Sunday, 2 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 28


Salam, dears! Saya kira2 KNK akan dinaikkan hingga Bab 31 di blog. So 3 more entries to go. Lepas tu saya perlu berpulas hempas siapkan manuskrip ini. Oh December, be kind to me....




Bab 28

Sekitar jam satu tengahari, kumpulan penyelidik berehat sebentar dan makan tengahari. Bekalan dibawa dari rumah kerana bukan ada kafe atau kedai makan yang berdekatan. Bekalannya pulut yang dimasukkan ke dalam baku-bakul anyaman kecil. Kuahnya pula kari sayuran, ringkas menunya. Pulut dicubit, dicicah ke dalam kari lalu masuk ke mulut. Dan tentunya ada salad Luang Prabang.

            Khaalish yang jarang makan pulut terpaksa menelan juga menu tengahari itu. Kalau tidak makan, nanti kebulur pula. Entah pukul berapa mereka akan pulang ke bandar Luang Prabang. Naz dan Ozgur pula makan tanpa banyak karenah. Falsafah kaki merayau tegar, tak boleh banyak songeh. Makan apa yang ada, asalkan halal. Tidur di mana sahaja, asalkan selamat. Kalau cerewet, duduk rumah sahaja.

Lepas makan pulut, Ahjan Sirirrat mengeluarkan sesikat pisang sebagai pencuci mulut. Naz dan Ozgur makan sebiji seorang, kemudian meminta diri untuk menunaikan solat. Teringat apa yang diberitahu oleh Reham, Khaalish juga turut bangun dan bergerak ke arah bilik air. Tanpa dapat dikawal, terjungkit sebelah kening Naz. Hai, tidak ajak, tidak suruh pun kali ini, tahu pula solat. Bukan Khaalish tidak perasan riak muka Naz, namun dia buat muka kering sahaja.

Bilik air di sekolah itu daif, tiada air paip, lantai tanah tidak bersimen. Airnya pula cuma air bukit yang disalirkan melalui batang-batang buluh. Berkerut dahi Khaalish, tidak selesa. Bagi Naz dan Ozgur yang biasa dengan budget travelling, selamba sahaja. Usai berwudhu, Naz membentangkan tikar di bawah sebuah pokok. Dek kerana tikar itu kecil, Ozgur dan Khaalish bersolat dahulu.

“Jom kita solat jamaq, awak imamkan,” ajak Ozgur.

“Nak imamkan solat? Gulp!” fikir Khaalish sambil menelan air liur.

“Awak sajalah yang imamkan,” Khaalish menolak dengan suara yang perlahan, malu juga dengan Naz yang ada berdekatan.

Sekali lagi, tanpa dapat dikawal terjungkit sebelah kening Naz bila mendengar apa yang Khaalish katakan. “Why am I not surprised?” cemuh dia dalam hati.

Akhirnya Ozgur yang mengimamkan solat. Selesai kedua-dua jejaka itu bersolat, Naz pula menunaikan solat zuhur. Dah bermastautin di Luang Prabang, takkan nak bersolat jamaq pula.

Usai waktu rehat, kumpulan penyelidikan itu kembali berkerja. Sekolah tamat pukul tiga petang. Murid-murid pulang ke rumah, guru-guru pula meneruskan latihan dengan Ahjan Sirirat dan Dr Surachek. Mereka dilatih bagaimana mengajar Bahasa Inggeris melalui drama, nyanyian dan permainan. Walau pun Naz tidak cekap berbahasa Laos, dia tetap menyertai sesi latihan itu sambil menyiapkan laporan mengenai aktiviti hari itu. Gambar-gambar aktiviti dan hasilan kerja pelajar dipilih untuk disimpan sebagai data. Begitu juga dengan klip-klip video.

Ozgur dan Khaalish pula duduk melepak di atas kerusi kayu di bawah pokok tempat mereka makan tengahari tadi. Terfikir juga Khaalish yang kerja Naz boleh tahan teruknya, bukan bekerja di bilik berhawa dingin tetapi di sekolah yang panas tanpa kipas angin. Agaknya lebih selesa bekerja di Qatar, negara yang kaya raya.

