Tuesday, 4 December 2012

Kisah Naz & Khaalish Bab 29


Hmmmm... dipersembahkan Bab 29. Ooh! saya harus taip lagi laju.

Saya nak minta komen ttg penggunaan istilah si anjing dan si kucing ye. Kasar sangatkah bunyi nya?

In a way Bab 29 ini agak tergantung, showdown between N & K nya dalam Bab 30. Saya tak sambung dlm Bab 29 ni sebab dah panjangkan...

I look forward to your comments!! Hopefully dgn komen u all, main laju saya boleh taip.

TQ all!


Bab 29

Hari Jumaat, sama seperti hari sebelumnya, mereka ke sebuah sekolah untuk mengajar Bahasa Inggeris dan melatih guru-guru di sana. Malamnya mereka keluar makan lagi. Sambil makan, bising Ozgur mengajak Naz merayau ke sana sini.

            “Naz, sepuluh jam saja naik bas sudah sampai ke China! Jomlah,” ajak Ozgur dengan muka yang sangat teruja.

            “Ozgur, sepuluh jam! Kematu bontot, tahu!” bantah Naz. Dari duduk sepuluh jam di atas bas, lebih baik duduk di tebing Sungai Mekong dan menulis. Sudahlah peluangnya untuk menulis puas-puas hanyalah pada hujung minggu.

            “Bosanlah awak ni,” cemuh Ozgur.

            “Wah, senang-senang ajak awek aku ke sana ke sini!” getus Khaalish dalam hati yang mula membara.

            Melihat Naz diam tidak membalas, Ozgur mencuba nasib lagi, “Kalau awak tak mahu ke China, jom kita ke pusat perlindungan gajah.”

            “Ozzie, sekali melawat Kruger National Park, saya rasa saya dah cukup melihat gajah untuk seumur hidup saya,” balas Naz dengan suara yang mendatar, teringat dia betapa azabnya terhendap-hendap berjam-jam untuk melihat binatang-binatang liar di hutan simpan di Afrika Selatan itu.

            “Sejak bila awak jadi wet blanket ini?” sekali lagi Ozgur mencemuh Naz.

            “Huarrrghhh!! Stres saya, Reham nak ajak saya ke Melbourne, panggil saya wet blanket. Awak nak ajak saya tengok gajah pun panggil saya wet blanket! Emotional blackmail nih,” hidung Naz sudah keluar api.

            “He he he,” selamba sahaja Ozgur ketawakan Naz, “kalau saya pergi sorang-sorang, siapa nak ambil gambar saya?”

            “Sejak bila awak bayar saya gaji untuk jadi tukang ambil gambar awak?” perli Naz, sebelah kening terjungkit.

            “Weeeh, sejak duduk di Laos ni, bukan main sombong awak ye? Dulu masa di Qatar, paip rosak telefon saya,  printer rosak telefon saya. Segala benda rosak telefon saya. Tak pernah pula pula saya tanya ada tak awak bayar gaji untuk jadi tukang baiki benda rosak kat apartment awak,” Ozgur memulang paku buah keras.

            “Ha ha ha,” giliran Naz pula untuk ketawa.

            “Humph, tukang baiki barang rosak huh? Selalu ke apartment awek aku huh?” merengus dalam hati sahaja, di luar Khaalish buat muka cool.

            “Okey, okey, esok kita tengok gajah. Ya Allah, gajah lagi! Dengan busuknya, dengan besar menakutkannya…. Saya ni patut dapat anugerah rakan terbaik, tahu!” mengalah juga Naz akhirnya.

            Sementara Naz mengalah, Ozgur segera mengambil kesempatan, “Naz, di pusat gajah tu ada chalet, jom tidur di sana?”

            Kali ini hidung Khaalish pula yang keluar api, “Dang! Senang-senang saja ajak awek aku tidur di chalet?”

            Terbatuk-batuk Khaalish jadinya bila cuba menahan komen sarkastik dari mulutnya.

            “Kenapa, Khaal? Awak okey?” tanya Naz, segelas air dihulurkan.

            “Ergh, okey, okey,” cepat-cepat air diteguk.

            Bila Khaalish kelihatan okey, Ozgur bertanya semula, “Naz, jom tidur di chalet tu!”

            “Walawei, tanya sekali lagi, nanti ada kena makan pelempang aku nih!” dengus mamat korporat dalam hati.

            “Ozzie, saya dah mahu ke tempat gajah tu sudah cukup baik, tahu. Nak tidur di sana, no way Jose!”

            “Bosanlah tidur kat rumah sewa awak,” si mamat Turki kaki komplen.

            “Kalau bosan, pergi tidur di hotel,” balas si tuan rumah yang tak kisah.

            “Kerek!” cemuh Ozgur.

            “Tahu tak pe,” selamba balas Naz.

