Sunday 11 November 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 21


Wah bukan main produktif saya wiken ini ya! Sempat naikkan 3 bab! Macam balas dendam je, he he. Saya dapat trick baru...tulis bab pendek2! 4 to 5 pages each :) Enjoyz!


Bab 21

Lewat pagi esoknya, Naz masih terbungkang di atas katil yang jauh lebih empuk dari katilnya sendiri di Luang Prabang. Semalam dia menulis sehingga dinihari, berhenti untuk solat Subuh dan kemudian tumbang di atas katil.

Terdengar bunyi telefon bising berbunyi. Dengan mata separa terbuka, dia mengangkat ganggang telefon hotel, bunyi telefon masih belum berhenti. Telefon mana pula? Di atas meja sisi ada dua telefon bimbit, tangannya teraba-raba mengambil satu. Dengan mata yang masih tidak boleh fokus, dia ternampak ada panggilan Skype.

“Pagi-pagi buta sudah call Reham ni….,” sempat lagi membebel dalam  hati.

Skrin telefon ditenyeh, mata dipejamkan rapat dan mulutnya terus bercakap, “Reham…tak reti buat matematik ke? Cubalah kira betul-betul, Seattle pukul berapa, KL pukul berapa…”

Diam pula si Reham.

“Habibti, awak telefon nak apa?” malas sahaja suara Naz.

“Nak awak, habibti.”

“Too funny, Reham,” di mulut.

Di kepala, “Eh, sejak bila Reham pandai cakap Bahasa Melayu? Kenapa garau pula suara si Reham?”

Matanya cepat-cepat dibuka, tersirap darah melihat wajah Zaim Khaalish dengan senyuman lebar tertera di skrin telefon!

“Maaaakkkkk!!!” kuat jeritan Naz, telefon sudah terbang! Nasib baik landing elok di atas katil.
Naz menarik selimut menutup mukanya, “Mana pula datang mamat ni?”

Dahi ditepuk, itu telefon yang dia hadiahkan semalam!

“Oh my!!! Dia nampak aku tanpa tudung…dengan rambut macam hantu ni….Eh tahi mata dan air liur basi ada tak? Oh! No, nak lari balik Luang Prabang sekarang juga!!”

Masih kedengaran suara di telefon yang dicampak tadi. Perlahan-lahan Naz merangkak ke arah telefon itu dan mematikannya. Diambil telefon itu dan diketuk-ketuk ke dahinya.

“Malu, malu, maluuuuuuu!!!” kali ini betul-betul Naz menjerit.

Tiba-tiba berbunyi pula telefon hotel.

“Siapa pulalah tu?”

Perlahan-lahan ganggang telefon itu diangkat dan diletakkan di telinga, “Hello.”

“Hello, habibti…” itu sahaja yang dapat Khaalish ucapkan sebelum ketawanya pecah berderai.

Cepat-cepat ganggang telefon diletakkan. Naz menekup mukanya dengan tangan. Tak sampai seminit, telefon hotel berbunyi lagi.

“Takkan nak duduk menyorok dalam bilik hotel sehingga  penerbangan pulang esok? Nak buat macam mana kalau dia sudah tertengok. Humph, kalau dia tidak suka dengan apa yang dia nampak, anggap sahaja tiada jodoh!! Wah senang kau cakap Naz, tiada jodoh konon. Nanti balik ke Luang Prabang, kau juga yang tertonggeng kecewa,” membebel-bebel Naz pada diri sendiri.

Telefon yang mati, berbunyi sekali lagi. Naz sudah tiada pilihan, ganggang telefon hotel diangkat sekali lagi.

“Encik Zaim Khaalish, kalau awak ketawa lagi, saya tak akan kawan dengan awak sampai bila-bila!”

“Assalamualaikum. Good morning, habibti,” walaupun Khaalish sudah tidak ketawa, Naz boleh ‘mendengar’ senyumannya dalam telefon.

“Number 1, wipe that grin off  your face. Number 2, don’t call me habibti,” garang sungguh suara Naz. Garang menutup malu sebenarnya.

“Okay, grin wiped off, no more habibti. Okay, sayang?”

“Sayang pun tak nak!” Wah! Macam budak kecil merajuk bunyinya.