“Ozgur, kenapa Naz datang bekerja di sini? Bukankah di Qatar gajinya lebih besar?” tak dapat ditahan, terkeluar juga soalan itu.

“Ah, Naz. Bukan boleh melekat di satu tempat. Wonderlustnya tiada had. Tengoklah di sini pun, bukan lama tu,” jawab Ozgur sambil tersengih memikirkan perangai kawan baiknya itu.

“Kaki jalan sangatkah dia?”

Ozgur yang mendengar soalan itu berasa hairan, tunang sendiri pun tak kenal?

“Fuh! Awek tu mana reti duduk diam. Awak nak tengok gambar kami berjalan-jalan?” pelawa Ozgur.

“Boleh juga.”

Lalu dikeluarkan Ozgur Ipadnya dan ditunjukkan kepada Khaalsih gambar mereka merayau-rayau ke serata alam. Gambar-gambar mereka mengembara menaiki keretapi Trans-Siberia dari Moscow ke Vladivostok.

“Siapa ni?” tanya Khaalish bila melihat gambar Naz dengan seorang pemuda berkulit putih. 

“Itu Schuyler. Satu universiti dengan kami dulu. Sky ni pun kaki rayau juga.”

Bila melihat gambar-gambar di sebuah padang pasir, Khaalish bertanya, “Di Qatarkah?”

“Tak, di Namibia.”

“Namibia?!” terbuntang mata Khaalish.

“Haah, kami ke Afrika Selatan, terus melencong ke Namibia sekejap.”

“Sampai ke ceruk sana dia merayau. Boleh tahan awek sorang ni!” komen Khaalish dalam hati.

Kemudian gambar-gambar di Afrika Selatan pula. Gambar Naz sedang bersiap memakai peralatan paragliding.

“Itu gambar Naz paragliding dari Lion’s Head dengan Thabo,” Ozgur memberi penerangan.

Memang Khaalsih sudah perasan, banyak sekali gambar jejaka berkulit hitam itu dengan Naz.

“Siapa tu? Tour guide?” soal Khaalish lagi.

Ozgur sudah perasan, bila nampak sahaja gambar lelaki dengan Naz, mesti disoal oleh Khaalish. Tersengih dia, dah dapat idea untuk mengusik!

“Haah, ‘tour guide’ kami. Rumah dialah tempat kami melepak di Cape Town. Satu universiti dengan kami juga tu. Beria dia ajak Naz ke Cape Town, nak bawa jumpa mak dia. Saya ni tumpang sekaki saja,” cerita Ozgur dengan sengih kerang busuk.

“Bawa jumpa mak dia?” mata Khaalish mencerun.

“Thabo tu tergila-gilakan Naz,” jawab Ozgur, hampir membuat jantung Khaalish terhenti.

“Oh iya? Naz pula?” soal Khaalish sambil merenung tajam gambar Thabo. Memang kacak mamat Afrika Selatan tu, tinggi, agaknya melebihi enam kaki, berbadan tegap berotot-otot.

“Thabo keturunan orang Zulu.”

“So?”

“Bapa dia ada lapan orang isteri.”

“So?”

“Gila Naz nak kahwin dengan dia? Dibuatnya Thabo kahwin sepuluh? Ha ha ha,” jeda sebentar, “Naz tu nak cari suami yang Islamik, sebenarnya.”

“Awak?” soalan berani mati dari Khaalish.

“Saya….dan Naz? Semua orang kata kami anjing dan kucing, ha ha ha ha,” jawab Ozgur sambil ketawa.

Dari riak muka Khaalish, nampak sangat dia tidak percaya kata-kata “kawan baik” Naz itu. “Kawan baik konon!”