            Mamat korporat, “Pening aku!” dalam hatilah.

            “Awek brutal, kesian orang yang kahwin dengan awak,” serang mamat Turki mulut tak ada insuran.

            “Ada aku kisah?” balas Naz sambil menjungkitkan bahu.

            Sesi bertikam lidah si mamat Turki dan si Tuan Rumah tak kisah berhenti sekejap sementara Ozgur mencari maklumat mengenai pusat perlindungan gajah di Luang Prabang menggunakan Ipadnya. Bila sudah jumpa, sesi tikam lidah mula semula.

            “Half-day tour,” putus Naz.

            “One-day tour,” sanggah Ozgur.

            “Half-day tour.”

            “One-day tour.”

            Akhirnya, mengalah juga mamat bermata koko cair itu, “One-day tour, saya belanja.”

            “Set.”

            “Cis, kedekut,” cemuh orang yang offer nak belanja tadi.

            “Tau tak pe,” jawab si awek-ada-aku-kisah.

            “Perangai macam awak ni, kena kahwin dengan jutawan, tahu!” serangan terdesak Ozgur.

            Awkward moment! Mata Naz ditumpukan ke arah pinggan makan, malu nak pandang muka Khaalish.

            “Hah! Apasal diam? Dah kalah?” tanya Ozgur, bibirnya sudah terbit senyuman kemenangan.

            “Diamlah, Arab!” marah Naz.

            “Saya orang Turkilah,” marah juga Ozgur, memang pantang dipanggil Arab.

            “Pening kepala saya dengan awak berdua ni!” ingatkan komplen dalam hati, rupa-rupanya tersembul di mulut.

            Naz dan Ozgur, serentak, ‘Ha?”

            “Tak ada apa-apalah,” kata Khaalish, terus bangun, “saya pergi bayar.”

            Berkerut dahi kawan baik berdua itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi  Ozgur,  Naz, dan tidak lupa, Khaalish, dijemput dengan van oleh agensi pelancongan untuk ke Pusat Perlindungan Gajah. Ozgur dengan muka teruja mahu tengok gajah, Naz dengan muka bosan, Khaalish pula dengan muka yang keruh.

            Dalam perjalanan, sebotol sun block dihulurkan kepada teman baik, “Ozzie, nah pakai sun block. Dahlah kulit putih, nanti habis terbakar.”

            “Wah, sayang juga awak dekat saya ya,” komen Ozgur, bikin hati Khaalish pagi-pagi lagi sudah membara.

            “Sayang ke benda? Kena sun stroke nanti, saya juga yang susah,” balas Naz, lega sedikit hati Khaalish mendengarnya.

            Siap Ozgur memakai sun block, dihulurkan pula botol itu kepada Khaalish, “Pakailah.”

            “Tak payahlah, kulit saya gelap,” mamat korporat jual mahal.

            “Gelap ke cerah, kena pakai sun block. Entah-entah seharian kita kat luar, pakailah” pujuk Naz, barulah Khaalish mahu pakai.

            Tiba di Pusat Perlindungan Gajah, selepas penerangan ringkas, mereka dibawa menunggang gajah.

            “Ozzie, ini yang saya tidak berkenan ni!” Naz sudah mula membebel tapi bila di suruh naik gajah, diturutkan sahaja.

            “Alah, Naz! Adventurouslah sikit,” perli si anjing.

            “Ini kali terakhir saya ikut cakap awak, tahu!!” jerit si kucing bila gajah tunggangannya mula bangun berdiri.

            “Ya, kali terakhir! Saya akan pastikan,” gumam si mamat korporat.

            Hampir sejam mereka dibawa menaiki gajah di sekitar pusat perlindungan gajah itu. Usai menunggang gajah, Naz sudah kepenatan. Agaknya disebabkan cuaca panas dan rasa takutnya yang belum hilang.

            “Naz, dahagalah,” si Ozgur bagai merengek.

            Segera Naz mengeluarkan sebotol kecil air mineral dari begnya dan dihulurkan kepada Ozgur.

Khaalish yang memandang sudah membara, “Merengek macam budak kecil!”

Hatinya sedikit sejuk bila Naz menghulurkan sebotol air mineral untuknya juga.

“Naz,” seru si teman baik lagi, “laparlah!”

“Ish, macam budak kecil lah awak ni. Tak reti bawa bekal sendiri,” bebel si Naz. Mulut membebel tapi tangan menggagau-gagau mencari sesuatu dalam beg.

“Tau pun,” dengus Khaalish dalam hati.

“Nah,” kata Naz, sambil menghulur sepaket kecil bungkusan plastic yang mengandungi kacang, kurma dan kismis.

“Alah, awak kan pegawai ration bila kita merayau,” balas Ozgur.

“Pandailah awak, pegawai ration konon!” bebel Naz lagi, sebungkus lagi paket dihulurkan kepada Khaalish.

“Saya tak lapar,” jual mahal lagi mamat korporat itu.

“Sekurang-kurangnya makanlah kurma sebiji, boleh berikan tenaga segera,” pujuk Naz sambil menghulurkan sebiji kurma kepada Khaalish.

Tidak disambutnya kurma itu, sebaliknya mulut dingangakan.

“Hai Ya Allah, jadi baby sitter pula saya dalam hutan ni, bagi minum, bagi makan, sampai suap segala,” bebel Naz, kurma di tangan dimasukkan juga ke mulut Khaalish.

Lebar senyuman Khaalish sambil mengunyah kurma yang disuapkan. Naz jeling ke langit.

Aktiviti berikutnya dipanggil latihan mahout. Mahout bermaksud penjaga gajah. Mereka ditunjukkan cara-cara menjaga gajah, bagaimana mengawal gajah, bagaimana untuk membuat gajah patuh kepada arahan dan sebagainya. Naz dan Khaalish hanya memerhati. Ozgur pula semuanya dia nak cuba.

Waktu rehat, mereka diberikan menu yang ringkas. Walaupun ringkas, disebabkan perut yang sangat lapar, mereka makan sehingga licin. Usai makan, Naz dan Ozgur mencari tempat untuk berwudhu dan solat. Pekerja pusat itu dengan baiknya menunjukkan sebuah bilik yang mereka boleh gunakan. Khaalish turut ikut berwudhu dan bersolat. Naz yang melihat berasa hairan, tapi cepat-cepat dia mengucapkan syukur kepada Ilahi. Nampaknya Khaalish sudah mula berubah. Harap-harapnya perubahan yang baik ini  akan berkekalan.

Selepas waktu rehat, aktiviti berikutnya adalah memandikan gajah. Naz cuba mengelak untuk turut serta. Jenuh kena marah dengan Ozgur! Sudah bayarlah! Pengalaman sekali seumur hiduplah! Penat mendengar Ozgur membebel, akhirnya diturutkan juga.

Sekali lagi mereka menaiki gajah tapi kali ini mereka bergerak kearah sungai. Terjerit-jerit Naz bila ganjah yang ditunggangnya berjalan ke tengah sungai sehingga air mencecah ke paras lutut Naz.

“Ya Allah, janganlah aku tercampak ke dalam sungai,” doa Naz kuat-kuat.

Ozgur yang mendengar ketawa sahaja, sadistik betul!

Gajah-gajah yang sedang mandi itu tiba-tiba menyemburkan air ke badan mereka dengan menggunakan belalai. Apa lagi, yang duduk di belakang gajah semuanya basah! Kali ini bukan Naz sahaja yang menjerit, malah Ozgur dan Khaalish juga turut sama menjerit. Habis basah baju mereka!

Melihat Khaalish yang sudah basah lencun, terlintas di hati Naz, “Anak jutawan jadi tukang jaga gajah? Tragik betul!” Tersembul ketawanya.

Bukan Khaalish tidak perasan yang Naz ketawakan dia, dalam hati dia berbisik, “Hailah awek! Apa sajalah yang aku buat untuk kau.”

Tapi melihat Naz ketawa mengekek-ngekek, timbul bahagia di hatinya. Hairan dia, kenapa dengan gadis-gadis lain tidak bahagia begini? Walhal berdating di hotel-hotel mahal. Di sungai di tengah-tengah hutan pula datangnya bahagia. It’s not the place, but the person whom you’re with.

Usai memandikan gajah, mereka menaiki bot ke sebuah air terjun. Turun dari gajah yang ditunggang, Khaalish tersedar betapa seksi Naz! Bajunya yang basah lencun sudah melekap ke badan. Selama ini Naz memakai seluar dan kemeja yang longgar, tidak pernah kelihatan susuk tubuhnya. Tapi hari ini barulah Khaalish terlihat susuk tubuh Naz yang…. Cepat-cepat dikeluarkannya tuala yang dibawa dari hotel dan disangkutkan ke atas bahu Naz, kanan dan kiri.

“Khaal, saya ada tuala sendiri,” protes Naz, belum sedar susuk badannya yang sudah terserlah.

“Pakailah tuala saya tu, awak sejukkan?”

“Wah! Memang dia ini caring,” bisik hari Naz yang tersentuh.

Sepuluh minit sahaja bot yang mereka naiki sudah tiba di sebuah air terjun. Airnya bukan main jernih lagi. Tanpa kata apa-apa, mamat Turki sudah ‘kaboom!’ terjun ke dalam air.

“Ooh! Segarnya,” puji Ozgur.

Belum sempat Khaalish berkata apa-apa, Naz sudah ‘kaboom’ terjun ke dalam air.

“Khaalish, cepatlah terjun. Best ni,” ajak awek penggemar aktiviti lasak.

Takkan nak dibiar Naz main-main air dengan mamat Turki tu, mahu tak mahu, Khaalish pun terjun ke dalam air. Memang betul kata Ozgur, airnya sangat menyegarkan. Khaalish berenang ke arah Naz dan tidak lekang-lekang dari sisi awek pujaan hatinya.

Puas mereka mandi manda di air terjun itu. Sempat juga meminta kaki tangan pusat itu mengambil gambar mereka. Naik sahaja ke atas bot, cepat Khaalish membalut tubuh Naz dengan tuala. Sekali lagi tersentuh hati Naz dengan sikap prihatin Khaalish. Walhal dia tidak tahu mamat itu cemburu, tidak mahu Ozgur melihat susuk tubuh aweknya.

Tiba di pusat perlindungan gajah, laju-laju Khaalish menapak ke bilik menukar pakaian, “Cepatlah tukar baju, Naz. Saya sudah letih!”

“Kesian mamat korporat hari ini masuk hutan,” fikir Naz, cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik menukar pakaian.

Dalam perjalanan pulang ke bandar, ketiga-tiganya diam sahaja, letih sungguh-sunguh! Tiba di bandar, mereka singgah di sebuah kafe untuk mengisi perut. Usai makan, mata mereka sudah kuyu, di kepala hanya ingat bantal sahaja. Khaalish yang mahu menghantar Naz ke rumah sewanya,  dilarang Naz. Siang terang benderang, apa kes nak escort bagai?

Sebelum Naz melangkah pergi dengan Ozgur, Khaalish berbisik dalam Bahasa Melayu,  “Naz, kita keluar makan malam ni?”

“Okey, saya ajak Ahjan dan Dr Surachek ye,” polos jawapan Naz.

“Kita berdua saja.”

“Khaalish, awak tahu kan saya tak suka keluar berdua malam-malam,” Naz memprotes lembut.

“Merayau satu dunia dengan bukan mahram boleh pula? Apa awak fikir awak tak selamat keluar dengan saya? Jahat ke saya? Lembik? Tak boleh lindungi awak?” suara Khaalish makin meninggi.

Terdiam Naz buat seketika. Direnungnya wajah Khaalish yang kelihatan sedih.

“Okey,” jawabnya sambil melepaskan nafas.

“Thanks. See you tonight then. I’ll pick you up after maghrib.”

Naz melangkah pergi bersama Ozgur. Di kepalanya tertanya-tanya, “After maghrib…. After maghrib? Sejak bila waktu solat jadi penanda waktu dia?”


66 comments:

  1. wah.. khalish dh mula berubah.... huhuhu, da best la..

    tahniah cik writer, hasil yg terbaik..

    nak nw n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm fatiah :)
      tak de lah terbaik, taip pun terburu2

      Delete
  2. Hanina
    -awak taip dengan laju, so shaf pun baca dengan laju.ngeh
    -panjang ek entry nih
    -solat maghrib dah jadi penanda waktu untuk Khaalish
    -Damn, ini telah mencairkan hati shaf!
    -mood saya sudah ke laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. -panjangnya 7ms
      -am glad hati awak sudah cair, sy pasti akan cair nnt dan terus jadi wap he he
      -fokus fokus! how abt the slogan of "1 page a day?"

      Delete
    2. eh nina, jgn la guna slogan tu.. 1 bab means 7 days.. x sanggup nak tunggu.. nnt dah baik2 nak cair, beku semula.. hahaha...

      Delete
    3. 1 page a day? mana culik slogan tu?

      Delete
    4. shaf, itu slogan untuk menyiapkan project report, ha ha

      norana, sedang cuba taip laju2

      Delete
  3. Good improvement for Khalish ! Bagusnya Naz jd pemangkin semangat Khalish !

    ReplyDelete
  4. haip....ohaiyou...eh pg lg ke nih...kikiki...thanks..entry ni...as usual...an eye opening bg yg tgh meng usha2 gf/bf...nina...sy tk biasa penggunaan anjing/kucing so a bit awkward...looking forward for the last 2 chapters...tk yah la laju2...sy nk feeling chapter 28 & 29 dlu...nnt ada remark baru..sy komen lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he silakan feeling2 dulu

      re: anjing kucing, will definitely edit, tqvm for the input!!

      Delete
    2. nina..saya rasa dr guna word anjing kucing..lagi sopan kalau guna character kartun yg berlawanan..mcm tom n jerry ke..mn2 yg xsekepala la

      Delete
    3. I second!

      I think it's way better :) menjaga sensitiviti rakyat jelata. haha!

      and 'sebiji bilik' should be 'sebuah bilik' ya nina :)

      Love!

      Delete
    4. okey, irene & Rhyz dah edit, tqvm for the input.

      did i write 'sebiji bilik', irulah saya tulis ni, editnya ala kadar je, tulah tulis curi2

      Delete
  5. Wah...Nasib baik curi2 check FB...so ada berapa n3 lg yek?

    Ya lah Nina...anjing/kucing tu..very awkward.. Perbuatan yg lasak is ok kut tapi the use of the word is a bit harsh.

    Lagipun tiba-tiba mode berubah jd Mcm baca buku kanak2..confuse. hehehe..

    Alamak...this verification...selalu kantoi..sy mmg bukan robot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, Liza, sejak bila pula ada word verification? aiseyman, saya tak pasang pun, grrrr!!

      re: anjing dan kucing...akan diedit, tqvm for yr input, much appreciated!

      Delete
    2. Alamak ..I ajer ke... kalau I mobile pun kena gak..
      I ada kena click ape2 ker?

      Nanti I try mobile again..

      Ye ler ...dia tak caya I bukan robot..hehehe

      Delete
    3. I pun mmg kena masukkan word verification. Kecik halus lak tu. Tapi demi Nina, cerun2 mata I dibuatnya.

      Btw, I learn the word cerun from you. Harap betullah penggunaannya tu.

      Delete
    4. larrr, mana datang benda Allah tu. habis kalau saya tak taruk, saya nak edit kat mana ek? dah la saya ni malas nak godek2 :(

      tqvm, liza n inarshad, kerana bersusah payah untuk komen juga, saya sungguh terharu di atas sokongan anda berdua :). seriusly!

      Delete
  6. Best sgt n3 ni...ada perubahan pada khal. Nak lg ya cik penulis...jgn lama sgt nak update

    ReplyDelete
  7. OMAIGUCCI! CAN'T WAIT FOR THE NEXT CHAP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. omai gucci, ha ha. btw okid hitam, idea tgh membuak2 ni tp kena lawan nafsu nak tulis novel sebab tulis reports adalah lebih afdal he he

      Delete
  8. OH MY MY MY....

    Kak Ninaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
    i think saya meroyan lagi lepas baca bab 29 ni.. ouch~

    Khaalish da lekat semayang... Naz plak gaduh ngan Ozgur best plak rasa.. oh, i just love this story plot... *meleleh darah ikut idung*

    nak mintak bab 30 laju2 boleh? teheeeeeeeee~

    btw, thanks Akak for made my day.. wiiiii~

    ReplyDelete
    Replies
    1. rotflol, apa kes meleleh darah ikut idung, inilah kali pertama saya baca!! will try to finish chap 30 b4 my wiken getaway. if not, saya taip dlm kereta dgn keizinan tuan driver, pastu bila bateri lappy kong, singgah di kedai mamak utk caj batri, betapa bersemangatnya saya utk siapkan KNK :)

      Delete
    2. ahahhahha.. ye la kak, cite best sangat sampai tak sedar darah da leleh2 ikut idung.. ekekkekek... owh, no matter how u did , saya tak kisah asalkan bab 30 siap laju2.. LoL.. semua jenis cara akak cakap, saya on je.. follow sampai sudah.. LoL...

      btw, sorry kalau saya ni jenis tak komen cerita sebab saya memang suka baca ape aje penulis sajikan.. kalau saya komen, kang poyo pulak saya yang bajet penulis.. so, tadek la conflict cite akak and cite saya nak bergabung meletop bagai.. ahahhahhaha..

      really feeling good reading this story n tell u what.. gonna plan a vacation to Loas InsyaAllah next year.. ahahhahahha... pengaruh sangat ni.. teheeeeeeee..

      again, thanks kak... :)

      Delete
  9. Nina (kakak or adik ye? :-)), tentang anjing or kucing tu bila baca, I got confused siapa anjing, siapa kucing. Maybe you should just stick to their names? Apa pun.... seriously tak sabar tunggu the end product... I bukan tunggu chapter 30 aje ok.... i want them all.... hehehe.... tamak? yesss.... I am... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syima, i pun nakthe end product tp huwaaa kena taip taip dan taip

      anjing kucing tu dah edit :) tqvm for yr input

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. senyum sorang2 baca sambil dengar lagu 'hai rak dern tang ma jer gan' ... heaven. tp at d sane time mcm sedih lak coz KNK pun dah nak sampai pit stop.. nak tunggu bln feb lmbt lagi la pulak... nina nak request jd editor x bergaji boleh x??? leh baca dulu full manuskrip.. hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.... same ere...same ere.....i proof read boleh? foc....

      Delete
    2. norana & syima, ha ha ha nak jadi editor tak bergaji he he, permohonan anda dalam pertimbangan pihak kami (ini siot punya ayat bila kita apply keje kan he he he)

      Delete
    3. tau takpe.... nanti sedar2 aje buku dah keluar... hahaha....

      Delete
  12. waaahhhh cik nina...wat did i miss????i hve 10 mins b4 msk bod mtg!!!read dis bab 1st, nostalgia byk msk lam kepala yg byk weng...nanti i bace lagi n taip byk2 hahahahaha GTG...muah muah muah love u lots

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha nostalgia bhg yg travel tu i bet!

      Delete
  13. arghhhhh...cair...cair...cair...dan cair lg dgn khal...
    aishmen sis....sama mencair mcmdgn zahrain si ketul ais....

    ReplyDelete
    Replies
    1. u better believe this, nnt u akan lebih cair!

      Delete
  14. Kak Nina!!!! Nak jaga gajah jugak!! hahahahaha... best la... but pls dont rush2 sgt eh. Cause usually when writers rush to get the book done the ending usually came as a disappointment. :( Starting da best2 ending pulak like as though they just want to get the book done and over with. So take your time. Good things comes to those who wait. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunny dear, i have no choice but to rush. pms dulu pun rush gak. sebab kalau tak dibuat perangai rush ni, maknanya tak siaplah nnt.

      boleh tak sy jd writer perasan and tell ya to watch this space for chap 30, i so wanna know yr response

      Delete
    2. Hahahaha...don't hv to tell I've always been chking for updates. ;) gd luck.

      Delete
  15. Alalala sweetnyer abg khalish (eh2 terpanggil abg plak, hehehe..) dalam sweet2 tu ader makna.... bila la agaknya hati naz nak terbuka utk khalish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm 3, 4 bab lagi. i know lambat lagi, but it will be worth it (ha ha ha kata writer perasan) sebab once she falls for him, she will fall like nangka busuk, tak terkata pa dah. kunu2 tolak Khaal sebab itu kata minda dia, pas tu........three!! he he

      Delete
  16. Dear Nina..........

    - YES, Nina memang kena tulis laju-lajuuuu...
    - alahai Khal, kerana kekasih hati diikutkan juga wahhal tak suka...pergorbanan tu...
    - Naz....Khal dah berubah, so please accept him as what he is....

    ReplyDelete
    Replies
    1. refer to my comment above, Naz akan tolak, tolak, tolak, lepas to boom! jatuh dia, habis, tak boleh kata apa dah, sampai sanggup.....jeng jeng jeng (sy ketawa kekeh kekeh ni)

      Delete
    2. I nak teka... kahwin di luar negara a.k.a kahwin lari?

      since Naz mmg tak selesa dgn family dia sendirikan. I serkap jarang habis ni. ooooh can't wait.

      Delete
  17. Nina taip laju2, tapi saya baca pelan2.... nak ambik feel.
    I guess Khalish dah boleh faham macam mana relationship between si buah hati dgm mamat turki tu....so tak payah nak jeles sgt okeh.
    Good to know that waktu solat dah jadi penanda waktu si hensem.
    Sweetnya Naz suapkan Khaalish buah kurma...sweet sesweet kurma! I loike!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahkan zalida.. mesti comel si khaal nganga.. sweettttt...

      Delete
    2. naz pun tahu jg Khaal cemburu so sikit2 dia layan jugak arr

      Delete
  18. Nina,

    I have no problem with the use of si anjing & si kucing cuma terms tu tetiba je muncul out of nowhere here. Mcm tiada mukaddimah atau penerangan.

    I have not much interest in reading of Naz & Ozgur's banter but then, I am selfish, kalau boleh nak KNK hanya cite pasal Khaalish & Naz aje hehe

    p/s: u study kat US or UK kat mana dulu? One of the factors yg buat I tertarik mula2 nak baca your stories. Now terus melekap. Your writing is the penawar for my own (thesis) writing. Bila ada update, mood menulis pun naik. Tq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. in dear, anjing kucing tu dah edit, tqvm for yr input.

      err the banter tu ada contribution to the story gak keh keh keh

      i'd rather not leave a trail... kalau sy cakap sy grad local u, tak percaya ke? chuckle chuckle. thesis u tajuk apa dear? i wish i could write a thesis entitled emancipation of female readers through online love novels. then saya akan kaji karakter strong heroines vs weak sappy heroines, then watak mak mertua yang exerting power, then watak ibu2 yg so supportive macam mak ain hawani yg anak eh lari tinggalkan laki 8 thn dia support je, woman emancipation i tell u. (abaikan komen writer yg dah weng pagi2 buta ini LOL)

      Delete
    2. your tajuk buatkan I teringin nak tukar tajuk. Biarlah dah halfway pun haha. So much interesting than my own yg berkisar dgn computer network (boring!)

      btw, u r talking about Adam n Hawa kan? Tak tgk sbb takde Astro but I heard a lot from my friends. Sounds like typical cite Melayu, byk sgt fantasi, tak logik, exaggerate. I just can't stomach them anymore. Your stories are so much different, a breath of fresh air.

      I respect your need for privacy. u cakap local grad pun I caya tapi local grad yg banyak mengembara sebab the details u put are not mainly from reading.

      Delete
    3. nk tumpang sket... aah stuju dgn inarshad..klo nina ckp local grad p0n caye tp mmg die seorg yg byk mngembara.dkt 'about me' p0n da tulis die gle travelling..hurmm mmg sy sgt kagum dgn gaye pnulisan nina!!!sgt2 intelligent!!! lain dri yg len, kreatif...nvel2 len selalunye sgt2 typical..karya nina ni smpaikan tiap kali bace msti ade perkataan yg mmbuatkan sy rjuk google translet (cpt sket sbb tgh on9 kann...hehe)bgus berhibur smbil mnambahkan ilmu pengetahuan!!! go go go Nina!!! =)

      Delete
  19. Aku sudah jatuh chenta dgn solat c khaal. Harap dia betul2 ikhlas becoz of Allah. Not becoz of awekzz dia

    Anjing n kucheng? Rasanya tak da masalah kut.. Bg sy hanya penulis yg tahu penggunaan perumpamaan yg paling sesuai bagi ceritanya. Selagi tak bercanggah dgn hukum agama, ok kutt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ila, abang zahrain awak nak campak ke mana? ooo habis manis apa kebenda dibuang ye? sepah?

      Delete
    2. umpama mcm ni lh nina...kalo pompuan bleh kawin lebih dari satu...rasa nya both grab tu...hehehe

      Delete
  20. Hahaha akhirnya kesabaran khaal dah sampai ke kemuncak... Mula dah rasa marah... Hehehe bab ni khaal betul2 sweet jer hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, cyah...tunggulah showdown antara derang ber2, siap ada yg cedera kaki, betul, saya tak tipu. kenapa cedera kaki? sebab flying kick dia salah landing keh keh keh

      Delete
  21. Heheeee... berbaloi nampaknya hasil usaha si anak jutawan ni. Naz dah mula cair sedikit demi sedikit. Nampaknya Khaal patut gandakan usahanya lebih lagi kalau tak nak kecewa.

    Hailah anak jutawan, sanggup masuk hutan demi kekasih hati. Ish..ish..demi Naz sanggup buat apa saja. Ozgur tu saja nak provoke Khaal supaya cemburu kot.

    ReplyDelete
  22. Nina...
    Cerita pasal mandi dgn gajah teringat anak2 I enjoy mandi dgn gajah di Pusat Perlindungan hidupan Gajah Liar kat Kuala Gandah, Pahang, my boy tak mau keluar dari sungai nak juga bermanja2 dgn gajah sampai kena perli dgn kawan2 Mr Zack hahahaha

    Khaalish yang sangat sweet saya suka...solat sebagai penanda waktu bestnyaaaaaaaaa....

    ayat yang paling best : "Merayau satu dunia dengan bukan mahram boleh pula? Apa awak fikir awak tak selamat keluar dengan saya? Jahat ke saya? Lembik? Tak boleh lindungi awak?"

    ok naz jgn diusik mamat korporat nie dalam coolnya dia tapi dalam hati ada taman hahahaha....rasanya ayat tersebut macam ayat nak merajuk je.

    ReplyDelete
  23. yeayyy!!! ^__^ suke ble naz da mule layankan aje c khaal.. suke ble khaal sentap sket ble naz xnk kua bedua dgn die...=)

    *I'm glad ble komen sebl0m2 ni tentang penggunaan perkataan 'mahram' diambil perhatian... tahniah..syukur...=)

    ohh..lg 2 bab akn d publish kann..???pasni kne besabar tnggu hasil yg dicetak pulak lah....huhu...

    ReplyDelete
  24. Salam Nina

    E3 yg memperlihatkan kita rajuk dan cemburu Khaalish pada ozgur yang minta dipujuk oleh Naz satu lagi sisi Khaalish yg kita tidak
    pernah lihat. Cinta Khaalish buat Naz menjadikan dia seperti remaja yg baru mengenal erti cinta...pertama kali bila bersama naz dia mengenal rasa tidak suka dan marah bila mana gadisnya di sakat oleh jejaka yg menjadi penyaingnya dan dia tidak suka perasaan itu..

    perilaku ozgur.. yang mempamerkan watak mengediks dengan Naz ..memang mencabar egonya..akak rasa boleh rentung hati mamat khaalish ..kan..(GELAK JAHAT)....kalau mamat ozgur spent byk masa bersama dengan nya dan Naz . ..dan bersama seorg gadis bernama naz... dia belajar erti kesabaran ..erti trust..erti sebuah persahabatan with no string attached...dan sedaya upaya dia menyabarkan dirinya agar tidak melontarkan kata kata berbisa pada mamat Turki tu kerana takut dia bergaduh pulak dengan si Naz...

    Naz buat buat pulak tidak tahu ...dan mungkin malas ambil port dengan sikap Khaalish yg dia rasa pula cukup menjengkilkan dan merimaskan mungkin kerana tidak pernah simamat poyo tu berperilaku macam gini..naik goosebumpnya !!.

    Mencuit hati juga kita lihat si Khaalish sejak mereka spent masa bertiga makan dinner malam tu .... Penat agaknya siKhaalish mempamerkan riak wajah kelat cemburu dan juga bahasa badannya ...yg diTunjukkan pada Naz ...bila ozgur mempamerkan tingkah manjanya pada sijantung hatinya depan matanya..adakah patut mengajak "tunang technikalnya" pergi berjimba berdua duan tanpa respect kewujudannya disitu...

    Perilaku yg sungguh bersahaja bagi ozgur dan tidak mempunyai maksud apa apa kerana characternya mmg mesra alam dan telah
    menjadi kebiasaan baginya bermanja dengan Naz bila mereka pergi berjimba jimba bersama teman teman sekuliah mereka ke merata
    dunia kerana telah terbiasa antara dia dan juga Reham.

    Pada pandangan akak walaupun mamat poyo Khaalish terpaksa mengikut ekspedesi Ozgur dan Naz dalam kegilaan mereka menerjah tempat tempat sebegitu dengan budget yg cheap scale tapi rasa keseronokan dan pengalaman nya...bila bersama dengan Naz menghiburkannya ..mengisi kekosongan dalam jiwanya...yg selama ini tidak pernah dirasai dengan semua gadis yg pernah keluar bersamanya..ketempat high kelas maupun bercuti ketempat kedestinasi yg gempak giler..untuk unwind merehatkan minda dan physical bila penat berkerja memerah otak...what money can buy...!!

    Terujanya akak nak tahu..kesinambungan citer ni..adakah Naz dah mula dapat hint dari bahasa badan Khaalish ..betapa Khaalish mmg benar mencintai dirinya sepanjang masa mereka menghabiskan masa bersama..

    Adakah dinner berdua menjadi bertiga!! mana nak dicampak mamat Turki tu..kan... Mamat Turki tu kan duk rumah sewa Naz..!! Mesti Mamat Turki tu mengendeng nak ikut mereka pergi dinner...akan nak ditolak mamat tu makan sorang sorang..penat dia terbang jauh dari Qatar nak spend time together together dengan Naz kan..

    So Nina...Kalaulah NAZ masih jual mahal ..takut pulak siKhaalish akan berlalu pergi..kerana lelah mengejar dan tercabar egonya...tak gitu.. (GELAK JAHAT..MAMAT KHAALISH DAH LELAH MENGEJAR KE???)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thk u cik ida, u do hve d best words of expression which i lack of n cik nina has d best expression of life at its best!!...'erti sebuah persahabatan with no strings attached', byk kali di salah ertikan (i for 1 can vouch on dis s byk kali msk hot-soup hahaha buat muka derk aje!!).Tak blh ke kite nak care&share untuk sorang sahabat, b it male or female??? hhmm, hhmm??? utk en khal kite, u just hve to find ways to lentur&jinakkan naz coz, 4 yrs tunang teknikal u 'berjauhan' & made a life of her own...not an ez situation to break kiranye dah 'terbiasa', kan, kan, kan....hai la zoora, apa yg u repek ni....hhhmmmm??

      Delete
    2. Akak agreed dengan U..Apa yg dalam hati kita tak sama apa yg kelihatan dimata org org yg disekeliling kita..nak nak lagi our enemy ...musuh dlm selimut..persahabatan yg tulus memerlukan pengorbanan dan kepercayaan..mereka akan berada disisi no matters what happens..there are like yr pillar.. “A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.” datanglah seribu org menghasut akan hubungan itu..tetapi kalau dalam hati kita ada ketulusan berkawan..tak kemana segala tuduhan tuduhan nakal itu..kan..kan

      Delete
  25. pada pandangan sy mcm x sesuai penggunaan anjung/kucing kalau dlam ayat :

    “Alah, Naz! Adventurouslah sikit,” perli si anjing.

    “Ini kali terakhir saya ikut cakap awak, tahu!!” jerit si kucing bila gajah tunggangannya mula bangun berdiri.

    mgkin nina blh buat dialog mcm ni ke

    “Alah, Naz! Adventurouslah sikit,” perli Ozgur.

    “Ini kali terakhir saya ikut cakap awak, tahu!!” jerit naz pula pabila dia merasakan gajah tunggangannya mula bangun berdiri. Situasi mereka ni dah dh macam anjing & kucing bertengkar pula.

    ini pandangan sy la

    ReplyDelete
  26. way to go nina!! cant wait for the next entry!

    ReplyDelete