“Darling?”

“No!”

“Honey?”

“No!”

“Dinda?”

“Eww, no!”

“Ha, ha, ha, ha…..”

“Encik Zaim Khaalish, jauh-jauh saya terbang ni, hanya untuk jadi bahan gelak ketawa awak sahajakah?”

“My, my, are you always this grumpy in the morning? Jenuhlah saya nanti,” tak habis-habis lagi mengusik.

“Khaalish!!” Si dara menjerit, si jejaka ketawa terbahak-bahak.

“Eh! Sayang, I gotta go. Dah nak tee off. Cuma nak bagi tau, driver saya tunggu di lobi. Kalau nak ke mana-mana, telefon dia. Saya dah sms nombor telefon dia ke telefon baru awak ye. Bye, can’t wait to see you! Eh! Tadi dah tengok, ha ha ha.”

Dan talian pun mati.

“Suka hati dia aja nak panggil orang sayang,” Naz sambung membebel, cubaan untuk melupakan peristiwa malu besar dia terkantoi tadi.

Hilang mengantuk. Mandi, turun sarapan. Dua hari sahaja di Kuala Lumpur, rugilah kalau baring-baring atas katil sahaja. Atas kereta nanti boleh lelap mata sebab orang lain yang pandu. Yahuu!

Usai sarapan, sambil berjalan ke lobi, telefon hadiah Khaalish dipasang semula. Ada sms dari Khaalish, memaklumkan nama dan nombor telefon pemandunya. Kemudian ada sambungan pula:

“…..btw u looked gorgeous this morn. cant wait to hv lnch wth u.”

“Gorgeous? Serius? Dia rabun dekat agaknya,” dibuat perangai cakap seorang-seorang.

“Cik Nazrahanikah?” tiba-tiba ada yang menegur.

“Saya.”

“Saya Razali, staf Encik Zaim Khaalish. Cik ada nak ke mana-mana?”

-------
Zaim Khaalish yang berada di padang golf berasa inilah permainan golf yang paling lambat dia pernah main. Rasa macam bapanya, Mr. Chng dari Taiwan dan orang kanannya, Mr. Liew pukul golf dalam aksi slow motion. Rasanya permainan 18 lubang ini, silap-silap lima jam jadinya.

Sekejap-sekejap dia menilik telefon, memeriksa laporan terkini dari Razali. Dek kerana angau tak tertahan, diarahnya Razali untuk menangkap gambar Naz setiap 15 minit dan menghantar gambar tersebut kepadanya melalui MMS.

“Beli barang-barang dapur? Pelik awek ni. Balik ke KL, barang-barang dapur yang dicarinya,” fikir Khaalish kehairanan bila melihat gambar Naz membeli-belah di sebuah gedung harian.

Gambar Naz dibesarkan untuk melihat apa yang dibeli. Tidak jelas. Hampir satu troli juga barang-barang yang dibeli. Laju sahaja jari-jarinya menaip mesej kepada Razali.
“Apa yang dia beli tu?”

“Khaal, sibuk apa dengan telefon tu? Tak lekang-lekang di tangan. The deal has been signed. Hari ni rehatlah, enjoy golfing,” tegur bapanya.

Telefon disimpan ke dalam kocek seluar. Betul kata bapanya. Mr. Chng adalah tetamu mereka, harus dilayan sebaik mungkin. Sabar sajalah. Semasa naik buggy ke lubang berikutnya, sempat Khaalish menilik telefonnya. Terjojol biji matanya seketika membaca balasan sms Razali.

“Syampu, sabun, pencuci muka, losyen, tuala wanita.”




87 comments:

  1. kan,kan,kan, simplify...mummy msh depan lappy hahahahaha nak bace jap gi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha simplify...jadi 4-5 pages each ha ha. buuuuut, bab 22 rasanya panjang, rasanyalah....mummy it's sunday!!

      Delete
  2. ku tengah gelak guling2 ni... terlalu gembira ada new updates yg manis bak ibu gula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ibu gula, hmmm dare I say chap 22 will be even sweeter?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam Nina..

    pergh.. sekali a 2 E3 sehari..mmg menerujakan akak..