Hampir pukul lima petang, baru kumpulan penyelidikan Ahjan Sirirat bergerak pulang. Khaalish yang tidak bekerja pun turut berasa letih. Tiba di Bandar Luang Prabang, Khaalish turut melepak di rumah sewa Naz. Naz pula tidak sabar-sabar mahu menunjukkan gambar-gambar dan rakaman aksi Khaalish berlakon menjadi singa. Dikeluarkan computer ribanya, gambar-gambar dan klip-klip video Khaalish sudah dimuat turunkan ke situ.

“Ha ha ha, boleh menang Academy Award ni,” perli Naz bila video Khaalish menjadi singa yang terperangkap dalam jaring pemburu dimainkan.

Si mamat korporat hanya tersenyum tawar. Apa lagi nak dibuat?

“Saya naikkan ke Youtube, nak?” sambung Naz, tidak habis-habis mengusik.

Terbuntang mata Khaalish, “Naz, don’t you dare! Niat murni saya untuk menyumbang tenaga demi pendidikan kanak-kanak tu, tak baik awak aniayakan saya.”

“Ceh, ceh, ceh. Niat murni! Menyumbang tenaga! Mulianya Encik Zaim Khaalish,” perli Naz sambil ketawa mengekek.

“Apa? Awak ingat awak sahaja yang berniat murni?” kening Khaalish terangkat-angkat.

“Saya bekerja, Encik Zaim Khaalish, cari rezeki. Awak tu yang saya tak tahu kenapa masuk ke kampong yang terperosok tu.”

“Nak tengok apa sebenarnya girlfriend saya buat di Luang Prabang ini. Nak cuba fahami kehidupan dia di sini,” jawab Khaalish tenang, matanya merenung wajah Naz dalam-dalam.

Kering tekak Naz jadinya, “Ehem…err…. Macam nilah…”

Lebar senyuman Khaalish. Kalau dia sebut tunang, melenting Naz jadinya. Tapi bila disebut girlfriend, tidak pula melenting awek tu. Girlfriend pun girlfriendlah! Mamat korporat itu tidak kisah langsung betapa poyonya dia dalam gambar-gambar dan klip video Naz. Yang penting Naz senyum, Naz ketawa. Dia bahagia.

Malam itu mereka makan di luar, Khaalish belanja. Kasihan, katanya, sudahlah siang tadi kuat mereka bekerja, malam tak perlulah bersusah payah masak pula. Kali ini mereka tidak ke restoran vegetarian. Ahjan Sirirat dan Dr Surachek memesan nasi dan sayur-sayuran seperti biasa. Naz, Ozgur dan Khaalish pula memesan lauk ikan masak masam manis dan tom yam makanan laut.

Pulang ke rumah sewa, mereka berjalan kaki sahaja. Senang begitu, rumah sewa mereka betul-betul di bandar Luang Prabang. Tiba di rumah sewa, Ahjan Sirirat, Dr Surachek dan Ozgur terus masuk ke rumah, mahu tidur. Walaupun baru pukul 10 malam, mereka sudah keletihan dek kerana aktiviti yang dijalankan siang hari tadi. Esok hendak ke sekolah lain pula.

Khaalish dan Naz pula berhenti di pintu pagar rumah sewa. Buat beberapa minit kedua-duanya diam. Khaalish berkira-kira samada hendak bertanya atau tidak. Naz pula tertanya-tanya kenapa jejaka itu diam berdiri di pintu pagar rumah sewanya. Tidak mahu balik ke hotelkah?

“Naz…”

“Hmm?”

“Kalau saya tanya, jangan marah ya.”

Lembut benar permintaan Khaalish, takkan nak marah pula, “Apa? Tanyalah.”

“Ozgur tidur di rumah awak?” soalan ditanya berhati-hati.

“Hmm hmm, di bilik saya,” lurus jawab Naz.

Khaalish menarik nafas dalam-dalam, “Sabar-sabar, jangan melenting,” dia mengingatkan diri.

“Saya tumpang tidur di bilik Ahjan Sirirat, ada katil queen size,” sambung Naz.

Jeda lagi, Khaalish menyusun kata-kata di kepala dahulu.

“Kenapa Ozgur tak tidur di hotel?” soalan ditanya selembut mungkin, tidak mahu Naz marah macam Khaalsih Tanya tentang Dr Surachek dulu.

“Kami dah biasa, kalau berjalan, sentiasa jaga bajet.”

“Diakan ada kerja bagus di Qatar?”

“Entah, dah terbiasa.”

“Saya tak selesa dia tidur di rumah awak.”

“Kami kawan baik.”

“Saya?”

“You’re you,” jawapan mengelak sebenarnya. Siapa Zaim Khaalish di hatinya? Dia sendiri belum pasti.

Zaim Khaalish terpaksa berpuas hati dengan jawapan itu. Bukan masanya untuk dia menekan Naz. Naz itu api, tidak boleh dilawan dengan api juga. Kali ini Khaalish mencuba pendekatan sejuk nyaman, sesejuk air. Walau pun hatinya membara.

“Berapa lama dia di Luang Prabang?”

“Seminggu dua.”

“Huh, lamanya,” keluh Khaalish dalam hati, “macam-macam boleh jadi.”

“Naz….”

“Hmm?”

“Saya cemburu,” dengan nada yang tenang, keluar kenyataan itu. Mata Naz direnung dalam-dalam.

Giliran Naz pula untuk menarik nafasa dalam-dalam. Kenyataan kamikaze begitu, agaknya bagaimana mahu dijawab?

“You don’t have to. Ozgur and I, we are friends.”

“It could change,” si degil itu tak mahu mengalah.

“I doubt it. If you really know Ozzie, you’ll doubt it too,” jawab Naz dengan tawa kecil.

            “Doubts? Oh, I have plenty,” keluh si mamat korporat.

           

80 comments:

  1. Replies
    1. insyaAllah, 3 more chapters coming soon...

      Delete
  2. Jealous khaal..... Hehe... Suka ngan Watak naz yang strong dan punya pendirian sendiri. Lain Dari novel novel cinta Melayu sekarang. Tabik buat Hanina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sukanya bila awak kata lain dari novel melayu skrg (writer perasan!)

      Delete
  3. Nice entry. Terasa ke'vulnerable'an (adaker ayat ni)si Khaal pabila dia menyatakan "saya cemburu" and sangat berhati2 untuk bertanya dengan si Naz. Something that i like about this entry is its different from the other story where the hero if cemburu will not say they cemburu and keep it bottle up until it blow out then marah2 salahkan si heroin. Keep it up Nina!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke'vulnerable'an, kalau saya guna perkataan ni sure kena edit punya. ya, am trying to make the characters behave maturedly but kita tengok sampai bila ye...

      Delete
  4. Hahaha. Sukanya part "saya cemburu" tu. Sweet~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm, tu yg dia rasa...tak senang kan nak ngaku 'saya cemburu' hailah Khaal...

      Delete
  5. Best3.....heeee khaalish jeles betul!!! Btw citer ni terbaik!

    ReplyDelete
  6. Bagus la khaal leh plak dengan berhati2 sempat lagi bgtau yang dia tgh cemburu... Bagus at least x mrh2 org ats sebab yg org tu sendiri x tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan, marah2, ringan2 tangan, budaya Melayu cam tu ke?

      Delete
  7. Ohhhh...saya suka jejaka yang macam khal nie..cool w/pun cemburu...nina berapa lama lagi kami perlu tunggu utk dapatkan buku nina. Hope early next year kami dah boleh dapat buku nina ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunun2 nya nak dicetak bulan feb, itupun kalau saya siapkan maniskripnya by the end of dec, sigh. skrg baru half way, banyak lagi nak taip ni. sy tengok calendar sy dec ni, tiap2 wiken ada sj event, walaupun tak kerja. doakan sy ye...

      Delete
    2. Nina, I hope that dec will be kind to u. Biasala, dec is known as the busiest month dengan datelines, reports, meetings, confrences, new year plannings, weddings, vacations, etc.

      Good luck to u!

      Delete
    3. so far dec has been too kind for me with 2 weekend getaways already..kalau tidak kerja sokmo. on top of this as u said i have reports to finish...so far i still dont know how I am going to manage completing the manuscript. and i am alsa undecided abt the ending!! am telling myself to chill pms ari tu pun susah nak buat endingnya :(

      Delete
  8. Naz..saya cemburu...
    Me: Nina..saya cemburu!
    Boleh kut. Cuti keje mengarang tak jalan, kaki aje asyik jalan ke sana ke sini. Ngee, macam x aci aje bila u dah up chapter ni.. Kesiankan ai ni, tulun la slow sikit eh..tiba-tiba. Mahu pelangkung nampak gayanya.
    So far, nak tengok tahap kejelesan Khaalish tu. Itu yg penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taip dlm kereta, shaf! pergi siap separuh, balik siap lagi separuh. tgh jln batri lappy habis, singgah kedai mamak, sambil dinner, sambil caj lappy he he. alah jgn cemburulah, yr sajc dah nak masuk bab 36 dah...

      Delete
  9. nice entry...worth waiting for...now "saya cemburu"....cemburu kan naz yg ada org cemburukan die....sy takde!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he, bg sy pula rimas bila ada org cemburu2 ni.... :)

      Delete
    2. awak rimas ek...sy ni semput baca ....diulang SAYA CEMBURU!!!! hehehe jgn marah ek....sy stress minggu nih...

      Delete
    3. stress? join the club babe! :) personally I would be rimas kalau ada org yg cemburu. tp so far tak de sapa pun cemburu :( sebab dia tahu saya ni mmg tahu batasannya, che wah!

      Delete
  10. Am beginning to love this Zaim's character..... Tangkap leleh - bak kata mat rempit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, sy pun dh start suka Si Hero. Kalau dulu ms PMS sy suka sgt Nawwal but now suka sgt Khaal. Donno why? Tp mungkin sbb dia yg cool n sabar dgn Naz. Ikut liuk lintuk Naz je. :)

      Delete
    2. he he, AA & Aomori...susah nak suka Zahrain kan sebab dia suka marah2 dan torture Nawwal. Si Khaalish pula dia sweet sangat, believe it or not he is going to get even sweeter. I suppose ur wondering if its possible for him to be even sweeter he he. for some ppl pula bila hero too sweet, derang boring, derang nak hero yg hard to get

      Delete
  11. Hi Nina....suka sangat dengan character Khaalish ni. He is soooo cool walaupun kat dalam hangat membara. Ya, saya pun suka dengan ayat dia...SAYA CEMBURU....barulah Naz tahu isi hatinya kan, but at the same time dia tak mengongkong Naz....( jangan Khaalish jadi King Kong sudah! ) :)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm Zalida, tungguuuuuu bab 29 he he he (evil laugh)

      Delete
    2. evil laugh tu naik tanduk skali ke??....

      Delete
    3. he he bab29 sikit lagi nak siap, zoey

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. So cute!!! hehehe next entry please!!!

    ReplyDelete
  14. Dear Nina,

    - Ha..ha..ha...Khal jeles yea....good job nina..
    - Nina cool aje...mana ada zaman la ni orang lelaki jeles...selalunya orang pompuan yang jeles...
    - No doubt Khal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh ada lelaki yg jeles... ni way tunggu bab 29 ye he he he

      Delete
  15. berterus terang si Khalish ni...bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. later on pulaaaaaa.....jeng jeng jeng!

      Delete
  16. tetiba Khaalish jd seorg yg sgt sweet..
    ckp pn lmah lembut je..

    ReplyDelete
  17. sweet nye si khall ckp "saya cemburu".. straight to d point, tenang & tiada amarah. lepas ni nak try cam tu lah jugak.. direct je ckp, "abg, sayang merajuk" hihihi.. nina, i m doubt too about naz & ozie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum akak kita cakap macam tu.
      inche suami tengok.." merajuk eh, pandai2lah bawak pujuk diri sendiri."

      Delete
    2. shaf... rasanye itu lah jwpan yg kita dpt nanti kan... iskh3.. sungguh x romantik inche hubby kita.. :(

      Delete
    3. haah, inche hubby sy pong tak pandai pujuk, boring betul!! malay men cam gitu kut....bahaya bila derang mula treat bini cam derang treat derang punya geng, haish!

      Delete
    4. Tak jugak, Izz Harriz pandai memujuk...tiba-tiba.mungkin typical malay man kut. romantik dalam diam.

      Delete
    5. hahaha.. sempat masuk si izz harriz ye... dah lah bagi teaser yg sentap jiwa... nina & shaf, sila speed siapkan manuskrip. langgar je kamera AES... don't worry gerenti dimaafkan, x kena saman punya.. hihihihi

      Delete
    6. Norana Said
      -teaser aje kut sentap jiwa, full entry dah kasi senyum kan..kan..kan..
      -itulah terkena badi gula-gula sugus Izz Harriz lah pulak

      Delete
    7. hihi.. memang superb shaff.. gula2 sugus ke izz? bukan choc indulgence sec recipe ke.. ?? tuan tanah, sepi je.. silalah up bab 29, SAJC dah sampai pit stop tau.. hahaha

      Delete
    8. Ingat gula2 sugus ingat izz mkn kek ingat izz...ohh izz.okey nsk g siapkn mss.ngee

      Delete
    9. mmg jeles dgn sajc yg dah 'berlabuh' di blog...huhuhu

      Delete
  18. cian nyer kat jejaka terhot...terang2 ngaku cemburu....macho lh khall wat cam tu,sweet sesngt...kalu akk dpt jejaka cam neh mmg meroyan lh dek.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala meroyan best kan? he he

      Delete
  19. kyaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

    kak nina!!!!! saya jadik gila n meroyan bila abes macam tu je.. ahahhahahhahhaha..

    btw, thanks for the episode... n Khaalish suwittttt~ LoL

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ini lagi satu kes meroyan LOL, suma meroyan because of Khaal :)

      Delete
    2. akak la ni.. ahhahahhahha.. mau mati kejung ni tunggu nak kuar buku.. ahahhahhahhahah

      Delete
  20. Wah Zaim Khaalish dah mengaku cemburu.... #^_^
    Memang terbaiklah dear....

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan cam tu, ngaku jer. si zahrain dulu, bila cemburu, dia marah2 lah, dia buat2 jual mahal lah...hmm good that the 2 heroes are different kan? tak de lah readers boring jer!

      Delete
  21. Nina, slowly I can see that KNK & PMS are very much different. Although there r some similarities between these 2 novels. Thumbs up to u, I think u managed to make the difference naturally. I like that hilarious scene where khail jd a trapped lion, he must be soooo cute!!! Haha. Suddenly a very strong personality millionaire can turn to a very funny guy becoz of Naz.

    Nina, up to current chap, I personally think that u did it successfully. And the chaps are flowing naturally. Keep it up!!! Ganbate kudasai!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. similarities: hero both anak org kaya, heroine kaki rayau (sbb writernya kaki rayau tsk tsk tsk), pak mertua loving, heroine BFF with the opposite sex . differences: Naz has a bad relationship with her fmly, nawwal is very sweet, naz is a tough cookie, nawwal has a BFF kinda mom in law, Naz mom in law is as a few of u wrote mamee monster he he. oh another thing, nawwal is a great cook, naz is hopeless LOL.

      TQVM for yr kind words. Unlike PMS yg flow sj ceritanya. KNK is more of the kejap2-mati-enjin kinda book. writer is getting old

      Delete
    2. Dear Hanina
      -writer is getting old!
      -really?ngehngeh

      Delete
    3. hmmm bak kata omputih, the heart is willing but the body says no, LOL

      Delete
  22. Hi Nina,

    These two main characters have been developing well so far. I think it's cool that Naz is playing hard to get, and it's aligned to how she felt about their past. A show of determination and certain level od maturity on her part. It's only too typical for the girl to succumb prematurely to the boy.. so let's not be typical ;)

