...ni yg akak musykil ni..tak terkantoi ke simamat Khaalish ni...

    Ayo...he is so mighty cute bila dia berwatak giler giler sebegitu..seorg tokoh korporat yg nampak macho..serius..boleh bertukar menjadi jejaka selamba ..down to earth person dan boleh berlagak selamba sebegitu just to make sure he will get Naz attention more than Ozgur !!! pergh..kini kita melihat lagi sisi Khaalish yg perilakunya kebudak budakan dan tak mahu mengalah..

    Teruja nak tahu..what happen next..antara Ozgur dan khaalish..siapakah yg Naz akan melebihkan memberikan perhatian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sebhg dari komen anda akan berlaku... ida tunggu dan baca ye...yg mana satu, niway coming soon! Bab 29, cemburu Khaal sudah bertukar menjadi api!

      Delete
  28. sori nak tanya.. kalau saya salah. maaf ye.. solat jamak boleh berimam ke? ke saya yg salah faham..

    ape-ape pun...goo job. tak sabar nak beli novel akak yg seterusnya

    ReplyDelete
  29. aduhhhhh.....akhirnya berjaya jugak meng online kan diri haduhaaaiiii.....kan dah kata Khal akan terbang ke LP semata2 utk cinta hati nya muahahhahaha....mmg sah dah buang tebiat dah mamat jutawan sowang nih

    Naz u masuk kan je dlm youtube...fb n twetter skali konfirm gempak seyhhh hahhahahha

    ReplyDelete
  30. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete