Wednesday 21 November 2012

KNK Bab 27 Teaser


ooo ketagih nak update walau pun bab nya belum siap.... sabar ye. kerja banyak sangat2!


Bab 27

“Khaalish, tak cukup lagikah nak temuduga saya? Saya ada tugasan yang saya perlu hantar esoklah!” komplen Reham, sudah penat kena soal siasat dek jejaka angau di Malaya.

            “Reham, kenapa awak tak nak bagitahu saya apa yang buat Naz tidak berkenan dengan saya?” Wah! Memang sepatutnya mamat ini jadi loyar!

            “Cubalah muhasabah diri! Fikirlah sendiri! Takkan awak tak tahu kelemahan sendiri?” Reham sudah naik bosan.

            “The girls,” hendak tak hendak terpaksa sebut juga.

            “Tahu pun! Lagi?”

            “Hah? Ada lagikah?” terkejut betul Khaalish, bukan terkejut buat-buat.

            Reham di hujung talian Skype sudah menepuk dahi, “Wow! He’s totally clueless!” terlepas kata dari bibirnya.

            “Reham, clueless about what?”

            “Saya tak tahu bagaimana nak cakap….” serba salah juga dibuatnya Reham.

            “Reham, just spill it out,” suruh Khaalish dengan suara mendatar.

            “Betulni? Betul awak nak tahu?”

            “Reham… kalau saya tak nak tahu tak adalah saya buang masa menyoalsiasat awak,” sambung lagi dengan suara mendatarnya.

            “Sedia?”

            “Apalah benda yang teruk sanga ttentang aku tu? Seriously?” Khaalish mendengus dalam hati.

            “Reham, for the last time, please?”

            “Oh, since you have said please, I’ll tell you….,”jeda sebentar, “Naz kurang senang sebab awak tak solat,” Nah! Straight to the point!

            Terkedu Khaalish! Tak terdugal angsung. Dahinya berkerut.

            “So, whatcha gonna do bout it?” tanya Reham selepas jeda yang panjang.

            Dengan dahi yang masih berkerut, Khaalish menjawab, “Ikut nasihat awak…”

            “Nasihat apa?” terkejut pula Reham.“Bila pula aku bagi nasihat?” fikirnya.

            “Muhasabah diri.”

            Mendengar jawapan Khaalish, mulut Reham membentuk huruf ‘O.’

            “Okeylah Reham, terima kasih kerana bagi tahu pada saya,” dengan nada suara perlahan, Khaalish meminta diri, dahinya masih berkerut.

            “Kejap, ada perkaral agi yang saya nak bagi tahu kepada awak,” cepat-cepat Reham mencelah.

            “Hm, apa?” fikiran Khaalish sudah menerawang ke lain.

            “Buka kotak emel awak, okey. Bye!” laju Reham memberikan arahan, macam kes hit and run pun ya.

            “Okey, bye,” balas Khaalish, dalam kepalanya merancang-rancang apa yang perlu dibuat dengan maklumat yang dikongsi oleh Reham tadi.

            “Reham ni, tak habis main-main, apa pula kali ini?”

            Jarinya laju membuka kotak emel di lap top. Emel dari Reham dibuka, ada keratan dari laman Facebook seseorang.

            “Ozgur Ozdemir…. Luang Prabang is a surprise…. A wonderful surprise,” baca Khaalish perlahan.

            Kemudian matanya terbuntang melihat gambar jejaka bernama Ozgur ini dengan….siapa lagi jika bukan si pujaan hatinya, Naz!!

           


59 comments:

  1. laa.. baru perasan ke yang naz tak suka dia sebab dia tak solat ? teruk betul. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he tulah bila amalan tu bukan satu aspek penting dalam hidup :)

      Delete
  2. lambat pick up lak i Khaalish ni. Tentu-tentulah sebab awak tu tak solat..tapi takpe, berubah secara perlahan-lahan dan yang pastinya Lillahi Taala.
    Erm, api cemburu sedang menyala. Abislah...Luang Prabang, here I come!

    ReplyDelete
  3. bgs, MUHASABAH DIRI!!!!!!!!!!! (huruf besar!)...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha nak kena guna semula 9huruf besar) ni!! :)

      Delete
  4. oh noooooo!!!!!! please let it be happy ending!!!

    ReplyDelete
  5. Apalah Naz ni, knp tak ckp straight to the point dgn Khaalish. Skrg Reham pula jadi org tengah. Apa kes? kali ini Khaalish kena lebih bersungguh-sungguh sbb dah ada saingan.

    Rasa-2nyer ada org yg akan terbang ke Luang Prabang dlm masa terdekat. heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm sebab dia nak suami yg mmg solat dan bukan berubah hanya utk kahwin? hoping that someone is gonna change for u, I've seen it, didnt last long

      Delete
  6. he he he...kesiannya dekat jejaka kacak idaman malaya ni....mana nak muhasabah diri lagi, mana nak mengejar idaman hati di Luang Prabang lagi....kesiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. true!! kesian kesian, next chap lagi kesian....oh terasa diriku sungguh kejam!