    Comelnya sketsa yg mana Mamat tu dah dapat tgk wajah Naz tanpa tudung..mesti mamat sengal tu terkedu melihat kecantikan asli Naz bila bangun tidur..satu pandangan yg mengetarkan jiwanya lah kan..kalau dia melihat si Naz tu berpakaian seksi masa tidur..just baby T yg boleh nampak lurah dendamnya dan seluar boxer..tak ke haru mamat tu..nak menunggu hari mereka dinikahkan ..ha ..ha..ha..mcm nak cakap untung besaq..untung besaq..mamat tu ..pagi pagi ..dapat byk ong..!!!!
    (Nina boleh bagitau..watak Naz ni kan ..muka macam siapa ek..akak nak vitualisekan lah...dan siap pulak watak Khaalish tu..ek..Kalau mak Khaalish ..akak dapat bayangkan Liza Abdullah..!!! dia kan mmg ada aura mak datin yg umph..dengan mulutnya yg pok pek..ha..ha..ha..)

    Naz tetap si Naz..kan selamba dan poyo giler.. boleh dia pergi shopping dan beli barang barang keperluan peribadinya....

    Akak terasa seronok pulak ..bila membaca pasal ..Khaalish di padang golf..mencuit betul perasaan akak..memang patut dikatakan simamat poyo tu angau tahap gaban..ada ke patut every 15 minit disuruh ambil gambar Naz buat tatapannya..mmg tak pernah dibuat orang kan..dan setiap perilaku gadis itu mahu ditahunya...tidak kah si Khaalish ni weng..sikit..dengan kehadiran Naz..

    khaalish..whatcha.. U going to do abt it..?? Teruja nak tahu..how will they spend teir times together...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaaaa.....i like yr word "menerujakan" ha ha.
      amboi baby T and boxer shorts, adoi Hanina Abdullah ni mmg dah trademark 18sx scenes dalam citer dia huh? berbelah bagi jg saya, ada yg nak flirty2, ada yg marah2.....abis, camna? oooo Idaaa, mak Khaalish kan I imagine Datin Farida Efandi yg vogue tu, ex wife husband Tiara Jacquelina he he. Naz? aiyork siapa heh pelakon yg slumber2? sy imagine kan kaler kulit abu2 je, tak de pan asian. very de sedrhana in every way, rupa, bentuk badan, gaya....cuma intelligent abis. dan dia ni jenis yg bila kita tengok kita suka buat kawan :) sy ni jarang tengok drama Melayu, tu yg tak kenal artis.
      Pasal shopping brg peribadi tu...sebab kat LP, tak banyak choice dalam jenamanya esp tuala wanita!!

      Delete
    2. oooohhhh cik nina, cik ida...bace n3 dah guling2...bace komen u 2 lagi guling2...lebih2 lagi mamee monster klon mak datin tu wa ka kakaka...lama tak dgr citer2 'vogue & liplap' mak2 datin...terang-benderang mlm ni wlaupon ujan kat meow city ni...hhhmmmm blh purrrrr awal lam nih hehehehehe

      Delete
    3. glad that u found the entry funny, kekadang menulis ni rasa macam syok sendiri he he. naah, mak khaalish is not yr typical lip lap datin, she's very de vogue one, I've met some, they are in the 50s but look like early 40's or late 30s, dresses very trendy, not labucied baju kurungs. hmmm nnt jenuh gak i nak describe kan he he, tu la cari pasal!

      Delete
    4. Flirty2 skit la nina...baru la citer lebih hidup...tapi flirty yg high class la...mcm dlm PMS. xnampak mcm flirty yg gedik...just nice. For those yg xsuka xyah la nak baca... Pegi cari buku ilmiah utk dibaca supaya ilmu penuh di dada...

      Delete
    5. betui betui..akak sokong apa kata blackorked..alahai nina..biasa lah dik ooi..org tiduq pakai baju T dan boxer..bukan nak ngurat sape sape pun malam malam buta..kan..lagipun minah tu dok sorang sorang dalam bilik nak goda sape lah pulak..kan..

      agak agak lah juga org nak komen dan complaint tu..cer tgk dari sudut yg berlainan ..cer fikir out of d box..kan..

      Delete
    6. Sy suka pelakon ummi nazira tu...wajah melayu and suara bass gtu...takde sora menggedik

      Delete
    7. blackorked: hmm flirty high class, nnt akan diusahakan. tp citer ni hero jer yg goda, heroin camnak lari, terbalik dari PMS.

      ida:sesetengah komen tu mak aih, makan dalam he he.

      zoey: haah sapa lagi yg muka pure melayu eh? tapikan ummi nazira tu lawa, naz tu biasa2 sj

      Delete
    8. kagum ngan kak Ida sbb leyh wat ulasan panjang2 di mn sj blog yang kite terserempak kak Ida muahhahahahha

      Delete
    9. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. okies la 2...agaknya barang2 kat KL lagi murah n tejamin kualiti dia dari Luang Prabang 2 agakmya x...lagi pon bukannya selalu Naz 2 bleyh balik m'sia pon kan hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nak cari kedai yg stok benda2 ni kat LP pun susah. bukan tak ada, ada tp kat tempat yg tourist omputih selalu hang out and botolnya kecik2 je. tuala wanita kat mesia la best banyak choce na maxi nak ultra long ke night wear etc he he

      Delete
    2. Ehem nina...promo pads plak ker ;p

      Delete
    3. he he... sy ke LP tak begitu lama. tp klu lama rasanya rimas juga sebab susah nak dapat brg2 tu

      Delete
    4. Nur khairiah...sorang lg actress sy suka

      Delete
  6. hahahahaa....comey nyer n3 ni...da terkekeh-kekeh ketawa sorg2 nih.....tk dapat byg kn muka khaal ble bce msg last dr driver die tu...msti terbuntang bijik mata kn...btw sis,...u always made my day.....hikhikhikkk.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah what a sweet comment. ni yg rasa nak tulis banyak2 ha ha

      Delete
    2. hahahahhaaa...u better....ececececee

      Delete
    3. i hv to dear sbb janji nak siapkan manuskrip knk by end of dec. ni dah mid nov, aiyarks!

      Delete
  7. Owh nina i'm so excited bila tgk ada 2 entry!!! Produktif dan inovatif la u nina i loike sejuta x & those entry was so damn sweet hoccay! :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. produkti dan inovatif ha ha! will strive to always be so (statement bagus he he) glad that u like the entry

      Delete
  8. kantoi naz pg2 dgn khaalish...hehehe..
    klaalish plak buat jd bahan,...

    ReplyDelete
  9. Tak sangka ada entry lagi hari ni. Buat saya tergelak2 sendiri semasa tengah shopping tadi when reading this new entry..nasib baik boleh control..ayooo..hahaha

    Cute jer aksi c Naz ni masa baru bangun tidur. Khaal ni memang dah angau tahap gaban ni ngan si Naz. Bagi mereka kawin cepat2 la Nina. Bagi ubat angau si Khaal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. derang kawin EM, dont worry tp sebelum kawin ada sikit lagi halangan. err sikit ke? then lepas kawin pun ada lagi :)
      ubat angau.... he he..EM nnt kan bila ZK ckp kat bp dia why he likes Naz, sempoi je he he.
      Glad that u think this entry is funny. ini yg bagusnya dpt feedback dari readers...tak de lah writer syok sendiri :)
      tqvm!

      Delete
  10. Luv u so much nina... Suka sgt2.... Dah tersengih2 sorg2 nih sampai mr hubby pelik tgk I... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha lps tu lovey dovey dgn Mr Hubby tentu dia suka!! LOL

      Delete
  11. wah...excited nyew skali bukak ad 3 en3.....waa....writer...nk lgi.....n pliz, bgi pnjang skit next en3 utk nk merubat rndu...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdg diusahakan. skrg ni cam terjatuh minat plak dgn bab2 yg pendek he he

      Delete
  12. w/end yg sungguh sweet for naz + khal & also for me... x kisah lah lau kene diabetis if berbaloi sgt mcm ni... hihihi. baru naz tau kan punya la susah pyh khal turun naik flight every 2 weeks coz nak jmpa dia... dah ada phone sng la khal nak lps rindu... mesti b4 this khal tersiksa tanggung rindu kat naz.. dah la email pun x bg...
    nina i selalu pk y u r dif from other penulis.... rasanye mcm close sgt dgn ur followers.. then i notice, so far only u & eve yg akan reply all comments even just say thanx. jgn berubah ok.. x pernah berjumpa tp dekat di hati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he setakat ni sweet Norana (waaaah, cam kasi hint je ni)
      hmm i always like to be different, unik lah kunun tp sebenarnya tak delah different bagai pun, pompuan Melayu, duduk kat kg, tipikal gitu. Dan saya rasa kemelayuan tulah yg mementingkan ramah tamah, silaturahim dan yg sewaktu dengannya kan. eh, org dah susah payah tinggalkan komen, adablah mesti jawab kan. walau pun kdg2 komennya surprised me dan saya pun tataw nak respon cemana ha ha. InsyaAllah tak berubah, I am comfortable with who i am. tu lah bab berjumpa tu...di alam siber je lah kan. ha ha kwn2 saya nak jumpa sy pun kena ckp, we r coming, whether ur in yr hse or not, u better be there. so sy pun terpaksalah ubah schedule itu ini. klu ada rezeki, thn dpn laaaagi sibuk. but cant complain, rezeki kan

      Delete
  13. I wonder whether there's one real Zaim Khaalish tucked somewhere in this universe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo sy ckp ada camne hehehe maybe not 100% khaalish but close enuf

      Delete
    2. And you're the Naz, are you not? :)

      Must be interesting, kan? ;)

      Delete
    3. Sadly no...hehehe...but the guy is a fren

      Delete
    4. zoey....alaaaa bab "sadly no" tu sad lah!
      Inche Suami saya caring cam ZK (eh eh perasannya saya) tp tak kaya lah. ha ha oklah tu :) eg kalau saya nak out stn he will make sure the tank is full, touch n go dah top up etc. (tak de sapa tanya pong!) :)

      Delete
    5. Yer sad hahaha but nk wat camne we meant to be frens je...syukur jugak sbb fren yg caring gtu

      Delete
  14. wah...back2back...hehehe...I loike... baca PMS mcm tgk tv. ..... N&K pun sama. Abis baca mata pun ngantuk...dah berapa kali terlelap nie..... k ler...patiently waiting for chap 22. ..gudluck nina and thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Abis baca mata pun ngantuk" waaaaaaa, u mean PMS n KNK are boring? hu hu :)

      Delete
    2. Hehehe...u got me wrong dear....sorry.... terjegil balik my ngantuk eyes. Your writing never make me bored. Wah....tobat lepas ni tak nak comment while I am sleepy.... I ada habit yg addicted baca blog...especially yours. Sblm tidur jer pergi intai blog...terjaga dr tidur jer intai gak. sblm tido td i g intai... wah excited back to back chap. Hilang ngantuk sat. I bila excited jer selalu nye nak mengomen...hehe.Bila nak ngomen jer tadi dah ngantuk balik...age is catching up... sleeping problem. Sementara nak abis mengomen tu few times dah terlelap.... sblm ni I pernah comment dlm one of the PMS chap, yg baca PMS mcm tgk tv. I guess u x perasan kut coz u tak reply pun...hehe. sambil baca dah terbayang kat mata. How to explain.. i dono tp exciting ler. So same with KNK... Kalau boleh tiap2 hr nak baca. Actually hr tu siap buat research ngan pak Goog with En Khalish mana Naz sembunyi... dah dapat tu g research geography lg.

      Wow this is the longest I ever write... So I am sorry. I was shocked with ur reply td. Kat blog u juga ler yg I paling banyak I comment. I always excited with ur writing... Kalau ada comment tu maknanyer excited giler ler tu. SORRY..SORRY...

      Delete
    3. eh tak perlu kata sorry, i ngusik jer, just joking. tp klu betul ada yg kata pms n knk boring pun i tak marah. one can never please everybody kan and i am at peace with this. actually i ingat komen ttg bc pms mcm tengok tv, yg komen ttg mak mertua una kasi cawan kopi kosong kat pak mertua dia? oh i tak respons ye, i try to response each comment. klu tak response tu maknanya i was travelling at that time and tak dpt internet lah tu. by the time dpt internet blk dah tak ter catch up dgn komen.

      ha ha making readers google thing and words up nampaknya impak nk kan, he he. tqvm ye for yr support. actually i pun dah addicted to the internet. my galaxy note simpan bwh bantal, sebelum tdo belek, then bangun tdo, itu lah benda yg capai dulu, astaghafirullah.... :)

      Delete
    4. woish....ya betul... np.

      Hehe...kan...Astaghafirullah...

      K. Boleh lena dah nie....

      Delete
  15. Replies
    1. tqvm, ER! eh dah 12 Nov, mana TWB? dah target nak beli for my upcoming out stn trip, boleh baca masa bersendirian kat hotel. All the best ya!

      Delete
  16. Alahai....
    Tak tahan nak gelak....hehehe
    Beli barang peribadi pun nak kena report.....#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo nnt dah kawin camna kan? jeng jeng jeng :)

      Delete
    2. Nnt kawin senang khaalish dh tau brand bole jd tukang beli plak hehe

      Delete
  17. Assalamualaikum. See, gigih saya menyiapkan Bab 14 SAJC bila ada orang tu jawab soalan kita macam tu. And please, jangan mintak Bab 15 lak.. Terkulai depan lappy lah jawabnya. hehe.
    Ni Khaalish kemain lagi ek, 15 min sekali nak repot. Mak aii, tu tunang teknikal kalau tunang betui? 5 min sekali agaknya. Dah sah? Hehe, x kuar bilik si Naz ni gamaknya.
    Gigihlah Puan Nina usahakan 3 bab, ni rasa tertelan air liur bila tgk 3 bab sekali ada. Lagi tersekat air liur bila request SAJC 14. amboi-amboi... okeylah, tunggu bab 22 yang dikatakan panjang..mesti gaduh2 manja between KNK kan? ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha much appreciated. Legaaaaa rupanya Yeop Hampeh tak jadi suami dia, pandai betul awak kasi org suspense he he. So on dgn Inche Insinyur....saya rasakan penulis ini bias kpd engineers....asyik2 engineer je yg jadi main hero. Sebab in real life nya engineer juga main hero nya kan Kah kah kah... Eh eh masih ada simpati saya but Dr Am, apsal lah hero sampai 3...kan dah dilema besar :)

      Delete
    2. Okey, dah terikut nih. Bab 15 is released! kasi suspense ek? Kawan2 ckp saya ni kaki dera perasaan mereka yg membaca? Betul ker? Entahlah, bila taip sampai situ abis idea..so, tergantunglah. heheh.
      Me bias ke? Entahlah tak kut kalau baca SAJC sampai abis. At the end.... erm..tatau nak kata pa dah. Real life, tuan insiyur hero...memang mengaku je lah.hehe

      Delete
    3. oh dah ada chap 15!! wah productive and innovative jg u ni, jap2 ni gi baca, br blk dari lunch

      Delete
    4. productive n innovative? bunyik cam pelik utk saya lah pn. nina aii..sebenarnya nak cepat2 habiskan, nak kejar dateline utk PA pulak.. harulah, sampai migrain2 lagi nih..

      Delete
    5. wow 2 novel jalan sekali? terror nya! apa2 pun all the best!

      Delete
    6. taklah....mati lah. SAJC jalan sebab blank PA..hehe. jgn ikut perangai buruk nih.

      Delete
  18. Nina dear,

    Congrat! 3 bab sekaligus. Mmg superb beb, really enjoy it.

    Adegan rajuk manja dh nak start, teruja beb. Nak juga tgk mcm mana anak jutawan nak pujuk si dara pujaan hati. Naz dh malu tapi mahu, Khaal pula siap pasang perangkap cinta. Khaal..khaal setiap 15 min pun sempat lagi mengusar nak tahu si dara pujaan buat apa. Siap minta assistant MMS lagi. Klass gitu! apa-2 good luck for Bab 22, x sabar nk baca...Tq dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he semalam saya meroyan depan lappy, siap sampai bawa ke dapur. Hubby pun tengok dah semacam terus dia bawa the boys pergi pool sampai nak dekat maghrib, so mummy taip dan makan je semalam wa ka ka.

      Delete
  19. Hanina ...best sangat...tak sabar nak tunggu next chapter huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad that u like it :) Suryati first time komen ke? Cam tak pernah tengok nama sebelum ni, kalau saya salah sorry ye

      Delete
  20. kak, tqvm for the nice story....marathon 3 bab sekaligus... sy suka sgt... story as usual mmg awesome... naz dh mula jinak nmpknyer.. hahahaha... and kak, last request.. can I have khaalish... fall in love with him deeply....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, we all need a Khaalish in our life, he he he, statement jiwangggggg

      Delete
  21. Dear Nina,

    - Ha..ha..ha..lawaknya si Naz & Khaalish ni...
    - tapi macam best aje, bila Khaalish manjakan Si Naz...seronoknya...
    - alahai si Khaalish ni...hhhmma kak pun tak tau nak tulis macam mana..angaunya masyaallah...ha..ha..ha..
    - thumbs up for you nina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita buka kelab angau siber....why not, life can be harsh, so angau is good he he

      Delete
    2. yup... angau je.. bukan kacau org pun kan... jommmmm

      Delete
  22. kih3.. terbaekk ah khalish ni.. angau overboard1 smpai setiap 15 minit kna update kat dia.. bengong2.. ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh Mizz, nnt kan dah kawin, dia terus sambung tabiat ni, then dia nampak Naz buat something so dia terkejut he he

      Delete
    2. dengki tau nina... x sabar nak tunggu smpi bab dah kawin tu... jgn delay send manuskrip knk tau... feb 2013 kuarkan? rasanye x sanggup nak tunggu if delay.. iskh3

      Delete
    3. Awk visualize awal2 kalo tk tahan sgt hihihi

      Delete
    4. masalahnye x berapa nak sweet lau visualize sndri... nak nina story jugak baru terasa aura diabetis nye..

      Delete
  23. caya u dek nina...khaalish dh angau tk dek tahap dh...sampai razali kena wat report tiap 15 min.tu br jer tngk naz tampa hijab....sndri mau ingt lh bro.....akak pun leh angau tiap kali bc n3 u dek...best tersngt sngt hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah ini sorang lagi ahli kelab angau siber kita he he he

      Delete
  24. Replies
    1. wanie, part mana or semua part ke? amboi perasan saya nih!

      Delete
    2. hahaha!!!sume part ade nilai kekelakarannye!!ehehh!!!

      Delete
  25. Salam Nina....
    Malam tadi dah baca...tergezut juga sebab ada 3 entry sekali I bukan page Nina. Suka suka suka!!!! Tapi malam tadi tak sempat nak komen, ngantuk beb...
    So sekarang nak bagi komen...alaaa....bukan komen apa, just nak cakap saya suuuuuuka sangat2 dengan KNK. Tiap2 hari dok bukak page Nina, manalah tahu kalau2 ada entry baru kan. Tapi semalam one whole day memang tak bukak page sapa2 pun sebab bizi baca novel. Lepas tu dok buat ulangkaji PMS Hanina dengan ILUS Kak Melur Jelita. hihihi.....setakat ni, itulah my top 2 favorite books.
    KNK yang jadi best bagi saya sebab gaya cerita yang very natural dan selamba, dan tak gedik. Bila baca, rasa macam saya ada kat sebelah Naz atau Khaalish....teruja sangat2 walaupun saya tahu Naz & Khaalish tak dapat rasa pun saya kat sebelah mereka...ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he yg mahal tu part, natural and selamba, tak gedik. 1 thing saya kurang gemar dgn Malay love stories is that kalau sedih, sedih sangat2. kalau kejam, kejam sangat2. kita nak yg moderate he he. ooo buat ulangkaji ye, ada exam apa? :)

      Delete
    2. eh eh...bukan exem lah. ulangkaji tu sebab dok ulang ulang baca PMS Nina lah..... kalau saya suka satu satu cerita tu, saya akan ulang2 baca....buku PMS saya dah macam belacan pun ada.

      Delete
  26. hahahahah.. siyes dah terpikat ngan khaalish.. naz pun.. auww.. so sweet.. hahahahha

    ReplyDelete
  27. zaim khalishhhhhh.. omg!! ~melting~

    ReplyDelete
  28. Salam Nina...

    wah cepatnya ada entry baru.
    alahaii.....ngapa lah x d org nak skype saya in d morning.

    Nina... saya rasa ternampak2 gaya naz waktu di skype khaal.


    ReplyDelete