    And I think it's double cool to read on how Khaalish would change eventually on his own accord [i hope]. And for him to take his time. Takdelah bila Naz kata dia cari suami yang beriman, tiba tiba jer si Khaalish turn 360 degrees and jadi sangat beriman. I mean, it's more realistic to see him having his doubts and inner conflict whether he should change to the better for Naz, or for the Almighty [the later should be the only reason, the former could be the catalyst]

    Excitement? Oh, I have plenty. LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think Naz is actually thinking very hard abt getting into a relationship, after seeing her own parents relationship, her father is too domineering. so dia takut like what if i get one like my father too..

      thanks for yr excitement, should encourage me to taip laju2

      Delete
  23. Cik Nina,

    Kesian kat Khaalish, banyak sgt rintangan. Akan mengalahkah Zaim Khaalish, itu kena tunggu bab yang seterusnya.

    Naz pun satu, udah-udah le buli mamat tuh. Kesian kat dia, apa kata bagi sedikit peluang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm macam sy ckp kat Rhyz, bukannya ttg buli. Tapi Naz sangat berhati2 nak form a relationship sebab dia tengok perkahwinan mak bapa dia cam mana. later akan diceritakan ttg bapa Naz

      Delete
  24. Hi kak Nina...it's really amazing hw u manage to make a difference in the usual malay novel plots. Really love ur words n story line. No matter hw I tried to expect the unexpected the nxt entry from u nv fails to surprise me. hehehe.. Hoping to read more books frm you. ;) keep writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! i enjoy yr comments so much, i am thinking harder to make KNK untypical malay story plots. tapi I dont know if readers can accept it esp the 2nd half part in the printed version...worried that some may say its not islamic (tarik nafas dalam2)

      Delete
    2. hahaha... alah sis bnyk malay novel yang not islamic. People can judge but its your book, your story so obviously it's written in your way. :)

      Delete
  25. Nina..i want more, more, more n moreeee! for ur info, i'll be back end of this month until jan '13. agak2 KNK dah publish belum? can't wait for the ending..over kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunun2nya KNK publish in Feb, usually with this publishing hse, books are published in the middle of the month. tak pe la Oja, kita buat cam ari tu, kirim thru yr fren?

      Delete
  26. Aduh sian pula kat Khaalish.......
    Faham-fahamlah perasaan Khaalish tu Naz oooiii...
    Cemburu tu sakit tau!!! Huhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. my exact sentiment.

      jaga-jaga cik salmahhhh. jgn lama2 sgt play hard to get. lama2 kang Khaalish angkat kaki kang. apa... petik jari berpuluh yg datang katanya.

      Delete
    2. Renn, bukan sengaja Naz nak kasi Khaal cemburu. Tak pe nnt u baca dalam bab 29 :)

      inarshad, Naz lebih rela Khaal dgn yg 10 tu if its the best for both of them. Maksudnya kalau dia tak betul2 yajin dgn the r/ship, she would not proceed (kununnya lah). Dia sangat berhati2 ttg cari pasangan sbb dia tengok macam mana bapa dia control everything di rumah sampai mak dia jadi pak turut jerr. ini cerita kemudian.... tqvm for yr input, makes me think :)

      Delete
  27. ahahhahaha....jelez la lagi...tau la kawan boleh jadi kekasih n suami bagai....padan muka khal sapa kecewakan naz dulu...sendiri mau ingat la brother....tp kan owang kata berpantang maut sebelum ajal...x kan dah nak mengalah bro relax a...x adventura la kalo dah mengalah awal kan3...hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he readers pun ada yg kata kesian kat Khaal, and ada yg kata cukup2 lah tu Naz! so?

      Delete
    2. hahahhahaa...lom3....ape barang skit je kene test dah menggelabah hahhahaha

      Delete
    3. he he ini sorang lagi awek brutal!

      Delete
  28. Salam Nina

    Melihat kesungguhan Khaalish memikat sijantung hati ...cuba memahami diri Naz yg masih kini belum dipasti kedudukannya dikaca mata gadis itu yg telah membawa separuh dari hatinya terbang ke luang Prabang...

    Khaalis sanggup meletakkan egonya entah kemana...tidak pernah dibuat olehnya dengan mana mana gadis sebelum ini..bersusah payah ..hanya untuk meletakkan dirinya dalam hati Naz...Dia sanggup menaiki roda motosikal melentari/menyusupi kawasan berhabuk berpanas ..sanggup mencemar duli makan makanan yg tidak disukai apatah lagi mengunakan tandas yg terlalu daif pasarananya..sembahyang ditempat yg terbuka ...dan yg tidak pernah dibuat selama ini..drop everything ...what's he's doing in the office and just fly to C Naz becoz his competitor is there..ya..kerana cemburu dan takut kehilangan Naz..!!!

    Cinta memang peliks..dia sanggup berubah hanya untuk seorg gadis ...akal waras nya tidak dapat mencernakan kenapa dia perlu bersusah payah melakukan perkara luar alam hanya untuk Naz ..dan betapa cemburunya dia bila ozgur mendapat lebih perhatian Naz darinya.

    Terujanya akak nak tahu..apa kah perasaan Naz pada khaalish telah berubah ...bila melihat Khaalish telah cuba menjaga solatnya...apa persepsinya selama ni pada mamat kassanova ini telah bertukar bilamana dia telah menghabiskan waktu seharian suntuk bersama Khaalish dan apakah kesungguhan Khaalish menyatakan bahawa dia mencemburui Ozgur diambil kira oleh Naz dan disebabkan oleh itu Khaalish memaksa Naz tidur dihotel atau Ozgur disuruhnya tidur dihotel yg mana dibayai olehnya..dan adakah khaalish sanggup berlepak lagi untuk seminggu dua sehingga ozgur pulang dan bagaimana pula dia nak menangani projek projek yg berlambak lambak yg memerlukan perhatiannya dan kerja kerja terbelangkalai diofisnya yg ditinggalkan begitu sahaja setelah memberi arahan pada orang orang bawahannya untuk settlekan semasa ketiadaannya..ce citer..byk persoalan yg perlu dirungkaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaaa, yr comments always help me to think!! TQVM...
      Khaal pun selalu tertanya2 kenapa Naz yg serba sederhana yg melekat di hatinya kan, walhal ramai pompuan gojes2 kat luar sana. welll, the answer or at least his answer is coming sooon. jawapan yg kita akan kata hmm, betul juga tu tp pada yg sama akan buat Naz panas hati (sy akan cuba tulis sejelas mungkin di bhg ini nih)
      persoalan2 yg ida bangkitkan tu, sebhg nya akan terjawab dlm bab 29, yg sudah separuh siap hu hu hu

      Delete
  29. Dari pagi non stop baca bab 1-28.., Hope I'm not selfish to ask for more.....pms dah baca banyak kali... Siap recommend kat cuzzies utk baca....bukan recommend aje, tolong belikan dan bawa ke jb from kl. penangan pms... Sekarang dengan naz n khalish pulak.... Wuhuuuu..... Tak sabar tunggu...,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa...baru jumpa KNK ke Syima? Ha tu dah naik bab 29. Eh tak kerja ka baca bab 1-28 non stop? Any input for KNK, dear?

      Delete
    2. Ye, baru terjumpa knk pagi ni..... huhu.... bab 29 pun dah baca.... baca non stop walaupun kerja rumah banyak.... hehe... takpe.. petang nanti i kemas bersih2....nak buat macam mana.... can't stop reading....meaning that you're a great writer... if I read a book and it's a tad boring, I tend to skip and not read word by word.... but as for pms and knk, I read word by word ok.... best tau.... setakat ni tentang knk, harap2 ozgur tak akan terfikir untuk bertanding memenangi hati Naz..... as for Khaalish, sangat2 berharap yang dia akan berubah ke arah yang lebih baik supaya terbuka hati Naz untuk terima Khaalish.

      Delete