      Delete
  7. tq Nina, yesssss that's the point, harap Khaalish dpt buat self reflection :-)

    ReplyDelete
  8. penderaan jiwa sungguh... x tenang nak bercuti.. nina sila up full chapter yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu!!! x saba! x saba! x saba!(ala2 lisa surihani dlm Istanbul, Aku Datang...tp xla cumel cm die tuh...huhuhuuu)
      Cepat2 hup-date taw nina....(^_-)v

      Delete
    2. thats the prob Norana, sy ni tak dapat bercuti, wiken pun kerja, walau hati meronta2 (wah bahasa novel sangat nih) utk menulis. end up sambil drive kat highway, sambil dok berangan2 tulis next chapter!!

      imanix, mlm ni sampai rumah after hrs of driving sure pengsan! then monday masuk ofis dah menunggu prob dgn staf...semuanya cukup utk buat SAYA mahu lari ke Luang Prabang!! LOL

      Delete
  9. hehehe... abis la khalish.... next entry please!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaah! sedang mencari masa utk tulis next chapter!

      Delete
  10. dlm pd playboy malaya nyer! polos gak upa nyer khalish neh...leh tk paham kekurangan diri..encom,cantik,kaya,gelaran,pangkat tuh eset atas dunia yg akan ilang tk sampai sesaat andai itu direntap ALLAH TAALA,namun yg dituntut pd hamba nye hanya satu dr yg di beri bnyk 'Amalan Akhirat'dunia kite cari akhirat kite tuntut tulh kemahuan ati naz.bnyk pengajaran u nk sampai pd readers dek akak tabik habis kat u...hehe dlm lawak nye romantik nyer cinta or pape pun skill wat penerimaan readrs terselit pengajaran...cinta pd insan n cinta yg kekal just pd ilahi...maap ye dek kalu akak termelalut.tabik dek kt u for second time...tk sabar dek akak nk tunggu terbit nyer novel u...akak br jer peluk ketat2 novel PMS n for me best sesngt sngt......gud lux to u n sukses dlm berkarya last one always waitting ur new comers project......hehe tq dek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa seronoknya baca komen awak, tq tq tq! tq for the support!

      Delete
  11. jeng jeng jeng!!! ape akan jadi seterusnya???pstinya khaal marah2....hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanie....nak buat khaal marah2? kata playboy professional?

      Delete
    2. yelah...professional p0n kdg2 out of control..dia tau nk sentap jugak kann..hehe...bg naz plak terase hati sket, cube pujuk2 khaal..ececeh...

      Delete
  12. ahaks...ambik khaalish...nk sgt reham bgtau kan..
    sbb x solat okey..mcm mn nk kemudi rumahtangga..ish2..
    then tgk plak gmbr naz dgn somebody..wakakaka..nganga la..
    kna berusaha bersungguh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha btul kan sian encik khaal kita kena torture!

      Delete
  13. Replies
    1. sorry dear! sy upload teaser sebab stress tak dapat nulis... will try to continue asap!

      Delete
  14. apakah??????adoyyyy abez la Khal...meroyang la dia kat Malaya 2 gamaknye...Naz, jgn tekezut plak kalo tetiba bukak pintu u mamti tetiba muka mamat ni yang muncul kat umah u 2 yeh.....Reham u saja je nak buat Khal meroyan kat sana kan3...ahahhahaha

    ReplyDelete
  15. salam Nina..

    Melihat kesungguhan Khaalish agar diterima oleh Naz tanpa syarat ..melahirkan rasa sedih dihati akak pada dirinya ..yg seperti bertepuk sebelah tangan..hingga sanggup merendahkan ego berskype menanya Reham sahabat baik Naz mengenai kekurangan diri yg menyebabkan Naz menolaknya secara baik untuk dijadikan sebagai suri hatinya...walaupun dia dapat merasai yg Naz juga ada mempunyai perasaan terhadapnya kalau tidak..tak akan Naz terbang dari Luang Prabang bertemunya untuk menghabiskan masa selama 2 hari bersama samanya..betapa dia dapat rasakan yg hatinya dan hati Naz bersatu..tetapi kehadiran 2 gadis bekas skandal lamanya yg terserempak tanpa diundang telah menjejaskan perhubungan yg sepatutnya smooth sailing..

    Perbualan yg singkat dengan Reham ..sudah tentu bila solat dipertikaikan oleh Naz dan juga Reham..org asing pada dirinya ...apa sebenar reaksi khaalish... (nak tahu sesangat..!!)

    Akak rasa memberi impak yg besar dalam hidup Khaalish..mana pernah dalam hidupnya mengejar seorg gadis sebegini rupa..payah untuk digapai hatinya...dan sukar untuk membaca tindakannya..

    Teruja nak tahu..bila mendapat email tu..adakah mamat tu akan cuak giler dan terus book tiket Ke Luang Prabang dan menempel disana macam kebiasaan hero yg kita baca kat Novel atau membawa mak long bersamanya agar masa bersama dengan Ozgur Ozdemir akan dicantas...atau menalipon Naz ..buat cool..tanya Naz mengenai perkembangan Naz disana...dan mengingatkan si Naz mengenai dirinya yg masih terikat sebagai tunangannya dan menjaga tingkahnya bila bersama dengan lelaki lain..walaupun dia tahu...naz ni orangnya macam mana..kan..ce citer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, shaf tambah boleh. Atau, terus Khaalish paksa keluarga Naz nikahkan je mereka berdua secepat mungkin..ngee

      Delete
    2. nak tambah jugak....atau, khalish pujuk Naz balik Malaya, x nak dah biar Naz merantau di luar sengsowang....hihihi

      Delete
    3. baca cadangan u alls yg notti ni buat saya cam nak tukar je jln citer dlm kepala saya ha ha ha

      Delete
  16. Sengal la playboy malaya ni. mcm mana dia boleh tak perasan itu syarat utaman naz? well, what do u expect from him kan? hmmm... what will his next step be?

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dah tak biasa solat kan? its not an important aspect in his life, sigh!

      Delete
  17. Yang Penting.......ingat khalish awak jejaka yg ensem...tak mau marah2....be cool and play smart with this lady :). Naz kan perempuan sampoi jadi awak kena ikut rentak dia.

    Oh saya sudah jatuh cinta dgn Khalish....terbayang2 Aaron Aziz dalam cerita "Adam Dan Hawa" betapa romantiknya Adam dan betapa kerasnya hati seorang Ain....begitu juga novel ni...Khalish yang romantik dan Naz yang sukar utk menerima Khalish :)

    Nina cepat upkan full chapter 27.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tanak lah Naz cam Ain tu sbb Ain tu degil sangatlah. Naz skrg ni concern abt ugama tu....kan pentingkan ugama suami, nak jadi ketua keluarga.. :)

      will take yr advice, be cool and play smart... but not in bab 28 :)

      Delete
  18. tak saba...tak saba...Luang Prabang aku datang...

    ReplyDelete
  19. Nampak nya kali ni Khaalish memang betul-betul perlu muhasabah diri.....

    ReplyDelete
  20. Finally!! walaupun bukan Naz yang cakap sendiri tapi Khaal dah tahu yg ketidaksolatannya (errr ada ke perkataan ni hehe), is a turn-off for Naz.

    Bahaya dorg bercinta di KL sebab his girls bersepah2 tapi takkan Khaal nak tinggalkan biznes dia pulakkan.

    Tercalar gak ego Khaal kan, baru sedar yg dirinya tidaklah terlalu hebat di mata Naz. Perempuan lain mungkin mudah terima segalanya, tapi tidak Naz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tulah setakat kekayaan dan kacak tu tak ke mana kan? ugama juga yg penting... I always say to adik2 kalau nak kawin check dia tu solat ke tak....t habis basic tu... then check dia hormatkan mak dia ke tak...

      Delete
  21. Oh my Khaalish!!!!
    Ada saingan ni, what u gonna do???

    ReplyDelete
  22. Sila MUHASABAH DIRI ya En. Khaalish!!! Macam mana hensem pun Si Ozgur, sy tetap SOKONG awk.(ha...tengok,huruf besar lagi tu). Lepas ni sila berubah kerana Allah, bukannya kerana mahu cinta Naz ye. Bila dah sedar diri kenalah taubat nasuha ye dan berazam tidak mahu mengulangi kesalahan tersebut. Sesungguhnya, orang yg tidak bersolat adalah org yg fasik. hehehe...mari kita bertazkirah sekejap ye. Kena mohon juga doa supaya Allah SWT mencampakkan iman yg teguh dalam dadamu,di samping perhiaskan dirimu dengan tutur kata dan tingkah laku yg terpuji. Sy percaya, apabila Allah mencampakkan keimanan dlm jiwa seorang Khaalish, maka dia tidak akan memerlukan mana2 Naz pun utk berubah.Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo tengkiu pn mawar for the tazkirah. tazkirah, tazkirah juga, SOKONG khaal, sokong juga ya? ha ha. Where have u been? Havent seen u for quite some time.

      Delete
  23. Salam Babe, kat smingu tak lepak, tak pasti sibuk nye dari mane, cam taufan sandy je...byk yg hapening gitu...wow!!! abang khaal kite (ehem...ehem...hahahahahaha wink wink) dah 'menampakkan' ke-mature-ran-nye'...tak melatah & cuba berpikiran sematang-matang nye...suke dgn perkmbgn ini...ozie dah enter-frame, r we flying to LP? cik naz mcm biasa la, maintain selamba&sempoi...hopefully nxt n3 i can bace b4 being drown in work load again......hhmmmmm

    ReplyDelete
  24. Assalam Nina, lama sungguh tak bg komentar...tp tetap membaca n terus membaca!! moga2 K dpt hidayah yg sebenar-benarnyaaa....sila sambung ya..tkaseh!!

    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
  25. salam babe, i knw u hve ur hands full, but i just wanna say rindu laarr hahahahaha stress tahap gaban ni...

    ReplyDelete
  26. Baru join..... Suka sgt2 dgn your style of writing..... Masih tunggu delivery PMS ( online order) n now baca KNK..... Confirm Akan terus support u.

    ReplyDelete
  27. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete